Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Nov 30, 2008

PAS TAWAN KUALA TERENGANU?

AL-Fatihah.. atas kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Pemergian mengejut Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat membuka gelanggang kali kedua pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Kalau sebelum ini di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR... di Kuala Terengganu giliran PAS pula.

Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi.Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061.

Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648.

Datuk Razali dapat 32,582 undi ,Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Keputusan kedua-dua pilihanraya umum sudah cukup untuk mengambarkan senario yang mendebarkan bagi BN dan PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil kali ini.

Menariknya kedua–dua BN dan PAS mempunyai taruhan politik yang amat besar keatas Kuala Terengganu.

Bagi BN setelah tewas di Permatang Pauh ia pasti akan berhempas pulas untuk berusaha mempertahankan Kuala Terengganu.

Bagi PAS pula setelah melepas dari berkuasa sepenggal di Terengganu dalam pilihanraya umum 2004 dan hanya berjaya tawan balik satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Marang semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu... Kuala Terengganu pasti menjadi idaman,

Dijangka cabaran terbesar PAS untuk berdepan dengan pilihanraya kecil ini ialah mencari isu untuk menawan pengundi Kuala Terengganu.

Allahyarham Datuk Razali,seorang teknokrat yang tidak banyak diselubungi oleh isu peribadi dan politik untuk dijadikan bahan kempen PAS.

Dalam pada itu sebelum ini kebanyakan serangan PAS di negeri itu ditujukan kepada beberapa isu yang melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Idris Jusoh.

Sebaliknya Terengganu kini dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang merupakan tokoh pilihan Istana.

Secara tidak langsung pilihanraya kecil ini akan menjadi ujian besar pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru itu.

Sejak beliau ambilalih pentabiran belum ada isu besar berbangkit di negeri itu kecuali tidak lama dulu hu ha mengenai cadangan beliau nak tukar kereta rasmi kerajaan negeri dari Proton Perdana V6 ke Mercedes.

Soalan terbesar menjelang pilihanraya kecil itu apakah PAS mampu menyambung gelombang tsunami politik 8 Mac ke Kuala Terengganu.

Badai itu dikira tidak sampai ke Terengganu.Selain dari Parlimen Marang,PAS hanya mampu menawan balik empat kerusi Dewan Undangan Negeri semasa pilihanraya umum lalu.

Dalam pada itu PAS juga kini menghadapi kemelut dalaman.Bukan rahsia lagi parti itu kini sedang dihimpit ‘ perang dingin’ antara puak Erdogan diketuai oleh Datuk Husam Musa yakni yang lebih condong kepada Anwar dengan puak ulama Datuk Seri Hadi Awang yang tidak mahu dicengkam pengaruh Penasihat PKR itu.

Pilihanraya kecil ini juga dijangka akan menjadi medan ‘penilaian’ keatas prestasi kerajaan baru pimpinan PAS di Kedah dan Perak yang diselubungi oleh beberapa isu yang turut dipersoalkan oleh kalangan ahli parti itu sendiri.

Di Kedah misalnya ia berdepan dengan kemarahan orangramai mengenai cadangan projek ladang babi moden di Bukit Selambau dan kegairahan Exco Kerajaan Negeri main golf.

Di Perak,Datuk Seri Nizar Jamaluddin berdepan dengan dakwaan terlalu mengikut telunjuk DAP dan isu pemberian status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru.

Selain itu kegagalan PAS nak terapkan pemerintahan berasaskan pegangan yang digembar gemburkanya selama ini nak wujudkan Negara Islam di negeri-negeri yang baru dikuasainya juga menjadi buah mulut.

Ini tidak masuk lagi banyak janji dalam manifesto Pakatan Rakyat yang belum tertunai hingga membangkitkan rasa tidak puashati mereka yang memangkah pembangkang.

Bagi BN pula tentunya apakah ia mampu menyekat gelombang itu di Kuala Terengganu.

"Tembak menembak" dalam Wanita UMNO yang menjadi salah satu nadi utama kempen pilihanraya kebelakangan ini, menjelang pemilihan jawatan Ketua Wanita ...juga mencetuskan sedikit kebimbangan.

Melihat dari semua sudut ‘ perang Kuala Terengganu’ ini pastinya amat menarik.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 29, 2008

FAKTA ATAU AUTA?

FAKTA ATAU AUTA?

Sejak tahun 1798M telah ditulis ratusan buku-buku yang membongkar pakatan sulit (konspirasi Yahudi). Sebuah tulisan yang dihasilkan oleh Seorang Profesor falsafah tabii dan setiausaha Persatuan Di Raja Edinburgh (Royal Society of Edinburgh) iaitu John Robison A.M telah mendedahkan satu pergerakan sulit bernama Illuminati (Illuminati ialah nama bagi satu mazhab Yahudi. Dalam bahasa Arab di sebut “An-Nuraniyin atau Pemegang Cahaya”. Illuminati bermaksud sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintah tunggal dunia) yang ditubuhkan di Jerman pada 1hb May 1776M. Gerakan ini merupakan pertubuhan Mistik Occult yang giat memperalatkan apa sahaja cara untuk menghancurkan semua kerajaan dan agama untuk melahirkan “Satu Kerajaan Dunia”. (Lihat: Robison, John. “Proof of a Conspiracy”. Los Angeles. USA. Hlm. 57)Organisasi ini ditubuhkan oleh seorang anggota Freemasonry Adam Weishaupt (Adam Weishaupt yang meninggalkan agama Kristian kemudian menganut fahaman Atheisme. Beliau adalah seorang professor theology di University Angold Stadt, Jerman dan meninggal dunia pada 1830M) pada 1hb May 1776 yang diabadikan di bawah logo Illuminati di setiap wang satu dollar Amerika Syarikat dengan tulisan Latin MD CCLXXVI yang maksudnya 1776. (Lihat: Carr. W.G Pawns In The Game) Dan mata wang Amerika mula diguna pada tarikh ini (1hb May 1776) iaitu bersempena tarikh ditubuhkan Illuminati.Tarikh MD CCLXXVI atau 1776 telah dijadikan (diisytiharkan) sebagai hari buruh diseluruh dunia yang tidak ada kaitannya dengan tarikh deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat yang termaktub pada 4hb July 1776.Bentuk piramid yang menjadi logo Iluminati tertulis di atasnya perkataan sulit iaitu ANNUIT COEPTIS bermaksud “Perjuangan Kita Yang Berjaya”. Di bawahnya pula tertulis “Novus Ordo Seclorum” bermaksud Orde Baru Sosial”.Logo pertubuhan Illuminati terdapat di mohor Amerika Syarikat. Pada mohor Amerika Syarikat juga terdapat berbagai-bagai tanda-tanda sihir (occult). Contohnya: Nombor mistik 13 terdapat pada 13 bintang-bintang Nabi Daud, 13 daun-daun, 13 anak panah berserta perkataan Annuit Coeptis dan E Pluribus Unum dan 13 abjad. Batu-batu piramid disusun dalam 13 barisan. Piramid menunjukkan sebagai tanda merujuk kepada “Great Pyramid” di Gizeh, Mesir iaitu sumber segala ilmu sihir di zaman purba atau Segitiga Bermuda tempat tinggalnya Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis (Illuminati) . Simbol mata di atas piramid bermaksud mata tuhan Yahudi “Lucifer” iaitu Iblis atau Dajjal yang melihat dan mengawal segala-galanya.Angka 13 digunakan kerana anggota (ahli) Majlis Tertinggi bagi pertubuhan Illuminati berjumlah 13. Dan antara tugas utama mereka ialah memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa ‘alaihissalam dan 12 sahabatnya. No. 13 juga menunjukkan 13 suku (kabilah) Israil yang menyebabkan angka 13 menjadi angka rasmi dan penting. Dan wang Amerika pula telah dicipta oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illuminati bernama Pat Robertson. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 37–38)
-Dollar Amerika-
-Symbol “Great Pyramid”-
-
-E.Pluribus Onum-
YAHUDI PENCETUS REVOLUSI SEDUNIASuatu dokumen yang didedahkan oleh professor Nylos di Rusia pada tahun 1905M merupakan rancangan jangka panjang Illuminati sebagaimana yang dijelaskan oleh Mayer Rothschild kepada rakan-rakannya di Frankfurt pada tahun 1773. (Lihat: Halak Wa Dinar Amerika Muntazar. Hlm. 3–38) Rancangan yang telah diprogramkan ialah membiayai dan menguasai Gerakan Revolusi sedunia oleh pemodal elit antarabangsa yang berpengaruh yang tidak pernah taat kepada sebarang negara, sebaliknya menggugat semua negara. Satu carta “World Supra Government atau Kerajaan Tertinggi Sedunia” menunjukkan organisasi-organisa si lain yang dikuasai oleh kapitalis antarabangsa bekerjasama dengan CFR (Council Foreign Relations) yang terdiri dari kumpulan organisasi Anglo-Amerika yang merancang untuk mendirikan satu Kerajaan sedunia. (Lihat: None Dare Call It Conspiracy. Hlm. 88. Gary Allen)Bank of England yang ditubuhkan pada 1694 atas desakan para pemodal bank antarabangsa agar Raja England meminjam wang darinya. Dimiliki oleh badan swasta dan diberi kebenaran mencetak wang bagi pihak kerajaan Britain sehingga menerima faedah atas semua wang yang dicipta daripada tangan yang kosong. (Lihat: The Enemy Within the Empire. Hlm. 3. Eric Butler) Walaupun Bank of England dimilik-negarakan pada tahun 1945, namun ia adalah penipuan, helah dan strategi untuk memperkuat kedudukan keluarga Rothschild agar dapat mencengkam ekonomi Britain kerana terpaksa menggunakan hanya mata wang yang dikeluarkan oleh Rothschild (Perkataan “Rothschild” dari perkataan Jerman bermaksud “Baju Besi” yang dimunculkan pada kurun ke 18M. Iaitu gelaran untuk sebuah keluarga Yahudi yang mendapat perlindungan khusus dari kerajaan Jerman) melalui Bank of England.Walaupun pelbagai usaha telah dibuat untuk mengekang kuasa Bank Simpanan Bersekutu (FRB), namun pada hakikatnya FRB telah menguasai kerajaan dan mengawal semua urusan di dalam kongres dan mengawal semua perhubungan antarabangsa. Ini boleh memusnahkan kerajaan mengikut kehendak (kuasa) FRB. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54. E. Robert Archibald)Pada hakikatnya yang berkuasa (Jawatankuasa yang menguasai perbendaharaan kerajaan Britain) di England adalah golongan pemodal elit Yahudi antarabangsa. Mereka berada di Bandar London menguasai pentadbiran yang dikuasai antara dua belas sehingga empat belas pentadbir. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)Dengan kecekapan tipu helah, pemodal-pemodal Bank Yahudi Antarabangsa berjaya menubuhkan The Federal Reserve Bank of Amerika atau Bank Simpanan Persekutuan Amerika pada 23 Disember 1913. Melalui bank ini mereka berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988) Wang satu dollar Amerika Syarikat yang dipenuhi logo lambang gerakan Yahudi menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dikuasai oleh Yahudi. Dengan kejayaan Yahudi ini, mereka menguasai ekonomi dan politik di dalam dan di luar Amerika sehingga memberi kesan buruk kepada politik antarabangsa.Pada tahun 1773M mereka telah menubuhkan “Grand Orient Freemasonary” di Eropah yang bermatlamat untuk menggunakan pergerakan Revolusi Sedunia untuk menganjurkan rancangan sulit mereka berasaskan ideology Talmud (Zionisme) untuk merealisasikan perjanjian Tuhan Yehova yang termuat di dalam Kitab Talmud agar Yahudi menguasai dunia dengan cara memusnahkan bangsa-bangsa lain (Goyem) untuk kemudahan dan keselesaan Yahudi “Umat yang terpilih”.MENGUASAI EKONOMI BRITAIN MELALUI PENIPUANKeluarga Rothschild bangsa (keturunan) Yahudi menguasai ekonomi Britain melalui (Bursa Saham London), iaitu dengan membuat penyusunan strategi Stock Exchange London pada tahun 1815M setelah berlakunya peperangan besar antara Wellington (tentera Inggeris) dengan Napoleon (Perancis). Semasa kemuncak peperangan Nathan Mayer Rothschild menjual semua saham (consul) untuk memberi gambaran bahawa tentera Wellington akan menerima kekalahan yang mengakibatkan harga consul akan jatuh dengan teruk ke paras 5 sen setiap dollar. Nathan secara diam-diam membeli semula semua consul yang ada dengan harga yang paling rendah, kerana melalui perisiknya yang terbaik dia telah tahu bahawa tentera Wellington sebenarnya akan memenangi peperangan. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 41. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)Setelah berita kemenangan tentera Wellington sampai ke Bursa Saham London, harga saham (consul) melambung naik dan Nathan mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Melalui kekuatan ekonominya di England, maka keluarga Rothshild mencengkam dan memperkuatkan pengaruh ekonominya di seluruh Eropah sehingga ke waktu-waktu berikutnya. (Lihat: Descent Into Slavery. Hlm 32-44. Des Griffin. Oregon USA, Emissary Publication. 1980. Edisi 1988)Apabila dikaji lebih mendalam mengenai persoalan Yahudi antarabangsa, pengkaji akan menemui kenyataan bahawa yang memainkan peranan dan kepentingn besar di Eropah adalah pemodal bank Yahudi antarabangsa, iaitu secara rahsia mereka memberi keputusan terhadap semua kerajaan-kerajaan. Begitu juga seluruh bumi Soviet telah ditewaskan melalui inisiatif pemodal-pemodal bank Yahudi Amerika dan di Eropah yang masih wujud hingga pada masa sekarang. (Lihat: Israel Our Duty Our Dilemma. Hlm. 155. Theodere Winston Pike) Di Amerika Syarikat pula yang paling berkuasa ialah Council Foreign Relations yang ringkasnya CFR atau Majlis Perhubungan Luar Negeri). Ia merupakan badan yang diurus dan dikuasai oleh para pemodal elit Yahudi antarabangsa.YAHUDI MENGUASAI EKONOMI AMERIKA & DUNIAPada tahun 1988 para pemodal elit (Yahudi) antarabangsa (seperti Rothschild Bank of London, Berlin, Lazard Brothers Bank of Hamburg, Amsterdam, Lehman Brothers Bank of New York dan pemilik Goldman Sachs Bank of New York) telah berjaya menguasai ekonomi Amerika Syarikat melalui dua belas Bank Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Banks). (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Act) pada 23 Disember 1913 yang memberi kuasa kepada 12 Bank Persekutuan untuk mencetak wang dollar Amerika Syarikat. Akta ini adalah suatu penipuan besar yang bertentangan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat, kerana kebenaran mencetak wang hanya diberikan kepada Agensi Kerajaan sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Anehnya, tidak ada jaminan sebarang harta atau apa-apa pun yang dilabur oleh para pemilik Bank Persekutuan sebagai modal untuk mencetak wang Amerika kecuali tinta (dakwat) dan kertas sahaja. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 54-56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)Adapun perancang utama (master mind) yang merangkakan kegiatan Bank Simpanan Persekutuan adalah Alfred Rothschild (Yahudi) dari London. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 56. Archibald E. Roberts. Edisi 1988) Pada bulan Jun 1982 faedah yang dibayar bagi hutang negara Amerika ialah sebanyak US$ 1 trillion kepada Bank Persekutuan ialah sebanyak US$ 100 billion setiap tahun. (Lihat: The Most Secret Science. Hlm. 52. Archibald E. Roberts. Edisi 1988)Ingatlah bahawa Amschel Rothschild memberi amaran!:“Let me issue and control a nation’s money and I care not who writes it’s laws”. Bermaksud: “Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak akan peduli siapa yang menentukan undang-undang kewangan”.Logiknya apabila Yahudi telah menguasi sistem kewangan Amerika, maka Yahudi akan menguasai seluruh Amerika Syarikat bermula dari pegawai eksekutifnya, kongres, seluruh bahagian ketenteraan, media massa, pendidikan, undang-undang dan semua kegiatan Amerika Syarikat. Oleh itu, hanya Yahudi yang boleh menentukan siapakah yang layak diangkat menjadi Presiden dan boleh dijatuhkan oleh mereka sebagaimana yang telah berlaku.Setelah parti komunis Bolshevik mengambil alih dan kuasa di Soviet Rusia pada tahun 1918M ternyata 90% pegawai-pegawai pemerintah di Rusia dikuasai oleh Yahudi dari New York, Jerman, England dan negara-negara Eropah. Kerana 447 orang ialah Yahudi, 30 Rusia, 34 Letts, 22 Armenian, 12 Jerman dan 8 bangsa-bangsa lain. (Lihat: The Secret Power Behind Revolution: Free Masonery And Judaisme: Vinconte Leon de Poncis. Hlm. 199) Kenyataan ini terjadi sama seperti yang telah dirancangkan oleh pemodal Elit Zionist antarabangsa dari Amerika, Jerman dan England.Sebenarnya orang-orang yang menjadi tulang belakang gerakan Komunis Rusia bukanlah para buruh yang tertindas, tetapi adalah pergerakan para elit antarabangsa yang ingin menindas dan menghambakan suatu bangsa dan Kerajaan Beraja Kristian yang terbesar di Asia. (Lihat: The Secret Power Behind Revolution: Free Masonery And Judaisme: Vinconte Leon de Poncis. Hlm. 199) Semua bentuk media massa utama antarabangasa di Barat dimiliki oleh kumpulan sulit ini. Semuanya yang berkaitan dengan pergerakan Komunis dan Sosialis dirahsiakan dan ditutup dari pengetahuan orang ramai.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 27, 2008

Mengkritik Atau Dikritik Yang Berkesan?

Bujang Senang ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan blogger beberapa isu, mohon maaf sudah lama tidak mengirim berita kerana sibuk dengan tugas...Mohon pandangan rakan-rakan blogger semua

Mengkritik Atau Dikritik Yang Berkesan?

APABILA kita berbicara atau mengkritik hal yang ada kaitan dengan sejarah, maka ia memerlukan penelitian fakta. Sejarah bukannya mitos. Penyelidikan sangat diperlukan dalam sejarah. Justeru, pelik rasanya apabila sejarah orang Melayu yang sudah terang dan nyata, dipertikai oleh mereka yang jahil. ’Si jahil’ ini menganggap sejarah orang Melayu sama dengan kaum imigran di negara ini.

Perkataan history yang berasal daripada perkataan Yunani purba, historia membawa pengertian penyelidikan. Seseorang perlu membuat penyelidikan mengenai proses sejarah berkaitan sesuatu peristiwa lampau yang ingin disentuhnya.

Jika ia tidak berupaya membuat penyelidikan, maka eloklah ia merujuk kepada sejarawan yang sudah mengkaji dan mentafsir sesuatu peristiwa itu melalui disiplin ilmu yang betul. Mungkin mereka yang berhasrat mahu mengubah sejarah tanah air boleh melakukan ‘propaganda sejarah’ apabila mereka berkuasa nanti.

Namun, hakikat dan realiti sejarah akan terus diketahui dan dirakam oleh sejarawan yang jujur. Sejarah adalah satu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau. Asas yang mendasarinya ialah fakta. E H Carr, sejarawan Barat terkenal menegaskan ‘sejarah adalah satu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan faktanya.’

Sejarah adalah rakaman maklumat mengenai peristiwa yang sememangnya berlaku pada waktu lampau dan peristiwa lampau ini membentuk proses perjalanan sesuatu peristiwa itu. Ia adalah rakaman peradaban dan warisan sesuatu bangsa.

Ahli sejarah mengkajinya mengikut disiplin ilmu untuk mengambil pengertian dan menjadi petunjuk serta memandu generasi terkemudian mengenal akar umbi, susur galur sesuatu peristiwa dan warisan sesuatu bangsa.

Sejarawan tanah air, Zainal Abidin Abdul Wahid dalam bukunya Kepentingan Sejarah (DBP, 1958) menjelaskan ‘Sejarah membolehkan kita memeriksa, mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan lebih saksama dan sempurna. Sejarah juga boleh menjadi petunjuk dan pemandu kita’.

Sejarah harus dipersembahkan secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral. Fakta berasaskan sumber utama yang sahih mesti dijadikan sandaran dan hujahan. Donald V Gawronski dalam History meaning and method: A primier of historical method (1969) menyatakan bahawa fakta sejarah mesti tidak dipengaruhi oleh perasaan memihak dan prasangka.

Ini penting supaya ia bebas daripada sifat berat sebelah, mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tertentu. Unsur-unsur ini tidak diperlukan dalam kajian sejarah. Justeru, sejarah yang objektif sifatnya mengetepikan propaganda. Sebenarnya ada banyak aspek berhubung disiplin sejarah yang perlu diketahui.

Di antaranya pelbagai ilmu membantu dalam kajian sejarah, sumber sejarah, kritikan dan pentafsiran sejarah, cakupan sejarah yang membahaskan cabang sejarah seperti sejarah politik, sejarah pemikiran, sejarah ekonomi, sejarah sosial, falsafah sejarah, psikologi sejarah dan sosiologi sejarah.

Ahli sejarah terdahulu seperti Herodotus dan Thucydides menggunakan kaedah pemerhatian peristiwa serta budaya sesebuah masyarakat yang dikajinya.

Demikian juga Tun Sri Lanang yang menulis Sejarah Melayu. Ibn Khaldun, tokoh sosiologi dan sejarawan Islam juga menggunakan pendekatan serupa tetapi beliau lebih maju lagi dengan mengumpul sumber maklumat daripada masyarakat yang dikajinya.

Sarjana tempatan, Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Yahya dalam buku Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya (DBP,1988) menyatakan sumber sejarah harus dikaji asal usulnya, meneliti kebenaran fakta dan mengkaji sebab peristiwa berlaku. Seseorang ahli sejarah mesti bersikap jujur dan bertanggungjawab mengenai kritikan dilakukan terhadap sumber sejarah.

Menurut Profesor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim, dalam bidang sejarah tidak sepatutnya ada individu yang menyatakan betul atau salah tanpa menghiraukan pendapat ahli sejarah yang lain. Tidak dinafikan bahawa ahli sejarah berbeza dari sudut pemikiran, ideologi dan kepakaran tetapi perbezaan school of thought tidak sepatutnya mengetepikan kebenaran sejarah seperti keadaannya yang sebenar.

Inilah yang ditegaskan Leopold Von Ranke, sejarawan Barat abad ke-20. Kritikan terhadap sumber sejarah atau ke atas ahli sejarah perlu bersifat profesional. Tafsiran sumber perlu dibuat setepat yang mungkin berasaskan pendekatan dan disiplin ilmu sejarah.

Justeru, ahli sejarah yang profesional tidak menolak sesuatu sumber itu sesuka hati atau sewenang-wenangnya tanpa memberikan alasan dan bukti kukuh. Garraghan G J dalam buku A Guide To Historical Method (1948) menyatakan bahawa kaedah mentafsir sumber sejarah memerlukan kepakaran dan kemahiran tinggi. Ini penting supaya fakta yang tepat dapat dihasilkan dan dapat dipertanggungjawabkan.

Kesimpulannya, negara wajar mempunyai kelompok sejarawan yang menguasai kesarjanaan atau bidang mereka. Ini penting untuk memastikan sejarah bangsa dikaji, dianalisis, ditafsirkan dan seterusnya dirakam serta disimpan supaya generasi berikutnya dapat mengenali akar umbi dan warisan sejarah peradaban, budaya bangsanya.

Memandangkan peranan mereka amat penting maka adalah wajar kerajaan memberikan insentif dan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka. Ingat, di antara punca kita tewas mempertahankan kedaulatan Batu Putih di Mahkamah Keadilan Dunia adalah kerana kita gagal menyimpan dokumen dan rekod sejarah secara berkesan.

Sejarah wajar dijadikan guru. Sejarah mesti menjadi tenaga penyedar bagaimana kita membina negara yang bersatu, membina permuafakatan masyarakat dan membina semangat patriotisme terhadap negara. Keunikan dan keistimewaan sejarah negara sewajarnya dapat memperluas wawasan dalam perspektif yang luas ke arah membentuk negara bangsa (nation-state) yang dapat menyinar dan menyumbang kepada peradaban dunia.

Sikap antagonis terhadap sejarah, warisan dan budaya bangsa harus diperbetulkan. Pemahaman dan penghayatan terhadap sejarah kebangsaan harus menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.

Di Amerika Syarikat, pengajian sejarah sudah menjadi satu kekuatan negara terbabit membina semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyatnya.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mengkritik Atau Dikritik Yang Berkesan?

APABILA kita berbicara atau mengkritik hal yang ada kaitan dengan sejarah, maka ia memerlukan penelitian fakta. Sejarah bukannya mitos. Penyelidikan sangat diperlukan dalam sejarah. Justeru, pelik rasanya apabila sejarah orang Melayu yang sudah terang dan nyata, dipertikai oleh mereka yang jahil. ’Si jahil’ ini menganggap sejarah orang Melayu sama dengan kaum imigran di negara ini.

Perkataan history yang berasal daripada perkataan Yunani purba, historia membawa pengertian penyelidikan. Seseorang perlu membuat penyelidikan mengenai proses sejarah berkaitan sesuatu peristiwa lampau yang ingin disentuhnya.

Jika ia tidak berupaya membuat penyelidikan, maka eloklah ia merujuk kepada sejarawan yang sudah mengkaji dan mentafsir sesuatu peristiwa itu melalui disiplin ilmu yang betul. Mungkin mereka yang berhasrat mahu mengubah sejarah tanah air boleh melakukan ‘propaganda sejarah’ apabila mereka berkuasa nanti.

Namun, hakikat dan realiti sejarah akan terus diketahui dan dirakam oleh sejarawan yang jujur. Sejarah adalah satu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dan masa lampau. Asas yang mendasarinya ialah fakta. E H Carr, sejarawan Barat terkenal menegaskan ‘sejarah adalah satu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan faktanya.’

Sejarah adalah rakaman maklumat mengenai peristiwa yang sememangnya berlaku pada waktu lampau dan peristiwa lampau ini membentuk proses perjalanan sesuatu peristiwa itu. Ia adalah rakaman peradaban dan warisan sesuatu bangsa.

Ahli sejarah mengkajinya mengikut disiplin ilmu untuk mengambil pengertian dan menjadi petunjuk serta memandu generasi terkemudian mengenal akar umbi, susur galur sesuatu peristiwa dan warisan sesuatu bangsa.

Sejarawan tanah air, Zainal Abidin Abdul Wahid dalam bukunya Kepentingan Sejarah (DBP, 1958) menjelaskan ‘Sejarah membolehkan kita memeriksa, mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan lebih saksama dan sempurna. Sejarah juga boleh menjadi petunjuk dan pemandu kita’.

Sejarah harus dipersembahkan secara objektif tanpa berat sebelah, emosional mahupun pengadilan moral. Fakta berasaskan sumber utama yang sahih mesti dijadikan sandaran dan hujahan. Donald V Gawronski dalam History meaning and method: A primier of historical method (1969) menyatakan bahawa fakta sejarah mesti tidak dipengaruhi oleh perasaan memihak dan prasangka.

Ini penting supaya ia bebas daripada sifat berat sebelah, mempunyai kepentingan peribadi dan agenda tertentu. Unsur-unsur ini tidak diperlukan dalam kajian sejarah. Justeru, sejarah yang objektif sifatnya mengetepikan propaganda. Sebenarnya ada banyak aspek berhubung disiplin sejarah yang perlu diketahui.

Di antaranya pelbagai ilmu membantu dalam kajian sejarah, sumber sejarah, kritikan dan pentafsiran sejarah, cakupan sejarah yang membahaskan cabang sejarah seperti sejarah politik, sejarah pemikiran, sejarah ekonomi, sejarah sosial, falsafah sejarah, psikologi sejarah dan sosiologi sejarah.

Ahli sejarah terdahulu seperti Herodotus dan Thucydides menggunakan kaedah pemerhatian peristiwa serta budaya sesebuah masyarakat yang dikajinya.

Demikian juga Tun Sri Lanang yang menulis Sejarah Melayu. Ibn Khaldun, tokoh sosiologi dan sejarawan Islam juga menggunakan pendekatan serupa tetapi beliau lebih maju lagi dengan mengumpul sumber maklumat daripada masyarakat yang dikajinya.

Sarjana tempatan, Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Yahya dalam buku Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya (DBP,1988) menyatakan sumber sejarah harus dikaji asal usulnya, meneliti kebenaran fakta dan mengkaji sebab peristiwa berlaku. Seseorang ahli sejarah mesti bersikap jujur dan bertanggungjawab mengenai kritikan dilakukan terhadap sumber sejarah.

Menurut Profesor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim, dalam bidang sejarah tidak sepatutnya ada individu yang menyatakan betul atau salah tanpa menghiraukan pendapat ahli sejarah yang lain. Tidak dinafikan bahawa ahli sejarah berbeza dari sudut pemikiran, ideologi dan kepakaran tetapi perbezaan school of thought tidak sepatutnya mengetepikan kebenaran sejarah seperti keadaannya yang sebenar.

Inilah yang ditegaskan Leopold Von Ranke, sejarawan Barat abad ke-20. Kritikan terhadap sumber sejarah atau ke atas ahli sejarah perlu bersifat profesional. Tafsiran sumber perlu dibuat setepat yang mungkin berasaskan pendekatan dan disiplin ilmu sejarah.

Justeru, ahli sejarah yang profesional tidak menolak sesuatu sumber itu sesuka hati atau sewenang-wenangnya tanpa memberikan alasan dan bukti kukuh. Garraghan G J dalam buku A Guide To Historical Method (1948) menyatakan bahawa kaedah mentafsir sumber sejarah memerlukan kepakaran dan kemahiran tinggi. Ini penting supaya fakta yang tepat dapat dihasilkan dan dapat dipertanggungjawabkan.

Kesimpulannya, negara wajar mempunyai kelompok sejarawan yang menguasai kesarjanaan atau bidang mereka. Ini penting untuk memastikan sejarah bangsa dikaji, dianalisis, ditafsirkan dan seterusnya dirakam serta disimpan supaya generasi berikutnya dapat mengenali akar umbi dan warisan sejarah peradaban, budaya bangsanya.

Memandangkan peranan mereka amat penting maka adalah wajar kerajaan memberikan insentif dan pengiktirafan terhadap sumbangan mereka. Ingat, di antara punca kita tewas mempertahankan kedaulatan Batu Putih di Mahkamah Keadilan Dunia adalah kerana kita gagal menyimpan dokumen dan rekod sejarah secara berkesan.

Sejarah wajar dijadikan guru. Sejarah mesti menjadi tenaga penyedar bagaimana kita membina negara yang bersatu, membina permuafakatan masyarakat dan membina semangat patriotisme terhadap negara. Keunikan dan keistimewaan sejarah negara sewajarnya dapat memperluas wawasan dalam perspektif yang luas ke arah membentuk negara bangsa (nation-state) yang dapat menyinar dan menyumbang kepada peradaban dunia.

Sikap antagonis terhadap sejarah, warisan dan budaya bangsa harus diperbetulkan. Pemahaman dan penghayatan terhadap sejarah kebangsaan harus menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.

Di Amerika Syarikat, pengajian sejarah sudah menjadi satu kekuatan negara terbabit membina semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyatnya.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nov 24, 2008

Inflasi Merisaukan Kewangan Negara

Kadar inflasi negara bagi bulan Julai mencecah 8.5% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi baru sejak 26 tahun lalu.

Pada Jun lalu, kadar inflasi negara berada pada tahap 7.7%.

Beberapa pakar ekonomi menjangkakan, kadar inflasi Malaysia untuk bulan Ogos dijangka akan melebihi 10% dan mereka berharap pihak kerajaan akan melakukan sesuatu yang drastik bagi membendung kenaikan ini.

Ini kerana, polisi rebet tunai dan pakej subsidi baru yang diperkenalkan sebelum ini ternyata gagal membendung kenaikan inflasi.

Beberapa pakar ekonomi dunia sebelum ini telah mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol secara mendadak.

Ini kerana, fenomena kenaikan inflasi di seluruh dunia pada waktu ini adalah disebabkan oleh kenaikan kos makanan, komoditi dan juga bahan bakar. Fenomena yang berlaku sekarang berbeza pada krisis 1998 di mana pada ketika itu, kegawatan ekonomi Malaysia berpunca daripada krisis matawang Asia.

Malaysia sepatutnya menggunakan kelebihan mereka sebagai pengeluar komoditi dan minyak mentah dunia untuk membendung kenaikan harga ke semua sektor ekonomi.

Sebaliknya, kerajaan Malaysia telah bertindak menaikkan harga petrol dan tindakan itu ternyata telah membuatkan semua sektor ekonomi negara mengalami kenaikan kos dan seterusnya menyumbang kepada kenaikan inflasi yang mendadak.

Kerajaan Malaysia sepatutnya menggunakan pendapatan lebihan yang mereka perolehi dari sumber minyak dan sumber komoditi untuk menstabilkan kenaikan kos makanan serta mengkaji semula rancangan pembangunan yang ingin dilaksanakan.

“Pak Lah memerlukan modal bagi menggerakkan semua projek koridornya agar beliau dapat bersara dengan tenang. Ketidaksabaran ini menyebabkan seluruh rakyat Malaysia merasa keperitannya” ujar seorang penganalisis ekonomi yang saya temui bulan lalu.

Sebelum ini, pedagang minyak dunia telah menjangkakan harga minyak dunia akan mencapai ‘break point’ dan seterusnya mengalami penurunan pada suku ketiga atau suku keempat tahun ini. Jangkaan ini dibuat setelah OPEC menambahkan pengeluaran minyak mentah dunia, permintaan yang mula stabil daripada negara pengimport minyak dan juga pengukuhan semula nilai dolar Amerika.

Kita berasa sedikit lega bila Pak Lah menurunkan harga minyak sebanyak 5%. Sekurang-kurangnya penurunan ini akan melegakan tekanan inflasi pada September dan Oktober tahun ini.

“Bagi September dan Oktober, kadar inflasi negara dijangka akan melebihi 10% kerana rakyat Malaysia akan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri selain semua sektor ekonomi terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan penurunan harga petrol tersebut” kata seorang rakan saya yang sedang mengambil Phd.

Bagaimanapun, para penganalisis ekonomi sedang menantikan pengumuman bajet 2008 yang akan dibentangkan pada 29 Ogos ini untuk membuat perkiraan yang lebih tepat. Kita harapkan, bajet tersebut akan menumpukan kepada peningkatan pendapatan rakyat dan juga penumpuan kepada usaha-usaha untuk mempertingkatan hasil pertanian dan IKS di negara ini.

Apapun, rakyat Malaysia khususnya umat Islam di negara ini perlu berhati-hati ketika merancang perbelanjaan mereka bagi menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini. Mungkin inilah masanya untuk kita semua mengurangkan perbelanjaan tetapi meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Bagi yang berkemampuan, bantulah saudara-saudara kita yang dalam kesusahan dengan memperbanyakkan sedekah dan amal jariah.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 23, 2008

UDAH LE TU...

Semalaman tidak mengikuti perkembangan politik di Malaysia, terasa seperti 3 tahun lamanya. Apapun, terima kasih kepada semua yang sentiasa mengunjungi blog ini. Siapalah saya tanpa anda … :-)

Kalau ikutkan hati ini, memang banyak isu ‘PANAS’ yang ingin saya tuliskan hari ini. Terutamanya bab muzakarah atau apa-apa perkataan yang dikaitkan dengannya.

Tapi, disebabkan kesuntukan masa dan banyak pula kerja-kerja yang belum lagi diselesaikan, maka saya hanya ingin memberikan komen ringkas mengenai isu muzakarah yang kian hebat didendangkan oleh media arus perdana dan juga ‘bukan perdana’.

Kali ini, saya cuma ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana beliau sanggup mengutamakan Islam daripada kepentingan politik. Beliau sanggup membubarkan PAS jika itu adalah langkah terbaik untuk memertabatkan Islam di negara ini. Kesanggupan itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau lebih sayangkan Islam daripada PAS.

Kenyataan yang keluar dari mulut Tuan Guru itu ternyata menguji iman umat Islam di negara ini. Sejauhmana umat Islam di Malaysia ini sanggup mengorbankan parti mereka untuk kepentingan Islam? Sanggupkah ahli PAS dan UMNO mengorbankan parti kesayangan mereka untuk mendaulahkan Islam?

Tepuk dada, tanya selera !


Sejarah perjuangan Tuan Guru Nik Aziz dalam PAS bukannya singkat. Sudah berpuluh-puluh tahun beliau berjuang memertabatkan Islam. Banyak kenangan pahit dan manis yang beliau lalui bersama PAS. Malah, sudah berlori-lori fitnah yang dilemparkan terhadap diri dan juga perjuangannya.

Pernahkah anda terfikir, kenapa beliau sanggup membubarkan PAS?

Dapatkah anda bezakan, antara PAS dan Islam?

Dan, adakah anda faham maksud ‘ikhlas’ dalam perjuangan?

Apapun, renungkanlah maksud ayat di bawah :


“Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar-benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Al-Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu, Maka Dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong”
Surah Al-Mukminun, ayat 78

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 22, 2008

Pemimpin Berjiwa Rakyat

Sedih, cukup sedih melihat tindak-tanduk pemimpin yang kononnya mesra rakyat dan selalu mengambil berat mengenai masalah rakyat.

Macam mana tak sedih.... Perdana Menteri Abdullah Ahmad (Badawi) bermain sandiwara di khalayak ramai dan dipancarkan oleh semua stesen tv dan disiarkan oleh semua akhbar.

Kononnya Pak Lah membatalkan cutinya dan bergegas pulang untuk meninjau nasib rakyat yang dilanda banjir besar di Johor dan Melaka, khususnya. Pak Lah digambarkan sebagai seorang yang benar-benar mengambil berat tentang untung nasib rakyat jelata.

Tetapi, ke mana Pak Lah selepas "lakonannya" itu tersebar luas? Kenapa Pak Lah tidak hadir pada majlis rumah terbuka Malaysia sempena Krismas di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh Agong?

Rupa-rupanya Pak Lah sedang bercuti di Perth, Australia. Masya Allah.

Pak Lah berlepas dengan menaiki pesawat VIP Global Express yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Nampaknya Pak Lah memilih untuk berehat dan beriadah di Perth sedangkan hampir 70,000 rakyat Malaysia hidup dalam serba kekurangan di pusat-pusat pemindahan banjir dengan tidur beralaskan tikar arau tilam nipis, makan dan minum ala kadar dan melalui urusan peribadi (untuk mandi-manda dan membersihkan diri serta ke tandas) dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Di mana sifat insaniah? Ke mana pula perginya amanah sebagai pemimpin? Selaku pemimpin Pak Lah bertanggungjawab terhadap rakyat. Pak Lah tidak seharusnya ke luar negara untuk bercuti sedangkan sebilangan besar rakyat menderita akibat banjir.

Dalam tempoh tiga tahun menjadi PM saya dapati jumlah cuti yang diambil oleh Pak Lah telahpun mengatasi jumlah cuti yang diambil oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh 10 tahun.

Benar, Pak Lah berhak mengambil cuti tetapi bukan semasa rakyat dan negara menghadapi bencana seperti banjir. Pak Lah nampaknya tidak sensitif terhadap masalah rakyat. Macam mana rakyat nak kerja bersama-sama Pak Lah?

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

HOW THEY SPEND YOUR MONEY?

Kajian yang saya jalankan ke atas 1,000 orang pelajar (15-18 tahun) di kawasab bandar, pinggir bandar dan luar bandar pada tahun 2007 mendapati purata dalam setahun, setiap pelajar telah membelanjakan :

“RM 250 untuk kad prabayar telefon dan RM 430 untuk aktiviti hiburan seperti membeli cd cetak rompak, menonton wayang, merempit, rokok, majalah hiburan, makanan ringan dan sebagainya dalam masa setahun. Apa yang lebih menyedihkan, tidak sampai pun 5% daripada responden tersebut yang membeli sekurang-kurangnya sebuah buku ilmiah (buku selain sukatan pelajaran) dalam masa setahun.”

Bayangkan, ada 6 juta pelajar di negara ini. Jika setiap pelajar membelanjakan RM 680setahun untuk aktiviti yang tidak berfaedah, berapakah jumlahnya?

INI SATU PEMBAZIRAN...INGAT SENANG KER NAK CARI DUIT?

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Budaya Songsang Remaja Kita

Akibat ketagih arak, segelintir muda mudi di ibu kota sanggup mencemar puasa sepanjang hari dengan menjadikan minuman keras sebagai sajian sampingan ketika berbuka.

Meskipun agak pelik, perbuatan menjijikkan itu menjadi amalan biasa bagi kaki botol terutama di kalangan remaja yang kerap mengunjungi kelab malam dan menghabiskan masa dengan melepak di situ bersama rakan-rakan, termasuk pada Ramadan.

Sekali pandang, cara berpuasa golongan terbabit tidak ada beza dengan umat Islam lain kerana mereka berniat pada malam hari dan berpuasa keesokannya, namun amalan yang membezakan mereka ialah juadah sampingan bersulamkan ‘air setan’.

Difahamkan, individu yang terjebak dengan budaya berpuasa secara songsang itu sanggup berhabisan duit sehingga ratusan ringgit semata-mata memenuhi keinginan mereka untuk menikmati juadah arak.

Malah, tidak menjadi masalah kepada mereka jika tidak menikmati hidangan makanan yang menyelerakan ketika berbuka puasa, asalkan dapat memenuhi selera luar biasa dengan meneguk arak.


Difahamkan, golongan terbabit sanggup berlapar tanpa menjamah makanan dan minuman untuk berpuasa sepanjang hari, sebelum bergiat dengan gejala tidak bermoral itu pada waktu malam.

Sebelum mengunjungi pusat hiburan, mereka turut membeli minuman keras di kedai atau pasar raya untuk dijadikan sebahagian ‘juadah’ berbuka bagi mengelakkan perbuatan mereka diketahui.

Amalan songsang yang menyalahi hukum agama itu didedahkan seorang wanita hanya ingin dikenali sebagai Azreen, 25, yang mengakui dia bersama rakan kerap meneguk minuman keras itu ketika berbuka puasa di rumah.

Menurutnya, dia menunaikan ibadat puasa seperti umat Islam lain pada siang, tetapi ketika berbuka, dengan tidak semena-mena dia terasa ‘haus’ untuk meneguk minuman keras.

“Di bulan ini, saya dan rakan tidak makan dan minum pada siang hari, sebaliknya berpuasa seperti biasa dengan mengunjungi pasar Ramadan berhampiran rumah untuk membeli makanan sebelum singgah di kedai atau pasar raya untuk membeli arak.

“Saya tidak mengambil air itu (arak) tiap-tiap malam. Selalunya saya minum bersama rakan-rakan di rumah ketika atau selepas berbuka dan kemudian meneruskannya di kelab malam.

“Minum pun bukan kerana nak mabuk, tapi cuma suka-suka...mungkin sudah terbiasa minum bersama kawan-kawan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azreen berkata, dia dan rakan sanggup mengikat perut mengumpul sebahagian wang gaji bagi memastikan hasrat membeli minuman keras itu tercapai.

Dia mendakwa ‘rindu’ dan terbayang-bayang jika tidak meneguk minuman keras itu kerana sebelum ini ia sudah menjadi kebiasaan ketika mengunjungi kelab malam atau melepak bersama rakan-rakan di rumah.

Wanita itu berkata, dia terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas merantau ke ibu kota dan terpengaruh dengan rakan-rakan ‘kaki’ kelab malam.

“Sudah dua tahun saya terbabit dengan kegiatan tidak bermoral ini selepas berjinak-jinak menjejakkan kaki di kelab malam.

“Pada mulanya, saya takut untuk mencuba perbuatan terkutuk itu, tetapi tewas selepas melihat keseronokan rakan-rakan yang berhibur selepas meneguk air berkenaan tanpa rasa berdosa,” katanya.

Walaupun sudah cuba menjauhi perbuatan tergolong dosa besar itu dengan menghadiri beberapa sesi kaunseling, Azreen berkata dia masih gagal meninggalkan ketagihan minuman keras itu.

Dia mengakui perbuatannya itu berdosa dan berharap khidmat kaunseling dapat memulihkannya untuk kembali ke jalan yang benar.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

MELAYU BERSIFAT TERBUKA

Hari ini masih banyak orang (termasuk orang Melayu-Islam) yang lebih takut kepada orang yang berkuasa daripada Allah, lalu mereka memuja orang itu.

1. Setiap bangsa mempunyai budaya dan tamadun. Yang penting tentang budaya ini bukanlah semata-mata adat resam atau amalan ritualnya, tetapi sistem nilai, minda, dan pandangan hidup bangsa yang dicerminkan melalui budaya itu.

2. Salah satu ciri penting budaya Melayu yang dapat dikaji berdasarkan sistem pemikiran Melayu ialah sifat keterbukaannya. Budaya Melayu melakukan pelbagai interaksi sosial dengan budaya yang datang dari luar Kepulauan Melayu. Namun, orang Melayu secara kolektif dapat menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah hidup bangsanya sepanjang zaman.

3. Proses ini berlaku melalui pertembungan budaya Melayu dengan empat tamadun luar yang besar, iaitu tamadun dari India, Arab-Islam, China, dan Eropah. Sepanjang pertembungan itu, bangsa Melayu melakukan transformasi besar dalam tamadun mereka dari zaman animisme sehingga ke mercu tamadun yang tertinggi apabila orang Melayu menerima agama Islam dan mulai meninggalkan segala macam kepercayaan khurafat.

4. Apabila Islam mulai berkembang di rantau ini, orang Melayu tidak mengubah identiti mereka menjadi "orang Melayu-Arab-Islam", tetapi tetap mengekalkan dua akar tunjang Melayu iaitu bahasa Melayu dan budaya Melayu.

5. Dalam budaya Melayu-Islam lahir dua prinsip keadilan sejagat yang merentas segala peraturan buatan manusia. Dua prinsip keadilan Melayu-Islam ini diungkapkan melalui dua pepatah yang luar biasa iaitu "Biar mati anak jangan mati adat" dan "Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah". Siapakah pada hari ini yang berani menolak prinsip sejagat di balik dua pepatah Melayu ini?

6. Adat yang dimaksudkan dalam pepatah ini ialah "hukum" atau undang-undang, misalnya undang-undang jenayah, undang-undang mencegah maksiat, rasuah, penipuan, dan lain-lain lagi; bukannya adat resam, misalnya adat bersanding, adat memotong jambul, dan lain-lain lagi. Yang penting, menurut "fatwa" Melayu-Islam ialah adat itu tidak bercanggah dengan syariat atau melanggar hukum tauhid.

7. Dalam cara mentadbir urusan rakyat, model pemerintahan Melayu berdasarkan prinsip permuafakatan dan kerjasama antara raja (pemerintah) dengan orang bawahannya. Hal ini dinyatakan melalui kiasan "raja itu seumpama api, manakala perdana menteri dan para pegawainya seumpama kayu; api tidak menyala jika tiada kayu".

8. Berkaitan hubungan antara raja dengan rakyat, modelnya dinyatakan melalui kiasan "raja seumpama pohon, rakyat seumpama akar. Pohon tidak mampu berdiri tanpa akar". Maksudnya jelas - raja atau kerajaan bergantung pada rakyat. Kuat rakyat, kuatlah raja atau kerajaan. Lemah rakyat, lemahlah kerajaan.


9. Masyarakat Melayu tidak mempunyai sistem kasta. Apabila Islam berkembang dalam masyarakat Melayu sistem kelas sosial mulai terhapus. Islam mengembangkan idea tentang kebebasan manusia dan hak manusia yang sama rata di sisi Allah.

10. Dalam Islam, rakyat bukan hamba kepada kerajaan, tetapi tonggak (atau akar) kepada kerajaan. Jika rakyat diperhamba oleh pemimpin, disekat kebebasannya, ditutup mulutnya daripada bersuara untuk menegur kelemahan pemimpin, maka rakyat menjadi lemah atau akhirnya rakyat yang tidak tahan akan bangun memberontak.

11. Alam Melayu ini sudah menghadapi cabaran globalisasi selama lebih kurang 400 tahun sejak Portugis menawan negeri Melayu-Islam Melaka pada 1511. Tetapi dalam tempoh lebih 400 tahun proses globalisasi itu berlaku di alam Melayu, bangsa Melayu atau the Malay Nation kata Raffles, tidak musnah. Agama Islam kekal sebagai agama yang dominan di alam Melayu; bahasa Melayu berjaya menjadi bahasa ilmu, bahasa kesusasteraan tinggi, bahasa kerajaan, dan bahasa diplomasi di seluruh alam Melayu ini; institusi raja Melayu kekal selepas Inggeris meninggalkan Tanah Melayu.

12. Itulah kekuatan yang sudah ada pada bangsa Melayu-Islam, kekuatan yang dibina melalui sejarah yang agak panjang, selama sekurang-kurangnya 700 tahun sejaktertubuhnya kerajaan Melayu-Islam yang awal, iaitu kerajaan Samudera-Pasai awal abad ke-13. Kekuatan itulah yang mesti dikembalikan atau dihidupkan semula untuk menghadapi cabaran hari ini di Malaysia - cabaran yang dalam banyak hal tidak jauh bezanya daripada cabaran yang dihadapi oleh bangsa Melayu sejak 1511.

13. Masalah yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu sekarang terutama oleh kepemimpinan Melayu ialah masalah kehilangan perspektif tamadun Melayu-Islam dalam menghadapi cabaran memerintah negara yang rakyatnya kini terdiri daripada pelbagai kaum etnik, budaya, agama dan bahasa. Pemimpin sekarang tidak menyelesaikan masalah rakyat menurut cara Melayu-Islam. Kita tidak mematuhi prinsip keadilan "Biar mati anak jangan mati adat" atau prinsip "Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah".

14. Selain itu, hubungan antara kaum semakin tidak mesra dan tidak tenang bukan kerana bersifat perkauman tetapi disebabkan masalah ketidakcekapan bangsa Melayu-Islam menguruskan masalah itu. Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya mereka dapat mengenali satu sama lain. Tetapi kita tidak menggunakan perintah ini sebagai model untuk menangani isu kepelbagaian etnik di negara ini. Segala sistem kebangsaan yang baik untuk perpaduan kebangsaan dirosakkan di peringkat pelaksanaannya, sehingga berlaku perpecahan semangat nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.

15. Kita jangan menyangka bahawa zaman jahiliah sudah tidak ada lagi dalam zaman yang dikatakan zaman moden ini. Hari ini masih banyak orang : (termasuk orang Melayu-Islam) yang lebih takut kepada orang yang berkuasa daripada Allah, lalu mereka memuja orang itu. Kebanyakan orang sekarang bercakap tentang kebebasan tetapi mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka tidak bebas secara hakiki.

16. Manusia hanya bebas di sisi Allah. Jika mereka memuja ideologi, memuja kerajaan, parti politik, atau pemimpin mereka, itu bukan kebebasan. Mereka tidak mampu melakukan kebaikan dan pembaharuan dalam pemerintahan jika mereka tidak berani mengubah sistem yang buruk kerana takut kepada orang yang berkuasa.

17. Jika orang Melayu-Islam yang memerintah negara ini mengamalkan cara pemerintahan yang baik, cekap, tegas, dan adil kepada semua rakyat, tidak rasuah, tidak lembik, tidak terlalu banyak beretorik dan berpolitik, tidak timbul pelbagai masalah seperti sekarang. Orang bukan Melayu pasti menerima dan menghormati dan menyanjung pemimpin Melayu yang sebegini.

18. Begitu juga jika orang bukan Melayu menjadi ketua yang baik, bersih, cekap, dan adil kepada semua kaum, orang Melayu-Islam pasti menerima dan menghormati ketua itu, tanpa mengira kaum dan agama.
( Karya asal bertajuk ” Apabila Melayu Hilang Punca ”oleh Ybhg. Dato’ Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga mantan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO dan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka )

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Persoalan Yang Tak Terjawap?

Kenapa Lim Kit Siang persoal usaha PM untuk Perpaduan Melayu melalui UMNO-PAS?

2. Kenapa Lim Kit Siang menekan-nekankan soal Perpaduan Malaysia ?

3. Kenapa DAP tidak mengutamakan bahasa Malaysia? Kata nak Malaysia Malaysia.

4. Kenapa Jason Lee mencadangkan ditukar SJK ? Hanya ada satu Sekolah Kebangsaan iaitu Sekolah Malaysia? Tetapi mahukah DAP menghapuskan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan?

5. Mahukah Lim Kit Siang mencadangkan dalam Parlimen agar dihapuskan Surat-Surat Khabar Berbahasa Ibunda supaya hanya bahasa Malaysia sahaja digunakan seperti di Indonesia? Cina Indonesia Tidak Ada Akhbar, Tidak Ada Sekolah Jenis, Tidak Ada Perayaan Cina?

6. Kenapa Karpal Singh persoal PAS berbicara dengan UMNO? Bolehkah Khalid Samad (PAS)diputuskan pertalian sauudaranya dengan Shahrir Samad ( UMNO ) ? Adakah nak putuskan Persaudaraan Islam antara PM dengan Presiden PAS?

7. Kenapa Karpal Singh kurang sekali menggunakan bahasa Malaysia ( bahasa Nasional/bahasa Kebangsaan ) dalam apa-apa majlis?

8. Kenapa DAP membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dalam Papan Tanda di Pulau Pinang? Kenapa tak menggunakan bahasa Malaysia sahaja? Bahasa Mandarin tu bahasa Malaysia kah? Teras bahasa Kebangsaan bahasa Mandarin kah?

9. Kalau di negara China, orang-orang Melayu macam Shamsiah Fakeh dan lain-lain lagi bolehkah minta supaya ditulis bahasa Melayu di Papan Tanda di Negara China? Bolehkah dibenarkan dibuat Sekolah Melayu atau Surat Khabar Melayu di negara China?

Jika semua tidak boleh...DAP, PKR, Lim Kit Siang, Karpal Singh harus memikirkan semula Konsep Malaysian Malaysia itu. Harus mengambil kira Teras nya... Keadilan dan Kesamarataan itu ya silakan, namun jangan dilupa ada tradisinya negara ini, ada sejarahnya negara ini, dan ada terasnya negara ini...


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 21, 2008

DAP HINA ISLAM DAN MELAYU..

Apa yang DAP dah buat kepada orang MELAYU DAN ISLAM?

1. ISU PEMBUKAAN LADANG BABI BESAR-BESARAN: Selangor - Dalang DAP


2. ISU MEMORANDUM BANTAH AZAN DAN BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN DENGAN KUAT : Selangor - Dalang Teresa & DAP


3. PELAJAR CINA DI TAIWAN NAMEWEE HINA NEGARA & ISLAM : menghina lagu Negaraku, menghina azan dan menyatakan bahawa orang Melayu adalah sakai dalam lagunya yang dipaparkan dalam You Tube


4. TERESA & GANG MAHU TUKAR PAPAN TANDA JALAN TULISAN JAWI & BAHASA MELAYU DI KL TUKAR DGN TULISAN CINA & INDIA : KL & Selangor - Dalang DAP


5. SEKOLAH PRIVATE CINA DIBERIKAN TANAH 200 EKAR UNTUK DINIAGAKAN BERHARGA JUTAAN RINGGIT: DISAMAKAN KERAJAAN DENGAN MASA BN BAGI TANAH BUKA KOLEJ DARUL RIDZUAN - MENYAMAKAN USAHA MENINGGIKAN SYIAR ISLAM DENGAN MENDAULATKAN CINA : di Perak- Dalang DAP


6. KAMPUNG BARU (PENEMPATAN BARU ORG CINA WAKTU ZAMAN KOMUNIS) MENDAPAT GERAN UNTUK 999 TAHUN – KAMPUNG MELAYU HANYA 99 TAHUN Mana Hak Melayu??? Usaha Menghakis Hak Melayu! : di Perak - Dalang DAP


7. MESYUARAT PUSAT DAP PERTIKAI KEPUTUSAN SULTAN PERAK DALAM LANTIKAN MB… MENCABAR KUASA SULTAN MELAYU : di Perak - Dalang DAP


8. MESYUARAT PUSAT DAP ARAH WAKIL RAKYAT DAP JOHOR TAK PERLU PAKAI SONGKOK & ISTIADAT MELAYU WAKTU MAJLIS ANGKAT SUMPAH... Cabar Sultan & Melayu di Johor - Dalang DAP


9. TERESA BAWA ISU DALAM PARLIMEN TUDUH WANITA CINA KENA HENJUT KECAPI DALAM JAIL – FITNAH RUPANYA WANITA MELAYU : TUJUAN MENJATUHKAN MARUAH MELAYU - Dalang DAP


10. KERAJAAN PERAK TUKAR PENGARAH JAIP TANPA PERKENAN SULTAN & TIMBUL KONFLIK YANG AKHIRNYA PENGARAH JAIP DIKEKALKAN, Cubaan Cabar Sultan & Islam : di Perak - Dalang DAP.


11. DEMONSTRASI HINDRAF TUDUHAN MELAMPAU DAN PENUH FITNAH KE ATAS KERAJAAN DAN ORANG MELAYU KONON KAUM INDIA DISISIHKAN DAN DITINDAS – Dalang Pembangkang


12. UITM DIBUKA KEPADA TERUTAMA CINA: MELAYU HAKIS HAK MELAYU BODOH PUNYA MELAYU : Dalang DAP


13. KAUM CINA PERSOAL BANGSA MELAYU BUKAN PENDUDUK ASAL NEGARA MALAYSIA : Dalam Parlimen - Dalang DAP


14. PAPAN TANDA JALAN PELBAGAI BAHASA DI KAWASAN WARISAN PULAU PINANG - DI PULAU PINANG - Dalang DAP


15. FORUM MEMELUK ISLAM : PERSOALKAN & MEMPERTIKAI AGAMA ISLAM - DALANG MAJLIS PEGUAM


17. FORUM HAK KEISTIMEWAAN MELAYU PERKARA 153 : PERTIKAI HAK KEISTIMEWAAN ORG MELAYU - DALANG MAJLIS PEGUAM


18. TERESA MENYAMAKAN MAKANAN DIBERI POLIS SEPERTI MAKANAN ANJING (ANJING DENGAN SINDIRAN KEPADA PASUKAN POLIS & MELAYU) DALAM SIDANG MEDIA SELEPAS DIBEBASKAN OLEH ISA – NAMUN TAK MENGAKU DAN MENGATAKAN MEDIA PUTAR BELIT : AKHIRNYA MENGAKU TAPI TANPA ADA PERMOHONAN MAAF KEPADA SEMUA...-Dalang DAP


19. Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak. Kouta baru bagi pengambilan pekerja bagi SPA ialah dengan nisbah 5 Cina, 3 India dan hanya 1 Melayu. Tak lama lagi, ramailah anak jati Melayu Perak yang akan menganggur kerana polisi pro-DAP kafir harbi ini : Di Perak - Dalang DAP.


20. Penghinaan kepada Mufti Perak dengan menghapuskan tarafnya yang setara dengan exco kerajaan negeri Perak. Ini bagi memastikan mufti tidak ada hak untuk bersuara bagi membela nasib agama Islam : di Perak - Dalang DAP


21. Pengubahan polisi Pelan Susunatur Perumahan yang tidak memberi keistimewaan langsung kepada agama Islam yang mewajibkan rezab Masjid/Surau mesti disediakan oleh pemaju perumahan : Strategi meminggirkan melayu & Islam : di Perak - Dalang DAP


22. Menidakkan hak orang Melayu dengan melantik penyokong DAP kafir harbi sebagai Pengerusi Penjawatan Dewan Bandaraya Ipoh. Ini bagi memastikan lebih ramai bukan Melayu pro DAP kafir harbi mendapat tempat: di Perak - Dalang DAP


23. Mengarahkan borang permohonan tanah dicetak dalam bahasa cina dan tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon. Jikalau sudah berpuluh tahun tinggal di Malaysia tapi masih tidak tahu bahasa Melayu adakah mereka ini (penyokong pro DAP kafir harbi) boleh dianggap rakyat Malaysia dan layak memohon tanah?, Startegi bagi tanah dimiliki lenih banyak kepada bukan bumi : di Perak - Dalang DAP

24. Kouta Bumiputera dalam permohonan pembalakan dihapuskan bagi memastikan hasil bumi Perak dapat diratah dengan rakusnya oleh penyokong pro-DAP kafir harbi: di Perak - Dalang DAP

25. Mewujudkan jawatan Pengerusi Jabatan bukan Islam supaya setaraf dengan jawatan mufti Perak. Ini bertujuan untuk menyamatarafkan agama Islam dan agama lain di Perak - Dalang DAP

Pendatang Asing Fahamkan Hak Pribumi

INGATAN Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah kelmarin mengenai betapa pentingnya komuniti pendatang di sesebuah negara menghormati dan menerima adat, sejarah serta sistem pemerintahan yang diamalkan di negara mereka berhijrah dan bermastautin, perlu direnung semua pihak. Seperti titah baginda, mereka sepatutnya mempunyai garis sempadan dalam mempersoalkan sesuatu perkara yang membabitkan hak seseorang individu untuk memilih cara hidup di negara tempat mereka berhijrah atau keperluan untuk mewujudkan sebuah masyarakat harmoni dan bersatu padu. Oleh itu, dalam membuat pilihan, masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat berbeza perlu berpegang kepada pepatah 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.'

Kita tidak menafikan wujud pelbagai polemik sejak kebelakangan ini mengenai pelbagai perkara yang dibangkitkan sesetengah pihak, sekali gus menimbulkan kegelisahan atau rasa tidak puas hati satu pihak lain. Contoh nyata adalah soal kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara. Perkara ini sudah nyata dan jelas, tanpa perlu mana-mana pihak mempertikaikannya. Dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia, setiap kaum tanpa mengira penduduk asal atau imigran hendaklah peka terhadap sensitiviti sesuatu kaum. Membangkitkan sentimen bersifat perkauman bukan saja boleh menjejaskan keharmonian, keamanan dan ekonomi negara.

Negara kita sebenarnya menjadi contoh terbaik bagaimana diaspora atau penghijrahan besar-besaran orang Cina, India dan kaum lain yang membawa kepada sebuah bangsa makmur dan majmuk. Hari ini semua mereka menjadi sebahagian daripada landskap negara ini. Secara umum, kemahuan dan keperluan pendatang di mana-mana negara adalah sama iaitu makanan, wang, pendidikan untuk anak dan kehidupan yang lebih bermakna, selain rumah dan perlindungan pada hari tua. Mereka juga mahu diserapkan dalam komuniti yang lebih besar dan tidak dilayan sebagai orang asing. Namun, dalam pada itu, masyarakat juga perlu memelihara agama daripada diceroboh mereka yang akan memesongkan kebenarannya dengan menghapuskan tindakan radikal dan ekstremis.

Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab untuk menangani ekstremis dan golongan membangkitkan sentimen perkauman ini pada bahu kerajaan semata-mata. Jika semua pihak bertindak rasional dan tidak mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi perkauman, sudah tentu kita dapat hidup lebih selesa dan saling memahami. Seperti titah Raja Nazrin, ciri-ciri kehidupan sebuah negara demokrasi ialah setiap individu dibenarkan membuat pilihan sama ada mahu menyesuaikan diri dan diserap dalam masyarakat atau berdepan keadaan yang mereka akan terpinggir.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 20, 2008

STUPID PRESUMPTION OF A SIMILAR KIND

If someone forced me to bet my money on any candidate, then I will bet on Khairy Jamaluddin, because if things don't change any time sooner, then he will definitely win the party's election to become the next UMNO youth's chief.

Sound so bad isn't? For someone like me who despise the Illuminati so much, how could I think that this man will win against Mukhriz Mahathir? Why is that?

My answer for you all, it is because we have been idiots since March 2008, and we have learned nothing at all from the recent events, and that despite warnings given, we still hadn't' realized that our compass had been diverted from its true north.

The general things about us Malays are we always assume the course of human history is always influenced by one person only. So when UMNO was on its height we gave every credits on one person that is Tun Mahathir, and when UMNO plunged on March 2008 we put the blame almost entirely on Pak Lah. Of course Tun deserves most of the credit, but so does the rest of the population who abide to his policies and promoted it to make it work. And yes yes yes, we do associate the no good son-in-law of Paklah to UMNO's downfall, but if that means we already won, how come after we had successfully forced Pak Lah to unseat himself this coming March, the son in law is still able to maintain his course to become the next Cabinet Minister?

The success and failure of a nation is influenced by the entire population as a whole. The leader and the people are just different individuals working together for the glory the team. A prime minister is just one person with 5 senses like the rest of us. The difference between Tun and Pak Lah goes down to guts and knowledge. Tun knew that despite of leading the most politically powerful party in Malaysia, the survival of his political legacy still requires the supports and dedication of the entire population regardless of race and religion. Pak Lah on the other hand assumed that all he needs to please and listen to is a bunch of 4th floor boys, some Ethos advisors, Political Figures and a few thousands of Ketua Bahagian and Cawangan.

Such a grave mistakes, and it will costs him more that he could bear. I mean to be branded by the generations of the future as one of the biggest loser in Malays history is, I think, the worse thing could happen to an aging man like him. To understand how bad it will be, just imagine that 10 years time your own child is blaming you on something you've done today, yaiiii!.. That sucks big time, wouldn't it?

But of course he can still do something about it. He knows that protecting the wishes of his daughter and his menantu will come at the costs of sacrificing UMNO and the entire future generation. Pak Lah knows how corrupt his menantu is and that he will be more and more corrupt as he stepped towards the next big seats in UMNO. If things go as planned by the Illuminati, Khairy Jamaluddin will be the reason behind the disintegration of UMNO and the entire Barisan Nasional before the next general election, and Pak Lah will be in the front seat to see it all happened.

The question to us now is whether we want to sit next to Pak Lah when all these things happen. The truth is, it doesn't matter whether you're a common man on a street or a member of parliament, or whether you're making just a thousand ringgit or a million per month, we all are responsible for the future of our next generation. So should the next ten or twenty years see the deterioration of the quality of life affecting our children in this country, then the question to us by then is what had we done today to prevent such future misfortune?

If my prediction is correct, we will see the misfortune that had befall us on PRU-12 March 2008 repeating itself in the next UMNO General Assembly March 2009. Remember what had happened during the nation's 12th general election? Millions of UMNO / BN loyalists all over the country cast their precious votes in favor of the opposition because they were trapped under presumption that their votes wouldn't make a difference. Duped by the opposition's calling of "jom kurangkan majoriti", each and everyone of them assume that Barisan Nasional is too strong to be shaken that a couple of missing votes from them will not change history. Under such presumption and coupled with dissatisfaction towards Paklah's policies, some cast their votes for Anwar Ibrahim, others deliberately cast bad votes, while the remaining in the category didn't even bother to go to vote at all.

The rest of the story as we know it, is history. Barisan Nasional lose five states and we are now watching all sorts of opposition sponsored groups and individuals marching to our doors trying to strip us of all the benefits we previously enjoyed unchallenged.

As I'm watching the recent numbers of those nominating Khairy Jamaluddin to become the next UMNO youth's chief, I began to realize that the plague of money politics and stupid foresights are still embedded within our local UMNO leaders. No doubt that amongst all the 52 divisions who nominated him as candidate, probably only a few of them really supports him at hearts. The rests are either being threatened, bribed or sweet talked into doing it. It doesn't make sense that our divisions leaders failed to see that KJ is one of the major factor behind the downfall of UMNO during the last general election. Therefore any remarks that the nomination of Khairy Jamaluddin is mirroring wishes of the grassroots members are all bullocks.

So why are these divisions still submitting themselves to the fear and temptations? I think the reason is because like the rest of us prior to the 12th general election, leaders and members of these divisions thought that their nominations and votes would not make any difference. Upon learning that Dato Mukhriz Mahathir had already won the nomination with impressive 75 nominations, everyone now is assuming that it would be a walk on the park for Mukhriz to be elected as the next Youth's Chief. Therefore upon being offered with bribes and sweet promises by Khairy's camp, each of them was thinking "hmm.. mukhriz already won nomination.. even if I take the money and nominate KJ now it wouldn't change anything.. so why not.. jom sambil menyelam sambil minum air"

Not changing anything is it? Oh really?

That is why I'm saying that in the next general assembly there'll be a big surprise waiting for us. Our tsunami hopefull Dato Mukhriz, the son of our beloved Tun Mahathir, WILL LOSE the party election. Thousands of UMNO members attending the assembly will come with full love and support of Dato Mukhriz. Everyone will talk to the person sitting next to him about the worse of KJ and the best of Mukhriz. Everybody will claim he is part of the tsunami and praises the changes about to be done by Mukhriz. But when it's time to vote, they will instead vote for Khairy Jamaluddin because earlier they had been tempted with promises of this and that from Khairy's camp. Due to the massive supports gathered by Mukriz during nomination, all of them will cast a vote in favor of KJ because each and every one of them assumes that their votes will not make any difference. The person sitting on the left assume the person sitting on the right will vote for Mukhriz and vice versa, whereas what will actually happen is both of them will casts their vote for Khairy.

Once the dusts cleared and Khairy won the election, each and everone of them will start blaming the voting systems or delegation members from this and that states. No one is willing to admit that he is the one who secretly cast the Khairy's vote.

If I'm proven wrong about this and that Dato Mukhriz won the election, I'll be inviting my neighbors for kenduri kesyukuran. To all individuals who will be attending UMNO general assembly, please please proof me wrong.

We as the member of UMNO who support this tsunami must remind ourselves that we too must play our role in ensuring Mukhriz's winning together with the rest of UMNO leaders who are pro-tsunami. Despite our busy schedules and daily workloads, we should at least contribute a little bit to ensure that this tsunami will no subside at least until the next general election. From visiting your non-Malay neighbors to voting in UMNO general assembly, from helping those who need your assistance regardless of his religion to writing an article for anti opposition blogs, from protecting your neighborhood from Mat Rempit to printing huge banner depicting anti Anwar Ibrahim slogan - all good deeds performed in multiracial community coupled with straight forward campaign against the proxies of Illuminati are parts of the tsunami, and like the votes which shall be counted in the general assembly, all our conducts today will eventually shape the future of our children.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Bila Nak Turun?

Beberapa hari lepas saya berada di Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Di celah-celah kesibukan bekerja, saya sempat bertanya beberapa orang kenalan mengenai isu semasa yang penting kepada mereka.
Daripada perbualan itu, saya membuat kesimpulan bahawa "ekonomi" adalah merupakan perkara utama yang sentiasa berada di kotak fikiran.

Secara khusus mereka menyebut tiga perkara penting iaitu: (1) kenaikan harga barang; (2) peluang pekerjaan untuk anak-anak yang baru tamat belajar, dan; (3) kesukaran menjalankan perniagaan (sukar mendapat projek).

Seorang teman tidak menyembunyikan kemarahannya apabila dia berkata kerajaan tidak sepatutnya tergopoh-gapah menaikkan harga minyak. Katanya, kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna.

Apabila harga minyak diturunkan ("itupun ciput!" kata seorang teman), harga barang tidak turun. Ini membebankan pengguna.

Sehingga kini kerajaan nampaknya masih meraba-raba mencari formula untuk menurunkan harga barangan pengguna. Setakat ini, gagal.

Dengan nada sinis teman tadi berkata, "Ini macam bagi hadiah viagra kepada rakyat!"

Hadiah viagra? Macam mana tu?

Jawab beliau, "Yalah, apabila barang dah naik, tak mahu turun-turun!"

Mampukah NAJIB?

Laporan bernama:-

Najib's Greatest Challenge Is National Unity, Says PM
PUTRAJAYA, Oct 11 (Bernama) -- National unity will be Datuk Seri Najib Tun Razak's greatest challenge when leading the country next, says Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.He said his successor would have to give priority to this issue as the state of inter-racial and inter-religious relations at the moment was not good. Selanjutnya

Anak Malaysia:

Tun Abdul Razak yang juga bapa kepada DS Najib menjadi perdana menteri negara kita selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tugas utama Tun Abdul Razak ialah mewujudkan keharmonian antara kaum selepas peristiwa berdarah berkenaan. Maka NEP telah diwujudkan sebagai jawapan kepada masalah perkauman pada masa tersebut.

Kini masalah perkauman masih wujud. Manakala sebahagian orang mengatakan NEP gagal walaupun sebenarnya ia bermasalah hanya diperingkat pelaksanaan bukannya sistem NEP tersebut.

Dan kini jika ditakdirkan, DS Najib bakal menjadi PM negara kita yang keenam.

Nampaknya, apa yang diusahakan oleh Tun Abdul Razak perlu diteruskan pula oleh DS Najib. Apakah ini satu kebetulan?

Namun, imej DS Najib benar-benar tercalar dengan cerita-cerita sensasi. Ramai yang mula hilang kepercayaan kepada DS Najib kini. Ramai berpendapat DS Najib bukan orang yang layak menjadi PM negara kita.

Oleh itu, DS Najib perlu hapuskan persepsi berkenaan. Hanya satu sahaja cara yang DS Najib mampu lakukan untuk menghapuskan persepsi yang buruk terhadapnya iaitu buktikan dia mampu lakukan malah jika boleh lebih baik daripada bapanya sendiri.

Ini bukan tugas yang mudah. Mampukah beliau?

Nov 19, 2008

Politik PAS Celaru?

Bujang Senang merasa laporan Siasah amat mengejutkan..

Mujahid Yusof Rawa, cuba mengarapkan orang bukan Islam di dalam PAS. Bukankah Dewan Ulamak PAS pernah mengeluarkan fatwa kononya, jika UMNO berkerjasama dengan orang bukan Islam, maknanya UMNO kafir. Kini, apa pula kenyataan Dewan Ulamak PAS?

Pas makin celaru, saya tertarik dengan komen seorang penyokong PAS yang cetek mindanya tapi sombong di dalam blog sahabat saya iaitu:

"Inilah akibatnya kalo mengaji agama sekerat2.,xkan la tuan rumah xphm, ijtihad ulama' sntiasa berubah2 mngkt masa, keadaan dsbgnya... Islam x rigid, yg rigid adalah umatnya yg xberilmu".

Lihatlah komen bodoh ini. Kalau PAS berkerjasama dengan bukan Islam malah kafir harbi maka hukumnya boleh dan ulama PAS menghalalkan, tapi bila UMNO bersama bukan Islam yang kafirnya Zimmi, hukumnya jatuh kafir juga. Apa punya fatwa ni. Sila jawab TUAN GURU HAJI HADI AWANG?

PAS kena terima bahawa negara kita berbilang kaum. pengkongsian kuasa releven dilakukan di sini dan sudah sekian lama minda orang PAS jumud barulah mahu membuka mata seluasnya.

PAS kena tarik balik kata-kata mereka kepada UMNO dulu.

Keahlian kepada bukan Islam akan merosakan wacana PAS sebagai parti Islam. Namun mungkin kerana kebijakan pemimpinnya maka PAS terus diperbodohkan. UMNO walaupun bersama bukan Islam tetapi tidak membuka keahlian kepada bukan Melayu. Prinsip terjaga, bangsa terbela, dan agama dijunjung.

P/s: kalau macam tu, orang bukan Islam boleh jadi presiden PAS. Ada pencalonan Gobalakrishnan jadi Presiden PAS. Lim Kit Siang jadi mursyidul Am PAS. Siapa setuju.. sila angkat kaki tinggalkan PAS.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Pertemuan TERTUTUP, Ada Apa Yer?

Bujang Senang nak berkongsi INFO dengan rakan-rakan blogger:

Sekitar jam 11.30 pagi semalam bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, satu taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia telah diadakan. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan untuk menerangkan keadaan politik semasa terutamanya berkaitan Pakatan Rakyat, tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi negara.

Sambutan para diplomat sangat positif. Kami berharap dapat meningkatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan para wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Apa yang pasti sesi pertemuan seperti ini merupakan satu forum yang sangat berguna bagi menyampaikan berita, pandangan dan idea berkaitan parti dan Pakatan Rakyat kepada komuniti diplomatik.

Ulasan

1. Kes liwat Anwar 1998; Ramai orang berkunjung ke rumah Anwar, solat hajat, baca yasin dan mendengar taklimat hampir setiap malam. Anwar turut mengadakan road show, sambutan di luar jangkaan. Orang ramai turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan. PAS menubuhkan GERAK untuk mengadakan road show ke seluruh negara, bela Anwar. sekurang-kurang 15 jenis buku politik ditulis khusus sokong Anwar, Harakah meningkat 5 kali ganda daripada cetakan biasa. Majalah Tamadun mendapat sambutan hangat dan habis di pasaran. Laman-laman web/blog tumbuh seperti cendawan lepas hujan (lebih 30 laman web/blog muncul) untuk sokong Anwar. Cikgu-cikgu dan para mahasiswa mencetak bahan-bahan internet untuk diedarkan kepada anak murid dan kawan-kawan

2. Kes liwat Anwar 2008; sedikit sahaja berkunjung ke rumah Anwar, tiada solat hajat, baca yasin. Rumah Anwar sunyi. Anwar turut mengadakan road show, sambutan biasa sahaja, kecuali dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor seperti protes harga minyak tetapi penyokong memprotes penyanyi underground yang tunjuk bontot. Protes dalam protes. Tiada yang turun ke jalan raya di sekitar ibu kota mengadakan demonstrasi secara mingguan.Kecuali sambutan secara kecilan di IPK dan HKL, itupun di kalangan hard core Pemuda PKR. Laungan TAKBIR tak bersambut. Lebih ramai pihak media/wartawan daripada penyokong Anwar. PAS serah Anwar selesaikan sendiri isu liwat kerana isu itu bukan isu parti tetapi isu peribadi. Penulis buku politik tidak berminat menerbitkan buku mengenai topik ini kerana sudah jangka tidak akan laku di pasaran, Harakah dicetak seperti biasa dan tiada peningkatan drastik. Editorial tidak berminat fokus isu itu. Majalah Tamadun sudah tidak diterbitkan lagi. Akhbar tabloid Siasah, Suara Keadilan diterbitkan seperti biasa. Tiada tanda-tanda, sambutan hangat masyarakat jika ditambah bilangan percetakan. Tiada web/blog baru ditubuhkan semata-mata membela Anwar. Hanya bergantung kepada web dan blog yang sedia ada.

3. Mufti Perlis anggap isu itu Isu peribadi yang cuba dipolitikkan menjadi isu rakyat. Rakyat sudah bosan kerana isu ini masih berlarutan tanpa penyelesaian, jadi cara terbaik adalah bersumpah dengan nama Allah di kedua-dua belah pihak.

4. Ibrahim Ali anggap sikap berdolah dalik Anwar akan mengurangkan kepercayaan masyarakat kepadanya. Enggan bersumpah. Enggan ke IPK. Enggan beri DNA

5. Anwar beritahu beliau kena tahan di pertengahan jalan oleh pihak pihak sedangkan beliau nak pergi ke IPK. Fakta sebenar, polis 'cekup' Anwar tengah jalan kerana Anwar nak balik ke rumahnya dan kunci pintu supaya polis datang ke rumahnya dan kepung rumahnya seperti 1998. Lagi pun polis bukan bodoh, kalau terpaksa kepung dan kopek pintu rumah Anwar, Anwar akan beritahu media antarabangsa, rumah saya kena kepung dan dikopek. Jadi lebih baik, cekup tengah jalan, sebelum Anwar sampai ke rumah dan kunci. Masa kena cekup, peguam Anwar ada bersama, kenapa dia tak halang. Sepatutnya, kalau benar Anwar nak bekerjasama dengan polis, beliau terus ke IPK dalam perjalanan dari BPR Putrajaya. Kenapa pula melencung ke rumahnya ? Kalau nak lapor keburukan orang lain, awal-awal lagi dah bertolak, kalau nak beri kenyataan kepada polis, kerana didakwa suspek, pelbagai alasan diberi termasuk bersembunyi di kedutaan Turki dan menyorok dalam bilik bacaan di rumahnya.

6. Anwar kata beliau kena telanjang semasa di HKL. Pengarah HKL pula kata, mereka tak suruh Anwar telanjang. Mana satu yang betul ni ? Anwar suka cakap berbelit-belit dan berpusing-pusing. Pantangnya hanya satu, pantang jumpa pentas India akan termenari dengan sendiri walaupun tidak disuruh. Sebab itu semua peguam peribadi beliau India, S. Nair, Sivarasa..

7. Bermakna, jika sambutan dalam negara semakin kurang kepada Anwar, beliau hanya mempunyai satu peluang sahaja iaitu melaporkan kepada kedutaan asing. Anwar beritahu kedutaan asing, sistem kehakiman Malaysia, polis telah korup. Pihak hospital tidak profesional, suruh beliau telanjang dan pelbagai keburukan lagi yang menunjukkan Malaysia tidak demokrasi dan perlu dikenakan tekanan politik pihak negara luar kepada Malaysia.

8. Semua ini membuktikan Anwar memang bergantung kepada kuasa asing khususnya Amerika Syarikat yang beliau telah dilantik sebagai Council on Foreign Relations (CFR) New York

So..korang pikirlah sendiri


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 18, 2008

PKR Hilang Tempat Berpaut

1. Kemenangan Barrak Obama memberi kesan negatif kepada Anwar kerana kekalahan McCain, Palin, dan sekutu-sekutunya seperti Cohen, Condoliza, P, Wolfowitz dan lain-lain telah memutuskan talian hayat dari Amerika.

2. Anwar masih menuduh Pakej Ransangan Ekonomi yang digerakkan oleh Menteri Kewangan sebagai menyalahi peraturan Parlimen, sebagai menjawabnya, Speaker Parlimen berkata, itulah kalau orang selalu keluar dewan!

3. Nampaknya Anwar dan team penasihat ekonomi masih berfikiran krisis ekonomi sekarang sama seperti krisis ekonomi 97/98. Anwar masih melihat IMF sebagai jalan terbaik kepada negara untuk berhutang dan menyelamatkan ketidaktentuan ekonomi global.

4. Apakah kita mahu menjadi seperti Pakistan hari ini ( yang terpaksa menaruh simpati IMF atau negara jiran seperti Indonesia yang meminjam IMF 97/98, yang masih kesannya sampai kini masih terasa antaranya bagaimana IMF membankrapkan PERTAMINA dan bank-bank Indonesia.

5. Menteri kewangan telah menjelaskan bahawa kedudukan kewangan domestik amat kuat, bank-bank masih kuat walaupun Anwar mempersoalkan pembelian bank Indonesia oleh Maybank, tatkala industri kereta di Amerika memberhentikan pekerjanya, Proton dan Perodua masih terus bergerak ke depan.

6. Kerajaan masih temuduga pengambilan kakitangan tetap/kontrak/sambilan di seluruh negara untuk mengisi pelbagai jawatan kosong, sedangkan di Amerika negeri Calofornia memohon pinjaman menyelamatkan kerajaan persekutuan membayar gaji kakitangan awamnya.

7. Bajet Anwar yang susut dan mengecil berbanding bajet kerajaan + pakej ransangan RM7 Billion, menampakkan kelemahan Anwar mengurus ekonomi negara.

8. Anwar mahu meletakkan kita kaku, terduduk, terdiam, dan terserah kepada serangan ekonomi global, kerajaan pula menyuntik RM7 Billion supaya seluruh rakyat dan perusahaan boleh terus berpusing.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Pemimpin PKR Masuk UMNO?

KETUA PEMBANGKANG yang mendapat elaun hampir sama dengan gaji jawatan Perdana Menteri gagal membawa isu-isu rakyat yang penting sebaliknya, sesi Parlimen yang akan tamat tidak lama lagi hanya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan Anwar kepada Menteri-menteri dan Kerajaan secara umum berkaitan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan, yang sebenarnya berlaku juga semasa Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

2. Cadangan MP Sri Gading supaya membawa kes rasuah menteri-menteri dan kerajaan BN kemuka pengadilan ( pihak Polis & BPR ) tidak disambut oleh Anwar, sebaliknya Anwar terus meluahkan geramnya yang selama 10 tahun tidak berada di dalam Parlimen. Di Parlimen, Anwar seperti harimau lapar yang meluahkan A to Z semua yang terbuku di hatinya, satu pun tuduhan yang dibuatnya tiadak ada dibuat Laporan Polis dan Rasuah. Hanya meluahkan geram di dalam Parlimen sahaja.

3. Anwar sudah tidak lagi memperkatakan tentang Kronisme dan Nepotisme kerana dia sendiri sekarang sedang melakukan Nepotisme dan Kronisme dalam parti PKR dan kerajaan PKR. Bagi Anwar, orang lain kronis dan nepotis, bagi dia tidak.

4. Anwar berusaha melarikan isu kegagalan projek 916-nya, Anwar masih tidak menjelaskan kepada Parlimen jumlah wang yang diperuntukkan dalam projek 916, sebaliknya Anwar membawa isu di pihak kerajaan BN dan MP BN. Apabila Datuk Lajim menunjuk ke arahnya, masa dia jadi Menteri dahulu tidak rasuahkah? Semua barisan pembangkan duduk terdiam tidak berkata-kata!

5. Anwar tidak pun menjelaskan sama ada di luar atau di dalam parlimen keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap Kes YB Zulkifli. Ternyata Anwar yang lebih-lebih lagi Flip-Flop. Penulis yakin dan percaya, mereka tidak akan berani mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, baik semasa ucapan YB Zulkifli yang menyindir Anwar dan pembangkang di Parlimen atau semasa di luar Parlimen. Sebab itu penulis percaya YB Zulkifli lebih baik daripada Anwar, Anwar sudah hilang Kredibeliti.

6. Dengan keadaan sekarang yang tidak memihak kepada Anwar dan PKR, penulis dimaklmkan talian hayat sedang dipasang oleh Anwar merentasi kawan2 rapatnya dalam BN. Pendek kata, rumos Anwar menyertai BN semakin jelas. Siapa dalam PKR boleh nafikan Anwar sedang membuat talian hayat kepada BN!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Nov 17, 2008

Lee Kuan Yew + PR Pecah Belahkan Bangsa Melayu?

1. KENYATAAN Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Bukan Melayu pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia bukanlah perkara mengejutkan. Secara teknikalnya, Tun Dr. Ling Liong Sik sudah pernah menjadi Pengerusi BN semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988 dahulu.

2. Dalam Mesyuarat MT BN ketika itu, Dr Mahathir bertuah kerana dibenarkan oleh Tun Dr Ling Liong Sik untuk masuk mesyuarat, selepas Dr Mahathir menunggu beberapa lama .

3. Pada awal tahun 1960, Tunku Abd Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dihalang oleh Lee Kuan Yew ( PAP ). Lee Kuan Yew tidak mahu ada pencabar di kalangan kaumnya, malah Lee Kuan Yew membuat kenyataan yang pelik apabila menuduh pemimpin-pemimpin MCA rapat dengan ideologi Komunis.

4. Lee Kuan Yew tidak mengakui dirinya Komunis walaupun mengaku berasal dari selatan China, malah Lee Kuan Yew berjumpa Tito di Eropah dan mengatakan dirinya benci Komunis dan dirinya adalah nasional tulen.

5. Penulis tidak percaya orang Melayu akan menjadi PM di Singapura walau apapun keadaannya. Lee Kuan Yew telah menanamkan ideologi kepada para penggantinya bahawa orang Melayu jangan diberi peluang mentadbir Singapura walau dalam apa bidang ( tentera, polis, Menteri dll ). Inilah nasihat yang diberikan kepada Lee KUan Yew oleh penasihatnya yang berasal dari Belanda pada awal tahun 1960 dahulu!

6. Maka, bagaimana kita nak bentuk negara Malaysia yang bersatu? jika DAP yang begitu berpengaruh ke atas Anwar sekarang tidak memberikan Nilai pun kepada Istilah Melayu, Raja-Raja, agama Islam dan bahasa Melayu.

7. Suara DAP = Suara PAP = Suara Lee Kuan Yew = Suara Lim Kit Siang = Suara Anwar = Suara Husam Erdogan = semuanya bersatu untuk melenyapkan ketuanan bangsa Melayu yang beragama Islam. JIka ditulis seperti ini, mereka akan kata ini tulisan rasis...soalnya Sila buka suratkhabar Cina sekarang...apakah mereka tidak rasis?

Bagi penulis, untuk mengelak perlakuan rasis oleh semua kaum, kita kena kembali kepada Perlembagaan negara kita dan Wasiat Raja-Raja Melayu pada tahun 1957!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

(DAP + PKR + PAS) = Pakatan Rakyat, Hancurkan Pulau Pinang?

KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT BUAT MELAYU DAN ISLAM DI PULAU PINANG


1.Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.

2.26 Mei 2008, Kit Siang telah berkata tidak perlu lagi Ketuanan Melayu. Hak istimewa Melayu dan Agama Islam akan dikesampingkan

3.Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, anak Kit Siang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam akhbar The Star, mukasurat 16, 16 Jun 2008.
4.DEB dihapuskan ketika DAP mula memerintah Pulau Pinang). Pada 22 Jun 2007, Thierry Rommel (Ketua Delegasi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, EC) mengkritik secara terbuka DEB yang memberi keistimewaan pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan beberapa bidang lain kepada orang Melayu dan bumiputera lain.

5.. Penjualan arak secara terbuka dan lelongan arak di Karnival Belia bertempat di Auto City Juru.

6.. Lim Guan Eng ketika berucap ringkas di pekarangan JKM Butterworth menegaskan, 7642 orang fakir miskin diberikan sekampit beras sebagai hadiah tanda prihatin kerajaan terhadap masalah yang melanda negara sekarang ini.APAKAH PEMBELIAN BERAS INI MELALUI TENDER TERBUKA ATAU TERTUTUP?SIAPAKAH YANG MEMPEROLEHI TENDER INI?JUAK DAP ATAU PKR?

8. PEMBERIAN RM 100.00 PADA GOLONGAN MISKIN.MEKANISME APA YANG LIM GUAN ENG NAK GUNA.GUNA MEKANISME BERCAKAP AJELAH. RAMAI ORANG ISLAM YANG MISKIN TAK DAPAT
9. REBET AIR RM 100.00 MENGAPA MENYUSAHKAN ORANG TERUTAMA MELAYU LUAR BANDAR.PERMUDAHKAN SAHAJALAH.

10. Pembatalan pembelian kereta Exco bernilai RM 500 ribu. Kemanakah wang ini digunakan? Untuk rakyat atau untuk kawan-kawan?

11. Pengubahsuaian rumah rehat bersebelahan rumah Dato' SUK bernilai RM 300 ribu.Bukankah ini pembaziran. Kos sebenar tak sampai RM 40 ribu.

12. Perlantikan Jeff Oii sebagai ketua staf kerajaan negeri. Sat pembaziran wang awam.Elaun DUN , Elaun ahli Parlimen dan elaun Ketua Staff di rembat oleh orang yang sama. Kata nak kurangkan pembaziran.

13. Ambil peruntukan sedia ada bernilai RM 7 juta untuk umat Islam Pulau Pinang.

14. Jual tanah sehingga Melayu bakal tiada tanah. Free Hold kepada hak milik.Melayu tak dapat nak beli sebab kos pertukaran hak milik berjumlah RM 200 ribu.

15. Menghina Khalifah Islam Umar Abdul Aziz dengan menyatakan bahawa beliau akan mengikut cara Umar Abdul Aziz.

Banyak lagi nak cerita. Ini baru 8 bulan perintah. Tunggulah derita 4 ke 5 tahun lagi.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

PR Zalimi Warga Selangor, Wajarkah?

Bujang Senang terkilan salah satu kenyataan baru-baru ini, menyebut...

Merujuk kepada perkara di atas, kami 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah kami ini. Kami telah berurusan lebih 3 bulan hanya untuk membuat temujanji melalui PA DSAI. PA beliau asyik berjanji untuk menemukan kami semua, namun sehingga kini, tiada sebarang perkembangan langsung.

Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan (di meja rundingan ).

Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor (Tan Sri) sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat baru-baru ini dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Komplek Sukan Kuala Selangor (Stadium) kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami. Pada masa itu Pakatan Rakyat seolah-olah adalah HERO kami semua.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:45 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami dengan wang hasil dari titik peluh kami sendiri.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Berapa Berat Badan Anda?

Bujang Senang nak berkongsi ilmu sikit dengan kawan-kawan blogger.

Cara kira berat badan:

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi

Indeks Jisim Tubuh : Berat tubuh badan bahagi Ketinggian kali Ketinggian

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6

Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese

Harap-harap kita semua dapat menjaga kesihatan dan keselamatan dalam terus berkongsi pengalaman dan pendapat di blog ini..


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang..

Anak Bangsa Harus Menghargai Bangsa Kita

Anak bangsa yang lupa sejarah adalah golongan yang tidak bersyukur selepas mengecapi segala nikmat, keselesaan hidup dan kemewahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindak-tanduk golongan itu yang membiarkan diri dimanipulasi oleh pihak tertentu dengan mengutuk usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan mentadbir negara, ibarat meludah kepada bangsa sendiri.

“Anak bangsa yang telah kita bebaskan daripada penjajah, kita telah berikan mereka pendidikan dan kita telah kayakan mereka, malangnya mereka telah ‘meludah’ kepada bangsa sendiri dan tidak tahu adab dan sejarah ketamadunan bangsa Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Rembau di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau menjelaskan, tiada guna jika anak bangsa yang begitu ramai hari ini, hanya hebat dalam sains dan teknologi tetapi tidak dipasakkan dengan fakta sejarah sehingga mereka lupa asas ketamadunan Melayu.

“Hari ini terlalu ramai yang bercakap soal ketuanan Melayu, tetapi tidak ramai yang tahu maksudnya. Kalau kita belajar antropologi, aspek ketuanan itu bermaksud, negara Tanah Melayu itu mempunyai tuannya dan tuan tanahnya adalah orang Melayu.

“Ini kerana orang Melayu telah membina tamadun sejak Empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 lagi. Sebab itulah asas ketuanan Melayu itu, bukan bermakna orang Melayu jadi tuan seperti yang disalah tafsir hari ini,” katanya.

“Sebaliknya orang Melayu adalah pribumi kerana mereka yang membangunkan tamadun bangsa. Jangan persoalkan ketuanan Melayu. Ini bukan soal siapa berjaya atau siapa gagal. Ini soal pemilik kepada Tanah Melayu itu adalah orang Melayu,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, jika isu ketuanan Melayu ini terus dimainkan dan dipolemikkan, adalah dibimbangkan akan ada pihak yang terasa hati.

Justeru beliau meminta, parti komponen yang cuba membangkitkan isu hak orang Melayu atau ketuanan Melayu supaya menghentikannya.

“Jagalah rumah masing-masing. Kalau rumah kita ‘rosak’ kita sendiri perbaiki. Saya jaga UMNO sebab itu ‘rumah’ saya,” kata beliau.

Pada persidangan itu, Mohamad mahu ahli UMNO dan orang Melayu bangkit daripada tidur dan segera bertindak membetulkan fakta sejarah yang dipesongkan pelbagai pihak.

“UMNO kini telah berusia lebih 62 tahun dan menjadi harapan saya untuk melihat kembali parti ini benar-benar menjadi wadah perjuangan orang Melayu,” ujar beliau.

AS - Suri Tauladan Patut Dicontohi?

Bujang Senang mengerti sekarang, SETELAH mendengar dan membaca dolak-dalih Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-belitkan kenyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apatah lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda setelah berkali-kali ia disarankan oleh MCA, DAP dan Gerakan agar ia dihapuskan.

Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.

MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.

Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.

Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.

"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.

Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".

Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya. Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.

Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.

Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."

Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.

Kebaikan

'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.

Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza. Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.

Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.

Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.

DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.

Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.

Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.

Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.

Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.

Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.

Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti mana yang disebut oleh Lian Hoe.

Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Selaku seorang pengkaji, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, pernah menjadi guru dan penolong kanan sekolah sebelum bergiat secara aktif dalam politik. Bermakna beliau bukanlah pakar bidang sejarah.

Sejarah

Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apatah lagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeza. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.

Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.

Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.

Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.

Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.

Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.

Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.

Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.

Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.

Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.

Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan etnik?