Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Sep 30, 2012

Hot News: Pemimpin VVIP Santai Bersama Chinadoll



Gua hanya menimbulkan persoalan mengenai siapakah VVIP yang bergambar dengan amoi cun bersama gelas BEER disebuah pub.. Amoi tu pulak mempunyai dakwaan menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki-lelaki berhidung belang..

Dan gua cuba nak tahu, apakah hubungan VVIP terbabit dengan amoi tu.. Sebab, sebelum ni pun VVIP terbabit ada mempunyai rekod 2-3 kali berkunjung ke 'tempat' amoi tersebut..

So bila amoi tu sanggup 'terbang' ke Penang ni.., takkan tak ada apa-apa kot?

Setakat ni, gua tak dedahkan gambar VVIP tersebut untuk menjaga imej beliau.., tapi nampaknya blogger pencacai penjilat Anwar yang mula-mula dedahkannya dulu..


Apakah motif blogger-blogger kaldai tersebut dedahkan gambar VVIP tu? Adakah dia mahu menjatuhkan imej 'alim' dab 'warak' VVIP tersebut dimata pengikut Pakatan?

Blogger terbabit juga tuduh gua cuba fitnah VVIP terbabit.. Apa yang gua fitnah? Pasal gua anggap VVIP tu alim dan warak ke?

Beb.., bukan ke VVIP tu dah diangkat setaraf khalifah Umar dan juga berlakon alim dan warak didepan masyarakat Islam? Tak percaya? Korang tengok sendiri lakonan dia masa bulan puasa..

Satu lagi.., bukan gua yang angkat darjat VVIP tu beb.., Nik Aziz yang iktiraf tauu..


So.., dengan pendedahan dari blogger Milobasi dan ASD tu, terbukti bahawa VVIP tersebut tak disukai dalam Pakatan sendiri.. Kalau tak, takkanlah dorang sanggup dedahkan VVIP tersebut untuk menjatuhkan imej beliau..

Gua difahamkan bahawa blogger Milobasi tu dibayar elaun bulanan oleh Anwar Ibrahim.. Rasanya mesti Anwar yang suruh pencacai belaannya tu dedahkan gambar VVIP tersebut untuk malukan beliau..

Dan gua juga diberitahu, blogger ASD tu baik dengan Mansor Othman, TKM1 Penang yang sebelum ni kata Ah beng Cocky & Arrogant.. Adakah dia juga dibayar oleh Mansor untuk balas dendam pada Ah Beng?

Pesanan gua kepada blogger-blogger macai tersebut.., jangan dedahkan aib pemimpin sendiri.., tak baikkk.... VVIP tu kan berperwatakan Islamik di mata semua pencacai... Hahahahahahaha.....

Sep 29, 2012

Pakatan mantapkan bahan propaganda untuk PRU 13



Berikut sebahagian daripada usaha Pakatan untuk mendekati para penyokong dan pengundi atas pagar menjelang PRU 13. Banyak lagi usaha akan dilakukan bagi menyaingi kempen BN yang dilakukan melalui media penyiaran aliran utama.

BUDGET PEMBANGKANG CUMA JANJI KOSONG


Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri. Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara. Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN. Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara. Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013. Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen. Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya. Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat. Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang. Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan. Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma. Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar. Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula. Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen. Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi. Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian. Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat. Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri? Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar! Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu. Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya. Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif.  Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.

Sora Aoi (Bintang Video Lucah) Merayu! (Pics)


 Sora Oi rayu Jepun dan China hentikan sengketa.

Sora Aoi ialah bintang Video lucah Jepun. Beliau agak popular dalam kalangan warga maya lelaki China. 
Beliau bagaimanapun baru berhenti pornografi dan telah berubah menjadi pelakon dan penyanyi sedang membangunkan kerjayanya di China di mana beliau mempunyai ramai peminat yang memanggilnya "Cikgu Cang" atau "Kakak Kong", nama samarannya dalam bahasa cina.

Sekarang hubungan antara China dan Jepun kembali tegang ekoran pertikaian Kepulauan Senkaku (atau Kepulauan Diaoyu) dan langkah terbaru Jepun untuk menasionalisasi beberapa pulau-pulau terbabit. Protes dan perarakan telah berlaku dan dijadualkan untuk mengambil tempat di pelbagai bandar di China juga oleh masyarakat Cina di luar negara. Walaupun tidak dilaporkan secara meluas di media China, terdapat juga insiden keganasan rusuhan dan vandalisme terhadap produk dan pertubuhan yang berkaitan dengan Jepun, seperti restoran dan kereta jenama Jepun.








Berikutan keadaan ini, pada malam September 14, Sora Aoi telah menghantar gambar kaligrafi Cina berikut yang tertulis "Rakyat China dan Jepun Bersahabat mesra" pada akaun mikroblog Sina Weibo beliau yang mempunyai lebih 13 juta pengikut, mengajak kedamaian di antara rakyat kedua-dua negara.




中日人民友好 (Rakyat Jepun dan China Bersahabat Mesra)

Warga maya China dengan pantas membalas post mikroblog ini dengan 140,000 komen. Sesetengah mencerca beliau, tidak seperti apa yang biasanya beliau hadapi, manakala yang lain seperti biasa menyatakan sokongan mereka ...

[GAMBAR] Kejam!!! Bapa Bakar Kemaluan Anak Perempuan Sendiri Kerana Sering Kencing Malam!!!



Manusia semakin kejam.

Seorang bapa di Jeddah sanggup bertindak melangkaui batas kemanusiaan apabila membakar kemaluan anak perempuannya hanya kerana kanak- kanak berusia 4 tahun itu sering kencing malam.

Kekejaman yang mendapat perhatian National Society for Human Rights (NSHR) dikecam hebat dan NSHR turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri atas nasib yang menimpa kanak- kanak itu. 

Reaksi Pemimpin Pembangkang Mengenai Bajet 2013




Reaksi pihak pembangkang mengenai Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak petang semalam di Parlimen. Saya merasakan suara sumbang yang telah diterjemahkan oleh pemimpin pemimpin Pembangkang didalam video diatas ini. Bagaimana dengan reaksi anda rakyat Malaysia? Setuju dengan kenyataan pihak Pembangkang? Jika mereka menyatakan Bajet Kerajaan adalah bajet politik bagaimana pula dengan bajet yang mereka bentangkan kelmarin?

Apakah janji mereka pihak pembangkang pada PRU 12 yang lalu telah ditunaikan? Bagaimana pula dengan Barisan Nasional yang kita tahu mereka menunaikan kata mereka iaitu "Janji Ditepati"

Sep 28, 2012

Update Terkini BAJET 2013

bajet2013


Fokus 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan
PELAKSANAAN 12 NKEA
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
4. Pembangunan PKS
-Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
-Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka
9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
-Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
-Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
-Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah

INSENTIF UNTUK NELAYAN
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -­‐ 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­‐ 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­‐ 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­‐ 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­‐ 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­‐ 85 juta ringgit
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­‐ RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­‐ RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA
25. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­‐ 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­‐ RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
-Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
-Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran

LATIHAN & KEMAHIRAN
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­‐ melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­‐ RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera

INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)
PELATIH PRA PERKHIDMATAN
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.
MENGURANGKAN KADAR JENAYAH
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA

MENAMBAHBAIK SPRM
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota
59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah

YAYASAN BANTUAN GUAMAN
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman

MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP
62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI
 64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN
 65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT
 67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara

BELIA DAN SUKAN
 69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban
70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia
71. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna

GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN
 72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar

MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012
74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000

PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion
76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014
77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan
78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.

BANTUAN DAN SUBSIDI
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000
80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)
81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion
82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan
83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah
84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah

BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus
MEMPERMUDAH IBADAH HAJI
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu
88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)

MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks
91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5
92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6
93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000

PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)
95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­‐rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa

Hot News: Selangor Kena Cari Air Sendiri


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri itu serius dalam mengkaji dari segi peruntukan undang-undang membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor. Adnan berkata langkah itu diambil berikutan tindakan kerajaan Selangor kini yang dilihat tidak menghormati perjanjian ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri itu pada 2007, kerana masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.

 "Penasihat Undang-undang negeri sedang meneliti terma terkandung dalam memorandum perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua kerajaan negeri pada 22 November 2007. "Kita sudah teliti terma itu dan memang ada peruntukan kerajaan negeri boleh membatalkan projek berkenaan jika dipersetujui kedua-dua pihak. Saya sudah minta pejabat Penasihat Undang-undang negeri meneliti kandungan MoU itu... dalam tempoh seminggu kita boleh buat keputusan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan MoU antara Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Maahad Tahfiz negeri Yayasan Pahang, di sini. Adnan diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar pada Isnin lepas yang mencabar kerajaan Pahang supaya mengeluarkan surat rasmi mengenai pembatalan perjanjian itu dan bukan mengeluarkan kenyataan menerusi media semata-mata. Dr Xavier sebelum itu mengulas kenyataan Adnan pada Ahad lepas bahawa kerajaan Pahang mungkin membatalkan perjanjian penyaluran 1.6 juta meter padu sehari bekalan air mentah ke negeri itu jika kerajaan Selangor tidak membenarkan pembinaan projek Loji Air Langat 2.

 Adnan berkata, langkah itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus berdegil menghalang pembinaan loji tersebut sebagai alternatif menghadapi krisis bekalan air bersih yang dijangka melanda negeri ini pada 2015. Adnan, bagaimanapun berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan dirujuk kepada kerajaan Persekutuan. "Keputusan muktamad kena dapatkan pandangan kerajaan Pusat sebab ini membabitkan kepentingan ramai.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan kerajaan Selangor perlu lebih bertanggungjawab, tidak perlu politikkan semua benda," katanya. Pada 22 November 2007, Pahang dan kerajaan Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu. Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada 2015.

Bajet 2013 : Antara Realiti Dan Fantasi

bajet2013


Hari ini adalah merupakan salah satu lagi peristiwa penting buat semua rakyat Malaysia. Ini kerana Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2013 yang akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini belanjawan pada kali ini ini akan bertemakan “Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju”.

Ramai pihak yang berpendapat bahawa Belanjawan adalah berkaitan dengan cukai baru yang akan diperkenalkan atau pelepasan cukai yang akan diberikan. Di samping itu, ada juga yang beranggapan bahawa Belanjawan ialah pengumuman mengenai berapakah jumlah peruntukan yang akan diluluskan pada tahun 2013. Bagi kakitangan sektor awam pula, mereka lebih berminat untuk mengetahui samada bonus akan diberikan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, maksud dan tujuan sebenar Belanjawan adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar berkaitan dengan cukai atau jumlah peruntukan semata-mata.

 Belanjawan tahunan adalah perancangan tahunan mengenai kedudukan ekonomi, kewangan dan fiskal negara. Ia merupakan rancangan satu perlima daripada Rancangan Lima Tahun. Misalnya, Belanjawan 2013 merupakan Belanjawan bagi tahun ketiga dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Belanjawan 2013 dirangka bagi meneruskan inisiatif kearah mentransformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara dasar utama yang mendokong matlamat transformasi Negara merangkumi falsafah Satu Malaysia, GTP,ETP. RMK10 dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

Oleh yang demikian, Belanjawan boleh didefinisikan sebagai kenyataan mengenai dasar-dasar sosio-ekonomi dan perancangan Kerajaan untuk masyarakat secara keseluruhannya bagi tempoh satu tahun. Belanjawan merujuk kepada beberapa dokumen yang dibentangkan di Parlimen pada hari Belanjawan. Dokumen yang paling dinantikan ialah Ucapan Belanjawan oleh Menteri Kewangan.

Dalam ucapan tersebut, Menteri Kewangan akan menjelaskan dasar-dasar ekonomi dan cadangan peruntukan bagi maksud perbelanjaan meliputi belanjawan pembangunan dan belanjawan mengurus. Dalam ucapan ini juga, Menteri Kewangan akan menjelaskan sumber hasil serta sumber pembiayaan untuk perbelanjaan pembangunan samada melalui pinjaman dalam negeri atau luar negeri.

Secara keseluruhan belanjawan adalah merupakan satu perkara yang penting untuk membolehkan rakyat melihat tahap kecekapan sesebuah kerajaan dalam mengurus tadbir sebuah negara. Namun begitu, seperti kelazimanya, Anwar Ibrahim akan mengunakan apa sahaja isu untuk kepentingan peribadi politiknya. Sebagai contoh semalan, Anwar selaku Mursyidul Am didalam pakatan telah membentangkan belanjawan mereka sendiri. Kononnya untuk membolehkan rakyat untuk menilai siapa yang lebih baik dalam urusan mengurus tadbir urusan perbelajaan negara.

Sekiranya mereka yang tidak melihat dari aspek yang lebih luas, pasti ramai yang akan tertipu dengan satu lagi sandiwara Anwar dan pakatan dalam meraih simpati rakyat. Ini kerana sudah pasti mereka terpesona dengan janji-janji pakatan dalam belanjawan tersebut. Seperti kenaikan gaji, memansuhkan PTPTN, tol kereta, rumah murah dan sebagainya, sedangkan secara realiti ia tidak perlu dilaksanakan. Ini kerana Anwar tidak akan terbeban dengan kebertanggungjawapan terhadap perbelanjaan ‘impian’ tersebut, walaupun ia mampu merudumkan ekonomi negara.

Belanjawan Anwar mungkin menarik dari satu segi, namun dari satu segi lain ia merupakan beban buat kerajaan yang terpaksa menangung pelbagai kos yang secara tidak langsung meletakkan kewangan negara dalam tahap bahaya. Berbanding dengan kerajaan yang terpaksa berhati-hati kerana berdepan dengan situasi sebenar.
Sebagai contoh mudah, terdapat sebuah keluarga yang hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai sumber ekonomi. Manakala keluarga tersebut mempunyai seorang isteri yang bertindak sebagai suri rumah. Sekiranya isteri bertindak untuk merancang kewangan keluarga tanpa berpijak kepada realiti ekonomi suami akan mengembirakan anak-anak sebagai penghuni di dalam keluarga. Berbanding dengan perancangan suami yang lebih tersusun dan ‘tegas’ kerana perlu melihat semua aspek bagi mengelakkan ketiadaan wang bila mana cukup bulan.

Selain berhati-hati, suami terpaksa mengunakan pendapatan yang ada untuk menabung dan di masa yang sama perlu memikirkan kaedah terbaik bagi mengelakkan dari menerima hutang. Sekiranya mereka boros dalam perbelajaan yang menjadi mangsa adalah keseluruhan keluarga kerana ketidakupayaan suami sebagai ketua keluarga dalam mengurus tabdir kewangan.

Kesimpulannya kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat secara keseleuruhan di masa yang sama memastikan kewangan negara sentiasa berada pada tahap yang kukuh.

Senarai Individu Yang Gagal Terus Dilacurkan Anwar Ibrahim


Senarai Individu Yang Gagal Terus Dilacurkan
Anwar Ibrahim

# Mana muat nak bawak naik jet... kikikiii...!!!

AMINAH MENANG SAMAN FITNAH KE ATAS TIGA PEMIMPIN PKR




Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar; Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutong, Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.

Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah, Mohd. Sabri Said; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd. Sabri, Ahmad Lutfi dan Pas selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutan, Aminah mendakwa, laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada UMNO, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau mendakwa pada sekitar 20 hingga 21 Mei 2011, ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.

Sementara itu, Aminah, yang ditemani anggota keluarga serta rakannya, ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu.

"Kak Min rasa bersyukur... apa yang penting ialah moral dan maruah, Kak Min mahu kemenangan sahaja," katanya.

Aminah diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala defendan oleh peguam VS Raveentharan.