Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Aug 29, 2013

SWP UMPAMA PARASIT "BERGABUNG" DENGAN DAP SARAWAK!

-SWP BAGAIKAN "BERCABANG LIDAH" SEMASA PRU-13 DULU DENGAN MENYATAKAN PENDIRIAN "MESRA BN" TAPI TETAP BERTANDING & KINI MENGUMUMKAN AKAN BERGANDING BAHU DENGAN DAP! KINI MEREKA MEMPAMIRKAN SIKAP "PARASIT" MEREKA PULA! KEKEKE!!!-

Parti Pekerja Sarawak (SWP) bukan lagi mesra Barisan Nasional (BN) sekali gus menamatkan spekulasi mengenai hala tuju ahli-ahlinya.

Presiden SWP Larry Sng berkata, partinya bersedia untuk barganding bahu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri, malah menunjukkan rasa hormat terhadap Pengerusinya, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.

“SWP dan DAP bersetuju untuk bekerjasama untuk memaksimumkan kekuatan dari segi jumlah penyokong dan tidak perlu bagi parti pembangkang berebut sesama sendiri dalam kancah politik yang kini begitu sesak,” ujar Larry ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pihak pembangkang seharusnya mengumpul segala sumber dan menyalurkan mesej sebagai satu kumpulan dan DAP sebagai tulang belakang Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan bersama parti-parti pembangkang lain.

“Ia juga tepat pada masanya kerana kini kami sedang berkembang ke arah kerusi di kawasan pedalaman dan saya yakin kepimpinan Chong akan menerima sokongan penuh daripada kami dalam me- realisasikan impian PR di Sarawak,” tambahnya.

Beliau turut memberitahu, beberapa mesyuarat di antara SWP dan DAP telah diadakan selepas PRU13 bagi membincangkan kerjasama di antara kedua-dua parti tersebut.

Larry berkata, parti politik lain yang berkongsi pendapat dan idealogi yang sama iaitu menawan Putrajaya adalah dialu-alukan untuk menyertai PR.

Selain itu, beliau memberitahu SWP mempunyai kekuatan dan pengaruh di kawasan pedalaman Sarawak yang mungkin akan memberi kelebihan kepada PR.

“Secara prinsipnya, kita harus bergabung tenaga bagi menentang BN,” ujar Chong ketika ditemui pemberita di ibu pejabat DAP kelmarin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu, SWP yang menyatakan pendirian mesra BN tetap bertanding namun tewas di semua kerusi yang diperuntukkan kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), salah satu parti komponen BN negeri

Aug 26, 2013

HOT- Innanillah... Al Fatihah Kepada Nik Aziz


Tiap tiap yang bernyawa pasti mati..itu pasti, malah yang sihat pun akan sakit, yang baru akan binasa, yang muda akan tua, yang banyak masa akan sebok, masa kaya sebelum miskin, yang tak sembahyang pun akan disembahyangkan.

Jangan salah faham..terutama kepada kuda belang hamPAS..! jangan salah faham atas kenyataan ini, kita bukan mendoakan Nik Najis mati, Nik Najis terus sakit..kita pun ada agama sama macam puak PAS yang mengaku diri mereka Islam tu..shahadat kita sama. 

Malah kita takkan tergamak pun nak mendoakan keburukan orang lain macam doa pecah perut, doa KO dan yang sewaktu dengannya..apa yang kita semua perlukan disini ialah kita doakan kesejahteraan dan kesihatan Nik Najis agar cepat pulih dan cepat sembuh agar boleh mendokan kita semula macam dolu dolu tu...huhuhu
innalillahiwainnailaihirojiun, mengandung arti bahwa "sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya".


Dalam tulisan Arabnya adalah sebagai berikut :


إنّا لله وإنّا إليه راجعون


lafadz "innalillahiwainnailaihirojiun" ada dalam Surat Al-Baqoroh ayat 156 :


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
artinya : (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa mushibah, mereka mengucapkan:` Innaalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun `.(QS. 2:156)


Di dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad saw. supaya memberi kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Apabila mereka ditimpa sesuatu musibah mereka mengucapkan "innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun", yang artinya "sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".

Lu Fikir La Sendiri!!!

Aug 21, 2013

Malaysia Ada Jet Pejuang, Ada Kereta Kebal Tetapi Tak Bantu Negara Islam Dalam Krisis?

KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR BANTUAN KETENTERAAN KEPADA NEGARA ISLAM YANG DALAM KRISIS? 
Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestin, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dunggu akalnya. Kenapa saya bertanya demkian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir. 
Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau. 
Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:

Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.
Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.
Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.
Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan. 
Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam? 
Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia! 
Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya? 
Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!
Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!
Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya? 
Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:
"Victorious warriors win first before going to war, defeated warriors go to war then seek to win." - Sun Tzu

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN, JANGAN DILUPA PERKARA YANG PERNAH BERLAKU



Inilah tahap patritotisme yang pernah ditonjolkan mereka kepada negara. Tahniah kepada bangsa cinabeng kerana benar-benar "cintakan" negara sehingga sanggup melakukan perkara seperti ini.

Tak Tercapai Akalmu - LGBT

SEKSUALITI-MERDEKA-2011-QUEER-WITHOUT-FEAR
Alhamdulillah! Lega rasanya bila mendengar khabar mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan penyokong-penyokong LGBT yang mahu membatalkan keputusan pihak berkuasa mengharamkan semua program “Seksualiti Merdeka”.
Semalam, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan tersebut, sekaligus menafikan golongan yang cuba mencetuskan budaya songsang LGBT di Malaysia.
Pada saya, keputusan tersebut adalah satu rahmat buat Malaysia yang bakal menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 pada hujung Ogos ini. Malaysia merdeka dari budaya LGBT!

sokong lgbt
Saya yakin, para penyokong LGBT seperti Ambiga, Marina Mahathir, Irene Fernandez serta NGO seperti SUARAM dan Bar Council akan menganggap keputusan itu sebagai “zalim” dan tidak adil. Maklumlah, bukankah mereka pejuang “hak asasi manusia” yang “menghalalkan” segalanya…
Sebenarnya, saya tidak faham apakah pegangan puak-puak LGBT yang dikatakan semakin meluas pengaruhnya. Apakah mereka beragama Islam? Apakah mereka pengikut agama Buddha atau menganut ajaran Hindu?
Setahu saya, sebanyak 28 laporan polis telah dibuat berhubung program “Seksualiti Merdeka” yang cukup kuat berbaur gejala songsang LGBT itu. Laporan-laporan polis itu dibuat oleh kumpulan yang terdiri dari masyarakat Islam, Buddha dan Hindu.
Dari itu, jelaslah bahawa ketiga-tiga agama terbesar di Malaysia ini menolak sama sekali gejala songsang tersebut.
Persoalannya, apakah para penyokong LGBT dan “Seksualiti Merdeka” itu dengan sengaja mengenepikan kepentingan fahaman agama masing-masing demi “hak asasi manusia” di dalam konteks pemahaman mereka?
anwar lgbt
Dari sudut Islam sendiri, sudah terang-terang bahawa amalan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender itu dilarang keras dan haram hukumnya. Malah dosanya amat besar dan turut diceritakan tentangnya di dalam Al-Quran.
Berdasarkan nas Al-Quran, Hadith dan instinbat hukum fiqh ulama sunni yang sangat jelas itu, susah sangatkah individu seperti Marina Mahathir, Sister in Islam, Siti Zabedah Kasim dan Md. Nor Ismat Selamat untuk faham dan taat pada ketetapan itu?
Saya menyarankan agar pihak yang berkenaan seperti Jakim, jabatan-jabatan agama Islam, dakwah dan sebagainya supaya memberi “tarbiyah” terbaik pada golongan itu. Kalau boleh, “kuarantin”kan mereka sehingga terselamat aqidah dan fahaman mereka.
Bukan apa, sebagai muslim, saya rasa bertanggungjawab sedikit sebanyak untuk menyelamatkan beberapa golongan yang kononnya “cerdik pandai”, “educated”, “berpelajaran tinggi hingga di luar negara” dan “elit” tersebut.
Seburuk-buruk fahaman mereka, mereka belum sampai ke tahap Lina Joy, bukan? Kalau Lina Joy kita gagal selamatkan, apa salahnya kalau kita selamatkan golongan yang terlalu “liberal” dan “perasan pandai” itu, bukan?

Aug 19, 2013

Fuyoooo... kat mana ni?

Isu Solat Depan Tandas Selesai


Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian.

Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas.

Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana.

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.

"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.

Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.

"Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.

Sabotaj?

Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.

"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj.

HOTT!!! GAMBAR SULIT PERTEMUAN ANWAR DENGAN ARTIS MELAYU..


Semalam berlangsung satu pertemuan diantara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bersama-sama dengan kumpulan artis melayu yang menyokong Pakatan Rakyat.

Antara yang hadir ialahb pelakon Hairie Othman, Bob Lokman, Aishah, Ito Blues Gang dan Abby Abadi.

Pertemuan tersebut dikatakan bagi membincangkan strategi untuk menarik lebih ramai rakyat serta golongan muda atas pagar supaya menyokong Pakatan. Peranan artis-artis memang diperlukan memandangkan artis dikatakan lebih dekat dihati orang muda.

Tak dapat dipastikan sama ada Anwar menawarkan imbuhan kepada artis-artis berkenaan, tetapi sudah pasti akan ada habuan yang menanti artis mana yang paling popular serta mampu menjalankan kerja dengan berkesan.

Sebelum ini Pakatan mengecam Umno/BN yang didakwa memanipulasi artis untuk kepentingan politik parti. Kini ludah mereka kembali ke muka sendiri apabila Pakatan juga telah acap kali menggunakan artis untuk kempen pilihanraya umum yang bakal muncul nanti. Apa pun tak boleh !!

Aug 2, 2013

PKR DILEMA - DAP TAMBAH 21 CAWANGAN DI SARAWAK

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian semakin gelisah apabila rakan dalam Pakatan Pembangkang, DAP kini sedang berusaha meluaskan kuasa dan pengaruhnya di Sarawak dengan membuka dan mewujudkan lebih banyak cawangan di kawasan luar bandar.
Keadaan ini sangat merisaukan PKR Sarawak yang mana perbuatan DAP itu telah bertentangan dengan persetujuan DAP, PKR dan PAS dalam meluaskan pengaruh masing-masing di Sarawak.
Terbaru dengan pembukaan cawangan Protem DAP Betong (kawasan luar bandar) sangat mendukacitakan PKR. Di Betong, sinonimnya PKR yang bertanding sama ada dalam PRN Sarawak mahupun PRU-13. Tetapi, dengan pembukaan cawangan DAP adalah tidak mustahil DAP akan bertanding di beberapa kawasan DUN di Betong dalam PRN Sarawak ke-11 kelak.
Borneopost
Chong: DAP to open branches in 21 rural seats
Posted on July 22, 2013, Monday
KUCHING: Sarawak DAP aims to set up branches in 21 rural constituencies within the next two months to strengthen its rural reach.
Its chairman Chong Chieng Jen said their rural drive would complement the efforts of all component parties of Pakatan Rakyat (PR).
“The setting up these branches would increase Pakatan’s chances of victory in the areas, regardless of whether it is contested by DAP, PKR or even PAS,” said Chong in a press conference here yesterday.
The targeted constituencies are Tasik Biru, Kedup, Bengoh, Tarat, Balai Ringin, Simanggang, Engkilili, Bukit Saban, Pakan, Meluan, Ngemah, Katibas, Pelagus, Belaga, Kakus, Kemena, Marudi, Bekenu, Bukit Kota and Batu Danau.
“The key to national reform or key to “Ubah” in the country’s future political landscape will hinge on how we perform in the rural areas in this coming state election.
“If we can break the hegemony of the Barisan Nasional in the rural areas, that would provide a big step towards “Ubah” (change).
“Otherwise, it (failure) would be a step backward,” said Chong, who had earlier chaired the party’s second state committee meeting.
Chong said once these branches were up and running, DAP planned to contest in over 30 seats in the 11th state election, including Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau and Pujut.
DAP has already set up branches in Serian, Mukah, Kapit, Limbang and Lawas parliamentary constituencies.
Chong said each of its state assemblymen had pledged 25 per cent of their backdated arrears from the recent allowance pay rise to fund the rural drive initiative.
Based on the arrears of about RM10,500 per month for 17 months backdated increment, each elected representatives would be donating about RM44,000.
He believed DAP’s membership base in the state would have more non-Chinese members in the near future.
Antara masalah lain yang dibangkitkan Baru Bian kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR ialah:-
PKR Sarawak telah dianaktirikan dan tidak dipedulikan berbanding PKR di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan ramai di kalangan ahli-ahli PKR Sarawak yang tertanya dan ada yang mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai BN. Alasannya PKR pimpinan Anwar Ibrahim hanya mahukan kuasa politik untuk menjadi Perdana Menteri.
Akibat tidak dipedulikan PKR Pusat, bantuan kewangan kepada PKR Sarawak yang selama ini dipohon tidak diluluskan. Sebelum ini PKR Sarawak pernah memohon kepada Kerajaan Selangor untuk mendapatkan dana kewangan dengan berpuluh pucuk surat, tetapi satu pun tidak dilayan.
Berbeza dengan DAP yang mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Pulau Pinang dalam setiap aktivitinya sehingga mampu membuka beberapa cawangan DAP yang baharu. Ini sangat menakutkan PKR yang selama ini menganggap diri mereka berkuasa berbanding DAP dan PAS.
Kemunculan PAS dalam Pakatan Pembangkang Sarawak juga sebenarnya sangat merimaskan PKR dengan ala keislamannya yang berimej serban dan berjanggut. Imej sebegini sangat menakutkan masyarakat Bumiputera Sarawak.
Kecenderungan Anwar Ibrahim mahu serangan peribadi ke atas Ketua Menteri Sarawak diperhebat dalam PRN Sarawak dan PRU-13 sebelum ini ternyata tidak berupaya menggagalkan pemerintahan Pehin Sri Taib Mahmud. Sebab, ramai rakyat Sarawak termasuk Baru Bian sendiri mengetahui sejarah bahawa Pehin Sri Taib Mahmud adalah orang yang bertanggungjawab mempertahankan hak tanah adat NCR Bumiputera daripada dijual kepada kaum Cina.
Manakala, DAP hanya mengambil kesempatan ke atas kebodohan pemimpin PKR Sarawak yang mahukan kuasa sahaja tanpa memperlihatkan sejarah perjuangan pemimpin terdahulu yang banyak memelihara kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
Dalam isu tanah NCR, pemimpin DAP hanya berpura-pura ‘membantu’ rakyat Bumiputera Sarawak sebaliknya cubaan untuk mencari helah untuk membeli tanah NCR dan sekali gus menjadikan tanah Sarawak milik orang Cina.

Gambar Kemalangan Maut di Betong Sarawak



Seorang penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak maut bersama tiga orang lagi pegawai jabatan berkenaan dalam satu kemalangan jalan raya berdekatan Sri Aman, kira-kira 200km dari Kuching hari ini.
Ibrahim Hailee, 35, meninggal dunia di tempat kejadian setelah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak di Km 48, Jalan Sri Aman-Sarikei, kira-kira pukul 3.30 petang, kata Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamed malam ini.
Menurutnya, turut meninggal di tempat kejadian ialah Harliani Hanani, 29, Halimah Hamrie, 30, dan Qurraty Aini Rolfandy, 23.
Dua orang penumpang lain dalam kenderaan itu cedera dengan salah seorang daripada mereka parah dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak, katanya.
Pemandu lori balak berusia 44 tahun itu kini sedang disoal siasat oleh polis, katanya.

Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Jakim Sarawak, Muhammad Nizamuddin Amiruddin berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalanan menuju Sri Aman untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama saudara baharu di Masjid Betong.
Malam semalam, tiga daripada mangsa dilapor turut berbuka puasa di majlis anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak bersama petugas media di atas Kapal Maritim Bijak.
Majlis itu diserikan dengan tazkirah, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan diketuai oleh Ibrahim.