Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Mar 31, 2011

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Sarawak?



Satok yang terkenal dengan Pasar Minggunya adalah sebuah kawasan yang sunyi meskipun terletak berhampiran bandar raya sibuk.

Namun, mutakhir ini, kawasan itu kecoh apabila cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merupakan salah seorang calon yang diuar-uarkan bakal mengambil alih kerusi Ketua Menteri.

Kalangan pengundi yang rata-ratanya dari golongan Melayu berpendapatan sederhana berasa teruja dengan khabar angin itu dan ingin melihat anak jati Satok menjadi pengganti Ketua Menteri.

Abang Johari merupakan Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan sudah berkhidmat sebagai ADUN Satok selama lima penggal.

Di kedai kopi dan warung, pengundi lebih gemar berbicara mengenai kemungkinan Abang Johari menjadi Ketua Menteri baru berbanding pilihan raya akan datang.

Walaupun pilihan raya negeri amat ditunggu-tunggu semua, orang ramai ternyata lebih minat berbincang mengenai 'isu' Abang Johari.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan seorang peguam Ahmad Nazib Johari, 35, menentang Abang Johari.

Pada pilihan raya negeri 2006, Abang Johari menewaskan calon PKR, Mohamad Jolhi dengan majoriti 2, 798 undi.

Khabar angin yang mengatakan Abang Johari antara calon yang dikaitkan untuk mengganti Tan Sri Abdul Taib Mahmud turut disambut baik penduduk lama Kampung Bintangor di Satok, Jamel Mustapha.

"Siapa yang tidak gembira apabila wakil rakyat menjadi Ketua Menteri? Saya gembira. Jika beliau menjadi Ketua Menteri, ia saat membanggakan orang Melayu di Sarawak," kata bekas pesara Polis Marin itu.

Jamel yang sudah menetap di Satok lebih 40 tahun berkata, dia amat menyenangi usaha Barisan Nasional (BN) dan Abang Johari untuk membangunkan kawasan tersebut.

"Bila waktu pilihan raya, baru pembangkang nampak. Sidaknya nyuruh kamek nukar 'baju baru'. Tapi belum tentu 'baju baru' nyaman.(Kelibat pembangkang hanya akan kelihatan menjelang pilihan raya. Mereka menyuruh kami bertukar parti. Namun, belum pasti parti baru itu menyenangkan.)

"Oleh itu, kami tetap mengundi BN. Kami yakin dengan mereka dan Abang Jo berkhidmat kepada kami dengan baik," katanya.

Sementara itu, Salim Zaini berkata walaupun ada segelintir pengundi di Sarawak menyokong pembangkang, situasi akan berubah apabila menjelang hari pengundian.

"Mulut jak cakap lain tapi tangan pangkah lain. (Di mulut mereka menyokong pembangkang tetapi tangan akan memangkah calon BN.)

"Kami ada mendengar cakap-cakap mengenai kemungkinan Abang Jo untuk menjadi Ketua Menteri baru.

"Walaupun ia betul pasti lagi, kami gembira jika ia menjadi kenyataan. Kami yakin dia boleh memimpin dengan baik memandangkan dia ahli politik lama. Kami turut menghormati bapanya (bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Openg Abang Sapiee)," jelasnya

Kajian Bakal YB Negeri Sarawak

Oleh Stanley Bye Kadam Kiai

Memandangkan ramalan awal Barisan Nasional (BN) dijangka akan memenangi pilihan raya negeri akan datang dan mengulangi kecemerlangan sejak 47 tahun lalu, adalah mustahak dan menarik perhatian rakyat di negeri ini bahawa – BN harus memilih calon yang layak berdasarkan kriteria tertentu bagi memastikan kita mempunyai ahli politik yang berkaliber.

Terdapat empat kelebihan untuk melakukan pemilihan. Kelebihan pertama ialah BN akan menang dengan selesa. Kedua, kurang perbalahan pendapat, proses kempen akan berjalan mudah dan lancar yang akan mengurangkan undi protes dan kemenangan majoriti besar.

Ketiga, rakyat tahu mereka memilih wakil yang ada kredibiliti yang boleh berfungsi di peringkat tertinggi.

Keempat, kedua-dua parti dan negara akan mendapat manfaat daripada pemimpin yang berkaliber dan berkualiti.

Amat penting seorang wakil yang dilantik dapat memainkan peranan yang signifikan dalam meningkat dan menyumbang pembangunan yang dapat mentransformasikan taraf hidup mereka.

Wakil kita juga harus berupaya mengubah wajah konstituensi yang diwakilinya, sebagaimana mereka mengatur kehidupan mereka sendiri. Mereka hendaklah berkelakuan seperti seorang pemberi nasihat dan boeh meniupkan semangat.

Wakil tempatan bagaimana yang anda mahukan? Adakah anda mahu seorang yang dapat membawa perubahan, seorang yang boleh membimbing dan memberi motivasi atau ciri-ciri yang lebih hebat dari mereka?

Apakah jenis kepimpinan yang anda boleh jangkakan daripada mereka? Adakah anda mahu seorang pemimpin yang semulajadi dapat berunding dan tahu serba serbi? Adakah anda mahu seorang yang mempunyai kuasa penuh? Adakah anda melihat mereka sebagai kawan atau seseorang yang jauh lebih tinggi tarafnya?

Adakah anda mahu mereka adalah seorang penceramah yang petah dan bijak berdebat?

Ahli politik dianggap seorang yang mempunyai aura, karisma dan keyakinan. Mereka dijangka dapat menyuarakan pandangan mereka dengan cara yang penuh berkuasa dan tegas, namun pada masa yang sama masih mengekalkan cara yang difahami, jelas dan berhemah.

Tiada apa-apa yang paling membosankan, daripada mendengar ahli politik yang hanya pandai merapu-rapu, sedangkan dia sendiri tidak tahu, tidak faham dan tidak peka dengan apa sebenarnya isu yang mahu disampaikan. Paling teruk, mereka tidak bersedia dan menganggap setiap ahli politik harus berucap meleret-leret selama tiga jam. Adakah Sarawak memerlukan pemimpin begini?

Sebagai seorang public figure iaitu sering sering menjadi tumpuan awam, ahli politik harusnya memiliki karakter yang menarik, dalam apa jua keadaan. Pada saat beliau dipilih, mereka dianggap sesorang yang dihormati. Beliau harus berupaya menjaga dan membawa gelaran itu.

Ahli politik juga harus menjaga perlakuan sepanjang masa di setiap tempatan, terutama bila mereka diuji oleh pembangkang semasa pilihan raya. Kebolehan bertindak dengan betul dan wajar merupakan saat mencabar dan menguji kekuatan dalaman seseorang. Adakah anda mahu ahli politik yang mempunyai kualiti ini?

Psikologi percaya, manusia dewasa sekali-sekala berkelakuan keanak-anakan. Ini betul, namun kita tidak mahu ahli politik bertelagah seperti budak apabila bercakap mengenai politik.

Ahli politik BN kerap kali memberitahu, pembangkang hanya muncul semasa pilihan raya dan selepas itu hilang.

Hakikatnya, calon itu sendiri harus melaksanakan khidmat di konstuensi masing-masing. Merekalah sepatutnya bergerak di sekeliling, jika tidak mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Manakala tugas pembangkang pula hanya mengesan sama ada tugas itu dilaksanakan atau sebaliknya.

Terdapat segelintir orang BN melabelkan pembangkang sebagai barang kitar semula, tidak lagi diperlukan berikutan kekadalahan semasa pilihan raya yang lepas.

Orang BN harus mengesah atau mempunyai bukti sebelum mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Pemimpin BN harus tahu dan arif sejarah perjalanan politik di Sarawak. Jika tidak, krediabiliti mereka boleh tercalar kerana memebri fakta yang salah. Mereka perlu jaga tepi kain sendiri terlebih dulu.

Bak kata pepatah, mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Apa yang BN katakan mengenai pembangkang mungkin terkena batang hidung sendiri.

Mujurlah, untuk BN, Ketua Menteri telah mengawal ‘kebinasaan’ apabila menyatakan pendirian bahawa BN tidak akan mengitar semula calon-calonnya.

Adakah anda mahu calon yang bijak dan matang? Adakah memiliki kebijaksanaan dan kematangan itu penting?

Mempunyai latar pendidikan yang baik penting untuk menjadi wakil rakyat, namun faktor ini tidak boleh mengaburi kekurangan dan kelemahan. Winston Churchill tidak mempunyai ijazah dari universiti, namun beliau muncul sebagai pemimpin dan perdana menteri Britain yang ulung.

Saya bukannya bermaksud sesiapa sahaja boleh menjadi calon, tapi kita mahukan lebih dari ijazah semata-mata.

Apakah yang anda jangkakan dari ahli politik tempatan? Adakah beliau seorang yang dikagumi? Adakah anda jangka beliau menjadi role model kepada anda dan komuniti anda?

Adakah beliau seorang yang dapat membantu komuniti untuk begrerak ke hadapan? Adakah anda menjangkakan beliau menjadi pemimpin anda dan mampu membawa perubahan signifikan di dalam komuniti anda?

Secara betul atau salah, kerajaan telah dituduh terbabit dalam gejala rasuah, tidak telus dan tidak amanah. Adakah anda mahu seorang yang bersih, jujur dan boleh dipercayai menjadi calon?

Adakah anda mahu wakil itu seorang yang memilik duit ringgit dan sumber. Orang Sarawak kerap bercakap mengenai si polan yang boleh memberi makan tengah hari percuma dan mereka suka dengan apa yang si polan lakukan. Adakah anda mahu orang begini dicalonkan?

Atau, adakah anda mahu seorang yang baik? Baik boleh ditafsir dalam pelbagai cara. Adakah dia baik kerana beliau memberi duit dan membayar makan tengah hari? Adakah dia baik kerana dia pernah menolong, bercakap dengan anda atau dia seorang yang budiman dan merendah diri? Adakah dia baik kerana tidak berkelakuan kasar dan agresif? Adakah dia baik kerana anda sudah bertemu dengannya dan menyelesaikan tugas yang diberi? Calon baik yang bagaimana anda mahu untuk menjadi ahli politik?

Selepas tsunami politik pada 2008, krediabliti BN kini dalam bahaya dan boleh tumpas di tangan pembangkang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba memulihkan keadaan. Satu perkara yang beliau mahu ialah, hanya pilih calon yang boleh menang.

Apakah sebenarnya yang PM mahu terjemahkan melalui calon boleh menang?

Adakah beliau maksudkan, jika BN mahu mengembalikan kegemilangan masa lalu, jangan sebarangan mencadangkan sesiapa menjadi calon BN, sesuka hati?

Adakah calon boleh menang itu bererti, calon tersebut mesti memenuhi kriteria penting seperti mempunyai pendidikan yang baik, cekap, popular dan diterima, karakter yang cemerlang dan sesorang yang sentiasa mahu belajar dan tahu isu sekeliling. Kita tidak mahu ahli politik yang tidak membaca dan mempunyai pemikiran yang terbatas.

Apakah kriteria yang harus BN guna untuk memilih calon? Apakah pula kriteria yang anda syorkan untuk digunakan bagi memilih calon BN?

Mar 26, 2011

TRUE OR FALSE ?

Taken from: Borneo Post

Sarawak Government cannot deny NCR land grab is real!

Did the Government grab NCR land?

The state government never grabbed Native Customary Rights (NCR) land from their owners, clarified Minister of Land Development Dato Sri Dr James Masing.

At present, he explained, there are 1.5 million hectares of NCR land in the state. Quite a sizeable of it had been acquired for setting up plantations after consent was obtained from the owners.

DayakBaru Thoughts

The Government is denying that it grabs and force NCR land owners to give up their land and give it to LCDA to develop. In the first place, why did the Government set up LCDA and SALCRA? Did these two agencies bring benefits and profits to the land owners. After more then 15 years of its implementation the answer is NO! The return of investment is way too low and the roads and auxiliary benefit only follow the needs of the plantation. No “extras” are given or no long term programmes benefits are designed to benefit the land owners.

The development give little benefit to land owners.

Why did the land owners get so little from the land development concept? It is not due to poor execution of the concept by the implementation people. The concept is inadequate and vague when it comes to prescribing what the land owners should get. The concept favour the investor too much at the expense of the future of the Dayak. 60 years agreement is far too long. Non participation in the management of the plantation is another. The land owners actually get the least out of the deal. Even the “brokers” of the deal to convince the land owners to participate in the land development get better cash upfront deal.

No land owners do not want to see increase of their income and improvement to their lives. The truth is which community of land owners has really make a transformational change from income got from the land development concept? The risk is high for the land owners as they are deprive the rights to develop their land for 60 years minimal.

Alternative

Dr. James is well verse with the opportunities to help the Dayak progress through agro-business concept in farming. But first, issue individual land titles to the Dayak NCR land. That is SECURITY for the land owner.

Then the Government can design a “Small Holding scheme” for land owners to plant oil palm or rubber on their own land with heavy support from the Government. Today, the Sarawak Government also received heavy support from rural Dayak, so it is not wrong for the government to reciprocate the people’s wish.

The better off Dayak farmers in Sarawak are those who own their own oil palm and rubber trees garden. Even then, the Dayak farmers oil palm and rubber trees has been “grab and rob off” by the government through their issuance of bad provisional lease. The evidence is in the number of court cases being file against government and companies that has been issued Provisional Lease by the Government.

We DayakBaru are facing and experiencing Government land grab.

So Dr. James do not have to accuse the person writing the letter to be ignorant and arrogant. It seems the reverse is true. We DayakBaru who live and resides in Sarawak knows the law and situation in Sarawak. Many of us are actually involved in land dispute with the government because of their land grab tactics and giving away land to political cronies and families of the Chief Minister. I do not think that Dr. James do not have already a large piece of land given by the Government. Many Ministers has been given land which include NCR land, not one piece or two pieces. In some instances the YB are given many. Are the YB not taking advantage of their position and abuse their power to make themselves rich at the expense of the people of Sarawak?

We DayakBaru are spending money to defend and to stop the Government from taking our NCR land. How could you Dr. James said that there is no land grab by the BN Government of Sarawak. Otherwise, why do you think we are here fighting for Change. We want to bring down the corrupt BN government and free our land from BN Land Development Concept LCDA SALCRA prison.You may have the procedure but we do not see it working on the ground

“When we acquire NCR land for plantation, such as for oil palm plantation, we have to follow very strict procedures and guidelines.

“We will seek the cooperation from every individual NCR land owner before we develop their land. If they disagree, we won’t come in,” Masing told the media here yesterday.

Masing was rebutting a letter which he received yesterday morning, purportedly written by one Robert E Rutkowski.

Ignorant and Arrogant best describe the BN government

The letter was addressed to the Prime Minister and copies of it were also sent to the Chief Minister and Masing himself.

“As far as I am concerned the letter indicates two things about the writer. That he is both ignorant and arrogant,” said Masing.

He said the writer was ignorant because he did not know the laws of the land.

He was arrogant because he made the government looked as if it was being run by a bunch of crooks.

200,000 NCR land – does the Dayak become rich already from the land development?

Masing revealed that currently, some 900,000 hectares of land were under palm oil, out of which some 200,000 hectares are NCR land.

“And by 2020, our target is to develop some 2 million hectares of land which belongs both to the state and the natives for plantation purposes. In our case, it will be for palm oil and rubber,” he said.

It is the Ministry work to explain as servant of the people

Masing pointed out that anyone who wished to know about the land development concept in Sarawak is free to check with his ministry.

On the allegation by Rutkowski that the Penans were the main victims of land grabbing by the government, Masing reiterated that the government had, in fact, been very kind to them.

Just because the penan are nomadic that does not mean that they have no rights over their land territory

Masing said under the law, the Penans did not own much land under the NCR land status as, prior to 1958, most of them were still nomadic.

“So, it is a blatant lie that we rob their land. In fact, we have never stopped the nomadic Penans from roaming the vast areas in Baram and Belaga to fish and hunt.

“Even in Mulu National Park, we allowed them to hunt for animals, gathered jungle produce and fish,” he said.

Masing stressed that in future, the Penans would be allowed to roam at the water catchment areas of Bakun and Murum dams.

He further stressed that anyone who deprived the government to develop the NCR land for the benefits of the owners to eradicate poverty as “irresponsible”.

DayakBaru do not apologise to the Government for fighting against its land development concept

“I do not apologise if I have to do it aggressively (develop the NCR land). I really want to develop the NCR land, otherwise if the land remains idle, then the owners will remain poor.

“I will continue to do it as it will be good for the people because we don’t want them to remain poor. Among the main objective to develop the NCR land is to eradicate poverty among the people in the rural area,” he stressed.

Popularity: 59%

Mar 25, 2011

Pilihan Raya Negeri Ke-10 Sarawak Tampil Muka Baru

Selepas hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April dan pengundian 16 April, spekulasi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kini tertumpu kepada bakal calon, terutamanya muka-muka baru.

Dan yang paling menarik minat ramai adalah kemungkinan barisan calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak.

najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Presiden PBB, berkata sekurang-kurangnya suku daripada calon bagi 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen utama BN Sarawak itu adalah muka baru.

Sumber dalam parti berkata antara 10 hingga 12 muka baru bakal dicalonkan, dengan kebanyakan mereka akan bertanding di kawasan yang dimenangi PBB dengan majoriti undi kecil pada pilihan raya negeri lalu.

"Muka baru dan calon muda akan membolehkan parti menyapu bersih kerusi yang ditandingi seperti yang dicapai pada pilihan raya negeri 2006," menurut sumber PBB yang enggan dikenali.

Beberapa pemimpin muda, kebanyakan mempunyai latar belakang profesional, disebut-sebut antaranya pensyarah Universiti Darul Iman Mohammad Hailmi Sajili yang juga seorang blogger; kardiologis Hospital Serdang Dr Annuar Rapee; Ketua Penerangan Bahagian Kedup dan peguam Bernard Phillip; Timbalan Ketua Bahagian Kedup Martin Ben; penjawat awam Alex Ganyan dan pendidik Joseph Tiam.

azlanKemungkinan nama calon baru lain termasuk Residen Mukah Saudi Narani; Pengarah Urusan Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; Ketua Pemuda PBB Telang Usan Dennis Ngau; bekas setiausaha politik Ketua Menteri Robertson Mawa serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Tengku Geruna dan Robert Laing Anyie.

Parti itu juga dikatakan mempertimbangkan untuk mencalonkan mereka yang mempunyai kelayakan bidang agama termasuk Mufti Sarawak Kipli Yassin. Antara muka baru lain yang berkemungkinan ialah seorang guru dan komposer muzik Patrik Khamis serta Timbalan Ketua PBB Demak Jaya Dr Hazlan Hipni.

Terdapat juga cakap-cakap politik yang menyebut Anggota Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah akan dicalonkan.

Namun, kata sumber dalaman parti itu situasi politik kini dalam keadaan tidak menentu dan ramai penyandang tidak yakin mereka akan dikekalkan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar Asfia, yang juga Speaker DUN terpaksa menyangkal spekulasi bahawa beliau antara penyandang PBB yang akan digugurkan.

Sementara ramai penyandang yang cemas sama ada mereka akan dicalonkan semula, beberapa wakil rakyat lain menyatakan hasrat untuk memberi laluan kepada muka baru.

sarawak BN convention taib and wife Antara yang tidak berhasrat mempertahankan kerusi DUN masing-masing ialah Datuk Hamden Ahmad (Belawai); Datuk Bolhassan Di (Beting Maro); ADUN Sadong Jaya selama enam penggal Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi; ADUN Demak Laut dan Menteri Muda Pembangunan Industri Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen; Datuk Ambrose Belikau Enturan (Katibas) dan penyandang Saribas Dr Wahbi Junaidi.

Yang lain termasuklah wakil rakyat enam penggal Kedup Frederick Bayoi Manggie dan Lihan Jok, yang merupakan ADUN Telang Usan selama dua penggal.

Penganalisis politik menjangkakan kebanyakan muka baru dalam peringkat pertengahan umur dan mempunyai pelbagai latar belakang profesion.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak Dr Jeniri Amir menjangkakan satu barisan calon yang seimbang daripada segi umur dan latar belakang kerjaya, termasuk kaum wanita akan diketengahkan.

BN sarawak conventionPada pilihan raya negeri lepas, PBB mencalonkan tujuh muka baru. Mereka ialah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang menggantikan ibunya Datin Paduka Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi bagi DUN Samariang; guru agama Simoi Peri (Lingga); adik Taib, Datuk Seri Ali Mahmud (Muara Tuang); Robert Lawson Chuat (Bukit Saban); Murni Suhaili (Daro); Abu Seman Jahwie (Jemoreng) dan Dr Abdul Rahman Ismail (Bukit Kota).

Kali ini, agak pasti lebih ramai muka baru dicalonkan.

"Mereka mahu memberikan nafas baru kepada parti bagi membolehkan pasukan baru ini memajukan dan mentransformasikan Sarawak," kata Jeniri.

Sebelum DUN, yang mempunyai 71 kerusi dibubarkan pada Isnin, BN menguasai 63 kerusi dengan PBB sebanyak 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 12, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Parti pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

Gaddafi's Entourage Sends Out Secret Peace Feelers

Members of Muammar Gaddafi's entourage are putting out feelers to seek a ceasefire or safe passage from Libya, according to U.S. and European officials and a businessman close to the Libyan leadership.

Messages seeking some kind of peaceful end to U.N.-backed military action or a safe exit for members of Gaddafi's entourage have been sent via intermediaries in Austria, Britain and France, said Roger Tamraz, a Middle Eastern businessman with long experience conducting deals with the Libyan regime.

Tamraz said Saif al-Islam Gaddafi, Muammar's eldest son, and Abdullah Senoussi, the Libyan leader's brother-in-law, were the most prominent Gaddafi entourage members involved in seeking ways to end the fighting.

A U.S. national security official, who asked for anonymity when discussing sensitive information, said that U.S. government agencies were aware that Saif al-Islam and Senoussi had been involved in making peace overtures.

The U.S. official, and a European government official who is also following Libyan events closely, said that U.S. and European governments were treating the purported outreach with caution, but not dismissing it out of hand.

PLAN "B"

"It's clear that some of Gaddafi's family members always have a plan B up their sleeve. That doesn't mean they'll leave and certain Gaddafis are probably going to stick with their crazy dad no matter what happens," the U.S. official said.

In an interview on Tuesday with a U.S. television network, Secretary of State Hillary Clinton said she was aware that people close to Gaddafi had been trying to make contact.

"I'm not aware that he personally has reached out, but I do know that people allegedly on his behalf have been reaching out," Clinton told ABC America's Diane Sawyer.

"This is what we hear from so many sources...Today, yesterday, the day before. Some of it...is theater, some of it is kind of, shall we say, game-playing...But some of it, we think, is exploring, 'what are my options, where could I go, what could I do.' And we would encourage that," Clinton said.

The U.S. national security official added: "It's not at all surprising that members of the Gaddafi regime might be looking for ways out of this mess."

Tamraz, a financier and oil man who sold a chain of European gasoline refineries and retail stations to Libya's sovereign wealth fund three decades ago, claims strong connections in Libya and the Middle East.

The businessman indicated he had been in contact with people in the Middle East and Europe with knowledge of the Libyan overtures. Tamraz spoke to Reuters by telephone from the United Arab Emirates.

ANTI-GADDAFI SANCTIONS

During the last six months, Tamraz said, he had begun discussions with Libyan representatives to buy back the oil company, which operates under the Tamoil brand in Italy, Switzerland and Germany.

Tamoil's Swiss branch said earlier this month that it might be subject to anti-Gaddafi sanctions.

But later the company said it would not be affected by European Union or Swiss sanctions and that it no longer has ties to a former Tamoil director associated with the Libyan Investment Authority who is personally named in the E.U.'s anti-Gaddafi sanctions order.

Tamraz told Reuters that some of the most aggressive efforts by members of Gaddafi's entourage to start dialogue were being channeled through Austria. A European government financial investigator said that Libya was believed to have extensive wealth and investments in Austria.

Tamraz said that he believed Saif al-Islam, Senoussi and other members of the Gaddafi entourage were proposing a ceasefire between government forces, rebels and the anti-Gaddafi Western alliance, or plans which would enable members of the Libyan leader's entourage to go into exile peacefully.

Hanya Mereka Yang Tahu !

Semua pihak termasuk pembangkang tidak berhak mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal seperti itu kerana mereka tidak tahu kesahihannya. “Mereka tidak berhak mengeluarkan kenyataan untuk menentukan kesahihan video tersebut kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.

“Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-59, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang yang mendakwa rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel yang didedahkan kepada pihak media, Isnin lalu sebagai palsu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan polis kerana bimbang akan dituduh sebagai konspirasi.

“Saya tidak berminat mengulas panjang mengenainya kerana saya hanya berminat untuk mencari kebenaran dan mahu polis melakukan siasatan secara telus dan penuh berintegriti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kekesalan barisan kepimpinan MCA terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan MCA ketika ini umpama isteri yang tidak mempunyai suami tidak akan menjejaskan hubungan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Perbezaan pandangan dalam komponen BN memang berlaku tetapi akan ada cara untuk kita menyelesaikannya.

Mar 10, 2011

Taib Meets Senior PBB Leaders

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud held a closed-door meeting with several senior leaders of the Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) on the fifth floor of the new State Assembly Complex in Petra Jaya here this morning.

Present were Deputy Chief Minister Tan Sri Numpang Alfred Jabu, Special Adviser to the Chief Minister's Office Tan Sri Adenan Satem, State Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg and State Planning and Resource Management Minister II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

State Infrastructure Development and Communication Minister Datuk Seri Michael Manyin Jawing, Minister in the Chief Minister's Office Datin Fatimah Abdullah, Federal Minister of Natural Resources and Environment Minister Datuk Douglas Uggah Embas and Federal Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Fadilah Yusof were also present.

Press Secretary to Chief Minister Jameson Ahip Nawie, who was pressed for comment, said the meeting was a normal weekly meeting chaired by the chief minister.

"Who asked you to come here, this is only a normal meeting, if there is any announcement, will call the media," he retorted and ordered reporters and photographers from the mainstream media to leave the building.

PERJUANGAN BELUM SELESAI ??

Dua malam lepas BS mendapat satu perkhabaran dari Ng Lum Yong Bekas Pimpinan PKR yang no keahliannya 000012 yang sekarang ini sudah sah masuk ke dalam parti MCA. Perkhbaran yang pada hemat BS merupakan satu hal yang tidak Elok dan bertujuan semata mata untuk membazirkan wang Negara.

Satu demi satu kemenangan di perolehi Barisan Nasional semenjak PRK Bagan Pinang yang mana sehingga menyaksikan Pakatan Pembangkang Tewas terok di semua Kerusi yang di pertandingkan. Cuma satu kerusi Parlimen sahaja di menangi DAP dengan majority Tipis di Sibu memandangkan waktu itu Undi Kaum Cina masih lagi melekat bersama Pakatan Haram.

Yang terbaru apabila kemenangan Besar dan berganda di perolehi BN di PRK Kerdau dan Merlimau. PAS bagaikan jatuh di timpa tangga dengan kekalahan demi kekalahan mereka dan jika di hitung undian PAS jatuh merosot sama sekali.

Undi Kaum Cina juga di lihat semakin meningkat kepada Barisan Nasional manakala Undi Kaum Melayu dan India naik mencanak. Hal ini memberikan Nafas baru buat Barisan Nasional dalam memastikan PRU 13 kelak BN akan menang Majority 2/3.
Namun demikian agak Murung bagi kem Pakatan Pembangkang bila mereka Tewas berturut turut dan dengan Majority yang besar. Faktor ini lah yang menyebabkan satu Usaha Terancang sedang di lakukan oleh mereka Pakatan Pembangkang bagi menghidupkan peluang kemenangan dalam Pilihanraya Kecil.

BS nak nyatakan di sini bahawa terdapat Bukti Sahih bahawa satu mesyuarat telah di adakan di antara kepimpinan PAS, DAP dan PKR bagi mencipta satu lagi Pilihanraya Kecil sama ada di Pulau Pinang ataupun Selangor.

Di jangkakan satu Dun milik Pembangkang akan di korbankan bagi memastikan Pilihanraya Kecil di adakan dan Dun tersebut juga pastinya merupakan Kubu kuat kepada Pakatan Pembangkang.

Dun yang di cadangkan oleh Kepimpinan Pakatan merupakan satu Dun yang mempunyai majority ataupun kuasa penentunya undi kaum Cina. Ini di buat berdasarkan pihak Pakatan pembangkang ingin melihat bagaimana sentimen pengundi Cina kepada mereka bagi memastikan strategi dapat di atur menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

BS tak terkejut dalam soal ini memandangkan Pakatan Pembangkang sedar bahawa undi orang Melayu dan India sudah kembali semula kepada BN namun Undi kaum Cina hanya meningkat sedikit berbanding undi kaum lain. Maka atas sebab itulah di muktamadkan oleh mereka untuk melihat apakah pengundi Cina benar benar sudah kembali kepada BN ataupun masih lagi bersama mereka pakatan Pembangkang.

Emmm itulah strategi mereka Pakatan pembangkang, dah kalah Pilihanraya taknak terima. Sekarang nak adakan pula PRK bagi mereka menjadikan Contoh. Jelas di sini mereka sebenarnya ingin memperbodohkan Rakyat Malaysia dan bukannya serius terhadap perjuangan kepada Rakyat.

Sah sah apa yang di rencanakan oleh mereka Pakatan pembangkang ini merupakan satu pembaziran Wang Negara dalam menjalankan PRK yang sengaja di reka oleh mereka.

Psssttt...Kalau berani Bubar lah Dun Selangor dan Pulau Pinang....amacam pakatan? baru lah kita tahu Test Power macam mana...ha ha ha


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Mar 8, 2011

3 Wajah !!!!!!!



SESUMPAH YANG DISUMPAH TAK BERANI NAK BERSUMPAH....PELIK?