Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

Mar 31, 2014

GEMPAR ! MISTERI PHILIP WOOD : PENUMPANG MH370 POSTING MINTA TOLONG DARI DIEGO GARCIA



Berdasarkan kajian awal, gambar yg diberikan oleh Philip memang berkordinat di Diego Garcia . Beliau meletakkan satu gambar hitam sebgai gambar profilenya. Ya Allah, takut pula bila dpt berita ini. 

Mesejnya berbunyi :

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. 


Link forum: http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944

Profil Philip Wood: http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968

Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg
  




Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :

http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )
  



Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH270


Di akhir posting forum tersebut ada perkara menarik:
"OP photo is interesting because it 's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room."
Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.


Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para perampas

Original Posted By kimbo555 ►
terjemahan postingan philip wood :


postingan http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) : http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg


(tarikh dibuatnya photo profile: 18 Mac 2014)


kamera yg digunakan :


GPS






DAFTAR PENUMPANG  MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf 



NOTE: PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIHATAN

low batt mungkin, baterinya tidak hidup kalau buat flash ..

GPS di hp sudah dibaca..

yg jd soalan tinggal kenapa tidak sms atau talipon terus.. tetapi untuk melayari internet boleh..

Kalau Tidak ada isyarat selular disana, kenapa mesti bikin pangkalan udara disana???

korang tahu, christmast island, kepulauan Fiji???
di google maps hampir tidak kelihatan.
tp kemudahan disana kalau mahu dibandingkan dengan di bandar jauh lebeh cangih disana..

PASANGAN KEPADA PHILIP WOOD PERCAYA PESAWAT ITU TIDAK TERHEMPAS


Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370Philip Wood iaitu Sarah Bajcpercaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.
Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya.sumber

Mar 20, 2014

PEMBANGUNAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN BN DI BALINGIAN

image
Power plant bertaraf dunia di Balingian

Semasa ceramah oleh calon pkr bertanya tanya pasal pembangunan di Balingian?Ini dia…

image
Jalanraya yang baik

image
Press metal

TAK KESIAN KE TENGOK NURUL IZZAH? DAH RUPA CAM AYAM KENA HAMBAT KUCING!!!



Tak kesian ke tengok anak perempuan Anwar Ibrahim nih?

Kan dah tak lawa tengok mukanya tuh... lalu pulak di kawasan yang tidak selayaknya buat seorang Puteri Reformasi yang dari kecik sampai dah berbulu tebal hidup senang lenang dan dilayan dengan penuh manja.

Tapi itulah yang dihadapi oleh Nurul Izzah semalam. Keinginan untuk meraih perhatian dan sokongan daripada masyarakat Melayu yang seringkali dianggap sebagai masyarakat yang bodoh dan mudah tertipu, membuatkan Nurul Izzah ke sebuah kawasan yang di dalamnya berkumpul segala ketidakpuasan hati, kemarahan dan kebencian terhadap Pakatan Rakyat.

Apakan tidak, mereka baru sahaja kehilangan tempat mencari pendapatan dan menyara hidup atas dasar pilih kasih dan dasar perkauman yang menebal. Gerai-gerai Melayu dirobohkan sesuka hati kononnya kerana menduduki tanah secara haram dan menyesakkan jalanraya tetapi pada masa yang sama, tidak ada sebuah gerai Cina pun yang dirobohkan walaupun kedudukannya bertentangan.

Nurul Izzah mungkin tidak menyangka sama sekali yang telinganya akan mendesah dengan perkataan HARAMJADAH.

Secara tidak langsung, ulangan penghalauan ibunya juga dari kawasan yang sama, berlaku ke atasnya. Barangkali kerana itulah, mukanya jadi toya semacam sambil melangkah keluar dari kawasan berkenaan walaupun terpaksa melalui kawasan kotor yang barangkali tidak pernah dihadapi sepanjang hidupnya.

"Bila tiba hari mengundi, sokongan kami diraih. Bila dah menang, kami dihalau dan gerai kami dirobohkan. HARAMJADAH APA NAMANYA INI!"

Pastinya kata-kata itu akan kekal dalam ingatan Nurul Izzah untuk tempoh yang sangat lama.

Penganalisis percaya MH370 mendarat




Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
  
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.
  
Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.
  
"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.   
      
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
  
Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.
  
Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.
  
Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.
  
Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.
  
Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan.
- Bernama

Mar 19, 2014

#PRKBalingian: PKR Main Isu Sensitiviti Kaum dan Agama di DUN Balingian



"BN sering melagakan kaum demi mendapatkan sokongan", kata Mat Sabu dalam satu ceramah di ibupejabat PKR Jalan Setia Raja, Mukah malam tadi. Ceramah tersebut adalah sesi ceramah kempen PKR untuk PRK N51 Balingian.
Kenyataan Mat Sabu itu semestinya mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding merebut kerusi DUN Balingian.
Akan tetapi, mari kita saksikan satu lagi kenyataan pihak PKR di bawah:
Soalan kami, sebagai seorang yang waras, BN atau PKR yang sebenarnya melagakan kaum? Pihak PKR bukan sahaja menimbulkan isu perkauman, malah isu sensitiviti agama telah mula  di'cabul' seawal hari ke 2 berkempen pada PRK Balingian. Pihak PKR berulang-ulang kali menyatakan bahawa 'calon BN akan memurtadkan pengundi Islam di Balingian'!
Kebodohan pihak PKR sehingga hari ini bukannya berkurangan tetapi semakin hari semakin berada ditahap kritikal. 
Menghasut rakyat dengan menimbulkan isu sesitiviti agama, hanya untuk meraih undi, menunjukkan PKR sudah mati akal dan tiada isu lagi untuk diperjuangkan. Itulah resam pakatan rakyat, sentiasa berusaha menimbulkan huru-huru hara!
Apabila tercetus huru-hara yang menimbulkan aktiviti rusuhan, keganasan, kecederaan atau kematian, maka itulah baru dianggap kejayaan.
Selain itu, salah satu 'KPI' pemimpin PKR ialah 'dimasukkan ke penjara seberapa kerap atau selama yang mungkin'; sebagai akses atau pasport setinggi mana jawatan yang ingin dicapai. Jangan hairan, aktiviti keluar masuk penjara merupakan aktiviti normal puak PKR.
Mat Sabu sebenarnya hanya datang makan angin di Mukah disambil mencari "HABUAN".

MH370: Penumpang Tidak Sedar Pesawat Dilencongkan/Dirampas

Dengan cuaca yang amat baik, pada jam 12.41 pagi Sabtu, pesawat Penerbangan Malaysia (Mas) B777-200ER MH370 berlepas daripada KLIA menuju Beijing, destinasi terakhir pesawat itu.

Pesawat selain membawa 239 penumpang dan 12 krew juga lebih 4 tan buah manggis, buah tempatan yang dikatakan anti ketuaan. Jumlah buah manggis yang banyak itu yang diangkut dengan pesawat itu kini dicurigai, kemungkinan telah dipasang bom yang menyebabkan pesawat meletup di udara. Namun, berasaskan data satellite, pesawat tidak meletup, atas sebab, pesawat meneruskan penerbangan selama 7 jam, kerana blips pesawat malang itu kali terakhir diterima pada pukul 8.11 pagi 8 Mac, satu setengah jam, seharusnya pesawat malang itu mendarat di Beijing.

Penerbangan hanya kurang sejam, apabila pesawat MH370 hilang daripada radar. Jam 1.30 pagi, mutlak pesawat hilang daripada radar menara Subang, namun pada 2.15 (sebelum ini 2.40) radar militeri mengesan pesawat itu 200 batu nautika di utara Pulau Pinang, radar Thailand juga mengsahkan bahawa pesawat malang itu sedang terbang pada laluan itu.

Masa kurang sejam, kemungkinan krew belum menghidangkan makanan atau minuman. Mungkin tanda amaran pasangkan tali pinggang baru dipadamkan. Tambahan lagi, tiada sebarang panggilan kecemasan baik daripada pilot/co-pilot atau penumpang yang mengsahkan bahawa pesawat dalam kecemasan misalnya di rampas.

Tahun 2001, apabila 4 pesawat dirampas untuk mencipta 9/11, block box pesawat, ACARS dipenuhi suara panggilan penumpang yang sedang panik; akan tetapi bagi pesawat malang MH370, panggilan itu tidak berlaku antara pukul 12.41-1.30. Mungkin penyebab tidak diterimanya panggilan, atas sebab ACARS pesawat itu tertutp selang 14 minit antara satu jam 1.07 dan 1.21. Ketiadaan panggilan itulah, ketiadaan data yang dihantar ACARS, menyebabkan pihak pasukan mencari dan menyelamat membuat kesimpulan bahawa sistem komunikasi pesawat malang itu ditutup dengan sengaja.

Pesawat selama sejam terbang dengan kelajuan 400 knots arah timur kelantan dengan ketinggian 35,000 atas permukaan laut dan sedang bersiap memasuki ruang udara Vietnam, co-pilot sempat memberi salam terakhir pada menara Subang dengan kata-kata "All Right, Goodnight" kata-kata diluar kebiasaan sebelum pesawat malang itu hilang sepenuhnya daripada radar.

Seorang juruterbang yang berpusat di Narita Jepun, berjaya berhubung menggunakan saluran kecemasan dengan pesawat malang itu atas permintaan menara kawalan Vietnam, atas sebab, menara kawalan negara itu, gagal berkomunikasi dengan pesawat malang itu, kerana adalah satu kebiasaan, apabila pesawat penerbangan komersial memasuki ruang udara sesebuah negara, maka menara kawalan udara negara itu akan mengambil alih kawalan kepada sesebuah pesawat.

Juruterbang yang berpusat di Narita, Jepun itu berkata bahawa semasa berkomunikasi dengan co-pilot pesawat malang itu kira-kira 1.30 pagi, keadaan kokpit pesawat MH370 sungguh bising, sehingga percakapan dengan co-pilot tidak jelas dan tidak difahami (kerana semacam mumbling) kemudian percakapan terputus. Terputusnya hubungan adalah perkara biasa antara pesawat terbang.

Walaupun terputus hubungan dengan menara Subang, pihak Mas, tidak merasa panik, atas sebab itu, syarikat itu memerlukan sekurang-kurangnya 9 jam sebelum membuat pengumuan bahawa pesawat MH370 dipercayai hilang. Kemudian, Pemangku Menteri pengakutan dan Menteri Pertahanan memerlukan masa lebih 12 jam sebelum membuat sidang akhbar berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Selepas 12 hari kehilangan pesawat MH370, pasukan pencari dan penyelamat, masih clueless berkaitan kehilangan misteri pesawat malang itu. Hanya data satellite digunapakai bagi menghidupkan peluang mencari dan menyelamat pesawat malang itu. Data satellite tidak dapat mengetahui lokasi pesawat, atas sebab itu liputan pencarian dan menyelamat kini di bahagi kepada dua koridor luas, selatan dan utara yang meliputi 2.3 juta persegi batu nautika.

Operasi mencari dan menyelamat, terkekang, atas sebab tiadanya panggilan daripada pesawat malang itu; dan atas ketiadaan panggilan itu, besar kemungkinan penumpang tidak menyedari bahawa pesawat dilencongkan atau dirampas. Penumpang terperangkap dengan tindakan yang berlaku dalam pesawat secara mendadak, besar kemungkinan semuanya pingsan, semasa pesawat itu terbang pada ketinggian 45,000 kaki atas permukaan laut, di atas limit yang dibenarkan. Menerbangkan pesawat dengan ketinggian itu, dengan saluran oksigen yang ditutup, menyebabkan penumpang "knock out".

TERKINI ! ANWAR MENGESAHKAN CAPT. ZAHARIE #MH370 SEDANG 'SEDIH & TERGANGGU' - WARTAWAN PERANCHIS #PRKKAJANG

Kita tentu terkejut dengan satu laporan terbaru di dalam twitter wartawan Peranchis, Carrie Nooten di bawah :

Anwar mengesahkan Captain Zaharie sedang 'bersedih dan terganggu' kerana kes mahkamah beliau?

Itulah yang ditulis oleh Carrie Nooten yang tiba-tiba menjadi kontroversi kerana menanyakan soalan yang dianggap bodoh dan tidak relevan semasa sidang akhbar DS Hishammuddin Hussein tentang perkembangan terbaru MH 370.

Soalan tidak relevan tersebut :
"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?"
Hampir semua yang berada di dalam sidang akhbar terkejut dan tergelak dengan soalan bodoh wartawan Peranchis itu. DS Hishamuddin Hussein juga terkejut tetapi beliau tidak melatah meroyan seperti Anwar Ibrahim. Jawapan Hishammuddin :  
"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from,"
Thumbs up to DS Hishammuddin Hussein!

Dek soalan bodoh dan tidak relevan itu, twitter Carrie Nooten telah dihujani dengan respons-respons yang menyekolahkan coresponden dari Perancis tersebut. Twitter beliau : Klik Sini


Tetapi, apakah benar Anwar Ibrahim berkata demikian kerana sebelum ini Makcik Azizah menyangkal dakwaan Anwar kenal Captain Zaharie MH 370?

Lihat foto di bawah yang tersebar di twitter dan FB :



Calon PKR di PRK Kajang disarankan menjawab isu di atas kerana pendedahan tersebut sudah pasti akan menyebabkan rakyat Kajang berasa amat ragu dengan integriti calon tersebut.

Sudahlah calon PKR itu mempunyai isu keluarga. Sekarang, beliau berdepan dengan soal integriti pula? Kata mudah, pilih Chew Mei Fun, calon terbaik untuk PRK Kajang.



Berbalik kepada twitter Carrie Nooten, apabila MiM rujuk portal RFI, memang terdapat temuramah di antara RFI dan Anwar Ibrahim. Link tersebut :  http://www.rfi.fr/asie-pacifique/20140318-anwar-ibrahim-interview-exclusivite-vol-malaysia-airlines/

Tetapi laporan portal tersebut adalah dalam bahasa Peranchis. Maka MiM gunakanGoogle Translation. Di antara terjemahannya :
.. Tuesday morning , the latest revelations in the Malaysian media : the driver is a distant uncle of the daughter of Anwar Ibrahim , who lives in New York. Anwar Ibrahim told our correspondent Carrie Nooten did have learned that on Monday a message via the mobile application WhatsApp . 
 
There are actually six degrees of separation between him and the driver. But he returned with it on their relationship and how the Malaysian authorities manage research aircraft ...

.... I knew him by sight , I recognized his face looking at the pictures that have been published . He was very critical of undemocratic practices in Malaysia , we have seen with a T- shirt on which was written "Demo- Crazy " to denounce the lack of democracy here . I asked people to check whether the party was at the courthouse , as was mentioned , no one has been able to confirm this.
 
Q : Because there were only a few hours between your conviction and when he took control of the plane ... 
I think he followed the developments anyway. It was 19 hours , and the flight was only midnight. He had ample time to hear what was my conviction, even before the history of MH370 , everyone was talking about. It seems it is now established that he was sad , disturbed by the conviction.
Anwar juga mengambil kesempatan untuk 'menjual' politik beliau dan menuduh kononnya pihak yang berkuasa gagal menangani krisis Mh 370 di dalam temuramah tersebut. 

Senangnya Anwar Ibrahim menuduh, pada hal beliau langsung tidak terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat MH 370. Apa yang Anwar tahu pasal keadaan sebenar yang berlaku di bilik operasi dan semasa operasi itu?

Cakap memang senang. Seperti kata Dr Haron Din, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' klik sini


MiM bersetuju dengan kenyataan DS Shabery Cheek di bawah dan patut dicontohi oleh kepimpinan pembangkang :




Malah, Komander Tentera Amerika Syarikat yang turut terlibat secara langsung di dalam operasi mencari dan menyelamat MH 370 sendiri mengaku dan memuji kerajaan Malaysia.


  
Carrie Nooten mendakwa bahawa Anwar telah mengesahkan Captain Zaharie 'bersedih dan terganggu' dengan kes mahkamah. Apa lagi selepas ini?

Bagaimana pula dengan video kontroversi ini : Klik Sini

Mar 18, 2014

Zaharie Bukan Sekadar Kenalan Biasa Anwar?!

Sejak dari hari pertama kehilangan MH370 disedari, pihak pembangkang seolah-olah meraikan berita tersebut sebagai peluang untuk menghentam kerajaan. Kerajaan dikutuk sebagai lembab dan gagal menangani situasi kecemasan. Kerajaan dituduh sengaja menyembunyikan maklumat entah atas sebab apa, yang mana hanya mereka yang menuduhnya sahaja yang tahu. Kerajaan dihentam kerana tidak menggunakan aset pertahanan untuk operasi mencari. Kerajaan juga disindir kerana tidak menggunakan kaedah ‘Islam’ seperti ‘azan’ sebagai usaha alternatif.
Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga mengaitkan dosa-dosa juruterbang, pembantu juruterbang dan penumpang serta penjualan arak oleh MAS sebagai bahan untuk memburukkan kerajaan sebagai tidak cukup Islam dan menjadi punca bencana.
Peter Chong (kiri) dan Kapten MH370  Zaharie Ahmad Shah
Apabila media barat memburukkan pembantu juruterbang, pembangkang pun menyambutnya dengan membantu menyebar gambar-gambar yang menjejaskan imejnya.
Dalam masa yang sama, pihak penyokong kerajaan pula terus membela juruterbang dan pembantunya serta menempelak pihak yang cuba memburukkan imej mereka. Ini dilakukan walaupun khabar angin telah menyatakan bahawa juruterbang tersebut merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pembenci kerajaan yang tegar.
Para penyokong kerajaan telah mengenepikan sentimen politik dan mengajak semua rakyat Malaysia bersatu dan bukan menuding jari kepada sesiapa.
Namun, seruan murni kita dipandang sepi. Sebaliknya, pembangkang mengaitkan pula kejadian yang menimpa MH370 sebagai ‘bala’ akibat keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar. Ada juga yang berkata bahawa kerajaan sengaja ‘menghilangkan MH370’ bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kes Anwar Ibrahim dan Pilihanraya Kecil Kajang.
Walaupun pencarian MH370 dibantu oleh begitu banyak negara lain termasuk kuasa besar dunia, tetapi segala kritikan dan cemuhan pembangkang hanya ditujukan kepada kerajaan Malaysia. Seolah-olah hanya kerajaan Malaysia yang lembab, yang salah dan yang bodoh kerana masih belum mempunyai sebarang petunjuk, tetapi negara lain tidak.
Nampaknya, bencinya pembangkang kepada negara sendiri sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Saban hari mereka mempertikai, menilai, menghukum, mencemuh, memaki dan memburukkan negara sendiri tanpa segan silu sambil disaksikan oleh seluruh dunia. Sampaikan ada rakyat negara lain pula yang menegur akan sikap mereka yang buruk itu. Itu pun mereka masih lagi tidak tahu malu.
Bagaimanapun, perkembangan mutakhir yang disahkan oleh penyiasat dalam negara dan juga antarabangsa mengenai latarbelakang juruterbang, membuatkan pembangkang terkesima.
Menurut pendedahan mereka, juruterbang MH370, iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan bukan sekadar penyokong Anwar Ibrahim, tetapi fanatik terhadapnya. Beliau sanggup hadir ke mahkamah menyaksikan rayuan kes liwat Anwar pada hari sebelum kejadian. Menurut rakan-rakan beliau, keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar benar-benar terkesan kepada dirinya.
Kapten Zaharie, adalah ahli PKR seumur hidup. Telah berkahwin tetapi bercerai. Beliau dikatakan masih tinggal sebumbung dengan bekas isterinya dan anak-anak mereka. Setakat ini, bekas isteri dan anak-anaknya tidak dapat ditemui dan dikatakan telah menghilangkan diri sejak hari pertama kejadian. Maklumat dalaman menyatakan yang mereka telah berangkat ke Australia sehari sebelum MH370 hilang.
Maklumat terkini ini nampaknya telah memaksa pembangkang memikirkan semula strategi menghentam kerajaan. Tian Chua, Kit Siang, Sivarasa dan penyokong-penyokong marhaen pembangkang di laman-laman sosial mula menukar skrip.
Kini, mereka bertungkus lumus mencari jalan untuk membela Kapten Zaharie pula walaupun sebelum ini beliau dicemuh dan diragui mereka. Mereka menolak sebarang kemungkinan yang kehilangan MH370 ada kaitan politik walaupun sebelum ini mereka juga yang cuba mempolitikkannya. Mereka mereka-reka cerita kononnya Kapten Zaharie tidak sepatutnya bertugas kerana bercuti pada hari tersebut tetapi terpaksa menggantikan rakannya.
Jika sebelum ini mereka begitu galak membincangkan teori juruterbang menutup semua alat komunikasi, tetapi hari ini mereka berusaha mengajak kita pula bersikap terbuka sambil memberi gambaran yang juruterbang tidak bersalah.
Hanya kerana Kapten Zaharie telah terbukti sebagai penyokong tegar pembangkang maka pembangkang merasakan yang mereka perlu mempertahankan beliau.
Sikap berat sebelah dan terburu-buru pembangkang nampaknya telah memakan diri sendiri. Sekiranya pembangkang tidak cuba mempolitikkan perkara ini sejak dari mula maka mereka tentu tidak perlu menjadi kelam kabut dan memutarbelit pandangan sendiri.
Jelas, sikap penyokong pembangkang sememangnya tidak rasional. Justeru, kita tidak hairan jika Kapten Zaharie juga merupakan seorang yang tidak rasional. Bagaimanapun, tidak usahlah kita merendahkan diri kita ke tahap pemikiran pembangkang dengan cuba membuat andaian sendiri.
Sebaiknya, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk mencari jawapan kepada misteri MH370. Harapan kita agar episode ini dapat mematangkan sedikit pembangkang negara ini supaya tidak lagi terkinja-kinja mempolitikkan semua perkara.

TEORI BARU: THE INDEPENDENT DEDAH LOKASI PENDARATAN MH370


Para penyiasat kini menyiasat kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu berjaya melepasi sistem radar beberapa negara dan kini berada di sempadan Afghanistan yang merupakan kubu kuat pejuang Taliban, lapor akhbar The Independent kelmarin.

Pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China di percayai dilencongkan oleh seseorang yang mahir mengendalikan kapal terbang jenis Boeing 777-200 tersebut.

Pihak berkuasa Malaysia difahamkan membuat permohonan diplomatik bagi menyiasat teori bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut terbang ke salah satu kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan berhampiran barat laut Pakistan.

Para pegawai yang terlibat dalam siasatan berkenaan memberitahu permohonan diplomatik penuh diminta kerajaan Malaysia bagi memastikan kebenaran teori pesawat itu diterbangkan ke kawasan tersebut yang tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan.

Sebahagian besar selatan Afghanistan dan barat laut Pakistan dikuasai oleh pejuang Taliban.

Seorang jurucakap MAS berkata, wilayah berkenaan melibatkan bidang kuasa tertentu di mana pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam perlu mendapatkan kebenaran.

"Wilayah ini terletak di Pakistan dan Afghanistan dan kami tidak boleh menyiasat dakwaan tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada kedua-dua negara itu,'' katanya.

Wilayah tersebut mempunyai pertahanan udara yang ketat dan turut mempunyai beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Bagi sesebuah pesawat komersial melintasi kawasan itu tanpa dikesan radar memerlukan satu peralatan navigasi yang canggih selain kemahiran tinggi juruterbang. ~agensi

Mar 12, 2014

(10 Gambar & Video) Ular Sawa Telan Buaya

 Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.





“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.



 Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya. -mymetro

Ohsenyum : Seksinya Macam lain Je

Fuuu wooo.....macam lain je...eeee....tak malulah!!



Cuba perhatikan dengan betul......eee..pelik...!