Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Jan 30, 2012

AWAN NANO JUARA AJL 26


Dah habis dah Anugerah Juara Lagu kali ke 26 hari ini dengan kemenangan buat Hafiz AF melalui lagu Awan Nano.

Lirik bagi lagu tersebut merupakan ciptaan Budi Hidayat dan melodinya pula hasil susunan Dato M. Nasir. Tahniah Semut ucapkan buat mereka.


Selain memenangi Anugerah tersebut, Hafiz juga turut mengondol Anugerah Persembahan Vokal Terbaik bagi AJL kali ini.




Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk,” ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu,” katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

“Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh,” beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

Kosmo

BUJANG SENANG:

Sangat mengejutkan pendedahan oleh Kosmo ini.  Setahu GT, Pekan Meru bukanlah kawasan yang luas, waima terbahagi kepada kawasan lot kedai dan kawasan perindustrian.  Rasanya, jarak dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Meru ke kawasan perindustrian ini sekitar 2 km sahaja.  

Lebih memilukan, mengikut laporan Kosmo, ianya sudah beroperasi selama 3 tahun.  Dan angka 3 tahun itu bermakna kerajaan tempatan bukan lagi dikawaltadbir oleh BN.  

ADUN Meru sebenarnya tidaklah sesibuk mana jika diambil kira dari kedudukannya sebelum ini.  Beliau bukanlah seorang exco, waima Pesuruhjaya PAS Selangor.  Hanya sekadar YDP PAS Kapar, satu jawatan rutin kepada setiap ADUN PAS Selangor.  

Apa yang menjadi persoalan ialah selama 3 tahun itu, apakah ADUN Meru tidak melawat kawasan, atau tidak cuba menyelidiki apa yang berlaku di kawasannya.  Atau, apakah ADUN Meru terlalu sibuk dengan "tugas-tugasnya" di luar negara?  

Atau ADUN Meru sudah merasakan "complacent", atas kemenangan yang besar pada 2008, lantas tidak memandang kawasan walau dengan sebelah mata?

Sebagai contoh, satu ketika, penjualan DVD cetak rompak sangat berleluasa di Meru, dan GT difahamkan sehinggalah sekarang.  Mudah untuk mendapat DVD ini, kerana boleh didapati di pasar malam di sekitar Meru.  

Siakap senohong gelama ikan duri.  Begitulah bidalan orang dahulu yang membawa maksud sehingga ke hari ini.  Akibat dari membiarkan sekecil-kecil gejala berlarutan, akhirnya membawa kepada gejala pelacuran.  

Di mana dia unit amal,  unit amal makruf nahi mungkar, JKKK dan segala unit yang diwar-warkan kepada rakyat, mahupun melalui banner-banner mereka?  Apakah segala unit ini sekadar RETORIK?

Seandainya tidak mampu berbuat apa sekalipun, seharusnya sebagai kerajaan negeri yang memerintah harus bekerjasama yang badan penguatkuasaan untuk memastikan gejala ini tidak berlaku. 

Jangan asyik menyalahkan orang lain, jangan asyik mencantas orang lain, jangan asyik berpolitik 24 jam.  Rakyat mahukan perlindungan, rakyat mahukan ketenteraman awam, rakyat mahukan kawasan yang menepati apa yang PAS janjikan sebagai Baldatun Toiyibatun Wa Robbur Ghofur. 

Meru, Syurga Patpong terbaru di Selangor...  TAKE BEEERRR...!!!

Jan 29, 2012

Siapa Aku Sebenarnya

Jangan malu dan jangan segan, kenalilah diri kita supaya kita dapat memperbetulkan kekurang yang ada pada diri kita dan seterusnya menjadi insan yang lebih baik..



UJIAN PERSONALITI

ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Kehebatan Malaysia Dalam Pertahanan

The Space Tourism Society Malaysia Chapter, Swiss Propulsion Laboratory dan Project Enterprise telah memeterai perjanjian Certificate of Cooperation di Langenthal, Switzerland pada 9 May 2009, untuk bersama-sama membangunkan rocketplane M-R2D2 (Malaysian Research for Rocketplane Design & Development) program terutamanya dalam penyelidikan sains dan pelancongan angkasa lepas.


Pesawat ini dijangka dapat diterbangkan selewat-lewatnya 15 tahun dari sekarang.

"Sehingga kini ahli kumpulan ini sudah berjumlah lebih kurang 60 orang terdiri dari ahli akademik (termasuk 5 orang professor) dan juga industri. Universiti yang terlibat adalah UPM, UPNM(Universiti pertahanan), UKM, UITM, UTM, UIA, UTP dan MIAT (UniKL). Sementara dari industri, sokongan kuat datangnya dari CTRM, ACMSB dan beberapa lagi syarikat swasta dalam bidang berkaitan aerospace di Malaysia. Ia telah mendapat perhatian dari pihak Kementerian Pertahanan sendiri termasuk STRIDE (Unit R&D bagi KEMENTAH). Beberapa pilot TUDM juga telah menawarkan diri bagi menerbangkan pesawat ini nanti."



Jet ini menggunakan konsep guna semula sepenuhnya dengan kombinasi enjin jet dan roket dalam pembangunan prototaip pesawat angkasa suborbital ini. Konsep ini membolehkan prototaip pesawat ini berlepas secara mendatar menggunakan enjin jet dan menggunakan enjin roket untuk terbang menegak. Prototaip ini kemudiannya boleh meluncur turun tanpa penggunaan enjin, tetapi enjin jetnya boleh dihidupkan sekiranya perlu untuk tujuan keselamatan.

Jet ini boleh digunakan untuk membawa pemimpin utama negara keluar dari kawasan bahaya apabila berlaku serangan nuklear, biologi atau kimia dalam tempoh yang singkat kerana pesawat ini berkemampuan untuk sampai ke ruang angkasa dalam tempoh 15 minit sahaja. Satu cadangan telah dikemukakan bagi menghasilkan pesawat yang boleh berlepas dari tasik di Putrajaya sepertimana kebanyakan pesawat terbang di zaman awal penerbangan dulu.

Jet ini boleh digunakan untuk misi keselamatan negara kerana ketinggian paras penerbangannya melebihi paras jangkauan peluru berpandu antipesawat udara dan pesawat pejuang pemintas serta membolehkannya memainkan peranan efektif dalam misi pengintipan dan pemusnahan satelit musuh.

Suara Dari Langit Terjawab Minggu Depan



Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik.
Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.
“Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

“Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube

kredit : bharian.com.my

Bujang Senang - Jangan percaya perkara tahyul, kelak ditakuti membawa kepada kerosakan akidah

Anwar: Hadi aset penting buat Pakatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka mampu untuk memenangi.

Presiden PAS itu menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

“Saya harapkan Ustaz Hadi akan menarik balik keputusannya itu kerana khidmatnya amat diperlukan.

“Beliau penting buat PAS dan juga Pakatan Rakyat,” jelas ketua pembangkang itu kepada The Malaysian Insider dalam khidmat mesej teks yang dihantar oleh setiausaha akhbarnya.

Pemimpin PKR itu turut menambah, beliau akan berjumpa Hadi “dalam masa terdekat” bagi memastikan Ahli Parlimen Marang itu “kekal mengetuai kepimpinan PR.”

Abdul Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan PR beliau termasuk, Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno membuat penjelasan bahawa pengumuman Hadi itu menunjukkan terdapatnya krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin memetik laporan Bernama Online.

Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas Ketua PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Abdul Hadi juga menyatakan sekiranya beliau tidak akan bertanding untuk mana-mana kerusi, beliau akan bergerak bebas ke seluruh negara untuk berkempen.

Anwar turut melakukan perkara yang sama dalam kempen ketika Pilihan Raya 2008, ekoran beliau tidak dibenarkan bertanding atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

Namun begitu, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan kunci utama pembangkang menewaskan penguasaan dua per tiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai lima negeri.

"Tak Wajar SPRM Simpan Rekod Harta Menteri" - Menteri

Kalau macam ni ler statement seorang timbalan menteri kabinet Najib, sampai bila-bila pun rasanya gejala rasuah terus berleluasa di Malaysia malah digalakkan demi mempertahankan kuasa puak-puan nih. Jika di Hong Kong, kesemua menteri dan timbalan menteri diwajibkan menyerahkan rekod harta kepada ICAC (Independent Comission Against Corruption) setiap tahun tanpa gagal.
Ianya bertujuan mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah hinggakan negara bekas tanah jajahan Britain itu kekal antara 10 negara paling bersih di dunia. Tetapi di Malaysia, menteri sarankan tindakan 10 tahun kebelakang. Boleh di ibaratkan macam ni ler.. jangan siasat menteri tapi siasat rakyat bawahan. 1Malaysia, Tranformasi Najib.. kah.. kah.. kah..
Tak wajar SPRM simpan rekod harta menteri/timbalan menteri 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata tidak wajar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri. Beliau berkata, peranan utama SPRM ialah menerima dan menyiasat aduan mengenai rasuah.

"Bukan bagi ketua SPRM menyimpan rekod menteri dan timbalan menteri. "Bagi saya kami telahpun diminta dari awal lagi (semasa dilantik menteri dan timbalan menteri) mengemukakan rekod aset kami (sebagaimana telah dilakukkan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Liew, yang juga presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), diminta mengulas kenyataan pengerusi panel penasihat SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh baru-baru ini bahawa "SPRM akan mendapatkan salinan perisytiharan harta menteri-menteri kabinet dan pasangan mereka serta anggota lain keluarga yang dikemukakan kepada Perdana Menteri".

"Kami mencadangkan supaya salinan perisytiharan harta semua anggota pentadbiran pusat diberikan kepada suruhanjaya," kata Zaitun. ~bernama

Jan 26, 2012

ANWAR PENAKUT, TAK BERANI SAMAN KAMI...!!!



Anwar Ibrahim dicabar beberapa bekas pemimpin PKR agar menyaman mereka dan bukanlah pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Umum Pembangkang itu. Anwar tidak akan berani untuk bertindak sedemikian sehingga sekarang, mengapa..??

Antara mereka yang membuat cabaran itu adalah :- 


(1) Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor
(2) Bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip
(3) Bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin
(4) Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
(5) Bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.


Mereka sangat hairan kenapakah Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia, sedangkan sepatutnya merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum kepada orang ramai.

Ezam menjelaskan tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Umum PKR itu sebenarnya ketakutan apabila berdepan dengan kebenaran.

Jika benar niat Anwar mahu menegakkan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah


kerana membuat pembongkaran keruntuhan akhlak moral Anwar dengan menyerahkan video rakaman CCTV dibawah kepada pihak polis untuk disiasat...


HOT NEWS !!! PERTUBUHAN MELAYU MURTAD TELAH DI LULUS KAN ???


Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!! Injil telah dicetak & di edar.IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedia lah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

Tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....

gambar Lina Joy ( belakang sekali ) Dan Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah.Nak jadi apa dah ni ??? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak,tapi takut ada anak yang terpesong akidah..baik tak de langsung!!

Mufti Perak,Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah,semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib,supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM ??? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

ANDA NAK TAHU KISAH NYA ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

Jan 25, 2012

VIDEO: Aksi LGE Bila Lagu Barisan Nasional Dinyanyikan




Terkedu dan hanya melihat aura Tranfomasi yang yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak.Itulah reaksi LGE apabila dikelilingi oleh 10ribu pengunjung ke Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang.Ternyata sokongan dari masyarakat Cina amat mengalakkan.Ini adalah petanda baik bagi Pulau Pinang.


awat sampai macam tue bila baca risalah yg diberi?
Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, atas iltizam kerajaan untuk menerapkan semangat Gagasan 1Malaysia, rakyat Malaysia kini hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 
Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas. 
"Minggu lepas sahaja negara Malaysia telah didapati menduduki tempat keempat di dunia sebagai negara yang paling sesuai untuk pesara dan hidup dengan selesa. 
"Ini kerana kualiti hidup kita yang baik. Kita menduduki tempat keempat di dunia menurut ”International Retirement Index.” Bukan sahaja kesepuluh teratas, kita di nombor keempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN negeri di Tanjung Marina Bay di sini, hari ini. - BERNAMA

Jan 20, 2012

GEMPAK : PAS JOIN UMNO PRU 13


Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Karpal, Nik Aziz, Husam, Mahfuz, Din Puduraya, Mat Sabun aka lekat kat rengkong, Teressa, Ronnie seluruh PKR/DAP semua amat takut dengar realiti pada gambar diatas. Orang PAS camne? Orang PAS biasa la diorang blur...

janji janji pilihanraya.. janji saja ler...


erm iyolah tu.. janji pilihanraya pru12 pun berapa yang dah tunaikan... hai manusia.. kalau kuasa di idamkan.. peduli apa semua berkaitan.. janji kuasa kuasa... nak tanya boleh percaya ker janji-janji pakatan lagi?

ps: rakyat majoritinya dah menyampah dah dengan mereka ni.... cuma dengar kata undi dari cina je takkan memihak kepada bn... erms.. sekarang mulakan "malay power" kembali... tuntut hak kita... nyahkan mereka pertualang agama dan bangsa ni campak jauh-jauh ke benua lain... perosak... puih

BUMIPUTRA LAYAK DUDUK RUMAH KOTAK MANCIS - PEMAJU


Kegagalan menjual hartanah lot bumiputera menyebabkan para pemaju kini meminta supaya unit berkenaan boleh dilupuskan secara automatik kepada bukan bumiputera selepas tempoh tertentu. Cadangan itu dibuat bagi mengatasi kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh pemaju kerana gagal menjual hartanah berkenaan selain perlu melunaskan kos tertentu untuk mengubahnya berdasarkan undang-undang semasa.

Selain itu, masalah lain adalah, permintaan pasaran rendah dan ketidakstabilan ekonomi. Ketika ini pemaju sedang berdepan dengan peningkatan harga bahan pembinaan dan kos pekerja yang secara langsung boleh menjejaskan keseluruhan projek pembangunan.

Sebenarnya, ada kes pemaju yang merahsiakan tetapi bila pergi ke pejabat SUK, baru tahu masih ada kuota. Tak patut.. kerajaan patut pertahankan ini. PEMAJU hanya mencari keuntungan sahaja walaupun pemaju tersebut BUMIPUTERA. Mereka tidak memikirkan nasib bumiputera yang lain. KEUNTUNGAN adalah segalanya.

Pelajar Cina Anti Orang Melayu


Jan Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. 

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. 

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut. 

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan. 

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan. 

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut. "Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.-- BERNAMA 


Padan muka ko celaka. Ko tak puas hati dengan orang melayu ko cakap jelah. Sial haram jadah!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Jan 19, 2012

FUCKATAN MEMBISU SELEPAS 901 ?????

Ramai mungkin yang tak perasan, namun wujudnya suasana ‘sunyi’ di kalangan Pakatan Rakyat setelah kejayaan besar 9 Januari yang lalu. Kalau kita kenal dengan Anwar Ibrahim, kalau kita kenal dengan Azmin Ali, kalau kita kenal dengan Saifuddin Nasution – kita semua akan tahu bahawa mereka akan menjadi euphoria dan tak menentu. Mereka akan melakukan banyak perkara dalam memastikan imej Anwar akan kembali bersih seperti bayi yang baru lahir.

Kalian kena tahu dan faham – bahawa semua ‘kesunyian’ ini berlaku kerana sebab yang besar. Walaupun pada hakikatnya, keluarga Anwar sendiri seronok dan sedang bergembira; mereka kembali senyap dan sunyi apabila dinasihatkan oleh Karpal tentang beberapa perkara.

Sebagai seorang Peguam yang handal, Karpal Singh sendiri sudah berpesan kepada keluarga supaya bersiap sedia dengan kemungkinan drama mahkamah akan bermula semula. Karpal, pada malam kelmarin, secara terus terang mengatakan dia masih RISAU dan TAKUT dengan penghakiman bertulis yang bakal diberikan oleh Hakim nanti....

Kepada Karpal, akan ada kejutan baru yang akan menyebabkan mereka kembali menjadi defensif...!

Ingatan Karpal ini ditujukan kepada Nurul Izzah yang sentiasa sahaja mahukan Anwar menggunakan ‘Gear 5′ dalam ceramah untuk mengutuk Najib secara maksima.

Karpal mengingatkan Izzah tentang beberapa perkara:-


  • Saiful punya hak untuk membuat ‘appeal’ kepada kes yang ada. Karpal mengingatkan Izzah bahawa sebagai seorang Peguam; pasukan guaman Anwar MESTI memberikan ruang yang seluas mungkin untuk usaha ini dilakukan. Karpal mahukan semua ruang ini ‘exhaustive’; barulah Anwar layak keluar sebagai seorang bayi yang putih bersih;
  • Karpal sendiri mahu menguji keberkesanan hujahnya dalam mahkamah yang lebih tinggi – ini adalah soal ego Karpal sebagai peguam handalan;
Team guaman Anwar juga akan melakukan perkara sama jika keputusan tidak memihak kepada Anwar; Yakin bahawa kita masih menang kerana tidak cukup bukti;
  • Minta Izzah lebih tumpukan kepada ‘mahkamah politik’ daripada mencampuri urusan guaman yang sedang berjalan.
Karpal siap sedia untuk ke Mahkamah lagi. Buat diri Karpal, apa perlu takut dengan mahkamah rayuan sekiranya kita tidak bersalah.
Bagus semangat melawan orang nama Karpal Singh ini. Kagum....!!

Blog Gelagat Anwar

ANWAR MEMBURUKKAN MALAYSIA DI MATA INDONESIA

KUASA KETIGA POLITIK : DR HASAN ALI, DR HARUN DIN, USTAZ NASA

Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan PAS kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat....!

Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

PAS kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar....

Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam PAS....

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden PAS, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim... Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr Hasan adalah disengajakan..? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS..? Beliau tahu Dr Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja Pakatan Pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut...?Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr Harun Din, Timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden PAS dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan....

[Oleh: Datuk Zaini Hassan]