Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Sep 24, 2009

Musang Berbulu Ayam

Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”. Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!

Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”.

Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”! Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup.

Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar. Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah,“Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Tun berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!

Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir! Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO.

Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun, bertambah kuat pertalian politik Tun-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden. Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO. Perkara ini “unprecedented” dan Tun sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini.

Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Tun masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden. Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu.

Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Tun dalam mempersoalkan sikap Tun terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad! Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya!

Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Tun menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun.

Apabila sesekali Tun terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Tun tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula.

Kemudian dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…” Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?

Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Megat Junid turut menyakinkan Tun, Anwar akan menang! Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur!

Anwar menang, Pak Ghaffar kalah!

UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara.

Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Tun-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tuah Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya.

Perwakilan membaca maksud Tun pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa! Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu?

Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya! Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko.

Tun bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar . Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya.

Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.

Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. tun menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

Inilah ringkasan sejarah Anwar yang perlu diketahui oleh generasi muda agar kita tidak terus terperangkap dalam mainan politik kotot Anwar.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

APA KATA PEMIMPIN PKR?

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Sep 14, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Artikel ni telah dikirimkan oleh seorang sahabat jauh. Agak menarik bila membacanya. Sama-samalah kita renungkan...

*Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi
kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.*

*Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya
yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan
berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang
mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama
dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.*

*Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
(ini ajaran Rasul kita, pemakanan Rasulullah saw)

* Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. *Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna ***_*keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).*_ **Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
(Dalam Islam pun merokok adalah taboo)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
(muzik; alQuran dapat menerangkan hati, al Quran itu cahaya)

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan
menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.*
(perniagaan, sukan memanah ajaran Islam)

*Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½
perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!
(Jangan sesekali tinggalkan solat, itu kunci/senjata utama kejayaan dan kesihatan orang Islam)

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak danketurunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan
metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka
demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.*

*Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan
anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat
nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa
mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar
anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Bujang Senang
Pakar Motivasi Malaya

Sep 6, 2009

Siapa Lebih Dominan Dalam Pakatan Pembangkang?

SEBENARNYA mana-mana pihak tidak perlu mencemburui seandainya pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti atas satu simbol iaitu Pakatan Rakyat (PR).

Ia bererti pakatan itu akan didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah parti komponen seperti Barisan Nasional (BN). Kita tidak kisah kerana itu hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.

Tetapi persoalan siapakah yang akan dominan? PKR, DAP atau Pas? Berdasarkan kepada senario sejak pilihan raya tahun lalu, PKR dan DAP menguasai pakatan berkenaan manakala Pas hanyalah menjadi pak turut.

Oleh itu, jika pakatan tersebut ditubuhkan secara rasmi, Pas tidak akan menjadi seperti mana UMNO dalam BN yang terus menjadi tonggak utama, sebaliknya Pas hanya akan menjadi pengikut. Pas sudah pasti tidak akan diberikan kerusi yang melebihi PKR apatah lagi DAP. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan bagaimana Pas tidak berupaya melakukan apa-apa.

Justeru tidak mungkin, Pas akan menjadi tonggak kepada pakatan pembangkang. Sebaliknya Pas hanya akan terus dianggap sebagai pelengkap supaya di dalam pilihan raya tidak ada mana-mana parti-parti pembangkang yang bertanding berasingan menentang BN.

Persoalannya, kalau itulah kedudukan dan layanan yang bakal diterima oleh Pas, apakah yang akan berlaku kepada perjuangan Islamnya dan mampukah Pas memastikan kedudukan Islam serta orang Melayu tidak terjejas? Sama ada hendak diakui atau tidak, mana-mana pemimpin Pas tidak perlu hipokrit untuk menyatakan bahawa Pas akan memberikan kefahaman secara perlahan-lahan kepada rakan-rakannya dalam pakatan untuk memahami Islam.

Percayalah, kenyataan seumpama itu boleh dianggap kenyataan

untuk ‘menyedapkan hati’ sahaja bagi mengelakkan penyokong parti tersebut tidak beralih sokongan

mereka.

Sebenarnya Pas memahami kalau pakatan pembangkang didaftar secara rasmi dan bertanding atas satu panji-panji, ia bererti Pas harus melupakan sebarang hasrat untuk melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini. Ia kerana apa juga keputusan yang bakal dibuat berhubung corak pemerintahan atau kepimpinan pakatan berkenaan harus berasaskan kepada suara ramai - ertinya Pas tiada kuasa mutlak untuk menentukan apa yang mereka mahukan.

Berdasarkan hakikat itu, Pas tidaklah perlu bersandiwara lagi. Mereka harus mengakui perjuangan mereka kini hanyalah semata-mata untuk berkongsi kuasa politik bersama-sama dengan PKR dan DAP. Pas tiada tujuan dan matlamat politik lain, kalau pun ada mereka tidak akan berupaya berbuat apa-apa kerana mereka bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang. Pas hanya akan mengikut telunjuk DAP dan akan patuh kepada arahan PKR.

Bagi Pas, soal meneruskan apa yang mereka hendak perjuangkan sudah tidak menjadi persoalannya. Bagi terlalu dahaga untuk berada di puncak kekuasaan termasuklah menguasai negara. Mereka melihat berdasarkan kepada keputusan pilihan raya umum lalu, peluang mereka berkuasa bersama-sama PKR dan DAP semakin cerah. Oleh itu Pas cuba menjadi rakan pakatan yang baik.

Kejayaan demi kejayaan dalam pilihan raya kecil yang berlangsung semakin menyakinkan Pas bahawa pakatan pembangkang semakin diterima oleh rakyat. Tetapi Pas terlupa bahawa gelagat mereka yang dilihat sanggup mengorbankan segalanya untuk berkuasa sedang diperhatikan oleh rakyat terutamanya orang Melayu. Bagaimanapun kita tidak boleh menghalang hasrat Pas untuk bersama pakatan, apa yang kita harapkan ialah Pas tidak hanya menjadi pak turut. Kita mahu Pas dominan dan menjadi parti penentu kepada pakatan pembangkang. Melalui kedudukan itu, barulah kita yakin bahawa kita tidak perlu khuatir apa-apa lagi terhadap masa depan orang Melayu dan Islam, tetapi persoalannya mampukah Pas melaksanakan misi berkenaan? Sukar untuk dipastikan, ketika ini harapan orang Melayu tetapi bergantung kepada UMNO bagi memastikan survival dan kuasa politik mereka di tanah air sendiri tidak berakhir dalam pilihan raya umum akan datang.

Ragam jadi halangan

DAP memperjuangkan sebuah negara demokratik dan sekular. Pas memperjuangkan sebuah negara Islam. Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan sebuah negara demokratik. Tentu ia tidak dapat menyatakan sama ada untuk mendokong negara sekular atau negara Islam.

Menjelang pilihan raya umum tahun 2008, Barisan Alternatif (BA) terdiri daripada PKR dan Pas. DAP enggan menyertainya kerana menolak fahaman Pas. Ia hanya mahu bekerjasama dengan PKR.

Tetapi hakikatnya kerjasama berlaku antara DAP dan Pas. Penyokong mereka mengundi di antara satu sama lain. begitu juga aktivis mereka membantu di antara satu sama lain.

Melihat perkara ini dari awal pun sudah kelihatan kerapuhan parti-parti pembangkang. Masalah pasti timbul apabila mereka menang di negeri-negeri tertentu untuk menubuhkan kerajaan.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang adalah mudah. Ini kerana satu parti yang mendominasi. Kelantan dan Kedah dimenangi oleh Pas sementara Pulau Pinang oleh DAP.

Namun begitu, hakikatnya kemenangan Pas di Kedah adalah kerana sokongan pengundi DAP dan PKR. Tetapi Pas hanya ada kerjasama dengan PKR. maka tertubuhlah kerajaan campuran Pas dan PKR, atau BA. Dengan semangat ini juga Kelantan dianggap kerajaan campuran Pas dan PKR.

Begitu juga dengan Pulau Pinang. DAP tidak boleh menolak sumbangan penyokong Pas dan PKR. Tetapi ia tidak ada kerjasama dengan Pas. Maka kerajaan yang ditubuhkan ialah kerajaan campuran DAP-PKR.

Tetapi di Perak dan Selangor, ketiga-tiga parti itu kena berkerjasama untuk menubuhkan kerajaan negeri. Justeru, walaupun DAP dan Pas bertentangan dari segi fahaman, mereka terpaksa menerima satu asas bersama untuk berfungsi. Demokrasi dan urus tadbir baik menjadi asas, tetapi sekali gus menafikan perjuangan mereka iaitu sekularisme bagi DAP dan negara Islam bagi Pas.

Penyelarasan ini dibuat dengan pengisytiharan penubuhan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada ketiga-tiga parti. Ini bermakna kelima-lima negeri itu bukan lagi diterajui kerajaan Pas atau DAP tetapi Pakatan Rakyat. Maka bermulalah masalah fahaman.

Tetapi hakikatnya fahaman hanyalah satu lapis bagi berlakunya kerapuhan ini. Lapis kedua yang lebih penting menjadikan pakatan ini rapuh ialah soal perkauman dan agama. Walaupun ketiga-tiga parti ini menolak perkauman dan perbezaan keagamaan, tetapi mereka tidak dapat melepaskan diri daripada soal kedua-dua ini. Ia bukan saja mereka sendiri mempunyai sentimen kaum dan agama, tetapi mereka mesti menuruti rentak pengundi yang rata-rata masih mempunyai semangat kaum dan agama, satu realiti dalam masyarakat Malaysia.

Itulah yang terjadi sejak Mac 2008.

Dalam mesyuarat-mesyuarat Exco Selangor, Perak semasa di bawah mereka, Pulau Pinang dan Kedah, banyak isu timbul yang berkaitan dengan hubungan kaum dan agama. Di satu pihak ialah DAP dan PKR bukan Melayu, berdepan dengan Pas dan PKR Melayu.

Tetapi di kalangan ahli-ahli politik ketiga-tiga parti itu juga beragam. Ada yang kelihatan ekstrem, sementara ada pula yang begitu toleran. Dalam DAP juga pelbagai perwatakan yang berbeza di antara satu sama lain walaupun sama parti. Begitu juga dengan Pas. Ada Erdogan, ada UG (unity government - kerajaan perpaduan).

Dalam PKR lagi pelbagai ragam. Paling rapuh ialah PKR yang sepatutnya menjadi tonggak Pakatan Rakyat. Gara-gara dua ahli politik PKR merintis kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Kejatuhan kerajaan negeri itu menjadi kenyataan dengan tindakan ahli politik DAP.

Dalam hal ini, ia bukan soal fahaman atau perkauman. Tetapi akhirnya pertimbangan ialah kepentingan diri dan kelemahan kepimpinan parti-parti itu, baik PKR dan DAP.

Kelemahan ini juga jelas berlaku di Pulau Pinang apabila pilihan raya kecil Penanti terpaksa diadakan.

Selepas kejatuhan kerajaan negeri Perak, kini gelora sedang berlaku di Selangor. Pelbagai isu timbul yang kebanyakannya berkaitan perkauman dan keagamaan.

Tiada tawaran lebih baik

APAKAH yang pakatan pembangkang boleh tawarkan sekiranya mereka diberi mandat mentadbir negara yang tidak boleh diberikan oleh kerajaan hari ini? Soalan ini sebenarnya sangat mudah kerana sebagai rakyat mereka memerlukan sesuatu yang terbaik dari semua aspek kehidupan. Untuk memberi mandat kepada pakatan pembangkang, sudah tentulah yang ditawarkan jauh lebih baik daripada yang dinikmati sekarang ini.

Nah, apa yang pembangkang boleh berikan kepada rakyat yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan? Manifesto pembangkang hanya memberikan solekan untuk menarik perhatian rakyat.

Kalau tidak ada tawaran yang lebih hebat daripada kerajaan, untuk apa kita menggadai masa depan seperti kata pepatah, yang dikendung keciciran yang dikejar tidak dapat. Ini kerana tidak ada perkara baru yang ditawarkan oleh pembangkang selain retorik tentang kebebasan bersuara, mewujudkan negara Islam sejati, memperjuangkan keadilan untuk semua dan membanteras rasuah.

Sekiranya ini yang ditawarkan, lebih baik kita memilih kerajaan yang ada sekarang kerana perkara-

perkara yang mahu diperjuangkan sudah dilaksanakan oleh kerajaan. Semua ini membuktikan pembangkang tidak menawarkan apa-apa sekiranya mereka diberi mandat mentadbir negara. Sebaliknya mereka mengecil atau menghakiskan yang telah ada atas alasan berkompromi dengan parti komponen dalam pembangkang.

Apakah sekarang tidak ada kebebasan bersuara maka ini menjadi alasan untuk pembangkang melakukan sekiranya diberi kuasa? Apakah bukan kebebasan bersuara dengan wujudnya beribu blog yang menghentam kerajaan dan pembangkang juga mempunyai buletin untuk memaparkan idealisme parti mereka? Berapa banyak pula pemimpin pembangkang yang ditangkap kerana mencerca pemimpin kerajaan?

Pembangkang yang memperjuangkan kebebasan media sebenarnya yang banyak mengambil tindakan undang- undang kepada media arus perdana. Di mana kebebasan yang diperjuangkan? Ini ternyata bahawa pembangkang tidak melaksanakan banyak perkara yang dijanjikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan sekarang.

Mengenai gagasan negara Islam, pembangkang mendepani masalah kerana dalam pakatan pembangkang sendiri ada parti yang membantah gagasan tersebut. Jadi, apakah Pas misalnya mampu memberikan definisi “negara Islam” yang lebih Islamik daripada yang dilakukan oleh kerajaan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat?

Kelantan dan Kedah secara total dikuasai oleh Pas tetapi Pulau Pinang oleh DAP. Ternyata Pas tidak mempunyai suara yang besar untuk menjadikan kerajaan negeri Pulau Pinang lebih Islamik daripada semasa dalam Barisan Nasional dulu. Insiden penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Selangor juga memperlihatkan gagasan Islam cara Pas semasa pilihan raya tidak boleh dilaksanakan. Ini kerana Pas hanya menumpang PKR dan DAP di Selangor.

Maka, kita sendiri boleh melihat pakatan pembangkang tidak boleh menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding Barisan Nasional. Malah gagasan keadilan yang dibawa oleh pembangkang bukanlah suatu yang baru kerana kerajaan Barisan Nasional juga secara konsisten memperjuangkan keadilan kepada semua pihak. Kalau pakatan pembangkang mendakwa sebagai wira pejuang keadilan, tolong beritahu idealisme parti politik manakah yang tidak memperjuangkan keadilan? Bezanya Barisan Nasional sudah melaksanakan dan terus diberi penambahbaikan dalam perkara ini.

Pakatan pembangkang menjadikan isu rasuah sebagai modal politik. Maka agenda membanteras rasuah menjadi “keutamaan” kepada pakatan pembangkang sekiranya menjadi pentadbir negara ini. Kalau begitu apakah kerajaan sekarang tidak membanteras rasuah sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinaiktaraf daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini?

Kesimpulannya pakatan pembangkang tidak ada tawaran yang lebih baik daripada kerajaan untuk menyakinkan mereka boleh menjadi kerajaan yang lebih baik. Semua yang ditawarkan kepada rakyat sudah diberikan oleh kerajaan.

Sep 4, 2009

Ekonomi Nampak Unsur Pemulihan

PRESTASI eksport negara pada suku keempat tahun ini diunjur mampu mencatat pertumbuhan positif berbanding suku ketiga, sejajar peningkatan tempahan dalam dua sektor utama iaitu elektrik dan elektronik (E&E) serta barangan berkaitan kimia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ada banyak petunjuk positif dalam sektor pembuatan tempatan ketika ini dengan beberapa kilang khususnya di Pulau Pinang dan Johor, banyak menerima pertambahan tempahan dari luar negara.

Bagaimanapun, katanya, petunjuk positif itu (peningkatan dalam tempahan) masih belum lagi boleh dianggap wujudnya tanda pemulihan besar-besaran.

“Namun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjangkakan dengan adanya pertambahan tempahan, prestasi eksport negara pada suku keempat tahun ini akan lebih baik berbanding suku ketiga, malahan dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada suku keempat 2008.

“Ini sekali gus mengukuhkan jangkaan ekonomi negara mampu mencatat pertumbuhan positif tahun ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program ‘1001 Raya Delights’ di Sunway Pyramid di Petaling Jaya, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Datuk Razman M Hashim; Ketua Pegawai Operasi Sunway Pyramid Sdn Bhd, Kevin Tan Gar Peng dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pelaburan Hartanah, Cheah Wing Choong.

Pada suku pertama tahun ini, sektor perkilangan susut 17.6 peratus susulan penguncupan 23.1 peratus dalam industri berorientasikan eksport khususnya produk E&E manakala pada suku kedua, kemerosotan dalam sektor perkilangan menyederhana pada 14.5 peratus.

Mukhriz menjelaskan, Miti banyak menerima laporan daripada syarikat asing yang beroperasi di Malaysia mengenai peningkatan pengeluaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 2008.

Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM9.12 bilion pada Jun tahun ini, yang menjadikannya bulan ke-140 berturut-turut mencatatkan lebihan perdagangan bulanan sejak 1997.

Eksport negara meningkat 5.1 peratus kepada RM45.01 bilion pada Jun 2009 berbanding Mei yang mencatatkan RM42.92 bilion

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jangan Peduli Mereka - Dr Mahathir

Rakyat dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu ambil peduli tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di Perak semalam kerana ia hanya taktik mereka untuk meraih sokongan politik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, tindakan mereka mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukannya sah daripada segi undang-undang.

“Dia nak buat, biar pi dia buat. Buat apa nak ambil peduli. Bukan ada taraf rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah dan meninjau Kompleks Pekan Rabu di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan ADUN pakatan pembangkang di Perak yang mengadakan perhimpunan haram di sebuah hotel di Ipoh semalam selepas gagal memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak setelah dihalang polis.

Dr. Mahathir berkata, ADUN pakatan pembangkang bertindak demikian untuk meraih undi daripada rakyat dengan cuba menggambarkan BN sebagai sebuah parti yang teruk.

“Dia nak cari undi, nak menunjukkan betapa teruk BN. Kalau kita halang dia, nampak lagi buruk,” katanya.

Ditanya tindakan Speaker DUN Kedah mahu mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kedudukan ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif di mahkamah, beliau berkata, Datuk Dr. Abdul Isa berhak berbuat demikian jika terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan perkara itu dibawa ke badan kehakiman.

Kata beliau, sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang sendiri, hasrat Abdul Isa untuk mencabar keputusan SPR di mahkamah tidak boleh ditahan.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Sep 3, 2009

Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan

DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.

Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan.

“Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.

Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.

Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.

“Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.

“Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya. Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.

Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.

Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.

“Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan.

Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.

Sehubungan itu, katanya, Chin Peng tidak patut diberi peluang kembali ke negara ini biarpun perancang utama dan tulang belakang PKM itu sudah lanjut usianya.

“Bagaimana kita boleh memaaf dan melupakan kekejaman Chin Peng ketika itu. Dia bukan saja pencetus huru-hara bahkan menyebabkan ramai pejuang negara kehilangan anggota. Betapa menyedihkan keadaan tanah air ketika itu hingga tanah berbau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan dan mereput sendiri. Jelas kelihatan hutang darah dibayar darah, jika masih ada usaha membawa pulang pengkhianat itu, kami anggota keselamatan tidak akan berdiam diri,” katanya penuh semangat.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya.

“Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.

Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan cina.

“Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina. Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya.

PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi

DAP, PAS, PKR Kecoh Di Perak

Selepas mengadakan 'sidang Dewan Undangan Negeri' (DUN) di bawah pokok pada Mac lalu, Pakatan Rakyat (PR) Perak semalam meneruskan pula mesyuarat sama di sebuah hotel di sini.

Persidangan itu diadakan di Ballroom, Hotel Heritage, Jalan Raja DiHilir Perak, kira-kira jam 11.30 pagi selepas 27 Adun pembangkang dilarang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin menolak permohonan bekas Speaker Perak, S Sivakumar, supaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim tidak menghalang Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bangunan berkenaan.

Pada 3 Mac lalu, Adun Pakatan Rakyat juga cuba memasuki bangunan itu tetapi tidak berjaya menyebabkan mereka mengadakan sidang DUN di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Bagaimanapun, kali ini Pakatan Rakyat lebih bersedia dengan menempah hotel bagi mengadakan sidang DUN itu.

Malah, mesyuarat di hotel itu dipercayai sudah diatur lebih awal kerana ballroom berkenaan menyediakan susunan tempat duduk Adun DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Barisan Nasional (BN) yang lengkap dengan tanda nama kawasan DUN masing-masing, kecuali untuk tujuh Adun BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang digantung dan tiga Adun Bebas yang didakwa sudah meletak jawatan.

Sivakumar yang mempengerusikan sidang itu duduk di pentas utama, tempat paling tinggi seperti susun letak dalam Sidang DUN sebenar, manakala Adun pakatan pembangkang duduk di sebelah kanan bekas speaker itu yang biasanya dikhaskan untuk wakil rakyat kerajaan.

'Setiausaha DUN', Misbahul Masduki Munir pula duduk di depan Sivakumar, manakala Adun Pasir Panjang (Pas), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin duduk di kerusi paling dekat dengan 'speaker', tempat yang secara tradisinya dikhaskan untuk Menteri Besar.

Hanya 23 Adun Pakatan Rakyat menghadiri sidang berkenaan selepas tiga lagi Adun pembangkang ditahan polis, manakala Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mengerjakan umrah.

Sebelum ditangguhkan pada jam 1.37 petang, Sivakumar yang juga Adun Tronoh-DAP, mengumumkan sidang meluluskan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang antara lain menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker, Datuk R Ganesan dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker.

Sidang selama dua jam itu juga meluluskan pelantikan anggota tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru, iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap serta dan usul tergempar mengutuk tindakan polis menghalang Adun PR memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi, suasana di hadapan Bangunan Darul Ridzuan tegang apabila Adun pakatan pembangkang tidak menghiraukan amaran polis supaya beredar dari kawasan berkenaan, sebaliknya cuba merempuh barisan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Pertikaman lidah turut berlaku antara Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan polis sehingga menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal.

Berikutan itu, polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menahan Ngeh serta Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Malim Nawar, Keshvinder Sigh kerana berkelakuan agresif.

Ngeh ditahan pada jam 10.04 pagi, diikuti Chan tiga minit kemudian serta Keshvinder. Jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan See Yee turut ditahan kerana cuba melanggar arahan polis yang meminta orang ramai bersurai.

Lebih 100 anggota polis dan FRU mengadakan sekatan laluan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan seawal jam 7 pagi bagi mengawal keadaan.

Dua trak FRU dilengkapi meriam air, enam trak polis dan lebih lima unit peronda serta motosikal berkuasa tinggi turut ditempatkan di beberapa lokasi utama sekitar bangunan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, kira-kira jam 11 pagi Mohammad Nizar dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta beberapa Adun pembangkang kelihatan tiba di bangunan FRU, Kampung Simee dipercayai bagi membebaskan tiga Adun yang ditahan polis.

Keadaan sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan pula kembali tenang sekitar jam 11.30 pagi, namun polis masih meneruskan kawalan bagi menjamin keselamatan awam.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang