Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Apr 27, 2010

10 SEBAB?

10 dalil mengapa PKR tumbang di Hulu Selangor :



1. Penderhakaan dan keceluparan mulut Nik Aziz yang mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor.

2. Anwar sudah jadi liabiliti kepada pengundi. Dia sudah sebati dengan - mokhtar, ky - jelly, are you ok?

3. Zaid calon Pkr pilihan Dap, dia banyak liabiliti - kaki minum, kaki kuda judi, pro lina joy, islam liberal.

4. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar Pkr dan masuk Umno.

5. Ketua Amk tarik break jentera bila dia tak terpilih.

6. Anwar overdose isu apco.

7. Ceramah Nizar yang overkill umno.

8. Jentera media maya BN berjaya menganyang jentera media maya Pas.

9. Isu RM jentera yang disonglap pegawai MB, tak sampai dikalangan petugas cabang dan ranting Pkr Hulu Selangor.

10. Pimpinan Pas yang geli nak berkempen untuk Zaid yang hidup bergelumang dengan dosa lalu memboikot calon Pkr itu dan membisikkan strategi untuk mentalkinkan Zaid.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Mar 25, 2010

Apa Pandang Anda?

Permatang Pauh telah menggunakan berbagai-bagai cara untuk memperkecil-kecilkan kedudukan Malaysia di dunia ini dalam pelbagai aspek. Beliau telah menggunakan personaliti-personalti tertentu untuk kepentingan dirinya yang setakat ini masih kelihatan tidak berwibawa sebagai ahli politik.

Baru-baru ini beliau telah menggunakan seorang ulama keturunan Mesir untuk mempertahankan kedudukannya berkaitan dengan isu liwat. Dalam hubungan ini satu rakaman telah dirancang dikediaman Syeikh Al-Qaradawi di Doha (Qatar) pada 14 Februari. Rakaman ini t elah di video dan diedarkan.

Di antara lainnya, perakam video ini telah mengumpan soalan-soalan yang telah diteliti, mendapat jawapan-jawapan yang berat sebelah atau lopsided. Soalan-soalan yang dikemukakan merupakan leading questions di mana jawapan-jawapan yang diberi oleh Syeikh itu adalah menguntungkan perakam. Perakam cuba mengumpan tuan Syeikh untuk bersetuju bahawa apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan. Apa yang beliau buat termasuk liwat dan lain-lain yang tidak diterima Islam, sebagai satu pembohongan.

Sebenarnya perakamlah yang membawa pembohongan dan memerangkap diri sendiri. Tidakkah dia sedar bahawa pihak yang dianiayai oleh Permatang Pauh sudah mengangkat sumpah? Tidakkah dia tahu bahawa keputusan DNA sudah membuka pekongnya? Perkara-perkara seperti ini perakam tidak sepatutnya ditonjolkan kepada tuan Syeikh. Perakam kelihatan terjebak dalam dunia ketololan.

Apa yang patut dibuat oleh perakam sebelum merakam temuramah ini ialah memaklumkan tuan Syeikh fakta-fakta dan kronologi berkaitan dengan isu liwat ke atas Saiful. Apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu beliau spoon-fed tuan syeikh kemudian meminta tuan Syeikh untuk hanya menyetujui dengan skrip yang ditulis terlebih dahulu.

Yang paling menyedihkan ialah apabila perakam sanggup menyamakan Permatang Pauh dengan Sayyidatina Aishah. Ini sungguh membingungkan. Tak tahukah Anwar ini siapa? Anak siapa?.

Pemerhati berpendapat adalah tidak perlu Permatang Pauh menyalahgunakan Tuan Syeikh Yusof Al Qaradawi, walaupun iaadalh sabaha akrabnya. Berikalh laluan kepada Tuan Syeikh untuk berdepan dengan banyak lagi isu-isu antarabangsa, terutamanya Palestin, Somalia, Iran. Perkara seperti liwat ini eloklah dikupas oleh ahli-ahli tempatan sahaja.

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Feb 2, 2010

Bisik - Bisik Anuar Ibrahim vs Nik Aziz ....

"Tok Guru dengar tak saya nak kata, saya tak rogol Saiful Bukhari," kata Anwar Ibrahim.
Nik Aziz pula memberitahu, 'tak dengar. cakap kuat-kuat. Orang tua katakan.'


Nik Aziz hadir ke perbicaraan Anwar Ibrahim untuk apa? Nik Aziz bukannya 'lawyer' untuk membela kes. Kehadiran Nik Aziz hanya memeriahkan suasana pesta di mahkamah walaupun sudah ramai penyokongnya tidak memberi sokongan pada Anwar Ibrahim.

Sebenarnya kehadiran Nik Aziz seolah-olah menconteng arang ke muka kerana dia kini bergelombang dengan isu al-Menantu, hutang saman balak, masalah gelaran datuk, kepimpinan PAS, hudud dan dasar parti, royalti minyak, kemiskinan serta pengangguran, konflik istana dan sebagainya.

Yang pasti, kehadiran Nik Aziz hanya memburukkan nama Ulama PAS sahaja kerana menyokong pemimpin 'shit' yang busuk sebusuknya. Nik Aziz bukan seorang Paderi Kristian yang boleh memberi kemaafan.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bukan sekadar berbogel, sebaliknya mengeluarkan air mani di dalam tempat yang tidak sepatutnya. Kita tidak kisah sekiranya Anwar Ibrahim melancap di dalam tandas seorang diri sambil melihat DVD lucah atau melayari laman web lelaki bogel!

Memanggil 'orang tua' berkenaan sebenarnya, itulah cara yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membersihkan 'kotejnya' dari kes liwat selain mengangkat hadas besar.

Sepatutnya Nik Aziz menyuruh Anwar Ibrahim bersumpah di stadium Kota Bharu sambil menuntut Royalti Minyak di hadapan KULI untuk membukti dirinya tidak bersalah.

Cuba fikir, yang hadir seorang Tok Guru. Adakah Nik Aziz menghalalkan liwat separti yang diamalkan oleh Kaum Lut? Kenapa Dewan Ulama PAS tidak hadir bersama-sama Nik Aziz memberi sokongan?

Nik Aziz pernah membela Anwar Ibrahim sehingga sanggup menghina Presiden PAS, Haji Hadi Awang, Mustapha Ali, Hassan Ali dan Nasaruddin mengenai Kerajaan Perpaduan. Kalau tidak kerana Nik Aziz, sudah tentu orang Melayu kini bertaut kembali. Sudah tentu penganut Kristian tidak akan menuntut penggunaan nama Allah kerana bimbang tindak balas dari orang Melayu beragama Islam yang bersatu padu.

Sebelum ini, Nik Aziz bersama-sama Harun Din bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dengan memberitahu, sumpah Saiful Bukhari tidak sah kerana mirip pada sumpah Kristian.

Alasan Harun Din, kegagapan Saiful Bukhari menyebut beberapa perkataan menunjukkan dia menipu namun beliau tidak menawarkan diri untuk menjadi iman bersumpah, itu yang menghairankan.

abe MIE pun hairan juga dengan Nik Aziz, kenapa dia begitu menyayangi Anwar Ibrahim seperti cinta dan kasihnya pada Ariffahmie, menantunya.

Untuk apa Nik Aziz hadir ke mahkamah sedangkan kes ini hanya melibatkan dua manusia, iaitu Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari.

Buat apa Nik Aziz menyokong gergasi politik pembangkang yang kini bertarung dengan seekor lipas dalam kes liwatnya.

Persoalan, kenapa lipas takut pada gergasi?


Wajah ketakutan seorang pemimpin yang pernah melaungkan slogan, Lawan Tetap Lawan.


Kalau dahulu Anwar Ibrahim sanggup menjahanamkan kerajaan dan kreabiliti Tun Dr. Mahathir, kenapa dengan Saiful Bukhari Anwar seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

Perlu diingat, kehadiran Nik Aziz hanya menjadi pendinding seolah-olah Anwar Ibrahim tidak bersalah sedangkan dia belum lagi dihadapkan ke perbicaraan.

Tindakan Anwar Ibrahim seperti meminta bantuan Nik Aziz hadir kes perbicaraan rayuan untuk mendapatkan sempel DNA sebenarnya hanya membuang masa seorang Menteri Besar.

Abe MIE pun hairan, kenapa Nik Aziz tidak mempunyai masa untuk melawat Sultan Kelantan yang gering ketika berada di Hospital Singapura baru-baru ini. Malah, Nik Aziz terlalu sibuk hendak menjawab panggilan telefon bertanya khabar tentang kesihatan Baginda!

Lagipun Anwar Ibrahim ditemani 'Lawyer raksasa' seperti Karpal Singh, Gurband Singh dan pemimpin Hindraf sebagai peguam bela.

Saiful Bukhari pula ibarat seekor lipas dan abe MIE kesal juga kerana UMNO tidak membantunya sedangkan Anwar Ibrahim dibantu sebegitu rupa oleh sahabat dalam Pakatan.

Nasihat abe MIE, Nik Aziz sepatutnya membela orang yang dianiayai bukannya membantu penjenayah untuk membebaskan diri dari kesalahan.

Sebab itulah kenapa Pakatan tidak mahu menjalankan hudud (salah satunya), sekiranya hudud dilaksanakan orang pertama perlu dipancung dan disebat ialah Anwar Ibrahim.

Mahu kah Pakatan terutamanya PAS memancung 'al-Menantu' Nik Aziz?


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 28, 2010

Hindari Empat Sifat Pendorong Perlakuan Dosa, Maksiat

TIDAK dinafikan bahawa manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Sebab itulah kita lihat pelbagai perlakuan kejahatan dan maksiat yang menjadi larangan Allah SWT terus menerus berlaku di sekeliling kita.

Walaupun menurut al-Quran, sifat semula jadi manusia sememangnya lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsu, ia bukanlah alasan untuk membolehkan manusia berbuat dosa. Orang beriman wajib mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berjuang melawan hawa nafsu serta berusaha menghindari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Al-Quran banyak menjelaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat sentiasa dalam kemurkaan Allah dan akan ditimpa azab seksa Allah di akhirat nanti. Ini wajar kerana orang beriman tidak sepatutnya melakukan segala perlakuan yang menjadi larangan Allah SWT.

Allah berfirman bermaksud: “Sesudah itu, sesungguhnya Kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) ar-Rahman, di antara mereka. Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api neraka itu. Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal di dalam neraka itu” (Maryam : 70-72).

Menurut Imam al-Ghazali, berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu:

# Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan)

Apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT.

# Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan)

Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. Nabi Adam AS dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah iblis atau syaitan.

# Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan)

Seperti tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya.

# Sifat-sifat Subu'iyyah (sifat kebuasan)

Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya.

Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.

Demikian halnya dengan dosa, jika tidak segera bertaubat kepada Allah, pasti ia akan merebak dan membahayakan keimanan serta keselamatan, bahkan akan menerima azab Allah di akhirat.

Orang beriman sewajarnya sentiasa memperhatikan dan mematuhi setiap perintah dan larangan Allah SWT. Allah membekalkan manusia dengan akal yang dapat dipergunakan untuk menimbang dan memikirkan mana yang baik dan sebaliknya.

Perlu diinsafi bahawa perkara dosa bukanlah suatu hal yang boleh dipandang ringan. Sebaliknya memerlukan kita sentiasa berwaspada dalam setiap tindak-tanduk kita, sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Jangan sampai apa yang dilakukan menjadi dosa dan maksiat yang akan menempah azab Allah di akhirat.

Seluruh masa kehidupan dunia yang singkat ini sebenarnya kesempatan emas bagi manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin sebelum ajal menjemput. Janganlah seseorang berasa aman kerana terlepas hukuman di dunia lantaran berbuat dosa, kerana hukuman itu tetap menanti dan akan diterimanya di akhirat.

Orang beriman sewajarnya menjadikan dunia yang sementara ini sebagai medan atau pentas untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala kelalaian serta perbuatan yang merugikan.

Banyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah, persiapkan bekalan berupa amal salih kerana hanya amal dapat menyelamatkan manusia di padang mahsyar nanti. Allah berfirman bermaksud: “Ingatlah hari Kami himpunkan orang yang bertakwa untuk menghadap Allah ar-Rahman dengan berpasukan-pasukan. Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke neraka jahanam dalam keadaan dahaga. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal salih di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya” (Maryam :85-87).


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 14, 2010

Rahsia Yang Terungkap - Betul ???



Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 12, 2010

Islamikc Society Of North America

Bujang ambil daripada blog ISNA...Apa pandangan korang tentang nie????

ISNA Commends Malaysian Court Ruling that Affirms Religious Freedom of Christians

FOR IMMEDIATE RELEASE

Source: ISNA

(Plainfield, IN – January 4, 2010) The Islamic Society of North America (ISNA) commends the landmark ruling by a Malaysian Court on December 31, 2009, that affirms the religious freedom of Malaysian Christians. The ruling asserts that Christians have the right to use the word “Allah” to translate “God” into Bahasa Melayu, the Malaysian language. It strikes down a government ban that was placed in 2007 on the use of the term in Christian literature.

The opponents of the use of the word Allah in reference to God have argued that the term “God” is usually translated by Malaysians who follow faiths other than Islam as “Tuhan” in Bahasa Melayu, not “Allah.” They insist that “Allah” should only be used to refer to God in Islam. This argument is contrary to both Islamic understanding and practice.

The Qur’an is quite explicit that Muslims worship the same God recognized by Christians. The Qur’an commands Muslims to declare that the God they worship and the one worshiped by the followers of revealed books, including Christians, is one: “… and say: We believe in that which has been revealed to us and revealed to you, and our God and your God is One, and to Him do we submit.” (Qur’an 29:46)

With regards to actual and historical practices, Christian Arabs have been using the word “Allah” to refer to God in their religious sources since the inception of Islam, and have never been challenged by private Muslims or Muslim governments on this ground. Islamic law is clear that followers of the Christian faith have the right to practice their religion according to their own religious teachings.

Malaysia has long been a good example of Islamic tolerance and we call on the Malaysian government to maintain the tradition of tolerance and uphold the religious freedom of Christians and to let the court ruling stand. We also urge Muslim NGOs to respect Islamic teachings and long-held Islamic traditions, and to withdraw their opposition to the use of the word “Allah” by their Christian compatriots.

Pakar Motivasi Malaysia
Bujang Senang

Jan 11, 2010

PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)

ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong, 58, yang tidak berparti selepas meninggalkan PKR Oktober lalu, hari ini menyertai parti baru – Parti Cinta Malaysia (PCM).

Beliau turut dinamakan sebagai pengerusi parti tersebut bagi Sarawak. Parti itu ditubuhkan empat bulan lalu.

Pengumuman mengenainya dibuat dalam akhbar presiden TCM, Tang Weng Chew.

Adit yang juga turut hadir, berkata beliau tidak akan mengecewakan rakyat Sarawak dengan menyertai parti baru itu.

“Selepas melihat PKR, saya tidak fikir mereka boleh mengambil alih Sarawak (dalam pilihan raya negeri yang akan datang). Saya harap kita (PCM) dapat berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan lebih baik lagi,” katanya,

Adit yang sudah empat penggal menjadi ADUN Ngemah, termasuk tiga kali atas tiket BN ketika menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) – parti komponen BN negeri yang telah dibubarkan akibat krisis kepimpinan.

Beliau menyertai PKR pada hujung 2008 tetapi meninggalkan parti itu Oktober lalu, dengan mendakwa bahawa beliau bukan pro-BN atau pro-pembangkang, tetapi hanya ‘pro-isu’.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 8, 2010

Apa Kata Anda ??????

Ada otak tak pakai. Ada serban pakai tapi bila soal hendak membela umat Islam, mereka bacul. Ibrahim Ali.


Ibrahim Ali sekali lagi membuat kenyataan yang boleh dikatakan boleh menimbulkan kontroversi.

1. Ada puak yang memiliki kuasa tetapi tidak mahu mempertahankan agama Allah.

2. Bacul dan bukan pemimpin yang boleh diharap.

Siapa orang yang dikatakan tidak mempertahankan agama Allah? Buat apa hendak pertahankan agama Allah sebab agama Allah ada macam-macam seperti Kristian, Hindhu dan Islam. Nik Aziz pun pernah kata begitu.

Yang mana satu agama Allah sekiranya Cina yang makan babi dan tak sembelih kepala 'kote' pun boleh baca al-Quran!!! Baca sahaja tak apa, tetapi baca dan terjemah untuk menghina orang di hadapan orang Islam. Siapa yang tidak pertahankan Islam?

Itu tak apa. Bila ada ulama memberi pendapat berbeza dengan fahaman politik, ada yang gelarnya pelacur politik. Kalau dahulu hina ulama pun boleh masuk neraka dan apa yang diperkatakan oleh ulama seperti 'lidah' Rasulullah s.a.w, kini ulama sudah jadi pelacur.

Pelacur sehina-hina manusia kerana boleh merosakkan generasi wanita. Tetapi ada juga orang cari pelacur sebab ingin menikmati keseronokan walaupun mengetahui akibat dan kesan-kesan termasuklah terkena penyakit HIV. Sama juga dalam politik, PAS sanggup melacurkan diri kepada DAP semata-mata mahukan 'keseronokan' mentadbir Perak. Kita lupa pasal itu.

Kata Ibrahim Ali, sekarang ramai orang Islam dan pemimpin Islam sudah jadi 'bacul'. Pada pendapat abe MIE, bacul tidak ubah seperti pondan yang lari apabila dikejar oleh anjing. Lari sahaja tidak apa, tetapi lari sambil menjerit -jerit mengalahkan perempuan. Itu tak apa lagi, kalau pondan lari sampai terselak kain nampak si dua biji bacul tu, itu yang parah. Anjing pun boleh ketawa sampai tercabut gigi.

Jadi kini ramailah pemimpin yang memakai kopiah, serban dan menjadi ustaz sudah menjadi bacul? Macam pondan yang abe MIE cakap tadi. Lari melihat anak anjing walaupun tak dikejar dan menjerit-jerit seolah-olah terserempak dengan harimau. Semuanya kerana takut. Sama juga pengikut PAS, tidak ada seorang pun yang menyanggah pendapat Nik Aziz walaupun dia memberitahu pasal neraka syurga dan Allah For All. Takut dan bacul.

Kalau dahulu Haji Hadi pernah memberitahu, jihad yang sebenarnya ialah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Islam di Palestin. Hadi menyanggah pendapat ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memberitahu jihad di dalam Islam merangkumi jihad dalam pelbagai sudut dan bukan 'hebat membunuh'. Haji Hadi menggelarkan ulama berkenaan sebagai syaitan bisu kerana takut memberitahu pasal jihad. Itu dahulu, kini Haji Hadi sudah sudah jadi bacul. Cakap pasal kerajaan perpaduan, disanggah oleh Nik Aziz, yang kena minta maaf ialah Nasaruddin. Itu semua gelagat pondan yang takut dan bacul dalam menegak kebenaran.

Bujang Senang - teruskan perjuangan Ibrahim Ali untuk membela orang Islam dan Melayu. Biarlah pemimpin yang bacul sebab mereka hanya berjihad untuk membunuh sesama saudara Islam sebagaimana yang berlaku di Palestin. Kemudian, orang kafir akan berkata, itulah jihad sebenar orang Islam- membunuh orang Islam yang lain. Yang terbunuh itu kira bacul.

Bujang Senang - Gurband Singh sanggup bela Kugen yang memang seorang perompak dan pencuri, dia bukan Bacul seperti .....

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang