Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Jan 28, 2010

Hindari Empat Sifat Pendorong Perlakuan Dosa, Maksiat

TIDAK dinafikan bahawa manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini tidak terlepas daripada dosa, sama ada dosa kecil atau besar. Sebab itulah kita lihat pelbagai perlakuan kejahatan dan maksiat yang menjadi larangan Allah SWT terus menerus berlaku di sekeliling kita.

Walaupun menurut al-Quran, sifat semula jadi manusia sememangnya lemah dan mudah tunduk kepada keinginan hawa nafsu, ia bukanlah alasan untuk membolehkan manusia berbuat dosa. Orang beriman wajib mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya, sentiasa berjuang melawan hawa nafsu serta berusaha menghindari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Al-Quran banyak menjelaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat sentiasa dalam kemurkaan Allah dan akan ditimpa azab seksa Allah di akhirat nanti. Ini wajar kerana orang beriman tidak sepatutnya melakukan segala perlakuan yang menjadi larangan Allah SWT.

Allah berfirman bermaksud: “Sesudah itu, sesungguhnya Kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) ar-Rahman, di antara mereka. Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api neraka itu. Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal di dalam neraka itu” (Maryam : 70-72).

Menurut Imam al-Ghazali, berlakunya perbuatan dosa kerana didorong oleh empat faktor iaitu:

# Sifat Rububiyyah (sifat ketuhanan)

Apabila seseorang itu mengambil atau memakai sifat-sifat Tuhan seperti takabbur, sukakan pujian dan sanjungan. Pada hal sifat-sifat itu hanya layak bagi Allah SWT.

# Sifat Syaitaniyyah (sifat syaitan)

Apabila wujud dalam diri seseorang sifat seperti hasad dengki, tipu helah dan sebagainya, kerana sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan mungkar, maksiat dan seumpamanya. Nabi Adam AS dikeluarkan dari syurga disebabkan tipu helah iblis atau syaitan.

# Sifat Bahimiyyah (sifat kehaiwanan)

Seperti tamak haloba, memperturutkan hawa nafsu perut, menimbun harta kekayaan untuk kepuasan nafsu semata-mata dan sebagainya.

# Sifat-sifat Subu'iyyah (sifat kebuasan)

Seperti marah, dendam, membunuh, memukul, mencaci maki orang dan seumpamanya.

Semua sifat berkenaan adalah punca dan pendorong ke arah perlakuan dosa dan maksiat. Apabila ia dibiarkan bermaharajalela, maka akan rosak binasalah manusia. Dosa itu ibarat racun dalam tubuh manusia yang akan meresap ke seluruh tubuh badan dan boleh membawa maut jika tidak diubati dengan segera.

Demikian halnya dengan dosa, jika tidak segera bertaubat kepada Allah, pasti ia akan merebak dan membahayakan keimanan serta keselamatan, bahkan akan menerima azab Allah di akhirat.

Orang beriman sewajarnya sentiasa memperhatikan dan mematuhi setiap perintah dan larangan Allah SWT. Allah membekalkan manusia dengan akal yang dapat dipergunakan untuk menimbang dan memikirkan mana yang baik dan sebaliknya.

Perlu diinsafi bahawa perkara dosa bukanlah suatu hal yang boleh dipandang ringan. Sebaliknya memerlukan kita sentiasa berwaspada dalam setiap tindak-tanduk kita, sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan. Jangan sampai apa yang dilakukan menjadi dosa dan maksiat yang akan menempah azab Allah di akhirat.

Seluruh masa kehidupan dunia yang singkat ini sebenarnya kesempatan emas bagi manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin sebelum ajal menjemput. Janganlah seseorang berasa aman kerana terlepas hukuman di dunia lantaran berbuat dosa, kerana hukuman itu tetap menanti dan akan diterimanya di akhirat.

Orang beriman sewajarnya menjadikan dunia yang sementara ini sebagai medan atau pentas untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala kelalaian serta perbuatan yang merugikan.

Banyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah, persiapkan bekalan berupa amal salih kerana hanya amal dapat menyelamatkan manusia di padang mahsyar nanti. Allah berfirman bermaksud: “Ingatlah hari Kami himpunkan orang yang bertakwa untuk menghadap Allah ar-Rahman dengan berpasukan-pasukan. Dan Kami akan menghalau orang yang bersalah ke neraka jahanam dalam keadaan dahaga. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian dengan iman dan amal salih di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya” (Maryam :85-87).


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 14, 2010

Rahsia Yang Terungkap - Betul ???



Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 12, 2010

Islamikc Society Of North America

Bujang ambil daripada blog ISNA...Apa pandangan korang tentang nie????

ISNA Commends Malaysian Court Ruling that Affirms Religious Freedom of Christians

FOR IMMEDIATE RELEASE

Source: ISNA

(Plainfield, IN – January 4, 2010) The Islamic Society of North America (ISNA) commends the landmark ruling by a Malaysian Court on December 31, 2009, that affirms the religious freedom of Malaysian Christians. The ruling asserts that Christians have the right to use the word “Allah” to translate “God” into Bahasa Melayu, the Malaysian language. It strikes down a government ban that was placed in 2007 on the use of the term in Christian literature.

The opponents of the use of the word Allah in reference to God have argued that the term “God” is usually translated by Malaysians who follow faiths other than Islam as “Tuhan” in Bahasa Melayu, not “Allah.” They insist that “Allah” should only be used to refer to God in Islam. This argument is contrary to both Islamic understanding and practice.

The Qur’an is quite explicit that Muslims worship the same God recognized by Christians. The Qur’an commands Muslims to declare that the God they worship and the one worshiped by the followers of revealed books, including Christians, is one: “… and say: We believe in that which has been revealed to us and revealed to you, and our God and your God is One, and to Him do we submit.” (Qur’an 29:46)

With regards to actual and historical practices, Christian Arabs have been using the word “Allah” to refer to God in their religious sources since the inception of Islam, and have never been challenged by private Muslims or Muslim governments on this ground. Islamic law is clear that followers of the Christian faith have the right to practice their religion according to their own religious teachings.

Malaysia has long been a good example of Islamic tolerance and we call on the Malaysian government to maintain the tradition of tolerance and uphold the religious freedom of Christians and to let the court ruling stand. We also urge Muslim NGOs to respect Islamic teachings and long-held Islamic traditions, and to withdraw their opposition to the use of the word “Allah” by their Christian compatriots.

Pakar Motivasi Malaysia
Bujang Senang

Jan 11, 2010

PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)

ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong, 58, yang tidak berparti selepas meninggalkan PKR Oktober lalu, hari ini menyertai parti baru – Parti Cinta Malaysia (PCM).

Beliau turut dinamakan sebagai pengerusi parti tersebut bagi Sarawak. Parti itu ditubuhkan empat bulan lalu.

Pengumuman mengenainya dibuat dalam akhbar presiden TCM, Tang Weng Chew.

Adit yang juga turut hadir, berkata beliau tidak akan mengecewakan rakyat Sarawak dengan menyertai parti baru itu.

“Selepas melihat PKR, saya tidak fikir mereka boleh mengambil alih Sarawak (dalam pilihan raya negeri yang akan datang). Saya harap kita (PCM) dapat berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan lebih baik lagi,” katanya,

Adit yang sudah empat penggal menjadi ADUN Ngemah, termasuk tiga kali atas tiket BN ketika menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) – parti komponen BN negeri yang telah dibubarkan akibat krisis kepimpinan.

Beliau menyertai PKR pada hujung 2008 tetapi meninggalkan parti itu Oktober lalu, dengan mendakwa bahawa beliau bukan pro-BN atau pro-pembangkang, tetapi hanya ‘pro-isu’.


Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang

Jan 8, 2010

Apa Kata Anda ??????

Ada otak tak pakai. Ada serban pakai tapi bila soal hendak membela umat Islam, mereka bacul. Ibrahim Ali.


Ibrahim Ali sekali lagi membuat kenyataan yang boleh dikatakan boleh menimbulkan kontroversi.

1. Ada puak yang memiliki kuasa tetapi tidak mahu mempertahankan agama Allah.

2. Bacul dan bukan pemimpin yang boleh diharap.

Siapa orang yang dikatakan tidak mempertahankan agama Allah? Buat apa hendak pertahankan agama Allah sebab agama Allah ada macam-macam seperti Kristian, Hindhu dan Islam. Nik Aziz pun pernah kata begitu.

Yang mana satu agama Allah sekiranya Cina yang makan babi dan tak sembelih kepala 'kote' pun boleh baca al-Quran!!! Baca sahaja tak apa, tetapi baca dan terjemah untuk menghina orang di hadapan orang Islam. Siapa yang tidak pertahankan Islam?

Itu tak apa. Bila ada ulama memberi pendapat berbeza dengan fahaman politik, ada yang gelarnya pelacur politik. Kalau dahulu hina ulama pun boleh masuk neraka dan apa yang diperkatakan oleh ulama seperti 'lidah' Rasulullah s.a.w, kini ulama sudah jadi pelacur.

Pelacur sehina-hina manusia kerana boleh merosakkan generasi wanita. Tetapi ada juga orang cari pelacur sebab ingin menikmati keseronokan walaupun mengetahui akibat dan kesan-kesan termasuklah terkena penyakit HIV. Sama juga dalam politik, PAS sanggup melacurkan diri kepada DAP semata-mata mahukan 'keseronokan' mentadbir Perak. Kita lupa pasal itu.

Kata Ibrahim Ali, sekarang ramai orang Islam dan pemimpin Islam sudah jadi 'bacul'. Pada pendapat abe MIE, bacul tidak ubah seperti pondan yang lari apabila dikejar oleh anjing. Lari sahaja tidak apa, tetapi lari sambil menjerit -jerit mengalahkan perempuan. Itu tak apa lagi, kalau pondan lari sampai terselak kain nampak si dua biji bacul tu, itu yang parah. Anjing pun boleh ketawa sampai tercabut gigi.

Jadi kini ramailah pemimpin yang memakai kopiah, serban dan menjadi ustaz sudah menjadi bacul? Macam pondan yang abe MIE cakap tadi. Lari melihat anak anjing walaupun tak dikejar dan menjerit-jerit seolah-olah terserempak dengan harimau. Semuanya kerana takut. Sama juga pengikut PAS, tidak ada seorang pun yang menyanggah pendapat Nik Aziz walaupun dia memberitahu pasal neraka syurga dan Allah For All. Takut dan bacul.

Kalau dahulu Haji Hadi pernah memberitahu, jihad yang sebenarnya ialah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Islam di Palestin. Hadi menyanggah pendapat ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memberitahu jihad di dalam Islam merangkumi jihad dalam pelbagai sudut dan bukan 'hebat membunuh'. Haji Hadi menggelarkan ulama berkenaan sebagai syaitan bisu kerana takut memberitahu pasal jihad. Itu dahulu, kini Haji Hadi sudah sudah jadi bacul. Cakap pasal kerajaan perpaduan, disanggah oleh Nik Aziz, yang kena minta maaf ialah Nasaruddin. Itu semua gelagat pondan yang takut dan bacul dalam menegak kebenaran.

Bujang Senang - teruskan perjuangan Ibrahim Ali untuk membela orang Islam dan Melayu. Biarlah pemimpin yang bacul sebab mereka hanya berjihad untuk membunuh sesama saudara Islam sebagaimana yang berlaku di Palestin. Kemudian, orang kafir akan berkata, itulah jihad sebenar orang Islam- membunuh orang Islam yang lain. Yang terbunuh itu kira bacul.

Bujang Senang - Gurband Singh sanggup bela Kugen yang memang seorang perompak dan pencuri, dia bukan Bacul seperti .....

Pakar Motivasi Malaya
Bujang Senang