Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Jan 30, 2013

BN Diramal Menang PRU-13. Najib Layak Jadi PM. Anwar Layak Ke Sg. Buloh!!

[SATU kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini. Bertajuk Kajian Maklum balas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 respon dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama. Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa, Datuk Radzi Abdul Latif berkata, 57 % responden yang mewakali UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kemimpinan Perdana Menteri baik dan popular. Selain itu 59 % dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
"Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar. Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi Parlimen.]
P/S ~ Nampaknya kajian yang telah dibuat oleh mahasiswa tu boleh buat Anwar muntah darah dan tak tido malam. Boleh le kiranya Anwar berkira-kira untuk lari dari negara ini. Kalau dia tunggu juga, silap-silap akan terperonyok dalam penjara, kerana telah Anwar bukanlah calon yang layak untuk memimpin negara, apa lagi nak Jadi PM. Dan dia juga telah banyak menyusahkan kerajaan dan rakyat. Syabas DS Najib. Teruskan perjuangan mu, kerana 'Perjuangan Kita Masih Belum Selesai'.

Jan 29, 2013

Revolusi Warna bakal meruntuhkan Malaysia

KUNING, Merah, Hijau, Oren dan berbagai-bagai lagi warna di pamerkan oleh segerombolan manusia d dalam Negara ini sebagai mewakili tanda protes mereka dengan mengilhamkan bersama berbagai-bagai logo dan slogan malah apa yang kumpulan ini sedang lakukan
adalah kerana dorongan daripada apa yang berlaku di negara luar,mauduknya adalah menumbangkan kerajaan yang sah dan dipilih rakyat melalui sau pendekatan revolusi yang dirancang secara terpimpin.

Revolusi warna ini adalah pergerakkan politik yang berasal dari negara-negara barat terutamanya Eropah kemudiannya diambil alih oleh Amerika Syarikat dan ianya merupakan satu gelombang ideologi yang menular dari sebuah negara ke negara yang lain manakala penyokong-penyokong dalam revolusi warna ini semuanya menggunakan penentangan aman pada mulanya yang melibatkan orang awam tetapi akhirnya menjadi ganas seperti dilakukan Bersih 1.0 hingga ke Bersih 3.0.

Demonstrasi,mogok lapar dan perhimpunan haram semuanya digunakan bagi tujuan melumpuhkan kerajaan memerintah dan memaksa perubahan yang mereka perjuangkan dan pergerakan revolusi ini semuanya menggunakan warna tertentu atau bunga sebagai simbol mereka. 

Revolusi warna ini amat ketara sekali di dalam menggunakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang sengaja ditubuhkan dan khususnya kumpulan-kumpulan aktivis pelajar di dalam mengatur penentangan aman atau perhimpunan-perhimpunan haram ataupun menyerap masuk individu-individu tertentu di dalam agensi-agensi kerajaan bagi menyelaraskan gerakan revolusi yang dirancang,  

Revolusi warna sebeginii amat berjaya sekali di Serbia terutama dalam Revolusi Jentolak padatahun 2000), di Geogia melalui Revolusi Bunga Ros (2003), di Ukraine dengan Revolusi Oren (2004), di Lubnan dinamakan Revolusi Araz (yang paling ganas pernah berlaku), di Krygyzstan dengan Revolusi Tulip (2005), Revolusi Biru di Kuwait (2005), di Iraq ia dikenali sebagai Revolusi Unggu (2005) dan di Czechoslovakia ia dikenali sebagai Revolusi Baldu (2005).

Kumpulan yang berhaluan kiri di negara ini yang dipimpin oleh ekstrimis politik sedang menggerakan agenda yang sama kerana mereka yakin,mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan sedia ada melalui proses demokrasi dan sebarang bentuk demonstarsi yang mereka adakan sejak akhir-akhirnya hanya satu latihan menggerakan kepada satu demonstrasi yang lebih besar menjelang PRU13 ataupun ketika diumumkan pembangkang kalah dalam PRU13 nanti.Ini perlu kita awasi.

Revolusi Hijau pula telah dimulakan di Iran pada tahun 2009 hingga 2010 tetapi gagal dan revolusi ini dimulakan atas dasar menentang keputusan pilihanraya atau meminta pilihanraya diadakan secara adil. Namun jika ditunaikan sekalipun kehendak penganjur revolusi ini mereka tetap akan melakukan protes sehinggalah kerajaan yang ditentang dijatuhkan dan mereka mengambil alih kepimpinan kerajaan. Lihat saja tuntutan Bersih yang pertama dulu bilamana SPR tunduk kepada permintaan mereka,kumpulan ini terus juga melancarkan demontrasi. 

Tujuan penentangan mereka sebenarnya adalah topeng kepada hasrat mereka untuk mengambil alih kerajaan walaupun kerajaan semasa mentadbir dengan baik malah genda mereka disokong pula oleh pergerakan demokrasi dari negara-negara barat yang memang berniat memerintah negara-negara yang sedang membangun melalui proksi-proksi mereka. 

Revolusi warna dalam negara kita ini adalah hasil usahasama pemimpin-pemimpin pembangkang dengan negara luar yang berusaha untuk menguasai sesebuah negara dan selalunya sokongan kewangan yang besar datang daripada kerajaan negara-negara barat dan NGO-NGO barat yang mensasarkan negara tertentu seperti Malaysia untuk diambil alih melalui revolusi sebegini

Revolusi warna adalah satu bentuk penjajahan baru yang telah dicipta oleh negara-negara barat dengan menggunakan kepimpinan tempatan seperti Anwar Ibrahim,Mat Sabu,Ambiga dan beberapa nama lagi yang merancang untuk membuat kacau bilau di dalam Negara ini.

Mereka ini akan adakan pelbagai tuntutan dan tuduhan kepada kerajaan yang memerintah dan pada masa yang sama cuba tidak akan menerima apa saja pembaharuan yang dibawa walaupun tuntutan-tuntutan mereka telah dipenuhi. 

Ideologi yang dibawa oleh revolusi warna ini memperdagangkan konsep politik songsang yang sesat malah membawa kesan yang amat buruk kepada sesebuah negara. Lihat sahaja Bersih,HKR dan berbagai-bagai lagi gerakan sonsang yang sedang dilakukan.

Rakyat menjadi keliru,keliru dengan maklumat-maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak pembangkang dan pihak kerajaan pula akan diserang tanpa henti dengan tohmahan yang dikeluarkan secara besar-besaran meliputi semua media alternatif, laman sosial dan blog-blog anti kerajaan yang dikawal-selia oleh jentera-jentera milik revolusi warna ini dari dalam dan luar negara.

Begitulah adanya dengan perancangan licik revolusi warna ini yang hanya semata-mata berusaha atas dana yang diberikan oleh proksi negara-negara barat bagi menjatuhkan mana negara-negara yang mereka ingin ambil alih dan inilah bentuk penjajahan alaf baru yang sedang rancak berlaku dan jika kita berwaspada ia akan berlaku kepada negara kita ini.Lihat sahaja terdedah tentang Suaram,Sarawak Report,MalaysiaKini dan berbagai-bagai lagi yang menerima dana daripada luar untuk menabur serta merekayasakan fitnah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Apakah signifikan baju merah penunjuk perasaan Thai dengan baju kuning penunjuk perasaan Bersih 2.0 dan 3.0 di Malaysia ? Kedua-duanya menggunakan warna sebagai satu cara menunjukkan protes mereka dan mereka sebenarnya tergolong dalam satu pergerakkan global yang dinamakan pergerakan revolusi warna dan Malaysia adalah sasaran seterusnya.. 

Revolusi warna tanpa syak lagi adalah satu fenomena baru yang sedang menular dalam arena pembangunan politik masa kini dan tujuan saya mendedahkan hal ini supaya dapat diambil peringatan oleh para pemimpin politik tentang bahaya dan kesan revolusi warna ini yang mampu menghancurkan negara kita dengan menimbulkan kacau bilau jika tidak ditangani dengan lebih awal.

Kita perlu memahami ciri-ciri pergerakan ini dan bentuk-bentuknya supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya di dalam membenteras wabak ideology ini yang sememangnya dicipta oleh pergerakkan demokrasi barat. 

Mari kita mulakan dengan definasi yang diambil daripada Wikipedia. Laman web ini adalah antara yang pertama menerangkan tentang wujudnya revolusi warna ini dengan memberi definasi yang berikut ;

"Color revolution(s) is a term used by the media to describe related [political] movements that developed in several societies in the CIS (former USSR) and Balkan states during the early 2000s. Some observers have called the events a revolutionary wave. Participants in the color revolutions have mostly used nonviolent resistance, also called civil resistance. Such methods as demonstrations, strikes and interventions have been [used to] protest against governments seen as corrupt and/or authoritarian, and to advocate democracy; and they have also created strong pressure for change.

Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution, and various western NGOs including Jew billionaire George Soro’s Open Society Institute – are ‘the foreign instigators and helpers’ who pave the way for a pro-USrael regime changes around the world. These groups arrange dessident groups behind a single opposition leader (a pro-West would be ideal, but even an anti-West would do the trick”

ANWAR: SAYA PUAS HATI DENGAN PRESTASI MP BN!!!



Untuk beroleh syafaat PM menjadi "calon winnable", tidak cukup sekadar menyatakan "we love PM". Tidak cukup sekadar mempromosi diri dengan cara "membeli wartawan atau ruangan berita" di TV dan akhbar.

Sejak kebelakangan ini "para incumbent" begitu sibuk dengan "promosi diri" di akhbar dan TV. Mereka sudah jadi "mesra wartawan" dan ramai kalangan wartawan juga seronok kerana mendapat perhatian istimewa dari mereka yang mahu menjadikan promosi media sebagai usaha terakhir untuk mendapatkan syafaat PM.

Ada pemimpin yang sudah lama lenyap, tiba-tiba kerap kali keluar di tv dan akhbar.

Ada juga Menteri Besar yang menggantungkan sepenuhnya nyawa politiknya kepada "coverage" TV dan akhbar untuk menaikkan kembali persepsi umum dan pucuk pimpinan terhadap kepimpinannya. Mungkin pada pandangannya, PM dan sekelian rakyat "perlu disedarkan" bahawa kepimpinannya lebih baik dari kepimpinan MB sebelumnya.

Mungkin MB ini tidak mahu belajar dari kesilapan Pak Lah yang mengambil pendekatan "mengganyang dan mencemarkan" imej kepimpinan sebelumnya yang telah menjadi punca kepada kejatuhan, bukan saja dirinya, malah kekuatan parti keseluruhannya turut terjejas.

Majoriti Rakyat mahu BN dan UMNO terus memerintah, tapi mereka mahukan pembaharuan dalam kepimpinan di segenap peringkat.

Rakyat mahu lihat PM mengotakan transformasi politik,  "berubah atau rebah".

Rakyat mahu lihat PM "benar-benar" mendahulukan keinginan rakyat terbanyak daripada "keinginan terpencil" para pemimpin untuk terus kekal berkuasa.

Rakyat masih rasional. PM boleh terus kekalkan pemimpin yang masih "diterima" dan berstatus "aset" kepada parti dan kerajaan.

Tetapi rakyat juga mahu melihat PM berani untuk mengganti mana-mana pemimpin yang bertaraf "melukut ditepi gantang". Ada tak menambah, ketiadaannya pun tidak menjejaskan BN.

Malah yang paling penting, rakyat mahu melihat "pemimpin berkarat" (meminjam kata-kata Zahid Hamidi) dan sudah bertukar menjadi "liabiliti" kepada parti tidak lagi diberi "peluang subsidi" untuk terus menikmati syafaat sebagai YB atau MB tanpa merit.

Kita sudah ada testimoni, di mana "seorang PM pun terpaksa mengundurkan diri" apabila beliau didapati sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti. Inikan setakat pemimpin bertaraf YB dan MB yang berliabiliti.

PM juga harus berhati-hati dengan program "window dressing" yang dibuat oleh mereka-mereka yang mahu terus kekal bertanding walaupun sudah "expired".

PM diharap tidak mudah terpesona melihat "pancur bunga telor" yang kelihatan cantik gubahannya, sedangkan di dalamnya hanyalah "bahan kitar semula" yang "disambung-sambung" hingga ramai yang terkeliru dengan kecantikannya.

Zaman di mana "calon-calon yang terpilih" bergantung sepenuhnya kepada "syafaat dan populariti PM" serta "jenama BN" untuk mencari kemenangan sudah berlalu. Rakyat akan membuat keputusan berdasarkan personaliti calon sebagai faktor utama, manakala jenama parti sudah menjadi faktor sampingan bagi mereka.

Sebagai seorang manusia, PM juga ada kelemahan. Beliau tidak mungkin mampu untuk "mengasah batu sepulau" berseorangan.

Hari ini apabila PM diasak dengan pelbagai fitnah kiri dan kanan oleh pembangkang, berapa keratkah di kalangan pemimpin lain yang bangkit mempertahankan PM? Boleh dibilang dengan jari mereka "yang sanggup ke depan" dengan hujah logik dan fakta untuk menepis serangan lawan yang bertali-arus terhadap batang tubuh PM.

Kita lihat kerja tepis-menepis isu seolah-olah sudah di "outsource" kepada para blogger pro-kerajaan untuk mempertahankan kerajaan dan PM DS Najib. Pemimpin-pemimpin sudah tidak mahu buat "kerja tidak popular" seperti ini lagi.

Kita kasihan melihat PM Najib kerana tidak dapat menikmati kelebihan yang pernah dinikmati sewaktu Tun M menjadi PM. Tun M hanya perlu membuat serangan "sesekali yang boleh membawa maut" kepada pihak lawan. Selebihnya semua diurus dan diselesaikan oleh para hulubalangnya yang duduk di kerusi Menteri, MKT dan MB.

PM harus lahirkan pimpinan pelapis yang boleh menjadi benteng pertahanan kebal kepada kerajaan dan parti, dan bukan pemimpin yang hanya pandai menjaga lopak sendiri.

Anwar Ibrahim "sangat berpuas hati" dengan "prestasi BN's Backbencers" yang ada hari ini. Itu tandanya sebahagian besar dari MP BN ini patut dipencenkan.

Jan 28, 2013

DAKWAAN PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU TERJAWAP!!


Di dalam entri terbaru beliau, Lim Guan Eng DAP telah mengkritik 'kabinet' dan TS Abdul Gani yang kononnya 'menunggu sahaja apabila 'terdapat ancaman berlakunya pesta membakar Injil di Butterworth tidak lama lagi'.

Di antaranya : .
Why should the cabinet and Tan Sri Abdul Gani wait when there are also threats by some parties to have a Bible burning festival by distributing pamphlets to carry out such threats in Butterworth on this Sunday morning? more
Apakah benar kabinet dan AG sekadar menunggu sahaja seperti yang didakwa oleh anak Lim Kit Siang itu atau beliau yang tidak tahu proses dan prosedur sesuatu perkara yang melibatkan ketenteraman dan undang-undang?

Di bawah adalah penjelasan buat Lim Guan Eng DAP :
Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. —

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,” katanya.

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. - More
MiM pasti kita semua rasional dan mahu menjaga keamanan dan kesajteraan sesama agama di negara ini.

Ironinya, Lim Guan Eng DAP masih diam membisu mengelak daripada menjawab isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh beliau sendiri!

Awat lambat sangat?

BN LEADERS BRIEF DPM ON GE PREPARATION.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who is also deputy Barisan Nasional (BN) chairman was briefed by leaders of the four state BN component parties here last night on their level of preparedness for the next parliamentary polls (or GE13).The secretary-general of each of the four parties gave the deputy BN chairman the latest update on their GE13 preparationwhile the party presidents responded to queries from Muhyiddin.The dinner meeting with Muhyiddin was held at the PBB headquarters in Jalan Bako here.There was no discussion on seats and candidates during the discussions as it was focused on how the state BN would tackle issues faced by them in all parliamentary seats.The four state BN parties are Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).Presently the state BN holds 29 of the 31 parliamentary seats with the other two, namely Bandar Kuching and Sibu being represented by DAP.Of the total, PBB was allocated 14 seats followed by SUPP (seven), PRS (six) and SPDP (four).Present at the meeting were state BN chairman Pehin Sri Abdul Taib Mahmud who is also PBB president; SUPP president Dato Sri Peter Chin; PRS president an Tan Sri Dr James Jemut Masing and SPDP president Tan Sri William Mawan Ikom.UMNO information chief Datuk Ahmad Maslan also attended the meeting.Muhyiddin is in town for three days starting yesterday for his walkabout at various places here apart from meeting State BN leaders.

Terkini ! Nasha terima nasib seperti Hassan Ali ...




SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Jan 25, 2013

Panas! Gambar Yang Membuatkan Pemimpin Pas Panas Punggung!



Gambar Ustaz Nasha bersama PM di Gaza. Gambar ini  bukan saja membuat PAS panas malah seluruh Pakatan Haram pun panas apabila melihat gambar ini. Mana tak panas, Ustaz Nasha antara pemimpin yang pertama yang berani ke Gaza mengikuti PM. Al-Juburi wal liwati ada berani ka?

Jan 21, 2013

Zizan Raja Lawak Tiru Gaya UAI








Jan 18, 2013

Parlimen Bubar Sebelum 21 Mac 2012 ???



Tarikh-tarikh DUN akan terbubar secara automatik

21 Mac : Johor
26 Mac : N.Sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.


p/s : Adakah Parlimen Malaysia dibubarkan sebelum 21 Mac 2012 ??? 

Jan 15, 2013

Macam Bagus Jer.... Betina Ni... kah... kah... kah...!!!!

Listen..Listen..Listen... Listen to Me ! Let Me Speak ..

Negara ini sarat dengan masalah, NFC bermasalah, FELDA bermasalah, Daftar pemilih bermasalah, SPR bermasalah, Polis bermasalah, Jabatan Kehakiman bermasalah, mahkamah bermasalah, SPRM bermasalah, Undi Pos bermasalah, Royalti bermasalah, Sekatan Media bermasalah, ISA bermasalah, Indeks jenayah bermasalah, Gejala sosial bermasalah...

Menteri bermasalah, Timbalan Perdana Menteri bermasalah, Perdana Menteri banyak masalah, Si Gemuk bini Perdana Menteri lagi banyaaaaakkkk... busat dia punya masalah... Raja2 Sultan2 pun bermasalah... hahahaha...

Listen..Listen..Listen... Listen to Me ! Let Me Speak .. hahahaha....
Bercerita pasal perkauman..., PAKATAN RAKYAT laknatullah mengaku dioranglah juara yang menyatupadukan rakyat 1Malaysia... dan dalam masa yang sama diorang jugaklah yang menanam bibit2 perkauman kepada rakyat 1Malaysia.... sebab tu gua amat menyampah dengan sikap hipokrit PAKATAN RAKYAT laknatullah... kerana cakap tak serupa bikin....

Sembang bab isu yang tengah hot sekarang... kononnya minah yang ada title Syarifah... ooppsss.... walllllaaaaweeiiii.... gua pernah terbaca di sini tajuknya "Awat Keturunan Syed/Syarifah Ni Mulia Sangatkah?" suatu masa dulu berkaitan isu keturunan Syed dan Syarifah., lunyai blogger nih kena hentam beb... padahal jika difahami betul2 blogger tu pun copy & paste entry tersebut daripada mana punya suratkhabar pun gua tak tau... hahahaha...

Memandangkan isu keturunan Syed/Syarifah sensitip la sangat bagi golongan yang mengaku kononnya dari golongan Ahlul Bait walaupun perangai tak senonoh tak menepati ciri2 Ahlul Bait tapi jangan di hina beb... kah... kah... kah.... pundek mak diorang laaaa... kah... kah... kah....!!!!





Contoh seperti Sharifah Pooohraaa Jamban Syed natang pebenda ntah... dengan aurat terdedah dan daripada dia punya mulut longkang mungkin ramai dah boleh tafsirkan beliau spesies betina golongan Syed/Syarifah spesies apa...???? harap mulut bawah dia pun tak sebegitu laaaa... hahahaha... ke guane...??? hahahaha...

Macam gua yang bukan dari keturunan Ahlul Bait walaupun gua mengaku gua sebenarnya dari jurai keturunan Nabi jugak.... hahahaha... tapi tak berlagak pun macam keturunan Syed/Syarifah yang kononnya dari jurai keturunan Ahlul Bait..., sepatutnya spesies2 Syed/Syarifah nih cerminkan muka diorang dalam ayaq acaq... betul ke dengan perangai, akhlak yang tak bercirikan Islam boleh masuk line dalam golongan Ahlul Bait... kalau Ahlul Iblis gua caya laaaa.... hahahaha...

Macam gua nih mengutuk bangsa umno laknatullah... dengan menyamakan diorang dengan binatang... kira ok lagi beb... hahahaha... sebab spesies PAKATAN RAKYAT laknatullah memang takda akal dah memang sejibik macam binatang... laaaa... so.. itu pun susah nak pikiaq kaaa...???

Tapi kalau dah macam betina seripah kat atas tu mengelarkan pelajar india tu macam binatang... itu dah lebih laaaaa.... so.. apa nak di katakan lagi... kalau dah membesar dengan hasil didikan PAKATAN RAKYAT laknatullah... itulah rupanya....

Bodoh memang takda ubatnya... so.. go to hell yeeeaaahhhh Seripah Pooohraaa...!!!!, sesiapa terserempak dengan betina sialan nih... kasi ludah sama dia... hahahaha...!!!!

Babi pun malu dan lebih mulia dari betina ni beb...!!!! Babi dan binatang2 lain masuk syurga tauuuuu.... spesies yang mengaku golongan Ahlul Bait belum tentu lagi masuk syurga beb... silap haribulan jambatan sirat pun tak lepasssss.... wakakakakaaaaa....!!!!

Sendiri mau ingat laaaa.... wahai syed and syaripah oooiiii....!!!! Terutamanya si Seripah Poooraaahhhh.... tuuuu... hahahaha....!!!!

Jan 13, 2013

Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular ?


Kenapa restoran India muslim atau dikenali sebagai Mamak di negara kita cukup popular terutama sekali apabila bercerita mengenai masakan dan gerai-gerai mamak yang bukan sedikit wujudnya di Malaysia.

Apakah kekuatannya?



Masyarakat mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan Tamil-Muslim yang berwarganegara Malaysia.

Berabad dahulu, masyarakat India Muslim ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara.

Kehadiran masyarakat India Muslim yang dianggap sebahagian daripada masyarakat India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita.

Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yang disajikan.


1. Beroperasi 24 jam

Carilah diceruk manapun, pasti gerai dan restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam.

Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ‘ketagih’ dengan makanan mamak.

Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman.

Ia kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.



Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.

Industri restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini.

Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.

2. Trend budaya masyarakat baru

Kewujudan restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar, tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.

Kini, impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang membolehkan mereka online secara percuma walaupun hanya sekadar minum segelas teh tarik.

Suasana di restoran ini ‘hidup’ sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.



3. Selera pengguna

Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar.

Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang melibatkan masyarakat berbilang bangsa.

Pensyarah Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24 jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.

Ia menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang mengalami evolusinya yang tersendiri.

PANAS BERAPI! BAIK PUNYA LEBAI PAS MERABA BONTOT MUSLIMAH!

Perlu ke aku nak tulis lebih lagi? Hebat kan PAS? Kan selalu aku cakap kalau bab lendir ni PAS memang sangat suka adanya.

Kenapa Kedua-Dua Bibir Kita (Atas Dan Bawah) Tidak Bergerak Sewaktu Kita Mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?


Ha, cuba try sebut LA ILA HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan? ^_^

Kenapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba hambaNya...

~Di antara hikmahnya adalah kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi utk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja.. Maha Suci Allah.. :D

Begitulah tanda sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya

Jan 11, 2013

SAMBUTAN LUAR BIASA ANWAR IBRAHIM DI SARAWAK MENGGERUNKAN BN SARAWAK

KREDIT BUAT BLOGGER WIRA KENYALANG:-




Lawatan Anwar Ibrahim ke Sarawak pada 5 hingga 6 Januari lepas memberikan khabar gembira kepada penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang di Sarawak. Ini diakui sendiri pemimpin PKR Sarawak yang sememangnya menunggu kehadiran Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin dalam lawatan mereka selama 2 hari itu sebagai menghangatkan lagi suasana politik di Sarawak.
Hadirnya Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin maka munculnya pesta ‘fitnah memfitnah’ dan serangan peribadi ke atas pemimpin BN serta peluang terbaik pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak untuk naik ke pentas dan berceramah menggunakan ‘skrip’. Jika tiada lawatan Anwar Ibrahim mahupun Pakatan Pembangkang Pusat, sememangnya politik Sarawak sepi dan sunyi daripada fitnah dan serangan peribadi.
Bagi BN Sarawak kehadiran Pakatan Pembangkang adalah suatu malapetaka yang cukup besar kerana dipercayai memberikan impak negatif ke atas sokongan terhadap BN lebih-lebih dengan kehadiran penonton yang ramai dalam sambutan Ceramah Merdeka Rakyat bersama Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin di Limbang, Baram, Bau dan Samarahan.
Kesempatan ini juga membolehkan Pakatan Pembangkang menyebarluaskan informasi dan maklumat Pakatan Pembangkang di alam maya menerusi kumpulan media sosial Pakatan Pembangkang. Lihat saja Ceramah Merdeka Rakyat, mereka ini cepat dan tangkas dalam mengupload gambar dan maklumat ceramah untuk tatapan pembaca alam maya.

Difahamkan BN Sarawak mempunyai Unit Media Baru (UMB) BN Sarawak, tetapi tiada satupun berita atau maklumat yang boleh menangkis dakwaan pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin pada malam Ceramah Merdeka Rakyat itu. 

Apakah UMB masih ‘wujud’ dalam alam maya di Sarawak? Jika ada, apakah mereka masih relevan dalam konteks dan saat ini? Apakah UMB BN Sarawak masih menggunakan strategi lama dengan hanya bertahan tanpa menyerang? Apakah mereka tidak sedar bahawa Pakatan Pembangkang kini menyerang UMB BN Sarawak dengan mengadakan seberapa kerap ceramah dan menyebarkan maklumat dan isu yang mampu membuatkan rakyat terpengaruh. 

Mengikut statistik tidak sampai sebulan, Pakatan Pembangkang Sarawak telah mengadakan Ceramah Merdeka Rakyat 3 kali ceramah dengan menjemput Che'gu Bard, Rafizi Ramli dan terbaru Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin. Pastinya selepas ini akan lebih ramai pemimpin Pakatan Pembangkang akan turun ke Sarawak dan Sabah khususnya Lim Guan Eng dan LIm Kit Siang serta Abdul Hadi Awang dan juga Mat Sabu sebaik sahaja mereka selesai mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan pada 12 Januari 2013.

Seperti 'sesuatu' yang sedang berlaku tanpa sebarang tindakan lihat sahaja bagaimana selepas Ceramah Merdeka Rakyat berakhir dan sehingga artikel ini ditulis tiada langsung usaha untuk menjawab tohmahan PKR dan Anwar Ibrahim. Yang ada hanyalah sekumpulan kecil Bloggers Anak Sarawak™ ® yang membuat liputan eksklusif bersama gambar dan video (dalam proses pembikinan). Itupun hanya untuk bersuka-suka kerana mereka tidak diberikan peranan dan tanggungjawab untuk menangkis dakwaan Pakatan Pembangkang kerana tidak mempunyai kemahiran khusus seperti mana UMB BN Sarawak.
Untuk itu sebagai blogger yang tidak mempunyai sebarang peranan dan kemahiran, marilah sama-sama UMB BN Sarawak perkemaskan kelemahan yang ada terutama yang membabitkan kepercayaan dan keikhlasan untuk berjuang. Jangan hanya kerana ‘masalah kewangan’ maka kepercayaan dan keikhlasan itu dikorbankan. 

Ingatlah bahawa di mana langit ku pijak di situ langit ku junjung. Dan, jika tidak pun fikir-fikirkanlah masa depan anak dan cucu cicit kita kelak untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik di masa datang di bawah pemerintahan BN dan Najib Razak.

Jan 10, 2013

HOT: MALAYSIA BAKAL DIKRISTIANKAN TAK LAMA LAGI!?


Malaysia adalah merupakan sebuah negara Islam. Tidak mustahil suatu hari nanti negara Islam ini yang dari dahulunya dibanggakan oleh masyarakat negara-negara luar seluruh dunia akan menjadi seperti biasa-biasa saja. Ini adalah kerana keistimewaan itu tidak lagi kita kecapi disebabkan bukan lagi sebuah negara Islam.

Astagfirullah Hal'azim....semakin hari semakin kita ditunjukkan cara-cara halus yang dibuat oleh musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Pokok pangkalnya umat Islam sendiri tidak bersatu demi menjaga Islam itu sendiri.

Dalam hal penggunaan Kalimah Allah S.W.T adalah DILARANG sama sekali untuk digunakan oleh agama lain selain agama Islam. Jika penggunaan kalimah Allah S.W.T ini boleh digunakan sewenang-wenangnya mudahlah agama lain untuk menyamakan Allah S.W.T dan tuhan-tuhan mereka yang lain. Sudah semestinya umat Islam lain mudah terpedaya dengan penipuan-penipuan ini dan menjurus kepada MURTAD secara meluas.

Baca di bawah :

Majlis Gereja (CCM) akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu, kata para ketua gereja majlis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata penganut Kristian di Malaysia telah menggunakan kalimah tersebut dalam Bible versi Melayu dan dalam pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya.

"Juga, banyak masyarakat pribumi di negara kita telah merangkumkan perkataan ini dalam bahasa harian mereka.

"Dalam perkara ini, kita akan meneruskan amalan ini, dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini," menurut kenyataan.

Mereka menambah amalan tersebut "dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan" di bawah Perkara 11.

Dua hari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa bukan Islam di negeri ini telah dihalang daripada menggunakan "Allah", kerana ia adalah perkataan suci hanya untuk umat Islam.

Bujang Senang cabar PAS, jika benar ada mengatakan dalam Al-Quran atau hadith sahih yang menerangkan kalimah Allah S.W.T ini boleh digunapakai oleh semua agama tunjukkan. Atau pun Nik Aziz dan Hadi Awang ini belajar kitab taurat dan injil yang telah diubah suai. Layakkah mereka ini dipanggil ulama'??

Inilah sebenar matlamat puak Pakatan Haprak di Malaysia. Baik PAS dan PKR, umat Islam dalam parti tersebut sanggup bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan Islam di Malaysia ini. Inilah cara-cara halus mereka berdakwah untuk menyesatkan umat Islam itu sendiri terutama sekali untuk golongan anak muda. Mereka ini adalah golongan yang mudah terpedaya dengan apa saja yang ada di depan mata mereka tanpa berfikir panjang buruk baiknya. Yang penting apa yang mereka maukan, mereka boleh dapat.

Fikirkanlah wahai pembaca yang budiman, jika penggunaan Kalimah Allah S.W.T ini digunakan oleh agama lain...ini menunjukkan mereka mempermainkan kekuasaan Allah S.W.T dan mengejek-ejek Allah S.W.T adalah Tuhan yang satu. Tidak mustahil ada pihak yang tak bertanggungjawab menzahirkan siapa itu Allah S.W.T dengan menyamakan dengan perwatakan sesiapa. Walhal kita semua tahu Allah S.W.T adalah Tuhan semesta alam. Segala yang tercipta di muka bumi ini dan segala-galanya di bawah kekuasaan Allah S.W.T Pertahankan agama Islam itu sendiri kerana Islam adalah agama yang suci.

http://3.bp.blogspot.com/-JEQWi0E-VTA/UO2LK7bC2JI/AAAAAAAAvqw/1Ek8S5YxEhw/s1600/253899_316387888480269_1846941789_n.jpg

Jan 9, 2013

Janji masyukkk...


Seorang pemuda masuk ke sebuah kedai makan berhampiran rumahnya dan memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya tiba. Saat pemuda itu nak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil lelaki menjajakan kuih padanya, "Mahu beli kuih, bang?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab, "Takpe, abang sedang makan." 

Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "Mahu beli kuih, bang?" Pemuda tersebut menjawab, "Takpe dik, abang dah kenyang." 

Lalu pemuda itu bangun menuju ke kaunter untuk membayar dan terus berlalu pergi. Si anak kecil penjaja kuih masih berterusan mengekori pemuda tersebut hinggalah pemuda itu masuk ke rumahnya. Walaupun sudah hampir seharian si anak kecil cuba menjual kuih buatan ibunya, tetapi masih tidak laku-laku. Namun dia tidak mahu menyerah pada takdir dan masih meneruskan usahanya. Si anak kecil itu berfikir, "Cuba aku tawarkan lagi kuih ini pada abang tadi. Mana tau dia nak beli kuih ni sebagai ole-ole untuk orang di rumahnya."

Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu keluar rumah semula dan si anak kecil penjaja kuih kembali menghampiri pemuda tersebut untuk menawarkan kuih jualannya bagi kali ketiga. "Bang, mahu beli kuih?" 

Kali ini pemuda itu merasa ralat untuk menolak. Dia mengeluarkan wang RM10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu. Katanya, "Adik ambil duit ni. Abang tak nak beli kuih adik sebab abang masih kenyang. Anggap saja duit ni derma daripada abang buat adik." 

Anak kecil itu menerima wang pemberian si pemuda lalu menghampiri seorang pengemis yang kebetulan berada berhampiran, lantas mendermakan semula wang RM10 itu kepada pengemis tersebut. Betapa terkejutnya si pemuda lantas bertanya, "Kenapa adik beri wang tu pada pengemis? Mengapa tidak adik ambil saja?" 

Anak kecil penjaja kuih itu tersenyum lalu menjawab, "Saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjual kuih yang dibuatnya, bukan untuk jadi pengemis. Dan saya pasti bangga pulang ke rumah bertemu ibu andai wang yang saya perolehi adalah disebabkan hasil jualan kuih ibu dan bukannya disebabkan derma daripada abang. Wang yang akan saya serahkan kepada ibu nanti adalah hasil usaha saya sendiri kerana ibu tidak suka saya meminta-minta.

Pemuda itu kagum dengan kata yang diucapkan oleh seorang anak yang masih kecil yang hanya menjaja kuih tetapi memiliki prinsip dan etika kerja yang hebat. Impian anak kecil itu ialah setiap kali pulang ke rumah, dia dapat melihat senyuman ibu yang menyambut kepulangannya disebabkan dia mampu menjual kuih buatan ibunya serta memperolehi wang hasil jualan tersebut, dan bukannya dengan cara meminta derma. 

Akhirnya pemuda itu memborong kesemua kuih yang dijajakan si anak kecil. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar, tetapi kerana prinsip yang dimiliki si anak kecil bahawa "Usaha Tangga Kejayaan" dan dia pasti akan memperolehi ganjaran yang setimpal seandainya dia menyudahkan kerjanya dengan baik. 

Semoga kisah di atas mampu menyedarkan kita akan peri pentingnya usaha, dan bukannya dengan cara meminta-minta mengutip derma. Janganlah sampai mata kita jadi 'hijau' hanya disebabkan nafsu kepada wang ringgit. Wallahua'lam.





TERKINI : BLOGGERS PISAU DALAM BAHAYA!



PISAU DALAM ANCAMAN! TERKINI Jutawan DAP dalam laman FB yang dikatakan memberi tawaran RM1000 ringgit bagi sesiapa yang boleh mencari PISAU, dalam artikel yang dipaparkan dalam bahasa Cina yang nampaknya rasis dan tidak boleh dibaca oleh pembaca bangsa lain bermaksud..

Nga kor ming announce RM1000 to assist in identifiying Pisau.net's real nameand adress, olso through Facebook to locatePisau.netto sue him. Nga said, he would not allow such maclicious lie especaially the blogger who misused private documents ofthe salesand purchase agreement.

Nampaknya jutawan nie boleh menyebabkan Pisau terancam, bayangkanlah RM 1000 boleh menjadikan banyak benda boleh berlaku, adakah ini membelakangi kuasa POLIS dan dikira mengancam blogger Pisau dari sgi keselamatannya, terutama nampak perkauman bila disiarkan dengan berbahasa Cina, apa motif untuk beliau buat begini sekalipun nampaknya boleh membahayakan nyawa seseorang. 

Bagaimana orang yang dicarai telibat dengan genag atau samseng, dan bagaimana pula orang yang disyaki sebagai bloggers dipukul sedangkan orang bukan oarang yang dicarai

Nampaknya Ugutan terus berlaku, ah kalau tak tau sumber apa masalah yang dia takut sangat kecualilah memang dia terlibat dalam isu 10,526, mana peraturan dan undang-undang yang ada? kepada sesiapa yang memberi maklumat sudah tentu juga bakal diheret menjadi saksi dalam perbicaraan, jadi kalau bukan pisau yang sebenar apakah yang boleh dia boleh buat sesuka hati/

macamana pun teman harap sangat Pisau selamat dan yang penting rakyat berhak tahu kebenaran! (klik)

[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat : Pekan Bau, Sarawak 06/01/2013


PAKATAN TABUR JANJI PALSU KEPADA RAKYAT BAU, SARAWAK.....

WAHAI RAKYAT SARAWAK JANGAN ANDA TERTIPU JANJI MANIS PAKATAN MENGECAPI NIKMAT SEKEJAP ANAK CUCU KITA SENGSARA BUAT SELAMA-LAMANYA...........

Fail – Akibat Buka Pintu Kereta Semasa Dibasuh Di Auto Car Wash


FAIL BLOG
Tahu apa yang akan berlaku jika anda dengan sengaja membuka pintu kereta anda semasa mesin basuh kereta automatik sedang menjalankan tugasnya? Lihat gambar berformat .gif kat bawah ni~

Cara Pengemis Buat Luka Untuk Meraih Simpati Di China


Dengan beberapa bahan yang mudah didapati dan dengan hanya beberapa langkah mudah, anda mungkin terpedaya dengan helah pengemis yang membuat luka pada badan mereka dan dengan baik hatinya anda menghulurkan duit kepada mereka kerana berasa simpati. Itulah yang dilakukan oleh pengemis-pengemis di negara China yang hidupnya hanya bergantung kepada ihsan orang lain.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menghasilkannya:-
- Gam
- Pewarna merah
- Span pencuci pinggan
- Pencungkil gigi
- Cotton buds (pengorek telinga)

CARA BUAT LUKA PALSU
1. Sapukan gam pada kulit dan dibiar sehingga kering.

CARA BUAT LUKA PALSU
2. Selepas kering, gosokkan sedikit bahagian gam itu dengan span pencuci pinggan.

CARA BUAT LUKA PALSU
3. Pewarna merah disapukan sedikit di bahagian gam.

CARA BUAT LUKA PALSU
4. Gam yang sudah kering dicungkil pada bahagian tepinya dengan pencungkil gigi bagi melihatkan kesan terkopek pada kulit.

CARA BUAT LUKA PALSU
5. Sapukan pewarna merah dengan cotton buds di bahagian yang menampakkan luka dalam dan biarkannya sehingga kering.

Dan inilah hasilnya~
CARA BUAT LUKA PALSU
Mudah bukan?

Jan 8, 2013

Apa Nabil dah buat kat bibir Neelofa yang pucat?

Apa Nabil dah buat kat bibir Neelofa yang pucat - Nampaknya, Nabil dan Neelofa semakin serasi menghoskan Rancangan Hiburan MeleTop yang bersiaran di saluran Astro Ria setiap Hari Selasa jam 10.00 malam. Jangan lupa saksikan gelagat-gelagat melucukan yang ditunjukkan oleh Neelofa dan Nabil. Memang meletup pun rancangan hiburan terbaru ini kerana Nabil sendiri telah berjaya membuatkan bibir Neelofa menjadi pusat akibat keseronokan. Apakah yang berlaku sebenarnya?