Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Nov 30, 2011

Isu Anak Luar Nikah.....Sabah Rekod Tertinggi

Seramai 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan antara tahun 2008 dan 2010, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie.Katanya, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan Sabah mencatatkan kelahiran anak tak sah taraf tertinggi iaitu 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983), Sarawak (17,570), Johor (16,298) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095).

Beliau berkata, berdasarkan kerja kes yang dijalankan pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual. 

“Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang bertanya mengenai jumlah anak luar nikah yang direkodkan antara 2008 dan 2010 mengikut pecahan negeri, punca dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu. 

Seai Kie berkata, antara langkah diambil kementerian bagi membendung gejala itu termasuk menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Kebangsaan pada 2009, melancarkan kempen Kami Prihatin pada April 2010, menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasi PKRS bermula Julai lalu, menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang memberi maklumat berkaitan isu psikososial dan perkhidmatan Talian Nur 15999. 

“Langkah ini diharap dapat membendung dan mengurangkan bilangan kes anak tak sah taraf, namun pembabitan dan komitmen semua pihak terutama ibu bapa dalam menangani isu ini amat diharapkan,” katanya. 
Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin mengenai tindakan terhadap pesalah sehingga melahirkan anak luar nikah, Seai Kie berkata, pasangan beragama Islam boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Persekutuan 1967, sementara tiada tindakan bagi pasangan bukan Islam. 

“Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah di bawah 16 tahun (yang melakukan hubungan seksual) sama ada secara sukarela atau paksaan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dianggap sebagai jenayah rogol dan jika lelaki yang melakukan jenayah itu melebihi 18 tahun, dia boleh disabitkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan,” katanya.

99 Nama Untuk Bin, Binti Anak Luar Nikah

Pasangan terlanjur yang malu meletakkan bin atau binti Abdullah pada nama anak mereka boleh memilih 99 nama Allah atau Asmaul Husna untuk menggantikan nama berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata ramai yang tidak tahu perkara itu menyebabkan mereka malu menggunakan bin Abdullah dalam sijil kelahiran anak tidak sah taraf, bagi mengelak anak itu dikesan tidak sah taraf.

"Inilah perkara yang ramai tidak tahu. Anak tidak sah taraf bukan saja perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah, tetapi boleh menggunakan 99 nama Allah antaranya Abdul Rahim, Abdul Razak, Abdul Malik, Abdul Aziz dan Abdul Latif."Jika mereka membuat pilihan ini, bukan saja makna nama itu lebih indah dan mulia, tetapi dapat mengelak daripada keturunan tidak sah apabila sewenang-wenangnya meletakkan nama individu lain sebagai bapa kepada anak luar nikah," katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai ramai pasangan terlanjur di negeri ini dikesan sanggup menipu tarikh perrnikahan bagi mengelak anak sedang dikandung ditakrifkan sebagai anak tidak sah taraf. Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyalahi hukum syarak, malah menyebabkan keturunan sesebuah keluarga itu tidak sah, malah tergolong dalam zina. 

Mengikut perangkaan dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tahun lalu sejumlah 623 pendaftaran anak tidak sah taraf dicatatkan di seluruh negeri ini, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh, berkata tindakan pasangan terlanjur menipu tarikh pernikahan adalah tidak beretika, kerana kesan daripada tindakan itu sangat dahsyat dan merosakkan keturunan. 

"Sekiranya bapa yang tidak sah mewalikan pernikahan anak tidak sah taraf, kesannya amat dahsyat dan berpanjangan. Jika pernikahan anak (tidak sah taraf) itu tidak sah, maka sepanjang keturunannya sehingga ke anak cucu tidak sah dan berada dalam zina. Malah, dalam pembahagian harta pusaka, anak tidak sah taraf juga tidak layak menerimanya,’’ katanya. 

"Jangan hanya kerana malu dan mahu menutup kesilapan sendiri yang berzina hingga melahirkan anak, soal keturunan anak ini diambil mudah. Sudahlah kita melakukan dosa zina, ditambah pula dengan penipuan yang memusnahkan keturunan ini, ingatlah balasan Allah," katanya.

BUJANG SENANG MENULIS LAGI !!!!

 
BS masih tak nampak lagi apa yang dah berubahnya UMNO serta pemimpinya. Dan BS juga tak dapat rasakan bahawa UMNO-BN akan menang besar pada PRU13 akan datang kalau beginilah sikap setiap pemimpinya.Sebab itu hati wak belum tergerak atau terbuka lagi untuk menyertai parti keramat orang Melayu ini. Baca teguran ikhlas dari SANGGAH TOK JANGGUT di bawah, yang ada menyebut tentang kelemahan UMNO yang tak pernah diperbaiki hangga ke hari ini.

Anwar rela apa saja!
PEMBANGKANG cukup banyak helahnya dan jangan sesekali Barisan Nasional ataupun kerajaan menganggap tindakan pembangkang sejak akhir-akhir ini membayangkan mereka ketandusan isu,kosong atau tiada tujuan dan mereka ketika ini menyusun strategi dengan cukup rapi dan kalau silap percaturan ataupun  kegagalan UMNO untuk menyerap tindakan mereka ini, UMNO dan BN akan terus ketinggalan dan hilang segala-galanya.
Sebelum ini mereka telah berjaya menjadikan Badan Kehakiman,SPRM,institusi Raja-Raja Melayu dan berbagai-bagai lagi badan berkanun dicemuh dan diperlekehkan rakyat,sasaran mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti,mereka akan lebih memberikan tekanan demi tekanan sehingga UMNO dan BN terkial-kial untuk menepis segala fitnah yang mereka rekayasakan.
BN jangan sesekali menganggap serangan demi serangan,portal-protal yang  pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Malaysian Chronicle, Free Malaysia Today dan lain lain lagi terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai serangan desperate, kosong atau tidak bertujuan.
BN terlalu bodoh kalau mereka menganggap begitu kerana Anwar ada pakar-pakar strategi politik yang menyusun gerakan-gerakan politk untuk dilihat mendahului UMNO dan BN.Mereka ini adalah agen-agen pengkhianat yang sangat berpengalaman dan lahir dari UMNO sendiri yang sentiasa akttif mencari kesilapan UMNO dan kerajaan yang mereka boleh manipulasikan untuk membantu politik pembangkang. Kita jangan sesekali menganggap mereka sudah bangkrap isu untuk diketengahkan.
Salah satu strategi mereka yang cukup berjaya adalah memastikan UMNO dan BN sentiasa bersikap bertahan ataupun defensive hingga kepimpinan UMNo dan kerajaan terpaksa menjawab banyak isu yang mereka bangkitkan dan kita harus percaya mereka akan sentiasa membangkitkan segala jenis isu untuk memastikan Barisan Nasional atapun kerajaan dalam keadaan kelam kabut untuk menjawab segala yang mereka rekayasakan.
Barisan Nasional dilihat gagal menangani isu-isu yang ditimbulkan pembangkang kerana kebanyakan mereka yang sepatutnya ke depan mempertahankan parti tidak efektif,mereka tiada bahan baru dan sudut pandang yang luas untuk menyanggah segala isu-isu yang pembangkang mainkan dan sebab itulah mereka ini dilihat menggelabah tidak tentu arah, Ini kejayaan pembangkang! Dan kerana pembangkang sedar,Barisan Nasional tiada keupayaan itu,mereka akan terus menyerang dan memaksa Barisan Nasional bertahan dan terus bertahan.
Lihat bagaimana mereka menyerang Shahrizat dalam isu National Fedlot (NFC) dengan mengelirukan rakyat seolah-olah Shahrizat terlibat dalam projek tersebut sedangkan NFC adalah dibawah kendalian suaminya tetapi Barisan Nasional lupa,seorang kakitangan Cina DAP  berkerja sebagai akuantan di syarikat itu yang dipecat oleh anak Shahrizat kerena menyeleweng lebih RM1 juta Ringgit.Semua data dan perincian ada di tangan Cina DAP ini dan kenapa UMNO terikut dengan rentak yang pembangkang mainkan?
Kita percaya bukan sahaja isu NFC ini akan dimanipulasikan oleh pembangkang malah ada 35 lagi isu besar yang sedang diteliti oleh pakar-pakar strategi yang Anwar lantiktermasuklah isu Kedai Rakyat 1Malaysia yang membuatkan kita lupa bagaimana isu ini dimainkan oleh DAP bagi menjaga kepentingan kaum Cina dan paling hampir isu yang bakal mereka mainkan untuk mengelirukan rakyat adalah isu Zahid Hamidi yang menaiki pesawat persendirian.
Kita lihat nanti bagaimana isu ini direkayasakan sebagai fitnah semau-maunya oleh pembangkang hingga UMNO terpaksa berdepan dengan serangan terbaru ini dan ini pun tujuan sebenar pembangkang.Soal betul atau tidak,itu soal kedua kerana yang paling penting rakyat harus terus dikelirukan.
Seperti kata Anwar, pembangkang akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun negeri yang mereka menang seperti Selangor,kedah,Kelantan dan Pulau Pinang.Percayalah dalam mahu mempertahankan kemenangan ini mereka akan berusaha untuk mencari segala silap kepimpinan sebelum ini seperti projek Science Park di Selangor dan menyerang isteri Noh Omar yang mereka dakwa ketika ini memiliki beberapa bidang tanah di Shah Alam.
Rakyat lupa akaun Swiss Bank Nurul!
Ini semua cuma sedikit dan di peringkat pengatur strategi media Anwar,semua isu dan fitnah yang mereka kumpulkan ini tidak  akan dilambak secara sekaligus. Ianya akan di guna secara berkala dan berperingkat- peringkat. Mereka guna pendekatan "blitzkrieg iaitu Lightning war “ yang cepat dan akan menyebabkan UMNO,kerajaan dan Barisan Nasional  terpaksa bertahan hingga rakyat lebih banyak melihat kesalahan UMNO dari kejayaan parti itu membangunkan rakyat dan Negara. 
Setakat ini taktik  fitnah mereka ini sedikit mencapai kejayaan dan ditambah lagi dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri membuka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan dan terlibat dengan tamak maka ianya akan memberikan lagi banyak modal kepada pembangkang untuk mereka menyerang kerajaan.
Sebagaimana ketika ini PKR menyerang Johor,fokus serangan politik mereka bertali temali dan berkemungkinan adalah Pulau Pinang dan Kedah. Percayalah dan kita yakin mereka akan menyerang mantan Menteri Besar Kedah sebelum ini iaitu Mahdzir Khalid dan semua orang yang rapat dengan mantan Menteri Besar ini. Banyak data sedang mereka kumpul selalunya data sebegini datang dari orang UMNO sendiri dan segala yang mereka kumpulkan itu akan dilambak satu demi satu  menjelang Pilihanraya Umum nanti.
Anwar mahukan blitzkrieg ini dijayakan sepenuhnya bagi menutup isu moral beliau yang terpaksa beliau hadapi ketika ini.Sehingga ke hari ini, mana ada rakyat yang bercakap soal anwar meliwat,melanggan pelacur Cina? Sebaliknya sekarang Isu lembu hingga ke kondo lebih menjadi bual bicara orang termasuklah  di kalangan UMNO. Keadaan ini cukup merbahaya dan UMNO,kerajaan serta Barisan Nasional terus diserang kerana kurang efektif ataupun idea baru untuk menyanggah segala yang pembangkang tohmahkan.
R.Azmi kawan baik di MCKK
Rakyat juga tidak didedahkan punca kematian sebenar penyanyi R.Azmi dan penyanyi ini mati kerana sakit apa kerana beliau juga adalah lepas daripada Kolej Melayu Kuala Kangsar,rakyat hari ini tidak tahu pun misteri di sebalik kematian penyanyi ini.KMKK atau MCKK ini cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.

Kita juga tenggelam dengan kelicikan Kalimullah yang sentiasa Berjaya melindungi dirinya daripada ditohmah sedanngkan ada sumber yang mendakwa bahawa beliau adalah Penasihat Ekonomi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dan kita seperti melupakan bahawa seorang bekas Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa Kalimullah ini adalah agen asing dan kita tidak pernah tahu siapakah yanfg rekomen Kalimullah untuk bertugas sebagai Setiusaha Ghafar Baba (Tun) dan orang yang mengatur stratgei ini adalah Anwar Ibrahim.
Tapi sehingga hari ini Kalimullah dan sekutunya diberikan layanan serta peluang perniagaan cukup besar dan disnilah kelemahan UMNO yang paling nyata,gagal mengenal musuh dalam selimut.Orang yang seharusnya bertanggungjawab menelanjangi segala kepincangan pembangkang ini masih lena diulit intan.

Cara yang Anwar mainkan dengan pakar-pakar yang dilantiknya cukup hebat hingga rakyat terlupa bagaimana anaknya Nurul Izzah mempunyai akaun di Bank Swiss,rakyat boleh jadi lupa usaha Anwar yang mahukan Malaysia ini kucar kacir sama seperti yang berlaku di Mesir ataupun Libya,rakyat seperti besekongkol dengan Anwar yang berusaha untuk kali terbarunya menyerang Negara dan Badan Kehakiman di Indonesia.Rakyat jadi buta kerana kesilapan UMNO.

Bukan sahaja kepimpinan UMNO dan kerajaan, rakyat juga harus sedar dan sentiasa diberikan kesedaran tentang apa yang didedahkan dalam youtube yang menceritakan bagaimana USA dan MOSSAD memainkan peranan untuk menggunakan orang-orang Islam dan rakyat sendiri untuk mencapai objektif jahat mereka.

Paling ketara sehingga ke hari ini UMNO masih seronok berperang sesama sendiri. Melondehkan antara satu sama lain sedangkan pembangkang sudah mula menyusup masuk ke setiap penjuru gelanggang politik.Menunggu masa UMNO lalai sepenuhnya dan ketika itulah baru mereka sedar,mereka sudah hilang segala-galanya.Kita tunggu dan lihat bagaimana aksi sarkas mereka ini dalam Perhimpunan Agung nanti!:-SANGGAH TOK JANGGUT

Nov 25, 2011

Backbenchers Giat Membantu PRU 13 Sarawak

By all counts, the country may be having the 13th General election, parliamentary elections for Sarawak, in the first half of 2012. DAP, a credible opposition in the State, has already declared its intention to contest in all Chinese majority constituencies in urban areas of Kuching, Sarikei, Sibu, Bintulu and Miri and five Dayak majority constituencies of Mas Gading, Mambong, Serian, Sri Aman and Kanowit.


The loose opposition pact, which has never agreed on anything except to oust Barisan Nasional from Putra Jaya, in the words of Anwar Ibrahim, is confident of wresting Putra Jaya with the help of Sarawak and Sabah.  DAP and allies in Sarawak hope to deliver at least 15 seats to realise their dream of becoming parties in the government come the 13th National Election.

Y.B. Dr. Annuar Rapa'ee
(Nangka)

DAP has already vowed, if elected to power, to scrap the development of SCORE, which it considers to be a burden to the people. Even the implementation of Bengoh dam is a big burden to the people in the four affected Bidayuh Kampung in Ulu Padawan . This article appears widely in Opposition websites. Ironically, members of DAP have not found it appropriate to speak against SCORE in the current sittings of the State legislative Assembly.  

Now it is not the time to consider that DAP and allies as dreamers. It has successfully diminished SUPP’s role as a party representing the Chinese community in Sarawak. Instead, the people must see that the stake is too great for the party to come even closure to power in Sarawak

Hence, parties in the government must make conscientious efforts to get the people to understand the development policies and programs and defend them together. They must work together not only to win an election but perpetuate a system of government   that can serve the people in genuine manner.  That should be the way to the future in carrying out the battle of the mind against the opposition, which is bent on belittling and thwarting their efforts in development. Even the proposed 2012 Surplus Budget, is seen by the Opposition as having the black hole.

Undoubtedly, the government has a got good track record of services. Besides, the present government has another five years to combine genuine services with the ability to be engaged with the people to help them to understand what it has been trying to do for them. 

Y.B. Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
(Semariang)

In this respect, parties in the government must look at the strategy that is far bigger and more permanent than just to win an election in order to get the people to support their policies and programs towards the year 2020 and beyond.  There must be substance in and whatever they advocate so that the people can see what are being done by the government for them.

The government, with its machinery, experience and expertise should be able to win over the situation provided the backbenchers are brave enough to hold on to the values that have been proven to be successful. They must be prepared to defend the heritage and past performances that have been proven to be successful.

DAP has already declared that it will scrap SCORE if it comes to power. There is no guarantee that the party will not destroy all the foundation of good governance and good economic policies that the government has been pursuing all throughout the years. That is the prospect that the must appreciate in facing the next general elections.

Y.B. Encik Dennis Ngau
(Telang Usan)

Obviously, government backbenchers must explain to the people how they can help themselves in the process of development; they will not help themselves merely by dishing out development allocations here and there.   They must defend their positions against the opposition in order to remain the government of the people and for the people.  They may suffer losses of votes from time to time but they must accept the ups and downs in politics as natural things in democracy. However, they must never sacrifice what they believe to be good for the people. That is the essence and the foundation of their relationship with the people.

Regrettably, some politicians within Barisan Nasional, sometimes opt to support the opposition’s stand, instead of defending the government, in popular debates with the misgiving that they may retain the support of the people. Such stance can be likened to kicking the ball into one’s own goal mouth.

Those concerned may survive as non players, which, in essence is the natural development of populist policies. Obviously, they do not subscribe to the concept of the government as a whole primarily   to maintain the institution and build a good network of information around them to enable them to defend all policies that are correct for the people.

Chief Minister, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, is his speech during a recent Parliamentary discourse for Government backbenchers, says an alternative route to get engaged actively with the people is through the machinery of local government. In this connection, councillors will be appointed by the government to explain to the people what ought to be done to ensure socio-economic and cultural development of the society can be carried out in a healthy manner.

He does not believe that local government should be consisting of another tier of politicians as it will only make politics to be our all and end all. There are people among the NGOs, who want to serve in a positive way to help the people. These people should be encouraged to participate in the acts of government in the services of the community and society. The process should be able to seep down slowly the empowerment of leaders at various levels in getting the people to understand bigger issues on the ground through maximum interaction between them and grass root leaders.  

Y.B. Encik Paulus Anak Gumbang
(Batu Danau)
 
Pehin Sri Abdul Taib believes the future of Sarawak is great.  The transformation to a bright future will get a lot of acceptance on the ground provided the machinery of the government can engage people to grab opportunities that are being built for them in the process of development. In this respect, it is important that the machinery of the government must be able to help the people to rise up to the challenge.  They must be encouraged to look forward into the future with hopes, ability and commitment to work for their own future.

He says the challenges ahead will be greater as the people are getting more literate.  They want to be involved in free discussions where even people, who may not have stakes in the country, can take part in them.  Basically, the challenge of democracy world over is adjusting to the situation that is overflowing with information, which sometimes are irrelevant to local settings and yet influencing the people. The internet is a new invention that has made the safeguarding of stability and development of democracy in quite an awkward manner. 

Pehin Sri Abdul Taib says government backbenchers must endeavour to equip themselves with relevant knowledge and information to help people to understand the good things that are being done for them. Admittedly, it is not an easy task to bring people, who have been fighting for poverty with very limited knowledge, to participate in the elaborate system of economic policies that will give them greater prosperity. 

Y.B. Encik Abdullah Saidol
(Semop)

Therefore, conscientious efforts must be made to win them over to support policies that are being advocated to make the concept of government by the people really benefit them. The struggle in the life of democracy must be made continuous as democracies, even if they have been developed for so long still need re-inventing to suit the time.

He admits that it is also very easy for government backbenchers to be dragged into debates with the opposition, whose primary goal is to get the best of publicity. They may win momentarily but can never remain strong because they cannot run away from the realities of life.   

For example, popular policies being pursued by governments in a number of developed countries in Europe have brought them to almost a standstill and put parliament into the position of quandary. The governments cannot find solution to their economic problems.  The leaders cannot find consensus even to get the country out of the serious crisis. 

Obviously, populist policies being pursued by governments in Europe have landed the countries in very serious debts. They have been resorting to borrowing in order to give what the people want without examining whether what the people want is what the country really needs.  All they care is how to get the majority support.

PEMBUNUHAN BERANTAI DI SARAWAK?

SEJUMLAH penduduk membunuh beberapa ekor ikan paus pilot dekat bandar Torshavn, Denmark kelmarin
BANDAR TORSHAVN, Denmark - Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan memotong daging ikan paus pilot dekat sini kelmarin.

Pada setiap tahun, penduduk di Kepulauan Faroe makan daging ikan paus pilot.

Penduduk di kepulauan itu merupakan keturunan Viking yang merupakan penduduk di Scadinavia yang terkenal sebagai pahlawan, peneroka, lanun dan pedagang pada abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-11 Masihi. 
Ikan paus pilot merupakan diet penduduk di kepulauan itu sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Penduduk itu akan memerangkap haiwan berkenaan ke sebuah teluk dan membunuh ikan tersebut.

Acara membunuh ikan paus itu dikenali sebagai Grindadrap dan daging haiwan tersebut tidak boleh dijual sebaliknya ia diagihkan dalam kalangan penduduk.









UMB AMAT DIPERLUKAN AHLI POLITIK MASA KINI


Dunia siber atau alam maya disifatkan sebagai ruang terbuka untuk sesiapa sahaja mengeluarkan kenyataan dan artikel yang berbentuk pandangan mahupun kritikan dengan menggunakan kemudahan media sosial seperti blog, facebook dan twitter.

Politik Malaysia sekarang ini banyak bersandarkan kepada kecanggihan media sosial namun sesekali tidak menidakkan kepentingan media tradisional yang mempunyai pengikut tersendiri terutama di kawasan luar bandar.

Kesediaan ahli politik menggunakan media sosial sebagai wadah perjuangan demi memahami permasalahan rakyat di kawasan. Inisiatif Perdana Menteri dalam penggunaan media sosial blog, facebook dan twitter bagi menjalankan kerja-kerja seharian dan sekaligus menjadikan media sosial sebagai tujuan merapatkan Perdana Menteri kepada rakyat menerusi alam maya.

Dalam dunia serba kecanggihan ini dan menjelang PRU-13, Perdana Menteri telah menyarankan kepada kesemua Ahli Parlimen BN mempunyai sekurang-kurangnya satu medium media sosial bagi memudahkan hubungan dan pertalian bersama rakyat. Medium perlu memandangkan generasi muda hari ini gemar berkomunikasi hanya menggunakan media sosial berbanding kesediaan mereka bertemu secara bersemuka.

Selepas perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC pada 20 November lepas, ramai ahli bloggesr Sarawak khususnya ahli-ahli parti telah mengeluarkan artikel berhubung keperluan hubungan Ahli Parlimen bersama bloggers Sarawak.


Secara asasnya, kita tidak boleh menidakkan bahawa kesemua Ahli Parlimen mahupun ADUN tidak mempunyai medium media sosial. Harus diingat kejayaan BN Sarawak mengekalkan penguasaan memerintah pada PRN Sarawak Ke-10 April lepas bukanlah disebabkan faktor penguasaan alam maya secara 100 peratus mahupun kebijaksanaan bloggers prokerajaan sebaliknya ia adalah atas usaha semua pihak termasuklah kepimpinan, parti dan pihak-pihak yang tidak bertuan, tetapi mempunyai visi dan misi bagi membantu BN Sarawak mengekalkan kuasanya.

Apakah selepas PRN Sarawak Ke-10, bloggers prokerajaan di Sarawak masih lagi berjuang atas nama agama, bangsa dan tanahair, atau terus tidur bersama mimpi-mimpi indahnya sambil menikmati kemenangan 2/3 BN? Ramai berpendapat kebanyakan bloggers prokerajaan ini  telah tidur lena atau mungkin sudah terkubur!

Berbeza dengan bloggers propembangkang yang tetap ligat memperkatakan tentang masalah di kawasan khususnya di kawasan yang menjadi topik hangat. Masalah tanah, pembangunan dan kesediaan wakil rakyat di kawasan menjadi sebahagian daripada sajian mereka setiap hari. Bagaimanapun, sajian mereka ini sedikit pun tidak terjawab oleh bloggers prokerajaan yang diamanahkan mempertahankan kerajaan seperti yang didakwa mereka. Akibatnya, bloggers prokerajaan sering kali diperkotakkatikan bloggers propembangkang.

Penggunaan Facebook sebagai kaedah bersembang secara terus dalam pelbagai hala menjadi pilihan sesetengah wakil rakyat. Beberapa contoh ADUN BN Sarawak yang cenderung menggunakan medium ini seperti ADUN Demak Laut, ADUN Nangka, ADUN Dalat dan beberapa lagi ADUN lain lagi membuktikan mereka ini mampu berdiri sendiri. Demikian juga dengan Ahli Parlimen seperti Ahli Parlimen Petra Jaya, Ahli Parlimen Sibuti dan beberapa lagi Ahli Parlimen sentiasa mengiringi keperluan kecanggihan media sosial. Di pihak pembangkang, mereka ini telah lama menggunakan kaedah media sosial ini termasuklah semasa berkempen PRN Sarawak Ke-10. Perkara atau faktor utama pemimpin Pakatan Pembangkang menang dan berjaya menambahkan bilangan kerusi dalam PRN Sarawak ialah dengan mengaplikasikan secara maksimum penggunaan media sosial.

Melihat kepada perkembangan ini, wakil rakyat BN Sarawak tidaklah buta IT seperti yang diperkatakan sesetengah pihak bahkan keperluan media sosial kini lebih terarah kepada keperluan sampingan selepas melawat kawasan bagi membuktikan bahawa wakil rakyat membuat kerja. Justeru, keperluan media sosial pada hari ini diibaratkan sebagai wadah untuk mendapatkan atau mengadakan sesuatu isu serta permasalahan di dalam sesuatu kawasan yang luas dan memberi kelebihan kepada rakyat yang lebih gemar menekan butang kekunci berkaitan masalah.

Selain blog dan facebook, twitter juga mempunyai kewibawaannya sendiri dalam menyalurkan maklumat secara terus. Ini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat kepada ramai rakan, tetapi juga dapat memberitahu situasi semasa yang sedang berlaku. Lihat saja bagaimana twitter ini pun boleh dijadikan bukti bagi membuktikan sesuatu peristiwa sebagaimana temberang Anwar Ibrahim dapat dibuktikan dalam kes video seksnya.

Hakikatnya, pemimpin perlu mempunyai medium media sosial sebagai suatu keperluan dan bukannya lagi suatu kepastian.

Nov 24, 2011

REALITI PENYAKIT MASA KINI (Akhir)

Artikel kali ini merupakan sambungan bagi artikel terdahulu, ia merupakan terjemahan artikel oleh Syeikh Nazim Al-Qubrusi Al-Haqqani yang bertajuk "PERAWATAN ALAMIYYAH". Beliau merupakan seorang ulama pakar Syariah dan juga menguasai ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kimia. Semoga Allah merahmati beliau...

Jika anda ingin membaca siri 1 dan 2 sebelum membaca siri ketiga ini, rujuk pautan berikut;





Dengan autoriti yang saya ada, saya menasihatkan semua manusia agar mendengar kalam-kalam Tuhan. Jika mereka tidak mendengar dan tidak patuh, bala tersebut akan turun kepada mereka dan tidak akan ada rawatan serta ubat bagi mereka. Tidak akan ada kegembiraan dan rehat bagi tubuh, minda dan hati mereka.

Ini termasuklah juga supaya mendengar daripada Rasul yang dicintai-Nya, Sayyidina Muhammad, sejahtera ke atas Baginda. Allah Yang Maha Besar telah mengajarkan Baginda setiap jenis rawatan. Setiap penyakit telah diketahui dengan baik oleh Penutup Para Nabi dan Baginda telah diberikan ilmu dari 'langit' berkaitan ubatan dan rawatan bagi setiap penyakit.

Kami menasihatkan agar menggunakan beberapa rawatan ketuhanan ini, hanya ubatan yang mudah, ubatan alamiyyah, kerana tubuh kita adalah milik alam dan kesembuhannya hanya boleh datang melalui ubatan alamiyyah. Setiap benda yang direka oleh manusia yang muncul pada hari ini adalah melawan fitrah kemanusiaan. Oleh itu ia mesti dihentikan! Setiap ubatan yang direka dan sintetik adalah melawan fitrah struktur kita dan oleh itu ia mesti dihentikan. Ia membahayakan dan merosakkan struktur tubuh kita. Manusia abad ke-20 telah hilang kesabaran mereka. Manusia sudah tiada lagi kesabaran. Mereka inginkan rawatan yang cepat, dan rawatan dengan ubatan alamiyyah mengambil masa, tetapi manusia sudah tiada kesabaran, mereka inginkan agar kesakitan dan penderitaan mereka berakhir dengan cepat. Jadi mereka mahukan ubatan baru yang sintetik dan kuat, dan tidak penting bagi mereka sekiranya ubatan itu merosakkan tubuh mereka. Apa yang mereka fikir hanyalah untuk menghentikan kesakitan dan penderitaan dengan cepat.

Sebuah nasihat penting untuk orang yang sakit : "Supaya bersabar secukupnya untuk menggunakan ubatan alamiyyah". Ubat-ubatan alamiyyah ini telah digunakan selama berabad-abad sejak permulaan kehidupan di muka bumi. Kebanyakannya telah diajarkan kepada manusia melalui ilham, para Nabi dan para Rasul. Ia telah disempurnakan oleh penutup para Nabi, Sayyidina Muhammad, sejahtera ke atas Baginda.

Manusia juga mesti menjaga tubuhnya agar selamat. Melakukan perkara ini (menggunakan ubatan alamiyyah), adalah untuk mengelakkan setiap benda yang membahayakan tubuh kita. Setiap perkara yang membahayakan tubuh fizikal kita telah dinyatakan dalam risalah ilahiyyah, ilmu ilahiyyah, nasihat ilahiyyah dan rawatan ilahiyyah. Kamu mesti menjaga aturan-aturan ini dan mengelakkan daripada setiap perkara yang merosakkan dan membahayakan, yang telah ditulis dalam Kitab Suci dan yang telah dilarang oleh Allah Yang Maha Besar. Selagimana kamu melakukan bertentangan dengan perkara ini, kamu akan dihukum dan tiada rawatan.

Penyakit tidak pernah datang tanpa suatu sebab : sama ada ia sebagai satu hukuman untuk menjadikan orang itu taat, atau untuk menunjukkan rawatannya kepada orang lain. Dan oleh itu, sesiapa yang meminum arak mesti dihukum. Setiap minuman yang membahayakan tubuh adalah dilarang dan tidak patut diminum. Sesiapa yang bertentangan dengan ini dan berkata, "Oh, hanya sedikit sahaja...", akan dihukum (mendapat mudarat) sedikit. Jika seseorang itu meminum racun sedikit, ia akan menderita sedikit. Jika ia meminum lebih, ia akan menderita lebih. Ini adalah kerana perkara-perkara yang dilarang adalah racun kepada rohani dan jasmani.

Jika sesiapa merokok, ia mesti dihukum. Jika hanya sedikit, ia mesti dihukum sedikit. Jika terlalu banyak, hukumannya adalah sangat besar.

Jika seseorang itu memakan babi dan bangkai, itu akan membahayakan tubuhnya, ia mesti dihukum.

Jika seorang lelaki dan seorang perempuan melakukan perkara yang salah : sekali, dua kali, tiga kali, sesuatu perkara mungkin akan menyerang kedua-duanya dan mereka akan dihukum. Selagimana manusia meninggalkan semua perkara ini yang saya nyatakan (mendengar perintah Allah), mereka akan dihukum sama ada cepat atau lambat.

Pada zaman Nabi, kebanyakan manusia adalah jahil dan mereka melakukan segalanya. Kemudian Islam datang, mereka menerimanya dan telah disucikan dengan mematuhi perintah Tuhan. Dan oleh itu, sesiapa pada hari ini yang melakukan kesalahan dalam keadaan jahil dan kemudian berkata, "Aku berhenti daripada perkara ini, dan sekarang, wahai Tuhanku, aku mendengar dan patuh...", kemudian, penyakit itu boleh dihilangkan dengan kehendak Tuhan sekalipun tanpa menggunakan sebarang ubat. Itu adalah rawatan baginya dan perkara itu selesai. Apabila orang yang tidak beriman, "Kufr", diberi hukuman, setiap perkara lain yang buruk juga akan diberi hukuman.

Tetapi perlu diketahui dengan baik bahawa setiap perkara yang dilarang menyebabkan penyakit, penyakit yang tidak diketahui. Seperti pada masa ini penyakit-penyakit yang tidak diketahui datang kepada kita melalui orang yang homoseks, dan tiada ubat, tiada rawatan kerana ia melawan perintah agung daripada Tuhan segala langit. Sekiranya mereka mencari beberapa rawatan, penyakit lain yang tiada harapan akan muncul, kerana Yang Maha Pencipta mencipta terlalu banyak bakteria dan virus. Ia tidak berkesudahan...

Oleh itu, perlindungan yang pertama ialah dengan tidak meletakkan tubuh dalam bahaya. Sepertimana seseorang yang meletakkan tangannya di atas wayar elektrik juga akan merasai tindak balas yang menyakitkan. Ibu bapa kepada anak yang dilahirkan dengan penyakit adalah orang yang dihukum, bukan anak itu. Orang sebegini mudah dirawat. Mudah! Sekalipun air, sumber kehidupan, boleh memberi rawatan kepada mereka dan boleh menjadi ubat.

Allah menciptakan air sejuk dan air panas. Kamu boleh berendam dalam air sejuk atau dalam air panas atau dalam lumpur, dan tubuh kamu boleh jadi seperti diperbaharui semula. Kamu boleh minum sedikit air dan ia boleh membersihkan bahagian dalaman anda. Kamu boleh makan anggur dan ia boleh menjadi seperti ubat. Kamu boleh makan tembikai dan ia akan memberikan kamu kekuatan. Kamu boleh makan gandum dan ia akan memberikan kamu tenaga. Setiap benda yang kita gunakan sebagai penyeri atau sokongan, daripada Allah Yang Maha Besar akan menjadi tenaga dan ubat untuk kita. Dengan cara itu, tiada keperluan untuk mencari ubatan lain kerana Tuhan segala langit, Tuhan Bani Adam, telah menciptakan segalanya dan memberikan sebuah rawatan untuk setiap perkara. Tenaga kehidupan berada dalam makanan dan begitulah juga setiap makanan adalah ubat. Syaratnya hanyalah dengan menyebut, "Dengan nama Allah yang telah menciptakan ini untuk kesenangan dan kesihatan para hamba-Nya", apabila hendak makan atau minum. Gunakanlah segalanya dengan nama Allah dan ia akan menjadi ubat serta rawatan untuk kamu.

Hanya itulah tujuan Tuhan menciptakannya. Bukan untuk ditinggalkan oleh para hamba-Nya. Apabila kamu pergi kepada doktor-doktor penting atau pakar-pakar yang kemudiannya berkata, "Jangan makan ini, jangan sentuh itu, jangan gunakan itu...", itu bukanlah rawatan, ia adalah sebuah hukuman kerana kamu tidak menggunakannya dengan nama Tuhan yang telah menciptakannya. Dan oleh itu Allah menghalang kamu, dan sebagai hukuman, doktor itu akan memberitahu kamu, "Jangan makan gula, jangan makan buah-buahan, jangan makan daging, jangan sentuh mentega, jangan sentuh madu...".

Manusia mesti belajar untuk kembali dan menyatakan kerendahan diri mereka kepada Tuhan segala langit. Selagimana mereka tidak melakukannya, selagimana mereka tidak menyatakan kehambaan mereka, mereka akan dihukum dan tiada apa-apa yang akan memberikan mereka rawatan atau kesihatan, sekalipun mereka membunuh seluruh dunia dengan ubat-ubatan. Seluruh dunia ini boleh dipenuhkan dengan para doktor, ubat-ubatan dan para pakar, dan itu masih mustahil untuk memberikan manusia sebarang kesihatan, atau rehat, atau ketenangan, atau kepuasan, atau menghilangkan penderitaan dan kesengsaraan mereka. Perkara ini perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.

Saya sampaikan perkara ini kepada semua manusia supaya mereka diberi amaran dengan amaran daripada 'langit'. Setiap perkara yang telah dinyatakan dalam risalah kecil ini disertakan dengan syarat ini. Saya mengharapkan rahmat yang tiada penghujugnya daripada Tuhan segala langit agar risalah ini berguna kepada manusia. Semoga Allah merahmati kita, dan menerima kelemahan kita, dan mengurniakan kepada kita rahmat-Nya yang tidak berkesudahan agar kita dapat menjadi orang yang beriman dan hamba-Nya yang baik.


Sheikh Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi- 1410H/1989M


Alhamdulillah, selesai diterjemah pada 30 Oktober 2011, jam 8.20 pagi di Pejabat Komuniti HPA Kaherah, Hayyu 'Asyir. Moga Allah menerimanya sebagai amal yang baik dan bermanfaat kepada para pembaca, insyaAllah...

Muhammad Nasiruddin bin Mohd Sobri


KESIMPULAN:

1. Untuk mendapat kesihatan rohani dan jasmani, kita perlu mendengar perintah Allah dan Rasul-Nya, jika tidak, kita akan ditimpa bala dan penyakit yang tidak akan dapat dirawat oleh sesiapapun melainkan Allah.

2. Manusia sepatutnya menggunakan ubatan alamiyyah kerana ia bersesuaian dengan tubuh kita yang juga bersifat alamiyyah. Mereka yang menggunakan ubatan dadah sintetik adalah mereka yang tiada kesabaran kerana inginkan hilang rasa sakit dengan cepat, sedangkan dadah tersebut hanya merosakkan diri mereka.

3. Setiap perkara yang membahayakan jasmani dan rohani telah dinyatakan dalam Islam, sesiapa yang melanggarnya akan menerima hukuman sebagai balasan, kecuali mereka yang bertaubat dan kembali kepada Allah kerana Allah berkuasa menyembuhkan mereka sekalipun tanpa sebarang ubat.

4. Pelbagai bahan alamiyyah boleh menjadi sumber kekuatan dan rawatan untuk kita tanpa perlu bersusah payah.

5. Kita perlu membuktikan kehambaan kita kepada Allah dengan mematuhi segala perintah-Nya, jika tidak, kita akan ditimpa dengan pelbagai bala seperti penyakit yang ganjil dan tidak akan mampu diubati oleh sesiapapun sekalipun bumi ini penuh dengan para doktor dan ubatan.

Wallahu'alam...


Catatan : Di akhir risalah ini Syeikh melampirkan senarai penyakit beserta ubatan alamiyyah untuk merawat penyakit tersebut. Jika saya berkesempatan, saya akan cuba terjemahkan dan siarkan dalam blog ini, insyaAllah...