Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Sep 30, 2013

GEMPAR! PROJEK TOKONG TERBESAR DI DUNIA! DAH GILA?

Benar tetap benar tetapi yang salah tetap salah. Menyokong kepada yang baik, namun jika berlaku sebaliknya akan tetap disanggah dan ditentang.

Mengejutkan apabila satu projek pelancongan yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ bernilai RM10 bilion bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd di Bukit Gambang, Pahang. Projek ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar mengatasi keluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang luasnya 493 ekar.

Projek ini didakwa telah mendapat sokongan penuh Kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia yang berkonsepkan "spiritual tourism".

Projek ini akan melibatkan semua agama seperti Kuan Yin, Buddha Alam, Hindu, Sikh, Sai Baba, Taoisme, I- Kuan Tao, Confucianisme dan Kristian disamping  resort, pusat peranginan, restoran, pusat perniagaan, kelab, pusat-pusat hiburan, taman, kolej universiti, sekolah antarabangsa dan pusat pembelajaran.

Dimanakah rasionalnya kewujudan projek yang terbesar ini? Tempat-tempat yang seumpamanya telah "berlambak" di serata negara seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor. Ini tidak termasuk  gereja terbesar di Asia Tenggara yang sedang rancak dalam pembinaan.

Islam adalah agama rasmi negara namun agama lain tidak dilarang diamalkan. Walaupun begitu, agama lain jangan berlebih-lebihan melakukan perbuatan seolah-olah menafikan Islam sebagai agama tunggak negara ini.


Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut:

TUJUH LAGI DIBUNUH DI ZAMBOANGA CITY (4 GAMBAR )

Tentera kerajaan berjaya membunuh tujuh orang saki baki anggota kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di pertempuran di pinggir pantai sebuah bandar selatan dalam operasi pencarian mayat, bom atau jerangkap samar.

Pasukan tentera dan polis khas semalam berjaya membunuh enam pemisah yang menyembunyikan diri di sebuah rumah di bandar Zamboanga selepas mereka enggan menyerah diri.

Seorang lagi ditembak mati dalam satu pertempuran yang berlaku di Rio Hondo kelmarin, salah satu tempat yang diduduki oleh kumpulan pemisah, kata jurucakap tentera Lt Kol Ramon Zagala.


� HOT , ISU � Harga rokok naik minggu depan! Dunhill RM12... Harga rokok naik minggu depan! Dunhill RM12...

Kerisauan kerajaan Malaysia melalai Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

“Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara.

Sumber : Bernama Malaysia
Kerisauan yang dilahirkan oleh pihak kerajaan Malaysia memberikan sediit petanda kepada Berita Semasa bahawa harga rokok akan naik lagi selepas ini. Dan akhirnya berdasarkan semakan Berita Semasa mendapati harga baru rokok akan mula naik bermula minggu depan (30 September 2013).

Senarai Harga Rokok Naik September 2013

Berikut adalah senarai kenaikan harga rokok yang naik termasuklah rokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Peter Stuyvesent, Lucky Strike dan lain-lain lagi seperti yang tertera di bawah ini :
harga rokok naik
Adakah dengan kenaikan harga rokok akan menyebabkan bilangan perokok tegar akan beransur-ansur turun menjadi perokok pasif pula selepas ini sepertimana harapan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan bahawa kenaikan cukai rokok & harga rokok boleh menyebabkan bilangan perokok tegar (SEPERTI DIKATAKAN DI SINI) ada benarnya? Apa kata anda?

(Gambar) 'Berhenti tenung dada saya, ianya memalukan!'

Pada 24 September lalu, Kate Tsui, Chrissie Chau dan EvaL telah menghadiri majlis pembukaan pasaraya Sincere HK.

Kate muncul dengan gaun sexy belahan dada yang luas hingga menampakkan tanda lahirnya yang besar di bahagian dada.

Beliau berkata, "Ibu saya yang menjadikan saya begini, mujurlah tanda lahir itu tidak membesar. Hei, berhenti tenung dada saya, ianya memalukan lah."

Menurut tvbnewsworld, Kate hanya berpakaian sedemikian hanya untuk ke majlis tersebut.

Apabila ditanya pendapatnya mengenai pakaian Chrissie Chau, beliau berkata: "Jika dari bentuk tubuh, saya tidak boleh dibandingkan dengannya."

MInyak - Malaysia bukan kelapan termurah tetapi ke enam belas ??


Apa tujuan mamat ni beri maklumat tak betul? Nak menipu atau memang tak tahu.... wakaka

"Semua artikel dalam blog ini disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan.

Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

Keberanian Zahid Hamidi Tiada Tandingan Beliau Begitu Tegas Menangani Jenayah Melalui PDRM @Zahid_Hamidi @NajibRazak

DS Zahid yang terkenal dengan ketegasannya juga mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang pejuang... Lihat sahaja bagaimana beliau sentiasa memacu kehadapan dalam tindakan yang dilakukan oleh beliau terutamanya dalam memimpin kementerian yang beliau ketuai... 

Siapa pernah terfikir dengan tindakan tegasnya dalam menangani jenayah melalui PDRM? sebagai contoh... Tidak hairanlah beliau sentiasa tenang dalam menggalaskan tugas beliau sebagai seorang pemimpin... 

Kalau anak-anak muda terutamanya yang mendokong perjuangan Agama Bangsa dan Negara menyukai akan insan yang OPEN-MINDED, inilah contoh pemimpin terbaik untuk diikuti dan dijadikan contoh dalam UMNO selepas Presiden dan Timbalan Presiden... 

Beliau juga seorang yang berlapang dadalah dalam menerima sesuatu... Itulah kunci kekuatan seorang pemimpin... Tidak gelojoh dan punyai perancangan rapi dalam membuat sesuatu... 

PH pasti dan percaya, ahli-ahli UMNO tidak akan rugi mengangkat DS Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin apatah lagi UMNO sangat memerlukan pemimpin yang kuat jatidirinya, Tegas dalam tindaknnya, berupaya menyelesaikan sesuatu perkara dengan cekap dan berkesan...

Nama: Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi 
Tarikh Lahir: 4 Januari 1953 
Tempat Lahir: Bagan Datoh, Perak 
Jawatan: Menteri Dalam Negeri 

PRU13 lalu menceritakan segalanya... Keputusan yang masih memihak kepada Barisan Nasional melihat secara jelasnya, Orang Melayu/Bumiputera secara majoritinya terus meletakkan UMNO sebagai sandaran Utama kepada untung nasib Melayu/Bumiputera... 

PRU14 kurang dari 5 tahun lagi, justeru, UMNO kena terus kuat dan kekuatan itu perlu ditiingkatkan lagi agar kepercayaan orang Melayu/Bumiputera terus mendokong perjuangan parti keramat ini... Saya melihat pucuk pimpinan dalam UMNO kena kuat dan paling penting adalah pejuang kuat kepada Melayu/Bumiputera... 

Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin telah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden... Pertandingan yang cukup menarik kali ini adalah yang melibatkan Naib Presiden UMNO... 3 penyandang, Dato Seri Zahid, DS Hishamuddin dan DS Shafie telah mengesahkan untuk mempertahankan kerusi tersebut, manakala Tan Sri Isa, Dato Seri Ali dan Datuk Mukhriz telah mengesahkan untuk bertanding bagi kerusi tersebut... Dato Seri Zahid Hamidi adalah orang yang paling layak diangkat untuk terus mempertahankan kerusi tersebut... 

Beliau seorang yang cukup dedikasi, tegas, istiqomah dalam perjuangan dan lebih penting lagi sentiasa dibaris hadapan dalam mempertahankan Parti UMNO dari serangan musuh/pembangkang... Mengenali Dato Seri, secara ringkasnya, beliau sebelum menceburi bidang politik beliau adalah seorang ahli perniagaan dan pernah juga menjadi seorang guru... Bermula pada tahun 1986, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Razak... Beliau menapak selangkah ke hadapan pada tahun 1995 apabila memenangi parlimen Bagan Datok.. 

Dengan kepakaran yang ada, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi BSN pada tahun 1995-1998... Menariknya, dalam tempoh yang singkat itu, beliau berjaya mengubah BSN daripada imej `bank pejabat pos' kepada sebuah bank yang cukup disegani... Memiliki Ijazah Kedoktoran dari UPM, neliau terus meniti pentas politik dengan penuh istiqomah dan iltizam untuk memastikan perjuangan UMNO terus relevan dan gah sebagai wadah perjuangan untu orang Melayu Bumiputera... 

Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri penerangan, Timbalan Menteri Pelacongan dan seterusnya diangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008... Perubahan kabinet negara pada tahun 2009, menyaksikan Dato Seri Zahid diberi amanah untuk memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia... Sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, beliau telah membawa banyak perubahan yang melibatkan ketenteraan, memperkemaskan pentadbiran ATM dan yang lebi penting lagi menjadikan ATM terus kehadapan dan cemerlang dalam banyak perkara... Sebagai contoh, peranan ATM dalam isu lahad Datu di Sabah, telah menampakkan beliau sebagai Menteri Pertahanan cukup efektif, konsisten dan jitu menyelesaikan isu tersebut bersama PDRM. 

Beliau juga adalah Menteri yang menjadi penggerak utama kepada penyelesaian konflik di Selatan filipina bagi bangsamoro di mana Malaysia telah memainkan peranan besar kearah pendamaian tersebut.baca Dato Seri Zahid Hamidi telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO (2009) dan alhamdulillah berkat sokongan dan doa beliau telah berjaya memenangi kerusi Naib Presiden UMNO tersebut dengan undian tertinggi... UMNO semakin hari semakin mendapat sokongan orang Melayu/Bumiputera sehinggalah ia diterjemahkan dalam PRU13 yang lalu... 

Dato Seri Zahid sekali lagi memenangi kerusi parlimen Bagan Datok dan dalam keadaan negara penuh dengan suasana tidak menentu, ditambah lagi dengan provokasi pembangkang yang cukup keterlaluan sehinngga mengganggu ketenteraman negara, beliau diamanahakan tanggungjawab cukup besar oleh Perdana Menteri bagi mengetuai Kementerian Dalam Negeri... Isyaratnya cukup jelas, beliau yang dikenaali dengan kata-kata yang cukup berbisa 'Tiada Lagi Amaran, Tindakan akan diambil' telah membawa KDN secara cukup pantas kehadapan... 

Walaupun baru beberapa bulan, beliau telah meningkatkan imej PDRM dengan pengenalan kepada Ops-Cantas yang bertujuan untuk membasmi jenayah di negara ini... Lihat sahaja, ianya berjaya menangkap dan menyelesaikan isu jenayah yang pastinya telah membuatkan ramai penjenayah tidak tidur lena... Bayangkkan dalam beberapa bulan sahaja seramai 8449 orang ditahan dalam operasi Ops-Cantas... 

Dalam pada itu juga, operasi membasmi pedatang tanpa izin juga diperhebatkan semula melalui imegrasen malaysia... Apa yang menakutkan PATI, mereka akan dicari dan dijejak secara habis-habisan walaupun sehingga ke lubaang cacing sekalipun... Ini pastinya menimbulkan kerisauan terutamanya kepada PATI dan Tauke-tauke yang menggaji PATI atas niat untuk mendapat keuntungan besar... 

Jelas! Tindakan dan Kapasiti Dato Seri Zahid Hamidi secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa beliau adalah Pemimpin Melayu yang cukup tegas, berani dan istiqomah... Apatah lagi, tindakan yang beliau lakukan ini memberi signal jelas kepada semua, Melayu memerlukan pemimpin seperti beliau. Justeru, Melayu kena berani bertindak! Nah! Inilah masanya, Dato Seri Zahid Hamidi telah menawarkan diri bertanding bertanding jawatan naib Presiden, saya menyeru kepada semua perwakilan dan ahli-ahli UMNO agar kita memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato Seri Zahid Hamidi bagi mendokong perjuangan parti keramat Melayu ini... 

Bersama-sama kita pastikan Pemimpin yang beriwa besar seperti beliau diangkat pada kedudukan yang sepatutnya dan paling penting diberikan kemenangan dengan undian tertinggi sebagai Naib Presiden UMNO No.1... Nama beliau terus meniti dibibir kawan mahupun lawan... Ramai yang tidak tahu, Dato Seri Zahid juga benyak terlibat dengan program-program amal dan kebajikan bagi memartabatkan Agama Islam dan melahirkan anak-anak kita yang soleh dan solehah... Bersama kita mendokong kemenangan didunia agar kita sama-sama mendapat kemenangan diakhirat sana... Semoga Allah merahmati kita semua!

TAHNIAH @ZairilKJ #DAHMENANG BUATLAH KEJA........


Jumlah undi untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang merosot manakala Zairil Khir Johari menjadi satu-satunya calon "Melayu" yang berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan semula parti itu yang berakhir semalami.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendapat 1,304 undi, berbanding 1,576 undi pada pemilihan CEC Disember lalu.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperolehi sebanyak 1,436 pada kali ini berbanding 1,607 sebelum ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh yang mendapat jumlah undi tertinggi pada pemilihan lalu, menduduki tempat ketiga kali ini dengan 1,421 undi.

Seramai 1,725 perwakilan membuang undi untuk memilih 20 calon daripada 49 yang menawarkan diri untuk menganggotai badan tertinggi DAP itu.

Prestasi suram untuk calon Melayu dalam DAP berterusan apabila hanya Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil memenangi kerusi CEC dengan memperolehi 1,132 undi untuk menduduki tempat ke-12 dalam senarai 20 anggota CEC.

Status Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera  sebagai orang "Melayu" dipertikaikan oleh banyak pihak di dalam dan luar DAP berasaskan latar belakang keluarga beliau.

Calon-calon Melayu yang kalah sekali lagi hari ini termasuk Naib Pengerusinya Ariffin S.M. Omar, Ahmad Ton dari Johor, Zulkifli Mohd Noor (Pulau Pinang) dan ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Ariffin hanya meraih 441 undi, S M Omar,  441, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 441, Ahmad Ton 351, Zulkifli 220, Solaiman Op Syed Ibrahim 103 dan Roseli Abdul Gani 61.

Kekalahan mereka dijangka akan menguatkan hujah bahawa DAP tidak memberikan tempat kepada kaum Melayu dan lebih bertumpu kepada mengisi agenda membela kepentingan Cina sahaja.

Dakwaan itu kerap dinafikan oleh Guan Eng namun keputusan pemilihan CEC yang kedua dalam tempoh kurang setahun yang meminggirkan calon Melayu dilihat sebagai menempelak penafian  Setiausaha Agung parti itu.

Prestasi merosot Guan Eng dan bapanya juga dilihat sebagai mencerminkan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap keputusan mereka meletakkan calon-calon-calon "luar" di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke 13, khususnya di negeri Johor.

Keadaan itu menyebabkan beberapa pemimpin DAP bertanding sebagai calon bebas dan dipecat oleh parti.

Undi tertinggi pada CEC kali ini diperolehi oleh  Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (1,438 undi).

Hanya 1,731 daripada 2,576 perwakilan yang layak hadir pada kongres khas hari ini untuk pemilihan semula CEC.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan semula itu susulan keputusan DAP meminda keputusan pemilihan yang 15 Disember lalu.

Pindaan yang direstui oleh Guan Eng itu membolehkan Zairil dilantik sebagai ahli CEC.

Zairil dan semua tujuh calon Melayu lain kalah pada pemilihan itu namun Guan Eng kemudian berkata berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Susulan bantahan pelbagai pihak, ROS mengarahkan pemilihan semula CEC diadakan.

Dua hari lalu, ROS memberi amaran DAP tidak mematuhi peruntukan perlembagaan parti yang menetapkan pemberian notis 10 minggu kepada akar umbi DAP sebelum mengadakan pemilihan semula itu.

Bagaimanapun pimpinan DAP memutuskan notis itu tidak perlu kerana parti itu hanya mengadakan kongres khas bagi membolehkan pemilihan semula diadakan.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP :-

1. Liew Chin tong - 1,438 undi
2. Lim Kit Siang - 1,436
3. Karpal Singh - 1,421
4. Gobind Singh Deo - 1,409
5. Lim Guan Eng - 1,304
6. Chong Chieng Jen - 1,294
7. Loke Siew Fook (Anthony) - 1,263
8. Chow Kon Yeow - 1,203
9. Fong Kui Lun - 1,193
10. Teng Chang Kim - 1,164
11. Pua Kiam Wee (Tony) - 1,158
12. Zairil Khir Johari - 1,132
13. Koh Suh Sim (Teresa) - 1,127
14. Chong Eng - 1,111
15. M. Kulasegaran - 1,088
16. Tan Kok Wai - 1,088
17. Teo Nie Ching - 1,081
18. Boo Cheng Hau - 961
19. Nga Kor Ming - 956
20. Ngeh koo Ham - 809

Sep 24, 2013

Adam Tidak Peduli Status Janda Fiza Elite!!!


Penyanyi Adam AF2 mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon Fiza Elite.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anak selebriti tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya sudah bersedia insyaAllah, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita pernikahanya yang bakal diadakan pada Khamis ini di Jabatan Agama Islam Selangor pada pukul 10 pagi.

Biarpun baru mengenali wanita tersebut pada pertengahan Julai lalu, Adam berkata, dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Fiza sebagai isterinya yang sah.

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia kearah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," katanya.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.

Tambah Adam, walaupun pada awalnya ibu agak risau dengan status Fiza yang juga merupakan seorang selebriti, namun tanggapan itu mula berubah selepas kedua-duanya dipertemukan.

"Ibu saya mula-mula risau sebab takut Fiza tidak boleh terima keluarga kami, maklumlah kami bukan golongan kaya dan hanya tinggal di kampung.

"Tapi selepas membawa Fiza bertemu dengan keluarga pada Hari Raya lalu, semua keluarga saya menyukai dia," katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata majlis pernikahannya akan dijalankan dalam keadaan yang sederhana yang hanya dihadiri kedua-dua belah pihak keluarga.

Bagaimanapun, majlis persandingan masih belum ditetapkan.

Sep 23, 2013

HOT NEWS !!! USTAZ AZHAR IDRUS DAH GATAL SANGAT KER ???


tu diaaa.dah gatal sangat ker ustaz azhar idrus ni ??? dulu kata perempuan kena tutup aurat seperti tak pakai tudung,sekarang apa dah jadi ??? anda sendiri dah dekat dengan perempuan yang tak tutup aurat.memang sekadar gambar tetapi,makan diri sendiri kan ??? dulu cakap berapi-api,salahkan orang lain tak pakai tudung dan macam-macam lagi.sekarang dah dekat dengan perempuan yang pakai tudung.apa cerita ???

Siapa TAKUT bila UMNO - PAS bersatu?

Siapa takut bila Umno dan Pas bersatu?
Betul ke Umno dan Pas nak bersatu?
Bersatu dalam erti kata lain duduk semeja bagi membincang, menyelesaikan masalah rakyat terutamanya melibatkan agama Islam?
Dan kenapa pula ada pihak yang panas punggung apabila kini orang Melayu bersatu?
Jadi gagal lah cita-cita beberapa pihak sebelum ini yang ingin menyaksikan Melayu berpecah belah?
Hadi MEROYAN

Sep 21, 2013

Seorang Gadis Cosplay Tiba-Tiba Berbogel Di Festival Anime Di China

Seorang Gadis Cosplayer Tiba-tiba Bogel di Festival Anime - Seorang Cosplayer remaja wanita tiba-tiba telanjang di sebuah acara Festival Anime, remaja itu kemudian ditangkap dan diamankan oleh pihak keselamatan.

Pada awalnya tidak ada orang yang menyedari kejadian ini, kerana semua orang memang berpakaian ala watak anime di acara Festifan Animasi keempat yang diadakan di Shenzhen, China.

Festival dibuka pada tarikh 18 Julai 2012 untuk lima hari di Pusat Konvensyen Shenzhen, dimeriahkan oleh penampilan Dancers Street, Kartun dan pertunjukkan Animasi dan tentu saja, Pertandingan Cosplay.

Kejadian yang menghebohkan itu terjadi hanya satu jam setelah acara dibuka ketika secara tiba-tiba seorang gadis muda, mungkin berusia sekitar 18 atau 19 tahun, tiba-tiba melepas kostum dan duduk di antara pengunjung di lantai, dan seketika membuat riuh ruangan saat acara tersebut.

"Saya tidak melihat sesuatu yang salah dengan itu, pada kenyataannya, saya menerimanya, Anda mendukung gadis itu,untuk melakukan hal serupa di San Diego Comic Con di Amerika Serikat nanti", kata seorang pengunjung

Sep 19, 2013

15 Pembohongan Clare Rewcastle Sarawak Report KANTOI

Sekali anda baca Sarawak Report mungkin anda tertarik pendedahannya tetapi jika anda mengkaji secara mendalam, biar sampai PecahPalakMikir, ingin lampirkan dengan bukti dan fakta disebalik etika dan undang-undang negara, supaya anda faham dan nampak bertapa bodohnya pengarang Sarawak Report yang bercita-cita membangkitkan rasa benci rakyat terutama melayu islam, kepada Kerajaan Barisan Nasional.
1. HSL adalah sebuah public listed company, Berdasarkan Takrifan Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.
Dari sini kita kena faham sebarang keputusan untuk menggunakan dana dan khidmat dari HSL perlu mendapat kelulusan lembaga pengarah termasuk Eastbourne Corporation Berhad. Apatah mengeluarkan dana bagi kegunaan dan kepentingan syarikat individu. Tentu boleh mencetus pertelingkahan dan tentangan lembaga pengarah. 

ADAKAH SARAWAK REPORT MEMPUNYAI BUKTI YANG ANTARA LEMBAGA PENGARAH BANGKIT MELAPURKAN PENYELEWENGAN DALAM SYARIKAT?
2. Semua accounts dan aspek2 pengurusan di audit dengan terperinci mengikut piawaian antarabangsa oleh Firma Audit yang dibenarkan dan di awasi oleh Bursa Saham mengikut Undang-undang termasuk Undang-undang Anti- Rasuah.

Dari itu jika Sarawak Report mempunyai bukti-bukti yang jelas kenapa tidak bawa kemuka aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Kalau ada-ada yang beralasan tidak mempercayai SPRM, jangan berdalih kerana berapa banyak kes aduan Pakatan Rakyat dalam pembicaraan dan ada yang sudah disabit kesalahan.

MALAH BELUM PERNAH SEBARANG PENULISAN DARI SARAWAK REPORT DIGUNA PAKAI SEBAGAI BUKTI SESUATU KES MEMBABITKAN BN SARAWAK?
3. Audit Public Listed Company di buat secara telus dan transparent oleh Pengaudit Bebas yang terkemuka dan arif tentang selok belok Undang-undang dan pengumuman apa-apa jua tentang Kewangan dan konntrak-kontrak yang di perolehi di buat tiap-tiap 3 bulan kepada umum/public.

Dari sini Sarawak Report tidak berani menyentuh dan menyangkal akan ketulusan ini. Jika Sarawak Report mempunyai bukti keatas soal audit. PecahPalakMikir percaya awal-awal lagi puak-puak Pakatan Rakyat berlumba-lumba membuat aduan polis dan SPRM.
4. Kedapatan kontrak dan sebagainya adalah mengikut undang-undang, amalan serta etika terbaik. Oleh itu tiada unsur-unsur rasuah berlaku didalam apajua kontrak-kontrak yang di perolehi.

Bolehkah pihak Sarawak Report buktikan salah guna kuasa ini?
Part2, Sarawak Report memfitnah tanpa had, hingga pengarangnya mempamerkan kebodohan yang melampau tanpa memahami peranan dan etika Baitumal Sarawak mengikut syara.

Tujuan sebenar Clare mainkan isu ini dengan harapan timbul perasaan syak wasangka masyarakat islam terutama warga Sarawak, bangkit dengan penuh kemarahan, kerana penyelewengan wang zakat dan wakaf adalah perkara paling sensitif dikalangan umat islam. 

ISTILAH KEWANGAN ISLAM ADALAH ISTILAH PALING DIBENCI APATAH MENJADI PENJANA KEMAJUAN, PERPADUAN DAN KEMAKMURAN MASYARKAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA KESELURUHAN BOLEH BERSATU.

Dengan harapan pepecahan ummah sudah pasti kemenangan besar PRU13 DAPAT DINAFIKAN PADA PRN SARAWAK YANG AKAN DATANG INI. Part 2 membuktikan 6 perkara.
Yang paling ketara pembohongan pengarang amat terang memperbodoh-bodohkan rakyat, adalah idea pembohongan kontrak yang lebih menunjukan Calare Rewcastle yang terlebih bodoh.

Hanya kerana ingin menghasut rakyat membenci Yb Daud, malah peluru sebenar kepada CM dan seterusnya untuk menghapuskan Barisan Nasional dan penguasaan kuasa politik bumiputera di bumi bertuah ini. Lihat 5 perkara yang paling mudah untuk memperdayakan rakyat.
Pembohongan besar oleh Sarawak Report yang berniat jahat semata-mata adalah saja membuat cerita untuk kepentingan politik pihak tertentu.

SESUNGGUHNYA CLARE REWCASTLE BROWN ADALAH JENTERA UPAHAN DENGAN BANTUAN DANA KUASA ASING,

FUNGSINYA UNTUK MENGHALANG PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA DAN SEBAB ITULAH BELUM PERNAH SARAWAK REPORT MENYERANG MANA-MANA CAUVINIS YANG KAYA-RAYA TERUTAMA DARI DAP DAN PKR.

"This Balls Belong To Lim Dynasty" ??!!


Biasalah mungkin semua orang dah tahu yang DAP ini sememangnya menipu dalam apa jua gerak kerja yang dilakukan oleh DAP dan rakan sekutunya PR itu sendiri, kalau tidak mana akan pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya ya tak?
Uruk mendapat maklumat semalam  mengatakan seorang ahli DAP dari johor yang berbangsa cina telah berani mati kehadapan untuk mendedahkan segala-gala melalui penulisannya di dalam sebuah blog  klik : http://thedapinsider.blogspot.com/. Beliau bertekad untuk menceritakan segala-galanya mengenai kejahatan keluarga Dinasti Lim yang kini bagai terumbang-ambing untuk mempertahankan legasi mereka agar terus berkuasa dalam DAP.
Ahli DAP ini juga menceritakan bahawa beliau sering diganggu oleh taiko-taiko upahan belaan dinasti Lim sehingga terpaksa membawa diri lari ke Indonesia. Ikuti kisahnya dibawah ini:
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

PENGUMUMAN : Senarai Terkini Status Halal Haram JAKIM



Satu maklumat dan pendedahan yang betul-betul menyentap iman kita sebagai umat Islam. Bagaimana logo Halal JAKIM digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh satu jenama restoran makanan tanpa pernah mendapat pengesahan Halal dari JAKIM sendiri.

Kenapa mereka begitu berani menipu pelanggan khususnya yang beragama Islam tanpa rasa takut sedikit pun?


Restoran berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop ( Secara Keseluruhan. Bagaimanapun Ada Branch/Outlet Yang Mendapat Pensijilan Halal Secara Khusus. Boleh Rujuk Di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia )




3)  Kiwi Express



Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM


Sila semak disini

Sep 18, 2013

Ngap Sayot Santai Bawah Katil, Gila Ganas!

Ngap sayopp. Gila kental. Buat ke buaya tu lapor, selamba je boleh ngap terus kaki. Hidangan tersedia indah kat atas. Nak ditambah cerita tahyul, kaki ko tercelup terkena sos tiram maggi, mau lagi sedap ngap sayop meratah dengan penuh enak.

So, pada mereka yang rumah ditepi sungai yang mendayu dan air sepoi sepoi bahasa. Jenguk-jenguklah bawah katil. Kot bukan setakat buaya yang ada.



HARARE, Zimbabwe - Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.

Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.

Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.
"Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall.

Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.

Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.

Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya.

Tak Leh Senyum : (9 Gambar) Kawasan Khas Untuk Pelacur Di Indonesia

Inilah kawasan pelacuran di Indonesia, dan 30% darinya adalah wanita dibawah umur.Gambar ini di ambil oleh jurugambar Ed Wray. Dulu dikawasan tempat tinggal ku, terdapat kawasan khas untuk pelacur. Satu bangguna semuanya pelacur dari Indonesia, hanya bayar RM30 sahaja.Kawasan itu sangat popular pada tahun 2008, hampir setahun mereka beroperasi..tempat tu dikenai sebagai “pada edik”….