Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Sep 25, 2008

Harga Runcit Minyak Turun

Dikutip daripada blog http://duniatiger.blogspot.com

Ringankan beban rakyat.

Kerajaan hari ini menurunkan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter.

Penurunan berkuatkuasa tengah malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataannya berkata harga runcit petrol RON 97 turun 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

RON 92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40.

Diesel turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Keputusan itu ditentukan mengikut harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22September 2008. Ini pelarasan kedua harga runcit bahan bakar sejak Ogos lalu.

Pelarasan ini diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri terakhir bulan ini.

Pengakuan YB Teresa Kok

Sep 24, 2008

Badai Telah Berlalu

Wahai Rakyat Malaysia Sekalian.......

1. 16 September sudah berlalu. 23 September juga sudah berlalu. Malaysia masih dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Anwar Ibrahim masih bermimpi-mimpi mahukan kerusi Perdana Menteri. Sampai bila hendak menipu rakyat dan penyokong sendiri dengan memberikan harapan setinggi gunung. Lagi tinggi harapan itu, makin sakit bila jatuh.

2. Dakwaan Pakatan Rakyat sedang berunding dengan Barisan Nasional untuk perubahan kuasa amat pelik. Anwar pula mendakwa beliau sukar melaksanakan perubahan kuasa kerana Pak Lah tidak mahu membuat sidang khas Parlimen. Kalau dah tahu susah dan tak dapat nak buat sidang khas tu, knp yakin sangat berkata pasal perubahan kuasa?

3. Perang saraf Anwar Ibrahim semakin lemah. Satu-persatu “modal” yang sering digunakan semakin layu dan basi. Malah di antara pemimpin Pakatan Rakyat pun belum sepakat dalam hal ini.

4. Mampukah Anwar merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Anda nilailah sendiri. Jangan biarkan tamak haloba menguasai diri.

Sep 23, 2008

Cubalah Berterima Kasih Sikit!!!



Inilah manusia yang tak pernah berterima kasih, dah jadi Ahli Parlimen pun nak komen itu ini... Wei YB Teresa Kok u tu dah cukup ok dapat makan dalam penjara tau...Banyak lagi rakyat Malaysia yang kebuluran kat luar tu u tak fikir pun nasib mereka..Nak isi perut sendiri jer...

Orang Indonesia pun pandai berterima kasih kalau masuk penjara Malaysia.. Malah sanggup kena tangkap berkali-kali sebab penjara malaysia makanannya sedap..tu pasal hidup mewah sangat, dapat susah sikit dah nak komplen. piraaaahhhh mabuk...

Sep 20, 2008

CUKUPLAH!! TAK PENAT KER?

CUKUPLAH!! TAK PENAT KER?

Ayat yang paling mudah, senang, gampang (Bhs Indonesia), untuk difahami dan dicerna oleh semua lapisan masyarakat. Kalau ayat diatas kita suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim tengok, agak-agak dia nak ikut tak aper yang tertulis kat atas tu..

Mari kita tunggu dan lihat setelah pelbagai manipulasi minda dan jiwa yang dibuat kepada rakyat, sudah sampai masanya Anwar Ibrahim nie kite bunuh jer macam Benazir Butto..baru puas ati semua rakyat Malaysia.. dah lah menyusahkan, menghancurkan, mengbosankan asyik-asyik nak cari populariti jer dalam Negara nie...

Jom kita ramai-ramai hapus di Anwar Ibrahim laknatullah....Amin


Pakar Motivasi Malaya..

Sep 17, 2008

Anwar Ibrahim Satu Ancaman Ekonomi Dan Keselamatan Negara

PUTRAJAYA 17 Sept. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

Peralihan Portfolio

KUALA LUMPUR, 17 Sept - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bernama melaporkan,Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.

Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.

Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.

ANDA TELAH DIPERBODOHKAN

16 September 2008 baru saja lepas, khabar yang indah dari rupa dicanang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tampuk pimpinan Negara sekadar angan-angan kosong belaka. Hari ini Permainan Baru pula dibuat untuk mengkelabui mata-mata manusia yang taksub dengan beliau...

Empat syarat telah pun dihantar kepada Perdana Menteri syarat itu terkandung dalam surat Pakatan Rakyat kepada Abdullah yang dihantar tiga Ahli Parlimen pembangkang - Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Johari Abdul (PKR-Kubang Pasu) dan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) ke Pejabat Perdana Menteri, kelmarin.

1. Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;

2. Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

3. Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan

4. Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.


BACALAH DAN RENUNGKAN PERMAINAN PKR, DAP, PAS Parti Kesayangan Anda yang sentisa berdolak-dalih tanpa mengira sensitiviti perkauman diperlekehkan..Inikah Pakatan Rakyat yang anda taksub sangat tu... Dulu benci sangat dengan BN tapi sekarang pandai pulak ubah haluan..hehe tak faham ler dengan budak bernama Anwar Ibrahim nie...

PIKIRKAN SENDIRI, ANDA TELAH DIPERBODOHKAN!!!


Pakar Motivasi Malaya

Sep 16, 2008

Topeng Mat Jenin!!!



Apa yang dapat kita fikirkan mengenai gambar di atas???

A. Wajah-wajah yang malu kerana sedar hari ini beliau menipu semua rakyat Malaysia mengenai hasrat untuk menjadi PM yang tidak kesampaian.

B. Wajah-wajah yang tak tahu malu kerana berangan nak jadi PM tapi tak layak.

C. Bila pakai topeng senang sikit nak memukul, meraba, merogol, mengambil rasuah,
atau merusuh kerana polis tak perasan siapa di sebalik pemakai topeng. Maklumlah
PKR kan ada banyak nama. Boleh jadi Parti Kuat Raba, Parti Kuat Rogol, Parti Kuat
Rusuh, Parti Kuat Rasuah dan Parti Kelentong Rakyat adalah 'title' terbaru PKR..

D. Menggambarkan bahawa si pemakai topeng boleh berubah wajah macam 'sesumpah' kerana
hendak menipu rakyat.

Apakah jawapan anda???

Sep 15, 2008

Internal Security Act (ISA)


(APA AKAN TERJADI KALAU ISA DIMANSUHKAN?)

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.

Demi mengelakkan ketegangan kaum yang boleh mengancam keselamatan negara, tindakan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tiga individu yang terbabit adalah wajar.

Kita tidak boleh mengambil risiko membiar suasana tegang dalam negara menjadi lebih tidak terkawal. Barangkali jika pihak berkuasa lewat bertindak, api kemarahan dan pergaduhan antara kaum mungkin tidak dapat dielakkan.

Pada masa itu siapa yang harus bertanggungjawab. Apa yang pasti, pihak kerajaan akan dipersalahkan.

Jadi apa yang kerajaan lakukan pada Jumaat lalu adalah satu tindakan pencegahan dan amaran keras kepada pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara dengan membangkitkan isu- isu perkauman dan agama serta mencabar undang-undang negara.

Rakyat tentu sedar bahawa kerajaan sudah cukup bersabar dengan pihak terbabit. Oleh itu, mereka harus 'diberitahu' bahawa tindak-tanduk mereka sudah melampaui batas.

Sungguhpun, kita boleh menggunakan undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan tanpa menggunakan ISA dalam menahan individu terbabit dengan masalah yang mengancam keselamatan negara, tetapi ia kurang berkesan.

Dengan barisan peguam yang handal dan proses keadilan yang mungkin mengambil masa yang panjang, pasti individu terbabit akan 'dilindungi' tetapi keselamatan negara yang tercabar belum tentu terjamin.

Mana satu kita mahu pilih dan pertahankan - keadilan untuk individu yang mengocak suasana tegang dalam negara atau menjaga keselamatan rakyat berbilang kaum daripada bergaduh.

Kita melihat ISA suatu bentuk pencegahan dan kawalan sebelum perkara tidak diingini terutama rusuhan kaum berlaku.


Pakar Motivasi Malaya...

Sep 13, 2008

Tiga Ditahan ISA



Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.

Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.

Teresa, 44, ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kereta peronda ketika Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kinrara itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini.

Penahanan ahli politik yang masih bujang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Sebelum itu, pada pukul 8.40 malam, polis menahan Hoon Cheng mengikut akta yang sama di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Wartawan wanita itu yang dilihat menangis kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk disoal siasat sebelum diiringi oleh pegawai polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Penahanan tersebut dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini.

Hoon Cheng, 33, yang masih belum berkahwin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah berkhidmat dengan Sin Chew Daily sejak sembilan tahun lalu.

Dalam kes Hoon Cheng, laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu.

Hari ini, akhbar Sin Chew Daily diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung isu yang sama. Tiga hari lalu, akhbar itu mempertahankan sepenuhnya Hoon Cheng.

Dua buah lagi akhbar, The Sun dan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga diberi surat tunjuk sebab berhubung isu berasingan.

Terdahulu, pada pukul 1.10 petang ini, Raja Petra, 58, ditahan oleh sepasukan 10 anggota polis di rumahnya di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor.

Raja Petra ditahan di bawah ISA selepas polis berpuas hati bahawa beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui laman web Malaysia Today.

Sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Mohd. Yusof Chem turut merampas 15 keping cakera padat dipercayai mengandungi ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 16 naskhah buku.

Mereka dilihat meninggalkan rumah pengendali blog itu kira-kira pukul 1.50 petang.

Ismail dalam kenyataannya berhubung kes Raja Petra berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerusi pemantauannya berpuas hati bahawa pengendali laman blog itu telah melakukan tindakan-tindakan yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Tangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan beliau,” katanya.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, polis menahan Raja Petra dan dua yang lain kerana tindakan-tindakan mereka yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam kes Raja Petra, katanya, pengendali blog itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan agama di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, Raja Petra sebelum ini pernah diberi teguran dan amaran oleh polis beberapa kali namun beliau langsung tidak menghiraukan teguran tersebut.

“Selepas melakukan pemantauan terhadap segala aktiviti beliau sejak kebelakangan ini, polis terpaksa menahan pengendali blog terbabit,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca dalam blog itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah ketika ditemui di rumahnya memberitahu, penahanan Raja Petra memang sesuatu yang dijangkakan.

“Tapi saya langsung tidak menyangka dia (Raja Petra) akan ditahan di bawah ISA,” ujarnya.

Raja Petra sebelum ini pernah ditahan ISA pada 11 April 2001 kerana terbabit dalam gerakan reformasi menyokong Anwar Ibrahim. Ketika itu beliau merupakan web master laman FreeAnwar.com.

Beliau juga dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan Akta Hasutan.

Sep 12, 2008

Bangkitlah Wahai Melayu!!



"Kuasa politik Melayu pada hari ini dilihat semakin lemah dan longlai adakah kita mampu mengubah senario semasa orang Melayu dalam negara dan juga menyatupadukan orang Melayu daripada semua segi,"

Mengungkap kata-kata diatas sudah lama juga kita memberi muka kepada golongan pendatang nie. Mungkin sudah sampai masanya kita memikirkan bersama agar orang-orang melayu tetap berada di persada dunia. Hari ini banyak gejala-gejala yang melanda orang melayu sehingga apa-apa sahaja isu atau masalah penyebabnya adalah "ORANG MELAYU".. Sejauh yang kita pikir, mengapa hanya orang melayu sahaja menjadi momok hitam setiap kali itu berlaku..

Wahai Melayu!!

Ingatkah kita sejarah telah membuktikan bahawa kita menerima kaum pendatang ke Tanah Melayu adalah melalui Perjanjian KONTRAK SOSIAL.. saat ini kaum-kaum pendatang hanya mencari masa untuk menghancurkan orang melayu. Dimanakah kita berada ketika itu, adakah masih nun jauh di kampung kerjakan sawah padi, jadi kuli kaum pendatang.. Ingat lah bahawa kita adalah TUAN kepada negara ini.

Akhir-akhir ini saya suka mengimbau kembali betapa pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu. Perkara utama yang diperjuangkan oleh MCA sejak ditubuhkan parti itu pada tahun 1948 ialah persamaan hak kerakyatan atau sekurang-kurangnya melonggarkan syaratsyarat untuk mendapatkannya seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


(INIKAH GAYA HIDUP ORANG MELAYU MENGKHIANATI BENDERA SENDIRI)

Hasil kelonggaran syarat-syarat kewarganegaraan (antaranya perlu pengetahuan bahasa Inggeris atau Melayu), didapati 55 peratus daripada orang Cina di Tanah Melayu telah menjadi rakyat melalui undang-undang, pendaftaran atau kelahiran.

Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum itu, didapati 650,000 orang Cina sahaja yang mendapat kerakyatan. Tetapi dengan persetujuan yang dicapai antara pemimpin Melayu (UMNO) dengan MCA dan MIC, tidak lama selepas merdeka, seramai 1,100,000 orang Cina dan 80,000 orang India telah diberi taraf warga negara. (Abdul Hamid Musa, Dharurat di Kedah (1948-1960) UKM, 1974, halaman 260. Tidak diterbitkan)

Ini bererti lebih satu juta kaum bukan Melayu telah diberi kerakyatan hasil daripada perundingan tersebut. Justeru, tidak ada rahmat paling besar bagi kaum bukan Melayu ketika itu selain daripada diberikan taraf kerakyatan. Pemberian taraf ini bermakna kedudukan sosial dan politik seseorang bukan Melayu itu adalah sama dengan kaum Melayu menikmati semua aspek kehidupan di negara ini.

Pemberian itu telah memeranjatkan pegawai Inggeris ketika itu yang mengatakan dasar tersebut nanti akan memberi kesan jangka panjang dan menyulitkan lagi masalah perkauman di negara ini. Tetapi pemimpin UMNO, MCA dan MIC tetap yakin bahawa pemberian ini akan mewujudkan harmoni dan muhibah antara kaum demi kelangsungan hidup masyarakat majmuk Malaya.

Begitu juga dengan orang-orang di Sabah dan Sarawak juga menikmati kemakmuran semenjak merdeka hasil daripada politik permuafakatan antara kaum yang dipelopori oleh bapa-bapa kemerdekaan kita dahulu.


(PEMBERIAN HAK KERAKYATAN KEPADA KAUM PENDATANG BERDASARKAN PRINSIP JUS SOLI)

Secara akademik dan falsafahnya, kaum bukan Melayu dikatakan kaum pendatang sebelum merdeka dahulu. Ini kerana semua rakyat di negara ini dahulu dijajah British. Jadi dalam proses mencapai kemerdekaan, orang Melayu mengajak orang Cina dan India bersama-sama mendapatkan kemerdekaan dengan perjanjian untuk hidup bersama dan membangunkan negara bersama di negara ini.

Maka terbentuklah perjanjian atau kontrak sosial di mana orang Melayu mengiktiraf kehadiran orang Cina dengan memberi kerakyatan. Orang Melayu pula diiktiraf akan keperibumian mereka dalam bentuk hak istimewa, seperti agama Islam agama rasmi dan raja-raja Melayu yang berdaulat.

(BEGINILAH JADINYA KALAU KONTRAK SOSIAL DIKHIANATI)

Itulah kontrak sosial yang dibuat ketika itu. Malangnya, sesetengah pihak yang berpendirian kiri dari kaum bukan Melayu tidak mengakui hakikat di atas. Mereka menganggap bahawa negara ini didatangi dan dihuni bersama oleh tiga kaum ini tanpa melihat bahawa orang Melayu telah berbudaya di negeri ini yang telah lama wujud dahulu dan sebagai pemastautin dan pemerintah sebelum kedatangan penjajah. Manakala kaum bukan Melayu sebagai yang telah berhijrah ke negara ini dibawa oleh penjajah dan selepas 1957 telah bebas merdeka menjadi pemastautin tetap di negara ini.



Pakar Motivasi Malaya

Sep 11, 2008

Melayu Takkan Hilang Didunia


Kata-kata diatas kita gambarkan sebagai situasi politik Malaysia saat ini..kita telah membuat kajian tentang persepsi rakyat tentang apa yang mereka inginkan dan apa yang mereka benci..senario politik yang semakin terumbang-ambing kian membimbangkan..Parti Pembangkang sudah mula menunjuk taring dengan menjadikan isu-isu dalaman BN (UMNO) sebagai perisai untuk mereka menentang habis-habisan.

Hari ini Tengku Mahkota Pahang sudah meminta agar BN yang menerajui tampuk kerajaan agar menguatkan lagi institusi raja-raja Melayu. Petikan dibawah.

"Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

“Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak,” titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan.

Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

“Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk ’co-exist’ supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” titah baginda."


Makna selama ini dilihat orang-orang Melayu sudah tertekan atau dinilai tidak mampu lagi berkuasa? Persoalan ini sudah lama nak kita kongsikan kepada anda tapi kekangan waktu tiada kesempatan untuk meluahkan rasa kesediahan yang teramat pahit.

Kita mendoakan agar Perdana Menteri kita yang sedang bergelumang dengan tekanan demi tekanan harus tidak senang duduk diam untuk memikirkan apa yang akan berlaku setelah ini.

Bangkitlah wahai orang melayu..bukan masanya untuk kita berdiam diri, dulu kita pernah bercakap tentang ketuanan melayu pada blog ini...sekarang kita cuba untuk membangkit rasa kekitaan orang melayu di Tanah Air Tercinta.. Adakah anda semua ingin merintih dibumi sendiri.

Kita renungkan bersama-sama

Digantung 3 Tahun



Memetik akhbar semalam saya sungguh terharu melihat profile seorang tokoh politik yang sanggup menghormati keputusan MT UMNO dalam satu sidang akhbar semalam. Orang yang dimaksudkan ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum, digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun.

Pergorbanan beliau dalam kancah politik negara amat dihargai, walaupun digantung selama 3 tahun saya tetap memberi sokongan padu kepada kredibiliti beliau. Ini semua gara-gara pendatang asing yang kurang mengerti makna yang diucapkan oleh Datuk Ahmad tentang orang cina adalah kaum pendatang, realitinya adalah sila tengOk PERLEMBAGAAN.

Nilai-nilai menghormati telah dibuat, menjaga sensitiviti pun kita dah buat, apa lagi kaum pendatang ni nak kita pun tak faham, situasi sekarang memanglah amat berat buat Datu Ahmad, semoga perjuanganmu masih dalam BN (UMNO).

Andalah yang terhebat dari mana-mana yang terhebat!!!


Lihat Berita Penuh

Sep 10, 2008

Oh Tak Mungkin!!

Memetik Keratan Akhbar Hari ini tentang hasrat Penubuhan Malaysia Baru 16 September..

"Kerajaan tidak mungkin ditubuhkan 16 September ini - Pas

KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berpendapat penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku atas faktor teknikal dan politik."


- Utusan

Mungkin apa yang diutarakan Datuk Mustafa Ali - PAS Terengganu menjadi satu gimik politik sahaja. Rakyat masih tertanya-tanya jawapan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin PKR yang punya hasrat MAT JENIN..

Sirih Pulang Ke Gagang!!



Tun Dr Mahathir Mohammad, Mantan Perdana Menteri Malaysia dikhabarkan akan menyertai semula UMNO yang diperjuangkan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri.

Satu petanda yang bagus dan amat baik kepada rakyat, terutama ahli-ahli UMNO dengan kemasukan semula beliau akan berlaku era perubahan yang menyenangkan semua pihak. Sejak mengundur diri daripada ahli UMNO Tun banyak mengkritik perjalanan politik dinegara kita..Jom ramai-ramai kita khabarkan berita gembira ini kepada seluruh pengguna blog di Malaysia...

Wallahualam

PETIKAN DIAMBIL DARI UTUSAN.COM.MY

"KUALA LUMPUR 9 Sept. - UMNO tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat untuk menyertai semula parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (gambar) berkata, keputusan Dr. Mahathir untuk keluar parti pada Mei lalu juga bukannya disebabkan oleh tekanan mana-mana pihak dalam UMNO.

''Tun adalah bekas pemimpin UMNO, bekas Perdana Menteri dan kita juga tidak pernah meminta Tun meninggalkan UMNO.

''Soal gembira atau tidak gembira dengan hasrat Tun itu tidak timbul sama sekali kerana UMNO tidak ada masalah untuk menerimanya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengenai hasrat Dr. Mahathir untuk menyertai semula UMNO yang dibuat dalam satu pertemuan Sabtu lalu.

''Saya amat gembira apabila Dr. Mahathir bersetuju untuk menyerahkan semula borang keahlian UMNO, tetapi tidak pasti sama ada Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan menerima permohonannya,'' katanya.

Mengenai pelbagai kritikan yang dibuat Mahathir terhadap kepimpinan UMNO sebelum ini, Muhammad berkata, bekas Perdana Menteri itu pasti akan meneruskannya walaupun sudah menjadi ahli parti."

Sep 9, 2008

PERKARA 3 (AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN) DIPERTIKAIKAN


(KETIKA PERLEMBAGAAN PERKARA 3 DIPERSOALKAN)

Kite ambik petikan dalam Utusan.com.my:



Kerajaan campuran negeri Selangor diingatkan agar bersikap tegas dengan tidak melayan mana-mana pihak mendesak yang mahukan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.

''Ini sesuatu yang menghina Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi, mempunyai peruntukan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk pembangunan,''

''Sedangkan kita mengamalkan kebebasan beragama, apabila ada penganut agama tertentu meraikan perayaan mereka sehingga membawa kepada penutupan jalan, orang Islam tidak membantah,''


(LAMBANG KESYUMULAN AGAMA ISLAM)

Entahlah apa nak jadi di bawah rejim pembangkang ni..Dah semakin menjadi-jadi pulak perangai dorang.. AZAN nak dihapuskan menandakan sentimen perkauman cuba dipermainkan. Kalau Dato Ahmad Ismail membuat kenyataan orang cina dan india adalah kaum pendatang, Parti Gerakan marah, MCA marah, DAP marah.. Nie Agama Islam pula nak dipertikaikan orang Melayu masih juga berlembut.

Kalau dah pendatang tu buatlah cara pendatang, dan kira bersyukur dapat Taraf Kerakyatan kalau kite tak bagi dulu mereka nie tak wujud kat Malaysia.

Apa nak jadilah hari semakin kite benar rakyat bebas bersuara semakin ramai pula munculnya orang pintar bercakap tapi habuk tarak...Malas nak layan isu nie tapi kerana kite sayangkan Malaysia jadi sebagai rakyat kite wajib perjuangkan hak istimewa yang kite ada....Choww dulu yer..jumpa lagi.

http://antirepublik.blogspot.com

Pakar Motivasi Malaya

Sep 8, 2008

Parlimen Pensiangan dibatalkan



Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas batal dan tidak sah.

Apakah ini semua?..Adakah ini satu petanda era BN akan runtuh?

Adakah ini akan sama seperti Pematang Pauh? Sama-sama kita tunggu dan lihat..


Pakar Motivasi Malaya

Sep 7, 2008

"Rasis" Dan "Perkauman"


(ADAKAH WAJAH RIANG INI AKAN KEKAL?)

"Rasis" dan "perkauman" telah lama menjadi istilah yang mengikat orang-orang Melayu daripada bercakap tentang kepentingan Melayu. Dua istilah ini sekaligus menjadi fobia kepada orang Melayu, mereka bimbang kalau apa yang dikatakan terjebak dalam erti rasis atau perkauman. Kalau ini berlaku, fikir mereka, sudah tentu akan menyinggung perasaan kaum lain yang datang kemudian tetapi diterima menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun dari sudut lain, fobia dilabel dua istilah ini pula membuka laluan kepada kaum lain bertindak sebaliknya kepada orang Melayu.

Sebenarnya kedua-dua istilah ini tidak ada dalam perbendaharaan kata adat dan berbudaya orang Melayu. Orang Melayu tidak diajar untuk berlaku rasis kepada kaum lain, biar pun kaum yang datang kemudian itu membawa maksud pendatang. Dalam budaya dan tradisi Melayu, tetamu tetap dirai, silap dan lantangnya pula terpaksa ditelan dengan senyum dan bermanis muka. Inilah orang Melayu. Sejak turun temurun mereka diasuh mendahulukan yang datang seperti kata bidalan, orang asing yang singgah kekenyangan, anak di rumah mati kelaparan. Dalam konteks politik, orang Melayu berpesan kepada diri sendiri supaya memegang etika sebagai tuan rumah. Tetapi pada masa yang sama, sesetengah pihak dalam kalangan kaum yang datang ke negara ini tidak membawa budaya pendatang yakni menjaga hati tuan rumah.


(ADAKAH MELAYU JUGA HARUS MEMINTA MAAF?)

Tetapi apalah gunanya menjadi tuan rumah kalau terlalu kerap disuruh beralah dengan gelagat orang asing yang datang ke rumah mereka? Sebenarnya orang Melayu di negara ini sudah lama dimangsai oleh dua istilah di atas yang dilabelkan dengan sewenang-wenangnya kepada kepada orang Melayu yang menyuarakan tentang hak mereka. Ketidakadilan menggunakan label ini sangat jelas apabila rasis tidak dirujuk kepada kaum lain, melainkan orang Melayu. Persoalannya benarkah orang Melayu rasis ketika ada kaum lain yang berarak dan membuat keganasan di jalan-jalan raya mempertikaikan hak orang-orang Melayu?

Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi berterusan mengambil langkah yang apologetik semata-mata untuk mengambil hati kaum-kaum lain di negara ini. Apa saja yang menyentuh kepentingan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan yang terkandung dalam Perlembagaan perlu terus diperjuangkan. Orang Melayu perlu mempunyai keberanian untuk menangkis pihak lain yang menggunakan istilah rasis dan perkauman untuk menutup hujah mengenai orang Melayu. Malah orang Melayu perlu menyerlahkan keberanian untuk tidak menjadikan Perlembagaan sebagai kitab usang. Caranya ialah dengan tidak membiarkan pihak lain dengan mudah memanipulasikan sentimen yang menjuruskan kepada rasis sesuatu kaum.

Adakah orang Melayu masih dianggap rasis selepas orang India dalam Gerakan menuduh dasar sebuah parti Melayu mengamalkan racisme hingga mereka terpinggir daripada pembangunan? Orang Melayu mesti membetulkan tanggapan begini supaya sejarah tidak terus ditipu kononnya Melayu itu rasis. Dalam masa yang sama adakah Hindraf yang dengan terang terang berkata mereka memusuhi UMNO itu bukan rasis dan orang Melayu masih boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa? Memusuhi UMNO adalah memusuhi Melayu kerana UMNO itu parti Melayu sekali pun tidak semua Melayu berada dalam UMNO. Adakah satu kaum mengakui secara terbuka memusuhi kaum lain masih tidak dianggap rasis?

MIC sebuah parti komponen Barisan Nasional. MIC dianggotai oleh orang India. Hindraf sebuah pergerakan haram juga dianggotai oleh orang India. Tetapi apabila ada beberapa orang kuat Hindraf ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), MIC dan Hindraf mendesak kerajaan membebaskan kaum mereka yang ditahan dalam ISA. Tahanan ISA bukan saja terdiri daripada orang India. Orang Melayu lebih banyak ditahan di bawah ISA. Tetapi orang Melayu tidak pula mendesak kerajaan membebaskan tahanan Melayu di bawah ISA atau menganjurkan "parti hari jadi" anak tahanan ISA di lobi bangunan Parlimen. Tindakan memperjuangkan nasib orang India saja yang ditahan di bawah ISA adalah menjurus kepada racisme, yakni memperjuangkan kepentingan satu kaum saja. Tetapi orang Melayu masih "berbudi bahasa" dan tidak melabelkan tindakan MIC dan Hindraf itu sebagai rasis.

(ADAKAH ORANG MELAYU JUGA HARUS MEMINTA MAAF)

Kaum lain tidak perlu sengaja membuat andaian salah terhadap orang Melayu, kononnya Melayu kaum yang rasis dan penindas kepada kaum lain. Buktinya, dalam sejarah dan ketamadunan Melayu tidak mencatatkan Melayu sebagai penakluk. Lihatlah mana-mana catatan sejarah sekali pun, adakah mencatatkan bahawa orang Melayu menjadi penakluk seperti bangsa-bangsa lain di dunia? Kalau dilihat di luar konteks negara, dunia Melayu bukanlah sempit dan tidak berpengaruh. Tetapi memilik pengaruh besar tidak pernah menjadikan Melayu sebagai bangsa penakluk seperti sekian banyak penjajah yang menjajah negara ini. Jadi, orang Cina dan India perlu mengakui bahawa label rasis yang diberikan kepada orang Melayu sebenarnya membongkar sikap rasis mereka sendiri.


(KENAPA PEMBERIAN TARAF KERAKYATAN DIPERTIKAIKAN?)


Pakar Motivasi Malaya

Sep 5, 2008

Maaf Oh Maaf




Kita ingin memetik kata-kata Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan "mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf."

Mari kita kaji kenapa orang melayu sahaja yang harus dituntut untuk memberi maaf ketika mengeluarkan kenyataan atau perkataan yang berunsur perkauman?

Didalam negara yang menggamal disiplin yang tinggi terhadap sesuatu perkara telah banyak diperlekeh oleh orang-orang pendatang tak pernah pun orang melayu menuntut untuk meminta maaf. Amat disedihkan adalah malah disaat dikalangan orang pendatang cuba melakukan hal-hal yang berhubung kait dengan perkauman malah dijaga keselamatannya daripada diambil tindak tatatertib..Persoalannya dimanakah intergriti masyarakat kita yang hanya memandang segala masalah pada tahap endah tak endah.

Lagu kebangsaan kita dipersenda, Hindraf membuat huru hara, SiQiu menuntut hak dan banyak lagi...Sekarang ini orang melayu hanya mampu bertanya pada diri sendiri kenapalah tindakan tak diambil? Mari kita tanya balik sejauhmanakah ketenteraman dan kestabilan politik di negara kita dapat memberi keamanan kepada kita?...



Oleh yang demikian marilah kita menginsafi diri dan renung balik, adakah selamanya orang melayu hanya mendiamkan diri, betulkah orang melayu tidak mampun berdaya saing dengan kaum pendatang, mengapa orang melayu sahaja yang harus minta maaf?...kita tinggalkan persoalan ini dibenak anda untuk memikirkan kembali keberadaan kita sebagai bangsa yang berdaulat.




Pakar Motivasi Malaya...

Sep 4, 2008

16 SEPTEMBER ??


(INIKAH KERAJAAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER)

Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli 'perasaan' rakyat Sabah dan Sarawak.

Menurut saya ''Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas,''

Membuat sesuatu yang belum pasti berlaku adalah suatu tindakan bodoh dan tidak bermaruah. Harus diingat Demokrasi jangan disalah ertikan, ianya hanya merugikan banyak pihak dengan mimpi kosong, ibarat angan-angan Si Mat Jenin yang kecundang menggapai bintang dilangit...samalah pepatah pernah mengatakan "Dengar Guruh Dilangit Air Di Tempayan Di Curahkan"...


(LAYAKKAH MEREKA MEMIMPIN NEGARA?)

Kalau inilah yang dimaksudkan oleh PKR pepatah pernah mengatakan "Sarang Tebuan Jangan Dijolok"

RENUNG-RENUNGKAN LAH KITA BERSAMA

PAKAR MOTIVASI MALAYA..

KEKALKAN PERPADUAN DI NEGARA KITA



SETIAP tahun menjelang 31 Ogos, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan dan perkara ini diketahui umum termasuk kanak-kanak.

Tahun ini, tema Hari Kebangsaan ialah "Perpaduan Teras Kejayaan". Persoalannya kenapa tema itu dipilih? Adakah kerana sudah terhakis semangat perpaduan di kalangan rakyat atau ia semakin rapuh. Atau tema itu dipilih kerana wujud kecenderungan setiap kaum yang kini lebih mementingkan keperluan dan kehendak masing-masing serta menafikan hak orang lain sehingga mewujudkan suasana yang menggugat perpaduan di negara ini.

“Perpaduan yang ada tidak terhakis, masih elok dan dipraktikkan rakyat di semua lapisan umur di kampung dan bandar seluruh negara.

“Malah, selepas peristiwa konflik perkauman di Kampung Medan, tiada lagi insiden sedemikian berlaku di negara ini yang menunjukkan perpaduan berada dalam tahap yang memuaskan.

Ada pihak cuba membangkitkan isu yang mencuit kemarahan sesetengah kaum seperti isu kontrak sosial dan agama serta beberapa ketetapan dalam Perlembagaan Negara kerana merasakan diri sudah mempunyai kuasa dan berhak menyuarakan sebarang tuntutan.

“Lagipun, isu perpaduan ini perlu selalu diingatkan kepada rakyat supaya mereka tidak lupa bahawa dengan perpaduan, Malaysia diwujudkan,”

SENTIASA BERINGATLAH

PAKAR MOTIVASI MALAYA..