Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Jun 23, 2009

Ilmuan Menasihati Pemerintah (Kepentingan Bersama)

NASIHAT dan peringatan begitu diperlukan manusia kerana dengannya mereka akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Beberapa ayat Allah menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat, khususnya kepada golongan beriman.

Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh Nabi SAW dalam hadis Baginda sehingga dikatakan bahawa Islam itu adalah nasihat. Agama terletak pada nasihat yang mengandungi unsur ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya selain keimanan serta usaha beramal dengan kitab-Nya serta Sunnah Rasul-Nya.

Manfaat atau kebaikan besar yang terkandung dalam nasihat terserlah pada maksud perkataan itu sendiri. Nasihat mengandungi maksud supaya individu yang dinasihati memperoleh keuntungan atau faedah.

Selain itu, nasihat juga terkandung kaedah penyampaian iaitu dengan menggunakan kata yang dipilih dengan teliti dan dihalusi di samping berasaskan ketulusan hati serta tidak dipengaruhi maksud yang buruk.

Nasihat dan peringatan lebih-lebih lagi diperlukan oleh pemimpin disebabkan beban serta amanah besar yang dipikul mereka. Adalah malang seandainya mereka tidak memiliki kumpulan penasihat yang sentiasa bersedia untuk memberikan nasihat serta peringatan secara telus.

Pada zaman silam, cendekiawan dan ulama sentiasa memainkan peranan besar dalam menasihati dan memberikan bimbingan dengan berani lagi telus kepada pemerintah. Antara mereka termasuklah Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdis Salam, fakih Mazhab Syafie yang agung dan tokoh pengislah kurun ke-13 masihi.

Suatu ketika, beliau pernah menghadiri jamuan diraja pada hari raya dan sebagai kunjungan hormat terhadap baginda sultan. Pengawal diraja dan kumpulan tentera berdiri di bahagian hadapan sementara sultan bersemayam di singgahsana di kelilingi pegawai kerajaan di tempat masing-masing, berdasarkan kemegahan istiadat Kesultanan Mesir.

Putera dan pembesar serta orang kenamaan mula memberikan penghormatan kepada Sultan al-Salih Najmuddin dengan mencium lantai di hadapan baginda. Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdissalam hanya memperhatikan semua yang sedang berlaku.

Kemudian, beliau berpaling menghadap sultan lalu mengatakan dengan suara yang lantang: “Wahai Ayyub, apakah yang akan menjadi asas bagi tuan untuk mempertahankan diri di hadapan Allah apabila Dia menanyakan kepada tuan, “Bukankah sudah Kuberikan kerajaan Mesir kepada kamu, namun kamu masih juga membiarkan tempat manusia berfoya-foya terus wujud?

Sultan dengan pantas bertanya: “Benarkah demikan? Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdissalam dengan tegas menjawab: “Ada tempat berfoya-foya yang menjual arak dan perkara tidak berakhlak lain yang terus dilakukan sedangkan tuan terus menikmati segala bentuk limpahan nikmat daripada pemerintahan yang dimiliki.

Tentera yang berada dalam majlis itu hanya berdiam diri sementara Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdissalam terus mengemukakan pandangannya dengan lantang. Sultan menjawab teguran diberikan dengan mengatakan: “Wahai tuan faqih, bukanlah beta yang mengizinkan tempat itu dibuka, ia sudah pun berada di situ sejak zaman pemerintahan ayahanda beta.

Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdissalam kemudian berkata pula: “Jika demikian, tuan adalah salah seorang yang mengatakan, kami mendapati bahawa bapa kami sekadar menurut tradisi yang sudah pun wujud sejak sekian lama.”

Anak murid Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdissalam, al-Baji kemudian bertanya kepada gurunya alasan atau sebab yang mendorong beliau menegur sultan dengan lantang pada majlis yang hebat lagi mulia seumpama itu.

Sultan al-‘Ulama’ al-‘Izz ibn ‘Abdissalam menjelaskan beliau dapat melihat keagungan yang meliputi kehidupan sultan dan beliau bimbang seandainya kebanggaan baginda terhadap kuasa serta dirinya akan akhirnya menguasai serta membinasakan dirinya.

Al-Baji bertanya: “Tidakkah tuan berasa takut akan baginda sultan? Beliau menjawab: “Pada hakikatnya, yang jelas hanyalah keagungan Allah sedangkan baginda pula begitu kerdil pada pandangan mataku.”

Ibn Hajar membuat catatan ringkas dalam tulisannya bahawa sultan tidak mempunyai pilihan lain kecuali menitahkan kemudian supaya tempat berfoya-foya itu akhirnya dihapuskan sama sekali.

Zaman silih berganti dan pada hari ini, kita dapati peranan dan sumbangan golongan ilmuwan serta cendekiawan tetap kekal penting dan diperlukan. Apatah lagi pada zaman kini yang memperlihatkan ancaman dan ujian terhadap agama Islam serta umatnya semakin besar lagi hebat.

Namun, malang sekali jika golongan yang diberikan pelbagai gelaran sebagai memuliakan serta mengiktiraf kedudukan mereka, tidak mampu untuk bersuara serta bertindak. Sebaliknya hanya sekadar merelakan dan mengiyakan apa juga keputusan serta tindakan meskipun ternyata ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah ada ketikanya hanya mendatangkan kerugian semata-mata.

Betapa malangnya mereka kerana tidak berupaya memanfaatkan ilmu dimiliki untuk memberikan nasihat yang betul, secara bijaksana, ikhlas serta berani kepada pihak yang memerlukan nasihat terutama pemerintah.

Lebih malang seandainya mereka menggunakan ilmu, gelaran serta kedudukan yang dimiliki hanya untuk kepentingan diri dan meraih segala kenikmatan duniawi. Nasihat sebenar diperlukan tidak diberikan dengan sebaik-baiknya, sebaliknya pihak yang memerlukan nasihat dihanyutkan dengan kata-kata pujian hingga mereka lupa akan masalah serta kesulitan sebenar dialami rakyat.

Dasar yang tidak menguntungkan misalnya tidak sama sekali berani untuk disanggah atau dikritik kerana mereka memikirkan kesan buruk seandainya tindakan sedemikian dilakukan. Kepentingan rakyat tidak termasuk dalam perkiraan dan perhitungan.

Sedangkan golongan digelar ilmuwan menyedari di bahu merekalah disandarkan harapan sentiasa menasihati pemimpin supaya mempertahankan kepentingan serta kebajikan seluruh rakyat yang dipimpin.

Alangkah malangnya mereka kerana berharap pada sekumpulan insan dianggap mampu memimpin dan membimbing kepada kebaikan serta kebenaran namun hakikatnya, tiadalah impian besar itu menjelma menjadi kenyataan malah yang diperoleh hanyalah kehampaan semata-mata.

Tiada juga perubahan dan kemajuan yang dicapai namun sebaliknya mereka terus-menerus dibelenggu kejahilan dan kemerosotan. Besarlah pula kesalahan ditanggung golongan ilmuwan itu kerana tidak menunaikan amanah terhadap ilmu yang dimiliki dan tidak menyampaikan nasihat bermanfaat kepada pihak yang memerlukannya.

Bagaimana mungkin mereka dapat mempertahankan diri apabila kelak dipersoalkan di hadapan Allah pada hari segala amal serta perbuatan menjadi saksi bagi mereka dan bukannya diri mereka sendiri atau juga pembela mereka semasa hidup di dunia.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Kerajaan Perpaduan (Realiti Atau Mimpi) PART 2

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada mesyuarat dua jam yang dihadiri pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Pakatan Rakyat mendakwa idea itu cuma fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan BN masih berupaya mentadbir negara dan tetap kukuh walaupun Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kita tak ada masalah... maknanya kalau tak ada kerajaan perpaduan atau apa bentuk pun, kerajaan masih kukuh.

"Kita mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang telah kita gariskan," katanya selepas menyampaikan ucap utama pada Persidangan Ketujuh Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di Luar Negara di Putrajaya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu juga berkata, tidak timbul soal kerajaan BN lemah dalam isu berkenaan kerana pelawaan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dibuat pembangkang terlebih dulu.

"Pas yang sebut perkara ini dan dia yang menggambarkan hasrat untuk mencapai kata sepakat dan istilah kerajaan perpaduan datang dari mereka sendiri, bukan daripada kita.

"Apabila mereka sebut (kerajaan perpaduan), kita sambut secara positif. Maknanya kita mempunyai sikap terbuka kalau sesuatu dibuat dengan tujuan mencari kebaikan dan kita masih tetap dengan pendirian sesuatu yang baik untuk negara perlu diusahakan bersama walaupun cadangan itu datang daripada parti pembangkang," katanya.

Ditanya sama ada penolakan idea kerajaan perpaduan itu merugikan orang Melayu, beliau berkata: "Saya tidak fikir, tetapi saya harap mereka (pembangkang) tidak keterlaluan dalam apa juga tindakan sama ada ada perbincangan atau tidak.

"Apa yang penting ialah kita menguruskan perbezaan pendapat dan kita ada perasaan terhadap negara dalam fikiran kita."

Ditanya sama ada Umno akan melayan lagi idea seperti itu pada masa depan, Najib berkata: "Siapa tahu perkara yang akan berlaku pada masa depan, segala-galanya boleh berlaku dalam politik."

Terdahulu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam kenyataan tiga perenggan yang dibacakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan semua parti dalam gabungan itu mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan kepemimpinan BN bagi membincangkan isu membabitkan kepentingan negara dan rakyat, seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pakatan Rakyat juga mahu perbincangan berkisar mengenai salahguna kuasa kepimpinan polis, membanteras rasuah, menjana urus tadbir yang baik serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan segera pilihan raya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar, Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presidennya, Dr Syed Hussin Ali, manakala antara pemimpin DAP yang hadir ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Pemimpin Pas pula ialah dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang sebelum ini dibidas Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung isu kerajaan perpaduan bagaimanapun tidak hadir. Ahli Parlimen Bachok itu juga tidak kelihatan di Parlimen semalam.

Anwar yang ditanya mengenai isu membabitkan Nasharuddin dan Nik Abdul Aziz, berkata tiada masalah berlaku antara kedua-dua pemimpin Pas itu.

Abdul Hadi pula berkata, pemimpin Umno sengaja mempermainkan isu kerajaan perpaduan seolah-olah menggambarkan Pas akan bersatu dengan Umno dan akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada Pas membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan dengan Umno, beliau berkata, ia tidak akan diadakan jika Umno berterusan cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Pas bersedia berbincang berhubung isu yang mempunyai kepentingan bersama atas sifat negara demokrasi, tetapi mesti diberi hak sama dalam perbincangan itu.

Kit Siang pula berkata, kenyataan bersama DAP, PKR dan Pas sudah menjelaskan bahawa ketiga-tiga parti itu mempunyai komitmen antara satu sama lain untuk menunjukkan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senangjavascript:void(0)

Kerajaan Perpaduan (Realiti Atau Mimpi) PART 2

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada mesyuarat dua jam yang dihadiri pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Pakatan Rakyat mendakwa idea itu cuma fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan BN masih berupaya mentadbir negara dan tetap kukuh walaupun Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kita tak ada masalah... maknanya kalau tak ada kerajaan perpaduan atau apa bentuk pun, kerajaan masih kukuh.

"Kita mampu melaksanakan agenda pembaharuan yang telah kita gariskan," katanya selepas menyampaikan ucap utama pada Persidangan Ketujuh Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di Luar Negara di Putrajaya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu juga berkata, tidak timbul soal kerajaan BN lemah dalam isu berkenaan kerana pelawaan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dibuat pembangkang terlebih dulu.

"Pas yang sebut perkara ini dan dia yang menggambarkan hasrat untuk mencapai kata sepakat dan istilah kerajaan perpaduan datang dari mereka sendiri, bukan daripada kita.

"Apabila mereka sebut (kerajaan perpaduan), kita sambut secara positif. Maknanya kita mempunyai sikap terbuka kalau sesuatu dibuat dengan tujuan mencari kebaikan dan kita masih tetap dengan pendirian sesuatu yang baik untuk negara perlu diusahakan bersama walaupun cadangan itu datang daripada parti pembangkang," katanya.

Ditanya sama ada penolakan idea kerajaan perpaduan itu merugikan orang Melayu, beliau berkata: "Saya tidak fikir, tetapi saya harap mereka (pembangkang) tidak keterlaluan dalam apa juga tindakan sama ada ada perbincangan atau tidak.

"Apa yang penting ialah kita menguruskan perbezaan pendapat dan kita ada perasaan terhadap negara dalam fikiran kita."

Ditanya sama ada Umno akan melayan lagi idea seperti itu pada masa depan, Najib berkata: "Siapa tahu perkara yang akan berlaku pada masa depan, segala-galanya boleh berlaku dalam politik."

Terdahulu, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam kenyataan tiga perenggan yang dibacakan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan semua parti dalam gabungan itu mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan kepemimpinan BN bagi membincangkan isu membabitkan kepentingan negara dan rakyat, seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pakatan Rakyat juga mahu perbincangan berkisar mengenai salahguna kuasa kepimpinan polis, membanteras rasuah, menjana urus tadbir yang baik serta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan segera pilihan raya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar, Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presidennya, Dr Syed Hussin Ali, manakala antara pemimpin DAP yang hadir ialah Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Pemimpin Pas pula ialah dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang sebelum ini dibidas Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung isu kerajaan perpaduan bagaimanapun tidak hadir. Ahli Parlimen Bachok itu juga tidak kelihatan di Parlimen semalam.

Anwar yang ditanya mengenai isu membabitkan Nasharuddin dan Nik Abdul Aziz, berkata tiada masalah berlaku antara kedua-dua pemimpin Pas itu.

Abdul Hadi pula berkata, pemimpin Umno sengaja mempermainkan isu kerajaan perpaduan seolah-olah menggambarkan Pas akan bersatu dengan Umno dan akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada Pas membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan dengan Umno, beliau berkata, ia tidak akan diadakan jika Umno berterusan cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Pas bersedia berbincang berhubung isu yang mempunyai kepentingan bersama atas sifat negara demokrasi, tetapi mesti diberi hak sama dalam perbincangan itu.

Kit Siang pula berkata, kenyataan bersama DAP, PKR dan Pas sudah menjelaskan bahawa ketiga-tiga parti itu mempunyai komitmen antara satu sama lain untuk menunjukkan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senangjavascript:void(0)

Jun 22, 2009

Laksanakan Keadilan Sosial

Konsep Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan semangat baru kepada banyak pihak di Malaysia terutama mereka yang berada dalam arus perdana. Bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan, ada suara keraguan dan kebimbangan sesetengah pihak kerana mereka khuatir hak mereka akan terjejas atau diabaikan.

Begitu juga pihak parti pembangkang telah memberikan reaksi negatif dengan tafsiran yang keterlaluan dan gambaran yang bukan-bukan terhadap gagasan baru ini.

Pada hari pertama Sidang Parlimen pada 15 Jun lalu, Najib menegaskan dengan cukup jelas bahawa gagasan Satu Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional baru.

Begitu juga gagasan ini berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti pembangkang kerana konsep berkenaan tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, menurut beliau, Satu Malaysia secara tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya Najib memberitahu formula Satu Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Antara teras-teras perpaduan ialah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia. Kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan ketiga, keadilan sosial.

Dari perspektif undang-undang, telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain.

Peruntukan ini amat jelas sekali memberi kekuatan kepada agama Islam yang tidak boleh dicabar kedudukannya dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada agama-agama lain, ia boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai.

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan itu amat tepat dengan sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW di Madinah dan Khulafa' al-Rashidin sehingga ke zaman kegemilangan Islam di Eropah yang telah membuktikan pembangunan akidah dan syariah yang kuat bagi umat Islam di samping menghormati penganut-penganut agama lain dan amalan mereka seperti Yahudi, Kristian dan lain-lain.

Sejarah membuktikan bahawa pada zaman pemerintahan Islam di Madinah serta di zaman para sahabat, keadilan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Dalam al-Quran, banyak ayat yang menyuruh umat Islam supaya berlaku adil dan melarang kezaliman. Perkataan adil disebut dalam al-Quran sebanyak lebih 20 kali, di antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Surah al-Maidah, ayat 8).

Ayat tersebut mewajibkan umat Islam supaya berlaku adil dalam semua urusan mereka, sehinggakan kepada musuh pun digesa supaya berlaku adil.

Selain keadilan dalam bidang kehakiman, keadilan sosial juga dituntut ke atas umat Islam supaya melakukannya kepada semua individu dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Setiap anggota masyarakat hendaklah mendapat keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, peluang mendapat pelajaran dan pekerjaan.

Keadilan sosial bukanlah bererti membasmi kemiskinan sehingga ke akar umbinya supaya tidak wujud lagi dalam masyarakat. Perkara ini bercanggah dengan sunnah alam kerana kemiskinan dan kekayaan adalah dua hakikat yang wujud di dunia ini. Yang kaya dan yang miskin ada tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Yang kaya membantu yang miskin manakala yang miskin pula berterima kasih kepada yang kaya dan tidak melakukan huru-hara dalam masyarakat. Dengan itu, suasana harmoni dan perhubungan yang baik dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Antara faktor penting yang telah dianjurkan oleh Islam bagi mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat ialah saling bekerjasama (ta'awun) antara anggota masyarakat. Masyarakat Islam perlu didirikan di atas dasar tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan. (Surah al-Maidah, ayat 2).

Begitu juga antara faktor penting bagi mewujudkan keadilan sosial ialah perhubungan yang baik antara sesama anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh tubuh akan ikut berjaga malam dan demam.

Kasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim adalah asas penting dalam keadilan sosial.

Perhubungan yang baik antara individu dalam masyarakat yang terdiri daripada orang kaya, orang miskin, orang tua, orang muda, pemerintah dan rakyat adalah amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kerukunan.

Begitu juga Islam menekankan kemesraan dan berbaik sangka serta sifat sedia membantu di kalangan anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia suka kepada saudaranya seperti yang ia suka bagi dirinya, dan sabdanya lagi yang bermaksud:

Allah menolong seseorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.

Dari huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa keadilan sosial bukanlah satu slogan kosong yang mengajak supaya menyamakan semua anggota masyarakat, tetapi apa yang dimaksudkan dengannya ialah menyamakan mereka dalam kesempatan dan peluang untuk mengembangkan prestasi dan potensi.

Oleh itu, keadilan sosial dapatlah ditakrifkan sebagai "kerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, setiap anggota masyarakat mempunyai kesempatan dan peluang yang sama untuk berkembang sesuai dengan kemampuan masing-masing."

Islam sentiasa menganjurkan supaya berlumba-lumba berbuat kebajikan dalam masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak menyumbang kepada sesama manusia.

Oleh itu, aktiviti sosial adalah aspek yang penting dalam hidup berjemaah dan semangat kerjasama merupakan amalan yang perlu dipupuk supaya ia berkembang dalam masyarakat.

Dalam masyarakat Malaysia sekarang, kita dapati kerja-kerja amal kurang diberi tumpuan oleh masyarakat sama ada di peringkat individu atau organisasi. Kalau kita bandingkan dengan aktiviti keagamaan yang bercorak ibadat khusus, kita dapati ramai yang berminat.

Dalam al-Quran dan al-Sunnah banyak ayat dan hadis yang memberi galakan supaya kita membuat kebajikan dalam masyarakat. Malah ia merupakan suatu tanggungjawab sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu, dan buatlah kebajikan supaya kamu dapat kemenangan." (Surah al-Hajj, ayat 77).

Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kamu tentang amalan yang lebih utama dari puasa, solat dan sadaqah?" (yakni sunat). Sahabat menjawab "Kami mahu wahai Rasulullah," lalu Baginda bersabda: "Iaitu amalan atau usaha membaiki hubungan yang terputus antara dua pihak yang bertentangan (berkonfrantasi), kerana keburukan perpecahan itu adalah pencukur."

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak berkata ia pencukur rambut, tetapi ia pencukur agama" (menghapuskan roh persaudaraan Islam).

Sebenarnya, kerja-kerja sosial boleh digunakan sebagai media dakwah, ia suatu cara berkesan untuk memenangi hati masyarakat.

Kalau kita menyingkap sejarah hidup Rasulullah SAW dan para sahabat, mereka dikenali sebagai para dermawan dan baik hati. Mereka melibatkan diri dengan membuat kebajikan dan memberi pertolongan kepada orang ramai. Oleh itu 'kebajikan' dan 'khidmat' amat penting dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Kita hendaklah mendekati dan memberi pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan, anak-anak yatim dan remaja yang terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial.

Kita janganlah terlalu terpesona dengan theoretical dialogue tentang keadilan sosial yang serba ideal, tetapi kita seharusnya menterjemahkan ideal-ideal Islam dalam masyarakat melalui kerja-kerja kemasyarakatan di tengah-tengah lapangan.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Isu Royalti Minyak Negeri Kelantan

Kerajaan Pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed (gambar) berkata, beliau akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan.

"Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan UMNO dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan Pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion.

Husam mendakwa tunggakan itu sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan Pusat bagi membolehkan wang itu disalurkan kepada rakyat negeri ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, ia bukan kali pertama Pas mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, malah pada pilihan raya lepas isu yang sama turut dibangkitkan.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jun 21, 2009

Perjuangan Pribadi?

APABILA Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin ramai pihak sama ada di dalam Pas atau di luar Pas berasa gembira.

Bagi sesetengah di dalam Pas yang menyokong Nik Abdul Aziz mereka menganggap ia balasan kepada Nasharudin. Pada pandangan mereka, Timbalan Presiden Pas itu berhak menerima kenyataan sedemikian kerana dilihat kononnya sudah menjadi boneka UMNO.

Manakala bagi sesetengah yang berada di luar Pas pula, ia melambangkan bahawa parti itu berada di ambang perpecahan dan dari segi politik ada andaian nakal bahawa ia akan menguntungkan UMNO.

Namun hakikatnya, perbalahan pendapat berhubung penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu harus dilihat dalam skop yang luas. Mungkin kalau kita bersandarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat terutamanya kenyataan tegas Nik Abdul Aziz ia menampakkan Pas sedang menuju kepada perpecahan.

Tetapi persoalannya, adakah itu bermaksud ia akan memberikan keuntungan politik kepada UMNO? Apakah dengan berlakunya perbalahan dalam Pas maka orang Melayu akan menjadi lebih kuat? Kenapa perlu percanggahan pendapat itu dilihat dari sudut sempit seolah-olah dalam Pas kini sudah wujud puak-puak?

Atas sebab itulah, pertelingkahan yang berlaku perlu direnungi dengan pemikiran yang terbuka dan hati yang ikhlas. Kita tidak menafikan bahawa sejak awal lagi Nik Abdul Aziz sememangnya menentang penubuhan kerajaan perpaduan, dan di satu pihak lain, mereka melihat hanya melalui kerajaan perpaduan ia akan dapat menyelesaikan banyak konflik politik yang berlaku di negara ini dan sekali gus mampu merapatkan hubungan antara parti-parti politik Melayu.

Keadaan itu bermakna, perdebatan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan akan berterusan selagi tidak ada kata pemutus apa kesudahannya. Oleh itu Nik Abdul Aziz berhak memberikan pandangan dan nasihatnya manakala pihak lain pula berhak mempertahankan idea mereka.

Sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara dan memberikan pendapat, apa yang berlaku dalam Pas sekarang seharusnya dianggap perkara biasa dan bukannya satu perpecahan antara puak dalam Pas yang boleh meruntuhkan parti itu.

Biasalah, apabila ada idea baru yang dilihat tidak sinonim dengan perjuangan parti berkenaan sudah pastilah akan wujud pendapat pro dan kontra tetapi ini tidak bermaksud bahawa ia boleh menggugat kekuatan Pas.

Orang Melayu atau mana-mana pihak yang bernama Melayu tidak boleh mengharapkan perbalahan yang tercetus akan melemahkan Pas, ini kerana tiada siapapun yang akan untung. Malah jika kekuatan Pas tergugat, maka kedudukan orang Melayu juga akan turut sama terganggu. Ia kerana Pas adalah parti induk kedua terbesar kepada orang Melayu selepas UMNO.

Dalam keadaan UMNO sedang berusaha untuk bangkit semula, kekukuhan Pas tidak boleh diganggu gugat. Mahu tidak mahu orang Melayu perlu bergantung kepada kedua-dua parti tersebut bagi kepentingan survival politik mereka. UMNO tidak akan untung kalau Pas berpecah kerana ia bukanlah bermakna segala undi dalam pilihan raya akan menyebelahi parti itu.

Kita harus faham sikap dan pendirian penyokong-penyokong Pas, mereka tidak akan sewenang-wenangnya melemparkan undi kepada pihak lain tanpa arahan kepimpinan. Ahli-ahli Pas sentiasa istiqomah dalam memberikan sokongan kepada parti. Mungkin kenyataan ini tidak menyenangkan sesetengah pihak tetapi inilah hakikat yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya.

undi rosak

Ahli atau penyokong Pas tidak akan keluar mengundi kalau mereka tidak menyukai seseorang calon hatta kalau calon itu dari Pas sekalipun, kalau pun mereka keluar mengundi, percayalah akan berlaku undi rosak.

Seperkara lagi, perbalahan atau perpecahan dalam Pas tidak akan mendatangkan faedah kepada orang Melayu sebaliknya hanya akan melemahkan lagi suara politik Melayu. Kita harus akui pada masa ini survival politik Melayu bergantung kepada UMNO dan Pas. Tetapi suara UMNO masih dalam proses pemulihan selepas mencapai keputusan tidak memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Bagaimanapun UMNO tetap mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen iaitu dengan menguasai 78 kerusi manakala Pas pula mempunyai 23 kerusi.

Oleh itu, kalaulah Pas berpecah ia sudah pasti akan menggembirakan puak-puak tertentu yang sememangnya ingin melihat kekuatan politik mana-mana parti yang bertunjangkan orang Melayu menjadi lemah. Melalui cara sedemikian, ia akan mampu meneruskan agenda-agenda mereka bagi membuat tuntutan yang bukan-bukan.

Apabila mereka berbuat demikian orang Melayu tidak ada tempat berpaut untuk bersuara kerana UMNO tidak mempunyai kuasa sepenuhnya manakala Pas pula kucar-kacir. Adakah ini yang dimahukan oleh mereka yang mengaku orang Melayu dan beragama Islam?

Dalam apa juga tindakan politik, kita seharusnya tidak memikirkan generasi Melayu pada hari ini tetapi fikirkanlah tentang masa depan anak cucu kita, apabila kuasa politik Melayu menjadi lemah sehingga ia terlepas ke tangan orang lain yang akan menanggung akibatnya di masa akan datang ialah anak cucu kita. Ketika itu, apabila orang Melayu merempat dan hilang kuasa politik, kesengsaraannya akan ditanggung semua anak Melayu tidak kira, mereka itu anak orang Pas atau UMNO.

Justeru berfikirlah dengan matang dalam berhadapan dengan isu perbalahan dan perdebatan mengenai kerajaan perpaduan ini. Orang Melayu tidak kira apa pun fahaman politiknya perlu mendoakan supaya ada titik pertemuan antara pemimpin-pemimpin Pas dan golongan itu dengan pemimpin UMNO serta ahli politik Melayu yang lain.

Sememangnya kalaulah melihat kepada kenyataan Nik Abdul Aziz atau ucapan beberapa perwakilan Pas dalam muktamar parti itu baru-baru ini, seolah-olah tiada harapan langsung untuk parti tersebut duduk berunding dengan UMNO.

Tetapi kita tidak boleh berputus asa, sebagai orang Melayu dan Islam sudah pasti ada titik persamaan di hati kecil kita yang dijadikan oleh Allah sebagai saudara seagama. Justeru adalah lebih baik jika kita mendoakan agar perbalahan pendapat yang tercetus dalam Pas sekarang dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya tanpa memudaratkan parti itu atau kuasa politik Melayu.

Kita harus memahami, kekuatan orang Melayu sudah berada di tahap yang teruk selepas pilihan raya umum lalu, ada pihak dalam kaum-kaum lain sudah tidak hairan lagi dengan kekuatan orang Melayu. Bagi mereka, lebih lama orang Melayu berpecah ia lebih baik untuk kepentingan perjuangan mereka.

Sebab itulah kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah perlu diberikan perhatian.

Kenyataan beliau adalah benar kerana pada masa ini orang Melayu seolah-olah menjadi pihak minoriti, apa sahaja yang hendak diketengahkan bagi kebaikan orang Melayu hatta untuk tujuan berunding semeja pun akan dilihat bersikap perkauman, tetapi apabila ada pihak lain beria-ia memperjuangkan hak kaum mereka tidak pula dilihat perkauman.

Fahamilah, pihak-pihak minoriti semakin berani atau lebih tepat lagi ‘besar kepala’ kerana mereka tahu orang Melayu berpecah belah. Orang Melayu bukan sahaja terbahagi ke dalam Pas dan UMNO sahaja malah ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kelompok bebas.

Kesudahannya, orang Melayu tidak ada kata sepakat, kita berbalah sesama sendiri hatta dalam soal untuk mencari satu formula bagi menyatukan perbezaan antara kita. Akibatnya, kekuatan politik orang Melayu menjadi lemah. Kita tidak boleh senada menentang tuntutan melampau sesetengah pihak daripada kaum-kaum lain.

Satu pihak orang Melayu mengatakan tuntutan tersebut melampau manakala satu lagi pihak juga orang Melayu menganggap ia selaras dengan demokrasi. Kesudahannya, yang untung adalah pihak yang mengemukakan tuntutan dan orang Melayu tidak mendapat apa-apa juga.

Lebih buruk lagi, suara dan kuasa orang Melayu menjadi semakin mengecil, kita tidak lagi menjadi peneraju tetapi pengikut. Apakah ini yang kita mahukan? Apa untungnya UMNO dan Pas berbalah? Apa orang Melayu dapat kalau Pas berpecah? atau kenapa perlu bergembira apabila melihat UMNO semakin lemah?

Perbalahan yang berlaku di kalangan orang Melayu sekarang seolah-olah kita berada di atas satu pentas menuding jari antara satu sama lain, manakala pihak-pihak lain hanya menjadi penonton dan bertepuk tangan.

bekerjasama

Inilah kedudukan yang harus difahami oleh orang Melayu termasuklah kelompok-kelompok tertentu dalam blog-blog yang penulis lihat terlalu taksub menentang usaha menggalakkan UMNO dan Pas berbincang. Puak-puak ini seolah-olah ditutup mata dan hati mereka untuk melihat betapa pentingnya dua parti Melayu itu bekerjasama demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Bekerjasama bukan bergabung, inilah istilah yang disalahtafsirkan apabila tercetusnya idea kerajaan perpaduan. Mereka menentang idea itu kerana menganggap malah menuduh ada pemimpin-pemimpin tertentu dalam Pas termasuklah Nasharudin sudah ‘digula-

gulakan’ oleh UMNO untuk membolehkan Pas bergabung dalam UMNO.

Tidak cukup dengan itu, dalam blog-blog juga mereka menuduh ada agensi kerajaan tertentu telah ditugaskan bagi merealisasikan impian kerajaan perpaduan berkenaan. Tetapi persoalannya, apakah satu dosa kalau ada pemimpin Pas berusaha melaksanakan usaha menyatukan orang Melayu? atau apakah menjadi kesalahan kalau benarlah ada agensi kerajaan terlibat melakukan usaha yang sama demi kepentingan bangsa, agama dan negara?

Kenapakah perlu melihat bahawa kalau Pas dan UMNO duduk semeja maka ia akan menghakiskan kekuatan politik mana-mana parti terutamanya Pas? Kenapa tidak dibiarkan dahulu perundingan berjalan dan kemudian barulah kita memberi pandangan?

Kita harus faham bahawa pembentukan kerajaan perpaduan baru sekadar idea, oleh itu semua pihak berhak memberikan pandangan termasuk Nik Abdul Aziz. Akhirnya apa yang akan berlaku, disebabkan idea ini dicetuskan oleh Pas maka biarlah Pas yang membuat keputusan muktamadnya sama ada hendak diteruskan atau tidak usaha itu.

Tambahan pula UMNO sudah secara terbuka menyatakan mahu membuka lembaran baru dalam hubungan dengan Pas demi kepentingan umat Islam.

Ia sudah ditegaskan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan, sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan.

Kita tidak menolak andaian bahawa berikutan perbalahan pendapat yang ketara dalam Pas, impian kerajaan perpaduan itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan, tambahan pula dengan adanya suara-suara bantahan oleh sesetengah pemimpin pembangkang yang lain.

Namun begitu, ia tidak bermakna sebarang rundingan antara UMNO dan Pas yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam perlu didiamkan juga. Sebaliknya pintu kesediaan untuk bekerjasama dan berunding bagi tujuan berkenaan hendaklah sentiasa dibuka. Janganlah kerana merasakan kejayaan yang diperoleh dalam pilihan raya dan terlalu percaya bahawa arus rakyat semakin menyokong sesebuah parti memungkinkan segala pintu rundingan demi kebaikan umat Islam dipinggirkan.

Perpecahan di kalangan orang Melayu hanya merugikan kita tidak kiralah sama ada perpecahan itu berlaku dalam UMNO atau Pas. Jangan dibuat ukuran berdasarkan keuntungan politik semata-mata.

Kita tidak harus terperangkap dengan sebarang andaian kononnya UMNO bersedia berunding dengan Pas disebabkan UMNO dilihat semakin lemah dan memerlukan sokongan. Bukan UMNO yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan tetapi Pas dan idea itu pula dizahirkan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Oleh itu, semua orang Melayu perlu membuka minda mereka bagi memikirkan soal ini dengan tenang dan bukannya dipengaruhi oleh sebarang sentimen.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jun 20, 2009

Renung-Renungkan

Jun 17, 2009

Ucapan Perdana Menteri Di PMMPK Ke-17

Kurikulum berteraskan elemen kreativiti, inovasi, nilai tambah tinggi dan semangat keusahawanan mampu bentuk kejayaan masa depan

TERLEBIH dulu izinkan saya mengucapkan Selamat Datang ke Malaysia kepada semua delegasi dan peserta Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 (CCEM).

Hari ini, saya berasa amat bertuah kerana berdiri di hadapan perhimpunan 'jurutera' modal insan dari rantau Komanwel dan menyentuh perkara yang amat dekat di hati semua iaitu pendidikan. Peranan pendidikan sebagai alat transformasi dalam membentuk dan menentukan hala tuju sesebuah negara sebenarnya sudah wujud sejak sejarah tamadun manusia.

Tidak boleh disangkal lagi, nasib dan masa depan negara kita semua bergantung kepada betapa cemerlangnya kita menangani tanggungjawab paling penting ini. Perjuangan untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang secara mutlaknya memang terletak di dalam kelas pendidikan kita hari ini.

Kami di Malaysia, melihat pendidikan sebagai satu agenda paling penting dan menjadi pentas utama untuk mengoptimumkan potensi setiap warga kami dan meletakkannya dalam jangkauan untuk mencapai impian Malaysia. Bagi pihak pentadbiran, lebih satu perlima daripada belanjawan tahunan diperuntukkan ke arah pendidikan dan pembangunan bagi industri ini. Sejumlah besar daripada peruntukan RM31 bilion, diperuntukkan untuk Kementerian Pelajaran, manakala RM14.1 bilion lagi diberi kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Ini adalah komitmen tidak berbelah bahagi Kerajaan Malaysia untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira di mana dan pendapatan mereka. Ketika ini, Malaysia sedang dalam proses membentuk satu model ekonomi baru yang akan meningkatkan taraf Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi dalam tempoh sedekad ini � melonjakkan kami daripada situasi hari ini sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi.

Model ekonomi baru ini akan mengubah kedudukan kami daripada asas perindustrian yang bergantung kepada buruh separuh mahir dan murah, kepada industri perkhidmatan moden yang memerlukan pekerja mahir dan berpendapatan tinggi. Model ekonomi baru akan memerlukan input seperti kreativiti, inovasi, nilai tambah tinggi dan semangat keusahawanan. Sebuah Majlis Penasihat Ekonomi sudah ditubuh dan ditugaskan untuk menjadikan impian ini suatu realiti.

Saya menjadikan kejayaan pembentukan dan pelaksanaan model ekonomi baru ini sebagai tema utama pentadbiran saya. Saya sedar ia memerlukan satu perubahan dasar yang besar dan komprehensif dalam semua bidang, tetapi perubahan ini akan menjadi paksi utama kepada masa depan Malaysia.

Kejayaan model ekonomi baru ini amat bergantung kepada strategi pembangunan modal insan yang berkesan. Impian besar ini tidak akan berjaya sekiranya sistem pendidikan kami gagal untuk menghasilkan modal insan yang mampu menghadapi cabaran inovasi ekonomi alaf ke-21 ini. Saya ingin meyakinkan semua pihak bahawa ia akan menjadi dasar utama kerajaan ini untuk membentuk dan melaksana segala strategi serta dasar yang ada, bagi memastikan kejayaan model ekonomi baru ini.

Kami juga sudah memulakan satu kajian semula yang komprehensif ke atas kurikulum kebangsaan kami bagi memastikan elemen kreativiti, inovasi, nilai tambah tinggi dan semangat keusahawanan yang saya sebutkan di atas tadi, boleh digabungkan pada semua peringkat sistem persekolahan kami. Satu lagi aspek penting yang kami sedang kaji ialah keperluan untuk menghasilkan modal insan yang boleh menguasai lebih daripada satu bahasa atau dalam perkataan lain, pelbagai bahasa.

Kemajuan yang berlaku dalam teknologi maklumat, komunikasi dan pengangkutan menjadikan aspek ini begitu penting, berikutan dunia hari ini sudah menjadi satu pasaran yang begitu besar untuk barangan serta perkhidmatan � kita mesti mengambil peluang daripada situasi ini. Dalam hal ini, kami bersedia berkongsi dan belajar daripada pengalaman semua rakan Komanwel yang lain.

Adalah tepat tema 17CCEM Ke-17 ini - 'Pendidikan dalam Komanwel; Ke Arah dan Melangkau Matlamat serta Sasaran Global'. Tema ini memang tepat kerana ia mengingatkan kita terhadap komitmen mengikut Matlamat Pembangunan Alaf Baru (MDG) yang menggariskan matlamat untuk mengurangkan separuh daripada kemiskinan yang berlaku hari ini, memperbaiki pendidikan dan menangani kematian bayi menjelang 2015, serta mencapai matlamat pendidikan untuk semua yang diharap dapat dicapai pada tahun yang sama.

Dengan lebih separuh daripada 115 juta kanak-kanak dunia tanpa pelajaran berada di dalam negara Komanwel, kita wajar menggalas tugas ini dengan lebih gigih bagi memastikan semua matlamat ini dapat direalisasikan. Kita perlu pastikan, setiap janji dibuat dapat dikecapi semua rakyat dan tidak ada seorang pun kanak-kanak ditinggalkan.

Ketika ini, semua cabaran ini sedang diancam oleh krisis ekonomi global. Dalam dunia tanpa sempadan dan saling bergantung, tidak ada negara yang bebas daripada kesan kemelesetan ini. Justeru, tidak ada mesyuarat antarabangsa hari ini yang tidak menyentuh krisis ekonomi global ini. Saya yakin sidang ini juga tidak terkecuali.

Kesan krisis ini ke atas pendidikan memang serius. Krisis ekonomi ini meningkatkan persaingan ke atas dana awam yang ada hari ini. Rancangan untuk inisiatif pendidikan yang dicipta ketika zaman ekonomi baik, kini terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Sebarang pengurangan belanjawan besar dalam pendudukan akan mengakibatkan kekurangan peluang pendidikan dan kualitinya. Pengalaman daripada krisis ekonomi lalu membuktikan kesan kemelesetan ekonomi akan dialami hampir semua kanak-kanak dan generasi muda.

Semua faktor ini jika dibiarkan tanpa kawalan akan mengakibatkan peningkatan dalam kadar kemiskinan pada masa depan, ketidaksamaan pendapatan yang semakin pantas dan kapasiti pembangunan mapan yang rendah, sekali gus mencetus kembali pusingan suasana tidak mampu dan keyakinan yang rendah.

Bagi kebanyakan negara baru membangun, wujud bahaya bahawa krisis ekonomi ini akan mengubah pencapaian mereka di bawah MDG setakat ini. Petanda bahaya ini sudah mula kelihatan. Bagaimanapun, hasrat untuk mencapai MDG dan Pendidikan Untuk Semua tidak patut berhenti setakat statistik dan logistik.

Hari ini, lebih daripada sebelum ini, usaha untuk mencapai pendudukan rendah universal tidak sepatutnya hanya membabitkan tindakan menghantar anak kita ke sekolah atau memastikan mereka mempunyai sekolah untuk dituju. Hasrat untuk melangkaui matlamat dan sasaran global sepatutnya tidak sekadar jumlah yang ditambah, tetapi aspek kualitatif juga perlu dicapai.

Oleh itu, pendidikan mesti menjadi satu hubungan dan pembukaan hati serta minda. Dalam hal ini, pendidikan adalah satu transformasi dan mesti memiliki nilai tambah, bukan hanya pada peringkat tinggi tetapi bermula pada peringkat awal persekolahan.

Sekiranya pendidikan tidak mempunyai kesan langsung, maka tidak ada guna untuk bercakap mengenai kualiti pendidikan pada peringkat tinggi sekiranya kita tidak memastikan kualiti pada peringkat paling asas, iaitu dari prasekolah. Seperti kata pepatah Cina, untuk membina sebuah rumah kita mesti mula daripada asasnya. Di sini saya berbangga kerana isteri saya memulakan sistem pendidikan awal dan membantu memulakan program kanak-kanak prasekolah di seluruh negara yang dikenali sebagai Permata.

Malah, ketika saya menjadi Menteri Pelajaran, saya sudah memasukkan prapersekolahan sebahagian daripada kurikulum dan memandatkan semua tadika supaya mengikuti garis panduan kurikulum disediakan Kementerian Pelajaran. Adalah malang di banyak negara, program penjagaan dan pendidikan kanak-kanak peringkat awal tidak begitu diberi perhatian, walaupun fakta membuktikan kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun memang memiliki kedudukan terbaik dalam aspek kesihatan, pemakanan dan pembangunan kognitif.

Pendidikan dilihat sebagai kemajuan enjin ekonomi dan pergerakan sosial. Usaha yang tidak kunjung padam untuk mendapat persaingan sihat ini membuatkan banyak negara memberi perhatian kepada pendidikan sebagai tonggak untuk mengukuhkan persaingan, bidang pekerjaan dan kekuatan sosial.

Ternyata, ini adalah kesan yang tidak boleh dielakkan hasil daripada ekonomi global yang semakin kompleks dan kemajuan teknologi yang terlalu pantas. Untuk terus bertahan dan bersaing dalam masa yang sukar ini, kita mesti meningkatkan daya kreativiti dan inovatif untuk membolehkan kita menghasilkan perbezaan kritikal.

Hari ini, kita tidak lagi mampu hanya untuk menjadi manusia biasa dalam inovasi ekonomi yang sungguh kompetitif ini, sebaliknya kita mesti bergerak melangkaui perkara biasa dan bekerja keras untuk mencapai kecemerlangan. Dalam senario seperti ini, kerjaya sebagai tenaga pengajar semakin mencabar. Membuka pintu kepada kreativiti dan inovasi, memerlukan guru menggalas peranan baru dan penuh inovasi.

Kebijaksanaan di atas pentas mesti memberi laluan kepada fasilitator yang duduk di tepi. Instruktor mesti menjadi jurulatih. Daripada sekadar menjadi penyampai ilmu pengetahuan, guru mesti menjadi pencipta yang membentuk individu menjadi manusia sejati yang memiliki nilai positif, sebagai tambahan kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam dunia baru ini.

Untuk memastikan ini semua terjadi, sekolah dan guru mesti menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk membangunkan sahsiah anak kita.

Pasca 9/11 menjadikan dunia tidak lagi selamat, manakala keamanan dunia kekal sebagai matlamat universal yang memang diingini semua manusia. Kebimbangan yang dicetuskan hari ini kelihatan seperti tidak kena pada sejarah. Kedudukan berterusan dalam suasana konflik dan huru hara, hanya menguntungkan segelintir yang songsang daripada visi dunia dan yang sanggup memaksa versi mereka ke atas seluruh umat manusia.

Kerana itu, saya gembira untuk memetik ucapan Presiden Barack Obama di Kaherah dan beliau berjaya menyentuh tonggak isu ini:

"Adalah mudah untuk memulakan perang daripada menamatkannya. Adalah mudah untuk menyalahkan orang lain daripada melihat ke dalam diri sendiri. Adalah mudah untuk melihat perbezaan yang berlaku pada diri seseorang daripada mencari persamaan yang ada antara kita. Tetapi kita patut memilih jalan yang betul, bukan sekadar jalan yang mudah..."

Justeru, di Komanwel kita mempunyai peluang untuk menjadi bukan sekadar pemerhati, tetapi peserta aktif dalam membina dunia yang lebih baik. Kita boleh dan wajar menunjukkan jalan untuk mara ke hadapan, kerana Komanwel adalah contoh kejayaan negara-negara aman dan ia boleh dicapai, sekiranya kita sanggup bekerjasama berasaskan saling menghormati dan memberi kebaikan bersama.

Oleh itu, persidangan ini memang tepat masanya kerana kita juga meraikan ulang tahun ke-60 pertubuhan ini, pada Ogos depan. Masa mungkin berlalu dan suasana mungkin berubah dari semasa ke semasa bagi semua 53 negara anggota, sejak kita mula menyertai keluarga kumpulan negara ini.

Dalam tempoh 60 tahun ini, jika tidak semua tetapi kebanyakan negara Komanwel berjaya menghadapi pelbagai ujian masa, disebabkan ia membawa kepelbagaian nilai, kebebasan, harapan, keadilan sosial dan nilai kesaksamaan, yang sememangnya universal dan mewakili keinginan manusia sejagat. Masa tidak ternilai ini juga mengikat dua bilion penduduk yang mewakili 30 peratus kemanusiaan dalam lingkungan harapan dan peluang.

Memang tidak dinafikan lagi, Malaysia turut menerima keuntungan daripada keahlian ini. Bahasa Inggeris, tradisi perundangan awam, sistem Westminster, sistem demokrasi berparlimen, birokrasi yang berkesan dan semangat menimba ilmu, adalah faedah bersama yang kami warisi.

Di samping itu, sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan etnik, kami amat sensitif terhadap keperluan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian. Kami percaya keamanan dan perpaduan boleh dikekalkan melalui penerimaan nilai bersama dan keadilan sosial.

Semua nilai ini sudah lama disemai dalam falsafah yang menjadi panduan sejak 50 tahun menjadi sebuah negara. Disebabkan alasan ini, sebaik saja saya memasuki pejabat sebagai Perdana Menteri, saya memperkenalkan konsep 1Malaysia bagi meneruskan usaha pemimpin sebelum saya untuk mengukuhkan perpaduan nasional.

Perkara paling penting konsep ini memerlukan perubahan paradigma yang besar kepada penerimaan tanpa sebarang syarat berasaskan sikap saling menghormati. Kami perlu menerima dan meraikan perbezaan yang wujud kerana ia menambahkan Malaysia dengan warna kehidupan, kepelbagaian dan kesegaran.

Kita mesti memahami bahawa kepelbagaian adalah kekuatan utama kami dan kami mesti menggunakan kekuatan itu bagi membuahkan keuntungan kepada negara ini.

Sekarang saya ingin menyentuh isu globalisasi, satu subjek yang tidak boleh dielakkan dalam mana-mana perbincangan hari ini. Hakikat mengenai globalisasi mampu untuk mencetus maklum balas yang lantang. Ada antara kita menolak dan enggan menerima fenomena ini. Yang lain cuba memahami dan menerimanya, manakala ada yang lain benar-benar menerima idea globalisasi ini dan mengaitkannya dengan semua kebaikan dan kemajuan dalam sosiobudaya dan ruang pendidikan pada alaf baru ini.

Walau apapun reaksi, kita tidak boleh menafikan kesan globalisasi dalam pembangunan kita, dalam gerak hati dan dalam konteks persidangan ini, kesannya ke atas sistem pendidikan kita. Globalisasi menawarkan kedua-dua � ancaman dan peluang. Kita perlu mengenal pasti dan mengeksploitasi peluang yang ada, tetapi pada masa sama mengawasi ancaman yang wujud, kerana mereka yang tersingkir disebabkan globalisasi adalah golongan yang suara mereka tidak didengar.

Pelbagai elemen dikenal pasti sebagai mercu tanda globalisasi. Saya ingin memberi tumpuan hanya pada satu � ledakan pengetahuan yang luar biasa. Dunia globalisasi adalah kesan daripada ledakan dan penyebaran maklumat dan pengetahuan, kebanyakannya dalam bentuk digital. Penyelidikan dan pembangunan sekarang telah melampaui pelaburan modal dalam pertanian dan perindustrian.

Kerjasama keusahawanan sekarang sudah berubah daripada sebuah tempat untuk pengeluaran barangan kepada tempat mencipta pengetahuan. Peranan pengetahuan dalam semua aktiviti manusia hari ini sungguh kritikal, sehingga konsep pembangunan dan kemajuan didefinisikan semula dalam bentuk kemampuan untuk merangsang, mendapat, mengedar dan menggunakan pengetahuan.

Kehadiran atau ketiadaan kemampuan bagi ciptaan pengetahuan ini, adalah satu-satunya faktor yang membezakan antara negara kaya dan miskin, antara negara dunia yang memiliki individu yang berpotensi untuk menentu atau bertindak secara autonomi, dan mereka yang belum lagi mengetahui kemampuan sebenar mereka.

Paradigma baru ini berpusat kepada penciptaan pengetahuan dan penggunaan dalam mencipta cabaran baru kepada usaha negara-negara membangun untuk menggerakkan sains dan teknologi, bagi memperbaiki kehidupan warga mereka. Kini semakin terbukti, tanpa memiliki sekurang-kurangnya kemampuan sains dan teknologi yang minimum, serta akses pengetahuan dan maklumat, negara sedang membangun tidak boleh diharap untuk memperbaiki taraf hidup mereka.

Kunci utama untuk meleraikan potensi kepada paradigma baru pengetahuan ini ialah pendidikan. Kejayaan sistem pendudukan akan diukur dengan sejauh mana golongan profesional industri ini mampu untuk menstruktur dan memprogram semula sistem kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Modal intelektual yang dirangsang sistem pendidikan akan menentukan kejayaan ekonomi sesebuah negara atau rantau. Jarak perubahan teknologi memerlukan tenaga pelatih yang mantap daripada peringkat awal dan mereka perlu berterusan menerima latihan. Pada masa depan, pekerjaan akan memerlukan kemampanan intelektual yang canggih - kemampuan untuk berfikir secara abstrak dan analisis serta membuat pilihan berasaskan kemahiran ini.

Justeru, adalah jelas bahawa kita perlu meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Kita perlu menimbangkan betapa cara dan teknologi pembelajaran boleh dikembang untuk melahir modal insan yang mempunyai kemampuan dalam bidang linguistik, saintifik dan teknikal, bagi merangsang dan menggunakan pengetahuan secara berkesan dalam usaha untuk bersaing bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang lebih canggih.

Ini adalah keperluan utama untuk ekonomi inovasi. Kerana itu, kualiti pendidikan berkait rapat dengan kekuatan ekonomi. Cabaran bagi sidang ini ialah untuk menawarkan cadangan konkrit dan boleh dilaksana serta program bagi meningkat kualiti tenaga kerja kita.

Saya ingin mencadangkan supaya sidang ini menimbang kemungkinan membentuk satu pasukan kerja pakar yang boleh membantu negara anggota yang mungkin menghadapi cabaran untuk mencapai matlamat MDG dan Pendidikan Untuk Semua.

Saya percaya, adalah penting untuk persidangan ini supaya bukan saja mencari penyelesaian lebih baik dan memberi kesan nyata kepada krisis ekonomi hari ini, seperti pengurangan dana untuk pendudukan, malah juga menimbang cara dan usaha bagi menangani kesan kurang nyata yang saya gariskan tadi.

Kita mesti mengutamakan usaha untuk mengurangkan impak krisis dengan peluang yang ada untuk mencipta pendudukan berkualiti di kalangan wanita, kanak-kanak dan orang muda. Kita perlu strategi dan penyelesaian yang membolehkan kita mendapat semula apa yang hilang dengan menggunakan sumber ekonomi yang berkurangan dengan mantap, berkesan dan cermat.

Dalam analisis akhir, pendidikan mesti terus menjadi tanda aras, ejen dan penjaga kepada perubahan dan transformasi. Semua mesti akui, bahawa itu adalah arahan yang tidak boleh dielakkan.

Sebagai pembuat dasar dan pendidik, kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini, kita tidak mampu untuk mengambil laluan yang kurang sukar atau jalan pintas, kerana apa yang betul walaupun sukar, adalah untuk masa depan negara kita yang amat bergantung kepada keputusan, komitmen dan keazaman kita.

Kesimpulannya, mengatasi segala-galanya dalam perjalanan kita dalam pendidikan - perkara paling utama ialah usaha yang mengatasi jangkauan dan mengoptimumkan potensi.

Dengan ini, saya berbesar hati merasmikan persidangan ini secara rasmi.

Lu Fikirlah Sendiri !!!



Di satu pihak, Nurul Izzah mewakili anak Anwar Ibrahim mengeluh kecewa mengulas kes liwat yang bakal dihadapi bapanya pada 1 Julai ini.

“Bagaimana hebat pun kita sediakan pasukan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka risiko (kalah) tetap berada di situ,” kata Nurul Izzah.


Jika direnung secara mendalam maksud sebenar kata-kata Nurul Izzah ini adalah Anwar Ibrahim BAKAL KALAH dalam perbicaraan kes liwat vs Saiful Bukhari, bekas pembantu peribadi ayahandanya itu.

Kenyataan Nurul Izzah ini bercanggah dengan kenyataan ayahandanya ketika kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

"Ini adalah pertuduhan jahat, saya minta dibicarakan!" kata Anwar.

Kata-kata Anwar ini seolah-olah, bukan Saiful yang minta dibicarakan, tetapi dirinya (Anwar) yang minta dibicarakan. Seolah-olah Saiful berusaha mengelakkan daripada dibicarakan dan Anwar bangkit dengan seorang yang yakin, 'saya minta dibicarakan'.

Tetapi betulkah begitu ?

Sebenarnya, kenyataan Anwar sering bercanggah antara satu sama lain dan seboleh mungkin tidak mahu menjejakkan kaki ke mahkamah, dibicarakan atas tuduhan meliwat!

1. Ketika laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008, Anwar lari berlindung di kedutaan Turki. Kenapa melarikan diri ? Kononnya ada orang yang ingin bunuh dirinya. Siapakah orang itu ?

2. Selepas keluar dari kedutaan asing, Anwar gagal membuktikan pihak yang akan membunuhnya. Sejak itu serangan demi serangan ditujukan kepada kerajaan agar menggugurkan dakwaan meliwat walaupun polis masih menyiasat dan pendakwaan belum dibuat.

3. Ketika dakwaan tuduhan meliwat dibuat di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008, Anwar berkata;

"Kalau suka sama suka, kenapa dakwa saya seorang, kenapa tidak dakwa Saiful yang menjadi rakan liwat"

Itulah kontradiknya, dari terkincit-kincit lari ke kedutaan asing, gesa kerajaan gugurkan kes, hingga 'mengaku' meliwat atas dasar suka sama suka!

Dari satu pihak lain, Sankara Nair, mewakili peguam peribadi Anwar baru-baru menggesa pihak mahkamah memberikan semua dokumen antara lain, kenyataan-kenyataan saksi, sampel-sampel DNA asal, nota-nota perubatan, gambar-gambar, rakaman CCTV berkaitan dan bukti lain.

Kata SN Nair, 'sekiranya semua dokumen gagal diberi kepada pihaknya, maka dia mendesak kes ini digugurkan!

Berdasarkan kenyataan terdesak peguam Anwar ini, tersurat satu perasaan ketakutan, iaitu pihak pendakwa mempunyai bukti kuat terutamanya rakaman CCTV.

Inipun kenyataan yang kontradik. Sebelum ini, Sankara Nair mendakwa pihaknya mempunyai alibi (orang yang boleh mengesahkan Anwar tidak berada di tempat kejadian) pada tarikh berkenaan.

Kata SN Nair, sekurang-kurangnya Anwar mempunyai “kira-kira lima orang alibi”.

Kalau benar Anwar sudah mempunyai alibi, kenapa peguamnya masih takut dengan rakaman CCTV ?

Persoalannya cakap siapa yang betul ? Cakap Saiful atau cakap Anwar ?

Cakap Anwar sebelum ini memang berbelit-belit, sekali tidak mengaku Saiful adalah pembantu peribadinya. Tetapi di tempat lain pula mengaku Saiful adalah pembantu kepada pembantu khasnya, Rahimi.

Sebab itu, bekas orang kuat Anwar soal, kalau Saiful hanya pembantu kepada pembantu khas Anwar, kenapa Anwar bawa Saiful merata-rata, dari Singapura ke Hong Kong, dari Thailand ke Dubai?, soal Ezam Mohd Nor.

Dan ketika diwawancara dalam versi English oleh Malaysiakini, Anwar mengaku pula Saiful sebagai driver!

Ingat term "DRIVER" (Pemandu peribadi) adalah sinonim dengan meliwat, kerana Azizah Abu Bakar dulupun adalah 'driver' kepada isterinya, Dr Wan Azizah.

Dan pada tahun 2000, Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan Abu Bakar.

Jun 16, 2009



Ribuan rakyat Iran terus berhimpun di Teheran bantah kemenangan Ahmadinejad

Calon presiden yang kalah, Mir Hossein Mousavi muncul di khalayak umum buat pertama kali semalam sejak pilihan raya yang memecahbelah rakyat Iran, dan menegaskan beliau bersedia menyertai pilihan raya semula.

Mousavi menyampaikan ucapannya daripada atas sebuah kereta dalam perarakan pembangkang yang dianjurkan bagi membantah kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

"Undi rakyat adalah lebih penting daripada Mousavi atau sesiapa pun," bekas perdana menteri itu berkata.

"Mousavi, kami menyokong anda! Kami akan mati demi mendapatkan semula undi kami! adalah antara laungan yang kedengaran pada perhimpunan itu yang dikawal rapi oleh polis antirusuhan.

Bantahan jalanan penyokong Mousavi Sabtu lalu dan kelmarin menyaksikan polis bertindak meleraikannya dalam insiden yang mencetuskan keganasan yang tidak pernah dilihat sejak revolusi Islam Iran pada 1999.

Perhimpunan proreformis itu diteruskan walaupun pagi semalam Kementerian Dalam Negeri menyatakan kelulusan tidak diberikan kepada penganjurannya.

Mousavi sudah mengemukakan bantahan kepada Majlis Kawal Selia pilihan raya berhubung perjalanan pilihan raya.

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberitahu Mousavi kelmarin beliau menasihati majlis itu menyiasat bantahan itu.

Berucap di depan lautan penyokongnya yang mengibarkan bendera di tengah Teheran kelmarin, Ahmadinejad menafikan dakwaan penipuan dalam undian Jumaat lalu.

"Pilihan raya di Iran adalah paling bersih," katanya. "Pada hari ini, kita perlu menghargai kejayaan besar rakyat Iran menentang barisan bersatu negara angkuh (Barat)."

Keputusan rasmi memberi Ahmadinejad 63 peratus undian mengalahkan Mousavi yang mendapat 34 peratus, manakala dua calon lain tidak banyak mendapat undi.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata wujud keraguan berhubung undian, sementara negara Eropah menyuarakan kebimbangan apa yang digelar Jerman tindakan 'tidak dapat diterima' oleh pasukan keselamatan ke atas penunjuk perasaan.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Peristiwa Hitam Tanah Melayu 16 Jun 1948


(Kesan Keganasan PKM)

RAKYAT tempatan terutama generasi selepas merdeka sudah pasti tidak meletak sebarang keistimewaan kepada tarikh 16 Jun, walaupun mata pelajaran Sejarah Tingkatan 3 ada mencatat tarikh berkenaan dan peristiwa yang tercetus pada hari terbabit 61 tahun lalu.

Tanggal 16 Jun 1948 adalah hari bermulanya komunis Tanah Melayu mengganas tanpa ampun dan Kerajaan British ketika itu, menjalankan gerak gempur secara habis-habisan dengan mengisytiharkan darurat di bumi tercinta ini.

Pada pagi hari malang 61 tahun lalu itu, pengganas komunis menyerbu ke Estet Elpil, di Sungai Siput, Perak, dan tanpa teragak-agak menembak mati pengurusnya, Arthur E Walker, 50.

Pada masa sama, satu kumpulan lain menyerang ladang getah bersebelahan dengan membunuh pembantu pengurus, Ian Deare Christian, yang baru berusia 21 tahun, sebelum menembak mati pengurusnya, John Mun Allison.

Tiga tragedi pada pagi itu bukan saja mengejutkan penghuni ladang getah, bukan saja di Perak bahkan ke seluruh ladang di Tanah Melayu, yang hampir semuanya milik Inggeris dan ia dilihat sebagai kempen keganasan komunis yang memang sengaja disasarkan kepada bangsa British yang berada di tanah air ketika itu.

Mengimbau sejarah awal, ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada 1920-an terutama sekitar 1925. Imigran Cina membawa buku dan risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

Hasil kegiatan mereka, guru dan pelajar sekolah Cina menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada 1926 dan ideologi komunis mula disebarkan, berpaksikan Parti Kuomintang (KMT) yang bekerjasama dengan Parti Komunis China (PKC), di China.

Perpecahan KMT-PKC pada 1927 menyebabkan PKC menghantar lima wakilnya ke Tanah Melayu dan berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada 1927, sebelum mewujudkan Parti Komunis Malaysia (PKM) pada 6 April 1930, yang beribu pejabat di Singapura.

PKM diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia, selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu dan parti itu diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh, yang berpusat di Shanghai.

Pada 6 Mac 1933, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Singapura yang membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Sejak itu, PKM melancarkan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja ketika zaman kemelesetan ekonomi 1930-an.

Antara strategi untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu ialah dengan mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan mogok. Mogok terburuk berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937, di mana 6,000 pekerja merampas lombong terbabit.

Berikutan peristiwa itu, Kerajaan British mengisytiharkan Ordinan Buang Daerah (Banishment Ordinance) pada 1937 yang mengharamkan tindakan mogok. Hasilnya, ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap dan dikenakan hukuman sama ada dipenjara atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM.

Bagaimanapun, apabila Jepun menyerang China pada 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

PKM semakin mendapat ramai pengikut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, kerana ramai menganggap ia sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun.

Sebelum Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.

PKM menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat. MPAJA juga mempunyai hubungan baik dengan Pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British.

Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British dan pemerintahan selama dua minggu itu dikenali sebagai ‘Bintang Tiga’.

PKM meraikan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka merampas senjata tentera dan membalas dendam ke atas orang yang enggan bekerjasama, terutama yang menjadi ‘tali barut’ Jepun.

Akibat tindakan PKM, berlaku pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina terutama di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun. Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka mengambilalih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan.

Anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Bagaimanapun, ramai anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana tidak yakin dengan dasar British terhadap PKM.

PKM menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran dan kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM diterima sebagai parti yang sah.

Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu dan semakin galak dalam misi untuk mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

PKM menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina, dengan menubuhkan pelbagai kesatuan - tidak kurang 300 mogok umum dilancarkan kesatuan sekerja antara 1946-1947.

Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM. Ketika itu, setiausaha agung PKM, Lai Tak menghilangkan diri bersama duit parti dan PKM jatuh ke tangan golongan radikal yang dipimpin Ong Boon Hua atau lebih dikenali rakyat Malaysia sebagai Chin Peng.

Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia. Persidangan Calcutta membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis.

Chin Peng yang ternyata terlalu ghairah untuk mewujudkan sebuah Republik Komunis Malaysia, tidak membuang masa mula mengubah taktiknya dengan memulakan kempen pemberontakan bersenjata.

PKM asalnya berhasrat memulakan revolusi bersenjata pada September 1948, tetapi disebabkan beberapa anggotanya tidak berdisiplin, tragedi 16 Jun 1948 telah berlaku.

Berikutan peristiwa ini, Kerajaan British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948 - PKM diharamkan.

Akibat pengisytiharan darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang tanpa mengira pasukan keselamatan atau orang awam; pejabat kerajaan serta balai polis menjadi sasarannya; sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi dimusnahkan.

Turut menjadi mangsa keganasan PKM ini ialah Pesuruhjaya Tinggi British, Henry Gurney, yang ditembak mati pada 6 Oktober 1951, ketika dia dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Ia menjalankan kutipan derma dan menggalakkan pemuda Cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk menentang Jepun.

Hasilnya, PKM mula mendapat sokongan ramai terutama rakyat Cina di Tanah Melayu dan menjelang 1939, ia memiliki 37,000 ahli berdaftar.

Mengikut strategi ini, Chin Peng berharap dapat menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan amat lemah, sebelum menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya, seterusnya menyerang serta menguasai seluruh Tanah Melayu.

1 Malaysia - Vol 1



Konsep ilham PM pastikan prinsip Perlembagaan, matlamat Rukun Negara ke arah perpaduan terlaksana

SELAIN kerajaan, semua strata masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam merealisasikan transformasi 1Malaysia, dengan merapatkan jurang sedia ada.

Dalam titah Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Baginda pada 6 Jun lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru semua rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan mereka.

Pada istiadat sama, dalam ucapan tahniah bagi pihak kerajaan, penjawat awam dan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendukung konsep itu menegaskan dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan negara, konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

Dalam 1Malaysia sememangnya ada beberapa idea sosiopolitik dalam Perlembagaan yang akan mencorak perjalanan ke arah perpaduan negara yang mempunyai kepelbagaian masyarakat.

Satu daripadanya ialah idea kepelbagaian etnik di Malaysia hari ini berasaskan kepada prinsip kerakyatan yang sama sudah berkembang daripada Kesultanan Melayu dan entiti penduduk Bumiputera lain, menunjukkan bahawa Perlembagaan mengintegrasikan keadaan yang lalu dengan sekarang. Justeru, ada usaha untuk menyeimbangkan hak dan kepentingan bagi pelbagai komuniti.

Oleh itu, ketika Bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal kebangsaan, penggunaan dan kajian dalam bahasa lain masih terus dilindungi dalam Perlembagaan walaupun Islam menjadi agama Persekutuan, kebebasan untuk mengamalkan agama lain terus dipertahankan.

Ketika hak istimewa orang Melayu dan penduduk Bumiputera lain disemadikan dalam Perlembagaan, masih ada jaminan kepentingan hak kaum lain. Keseimbangan ini adalah dimensi penting dalam falsafah dan pendekatan kepada perpaduan kebangsaan.

Ia juga diperkuatkan dengan idea ketiga. Perlembagaan mengiktiraf kepentingan prinsip, proses dan institusi yang menjangkaui kepentingan etnik dalam menyatukan negara.

Kesinambungan 1Malaysia tidak terbatas kepada Perlembagaan Malaysia. Rukun Negara dengan komitmen kepada perpaduan kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum selain menstruktur semula masyarakat.

Begitu juga Wawasan 2020 yang mengungkap 'Negara Malaysia yang bersatu dengan hala tuju yang sama' sebagai cabaran strategik utama daripada sembilan cabaran yang dikemukakan.

1Malaysia adalah siri idea dan visi terkini yang mempromosi perpaduan di kalangan masyarakat yang pelbagai.

Ia penting kerana konsep ini pernah muncul beberapa kali dalam sejarah Malaysia � Rukun Negara dan DEB, 13 tahun selepas Perlembagaan 1957; Wawasan 2020, 21 tahun selepas Rukun Negara serta DEB dan sekarang 1Malaysia, 18 tahun selepas Wawasan 2020.

Satu daripada sebab mengapa kita masih tidak menghampiri objektif dalam membina sebuah bangsa bersatu adalah kerana masih tiada percubaan di kalangan kita untuk mendalami pemahaman serta penghargaan Perlembagaan atau Rukun Negara atau Wawasan 2020.

Oleh sebab itu, hampir 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, kelompok besar bukan Melayu menolak untuk mengakui rumpun Melayu sebagai akar kepada identiti negara, walaupun ia menjadi sebahagian daripada landskap politik dan budaya kita.

Memang tidak dinafikan, perlu ada usaha berterusan untuk menghubungkan prinsip Perlembagaan dan matlamat Rukun Negara, ke arah mencapai perpaduan negara di samping kerajaan dan pelbagai pihak juga harus menekankan perkara ini supaya matlamat nasional dapat dicapai.

Rakyat Malaysia sentiasa berharap konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri itu menjurus ke arah membina serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini ke tahap lebih konkrit serta dapat memperbaiki segala kekurangan yang timbul ke arah mencapai perpaduan.

Pertama, ada jurang besar yang memisahkan komuniti serta budaya Sabah dan Sarawak dan penduduk dari Semenanjung. Menyatupadukan budaya mereka kepada aliran utama adalah sesuatu yang perlu tetapi bukan menjadi satu syarat yang mencukupi untuk perpaduan negara. Masyarakat di Sabah dan Sarawak perlu juga ditempatkan dalam aliran utama politik serta pentadbiran dengan cepat.

Kedua, wujud juga jurang perbezaan etnik membabitkan segmen penting di antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu di mana kita dapat melihat, menjelaskan sendiri identiti bangsa serta hak sesuatu kaum. Satu pendekatan yang kukuh diperlukan bagi merapatkan lagi jurang yang timbul membabitkan pelbagai etnik.

Ketiga, wujudnya juga peningkatan jurang sosial antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim terutama di Semenanjung. Isu yang menyebabkan perkara ini perlu ditangani secara efektif dan berkesan ke arah memahami agama dalam dunia kontemporari.

Keempat, ada satu jurang memuncak dalam masyarakat kita membabitkan pendapatan dan kekayaan di antara mereka yang 'mempunyai banyak' dan mereka yang 'mempunyai sedikit'.

Kelima, ada satu jurang generasi yang muncul bagi membezakan mereka berumur di antara lingkungan 50-an daripada mereka dalam usia 20-an atau 30-an apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan pelbagai komuniti dan kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia. Perbezaan sikap ini akan menghakis ke arah usaha untuk memupuk perpaduan negara.

Kerajaan Pusat perlu memainkan peranan utama untuk mengurangkan perbezaan itu. Semua sektor dan strata masyarakat Malaysia juga perlu bersedia dengan sepenuh hati untuk menempuhi cabaran bagi merealisasikan konsep 1Malaysia menjadi realiti. Adakah kita semua sudah bersedia untuk cabaran ini?

Jun 14, 2009

UCAP TAMA DSAI

Tajuk ucapan saya petang ini, 'Amerika Syarikat dan Dunia Islam' bukan topik pilihan saya. Saya telah dipaksa oleh Richard Holbrooke, seorang diplomat yang hebat dan juga seorang kenalan rapat saya. Ini satu tugas yang menggentarkan . Tetapi saya bersetuju, kerana topik ini merupakan satu subjek yang tidak patut dipandang remeh. Tambahan pula, sejak peristiwa 11 September, diplomasi global hampir ditakrifkan berkaitan hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam.

Peristiwa 11 September adalah satu tragedi yang berlaku dalam tahun ketiga saya berada di penjara. Ia mengambil masa, sebelum saya pulih dari kejutan di penjara dan untuk memahami implikasi sepenuhnya kesan serangan 11 September itu.

Bagaimanapun, ketika dalam penjara, saya telah terkejut setelah membaca pendapat sesetengah intelektual Islam yang berdolak-dalik antara kutukan tindakan pengganas dengan berlagak bermoral tinggi serta menentang AS yang didakwa bermotif hegemoni global dalam reaksi mereka terhadap serangan itu.

Saya memulakan karier saya sebagai seorang aktivis belia Islam. Saya sedar pengalaman pahit dan penderitaan orang Islam hidup sebagai minoriti digantikan di bawah rejim represif (menindas). Tetapi saya percaya bahawa ucapan ini adalah menentang kesopanan yang biasa, untuk berkata, untuk bersyarah di sebuah negara yang dalam kesedihan, tidak kira apa jua alasan. Dalam peristiwa 11 September, tindakan pengganas Islam itu mesti dikutuk dengan tegas. Tidak ada alasan boleh digunakan untuk mengurangkan kutukannya.

Oleh itu, saya mengambil sedikit masa untuk menggesa umat Islam, terutamanya yang pernah membuat sentimen-sentimen anti Amerika secara terang - terangan, untuk meringankan kebimbangan bersama mereka kepada satu keadaan yang realiti.

Amerika Syarikat perlu memikul tanggungjawab untuk ketidakadilan yang dilakukan di Timur Tengah, terutama Palestin serta peranan kaburnya di Afghanistan dan bahagian lain di dunia Islam. Tetapi pada masa yang sama, saya perlu tekankan bahawa jika bukan kerana Amerika, suara-suara untuk kebebasan akan tetap diam seribu bahasa sehingga ke hari ini dalam banyak bahagian dunia termasuk dunia Islam. Ini merupakan satu percanggahan besar yang perlu Amerika selesaikan.

Ya, kita hidup dalam saat pertembungan besar. Beberapa dekad selepas Marshall Mc Luhan [seorang ahli falsafah Kanada yang mengkaji teori media. Teorinya paling terkenal adalah "the medium is the message" and "global village". Dia meninggal dunia pada 31 Disember 1980] yang membina sebuah perkampungan sejagat tunggal, kini telah mara ke arah satu masyarakat dunia bersatu padu, kita menjadi lebih sedar bahawa pemisahan antara kami sendiri dan identiti yang berbeza.

Amerika mempunyai kehebatan mengenai sistem politiknya yang tidak memaksa rakyatnya untuk tidak meletakkan diri mereka kepada satu entiti yang tunggal. Anda (rakyat Amerika) mengambil satu konsep toleransi dan langkah kepelbagaian sepenuhnya.

Belum ada jurang yang boleh memisahkan antara budaya dan negara-negara. Ini membuatkan saya tertarik berhijrah ke Amerika untuk kembali terlibat menghubungkan dunia Islam dan masyarakat dunia sebagai rakan kongsi dalam pergerakan kebebasan dan demokrasi dengan lebih aktif.

Semenjak Woodrow Wilson [Presiden Amerika Syarikat ke 28] mengutarakan prinsip kebebasan kebangsaan, Amerika adalah penyokong utama bagi proses kemerdekaan daripada penjajah untuk negara - negara Islam. Kemudiannya, negara - negara Islam ini menjadi rakan kongsi Amerika dalam memerangi fahaman komunis.

Kesedihan adalah satu masa peralihan, dan untuk berkongsi kesedihan itu adalah satu kebaikan manusia sejagat. Ia permulaan dari sambungan mendalam dan sebuah persahabatan yang berkekalan. Saya belajar perkara ini berdasarkan pengalaman saya. Selama enam tahun di penjara yang sangat menyukarkan. Terdapat detik-detik yang begitu sukar untuk saya lalui dan saya tidak pasti sama ada hari siang ataupun malam.

Walau bagaimanapun, dalam detik-detik derita peribadi itu, saya memperolehi kawan-kawan baru. Antaranya adalah warganegara ini (Amerika) yang menunjukkan kebaikan kepada saya dan keluarga saya . Dan termasuklah pentadbiran sekarang (Presiden Bush) dan sebelumnya itu (Presiden Clinton), yang secara berterusan mengkritik sistem kehakiman di Malaysia yang telah dikenakan ke atas saya dan ketidakadilan yang menyusahkan saya dan teman-teman saya di Malaysia.

Saya percaya sifat lelaki secara semulajadi ingin menjadi manusia bebas. Tetapi menjadi tidak bebas, apabila hidup di bawah perhambaan, atau kolonialisme, atau kediktatoran, dan bentuk-bentuk lain kezaliman politik.

Saya percaya kita mungkin mengambil kira konsep pemerhatian Alfred North Whitehead [ahli matematik dan ahli falsafah] yang secara tegas mengatakan apabila seorang lelaki bergerak daripada kekejaman kepada ketamadunan apabila lelaki itu bergerak daripada pergantungan penggunaan kekerasan kepada penggunaan pujukan.

Lelaki - lelaki yang hebat dan bijaksana di Timur dan Barat pernah menjajah minda lelaki - lelaki lain tetapi mereka tidak melakukan dengan menggunakan aspek ketenteraan. Mereka melakukannya dengan hujah-hujah mereka. Daripada paksaan kepada pujukan, ini merupakan satu kriteria demokrasi. Juga, pemikir Muslim terbesar dalam abad kedua puluh, Muhammad Iqbal [warganegara Pakistan, tokoh rujukan Islam Liberal] menyokong kaedah pujukan lebih baik daripada paksaan. Maka, kenapa tidak masyarakat Muslim memperjuangkan kaedah ini untuk kebebasan di negara mereka ?

Walaupun saya percaya Amerika akan memainkan peranan sukar dalam pendemokrasian negara Islam, satu fakta nyata bahawa proses demokrasi perlu datang dari negara Islam itu sendiri.

Daripada tidur ketika waktu musim sejuk atau perletakan jawatan secara rela, negara-negara Islam perlu mengubah minda mereka untuk bergerak daripada autokrasi (kuku besi) kepada demokrasi(kebebasan).

Dan ini merupakan satu retorik kecil. Cuba lihat di Indonesia. Mereka tidak menunggu petunjuk kepada demokrasi tetapi mereka terus mengubahnya. Mereka tidak mengambil jalan yang pernah ditutup oleh 30 tahun kediktatoran.

Sesungguhnya, saya berani mengatakan yang pengalaman orang Indonesia akan memberi inspirasi untuk membangunkan demokrasi yang mantap dalam azam mereka untuk menggalakkan pembaharuan politik.

Dalam kes Iraq, tentang peperangan, telah menghasilkan negara demokratik melalui sistem pilihan raya.

Dalam kes ini, saya tidak membuat sebarang andaian, tetapi saya tidak malu untuk mengalah demi sebuah suara kebebasan di Iraq yang sekarang telah diterjemahkan. Dan selepas berdekad menjadi mangsa penindasan [di bawah Sadam Hussein] dan dipaksa untuk mendiamkan diri, saya berani mencabar dengan mengatakan bahawa jika diberi peluang kepada masyarakat-masyarakat Islam di seluruh dunia, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan demokrasi.

Tetapi isu demokrasi dalam dunia hari ini, sistem pilihanraya bukanlah perkara utama yang perlu dibahaskan dalam menghurai makna sebenar demokrasi. Banyak negara Islam telah menjalankan sistem pilihan raya sejak berdekad dahulu. Mereka mempunyai perlembagaan yang yang dikatakan memberi jaminan pengasingan kuasa, dan mereka mendakwa kerajaan mereka mempunyai badan kehakiman yang bebas.

Tetapi semua unsur-unsur ini hanya wujud atas nama, dan bukan pada praktik. Untuk menjadikan demokrasi terus berkembang di negara-negara Islam ini, pembaharuan adalah perlu. Akhbar mesti bebas. Ruang politik itu mesti dikembangkan. Mahkamah-mahkamah mesti dibebaskan dari pemerintahan autokrat (kuku besi).

Autokrat akan ditekan oleh rakyat mereka sendiri untuk mencapai demokrasi. Autokrat memberitahu dunia bahawa jika mereka membuat demikian dibimbangi demokrasi itu akan dirampas oleh para radikal.

Tragedi yang menakutkan ini adalah betul dan terus menghantui Amerika, serta melumpuhkan proses pentadbiran dasar luarnya.

Benar, terdapat pelampau-pelampau di negara-negara Islam tetapi mereka ada mana-mana, walaupun sedikit, sama ada di Amerika, di Eropah dan lain-lain bahagian Asia.

Tetapi para radikal dan pelampau-pelampau ini akan berkembang semakin ramai, disebabkan produk sebuah masyarakat tanpa kebebasan dan demokrasi. Para radikal dan pelampau-pelampau ini adalah kanak-kanak disahkan atau sebaliknya, oleh autokrat itu sendiri yang turut disokong oleh Amerika yang demokratik.

Satu perkara yang tidak harus diperkecilkan ataupun diperbesarkan adalah masalah-masalah bagi radikalisme dan ekstremisme di negara-negara Islam. Sekatan terhadap kebebasan dan demokrasi akan hanya membantu mewujudkan lebih ramai pengganas.

Saya benar-benar percaya jika diberi kebebasan dan demokrasi, masyarakat Islam akan lebih memahami bagaimana berurusan dengan para radikal dan pelampau.

Kita perlu melihat sekali lagi apa yang berlaku di Indonesia. Umat Islam di sana berorganisasi melalui pelbagai parti politik termasuk yang jelas dengan agenda radikal menubuhkan sebuah Negara Islam. Tetapi apabila negara itu mengadakan pilihan raya, rakyat mereka sendiri menolak para radikal itu. Mereka ditolak dalam pilihan raya yang membawa mereka untuk menyesuaikan agenda melalui jalan-jalan lain disediakan oleh demokrasi. Sekali lagi, rakyat menolak sepenuhnya termasuk pertubuhan-pertubuhan Islam utama.




Umat Islam hari ini yang mengidami kebebasan dan demokrasi masih lagi hidup di bawah pemerintahan undang-undang autokratik. Mereka menangisi perpaduan dan sokongan dengan ahli-ahli demokrat lain. Harapan ini tidak boleh dikhianati. Negara Amerika pula merupakan suara terkuat untuk menyeru kebebasan hari ini.

Walau bagaimanapun, selepas 11 September, ahli-ahli demokrat Islam risau dengan dasar luar Amerika, walaupun polisinya untuk mengembangkan sayap kebebasan dunia, tetapi mungkin digelincirkan oleh kepentingan-kepentingan diri. Autokrat Islam represif (penindas) yang berkuasa tahu bagaimana untuk mengemudikan proses politik Amerika. Mereka menyusun pakatan sulit dengan kepentingan perniagaan kepada Amerika, dan mereka mempunyai pelaburan besar untuk dibelanjakan kepada pelobi-pelobi.

Ini merupakan satu cabaran besar untuk Amerika. Matlamat perlu lebih berjaya daripada kepentingan diri, minat khas yang diletakkan oleh Amerika harus diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya ideal bagi negara ini. Tetapi kejayaan Amerika dalam menyebarkan sayap-sayap kebebasan ke negara-negara lain tidak dapat diukur dengan tepat.

Ia juga akan diukur dengan nasib kehidupan umat Islam dalam negara ini. Jutaan umat Islam datang ke Amerika bukan sahaja untuk mencari peluang-peluang ekonomi, tetapi mereka juga datang ke sini untuk melarikan diri daripada penindasan politik di negara asal mereka. Tetapi ekoran daripada 11 September, nasib mereka menjadi lebih buruk.

Apabila Alexis de Tocqueville [tokoh pencerahan/liberalisme Peranchis yang menghasilkan karya 'Democracy in America'(1940) dan 'The Old Regime and the Revolution' (1856)] datang ke Amerika dan menulis buku mengenai wawasan dalaman 'demokrasi Amerika' apa yang paling teruk dialaminya adalah prinsip persamaan.

Malangnya hari ini, rakyat Amerika percaya umat Islam itu harus dilayan sebagai warganegara kelas kedua. Seluruh dunia Islam melihat Amerika. Mereka memerhati Amerika. Adakah Amerika kekal setia secara idealnya, atau terus bersikap dalam percanggahan.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jun 13, 2009

Pengkhianatan Atau Persahbatan

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno pada Disember tahun lepas, hari ini disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengumumkan perkara itu pada sidang media sempena Kongres Nasional Khas PKR 2009 di sini hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keanggotaan Zaid ke dalam parti itu berkuat kuasa hari ini dan parti menerima kemasukan beliau sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan parti.

“Saya menganggap ini satu perkembangan yang amat positif dalam PKR. Tetapi saya perlu tekankan bahawa Zaid mempunyai pendedahan yang cukup baik bersama dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS, dan ini kita dapat manfaatkan supaya beliau dapat membantu memperkemas dan mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan,” katanya.

Anwar berkata sehubungan itu pada mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang akan datang yang dijangka membincangkan bagaimana untuk memperkukuhkan jentera sekretariat Majlis Pakatan pembangkang itu, beliau akan mencadangkan supaya Zaid dilantik bagi membantu sekretariat tersebut. Ditanya kedudukan Zaid dalam PKR, Anwar berkata disebabkan oleh kewibawaan dan pengalamannya, Zaid akan dilantik menganggotai Biro Politik parti serta ahli majlis kepimpinan pusat selepas parti mengadakan mesyuarat dan seterusnya mendapat persetujuan presiden.

Sementara itu Zaid yang turut hadir sidang media berkenaan berkata beliau menyertai PKR kerana percaya dan yakin dengan perjuangan parti itu. “Saya berterima kasih dengan pucuk pimpinan parti yang bersedia menerima saya sebagai ahli. Saya percaya jika diberi peluang saya akan berusaha untuk membantu Anwar dan pemimpin yang lain dan saya juga berminat untuk membantu mengukuhkan lagi hubungan dalam pakatan.

“Tetapi ini perlulah difikir dengan lebih lanjut oleh pemimpin PAS dan DAP, tetapi saya bersedia bantu supaya Pakatan Rakyat boleh menjadi parti alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan,” katanya.

Zaid berkata beliau sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR dan selepas lama berehat dan hari ini adalah hari yang paling sesuai kerana ia juga hari yang dianggap bersejarah dalam PKR.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai PKR dan bukannya PAS atau DAP, Zaid berkata PKR adalah parti yang sesuai dengan beliau dan beliau tertarik dengan konsep multi-racial yang diperjuangkan parti itu.



Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PBB Nak Sekat Korea Selatan?

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mengenakan sekatan baru terhadap Korea Utara, dengan meningkatkan sekatan senjata dan membenarkan pemeriksaan kapal di laut, sebagai usaha menghalang isu nuklear negara itu dan program peluru berpandu balistik.

Sokongan sebulat suara bagi resolusi itu memberi gambaran rasa tidak setuju antarabangsa terhadap tindakan terbaru Korea Utara, menentang majlis itu dengan melaksanakan ujian nuklear kedua pada 25 Mei lalu.

Malah, ia turut meningkatkan ketegangan global susulan pelancaran peluru berpandu yang meningkatkan bayang-bayang negeri negara nuklear yang jahat.

Resolusi itu bertujuan tidak membenarkan Korea Utara membiayai dan menyediakan bahan bagi program senjatanya dan melarang eksport senjata api negara komunis berkenaan, khususnya peluru berpandu.

Ia tidak melarang aktiviti dagangan biasa, tetapi meminta institusi kewangan antarabangsa menghentikan geran, bantuan atau pembiayaan kepada Korea Utara kecuali bagi tujuan kemanusiaan, pembangunan dan program pemansuhan nuklearnya.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PAS Malukan PAKATAN RAKYAT?

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata pemimpin veteran DAP itu, ini perlu berikutan cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.

''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.

''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang," katanya dalam kenyataan.

Abdul Hadi yang mempertahankan jawatannya pada Muktamar Agung Pas tanpa bertanding minggu lalu berhadapan kecaman hebat daripada pemimpin pakatan pembangkang berikutan idea kerajaan perpaduan.

Malah pemimpin Pas turut tidak terkecuali daripada mengkritik cadangan tersebut dengan Nik Aziz sendiri telah melabel mana-mana pemimpin di dalam Pas yang mempertahankan idea tersebut sebagai 'boneka UMNO'.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

PAS Malukan PAKATAN RAKYAT?

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.

Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata pemimpin veteran DAP itu, ini perlu berikutan cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.

''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.

''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang," katanya dalam kenyataan.

Abdul Hadi yang mempertahankan jawatannya pada Muktamar Agung Pas tanpa bertanding minggu lalu berhadapan kecaman hebat daripada pemimpin pakatan pembangkang berikutan idea kerajaan perpaduan.

Malah pemimpin Pas turut tidak terkecuali daripada mengkritik cadangan tersebut dengan Nik Aziz sendiri telah melabel mana-mana pemimpin di dalam Pas yang mempertahankan idea tersebut sebagai 'boneka UMNO'.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jun 12, 2009

Ilmu Buat Anda Jadi KHALIFAH?

ISLAM menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredaan Allah.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain. Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud: “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Selain itu, ilmu pengetahuan juga alat bagi mencapai tahap keimanan sempurna dan pengukur ketakwaan seseorang kepada penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi.

Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketakwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit.

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah bermaksud: “Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar, ayat 9)

Daripada Ka’ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah akan menjadi benteng mencegah seseorang daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan duniawi.

Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti kejuruteraan, kedoktoran, pertanian dan sebagainya dapat membantu kesejahteraan hidup manusia di dunia. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan Islam memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” (Hadis riwayat Ibn 'Adiyy, Al-Bayhaqi dan Al-Tabarani)

Kedudukan serta martabat orang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tinggi. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud: “Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu pengetahuan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh. Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan ibadah secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

Di Malaysia, sumber ilmu melalui penghasilan buku sangat sedikit. Hasil kajian profil membaca Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 1996 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan perangkaan PNM itu, hanya 1,273 atau 32 peratus saja buku ilmiah dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

Rasulullah SAW mengajarkan sahabat untuk selalu berlindung daripada sifat malas. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, ilmu yang ada pada kita amat sedikit. Alangkah sayangnya jika ilmu yang sedikit dikurniakan Allah gagal untuk dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah. Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (Surah Al-Kahfi, ayat 109)

Justeru, kajian yang dibuat adalah bertujuan untuk mencari ilmu, bukan untuk bersaing dengan ilmuwan yang ada, bukan berbahas demi memperoleh kemenangan dan bukan untuk menjadi masyhur. Ia ditulis hanyalah untuk mencari keredaan Allah semata-mata.

Satu peringatan keras daripada Rasulullah SAW, dilaporkan daripada Abu Hurairah, sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari reda Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Niat menuntut ilmu juga penting kerana jika tujuan mendalami sesuatu bidang tidak bagi mencapai keredaan Allah, maka rugi di dunia apatah lagi di akhirat.

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata: “Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barang siapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya, maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.”

Seharusnya ketika ini kita sudah bersedia untuk memecahkan gumpalan pemikiran lama yang menjadikan tesis dan bahan kajian sekadar menjadi simbol kebanggaan yang langsung tidak dimanfaatkan.

Alangkah baiknya jika semua analisis dan kajian dibuat dapat diterjemahkan untuk tujuan pelaksanaan demi kepentingan dan pembangunan ummah. Tidak bolehkah kajian itu diwakafkan demi kepentingan tamadun ummah.

Memecahkan gumpalan pemikiran yang sudah berabad itu memang tidak mudah. Tetapi itulah agenda besar yang harus dilaksanakan jika ingin mengembalikan dinamik Islam ke arah berdaya saing.

Sudah lama kita dilihat lemah dan tidak berkeupayaan untuk membuktikan Islam adalah pelopor serta menjadi paksi kemajuan dunia. Ingatlah, buku adalah gudangnya ilmu dan membaca itu adalah kuncinya.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW ada memberitahu kepada Abu Dzar: “Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu dari solat seratus rakaat. Dan, pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan, dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari solat seribu rakaat.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah).


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang