Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

30 Jan 2018

Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Marsha Milan Londoh

SIBU: Waran tangkap telah dikeluarkan kepada saksi pendakwaan yang gagal hadir ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang sedang dilakukan terhadap tuduhan mengaibkan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Majistret Saiful Sayoti mengarahkan waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Marsha Milan Londoh dari Taman Danau Desa, Kuala Lumpur berkuatkuasa pada hari ini sehingga 22 Mac jam 9.30 pagi. Marsha...

26 Jan 2018

Undi Rosak, Keluar Parti & Protes Kini Umpama Barah Bagi Pembangkang

Penyakit yang melanda pembangkang semakin kronik. Yang di atas gila rebut jawatan dan kuasa. Yang jadi pemimpin di kawasan gila hendak jadi calon. Yang dibawah mahu buat undi rosak. Ketika ini, tiga penyakit ini sedang menghantui Pakatan Harapan (PH) iaitu gerakan undi rosak, keluar parti dan protes dalaman. Ia bukan sahaja sedang merebak dalam PH malah semakin membimbangkan pemimpin dalam pakatan berkenaan. Keadaan ini menjadikan Pakatan Harapan...

Ambil Balik Orang Lama Berkuasa, Berulanglah Kisah Penjajahan Lama

Dalam filem Sarjan Hassan sudah ditunjukkan bagaimana watak Buang yang menjadi tali barut pada Jepun. Sanggup khianati orang kampungnya sendiri demi orang asing. Apa yang dilakonkan dalam filem itu boleh terjadi kembali jika orang Melayu lupa sejarah. Lupa siapa DAP yang sebenar. Lupa apa agenda besar DAP. Di China, ketika perang candu berlaku pada tahun 1839, ramai orang China digunakan oleh penjajah untuk lawan balik Maharaja China dalam perang....

25 Jan 2018

Duit Hilang Sampai RM236 Juta Bukti Skandal Terowong Amat Parah

Memang sudah parah. Tidak boleh diselindung lagi. Hendak ajak minum kopi lagikah kalau sudah kantoi duit hilang sampai RM236 juta? Mana mahu putar belit dan lari lagi kali ini? Jumlah yang hilang bukannya RM236 tetapi RM236,000,000. Banyak jumlahnya itu. Lim Guan Eng kantoi lagi dalam skandal pembinaan terowong dasar laut apabila parti Gerakan Pulau Pinang mempertikaikan perbezaan jumlah kos sebanyak RM236 juta. Kos itu dikatakan adalah unutk menjalankan...

1MDB : Datuk Seri Najib Sebut Lain, Pembangkang Tafsir Lain

Hari ini bila minyak turun 1 sen, kemudian ringgit mengukuh menjadi RM3.90 berbanding dollar pembangkang nampak sudah kering idea. Policy Talk yang dibuat oleh Mahathir di Facebook pun nampak ‘dry’ sahaja. Rakyat sudah malas layan isu “recycle’ yang sama. Semalam, portal Free Malaysia Today, FMT dan Sinar Harian telah ambil cerita dari Bernama dan kemudian memutar belit ucapan Datuk Seri Najib mengenai 1MDB. Ini bukan kali pertama mereka buat begitu,...

Kronologi Kejatuhan Perwaja

#Fakta (Chronology of the Perwaja Collapse) April 22, 1982, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM250 juta. Kilang mula dibina enam bulan kemudiannya. 1986 - Perwaja Terengganu mula mencatatkan kerugian lebih RM131 juta setakat akhir 1986 disebabkan masalah pengurusan dan mendadaknya nilai matawang Jepun. Februari 1987, satu pasukan pengurusan yang baru telah dilantik dengan diketuai oleh (Tan Sri) Datuk Eric...

Hendak Selamatkan Siapa Jika Ambil Balik Pemimpin Lama Berkuasa Semula?

Masa tahun 2003, menangis menangis hendak berhenti dan letak jawatan. Kata saya "dah lama dah". Hendak jaga cucu pula. Anwar pun pernah sindir Mahathir. "Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion. Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," kata Anwar dalam satu ceramah di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2012. Sekarang ini Mahathir dan Anwar sudah...

18 Jan 2018

Hina Orang Jual Nasi Lemak Dan Pemandu Uber, Tanda Mahathir Sudah Terdesak

Tidak habis habis hendak menghina orang. Itulah sahaja bahan yang ada pada pembangkang sekarang. Mahfuz hina Sultan Pahang. Mukhriz hina ibadah umrah Datuk Seri Najib. Mahathir hina orang Bugis, hina orang dapat BR1M, hina orang pergi haji 1MDB dan terbaru hina pula orang jual nasil lemak dan pandu Grab. Kenapa hendak buat semua penghinaan sebegini? DAP yang penuh dengan skandal dan penyelewengan di Pulau Pinang tidak pula dihina oleh Mahathir....

17 Jan 2018

Kata Ikat Perut, Tapi Belanja Melancong Terus Meningkat

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada ada sahaja dakyah palsu yang disebarkan di media sosial kononnya ekonomi Malaysia semakin teruk, rakyat kena ikat perut dan hidup rakyat kononnya susah melarat. Selalunya berlaku selepas hari Rabu, iaitu hari di mana harga minyak mentah akan diumumkan. Kalau harga minyak diumumkan naik, maka banyaklah kata-kata kesat dilemparkan kepada kerajaan tetapi bila harga minyak diumumkan turun, senyap sepi je dunia...

Kajian Politweet Kuatkan Ramalan, Pembangkang Akan Kalah Pada PRU14

Kajian dari Politweet pada 11 Januari 2017, mengesahkan lagi kajian kajian sebelum ini bahawa Barisan Nasional akan terus menang dan mentadbir Putrajaya. Jadi tidak perlulah pembangkang hendak bercita cita hendak jadi PM sementara, itu akan tinggal angan angan semata mata. Dalam kajian Politweet yang terbaru itu, didapati 45% pengundi menyokong Barisan Nasional, manakala PPBM dan PAN akan kalah teruk pada PRU14. Ini bukan kali pertama Politweet...

16 Jan 2018

Pelajar maut ditimpa kerusi 'dari langit'

Seorang pelajar lelaki berusia lingkungan 14 tahun meninggal dunia setelah ditimpa kerusi pejabat yang dibuang dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa dikatakan sedang melalui bawah blok perumahan berkenaan sebelum sebuah kerusi pejabat tiba-tiba jatuh dan menimpa mangsa. Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan...

15 Jan 2018

Ringgit Kukuh Kerana Pentadbiran Najib Bukannya Kerana Pencalonan Mahathir

Sejak 2015, bertalu talu Mahathir, Kit Siang, Tony Pua dan Rafizi asyik menyatakan bahawa negara Malaysia ini hendak muflis dan gagal. Mereka kata ringgit lemah dan ekonomi merosot. Tiba tiba semalam, bila dakwaan itu semua meleset dan menjadi mengarut, boleh pula pembangkang cakap kedudukan ringgit yang semakin kukuh adalah kerena pencalonan Mahathir sebagai PM. Pembangkang kata pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah punca ringgit...

Beza Antara Orang Bersyukur & Pembangkang Yang Taksub

Di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam tinggal dua orang OKU, suami dan isteri. Menyara hidup mereka dengan "trimming getah", 20,000-30,000 getah, dapatlah RM200 sebulan. Isteri berusia 53 tahun, suami 60 tahun. "Anak saya OKU, saya berjalan pakai kaki palsu". Namun dengan adanya Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M, ianya dapat meringankan beban keluarga OKU ini. "Alhamdulillah, sejak BR1M mula diadakan, untuk kamilah, kami rasa ringan sangat" ujar isteri...

9 Jan 2018

Bukan 35 Kerusi Sahaja, DAP Yang Tanding Paling Banyak

Sebagai sebuah parti yang berangan untuk menguasai negara, nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibuai mimpi-mimpi indah, apatah lagi ia berjaya mendapat 52 kerusi Parlimen dalam pengagihan kerusi oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti. PPBM tentunya berasa bangga kerana ia mendapat pengagihan kerusi paling banyak di Semenanjung berbanding PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (PAN) sebanyak 27 kerusi. Daripada...

Undi Barisan Nasional Untuk Kestabilan Negara & Kemakmuran Negara

Dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, setakat ini sahaja, kepimpinan Datuk Sri Najib Razak telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya. Malah tahun 2018 ini kestabilan ekonomi negara makin mengukuh. Tahun 2018 telah dimulakan dengan penuh positif. Nilai ringgit mengukuh, BR1M dan GST yang dilaksana Malaysia telah ditiru oleh India, Arab Saudi dan negara negara Arab yang lain. Pelaksaan...

Sah Qobin Penjelajah Grand Slam ke-60

Kami baru sahaja menerima berita mengenai senarai rasmi terkini Penjelajah Grand Slam yang dikeluarkan oleh The Explorer Club pada hari ini. Tak sangka Mugharabbin atau Qobin tersenarai di nombor 44 untuk Grand Slam (Last Degree) dan ini bermakna secara keseluruhannya beliau menjadi warga dunia yang ke-60 berjaya bergelar Penjelajah Grand Slam. Senarai ini jauh mengatasi sasaran kami iaitu di nombor 70 sebelum ini berikutan Qobin perlu bersaing...

7 Jan 2018

Mahathir & Anwar Tidak Akan Jadi Berjaya Jadi Perdana Menteri

Semakin dekat dengan PRU14, semakin kuatlah perebutan kuasa berlaku dalam pakatan pembangkang. Masing masing sudah berebut kawasan, berebut hendak jadi calon dan berebut hendak jawatan kalau kalau berjaya menawan Putrajaya. Baru berangan, tetapi sikap rakus, tamak dan gila kuasa sudah terserlah dan kelihatan sesama pemimpin pembangkang. Belum pun bubar parlimen lagi sudah berperangai begitu. Semasa PRU14 nanti, entahlah macam mana pula. Cerita berebut...

#KE7B Kutub Selatan, Pemimpin Negara Pencetus Semangat Qabin

SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Keluarga dan pemimpin negara merupakan pencetus semangat bagi penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin cekal meneruskan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan walaupun berdepan pelbagai cabaran, termasuk kemungkinan mengalami reput fros. Selain menarik beban seberat 50 kilogram, Qobin, 36, terpaksa mengharungi cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 darjah Celsius dan kemungkinan mengalami...

5 Jan 2018

VAT Arab Saudi : Kos Haji Kekal, Kerajaan Terus Tambah Subsidi Buat Jemaah Haji

Mulai 1 Januari 2018, kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan cukai Cukai Nilai Tambah (VAT) dan mengikut logiknya ia akan meningkatkan kos bagi mereka yang akan mengerjakan haji di tanah suci pada tahun ini. Namun mujurlah kerajaan memahami kesukaran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia, maka langkah yang diambil adalah dengan menambahkan bantuan subsidi kepada jemaah haji, supaya kesan pelaksanaan VAT tidak akan dirasai mereka. Malah Perdana...