Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Mar 26, 2009

Ketua Pemuda UMNO!

Bahana mempermaikan agama, Husam tersungkur buat kali kedua

SAYA adalah antara yang hadir awal pada Wacana Politik Transformasi Politik Negara yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang mesemejakan Naib Presiden Pas Husam Musa yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan tokoh akdemik Prof. Abdul Aziz bermoderatorkan Prof. Madya Mohd Agus Yusoff.

Kebetulan pada kerusi yang saya duduk, dikelilingi oleh para penyokong Pas fanatik. Mereka bercakap tentang kemustahilan Khairy akan hadir, kononnya tidak akan berani berdepan dengan tokoh sehebat Husam. Ada yang kata kalau Khairy hadir, beliau akan dipecat dari Umno macam Datuk Zaid Ibrahim kerana hadiri majlis anjuran PKR.

Ada yang sampai sanggup potong jari, malah rela dipotong tengkok kalau Khairy berani hadir. Terdetik di hati saya betapa masih ramai orang Pas yang tidak cukup dakwah, yang terseleweng dan tergelincir dari tujuan menjadi orang Pas serta tujuan berpolitik dan berparti politik bersama Pas.

Pada perkiraan saya pada waktu itu, sama ada Khairy akan hadir atau tidak hadir, orang Pas fanatik akan melihat Khairy mengarut dan Husam yang akan serba hebat kerana orang Pas memang telah mefanatikan diri masing-masing supaya melihat orang lain 'debek' belaka, hanya orang Pas sahaja yang serba 'perfect'.

Kebetulan yang paling akhir datang adalah Khairy, mungkin itu politik Khairy untuk membuat kejutan, biar orang Pas sangkakan beliau tidak mungkin berani datang akhirnya akan terlopong dan kemunculannya.
Bila Khairy muncul, penyokong Pas yang tadinya sanggup bertaruh potong jari dan potong tengkuk melaung kuat supaya Khairy masuk Pas. Dewan juga mula riuh rendah dengan gangguan bertujuan untuk memperlekeh dan menggangu emosi Khairy. Terbukti Khairy mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan mantap.

Ketika Khairy memukaddimahkan ucapannya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar pada hemat saya (saya bekas pelajar sekolah agama yang turut mengaji tentang ilmu tajwid) penyokong tadi melaung kononnya bacaan al-Quran Khairy tidak tepat.
Bagi saya laungannya itu penuh prejudis kerana Khairy bukan orang Pas dan orang macam inilah (penyokong fanatik PAS) yang boleh terima bila Lim Guan Eng kononya mahu zuhudkan diri macam Umar Ibnul Aziz sedangkan syarat zuhud itu sendiri kena Islam, kena beriman dan bertaqwa.

Islam sahaja tidak menjamin zuhud sebenarnya. Kenapa mereka terima kezuhudan Ketua Menteri Pulau Pinang?. Jawabnya kerana yang mengatakan demikian adalah Husam Musa yang bagi orang Pas adalah serba perfect.

Tidak hairanlah walaupun dari segi hujahnya Khairy lebih unggul berbanding dengan Husam dan Prof. Madya Abdul Aziz, namun penonton yang sebenarnya tidak patut menghadiri majlis ilmu seperti itu dilihat sama seperti ceramah politik atau persembahan dikir barat terus melihat hanya tokoh Pas yang hebat.

Jerangkap samar yang dipasang oleh Khairy tentang Hudud yang pada jangkaan saya akan menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang tidak pernah setuju dengan Islam telah membuatkan Husam dalam kedaan muka penuh kecemasan memberi jawapan untuk menyeronokan penonton yang tidak ada nilai-nilai profesionalisme langsung.

Terbukti apa yang dijangkakan telah berlaku. DAP menentang jawapan Husam tentang hal dan sekaligus memaksa tokoh-tokoh besar Pas termasuk Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa ikut campur membuat kenyataan manakala Presiden Pas Datuk Seri Haji Awang menyatakan beliau akan minta penjelasan Husam tentang perkara itu.

Pada saya gara-gara untuk lepas diri dari dimalukan oleh soalan jerangkap samar Khairy dengan memberi jawapan yang sepatutnya presiden yang memberikan jawapannya, PR boleh lebur dan boleh menyumbang kepda kemusnahan kerajaan PR di Perak dan Selangor amnya.

Penyokong-penyokong Pas patut membeli VCD majlis itu dan cuba profesionalkan minda untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih hebat. Kepada saya Prof. Abdul Aziz tidak patut jadi ahli panel, cukup hanya Khairy berdepan dengan Husam sahaja.

Husam pada penilaian saya pernah tersungkur kepada Annuar Musa pada satu majlis debat yang diadakan di Kuaa Lumpur beberpa tahun lepas yang mana saya juga hadir pada majlis itu atas nama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan sekali lagi Husam tersungkur di tangan Khairy di Kota Bharu gara-gara terlalu bermain dengan agama yang sepatutnya tidak dipermainkan.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Tanda Tanya?

Sah.Lepas kiraan semula,KJ diumumkan sebagai ketua sayap muda Pekembar.Kekalahan Mukriz melenyapkan legasi memanda menteri pencen dalam Pekembar.Nampak gayanya esok cancellah che det ke perhimpunan Pekembar.

Mana sumber tok dapat.Korang boleh baca kat laman sesawang the star.
Bagi ahli-ahli Pekembar yang menjadi pengikut-pengikut Pak Lah,kemenangan menjadi milik mereka setelah kesemua calon yang direstui Najib tewas.Sorang demi seorang hulubalang kanan Pak Lah menang.Kak Ijat jadi tok tua wanita,KJ sayap muda,Razali timbalannya.Rizal tok ketua putera dan Rosnah tok ketua puteri Pekembar yang baru.

Mood penyokong-penyokong Najib dan Mantan Memanda Menteri tak payahlah tok nak ulas.sendiri mau ingatlah ok.Itulah lain kali jangan celebrate awal-awal.Nampak sangat darah muda dalam Pekembar tak suka kat Najib.

Esok juga dijangkakan senario yang sama dan Muhyiddin,Hisham,Zahid tumbang di tangan hulubalang kanan Pak Lah.Perebutan di dalam MT juga akan menyaksikan orang Pak Lah menang.Nasib Ismail Sabri dan Saifuddin juga kritikal kerana dilihat semakin menghampiri kem Najib.

Jika ini berlaku,kedudukan Najib sebagai PM dikelilingi oleh hulubalang Pak Lah dalam kabinet dan Pekembar.Tidak mustahil selepas pemilihan Pekembar,akan ada usul meminta Pak Lah kekal sebagai PM dan Presiden UMNO sehingga PRU13.

Khalayak ramai menanti dengan penuh suspen,najib sempat atau tak jadi PM.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 25, 2009

Rebah Atau Berubah!!

Datuk Seri Mohd Najib Razak menegaskan, Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu.

Timbalan Presiden Umno berkata, situasi hari ini menuntut parti itu sebagai wahana perdana politik orang Melayu, memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah untuk mengubah semula Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

"Berubahlah, jika tidak, kita rebah," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Dalam ucapan bertemakan 'Menakhoda Zaman', yang terakhir olehnya selaku Timbalan Presiden Umno sebelum mengambil alih kepemimpinan parti apabila perhimpunan agung berakhir Sabtu ini, Najib berkata prestasi terburuk parti pada Pilihan Raya Umum ke-12 berkait rapat dengan kelemahan yang menular dalam Umno.

Pada persepsi ramai, katanya, hala tuju Umno menyimpang jauh daripada perjuangan asal, menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama Umno menukar haluan mereka. Justeru, tugas perwakilan kali ini paling berat dalam sejarah Umno kerana ia bakal menentukan survival parti.

"Berbeza tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan. Bukan pula sekadar kedudukan atau status mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri.

"Keputusan bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah atau menjadi sebahagian lipatan sejarah," katanya sambil meminta perwakilan memilih pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi.

Najib turut menggariskan dua langkah segera bagi memperbetulkan semula visi dan hala tuju Umno. Langkah pertama, ialah mengemas kini pendidikan dan pengkaderan politik pada semua peringkat ahli supaya mereka mendapat kefahaman secukupnya dan menjadi penyokong celik mengenai sejarah parti, sekali gus mewujudkan kesetiaan berasaskan keyakinan terhadap perjuangan Umno.

"Kita tidak boleh mengambil mudah proses ini yang sebenarnya menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadi, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps," katanya.

Langkah kedua ialah mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuk sistem kuota dengan memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Ketika ini, pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 perwakilan dari 191 bahagian.

"Sudah tentu keputusan yang dibuat perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli Umno pada peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, sudah tiba masanya kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepemimpinan dapat disertai lebih ramai ahli semua peringkat," katanya.

Timbalan Presiden Umno percaya, cara itu dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa jika ahli Umno ingin parti terus kekal kuat serta mengembalikan mandat pemilih kepada akar umbi.

"Apabila rakyat berpaut dengan kita, barulah Umno kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang. Pemimpin berkualiti, tetapi tidak rasuah akan terpinggir, manakala parti akan diterajui golongan yang terus mengamalkan budaya itu dalam kepemimpinan.

"Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelak pemimpin dan pengikut akan menganggap ia perkara biasa hingga timbul ungkapan 'beri salah, tidak beri kalah'. Barangkali semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi ...

"Ini bukan gurauan. Kita mesti hapuskan politik wang hingga akar umbi. Jika tidak, nanti kita sama-sama bertanggungjawab mengkafan dan menguburkan Umno," katanya.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Tinggalan Hitam Yang Memeritkan

BAYANGKAN diri anda tidak semena-mena ditahan oleh sekumpulan lelaki beruniform tentera sebelum dibawa ke sebuah lokasi asing di luar negara dan dikurung dalam sebuah kandang besi sejuk dan lembap tanpa sebarang kemudahan asas.

Tidak lama kemudian, kumpulan askar itu masuk dan melayangkan sepak terajang tanpa sebarang belas kasihan sebelum anda disoal mengenai kaitan anda dengan pertubuhan pengganas.

Lebih teruk lagi, bayangkan apa yang berlaku itu berterusan selama lebih tujuh tahun.

Itulah realiti 'neraka dunia' di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba, atau ringkasnya dikenali sebagai Gitmo di mana suspek yang ditahan bukan sahaja tidak mendapat perbicaraan adil tetapi juga diseksa, dilayan tanpa belas kasihan, dihina dan dinafikan hak mereka.

Tahanan dikurung bersendirian di dalam kandang besi selama lebih 20 jam tanpa dapat berhubung dengan sesiapa.

Walaupun tahanan itu diberi makan, tetapi mereka tidak diberi 'kemudahan asas' seperti berus dan ubat gigi serta sabun dan selimut dan ketiadaan tandas selain sebuah lubang yang dijadikan tempat membuang air.

Suhu dalam sel tahanan juga terlalu sejuk sehingga menyebabkan tahanan rasa tidak selesa dan menjejaskan kesihatan mereka serta ramai yang menghadapi tekanan mental yang kuat.

Penyiksaan bukan setakat itu, malahan lampu dalam sel dipasang 24 jam menyukarkan tahanan tidur dan ia diburukkan lagi dengan gelagat pengawal yang sengaja menyepak pintu tempat kurungan pada tepat pukul 2 pagi sebagai 'rekreasi'.

Daripada segi penyiksaan fizikal pula, tahanan-tahanan dipukul tanpa sebab munasabah dan ada yang dikencing pada bahagian kepala oleh pengawal.

Beberapa tahanan menceritakan mereka dipaksa makan melalui tiub ketika mereka mengadakan mogok lapar dan amalan itu masih berterusan di pusat tahanan itu, walaupun Obama telah pun menandatangani dekri bagi menutup pusat tahanan berkenaan.

Bayangkan tiub dengan diameter bersaiz seperti jari telunjuk dijolok masuk ke dalam tekak untuk menyalurkan makanan ke dalam perut sambil tahanan diikat pada kerusi, dengan makanan yang dimasukkan berlebihan daripada apa yang boleh ditampung oleh perut sehingga menyebabkan loya, pening dan muntah-muntah.

Sudahlah menyebabkan luka pada saluran makanan tahanan, ia digunakan kepada semua tahanan tanpa dibersihkan kesan darah yang tertinggal.

Keadaan di Gitmo boleh dirumuskan berdasarkan pendedahan oleh bekas pegawai dalam pentadbiran Bush yang mengakui bahawa kebanyakan tahanan di sana adalah tidak bersalah dan 'diangkut' begitu saja oleh pasukan tentera AS yang gagal membezakan antara suspek musuh dengan penduduk awam.

"Mereka bersalah atau tidak bukan menjadi hal. Hanya kerana dia tinggal di Afghanistan dan ditangkap ketika berada di lokasi pertempuran atau kawasan berhampiran, seseorang itu dianggap mengetahui sesuatu yang penting," kata Lawrence B. Wilkerson yang pernah berkhidmat di bawah bekas Setiausaha Negara, Colin Powell dalam laman blognya, The Washington Note.

Seramai kira-kira 800 orang ditahan di Gitmo sejak ia dibuka pada Januari 2002 dan kini tinggal 240 lagi masih ditahan di sana menurut ulasan Wilkerson, dan hanya beberapa puluh saja yang benar-benar pengganas manakala yang lain terus diseksa.

Pusat tahanan itu merupakan antara legasi dan 'sejarah hitam' yang ditinggalkan oleh pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush yang cuba dibersihkan oleh pengganti beliau Barack Obama.

Presiden kulit hitam pertama AS itu sejak berkempen semasa pilihan raya Presiden AS pada tahun lalu lagi telah menyuarakan hasratnya untuk menutup Guantanamo dan beliau memberi tempoh setahun untuk berbuat demikian.

Oleh kerana itu, apabila beliau melangkah ke White House, Obama tidak berlengah-lengah lagi menandatangani Arahan Eksekutif (EO) bagi tujuan menutup 'neraka dunia' itu, dan tindakannya itu disambut baik oleh masyarakat dunia.

Namun, penutupan pusat tahanan itu bukanlah bererti segala masalah sudah selesai dan keadaan kembali baik, kerana masalah di Gitmo sudah begitu serius sejak Bush menurunkan tandatangannya pada 2001 iaitu lebih tujuh tahun lalu dan pentadbiran Obama memerlukan banyak masa dan sumber untuk membersihkan semula keadaan.

Pentadbiran Obama mulai 13 Mac lalu pula bekerja keras membersihkan imej AS yang terpalit daripada penubuhan Gitmo, dengan tidak lagi menamakan tahanan di Guantanamo sebagai 'musuh awam' dan berjanji akan menggunakan undang-undang antarabangsa untuk membicarakan mereka.

Bagaimanapun penerbitan sebuah laporan oleh Pusat Hak Perlembagaan (CCR) yang bertajuk Keadaan Terkini Penahanan di Guantanamo - Masih Melanggar Undang-Undang dan antara kesimpulan yang dibuat ialah kewujudan dan amalan di Gitmo itu sendiri melanggar undang-undang antarabangsa dan AS termasuk Pindaan Pertama, Kelima dan Kelapan dalam Perlembagaan AS.

Pindaan Kelima dan Kelapan mengharamkan penggunaan hukuman kejam dan luar biasa yang melindungi tahanan daripada layanan yang 'mengejutkan' seperti keadaan tidak selamat, dinafikan hak hubungan keluarga dan sosial dan pengasingan berterusan, sementara Pindaan Pertama memastikan tahanan dibenarkan memiliki teks dan buku keagamaan dan bebas mengamalkannya.

Tetapi selama lebih tujuh tahun, 240 orang tahanan dinafikan hak mereka seperti yang disebut di atas malah dilayan dengan buruk.

Kebanyakan mereka ditahan kerana ada pihak yang menganiaya mereka demi mendapatkan wang ganjaran yang ditawarkan AS dalam serbuan ke atas militan baik di Iraq, Afghanistan atau tempat-tempat lain di dunia.

Tidak ramai yang dapat mencabar penahanan mereka sebagai tidak sah dalam sesi sebutan kes habeas, apatah lagi untuk mendapatkan perbicaraan adil di mahkamah AS.

CCR juga mendapati tandatangan EO yang oleh Obama tidak membawa perubahan kepada Gitmo dengan tahanan bergelut untuk terus berfikiran waras walhal hidup seperti di dalam makam, namun ini dinafikan pentadbiran Obama dan Pentagon yang menyifatkan pengasingan sebagai 'privasi' dan 'sel untuk seorang'.

Mungkin sedikit masa perlu diberikan kepada Obama untuk memulihkan keadaan di Gitmo seterusnya menutup fasiliti penahanan secara kejam tersebut.

Melihat kepada corak pentadbiran beliau, ia nyata berbeza dengan Presiden-Presiden AS yang lain dan ini sekali gus membuatkan dunia lebih optimis dengan negara kuasa besar dunia itu.

Jabatan Kehakiman AS juga baru-baru ini mendedahkan sembilan lokasi penjara rahsia dalam dokumen era Bush sekali gus memberi pembayang bahawa Obama serius dalam usaha menutup Gitmo.

Bukan memihak kepada sesiapa atau tidak mengasihani nasib tahanan Guantanamo, namun tidak salah rasanya kalau dikatakan bahawa Obama mempunyai hak untuk membentuk pasukan yang betul bagi menangani 'legasi mimpi ngeri' Bush ini secara bijak dan berjadual.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 24, 2009

Yahudi Oh Yahudi

SETIAP bait seni kata lagu Gaza tadi amat meruntun hati. Masakan tidak, itulah isi hati sebenar rakyat Gaza. Cetusan rasa yang sama disuarakan oleh seorang khatib semasa kami solat Jumaat di Masjid as-Sya-thie', masjid pesisir pantai, tempat persinggahan Perdana Menteri Gaza, Ismael Haniyeh di masa terluang. Syair, lagu, khutbah dan air mata, itulah suara hati sanubari rakyat Gaza..

Hilai tawa mereka memecah sunyi. Di atas langit Gaza, kelihatan percikan bom fosforus di sana sini, tak ubah bagai halilintar sahaja layaknya. Sekumpulan warga Israel memerhati dengan gembira di Tebing Barat, gembira bagai merayakan pertunjukan bunga api tahun baru.

Tidak ada riak kasihan. Tidak ada riak bersalah. Tidak ada tercuit rasa peri kemanusiaan daripada riak wajah dan bahasa badan mereka.

Sedangkan, pada saat itu juga, penduduk Gaza panik bertempiaran mencari perlindungan. Nyawa seakan tidak berharga. Setiap orang hanya menanti saat tiba ajalnya. Kala itu, bayangan maut seakan-akan berada di hadapan mata. Bau hanyir darah yang masih hangat seakan sudah mula terhidu.

Sebentar sahaja lagi, akan ada mana-mana ibu yang kehilangan anaknya. Sebentar lagi juga, akan ada anak-anak meratap kematian ayah bondanya, isteri kehilangan suami tercinta, dan suami-suami pula, tidak pasti apa yang akan terjadi kepada keluarganya!

"RASAKAN..!!!" Suara dendam penuh kesumat yang terbit daripada hati hitam gelap yang pekat Yahudi laknat sambil bersorak kegembiraan. Dan Gazapun terus dibantai lagi semau-maunya...

Pemandangan dahsyat

Sejak mula memasuki Gaza, yang kami lihat adalah runtuhan bangunan di sana sini. Dari Rafah, melalui Khan Yunis, Netzarim, Zaytun dan Betlahiyah, gambarannya sama sahaja. Rumah-rumah teres atau bertingkat tidak ubah seperti dibadai Tsunami. Tanah di kiri dan kanan jalan, ada yang terbongkar bagai tanah sawah dibajak mesin padi.

Rupa-rupanya, itulah kesan landaan roda besi kereta kebal Yahudi. Rumah, masjid, sekolah, universiti dan hospital, tiada yang terkecuali. Bangunan mahkamah, bertiang sepasang sebesar dua pemeluk turut tersungkur menyembah bumi. Dinding, tangganya, lantainya, bahkan setiap inci konkritnya hancur luluh.

Keadaan di hospital sibuk, sesak dan bingit. Asap masih berkepul-kepul di udara. Sesekali terlintas bau tengiknya. Suara tangisan kanak-kanak, jeritan ibu dan bujukan doktor silih berganti. Di sana sini kelihatan bergelimpangan di lantai, lantaran tiada tempat, kerana katil telah penuh.

Anggota badan yang hancur terpaksa dipotong. Ada yang leher terpotong bagai ayam yang disembelih. Anak-anak kecil yang cedera di kepala, dada dan perut ditembusi peluru dan bom rejim Zionis.

Sedih, pedih, menyayatkan. Tiada kalimat yang mampu merungkai perasaan. "Hasbiyallah..Hasbiyallah!!" "Hanya Allah-lah yang dapat membela kami." Doa dan harapan bersahut-sahutan.

Di Haiyu Zaytun, 29 ahli keluarga dikumpulkan dalam rumah, kemudian dibedil kereta kebal sehingga semuanya menemui ajal. 150,000 ayam ternak turut dimusnahkan. Di segenap Gaza, wanita dan anak kecil sengaja dijadikan sasaran. Tujuannya tiada lain, selain mempastikan Gaza tiada mewarisi perjuangan.

Di antara 1,300 yang terkorban, 30 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan majoriti yang terkorban pula adalah orang awam. Pejuang Palestin hanya 48 orang gugur sebagai syuhada. Masihkah perlu bukti, untuk mensabitkan zionis dengan penyembelihan kejam terhadap orang-orang awam ini?

Yahudi Zionis memang kejam

"Serangan mereka serangan pengecut. Jika berani, ayuh! Kita lawan bagai anak jantan. Jangan halang kami mendapat makanan dan senjata pertahanan!" Semangat pembelaan anak-anak muda Palestin itu mula tercabar. Tidak siapa sanggup berpeluk tubuh, sementara satu persatu mereka tersayang tersungkur di hadapan mata.

Untung sekali mereka menghadapi musuh dalam satu barisan, tidak kira apa jua benderanya. "Benar, musuh tidak mengenal warna dan panji yang dibawa. Bagi mereka, kita semua sama. Halal darah, halal dijajah, selagi Allah kita sembah. Yang membela dikata pengganas. Yang mengganas, dikata wira pembebas". "Satu hari, pasti buku akan bertemu ruas. Ada ubi ada batas.

Seorang mukmin tidak akan membiarkan dirinya dipatuk ular dua kali. Umat perlu bersatu!". Kata seorang anak muda, penuh hemat, tetapi bersemangat. Di atas tanah Gaza yang berdarah ini, segala-galanya jelas, siapakah yang sebenarnya pengganas. Tanyalah batu-batu, pohon dan kayu. Tanyalah si ibu yang telah pergi, tanyalah bayi dalam buaian, pasti mereka akan mengatakan, "Yahudi Zionis pengganas! Bawalah mereka kemuka pengadilan!".. Jika mereka boleh berbicara, pasti inilah yang akan mereka katakan.

Sejurus seusai gencatan senjata, penduduk memulakan kehidupan seperti sediakala. Kedai-kedai, pasar, penjaja dan kedai makan dibuka seperti biasa. Seolah seperti tiada peristiwa besar yang baru berlaku. Sekolah dibuka, para pelajar memenuhi kerusi mereka. Namun ada kerusi yang kosong lantaran mereka terlebih dahulu disapa maut tanpa sempat meninggalkan pesan.

Kezaliman Zionis di Gaza hanya satu sahaja daripada seluruh rentetan siri-siri kezaliman yang mereka lakukan sekian lama. Peristiwa penyembelihan ratusan umat Islam di khemah pelarian Palestin Sabra dan Shatilla, Lubnan (tahun 1982-3000 terbunuh), peristiwa hitam di Dier Yassin (1948 300 terbunuh-kini Yad Vashem, Israel), peristiwa pembunuhan terancang seorang tua di kerusi roda Sheikh Ahmad Yasin, atau anak kecil Muhammad al-Durrah yang terbujur kaku di sisi ayahnya, semudah itukah dunia lupakan? Tidak mungkin.

Nama-nama pengganas sebenar seperti Ariel Sharon, Mosye Dayan, Ben Gurion, Izthak Rabin, Shimon Perez, Golda Meir, Olmert, Netanyahu, Ehud Barak, Tzipi Livni dan nama-nama besar pencabul kemanusiaan lainnya akan terpahat dalam ingatan wira umat sampai bila-bila.

Di dalam al-Quran, Tuhan telah berjanji. Janji Allah adalah pasti. Suatu hari, pengganas Zionis akan bertemu buku dengan ruasnya! Suatu hari..

Siapa Israel?

Israel, gah sungguh namanya seantero dunia. Dari mana datangnya mereka, sehingga mengganas bermaharajalela membabi buta? Dari mana asal usul mereka? Mengapa sebegitu rupa perangai mereka? Mengapa mereka diusir di mana sahaja mereka berada? Apakah nasib mereka seperti yang termaktub di dalam al-Quran?

Umat Bani Israel telah dua kali dihanyut dibuai Diaspora. Diaspora adalah keadaan mereka hanyut terumbang ambing, bergelandangan dan berselerakan di serata dunia, bagai tersesat 40 hari di Padang Teih (sesat), di Tur Sina, Mesir.

Tetapi kali ini adalah Diaspora yang paling besar dan lama. Mereka sesat selama 2000 tahun tanpa negara, akibat penangan Nebuchadnezar yang menghancurkan tamadun mereka selumat-lumatnya. Tidak siapa yang harus mereka persalahkan, selain dari menuding ke diri sendiri.

Bangsa yang tidak pernah jemu mengambil kesempatan, menindas setelah diberi perlindungan, menzalimi hingga tahap pembunuhan, membelit dengan riba dan sistem pinjaman, menguasai ekonomi dan menghancurkan pemerintahan di mana jua langit mereka berteduh, bumi tempat mereka berpijak.

Lebih dari itu, mereka sering berpaling daripada kebenaran, suka kepada maksiat dan kezaliman. Cukuplah sejarah membuktikan. Ingatlah peristiwa penyembahan patung anak lembu, sedangkan mereka baru sahaja dijamu hidangan syurga. Bukankah baru sahaja melintas laut yang terbelah, dan terselamat daripada Firaun yang bedebah? Telah berapa nabi yang cuba dimusnah, angkara mereka diseru ke jalan Allah.

Apabila umat gelandangan ini punya negara, apakah pula tandanya? Tandanya, mungkin juga saat kehancuran mereka akan bakal tiba. Mereka bakal menerima akibatnya, akibat kekejaman yang tiada peri manusiawi. Inilah janji yang mereka pahat kepada Ilahi, sejak dahulu lagi. Janji ini akan berlaku setiap kali mereka kembali bermaharajalela ke atas manusia.

Lihatlah Firman Allah SWT bermaksud: Semoga Tuhanmu akan merahmati kamu (Bani Israel). Tetapi, JIKA KAMU KEMBALI (DENGAN KEKEJAMAN KAMU), MAKA KAMI AKAN KEMBALI (MENYEKSA DAN MEMBALAS KEJAHATAN KAMU), dan (ingatlah!) Kami jadikan neraka Jahannam sebagai tempat orang yang ingkar menerima pembalasan! (al-Isra': 8)


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 22, 2009

PLAK MARMAR 42K?


korang tau berapa nilai plak yang bersepai ni..??

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata hasil kutipan itu akan digunakan bagi tabung guaman pakatan itu dan bagi membina tugu peringatan baru yang lebih besar.

"Kami buka harga bidaan dari serendah RM500 untuk setiap cenderahati ini," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi jumlah yang berjaya dikumpulkan melalui lelongan lima ketul serpihan marmar plak itu ialah RM42,900, tidak termasuk sumbangan derma.

Bidaan serpihan pertama mencecah RM6,800, dengan harga permulaan RM500.

bantahan rakyat terhadap langkah Majlis Bandaraya Ipoh yang telah merobohkan plak tugu demokrasi berkenaan..rupa2nya ianya sangat berharga...


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

TMPP Letak Jawatan?

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatannya berkuatkusa 8 April ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah pun menerima surat peletakan jawatan peletakan tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebab peletakan jawatan Mohamad Fairus.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Mohamad Fairus atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 21, 2009

Bersatulah!!

Seorang teman saya, lewat di sebuah kedai kopi memberitahu, bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami 'keletihan politik' yang perlu segera diubati.

Saya bertanya, cara manakah untuk merawat kelelahan politik?

"Kita pinjam istilah 'orang itu' iaitu credible partnership, mungkin nama lainnya unity government atau kerajaan perpaduan."

"Antara pihak mana dengan pihak mana?"

Jawab teman saya itu, "UMNO dan PAS. Dua parti Melayu yang telah lama bertahan. Buruk mana pun perangai kedua-duanya, kedua-duanya masih beragama Islam."

"Mengapa tidak melibatkan yang satu lagi?"

"Yang satu lagi dasarnya liberal. Juga kerana tokoh besarnya tergamak atau teringin untuk melakukan credible partnership dengan Amerika Syarikat." Kata teman saya bersungguh.

Rumusannya itu mudah, apakah yang dimaksudkan dengan “credible partnership” khususnya jika ia melibatkan Amerika Syarikat?

Ertinya, adalah untuk menjadi sekutu Syaitan Besar tersebut; mengeyakan apa sahaja titah perintah syaitan besar.

"Jadi, UMNO tidak ada hubungan dengan A.S?"

Teman saya tersenyum, "Ada, tetapi asas antara kerajaan dengan kerajaan. Itu wajar. Yang menjolok mata ialah bila tiada kerajaan tetapi macam ada jawatan dalam kerajaan. Ke sana ke mari menggunakan gelar 'mantan'. Bila tiada asasnya, tidakkah itu partnership yang dapat diragukan? Kita pun sebagai rakyat jadi takut."

"Argh, credible juga. Tapi orang bawahan PAS akan mengatakan yang UMNO parti yang korup." Saya menduga ujaran beliau, dalam benak saya terbayangkan Annapolis Summit entah kenapa.

Teman saya terus bertegas, "Yang berpakat dengannya pun sekarang sama sahaja, malah mungkin lebih buruk; jadi alang-alang PAS nak berkuasa untuk tegakkan Islam biarlah dengan yang benar-benar credible. Kita mulakan dengan Selangor. Uji keikhlasan UMNO. Beri PAS peluang melaksanakan Islam. Lantik Menteri Besar dalam kalangan PAS."

Saya membantah, "Nanti orang kata PAS mungkir janji. Khianati pakatan yang sedia ada. Dan paling keras membantah nah nakhoda kapal itu."

"Nakhoda angkuh membawa kapal ke beting pasir mesti dibuang ke laut. Tambah-tambah kalau nakhoda cepat melatah, barang tiada dikatakan ada, orang cakap lain dia faham lain. Suka bercanggah. PAS ni bukan parti tupperware, bukan parti dia. Ini parti kau dan aku juga." Teman saya mula naik darah.

"Jadi?" Saya telan air liur.

"Kalau PAS betul nak tolong ummah, PAS akan berfikir...dengan kawan yang ada sekarang hanya mendatangkan masalah."

"Beb, ini politik beb. Kadang kita menggunakan jalan konfrontasi, kadang guna jalan diplomasi. PAS kena belajar dari GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) yang fleksibel; yang penting matlamat mereka iaitu pemansuhan PPSMI berlaku. Kalau perlu pentas politik maka ceramah politiklah GMP, kalau perlu muqabalah maka mereka pun bertemu. Inilah credible partnership. Dalam situasi PAS, yang penting ialah umat Islam mendapat hasilnya. Sekarang pun ada hasilkah berpakat dengan mereka? Menanggung beban biawak hidup adalah..." Teman itu menyambung lagi sungguh-sungguh.

Saya pulang agak lambat malam kelmarin. Memikirkan mungkinkah ini satu-satunya harapan baharu yang mesti dimanfaatkan sebelum keadaan memburuk selepas Julai ini?

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Obama Nak Berbaik Dengan Iran?

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat tawaran semalam untuk memulakan hubungan baru dengan Iran dengan menunggu 'langkah lebih praktikal' dengan negara Teluk itu.

"Amerika mahu Republik Islam Iran mengambil langkah terbaiknya juga untuk menganggotai semula komuniti antarabangsa.

"Anda (Iran) mempunyai hak itu, tapi mereka mesti lebih bertanggungjawab," kata Obama dalam satu sidang video yang dipancarkan ke stesen tv di Asia Barat sempena sambutan Tahun Baru Iran.

Obama berkata, Amerika mahu Iran mengambil langkah praktikal "yang tidak membabitkan keganasan dan penggunaan senjata, tetapi langkah lebih damai yang lebih ikhlas demi rakyat dan kemajuan Iran."

Hubungan AS-Iran hampir seabad terhenti dan ia memuncak apabila Iran memulakan program nuklearnya sendiri, selain isu membabitkan Iraq dan Israel.

Dalam amanat Tahun Baru Iran yang berasingan, Ketua Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mahupun Presiden Mahmoud Ahmadinejad tidak langsung menyatakan atau memberi maklum balas mengenai tawaran terbaru Obama itu.

Khamenei berkata, kuasa dunia kini semakin bimbang mereka tidak mampu untuk menghalang kemajuan yang dicapai dalam program nuklear Iran.

Aliakbar Javanfekr, rakan kepada Ahmadinejad berkata: "Seluruh rakyat Iran tidak akan melupakan perbuatan buruk yang dilakukan AS selama ini tapi mereka menunggu langkah praktikal yang perlu dimulakan pentadbiran Obama."

"Pentadbiran Obama nampaknya lebih banyak 'bercakap' daripada bertindak," katanya sambil mahu Obama menukar dasarnya terhadap Iran.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 20, 2009

Kemelut Dalaman PKR

Mengambil kesempatan atas kemelut politik terutamanya, di Perak, Mohammad Fairus Khairuddin menunjukkan belangnya, memecat pegawainya yang juga 'orang kanan' Anwar Ibrahim sambil memberi kata dua kepada pemimpin de facto itu, sama ada memilih pegawai berkenaan atau dirinya.


Pegawai tersebut Zainal Abidin Saad adalah Pengarah Jentera Pilihanraya Penanti, di Permatang Pauh.

"Anwar boleh pilih sama ada saya atau Bang Non (Zainal). Kalau Anwar pilih Bang Non, saya akan letak jawatan."

Fairus berkata demikian kepada Timbalan Ketua Bahagian Permatang Pauh Che Mat Hashim, Naibnya Alias Said, Ketua AMK Amir Mohd Ghazali, Timbalan Ketua AMK Afzal Ahmad dan Setiausaha PKR Permatang Pauh Roselai Muhamad yang menemuinya di kediamannya di Guar Perahu, Ahad malam (8 Februari ).

Rombongan berkenaan mengunjungi Fairus selepas menghadiri mesyuarat bahagian yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah di Yayasan Aman, Penanti.

Fairus yang juga Adun Penanti mendakwa, tindakannya itu mendapat restu komuniti Cina, India, pimpinan negeri dan bahagian.

Zainal adalah pegawai ke-7 yang dipecat oleh Fairus dalan tempoh 11 bulan selepas dia memegang jawatan TKM 1.

Fairus telah lama berhasrat memecat Zainal, yang dianggapnya sebagai duri dalam daging, kerana disyaki memberikan maklumat tentang salahlaku Fairus kepada Anwar.

Namun hasratnya tertangguh, memandangkan hubungan rapat Zainal dengan Anwar dan Presiden Dr Wan Azizah, sejak era refomasi.

Bagaimanapun, hasrat tersebut kembali memuncak, apabila Briged Keselamatan Permatang Pauh yang diketuai Zainal terlibat dalam Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru China, yang dihadiri Ketua Umum dan Presiden pada 2 Februari lalu, di Taman Chai Leng.

Fairus tidak berpuashati, apabila Zainal mengekalkan bekas pegawai TKM 1 itu- Zulkifli dan Hazri dalam struktur organisasinya.

"Fairus mahu Zulkifli dan Hazri dinyahkan dari politik Permatang Pauh. Bahkan Fairus juga telah berulang kali, mendesak Zainal memecat Zulkifli sebagai Setiausaha Kadun Penanti," jelas sumber.

Bagaimanapun, Zainal tidak mengendahkan arahan Fairus memandangkan kedua-dua mereka adalah teman karibnya yang banyak membantunya di Kadun Penanti.

Amarah Fairus semakin memuncak, apabila Hazri yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh, menaiki pentas menyampaikan ucapan ringkas bagi memulakan persembahan klip video- Selamatkan Gaza.

Sementara itu, Fairus juga pernah memberitahu beberapa individu sekiranya dia diambil tindakan oleh parti, dia akan bertindak balas.

"Saya akan buat kenyataan media menyatakan saya telah hilang keyakinan terhadap Anwar. Ini kenyataan Timbalan Ketua Menteri, takkan rakyat tidak percaya," jelas sumber yang mengajukkan kembali kata-kata Fairus.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 19, 2009

Limbang Milik Sarawak

PADA sidang media ringkas di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam sebelum pulang ke ibu negara Isnin lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara sekali lalu menyebut Brunei sudah menggugurkan isu tuntutan ke atas Limbang, sekali gus mengesahkan pemilikan negara khususnya Sarawak terhadap daerah itu.

Berlatarbelakangkan isu tuntutan bertindih berlarutan sejak puluhan tahun lalu, umum menjangkakan keputusan sebesar itu hanya mampu dicapai dalam rentetan suasana 'hingar-bingar', malah berkemungkinan berakhir di meja Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) selaku jalan penyelesaian terakhir seperti pertindihan tuntutan dengan Singapura sebelum ini.

Sebaliknya, ia berlangsung dalam ruang lingkup kekeluargaan penuh mesra dua negara berjiran, dengan prinsip bertolak-ansur dan saling hormat-menghormati menjadi tunjang yang membawa kepada persetujuan bersama.

Malah, apa yang terungkap dari mulut Perdana Menteri berhubung ketetapan Limbang di pejabat Suruhanjaya Malaysia di Brunei itu, seharusnya dikenang sebagai legasi sangat bermakna dalam lembaran sejarah hubungan akrab Malaysia-Brunei, terutama dalam keadaan beliau menghampiri penghujung khidmat jawatannya.

Merakamkan penghargaan dan junjung kasihnya terhadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, atas kerjasama kedua-dua negara dalam menyelesaikan isu berkenaan, Abdullah menyifatkan kesepakatan itu sebagai termaktubnya era baru hubungan dua hala merangkumi pelbagai bidang tanpa perlu wujud perasaan kurang senang di kalangan mana-mana pihak.

Isu tuntutan ke atas Limbang, yang kedudukannya diapit daerah Brunei-Muara dan Temburong (ke arah Sabah) timbul setiap kali masalah persempadanan Malaysia-Brunei dibangkitkan sejak pembentukan Malaysia pada 1963.

Dengan keluasan 3,978 kilometer persegi, Limbang didiami kira-kira 42,600 penduduk berdasarkan bancian 2000, merangkumi etnik Melayu, Lun Bawang, Cina, Kedayan, Iban, Bisaya, Kelabit, Tagal dan Penan. Ia menjadi sebahagian Sarawak ketika pemerintahan James Brooke pada 1890.

Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan dan menganggotai Malaysia pada 1963, Limbang kekal sebagai satu daripada daerahnya.

Hakikatnya, kemampuan Malaysia dan Brunei menyelesaikan pelbagai isu membabitkan persempadanan darat dan maritim kedua-dua negara hasil siri rundingan berterusan sejak pertengahan 1990-an membuktikan betapa perkara membabitkan kepentingan bersama perlu ditangani dengan telus, profesional dan bebas daripada prasangka.

Isu tuntutan Limbang itu sememangnya bukan asing bagi Perdana Menteri. Di akhir mesyuarat pertama Suruhanjaya Malaysia-Brunei di Langkawi pada 24 April 1994, beliau yang ketika itu Menteri Luar, menyatakan persetujuan kedua-dua negara untuk menyelesaikan kemelut pertindihan daerah itu menggunakan pendekatan dua hala tanpa perlu merujuk kepada pihak ketiga.

Menerusi pertemuan itu juga, kedua-dua negara bersetuju bahawa isu pertindihan tuntutan berkenaan tidak perlu dirujuk kepada ICJ, sejajar keyakinan pemimpinnya untuk mencari penyelesaian.

Berpegang kepada konsep musyawarah dan setia mematuhi janji supaya masalah itu kekal sebagai urusan keluarga, Malaysia dan Brunei hanya memerlukan 15 tahun untuk mengakhiri episod Limbang - jangka masa yang dianggap singkat memandangkan isu yang perlu ditangani bukan calang-calang lantaran ia membabitkan kedaulatan wilayah.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, merumuskan penutup penuh bermakna itu dengan sempurna dan sarat dengan diplomasi.

"Tuntutan (bertindih ke atas Limbang) tidak pernah menjadi pertelingkahan besar di antara kedua-dua negara atau menghalang usaha kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat. Isu Limbang ditangani dengan berhati-hati dan kami membangunkan Limbang demi kebajikan rakyat.

"Paling penting, Brunei tidak pernah menghalang dan saya ucapkan terima kasih kerana memahami. Banyak ruang kerjasama boleh diwujudkan dan tiada lagi isu kecil boleh menghalang," katanya.

Kecil atau besar, Malaysia dan Brunei sudah membuktikan bahawa rundingan yang berlangsung selama ini bukan sekadar cakap kosong tanpa penyelesaian. Mereka mahukan yang terbaik untuk negara masing-masing, namun mereka juga menyedari kepentingan untuk menjunjung prinsip menghormati kejiranan.

Tanpa perlu bertikam lidah atau bermasam muka, Malaysia dan Brunei mencipta sejarah baru apabila meletak noktah terhadap kemelut ini secara penuh terhormat. Ia bukan soal siapa menang atau kalah kerana pengertiannya mencakupi skop lebih luas daripada itu.

Hubungan Malaysia dan Brunei kini layak diletak di persada tertinggi kerana berjaya menguraikan permasalahan rumit secara budiman, malah sewajarnya menjadi lambang terhadap sebarang tuntutan pertindihan wilayah.

Selain isu Limbang, Malaysia dan Brunei turut bersetuju memuktamadkan persempadanan maritim Malaysia-Brunei, pewujudan Kawasan Aturan Komersial (CAA) bagi minyak dan gas, penentuan sempadan darat Malaysia-Brunei serta hak laluan maritim yang tidak boleh dicabuli.

Pembentukan jawatankuasa bersama untuk memperincikan butiran sebagai susulan apa yang dipersetujui kedua-dua negara dalam majlis bersejarah di Istana Nurul Iman, membuktikan Malaysia dan Brunei mahu memulakan perjalanan episod baru ini dengan segera.

Ia termasuk memperhalusi persetujuan berhubung isu persempadanan maritim bagi menentukan ketetapan sempadan laut, pelantar benua dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) kedua-dua negara, dengan Malaysia dan Brunei berhak melaksanakan undang-undang dan peraturan di samping memulakan pembangunan baru di perairan sendiri.

Pertemuan Abdullah dan Sultan Hassanal Bolkiah kelmarin mungkin singkat, namun hasilnya bakal dikenang selagi hayat dikandung badan.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PERLEMBAGAAN

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Ringkasan

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mendapat kuota dalam :-
1. Perkhidmatan awam
2. Biasiswa
3. Kemudahan pendidikan
4. Latihan
5. Kemudahan khas kerajaan
6. Permit atau lesen

Semuanya kuasa Yang DiPertuan Agong untuk menetapkan kuota berkenaan.

Adakah kuota sekarang mencerminkan peratusan kaum atau tidak????

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 15, 2009

MB Selangor Gelabah Hadapi Isu Elizabeth Wong

Tempoh cuti Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan,Elizabeth Wong yang dilanda skandal penyebaran gambar bogelnya secara rasmi tamat hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini memberitahu beliau akan membuat keputusan mengenai kedudukan Elizabeth Wong yang juga Exco Kerajaan Negeri hari ini 15 Mac.

Namun ia telah berubah.Khalid yang ditemui para wartawan selepas merasmikan satu majlis di Klang Ahad memberitahu keputusan berkenaan hanya akan dibuat selepas pihaknya mendapat hasil siasatan polis keatas kes itu.

ADUN itu kini berada di luar negara.

Sementara itu lelaki ahli Parti Keadilan Rakyat bernama Hilmi,32 tahun yang dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong masih belum muncul.

Difahamkan dia telah melarikan diri ke luar negara sejurus isu penyebaran gambar bogel itu meletup.

Elizabeth Wong pula sebelum ini sudah membuat kenyataan bahawa keputusannya untuk melepaskan jawatan ADUN dan Exco adalah muktamad.

Malah kalangan yang rapat dengan ADUN itu tidak yakin beliau akan berpatah balik dari keputusan berkenaan.

Menurut sumber PKR langkah lewatkan keputuan itu adalah satu strategi politik.

Katanya jika keputusan awal dibuat pasti mereka kena berdepan dengan pilihanraya serentak dengan Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai yang merumitkan lojistik dan segakanya untuk berkempen.

“Tak payah cakaplah…semua orang boleh nampak sebab kenapa keputusan itu lambat,”katanya.

Kes Elizabeth Wong hangat diperkatakan baru-baru ini apalagi ekoran adanya dakwaan pembangkang ia satu lagi kerja jahat Barisan Nasional.

Disebalik dakwaan itu semua orang tahu Elizabeth Wong adalah ahli PKR dan lelaki yang dipercayai ambil gambar itu adalah ahli PKR dan bekas pembantu seorang ahli Parlimen PKR di Selangor.

Selain itu dipercayai kes itu mungkin berpunca dari pertelingkahan peribadi antara mereka berdua.

Pihak PAS pula dikatakan berdepan dengan dilema untuk cakap lebih-lebih mengenai kes itu kerana kemungkinan kes itu turut melibatkan soal bersekedudukan antara seorang wakil rakyat wanita bukan Islam dengan seorang lelaki Islam.

Lojiknya bagaimana lelaki itu boleh berada dalam rumah Elizabeth Wong,seorang wanita bujang, lebih-lebih lagi ketika beliau dikatakan sedang tidur.

Soal moral wakil rakyat itu dengan orang sama parti telah lebih mencuri perhatian kebanyakan pihak berbanding kes gambar bogel yang tersebar.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Rahsia Kejayaan


Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu.

Menurut Utusan Malaysia, Nik Nur Madihah -- Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan -- dan keluarganya tinggal di rumah usang ini.

Saya menitis air mata melihat gambar ini. Sewaktu kecil dulu, inilah lebih kurang keadaan rumah di mana saya dibesarkan. Cukup daif.

Alhamdulillah, pendidikan telah mengeluarkan saya dari kitaran kemiskinan. Dulu ayah bekerja sebagai penebang tebu, ibu pula setiap hari mengambil upah di sawah. Saya tahu erti kemiskinan -- ada hari-hari di mana saya dan adik hanya minum air kosong saja sebelum tidur; tanpa nasi dan lauk.

Bukan sedikit air mata ibu mengalir sewaktu membesarkan saya ... Terima kasih, ayah. Terima kasih, ibu.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Pilihan Raya?

Sememangnya sesi pilihanraya menjadi isu yang hangat diperkatakan di Malaysia pada hari. Walaupun banyak benda yang menjadi isu kebelakangan ini, tetapi yang paling utamanya ialah kestabilan politik akan menjadi pemangkin kepada kekuatan ekonomi ummah.

Pilihanraya cumalah hak setiap warganegara yang berkelayakan untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Tetapi, hari-hari perut perlu diisi dan ada tanggungjawab yang tersendiri pula untuk orang yang di bawah tanggungan.

Jangan terlalu leka pada perkara tertentu sehingga mengabaikan pula perkara lain yang lebih utama.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 14, 2009

BATANG AI DI LUBOK ANTU, SARAWAK

Barisan Nasional (BN) Sarawak bersetuju sebulat suara memilih Malcom Mussen Lamoh, 50, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memaklumkan bahawa pengumuman calon rasmi akan dilakukan dalam tempoh dua hari lagi selepas nama calon dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mussen merupakan Jurutera Jabatan Pertanian dan berasal dari Lubok Antu.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PLAK OH PLAK

Entah... aku tak paham... dah 2 kali dah Plak bawah "Pokok Demokrasi" kena serang.

Sebenarnya aku tak kesian langsung dekat Plak tu, kalau nak kena sodok dengan Backhoe pun biarlah, kalau ada yang rasa-rasa nak tembak dengan mesen gan pun tembaklah, kalau ada yang rasa-rasa nak lancarkan peluru AK47 dekat Plak tu pun aku tak kesah.

Dan kalau ada yang lagi brutal rasa-rasa nak balut Plak tu dengan C4 lepas tu letup Plak tu pun apa la salahnya? bukan ada nyawa yang melayang pun... jadi, aku pedulik apa?

Nak cakap sakit hati, sikit pun aku tak sakit hati. lantaklah nak buat apa pun...

Cuma yang aku heran, orang yang dok serang Plak tu... apa yang orang tu dapat?

Nak cakap glamour, tak jugak... tak masuk surat khabar pun muka orang yang buat semua kerja tu. jangankan muka, nama pun tak keluar. setakat sampai aku dok taip artikel ni pun aku tak de dengar pun nama sape-sape yang kene tuduh.

Yang dok makin naik nama sebab semua tu Plak dengan "Pokok Demokrasi" jugak. orang dok mai tengok dua benda tu jugak. "Plak" dengan "Pokok Demokrasi". tak de pulak aku dengar orang datang dari jauh nak tengok muka orang yang dok serang Plak tu... heran...

Jadi apa la pulak "best"nya dok buat gitu? entah...

Malam ni mungkin akan berlaku lagi "serangan" yang seterusnya dekat Plak tu... aku harap jangan la ada sape-sape dok buang masa nak pi tunggu skodeng dengan video cam konon nak rakam sape yang serang Plak tu. tak yah la bazir masa.

Kalau ada yang nak serang, biarkan je lah... bukan dapat apa pun... kesian jugak aku dekat "penyerang" tu. mungkin dia baru dapat "Black Belt" kaler merah. tu kira tempat latihan diaa la tu.

Dekat mana lagi dia nak berlatih..? bagi can la... kita tak rugi pun... lagi dia buat, lagi orang luar minat nak ambik tau pasal Plak tu dan sejarahnya. yang tak tau jadi tau, yang dah tau tolong la pulak bagitau dekat yang tak tau... jadi sama-sama tau...

Dari situ semua orang yang tak tau akan jadi tau apa sebenarnya yang berlaku dekat negeri Perak ni. orang yang tak tau akan mula belajar ambik tau apa yang sebenarnya berlaku. ramai orang yang tak tau akan mula belajar untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Kita tak rugi, tapi kita untung... sebab setiap kali Plak tu kena serang, makin ramai orang yang tak tau akan jadi tau. kita untung sebab dah makin ramai yang mula belajar apa yang terkandung dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Sebut pasal Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, kalau ada yang berminat nak dapatkan naskah Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, boleh email ke matsamankati@gmail.com.

Balik pada cerita asal... Plak tu, biarlah dok gitu, biarlah orang nak serang, biarlah orang nak buat apa pun... cuma aku harap sangat supaya Plak tu...

Tabah... hahaha...

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 13, 2009

Hayatilah

Bahasa Melayu adalah benteng terakhir warisan Melayu setelah beberapa warisan tergadai seperti tulisan jawi dan tanah rezab Melayu digadaikan oleh umno.Dengan PPSMI ini bahasa Melayu akan terhapus secara perlahan-lahan.Untuk mempelajari bahasa Inggeris tidak perlu dikorbankan pelajaran sains dan matemetik.
Payah dapat 'MENTERI PELAJARAN YANG BODOH SOMBONG'.Cuma menjaga kepentingan politik tanpa mengambilkira pandangan cendiakawan dan ahli-ahli akedemik.
Menjawab isu di atas;

Fahami betul-betul makna perkataan UMNO. ia adalah singkatan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Selagi wujud Umno selagi itu bahasa melayu akan digunakan dalam urusan pentadbiran negara. Kalau Pakatan Rakyat memerintah belum tahu lah akan kekal atau tidak, terutama Dap , mesti mereka akan menggunakan bahasa Mandarin dan Inggeris. Pkr pula akan menyokong sebab dalam parti itu ramai peguam India. Pas hanya akan berbangga dengan Ana dan Anta sahaja.

Tulisan JAWI tidak terhapus, ia masih digunakan dalam pembelajaran agama Islam dan pembelajaran Bahasa Arab. Dahulu kanak-kanak hanya akan belajar bahasa Arab jika mereka belajar di SAR atau sekolah pondok sahaja.

Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah bijak dengan menggunakan semula penulisan jawi dalam matapelajaran Agama Islam. Sudah lama pun perkara ini berjalan. Tak tahu ka??

Hairan kenapa puak-puak belah sana tak faham. "Tak ada anak yang bersekolah kut atau sengaja tidak mengambil tahu apa yang anak mereka belajar di sekolah". Pesanan saya, rajin-rajinlah periksa beg sekolah anak, semak buku-buku bantuan SPBT.


Tanah rizab pulak dah....ini tajuk PPSMI ....tak mahu jawab bab tu. (ini yang saya kata "Macam red Indian dapat senapang,. tembak suka hati)

Bahasa Melayu tidak akan tergadai semata-mata kerana PPSMI. Kita ada banyak subjek yang diajar dalam bahasa Melayu. kalau sekolah rendah adalah seperti berikut;

1. Bahasa Melayu
2. Agama Islam diajar dalam bahasa Melayu dan tulisan jawi
3. Kajian Tempatan
4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5. Muzik
6. Pendidikan seni visual (lukisan lah bahasa mudah)
7. Pendidikan Moral
8. Kemahiran Hidup
9. nak tahu lebih lanjut lawat lah laman web kementerian pelajaran.

Sekolah menengah pula

1. Bahasa Melayu
2. Sejarah
3. Geografi
4. PJK
5. Kemahiran hidup
6. Pendidikan Seni
7. Agama Islam
8. Sivik
9. lain-lain subjek elektif

Kalau anda berkata PAYAH DAPAT DAPAT MENTERI PELAJARAN YANG SOMBONG maka di sini juga Taipingmali akan memulangkan kata yang sama PAYAH DAPAT PEMBANGKANG YANG MACAM TAK CUKUP ILMU NI.

Dengar pantun dua kerat ini;

buah jambu tiga serangkai
buta perut , tak dak akai

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 12, 2009

Pertemuan Sulit?

Pertemuan Anwar – Abdullah tiga jam sebelum Datuk Seri Mohd. Najib membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4.00 petang menjadi mainan teka-teki kepada kira-kira 1000 hadirin yang turut berada di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor semalam.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.
Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah.

Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

Namun, apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah jemputan Abdullah secara mengejutkan itu telah dirancang oleh individu tertentu untuk pertemuan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah ia berkaitan peralihan kuasa yang telah ditetapkan penghujung Mac ini?

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 11, 2009

Pakej Ransangan RM60 Bilion

Kerajaan memperuntukkan RM60 bilion dalam pakej kedua bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Pakej rangsangan menyeluruh, menjangkau lebih banyak sektor dan kumpulan sasaran itu menumpukan kepada empat teras, iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; meringankan beban rakyat; membantu sektor swasta menghadapi krisis ekonomi semasa; dan membina keupayaan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya di Dewan Rakyat semalam, berkata peruntukan pakej itu, yang bersamaan sembilan peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan terbesar dalam sejarah ekonomi negara, akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet; serta RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.

Bagi agihan berdasarkan teras pula, RM2 bilion diperuntukkan bagi teras pertama, RM10 bilion (teras kedua), RM29 bilion (teras Ketiga), dan RM19 bilion (teras keempat).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, saiz perbelanjaan itu akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan naik kepada 7.6 peratus tahun ini daripada anggaran 4.8 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan menampung defisit lebih tinggi yang akan dibiayai oleh sumber dalam negara.

Beliau menegaskan, pakej rangsangan kedua itu perlu dilaksanakan kerana krisis ekonomi global semasa, bermula daripada krisis kewangan subprima di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan 2007 membawa kesan yang jauh lebih meluas serta mendalam, dan setakat ini masih belum nampak tanda pemulihan.

Malah, katanya, lebih separuh ekonomi utama dunia, terutama di AS, kawasan Eropah serta Jepun, telah mengalami penguncupan ekonomi paling buruk sejak 'Kemelesetan Terburuk' pada 1930-an.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif itu mula memberikan kesan ke atas ekonomi negara dalam suku keempat tahun lalu dengan eksport dan pengeluaran industri mula merosot dan pelaburan berkurangan, manakala sentimen pengguna juga turut terjejas.

Persekitaran ekonomi global bagi tahun ini dijangkakan lebih sukar dengan AS, iaitu ekonomi dan negara perdagangan terbesar dunia, diramal mengalami pertumbuhan ekonomi negatif 1.6 peratus, sementara United Kingdom negatif 2.8 peratus, dan Jepun negatif 2.6 peratus.

Di rantau ini pula, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada negatif 2 peratus.

"Malaysia kini berdepan keadaan ekonomi amat mencabar yang memerlukan kerajaan mengkaji semula unjuran pertumbuhan KDNK. Namun, Kerajaan yakin bajet asal 2009 dengan peruntukkan RM206 bilion serta pakej rangsangan pertama berjumlah RM7 bilion ringgit dan pakej kedua ini mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.

"Jika usaha ini tidak diambil, ekonomi negara akan mengalami kemelesetan serius. Dengan langkah yang diambil, pertumbuhan KDNK negara dijangka dalam lingkungan -1 peratus hingga satu peratus," katanya.

Sementara itu, di bawah teras pertama iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, kerajaan antara lain akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta, mengisi 63,000 jawatan di pelbagai agensi kerajaan dan memberikan insentif cukai kepada syarikat yang mengambil pekerja yang diberhentikan.

Kerajaan juga akan menampung kos yuran pengajian masing-masing sebanyak RM10,000 dan RM20,000 bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dan sarjana serta mengembangkan skop skim Prosper Siswazah.

Bagi teras kedua pula, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM674 juta sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung, selain RM480 juta supaya kadar tol lebuh raya tidak dinaikkan.

Sebanyak RM200 juta pula diperuntukkan sebagai peruntukan tambahan kepada Syarikat Perumahan Negara Bhd untuk membina rumah mesra rakyat, sementara bagi membantu pembeli rumah, kerajaan akan memberikan pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun.

Bagi menambahkan lagi pendapatan rakyat, kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berlandaskan Syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini dengan kadar pulangan lima peratus setahun.

Untuk membantu syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, kerajaan antara lain akan menubuhkan Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri masing-masing dengan dana RM5 bilion; serta sebuah Institusi Jaminan Kewangan dengan modal awal RM1 bilion.

Bagi menggerakkan sektor automotif, kerajaan bersama dengan Proton dan Perodua mewujudkan skim pelupusan kereta di mana pemilik sebarang jenama kereta yang mahu melupuskan kereta berusia lebih 10 tahun akan diberikan diskaun RM5,000 bagi membeli kereta baru.

Najib turut mengumumkan yang kerajaan akan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional sebanyak RM10 bilion yang akan dilaburkan dalam projek impak tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang; mengenal pasti projek pelaburan bernilai RM5 bilion yang akan dilaksanakan secara di luar bajet; serta penyediaan dana sebanyak RM2 bilion bagi pelaksanaan projek melalui Inisiatif pembiayaan Swasta (PFI).


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Pakej Ransangan RM60 Bilion

Kerajaan memperuntukkan RM60 bilion dalam pakej kedua bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Pakej rangsangan menyeluruh, menjangkau lebih banyak sektor dan kumpulan sasaran itu menumpukan kepada empat teras, iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; meringankan beban rakyat; membantu sektor swasta menghadapi krisis ekonomi semasa; dan membina keupayaan masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkannya di Dewan Rakyat semalam, berkata peruntukan pakej itu, yang bersamaan sembilan peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan terbesar dalam sejarah ekonomi negara, akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Daripada jumlah itu, RM15 bilion adalah suntikan fiskal, RM25 bilion dalam bentuk Dana Jaminan; RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan perbelanjaan luar bajet; serta RM3 bilion dalam bentuk insentif cukai.

Bagi agihan berdasarkan teras pula, RM2 bilion diperuntukkan bagi teras pertama, RM10 bilion (teras kedua), RM29 bilion (teras Ketiga), dan RM19 bilion (teras keempat).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, saiz perbelanjaan itu akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan naik kepada 7.6 peratus tahun ini daripada anggaran 4.8 peratus sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan menampung defisit lebih tinggi yang akan dibiayai oleh sumber dalam negara.

Beliau menegaskan, pakej rangsangan kedua itu perlu dilaksanakan kerana krisis ekonomi global semasa, bermula daripada krisis kewangan subprima di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan 2007 membawa kesan yang jauh lebih meluas serta mendalam, dan setakat ini masih belum nampak tanda pemulihan.

Malah, katanya, lebih separuh ekonomi utama dunia, terutama di AS, kawasan Eropah serta Jepun, telah mengalami penguncupan ekonomi paling buruk sejak 'Kemelesetan Terburuk' pada 1930-an.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif itu mula memberikan kesan ke atas ekonomi negara dalam suku keempat tahun lalu dengan eksport dan pengeluaran industri mula merosot dan pelaburan berkurangan, manakala sentimen pengguna juga turut terjejas.

Persekitaran ekonomi global bagi tahun ini dijangkakan lebih sukar dengan AS, iaitu ekonomi dan negara perdagangan terbesar dunia, diramal mengalami pertumbuhan ekonomi negatif 1.6 peratus, sementara United Kingdom negatif 2.8 peratus, dan Jepun negatif 2.6 peratus.

Di rantau ini pula, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura akan terus mengalami kemelesetan ekonomi, iaitu masing-masing pada negatif 2 peratus.

"Malaysia kini berdepan keadaan ekonomi amat mencabar yang memerlukan kerajaan mengkaji semula unjuran pertumbuhan KDNK. Namun, Kerajaan yakin bajet asal 2009 dengan peruntukkan RM206 bilion serta pakej rangsangan pertama berjumlah RM7 bilion ringgit dan pakej kedua ini mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.

"Jika usaha ini tidak diambil, ekonomi negara akan mengalami kemelesetan serius. Dengan langkah yang diambil, pertumbuhan KDNK negara dijangka dalam lingkungan -1 peratus hingga satu peratus," katanya.

Sementara itu, di bawah teras pertama iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, kerajaan antara lain akan mewujudkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta, mengisi 63,000 jawatan di pelbagai agensi kerajaan dan memberikan insentif cukai kepada syarikat yang mengambil pekerja yang diberhentikan.

Kerajaan juga akan menampung kos yuran pengajian masing-masing sebanyak RM10,000 dan RM20,000 bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dan sarjana serta mengembangkan skop skim Prosper Siswazah.

Bagi teras kedua pula, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM674 juta sebagai subsidi untuk mengelakkan kenaikan harga bahan makanan harian seperti gula, roti dan tepung, selain RM480 juta supaya kadar tol lebuh raya tidak dinaikkan.

Sebanyak RM200 juta pula diperuntukkan sebagai peruntukan tambahan kepada Syarikat Perumahan Negara Bhd untuk membina rumah mesra rakyat, sementara bagi membantu pembeli rumah, kerajaan akan memberikan pelepasan cukai ke atas faedah pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama tiga tahun.

Bagi menambahkan lagi pendapatan rakyat, kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berlandaskan Syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini dengan kadar pulangan lima peratus setahun.

Untuk membantu syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, kerajaan antara lain akan menubuhkan Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Dana Jaminan Penstrukturan Semula Industri masing-masing dengan dana RM5 bilion; serta sebuah Institusi Jaminan Kewangan dengan modal awal RM1 bilion.

Bagi menggerakkan sektor automotif, kerajaan bersama dengan Proton dan Perodua mewujudkan skim pelupusan kereta di mana pemilik sebarang jenama kereta yang mahu melupuskan kereta berusia lebih 10 tahun akan diberikan diskaun RM5,000 bagi membeli kereta baru.

Najib turut mengumumkan yang kerajaan akan meningkatkan dana pelaburan Khazanah Nasional sebanyak RM10 bilion yang akan dilaburkan dalam projek impak tinggi dalam tempoh dua tahun akan datang; mengenal pasti projek pelaburan bernilai RM5 bilion yang akan dilaksanakan secara di luar bajet; serta penyediaan dana sebanyak RM2 bilion bagi pelaksanaan projek melalui Inisiatif pembiayaan Swasta (PFI).


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 10, 2009

BAJET MINI

PAKEJ rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini akan dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini. Bagi rakyat, apa yang akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak sedikit sebanyak diharap akan memenuhi kehendak mereka dan menyentuh semua sektor yang penting.

Tetapi ia lebih bermakna jika perancangan dan peruntukan bajet mini itu tidak ditumpang sekaki oleh pihak yang tidak berkenaan. Maknanya peruntukan itu patut dinikmati oleh rakyat negara ini dan bukan warga asing.

Bekerja dan menganggur kini menjadi topik utama di kalangan rakyat. Sebab itu, dalam bajet mini ini kerajaan perlu membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Dengan adanya pekerjaan, maka ada peluang untuk rakyat membawa wang pulang ke rumah. Tetapi jika peluang kerja tidak dicipta, maka akan bertambahlah jumlah penganggur di negara ini.

Oleh itu, adalah penting kerajaan memastikan majikan-majikan di negara ini mengutamakan pengambilan pekerja tempatan daripada buruh asing.

Jika tidak, apa makna peruntukan besar disediakan untuk menangani krisis ekonomi ini kalau ia dikaut oleh pekerja asing.

Dalam keadaan kelembapan ekonomi yang dialami negara ini sekarang, adalah baik kerajaan mengambil langkah-langkah 'keselamatan'.

Keselamatan ekonomi negara boleh tergugat jika kerajaan tidak mengawal kemasukan pekerja asing atau pendatang asing tanpa izin.

Pada masa ini sudah kelihatan begitu ramai pekerja warga asing yang diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing sedang berkeliaran di negara ini.

Dalam hal ini kita menggesa kerajaan bertindak tegas mengarahkan pekerja asing yang diberhentikan kerja supaya pulang ke negara asal masing-masing.

Adalah mengejutkan rakyat kita apabila Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Talat Mahmud Khan mengatakan lebih 70,000 lagi warga Bangladesh dijangka tiba di negara ini tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Ketika kilang-kilang memberhentikan 50,000 orang pekerja, siapa pula hendak memberikan pekerjaan kepada orang luar itu? Apa istimewa mereka hendak dilayan di negara ini?

Tindakan membenar kemasukan pekerja asing dalam suasana ekonomi yang meruncing ini adalah sesuatu yang kurang bijak. Kerajaan perlu berusaha menyekat kemasukan pekerja dari mana-mana negara pada masa ini.

Kementerian Dalam Negeri memang patut menyemak semula kebenaran membawa masuk tenaga kerja dari luar ke negara ini walaupun kelulusannya telah dipersetujui kerajaan sebelum ini.

Kelulusan pengambilan pekerja yang diberikan dahulu tidak akan membawa sebarang makna jika negara kita tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka.

Kita perlu ingat, pakej rangsangan dan pelbagai usaha kerajaan membantu rakyat dalam menangani krisis ekonomi sekarang bukan untuk dinikmati oleh rakyat asing tetapi anak watan.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PKR PARTI PALING BERSIH RASUAH

1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat MENDESAK DS Anwar sebagai Pemimpin De Facto mengambil tindakan segera dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan.

2. Beliau mendakwa salah seorang daripada dua pemimpin berkenaan menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu.

"Tunggulah Sabtu ini, saya akan serahkan segala bukti yang ada dan berharap jawatankuasa berkenaan akan meneliti dan menyiasat dengan seadil-adilnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

3. Dakwaan mengenai penyelewengan dua pemimpin PKR terbabit dibuatnya pada 26 Februari lalu dalam sidang akhbar di pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

4. Beliau mempunyai bukti dan dokumen termasuk slip bank mengenai transaksi kemasukan wang ke dalam akaun peribadi salah seorang yang didakwanya terbabit menerima wang daripada perusahaan kuari.

"Saya tidak sebut dua pemimpin tinggi PKR negeri ini terlibat dengan rasuah.

''Saya sendiri tidak tahu duit apa yang diterima tetapi yang saya nyatakan, saya ada bukti tentang itu," katanya.

Menurutnya, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap dua pemimpin berkenaan walaupun telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu pada 8 Januari lalu kepada Presiden parti.

Dalam pada itu, Amizudin menyatakan rasa tidak puas hati kerana dirinya pula dituduh melakukan penyelewengan.

5. Katanya, beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM5,000 sebulan daripada kuari berkenaan, mempunyai empat buah kereta dan mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis MPSP tidak disambung.

6. Teringat ceramah-ceramah DS Anwar di mana-mana jua , katanya..." Kita adalah parti paling bersih dalam dunia, Parti kita, Pemimpin-pemimpin Kita Bersih Rasuah, Bersih Moral..Tidak macam pemimpin-pemimpin UMNO/BN semuanya...semuanya dari atas ke bawah semuanya korup, semuanya kotor...Kita saja yang bersih...marilah tuan-tuan, marilah sertai PKR parti paling bersih dalam dunia..."...gitu...


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

SIAPA LEBIH GENTLEMEN?

1. SEMASA Idris Jusoh dicadang sebagai MB, DYMM SPB YD Agong tak perkenan, Pak Lah ikut saja. Pak Lah tak mahu krisis yang menyusahkan rakyat.

2. Apa pasal Nizar tak boleh ikut saja perkenan Tuanku Sultan Perak? Dah tahu Tuanku Sultan Perak Titah supaya Berhenti menjadi MB kenapa pula Paksa Rakyat dan Tafsir kehendak sendiri Perlembagaan untuk menabalkannya jadi MB semula?

3. Kalau bekas MB Nizar and The geng gentlemen, bila Dewan bersidang semula buatlah undi tidak percaya ke atas DR. Zambry, tengok siapa menang. Janganlah mengheret Sultan Perak ke mahkamah dan janganlah libatkan rakyat bila kuasa dilucutkan Tuanku. Bukan begitu...

4. Sebagai renungan kata asal KeRajaan tu bukankah "Raja" tambah imbuhan "ke-an" jadilah "Kerajaan". Maksudnya kalau Raja dah suruh berhenti jadi KeRajaan, sebagai rakyat patuhi sajalah.

5. Sepatutnya bekas MB Nizar salahkanlah YB PKR dan DAP yang lompat. Merekalah yang menjadikan BN=28,PR=27. (Speaker kena berkecuali). Kenapa pula nak Salahkan BN.

6. Dulu kata YB Bota melompat sebagai Sangat Beriman dan Sangat Demokratik, kalau begitu YB PKR/DAP yang melompat itu sama jugalah kan Sangat Beriman dan Sangat Demokratik. Bukan begitu kata bicara Bekas MB Nizar...

7. Sesungguhnya Anwar merancang..."Tuan-tuan/Puan-puan/Saudara/i sekalian Seluuuuuruh negara, pada 16/9 kita akan Merammmmmmpaz Kerajaan Pusat, Dalam Tangan kita sudah ada 30, malah 35 malahan 60 YB BN akan melommmmmmmpat... Selamat tinggal BN, selamat jalan Pak Lah, selamat jalan Najib..." (Masih anda ingatkah ceramah mereka itu...)

8. Namun, Allah SWT membalas keegoannya dengan Allah SWT memberikan semula KeRajaan Perak kepada BN.

Bukankah itu Allah SWT yang menentukannya, terima sajalah. Bukan begitu...


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 6, 2009

Krisis Ekonomi Ancaman Globalisasi

TIGA perkara besar diuar-uarkan sebagai arus perdana ketika bermula alaf baru kira-kira sembilan tahun lalu, iaitu globalisasi, K-ekonomi dan perubahan iklim. Ketiga-tiga perkara ini seolah-olah wajib difahami di kalangan komuniti perdagangan, intelektual dan birokrat. Hal ini seterusnya diterjemahkan dalam bentuk dasar dan strategi dalam pelbagai sektor.

Salah seorang rakan saya pernah ditemubual untuk kenaikan pangkat kira-kira sembilan tahun lalu. Malangnya beliau tidak dapat menjawab dengan tepat dan meyakinkan mengenai ciri-ciri globalisasi yang antara lain membabitkan integrasi global dari segi barang, modal dan pekerjaan. Lebih malang lagi, beliau sinis terhadap konsep dan kesan globalisasi.

Menurut beliau, globalisasi akan membuka banyak ruang sehingga menghilangkan citra istimewa dan ciri kebangsaan sesebuah negara. Bahasa ibunda sebagai contoh, semakin tersudut pengaruhnya, malah menjadi kurang relevan termasuk dalam konteks perdagangan dan pengajian tinggi. Dengan pendirian sedemikian, rakan saya itu tergolong dalam kelompok pesimis atau barangkali pada anggapan panel temu duga, tidak mengikuti perkembangan semasa. Akibatnya beliau gagal dalam temubual.



Hari ini – dalam kegawatan ekonomi dunia – banyak pihak mula memikirkan semula konsep dan rasional globalisasi. Suara sinis mengenai globalisasi semakin lantang kedengaran. Malah, Perdana Menteri Britain, Gordon Brown turut kritikal terhadap gagasan globalisasi dalam konteks krisis kewangan antarabangsa.

Bermula dengan krisis subprima di Amerika Syarikat pada 2007, dunia ketika ini menyaksikan krisis ekonomi dan kewangan menular ke seluruh dunia yang sering kali diungkapkan sebagai entiti global tanpa sempadan. Menurut ramai pakar ekonomi, krisis ini adalah paling parah sejak kemelesetan global kira-kira 80 tahun lalu.

Semua petunjuk ekonomi mencatatkan penurunan mendadak atau lebih malang lagi hampir muflis, termasuk kewangan syarikat multinasional yang biasanya kebal-kemelesetan menerusi pelbagai strategi globalisasi. Satu demi satu syarikat gergasi mengumumkan masalah kewangan dan strategi untuk terus survival menerusi bantuan kewangan pakej rangsangan ekonomi. Malah, syarikat insurans terbesar dunia, AIG yang sepatutnya paling stabil untuk meyakinkan pelanggan mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarah korporat dunia untuk tahun kewangan 2008.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Nik Aziz Tersentak Daripada Tidur Lena

Nik Aziz sudah sedar sedikit daripada lamunannya. Beliau akhirnya akur tak mahu memanjangkan polemik istilah Rabbul Jalil. Siva pula boleh saja menangguhkan dulu "Sidang Tergemparnya" daripada menjalankan "upacara kemaluan" itu di bawah pokok ketapang. Nizar pula tersengih terkulat-kulat. Ngeh juga terasa amat bodoh piang dirinya pada hari tersebut. Mereka telah melangkah ke politik haru biru.

Rupanya ramai orang PAS & PKR yang tidak tahu bahawa Anwar juga adalah ahli bai'ah atau bahasa pasarnya "Orang Pekida". Anwar adalah penaung Majlis Gelanggang Gurun di Kedah. Mereka yang menahan perjalanan Geng Nizar pada hari tersebut hanya 10 orang sahaja. Tetapi mereka digeruni oleh begitu ramai orang PR yang hadir di situ.

Mahfuz yang lantang kontang itu pun naik kecut. Itulah semangat berani anak muda Melayu yang berumbikan semangat waja besi kursani darah merah yang mengalir dalam tubuh mereka. Darah-darah yang mengalir dalam tubuh itu hadir kerana nak menentang Penderhaka. Mereka adalah Para Mujahiddin Perak yang bangkit. Mereka adalah barisan hadapan yang sedia bertempur dalam apa jua peperangan. Kerana mereka telah berbai'ah dengan nama Allah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Alif. Ba dan Ta.

Garangnya mereka pada hari itu menyebabkan tak berani seorangpun menyentuh mereka. Langsung tak ada provokasi kepada pihak Polis. Ini adalah kerana hadirin PR sudah panik! Kerana mereka hanya fikir bahwa mereka sahaja yang bernama "Rakyat".

Berjuang mestilah ikhlas. Keikhlasan itu amat penting dalam berjuang. Janganlah berjuang kerana kuasa. Kelak jiwa akan binasa.

Berbalik kepada hal Nik Aziz tadi nampaknya beliau telah sedar akan kesilapannya. Namun itulah cara orang tua meminta maaf. Mestilah nampak sedikit egonya. Agaknya Nik Aziz perlu menghadap Mufti Harussani dan meminta maaf. Ini adalah kerana beliau mengizinkan anak buahnya mencerca seorang Ulama, Pewaris Nabi. Seorang wali Allah bukan sahaja mesti banyak ilmunya. Dia juga mesti banyak kasyafnya.

Sebagaimana Hamka sering mendidik pembacanya agar dapat membaca yang tersurat dan mengungkap yang tersirat. Bola itu biasanya bulat, namun ada juga yang bujur. Oh! Ya... Kita bakal menunggu apakah rancangan kerajaan terhadap PPSMI. Pilihanraya Bukit Gantang pula nampaknya akan menyebelahi BN. Jika BN menang nanti dikatakanlah pula pengundi hantu yang mengundi. Itu lumrah air liur pembangkang. Ada saja yang tak kena.

Dan bila Siva disiasat SPRM, SPRM pula yang bersalah. Kebalkah Speaker ini hinggakan tak ada satu kuasa pun yang boleh merobek dia. Apa kata Pandikar Amin Mulia menggantung ahli Pembangkang di Parlimen. Dan dengan senang sahaja majoriti 2/3 terus diperolehi.

Kenapa mereka lupa yang mereka hanya ada 27 orang sahaja ADUN yang hadir? Daripada keseluruhannya 59 orang. Bolehkah dewan bersidang sekiranya yang hadir tak mencukupi jumlah majoriti 30 orang? Bukankah nak meluluskan sesuatu Usul mesti mencukupi jumlah majoriti Ahli Dewan atau mesti ada 30 undi? Atau mereka tersalah baca Undang-undang? Bolehkah Speaker menolak usul untuk memecat dirinya?

Apabila mereka menggantung MB dan EXCOnya tidakkah itu pencabulan hak rakyat yang mewakilkan mereka? Adakah rakyat yang memangkah Jamal, Osman dan Hee kerana rakyat mengundi mereka sebagai individu atau mengundi Parti yang mencalonkan mereka? Bolehkah Siva memecat Setiausaha Dewan Negeri? Siapakah yang melantik SU Dewan Negeri? Siapakah boleh memcat SU Dewan Negeri? Siva pasti tiada tahu apa-apa soal Undang-undang. Beliau ibarat lembu yang dicucuk hidung!

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 5, 2009

Islam Melarang Gangsterism

Berikut ini adalah komentar pembaca dalam tajuk "Zambry takut dunia saksikan kejahatan BN." yang saya terbitkan untuk bacaan umum. Penulis cuma memperkenalkan dirinya "El Azhar ex-student-93-98 El Zagazig". Terima kasih dengan komentar dari ustaz muda kita.

Di atas keberanian menegakkan Islam dari kalangan bukan Melayu dan saya Orang Melayu merasa malu dengan sikap sebahagian orang Melayu Umno dan Melayu Pekida yang buat onar baru-baru ini ...Saya nak bicarakan tentang budaya samseng dalam Umno ni ..Saya tujukan tulisan ini kepada samseng upahan UMNO marilah kita kembali pada firman Allah :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان .

Ertinya :
Dan hendaklah kamu tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

sesungguhnya setiap kumpulan yang dibina atas dasar menyemaikan benih Gangsterism dan pergaduhan merupakan kumpulan yang rosak akhlak dan dipenuhi dengan sifat jahiliyah..Ini adalah kerana di dalam Islam Nabi saw cukup benci dengan perangai samseng Jahiliyah sebagaimana suatu riwayat di mana Abu Zar Al-Ghifari telah mencela seorang hambanya lalu nabi saw menegurnya dengan sabdanya:

إن فيك أمر من الجاهلية

Ertinya: Sesungguhnya pada dirimu masih ada sifat-sifat Jahiliyah..Bila ditegur begitu Abu Zar Al-Ghufari merasa terlalu bersalah sehingga dia meletakkan kepalanya ke tanah lalu meminta hambanya itu memijak pipinya..tetapi hambanya itu memaafkannya..

Jelas wahai saudar-saudaraku..bahawa perbuatan samseng..bermegah-megah dengan kekuatan adalah perbuatan orang jahat di zaman Jahiliyah...sebagai suatu syair di zaman Jahiliyah yang berbunyi:

إن لم تثأروا لأخيكم فالقوا السلاح والأباريق والبسواالحلل النساء والمكاحل والمجاسد وذلك بئس المرهق

Ertinya :
Sekiranya kamu tidak membalas dendam untuk saudaramu maka buangkanlah pedangmu bersama kilauannya..dan pakailah olehmu perhiasan -perhiasan wanita..kerana sesungguhnya kamu sudah menjadi manusia yang kecundang...(syair Arabi)

Menurut Ulamak Adab Wan Nusus(Sastera Arab)syair ini merupakan suatu provokasi yang boleh dijumpai dalam banyak syair Arab dizaman jahiliyah menunjukkan kehidupan sosial mereka yang huru hara akibat suka bergaduh atau dengan kata lain suka menaikkan sentimen yang membawa kepada pergaduhan...dan yang lebih dahsyat lagi mereka ini suka bergaduh walaupun di dalam mempertahankan kejahatan dan ketidakadilan..bagi mereka tiada siapa yang benar atau salah asalkan kamu dari geng kami ..golongan kami..puak kami..kami akan mempertahankan kamu tidak kira kamu berada di puak yang benar atau salah.Inilah yang Islam larang dan Allah telah mengutuskan Nabi saw untuk mengajar manusia meninggalkan fahaman Jahiliyah itu dengan sabdanya:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يحب لنفسه

Ertinya :

Tidak beriman seorang pun daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu yang lain seumpama kamu mengasihi dirimu sendiri.

Adik-adikku hadis ini jelas melarang kita menyakiti saudara kita yang lain apatah lagi di atas dasar gangsterisme dan asbiyyah berkumpulan..kerana Islam menyatakan bekerjasama mesti di atas dasar kebenaran..bukan membuta tuli membela saudara kita secara tidak betul dan menzalimi orang lain...

Saudaraku...kita manusia tak kuat mana...kalau kita rasa kita kuat ada manusia yANG LEBIIH KUAT DARI KITA..oleh itu sifat merasakan diri kita lebih dari orang lain...adalah sifat Iblis yang merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Allah Adam...atau dengan bahasa yang kita selalu dengar''Takbur''dan dengan sifat inilah Iblis dilaknat selama-lamanya dan dihalau dari syurga.

Pakcik-pakcik ahli Pakida yang sebenarnya..saya tahu bukan semua ahli pakida yang bermasalah..kerana saya berkawan baik dengan seorang veteran pakida di Ipoh dan dia ni memang hebat dari segi ilmu perisai diri sampai dia boleh makan kaca botol di depan saya..dan itu first time saya tengok...tetapi dia taklah berlagak dengan ilmunya,...merendah diri..warak...tak suka menunjuk-nunjuk...dan dia bagitau urusan Pekida ialah membela umat Melayu Islam..mempertahankan mereka agar tidak dizalimi oleh musuh sebagaimana di Palestin dan Bosnia...menjaga kebajikan umat Islam Melayu...tapi katanya.

Sungguh malang apabila golongan muda sekarang ini yang menyalahgunakan dasar Pekida yang banyak merosakkan imej pekida dengan sikap dan tigkahlaku yang cukup menyedihkan..oleh itu kepada ayahanda-ayahanda...abanglong...otai=otai Pekida tolonglah pastikan anak buah ini mendapat ilmu agama dan tarbiyah Islam yang secukupnya agar Pekida menjadilebih bermakna dan selari penubuhannya dengan tuntutan Islam..dihormati dan boleh diharap sebagai pelindung kepada orang yang lemah...agar Pekida ini tidak disalahgunakan sebagai suatu kumpulan samseng Melayu..yang sah di sisi undang-undang.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Speaker Adalah Penjawat Awam?

Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, hanya boleh diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri kerana beliau adalah seorang penjawat awam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim, memutuskan demikian berhubung permohonan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi ketiga-tiga DUN itu tidak kosong kerana mereka masih Adun yang sah serta berhak menghadiri sebarang sidang dewan.

Kedudukan Speaker sebenarnya adalah bukannya seorang penjawat awam. Dalam satu sidang akhbar peguam yang mewakili Speaker di Ipoh malam tadi, mereka menjelaskan bahawa speaker adalah bukan penjawat awam.

Tindakan hakim yang memihak kepada Penasihat undang-undang sebagai peguam yang mewakili Speaker dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada keputusan penghakiman kerana Penasihat undang-undang itu juga yang sedang mempertahankan kerajaan haram di Perak.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jangan Berani Menyalak Dalam Kandang!

Sudah acap kali wakil rakyat pembangkang berselindung disebalik hak dan keistimewaan atau kekebalan sebagai ahli Parlimen dengan membuat macam-macam tuduhan serta dakwaan terhadap pihak yang tidak mereka senangi.

Bagi mereka yang kerap berada di Parlimen dan ikuti persidangan Dewan Rakyat, mereka sudah dengar macam-macam perkataan termasuk dialog Pemuda UMNO celaka yang dituturkan pengerusi DAP Karpal Singh.

Ada sesetengah daripada mereka sengaja ‘tembak peluru’ dan bila sudah panas serta Speaker arah mereka tarik balik, sebilangan besar akur tetapi realitinya perkataan tohmahan dan tuduhan sudah dilafaz.

Semua wakil rakyat termasuk penyokong kerajaan tahu, mereka tidak boleh didakwa jika membuat dakwaan atau tuduhan di dalam Dewan.

Sebab itulah, bila sudah panas ada wakil rakyat yang melemparkan tuduhan dan tohmahan diminta buat kenyataan di luar Dewan bagi membolehkan pihak yang dikaitkan membuat dakwaan.

Insiden yang menimpa Karpal apabila dikepung beberapa pemimpin Pemuda UMNO Selangor, baru-baru ini juga ada kaitan dengan hal ini apabila mereka mendesak ahli parlimen Bukit Gelugor itu mengulangi perkataan Pemuda UMNO celaka di luar Dewan.

Ketika persidangan Rabu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek macam sudah tak tahan lagi dengan sikap wakil rakyat pembangkang yang dianggapnya cuba menjadikan Parlimen sebagai tempat menyebarkan fitnah.

Beliau sanggup bertikam lidah dengan menjawab dakwaan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Ooi Chuan Aun kononnya seorang pegawai kanan Kementerian Penerangan ditangkap di sebuah hotel bersama seorang pengacara hos rancangan televisyen baru-baru ini.

Soalan tambahan itu berbangkit ketika Shabery menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Sambil menafikan kejadian itu, menteri berkenaan berkata perkara itu tidak mungkin berlaku kerana pihak yang didakwa dalam tuduhan tersebut berada di London ketika itu.

Ooi kemudiannya bangun dan bertanya apakah tindakan yang diambil jika perkara itu adalah fitnah.

"Saya rasa jelas Yang Berhormat buat fitnah. Tak wajar buat kenyataan dalam dewan. Saya rasa … boleh buat di luar. Kalau mereka yang dituduh rasa tak benar tindakan boleh diambil.

"Saya rasa orang ramai tak tahu (perkara) ini. Saya pun tak tahu, tak terima SMS ini.

"Sebab itu saya tanya siapa dia, sebut namanya. Saya tahu dia tak ada dalam negara. Kalau saya sebut tak ada, tak adalah," katanya.

Menurut Shabery lagi, tidak wajar menyebarkan fitnah terhadap orang yang tidak bersalah dan kenyataan ini pula datang daripada seorang pemimpin dari parti pembangkang dan seolah-olah dipersetujui oleh semua (pembangkang).

“Sebab itu saya katakan, kalau ini jadi amalan seorang ahli Yang Behormat yang sepatutnya secara terhormat mengeluarkan kata-kata yang baik, ini mencermin pemikiran keseluruhan rakan-rakan YB,” tegasnya.

Katanya, pembuat fitnah adalah Ahli Parlimen Jelutong sendiri.

Shabery berkata, perbuatan Ahli Parlimen itu adalah untuk mengambil kesempatan waktu kamera (televisyen) sedang ada untuk disebarkan diseluruh negara selepas ini.

Beliau berkata, perkara ini tidak wajar diperpanjangkan dan tidak perlu lagi disentuh kerana fitnah berjalan setiap masa, setiap waktu dan setiap tempat dan ia bukannya tugas dan tanggungjawab kementerian untuk menjelaskannya.

"Saya rasa kalau YB suka buat sesuatu bagi mengaibkan orang lain, sebab keluarga orang lain aib, suatu masa berlaku pula kepada YB dan keluarga YB. Dan saya rasakan perkara ini tak guna untuk (kita) berbuat demikian," katanya.

Katanya, Ahli Parlimen tidak sepatutnya membuat tuduhan secara kategori kerana ia menyalahgunakan hak dan kebebasan dalam Dewan Rakyat.-

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 4, 2009

Obama Tries To Pump Up Confidence In The Economy

Trying to pump up the nation's confidence, President Barack Obama said Tuesday that Wall Street has been hammered so hard that "buying stocks is a potentially good deal," and he dispatched top aides to Capitol Hill to defend his plans for pulling the economy out of its deep recession. The stock market slipped ever lower, and Republicans suggested Obama was "cooking the books" in rosy recovery predictions.

After being accused for weeks of being too negative about the economy, Obama recently has shifted to a more positive tone. He and his aides still say recovery won't come quickly, but they are becoming more aggressive in declaring that the government's efforts will work.

They better work, Federal Reserve Chairman Ben Bernanke said. The country faces "a prolonged episode of economic stagnation" without bold policy moves, he told the Senate Banking Committee.

Separately, the Fed announced a long-awaited program to spur lending for autos, education, credit cards and other consumer loans by providing up to $200 billion in financing to investors to buy up the debt. If the program succeeds, it should help break economy-crippling credit clogs and make it easier for Americans to finance purchases large and small at lower rates, Bernanke said.

"What the economy requires, what the American people demand is that we move as aggressively as we can to get growth back on track," Treasury Secretary Timothy Geithner told the tax-writing House Ways and Means Committee. "I'm confident this is the right path for the country."

Republicans were not so sure, accusing the new administration of raising taxes during a recession — on many ordinary Americans as well as on the wealthy.

Underscoring the economy's weakness, Detroit's Big Three automakers reported huge U.S. sales declines for February from a year earlier — 53 percent for General Motors Corp., 48 percent for Ford Motor Co. and 44 percent for Chrysler LLC.

On Wall Street, the Dow Jones industrials lost 37 points, but stocks have been falling so fast — 300 points on Monday alone — that the new decline seemed quite modest.

Obama's plan envisions a deficit of $1.7 trillion this year followed by several more years of trillion-dollar shortfalls.

"The new administration has inherited an economic crisis unlike any we have seen in our lifetimes," White House Budget Director Peter Orszag told the House Budget Committee.

The administration acknowledges that its energy proposal would increase costs for consumers but argues that the vast majority of people will get tax breaks elsewhere in Obama's budget package.

"Now, if people don't change how they use energy, then they will face higher costs for energy," Geithner acknowledged.

Obama, meanwhile, was asked about the stock market's swoon in recent days to levels not seen since 1997.

"What I'm looking for is not the day-to-day gyrations of the stock market, but the long-term ability for the United States and the entire world economy to regain its footing," Obama said after meeting in the Oval Office with British Prime Minister Gordon Brown.

"You know, it bobs up and down," he said, comparing stock market movements to daily tracking polls during political campaigns. "The banking system has been dealt a heavy blow," he added. "There are a lot of losses that are working their way through the system. And it's not surprising that the market is hurting as a consequence."

Sounding ever more like an analyst, he said that "profit and earning ratios are starting to get to the point where buying stocks is a potentially good deal if you've got a long-term perspective on it."

The president predicted a recovery "but it's not going to happen overnight."

He got a boost from Bernanke, who was appointed to the top Fed job in 2006 by President George W. Bush. Bernanke said Obama's recently enacted $787 billion stimulus package of increased federal spending and tax cuts should help revive consumer spending, boost factory production and "mitigate the overall loss of employment and income that would otherwise occur."

Bernanke testified that an economic recovery depends on the government's ability to stabilize weak financial markets.

Geithner and Orszag were grilled by Republicans on the tax portion of the budget.

In particular, GOP lawmakers complained about a section that would require polluters to purchase permits from the government for their greenhouse gas emissions, suggesting it would essentially impose huge new energy costs on all consumers and businesses. They also criticized a section limiting the charitable deductions that households earning over $250,000 a year can claim, saying it would burden charities.

"The president's budget increases taxes on every American, and does so during a recession," Rep. Dave Camp, R-Mich., told Geithner.

Geithner said the budget reflects what Obama views as "a deep moral imperative to make our society more just. But it's very good economic policy, too. It will mean there is again a fairer, more equitably shared tax burden on the vast majority of Americans."

Higher taxes for affluent Americans would not come until 2011 once "we are safely into recovery," Geithner said.

But some lawmakers challenged the administration's predictions for such a speedy recovery.

The budget forecasts that the economy, as measured by the gross domestic product, would shrink by just 1.2 percent this year and then snap back and grow by a solid 3.2 percent in 2010, followed by several years over 4 percent.

That's more optimistic than most private forecasts, and comes despite a new government report showing the economy contracted by 6.2 percent in late 2008, far more than the 3.2 percent drop first reported.

"It looks like somebody's cooking the books," Rep. Kevin Brady, R-Texas, told Geithner.

The Obama plan "does predict a somewhat more rapid recovery" than other forecasts, Geithner acknowledged. But, he added, "I believe this is a realistic forecast."

Questioning was pretty much along party lines. Democrats for the most part praised Obama's proposal.

"It is making the tax code more fair," Rep. John Lewis, D-Ga., told Geithner.

Obama's budget faces a difficult path through Congress because of its many controversial proposals on health care, taxes and global warming.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang