Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Sep 29, 2011

Bahaya Pemikiran Ekstrimis Agama !


Dengan tumbangnya rejim Mubarak di Mesir, maka semua gerakan Islam, ahli agama dan orang agama di Mesir sudah tidak perlu bimbang lagi dengan sebarang kemungkinan tindakan penganiayaan ke atas mereka. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik, namun apa yang tidak menyeronokkan ialah kebangkitan setengah golongan agama yang agak ekstrem. Dikhuatiri mereka akan menyuburkan perpecahan dalam kalangan masyarakat dengan beberapa tindakan mereka.
Antara yang terbaru ialah memusnahkan beberapa makam para wali dan ulama - yang memang banyak bertebaran di seluruh negara Mesir - kerana didakwa sebagai tempat-tempat BIDAAH dan SYIRIK. Malah mereka turut mengancam untuk meruntuhkan makam kepala Sayidina al-Husain RA. Padahal ramai alim-ulama Mesir dan al-Azhar semenjak dahulu tidak pun menghukumkannya demikian.
Isu inilah yang disentuh oleh al-‘Allamah Syeikh ‘Ali Jum’ah dalam khutbah yang lepas. Antaranya ada sebuah hadis yang disampaikan oleh beliau yang baru telinga saya dengar dan membuatkan saya merenung panjang, iaitu:
عن حُذَيْفَة بْن الْيَمَانِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّمَا أَتَخَوَّفُ عَلَيْكُمْ رَجُلا قَرَأَ الْقُرْآنَ حَتَّى إِذَا رُئِيَ عَلَيْهِ بَهْجَتُهُ ، وَكَانَ رِدْءًا لِلإِسْلامِ اعْتَزَلَ إِلَى مَا شَاءَ اللَّهُ، وَخَرَجَ عَلَى جَارِهِ بِسَيْفِهِ، وَرَمَاهُ بِالشِّرْكِ.
أخرجه البزار (رقم 2793) وقال: إِسْنَادُهُ حَسَنٌ، وقال الهيثمى أيضاً (1/188): إسناده حسن. وابن حبان في صحيحه (رقم 81)، وأبو يعلى، والضياء المقدسي. الردء: العون والناصر. وفي شرح مشكل الآثار للطحاوي (865): ...قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّهُمَا أَوْلَى بِالشِّرْكِ الْمَرْمِيُّ أَوِ الرَّامِي؟ قَالَ: لَا بَلِ الرَّامِي. وأخرجه الطبراني عن معاذ (20/88 ، رقم 169) بنحوه بلفظ:أخوف ما أخاف على أمتى ثلاث رجل... وذكر هذا أولهم.
Terjemahan: Dari Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri al-Quran itu, dan ia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”.
(Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban, Abu Ya’la, dan al-Dhiya’. Kata al-Haythami: Isnadnya hasan)
Dalam riwayat al-Tahawi dan al-Tabarani: Aku bertanya: Ya Rasulullah, yang manakah lebih layak dengan tuduhan syirik itu, yang dilontar atau yang melontar? Jawab baginda: “Tidak, bahkan yang melontar”.
Sifat-sifat yang digambarkan oleh Nabi SAW dalam hadis ini iaitu seorang yang mahir dengan al-Quran sehingga terlihat kesan al-Quran itu pada dirinya serta mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan Islam, menunjukkan mereka ini adalah orang-orang yang semangat beramal dan berpegang dengan agama.
Namun sayangnya mereka ini punya kelemahan dari sudut kefahaman ilmu dan juga sifat warak (barangkali boleh disebut sebagai; kurang fiqh dan tasawuf). Lantaran itu, mereka mudah menuduh orang lain sebagai sesat dan melontarnya dengan tuduhan syirik. Sedangkan tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali. Sebab itu Rasulullah SAW menyatakan bahawa tuduhan syirik itu kembali kepada dirinya. Ini menunjukkan satu kejahilan terhadap dirinya kerana ia menyangka bahawa perkara yang dipercayainya itu sebagai suatu isu besar dan masalah pokok dalam agama, sedangkan pada hakikat sebenarnya ia hanyalah isu cabang.
Pasti kita tertanya-tanya masalah apa yang begitu serius sehingga orang tersebut berani menuduh saudaranya dengan tuduhan syirik, padahal ianya tidak sampai ke tahap itu. Orang yang dituduh tersebut pasti tidak menganggap ianya sebagai syirik dan maka itu ia mengamalkannya. Pada hemat saya, tidak ada masalah khilaf yang dapat menimbulkan gejala dahsyat seperti ini kecuali masalahTAWASSUL dan ISTIGHATHAH yang telah melalui tempoh perselisihan yang amat panjang dan hampir tidak berkesudahan. Bahkan telah mengorbankan nyawa yang tidak sedikit.
Masya’ Allah, ini merupakan satu mukjizat Nabi SAW dalam hadis di atas. Apa yang diberitakan oleh baginda SAW ini begitu persis dengan apa yang berlaku pada umatnya hinggalah ke hari ini. Kerana ada setengah golongan yang begitu mudah melontar orang lain dengan tuduhan syirik, padahal perkara tersebut hanyalah dalam masalah-masalah ranting sahaja.
Lihat contohnya bagaimana Imam Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Malikiرحمه الله seorang tokoh ulama besar yang masyhur telah dituduh sebagai pendokong syirik oleh orang yang tidak sedikitpungentar akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kelak terhadap perbuatannya kerana sifat angkuhnya. Dia menggelar Imam al-Maliki رحمه الله dalam judul bukunya: Mujaddid Millah ‘Amru ibn Luhayy wa Da’iyah al-Syirk fi Haza al-Zaman (Pembaharu Agama ‘Amru bin Luhayy si-Penyembah Berhala dan Pendakwah Syirik Di zaman Ini). La hawla wala quwwata illa biLlah...
Golongan seperti yang dinyatakan ini mestilah dihindari dan ditolak cara pemikiran mereka. Semangat agama yang kuat sahaja tidak cukup jika tidak dibekali dengan roh ilmu serta zikir.


Orang Johor Kena Tipu Dengan Xavier Jayakumar Kaw-Kaw.. Muahahahahaha..!!!



Sembang lebey... korang check la kat Sri Andalas tu.. tanya orang saner...

Cash berkembang???  Mana taknya, kalau asset anak negeri seperti PKNS, Yayasan Selangor dan banyak lagi habis digadaikan...  

Cash berkembang???  Habis yang berjuta-juta lesap dari Yayasan Selangor tu apa cerita?  Camna urustadbir tu...? 

Nak sembang pasir?? kehkehkehkeh... janji Khalid Gagap depan Sultan Selangor apa cerita?  Mana kutipan yang dilaung-laungkan suatu ketika?  Mana pergi itu duit?  Merakyatkan ekonomi Selangor?  Mengkronikan pasir Selangor ada la...

Freedom of Info Act itu hanyalah retorik.  Lihatlah isu DUMC.. bukankah Khalid Gagap suruh semua exco tutup mulut?  Bukan itu sahaja, JAIS pun Bujang Senang lihat macam berani tak berani je nak bukak mulut.. apahal?  Sudah kena sound ka?  Freedom?  Yeaahhhh.. Freedom that gone!!!

Kasihan la orang Johor... kena dengan si Xavier ini.  Almaklumlah.. orang Selangor dah tersedar, janganlah hendaknya orang Johor terkena macam orang Selangor kena... 

Sekali itu kesilapan, dua kali itu bodoh.  Orang Johor pilih yang mana???

Pernah Tengok Penghujung Pelangi? Ni Dia...


Seumur hidup kita memang amat sukar untuk mencari dan melihat hujung pelangi yang cantik berwarna-warni.  Bujang Senang dengan seorang pengguna lebuh raya di UK amat bertuah kerana dapat melihat dengan matanya sendiri penghujung pelangi betul-betul di atas sebatang jalan lebuh raya yang dilaluinya.  Bujang Senang sempat merakam gambar peristiwa paling hebat yang belum pernah dialami selama ini.

MEMANG ADA EJEN DALAM JENTERA KERAJAAN TETAPI BUKAN EJEN ANWAR

EDITOR Kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mendakwa terdapat `orang-orang Anwar' di dalam jentera kerajaan khususnya di bahagian-bahagian strategik untuk menjatuhkan Najib sebagai PM. Dakwaan beliau ini membuatkan DS Anwar tertawa dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Utusan.

Dalil buat Datuk Zaini beranggapan demikian seperti katanya, "...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang? "Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' (Malaysiakini).

Jika begitulah keadaannya, Utusan sebenarnya mengaku bahawa pengaruh DS Anwar bertambah hebat, jika tidak masakan Ketua Pembangkang ini boleh `menyerapkan' orang-orangnya di dalam jentera kerajaan lebih-lebih lagi di bahagian-bahagian strategik yang tentunya sentiasa diawasi oleh perisik-perisik kerajaan? Ini membuktikan bahawa segala fitnah dan propaganda yang dimainkan oleh media `berlidah Syaitan' ini gagal samasekali untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej DS Anwar. Akibat kekecewaan mereka, maka keluarlah kenyataan seperti itu.

Sewajarnya persoalan yang harus ditanya adalah, "benarkah kos perbelanjaan lawatan resmi Najib dan Rosmah serta penerbangan percutian suami isteri ini mencapai jumlah seperti yang didakwa oleh Pembangkang? Benarkah kos senggaraan rumah PM termasuk bil letrik dan air mencapai jumlah puluhan juta ringgit setahun? Benarkah Rosmah mendiami hotel mewah di Dhubai yang bernilai ratusan ribu semalam? Ini yang patut dipersoalkan oleh Datuk Zaini dan ini juga yang perlu dijawab oleh Najib dan Rosmah kalaupun Rosmah tidak mahu menjawab tentang isu cincin 24 Juta itu.

Mengapa yang ditekankan sangat atau yang dirisaukan sangat oleh Datuk Zaini adalah `siapa yang menyalurkan maklumat semua itu"? Datuk Zaini boleh menyebut beliau merasa lega dan boleh tidor lena jika tiada ejen DS Anwar di dalam jentera kerajaan. Katanya, "Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku."

Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau tidak boleh tidor lena sekiranya beliau tahu maklumat bahawa Najib dan Rosmah berbelanja boros menghabiskan wang rakyat. Sebaliknya, beliau merasa lega jika tiada ejen DS Anwar walaupun mungkin ada kebenaran dari maklumat tersebut. Beliau lebih takut kepada DS Anwar daripada takut hilangnya wang rakyat jauh sekali takut kepada Allah. Tahap `pengampu' Editor Kanan Utusan ini mungkin sudah sampai ke tahap maksima.

Memang ada lojiknya jika terdapat `ejen' di dalam jentera kerajaan kerana setiap orang Islam adalah `ejen' kepada Allah untuk mencegah yang mungkar. Jika saya berada di dalam kerajaan sekali pun, saya akan dedahkan jika saya tahu ada kemungkaran yang berlaku tetapi bukan kerana Anwar. Tidak dapat dinafikan sekarang ini majoriti kakitangan kerajaan adalah mereka yang tidak mahu bersekongkol dengan sifat rakus Najib dan Rosmah. Justeru itu, tanpa diminta oleh DS Anwar atau Pembangkang maklumat ini sampai juga.

Maka, memang wajarlah DS Anwar merasa lucu dan tertawa dengan dakwaan Datuk Zaini itu. Najib dan Rosmah harus ingat, ejen-ejen ini akan terus bekerja selagi Umno/Bn memerintah kerana rakyat sudah tidak sanggup lagi berputih mata melihat betapa rakusnya hak rakyat dibolot dan dijamu semahu-mahunya oleh dua insan bernama Najib dan Rosmah ini. /wfauzdin.blogspot.com

18 Dalil Kita Alpa Pada Nikmat Allah

PARA ulama sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatahttp://ahkath.files.wordpress.com/2011/06/masjid_21.jpgh serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.
.
Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud, bermaksud: 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni syurga.

Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1. Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
2. Iman yang amat lemah terhadap rukunrukun iman yang enam.
3. Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta syurga dan neraka. 4. Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.
5. Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
6. Berputus asa daripada rahmat Allah (kasih sayang-Nya).
7. Tidak mempercayai qada dan qadar Allah malah mempertikainya.
8. Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.
9. Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).
10. Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.
11. Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.
12. Terlibat dalam perkaraperkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.
13. Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.
14. Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang salih.
15. Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.
16. Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.
17. Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.
18. Meninggalkan tugas utama amar ma’ruf dan nahi munkar.
Apabila individu Muslim mampu mengelakkan diri daripada 18 perkara di atas, pasti mereka akan meniti kejayaan sebenar 

Di Penang Guan Eng Kena Lempang, Di Selangor Anwar Kena Belasah...!


KISAH Guan Eng kena lempang masih panas. Ianya jadi bahan perbualan seluruh negara, terutamanya di kalangan kaum Melayu. Kaum imigran cina pun tidak kurang juga. Biasanya, yang sejengkal akan jadi sedepa. Tetapi di pihak Guan Eng dan kaumnya, yang sedepa jadi sejengkal.

Mereka rasa malu dan tak mahu dihebohkan. Biasalah... kaum imigran tu bukannya macam orang Melayu. Mereka senyap dan bertindak pun secara senyap. Sedar-sedar, hak Melayu terlingkup je.... Orang Melayu bagikan ayam lepas bertelor sementara orang cina macam penyu bertelur.

Bertindak senyap dan tanpa kesan. Menyorok dan sembunyi-sembunyi. Sedar-sedar anak penyu ‘berkesoi’ keluar dari lubang tempat ibunya bertelur. Banyak dan secara senyap juga berenag ke laut dalam. Membesar dan akan jadi ibu untuk membiakkan keturunannya ditempat sama.

Kalau Guan Eng hebat kisahnya di Penang, Anwar Ibrahim pula hebat ceritanya dari Selangor. Ceramah-ceramah SSDE yang telah berlangsung menyaksikan Anwar Ibrahim dibelasah seteruk-teruknya oleh Senator Ezam Mohd. Noor, bekas general Anwar di zaman reformasi.

Ceramah-ceramah Ezam dengan jelas memberitahu bahawa Anwar Ibrahim sememangnya seorang peliwat. Kata Ezam, dia berani berkata begitu kerana yang memberitahu beliau adalah Wan Azizah sendiri - isteri dan Presiden PKR. Dan kerana itulah beliau meninggalkan Anwar dan PKR. Bukan sahaja meninggalkan parti yang memperjaungkan Anwar itu tetapi, mendedahkan segala kelemahan, penipuan, pembohongan dan lakonan Anwar Ibrahim.

Pendek kata, semua kerja mungkar Anwar Ibrahim di dedahkan Ezam kepada umum. Semua orang boleh dengar dasn semua orang boleh faham. Bahasanya mudah dan tidak berbelit-belit.

Kesemua ceramah Ezam dalam siri SSDE, membelasah peribadi Anwar Ibrahim dengan cukup hebat. Tidak cukup dengan itu, semua ceramah Ezam disiarkan melalui you tube oleh kebanyakan blog yang menentang pakatan.

Maknanya, kini seluruh negara boleh dan telah mendengar apa yang Ezam dedahkan. Dan intipati pendedahannya mengatakan ‘Anwar Ibrahim memang peliwat’. Beberapa kali diulang-ulangnya kebertanggungjawaban beliau dengan apa yang dikatakan itu.

Di masa sama, Ezam juga mencabar Wan Azizah menafikan kata-katanya dan mencabar Anwar Ibrahim mendakwanya di mahkamah. Selain apa yang didedahkannya itu, Ezam juga mendakwa akan mendedahkan pelbagai salahlaku lain Anwar Ibrahim jika kedua suami isteri itu menafikan apa yang ceramahkannya itu.

Hakikatnya, hingga kini Anwar dan Wan Azizah membisu. Tak ada komen sedikit pun. Pendek kata, keduanya tak berani bersuara mengenai apa yang diceramahkan Senator Ezam Mohd. Noor itu.

Inilah yang menjadi tanda tanya umum. Kalau hal lain Anwar dengan garangnya akan menyaman siapa yang mencabarnya, kena dengan Ezam dia terkedu. Tak Berbunyikkkk....

Kalau Guan Eng cuba membuat kenyataan dalih mengenai Pak Ali yang melempangnya, Anwar Ibrahim langsung tak berani bersuara. Kelantangan dan kepetahan pidato Anwar tidak mampu menentang Ezam. Kehebatan belitan Anwar tak terdaya menyanggah apa Ezam dedahkan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Anwar Ibrahim telah bertemu ‘buku dengan ruas.’

Kalau dibandingkan antara Guan Eng dan Anwar Ibrahim, rasanya belasahan Ezam lebih teruk dan hebat daripada lempangan Pak Ali. Cuma yang berbeza, kes Pak Ali baru berlaku sementara belasahan Ezam adalah perkara lama.

Bujang Senang: Ucap tahniah dan syabas kepada Senator Ezam kerana keberaniannya terang-terangan mencabar dan mendedahkan perangai buruk Anwar Ibrahim. Kalau kesalahan biasa boleh diterima umum, bagaimana dengan pengesahan bahawa Anwar Ibrahim benar-benar peliwat? Apa komen para penyokong dan teman setia Anwar Ibrahim? Bagimana pulak dengan Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Mahfuz dan Mat Sabu yang mecipta istilah ‘Anwar al-Jubori’?


Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2010/08/di-penang-guan-eng-kena-lempang-di.html#ixzz1ZID1U7An

Harapan Kita? Malaysia Kita?

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk memenangi sokongan golongan muda, muncul sebuah kelab yang dikenali sebagai NRC11 - Kelab Najib Razak.

Dan angka 11 di belakangnya? Ia dikatakan nombor kegemaran perdana menteri!

NONEDitubuhkan pada bulan April, sasaran demografi aktiviti NRC11 
sama sepertimana projek Najib - pengundi muda.

Tetapi mereka yang menyerti acara-acara anjuran kelab ini tidak akan perasaan sebarang unsur politik mengenainya.

Kumpulan belia (kebanyakannya alumni Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire (UKEC) menganjurkan ceramah, melakukan kerja kebajikan, mengambil bahagian dalam pertandingan futsal dan menonton perlawanan sepak bola di restoran mamak.

Menurut lamanwebnya, NRC11 ialah satu inisiatif pergerakan bebas yang bertujuan untuk memupuk semangat dan nilai-nilai aspirasi Najib. 

"Pergerakan yang diwujudkan di peringkat akar umbi ini diharap dapat mewujudkan komuniti yang saling menyayangi dan kesatuan majmuk yang lebih utuh. 

"Mesej perpaduan bangsa dan Negara dapat disampaikan dengan lebih berkesan bukan melalui saluran pergerakan politik atau retorik gah yang sedia ada tetapi melalui kegiatan komuniti yang positif dan memberi manfaat bersama." Itulah catatan di lamanweb berkenaan.

Menurutnya lagi, NRC11 adalah sebuah kelab yang menjalankan inisiatif membina negara yang memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat.

NONE"Kami percaya nilai-nilai, visi dan cita-cita Najib (Abdul) Razak, 
perdana menteri kita, tetapi kita tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Menurut lamanweb itu, kelab tersebut menyokong pelan transformasi perdana menteri dan ia wujud kerana mahu rancangan-rancangan tersebut dilaksanakan.

"Kita tahu bahawa kerajaan tidak sempurna dan adakalanya mereka buat kesilapan dan keputusanyang salah. Dan kita tidak sentiasa bersetuju dengan mereka ... Itulah sebabnya mereka harus tahu apa yang rakyat fikir dan mengapa," katanya.

Pembunuhan Banting: 65 sampel tanah terdapat kesan darah

SEBANYAK 65 sampel tanah yang mempunyai kesan darah ditemui di Ladang Gadong, Banting iaitu lokasi Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh sebelum dibakar pada Ogos tahun lalu.

Timbalan Ketua Bahagian Digital, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner (ACP) Hussein Omar Khan semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu berkata, penemuan itu hasil kerja-kerja menggali yang dilakukan di kawasan tapak pembakaran berhampiran sebuah kolam di ladang tersebut.

Jelas saksi pendakwaan ke-51 itu, kerja-kerja tersebut dilakukan oleh beliau dan pasukannya di beberapa lokasi dengan bantuan pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada 9 dan 10 Oktober tahun lalu.

''Kami dibantu oleh pegawai penyiasat untuk menentukan lokasi-lokasi yang sesuai digali bagi mendapatkan sampel, sementara bagi kerja-kerja menggerudi, ia dibuat oleh pegawai Jabatan Mineral dan Geosains.

''Tanah sedalam 90 sentimeter digerudi dengan menggunakan satu alat khas. Pada setiap 10 sentimeter, saya ambil sampel sebesar kiub dua sentimeter untuk diuji dengan 'hemocculet sensor card' bagi mengesan kehadiran darah.

''Pada 9 Oktober, sebanyak 16 sampel tanah didapati positif darah dan pada 10 Oktober pula, sebanyak 49 sampel tanah diuji dan positif darah,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Dalam kes ini, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun semasa disoal oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Hussein mengakui bahawa pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel-sampel tanah itu menunjukkan ia negatif darah.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dasar Sungai Panchau, Banting pada 15 September 2010, menemui sebanyak 417 serpihan tulang, tiga batang gigi, dua utas rantai, dua keping syiling, satu anak kunci, 15 kepingan logam dan empat ketulan logam dipercayai emas.

Katanya, penemuan itu setelah pencarian dibuat dalam kawasan sejauh 24 meter dan lebar lima meter dengan tanah dasar sungai sedalam 30 sentimeter diayak dengan menggunakan penapis.

Sementara jam tangan jenis Seiko Honda Racing Team milik Kamaruddin dan jam tangan jenama Bell & Ross milik Ahmad Kamil ditemui di dasar Sungai Kanchung Laut semasa pencarian dibuat pada 13 dan 14 September 2010.

Beliau turut mengakui anggota yang membuat pencarian di dasar sungai tidak memakai sarung tangan getah semasa kerja-kerja itu dilakukan kerana keadaan persekitaran dengan permukaan yang tajam menyebabkan ia pecah.

Bagi pemeriksaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Arak, Banting pada hari yang sama pula, pasukannya menemui 11 batang kayu termasuk sebesar kayu balak yang ada kesan terbakar serta sampel sisa-sisa kebakaran.

Pada prosiding hari ini, tertuduh keempat, Kathavarayan yang dilihat tidak sihat dan agak susut tubuhnya tidak hadir kerana dibawa oleh pihak penjara ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ke-36 bersambung esok.
- Laporan: UtusanOnline


Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/09/pembunuhan-banting-65-sampel-tanah.html#ixzz1ZI9sLvag

Tanah adat pribumi Sarawak dimaju ikut kaedah Felcra

Sarawak telah memperkenalkan pengurusan tanah cara baru yang menggunakan model Felcra Bhd untuk memajukan tanah Hak Adat Pribumi (NCR) di negeri itu, kata Menteri Pembangunan Tanah negeri, Tan Sri Dr James Masing.

Beliau berkata, model baru pengurusan tanah itu dilaksanakan untuk julung kalinya di Sarawak di Pasai Siong tidak jauh dari Sibu.

“Persetujuan telah dicapai dengan Felcra pada Jun. Ini kali pertama kami menggunakan model ini untuk menguruskan tanah NCR.

“Sebenarnya, Felcra telah menggunakan model ini di kawasan lain melalui program Ladang Rakyat, tapi inilah kali pertama ia diguna pakai bagi tanah NCR.

"Ini kerana, untuk memajukan tanah NCR, persetujuan pemilik tanah perlu diperoleh terlebih dulu. Felcra akan mengurus projek perintis ini dengan mengenakan bayaran tertentu selama 15 tahun,” kata Masing ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut model baru pengurusan tanah itu, para pemilik tanah NCR akan memegang 90 peratus saham dan selebihnya dipegang oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA), manakala Felcra akan mencari sumber pembiayaan yang diperlukan dan hanya mengenakan bayaran pengurusan serta pemasaran. – Bernama

BERITA PENUH: Muka baru dan kementerian baru kabinet Sarawak


KUCHING: Rombakan Kabinet Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini menyaksikan pembentukan sebuah kementerian baru, lima kementerian ditukar nama dan tujuh muka baru dilantik sebagai Menteri Muda.

Kementerian baru dalam rombakan Kabinet yang akan berkuatkuasa Jumaat ini ialah Kementerian Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga yang akan diketuai Datuk Fatimah Abdullah dan dibantu dua Menteri Muda yang juga muka baru iaitu Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat Vincent.

"Muka-muka baru Menteri Muda lain ialah Julaihi Narawi, Abdul Karim Hamzah, Datuk Len Talif Salleh, Dr Jerip Susil dan Liwan Lagang," kata Taib pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini.
Semua Menteri Muda baru itu akan mengangkat sumpah jawatan Jumaat ini.

Taib berkata, Julaihi dilantik sebagai Menteri Muda Pembangunan Industri (Pelaburan dan Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar; Abdul Karim sebagai Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia).

Len Talif dilantik sebagai Menteri Muda Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal); Dr Jerip sebagai Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam) manakala Liwan sebagai Menteri Muda Pembangunan Sosial (Kebudayaan dan Warisan).

"Semua menteri penuh dikekalkan dan sebahagian kementerian mereka ditukar nama," katanya.

Taib berkata, lima kementerian yang ditukar nama adalah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi yang akan dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Sosial diketuai Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan manakala Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam ditukar menjadi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti diketuai Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Wong Soon Koh.

Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber akan dikenali sebagai Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar; Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar menjadi Kementerian Perumahan manakala Kementerian Pelancongan dan Warisan dikenali sebagai Kementerian Pelancongan, kedua-duanya di bawah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Taib yang mengekalkan porfolio Kementerian Kewangan serta Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, berkata tiada keperluan segera untuk pelantikan Timbalan Ketua Menteri kedua.

Beliau berkata, barisan Kabinet sedia ada dengan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri yang dipegang oleh seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar sepatutnya tidak menjadi isu besar.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri kedua sebelum ini disandang Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, kosong berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Taib berkata, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, dikekalkan sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan juga akan memegang portfolio Menteri Kanan bersama Sooh Koh dan Mawan.

Ketua Menteri itu berkata, peranan mereka sebagai Menteri Kanan adalah untuk menyelaraskan sesama mereka pembangunan khusus yang perlu dilaksanakan bersama.

Taib berkata, Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, dilantik menjadi Menteri Pembangunan Industri yang baru dan kekal sebagai Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua serta Menteri Kemudahan Awam manakala Datuk Seri Michael Manyin kekal dengan portfolio sebagai Menteri Pembangunan Instruktur dan Komunikasi.

Taib berkata, tiga jabatan negeri negeri iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan pihak berkuasa tempatan akan disusun semula.


"Penyusunan semula JKR kini sudah hampir selesai manakala pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pertanian mungkin mengambil masa kira-kira lima tahun untuk selesai," katanya. -BERNAMA

Sep 28, 2011

DAP tebuk dinding guna jari saja di Sarawak...

Antara PAS, PKR dan DAP, siapa yang akan tenggelam dahulu di Sarawak?
Selain DAP yang tidak yakin sokongan Bumiputra di kawasan pedalaman Sarawak, PAS lebih sukar untuk meraih sokongan di negeri ini. Ternyata harapan hanya kepada PKR. Namun sudah terbukti, PKR sudah ditolak rakyat meskipun kempen 'Berubahlah' di buat besar-besaran sebelum pilihanraya negeri diadakan.

Ternyata kawasan Parlimen yang lebih besar memerlukan sokongan  masyarakat Bumiputra untuk menang, bagaimanapun jika sekadar mengharapkan kemenangan di bandar-bandar 100% memihak Pakatan Rakyat untuk menguasai Parlimen negeri Sarawak seumpama berangan-angan ketika berkhayal.

Maka, apakah mereka akan ubah kaedah berpolitik serta bersedia untuk meredah hutan dan mengharungi sungai-sungai semata-mata untuk memperjuangkan hak/kepentingan masyarakat bumiputra yang sudah lama hendak dilupuskan DAP?

I don't think so.....

DAP Tidak Akan Pergi Jauh Ke Kawasan Luar Bandar Di Sarawak Untuk Raih Sokongan


DAP tidak akan pergi jauh ke kawasan luar bandar untuk memperluas dan mengukuhkan sokongan bagi mencapai hasratnya mengambil alih kerajaan neegri, kata presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Beliau berkata ini kerana isu-isu yang dibangkitkan kebanyakan berpusat di bandar di samping DAP tidak mampu menghadapi cabaran ke kawasan luar bandar atas faktor geografi.

"Jenama politik DAP, saya fikir tidak mudah diterima oleh kebanyakan penduduk luar bandar. Ini juga kerana kebanyakannya adalah berdasarkan tuduhan, tidak benar dan kritikan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Adalah senang untuk mengkritik...jadi sangat mudah tetapi mencari penyelesaian sangat susah. Hanya kerajaan pada hari ini yang ada penyelesaian kerana kita ada pihak berkuasa untuk lakukan.

Walau apa pun keputusan pilihan raya negeri lepas hendaklah sebagai pentunjuk di mana pada amnya penduduk kawasan luar bandar di Sarawak menolak pembangkang," kata beliau.

DAP Sarawak baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa sementara di Kanowit dan berhasrat untuk ke Kapit dan bandar di kawasan luar bandar.

Dr Masing yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Balleh di Kapit berkata ia mungkin mampu menarik beberapa cedekiawan Dayak yang pada dasarnya mengkritik kerajaan tetapi ramai lagi intelektual dengan Barisan Nasional (BN).

Mengenai persediaan PRS pada pilihan raya parlimen akan datang, katanya beliau telah melawat Sri Aman, Lubok Antu dan Julau untuk mendapatkan pandangan lapangan terhadap wakil rakyat sekarang di kawasan pilihan raya itu.

"Dari mood mereka, saya boleh bayangkan PRS boleh mengekalkan semua kerusi itu. Tetapi pastinya kita masih terlalu awal dan kita akan lihat apa akan berlaku sebelum saya buat cadangan terakhir.

Saya setakat ini agak puas hati dengan pencapaian wakil rakyat kita William Nyalua Badak di Lubok Antu, Mesir Kujat di Sri Aman dan Datuk Joseph Salang di Julau," katanya.

Dr Masing dijadual melawat kawasan pilihan raya yang dipegang PRS iaitu Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang tidak lama lagi.

-- BERNAMA

DS Najib... Pengundi Baru BN Bagaimana?


BJS gunakan poster diatas, yang diilhamkan oleh rakan sewaktu beroperasi sebagai Warkah Kalam Timur.  

Dan ini bukanlah pertama kali GT utarakan perkara yang sama.  Walaupun berulang-ulang, itu adalah konsistensi dari blog Gerakan Timur dalam memastikan orang kita mendaftar sebagai pemilih.

Kenapa?  Because politics plays with numbers.  Even 1 vote would determine of whether you win, lose or draw.  That is the significant of 1 vote.  

I am telling you the truth, about the basic things that all political parties or politicians would agree 100%.  

Dan TAK GUNA cakap berdegar-degar, sembang politik seharian, program sana sini SEKIRANYA DAFTAR UNDI BARU TIDAK DIBUAT. 

BJS nak tanya UMNO, bagaimana dengan pengundi baru?  OK?  
BJS nak tanya MCA, bagaimana dengan daftar pemilih baru?  OK?
BJS nak tanya MIC, bagaimana pula dengan pengundi baru?  OK?

Barisan Nasional, bagaimana dengan perkara ini?  

Kepada anda semua, please take a look at your closest person.. mungkin ahli keluarga atau kawan-kawan.  

Sudahkah mereka mendaftar sebagai pemilih? 

Gempar : Ketua Pengarang Harakah jumpa PM Bisik Perpaduan ?




Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman hadir dalam majis PM merasmikan buku Ainuddin pejuang 'degil' melayu di UTM Jalan Semarak sebentar tadi.

Berita boleh rujuk fb dan twitter Panglima.

Panglima juga sempat rakam gambar perjalanan majlis dan gambar beliau yang hadir dari awal hingga selesai acara.

Ahmad Lutfi yang juga Ketua Pengarang Harakah walaupum bertongkat selepas pembedahan 'bypass' tetap hadir di majlis rasmi PM agak menimbulkan misteri.

Adakah ada sesuatu cuba disampaikan secara langsung kepada PM dari Hj Hadi oleh beliau?

Wallahu A'lam.

Atau ia ada kaitan dengan masa depan Pas dalam Pakatan yang makin hancur?

Baru-baru ini Pesuruhanjaya Pas Selangor pun datang pemukiman adun adun BN yang dibuat di Selangor.

Bahkan turut menyanyi bersama adun kita khabarnya.

Adakah ini tanda Pas mula menyahut seruan damai dalam diam selepas mereka sudah hampir 'tenggelam'?

Sekali lagi, wallahu a'lam.

Yang pasti masa depan Pakatan kian suram walau sudah licin bekalan fitnah dilemparkan!

Baca jawapan Yb Datuk Zulkifli Nordin isu hudud dan perlembagaan yang boleh anda baca di sini

zul4kulim.blogspot.com/2011/09/realiti-hudud.html

Video & Transkrip Ucapan Guan Eng


Apa lagi yang Guan Eng hendak berbohong. Sudah sudahlah, mengaku sahajalah. Hentikanlah perangai menipu dan menafikan. Bukti video pun sudah ada. Hairan benar pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan Guan Eng susah sangat hendak minta maaf secara terbuka atas apa yang telah mereka lakukan. Apa yang mereka suka buat adalah menyalahkan pihak lain dan menuduh orang lain sebagai jahat. Sedangkan mereka sebenarnya yang melakukan kesalahan. Apa ayat yang sesuai untuk sikap sebegini. Mungkin ayat ini sesuai, "hipokrit".

HARGA RON95 DAH TURUN RM1.40 KE?

Awal subuh tadi, sewaktu mengisi petrol, penulis terperasan harga yang tertera untuk RON95. Berkali-kali juga penulis perhatikan, kalau-kalau penulis tersilap tengok pam. Tapi pada bahagian tepi tempat meletak pam, tertera jelas perkataan RON95 bukannya DIESEL.

Apa yang membuatkan penulis tidak percaya, tertera harga seliter petrol untuk pam tersebut adalah RM1.40. Nak tengok pam lain, hanya penulis sahaja yang mengisi minyak. Nak bertanya kepada atendan pam, dia dah berkurung di dalam premis dengan pintu yang terkunci dan berantai.

Apakah harga petrol RON95 telah turun dari RM1.90 menjadi RM1.40?

Atau sebenarnya harga tersebut merupakan satu kesilapan teknikal dan masih tidak sempat diperbetulkan oleh pemilik petrol pam berkenaan?

Sesiapa yang membaca artikel ini tolong bagi kepastian....

PANAS ! Video Yang Anwar Ibrahim Confirmed Tak Mahu Tengok !


Video : Anwar kantoi tentang twitter

Bacaan seterusnya : KLIK SINI

Sep 27, 2011

TAWARAN DAP BERGABUNG DENGAN SNAP DITOLAK !!

Beberapa hari lepas, timbalan presiden SNAP Kebing Wan berkata, SNAP harus menolak pelawaan DAP melalui penasihatnya, Lim Kit Siang untuk mengabungkan kedua-dua parti. Menurut Kebing Wan, usaha untuk menggabungkan kedua-dua parti harus dihentikan berikutan terdapat ketidaksamaan antara kedua-dua parti yang amat ketara.
Beliau telah menghubungi jawatankuasa pusat parti untuk menolak pelawaan dari parti DAP untuk bergabung yang telah dicadangkan oleh Lim Kit Siang selepas pilihanraya negeri April lepas. Lim Kit Siang memberikan cadangan tersebut setelah mendapati sokongan terhadap parti DAP di sesetengah kawasan meningkat dari 10% kepada lebih daripada 30%. Melihat daripada peningkatan tersebut DAP telah mempelawa SNAP untuk bergabung bersama untuk membolehkan DAP mendekati kaum Dayak dimana terdapat 14 kawasan parlimen majoriti kaum Dayak.

Setelah isu ini senyap selama beberapa bulan, kini timbul lagi isu ini seperti yang dijangkakan walaupun keputusan dan cadangan tersebut telah mengecewakan DAP. Menurut Kebing Wan, perberzaan ketara yang menyebabkan beliau menyarankan SNAP menolak tawaran tersebut adalah disebabkan SNAP dan DAP tidak memenuhi kriteria (sejarah & platform politik) yang sesuai untuk bergabung. Beliau menegaskan DAP adalah parti yang berpusat di Semenanjung dan mempunyai ideologi yang berlainan dengan SNAP parti tempatan. Sebaliknya Kebing Wan mencadangkan untuk mewujudkan kerjasama antara SNAP dan DAP untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk "mengambilalih kepimpinan Putrajaya". 


Melihat kepada keadaan, Kebing Wan mungkin tidak mahu SNAP digunakan oleh DAP semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Dayak bagi menghadapi pilihanraya umum kelak. Dan sudah pasti juga jika situasi berkenaan berlaku, DAP akan menyebarkan ideologi mereka secara tidak langsung dan SNAP akan kehilangan sokongan kerana kaum Dayak telah mengalihkan sokongan mereka terhadap DAP. Pada pilihanraya negeri yang lepas DAP telah mencapai keputusan yang memberangsangkan setelah memenangi beberapa kerusi DUN. Kejayaan DAP tersebut sudah tentu akan melenyapkan peluang SNAP untuk kembali bangkit dari zaman gelap mereka jika kaum Dayak memberikan sokongan kepada DAP. Walauapa pun, masih belum ada keputusan kukuh yang mengatakan SNAP tidak akan bergabung dengan DAP atau sebaliknya.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku, ikutilah perkembangan yang selanjutnya...

Lim Guan Eng Menunjukkan Kurang Ajar Dengan Berbaju Kuning Menyambut PM Najib


Ketua Menteri Pulau Pinang boleh kata apa sahaja. Alasan yang mereka berikan adalah memakai warna kuning, warna bendera Pulau Pinang. Umum tahu, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan sengaja mahu menjatuhkan maruah PM DS Najib dengan menunjukkan keegoannya, kebiadabannya dan perangai kebudak-budakan dengan memakai baju kuning, lambang yang BERSIH agung-agungkan sewaktu menyertai PM DS Najib berbasikal bersama-sama pelajar-pelajar Sekolah Cina di Pulau Pinang bagi tujuan mengutip derma, di Pulau Pinang, pagi tadi.





Adab menyambut tetamu, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Sebagai warga Malaysia yang bertamadun dan penuh adab susila, tetamu jangan sesekali dihina seperti yang dilakukan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya. Sayang, pelajar-pelajar sekolah yang jiwanya putih bersih dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin seperti ini.



Kalau jiwa komunis tu, komunis jugak! Mana tahu untuk menghormati orang lain.

Gempak Kabinet Bayangan Ketua Menteri Sarawak 2011


Barisan Kabinet Idaman Pakatan Pembangkang Sarawak

Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud akan merombak kabinet kerajaan negeri Sarawak pimpinan beliau dalam minggu ini. Ianya dilakukan enam bulan selepas selesainya proses pengundian untuk Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu.

Kabinet Sarawak yang ada pada hari ini adalah merupakan barisan menteri kabinet yang dilantik oleh Ketua Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak lagi dan selepas masing-masing menang semula dalam pilihan raya tersebut kecuali ADUN Piasau Datuk Patinggi Dr George Chan dan juga ADUN Krian Datuk Peter Nyarok yang tewas kepada pembangkang, mereka yang menang ini telah mengangkat sumpah bagi membolehkan kesemuanya untuk kembali semula kepada portfolio yang disandang sebelum pembubaran DUN Sarawak dilakukan.

Rombakan kabinet yang dijanjikan oleh Pehin Sri Taib pada minggu depan terhadap kabinet sedia besar kemungkinannya melibatkan lapan orang menteri penuh yang dilantik sebelum ini termasuklah sebelas Menteri Mudanya. Dalam senarai lapan orang READ MORE..........


Gomo berminat untuk mengetahui posisi Kabinet yang akan dilantik Pehin Seri dalam minggu ini memandangkan kita semua tahu bahawa hanya Dua kerusi sahaja yang dimenangi oleh SUPP bagi mewakili kaum Cina Sarawak.


Apakah Pehin Seri akan melantik salah seorang dari Adun SUPP menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri? Ataupun Pehin Seri melakukan pekara yang sepatutnya dengan melantik Timbalan ketua Menteri dari masyarakat Iban?

Sebelum ini Gomo ada meluahkan pendapat dalam artikel Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Patut Diberikan kepada PRS bagi mewakili Kaum Peribumi Dan Bukannya SUPP kaum Cina. KLIK DISINI 

Bukan nya niat nak masuk campur urusan dalam negeri Sarawak namun ingin melihat satu perubahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak selepas PRN yang lalu.

Kaum Cina sendiri telah menolak pemimpin BN mereka dan ini jelas memberikan satu tanda kepada kita yang lain bahawa mereka tidak menginginkan bahawa mana mana pemimpin BN dari kaum Cina menjawat jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan merekia tidak mahu suara mereka sampai ke peringkat Kerajaan.


Presiden SUPP Tan Sri George Chan yang mana pada waktu itu merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak turut tewas besar memberikan isyarat jelas bahawa kaum Cina itu sendiri yang menolak pemimpin dari kaum mereka.

Namun Gomo tak menafikan akan kehebatan dua calon SUPP Dato Sri Wong Soon Koh (Adun BN di Bawang Assan) dan Datuk Lee Kim Shin (Adun BN di Senadin) yang telah menang pada PRN yang lalu. Dan memang selayakknya mereka diantara berdua ini menjawat jawatan Menteri atau Menteri Muda dalam barisan Kabinet Negeri Sarawak namun tidak layak untuk diberikan mereka ini jawatan selaku Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Dengan tidak layaknya pemimpin Kaum Cina menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawakkelak maka ianya juga dapat memberikan satu gambaran jelas kepada kaum kaum Cina di Semenanjung yang mana mereka sendiri akan berfikir untung nasib bangsa mereka apabila mereka sekali lagi menolak BN pada PRU 13 kelak.

Gomo dengan yakin dan amat pasti bahawasanya BN akan kekal sebagai kerajaan pada PRU 13 kelak namun besar kemungkinan yang undi kaum cina akan memihak kepada pembangkang dan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi oleh parti MCA mahupun GERAKAN.

Justeru itu kaum Cina sendiri boleh menilai bagaimana mereka tampa suara dari barisan Kabinet yang ada kelak kerana suara mereka tidak akan dapat disampaikan secara jelas kepada kerajaan kerana ketiadaan wakil Kaum mereka nanti.


Senario Yang Sama Melibatkan Kedua Dua mereka ini

Mungkin boleh dilantik beberapa orang Senator namun apakah kaum Cina tidak malu hanya bergantung harap pada seorang Senator sebagaimana yang berlaku ke atas Tan Sri Koh Tsoo Koon Presiden Gerakan, Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?

Gomo yakin dan pasti ramai lagi pemerhati politik dan sesiapa sahaja akan melihat pengumuman dari Pehin Seri dalam barisan Kabinet Sarawak nanti. Sudah pasti yang akan menjadi satu tajuk besar adalah dimana kedudukan Adun BN Cina dalam kerajaan negeri.

Sudah banyak pekara yang kita pelajari dalam mendapatkan undi kaum Cina ini dan sudah sampai masanya jika kita beri mereka satu peluang untuk mereka sendiri belajar dan tahu erti TERIMA KASIH kepada kerajaan.

Pemimpin Kaum Cina TIDAK Layak menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak!!!

Psssttt...Asyik nak manjakan depa je tak boleh le, nanti naik lemak



Jika Pembangkang Menang Ini Barisan Kabinet Mereka,
Dimana Iban? Dimana Melayu?


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT