Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

16 Apr 2013

#PRU13:- Senarai Penuh Nama Calon BN Wilayah Persekutuan.


Oleh SAIFULIZAM MOHAMADKUALA LUMPUR 16 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.Mereka ialah;

1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)- UTUSAN ONLINE

Nak Berzina & Terlepas Masuklah PAS



MUDAH betul jadi orang PAS, macam mana kukuh bukti pun, pemimpin lain parti Islam itu akan silih berganti mempertahankan  pemimpin yang kena.  Konon ini fitnahlah, nak dekat pilihanrayalah, bukan dialah dan sebagainya.  Peliknya tu, yang kena tak pula bagi pengakuan terlibat atau tidak.  Macai yang keliling ini saja sibuk menafikan, permainan jenis apa pulak ni?

Bila tidak ada video, dia mintak video.  Bila sudah ada video, dia mintak yang jelas, kabur tak mau.  Bila ada video yang gambar jelas, dia mintak suara pulak.  Bila gambar dah jelas, suara pun ada, DIA KATA ITU BUKAN PEMIMPIN TERSEBUT!!!  Bak kata pepatah orang putih “sound like me, looks like me but not me”.

Pulak dah.

Senang cakap, ada sajalah alasan kenapa tak nak mengakui penglibatan pemimpin PAS dalam hal-hal macam ini.  Tapi jangan pemimpin UMNO, takdak bukti, takdak suara hanya air liur, dah berbuih mulut orang PAS merata menyampaikan.

Contohnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri pada satu ketika dulu, lebih tepat lagi sewaktu menjadi Menteri Pertahanan.  Konon pernah ditangkap berkhalwat dengan seorang artis popular pada waktu itu di Port Dickson.  Tapi sebab yang terlibat ini Najib, maka adalah campur tangan Menteri Besar, pegawai agama, Jabatan agama dan akhirnya kes itu tutup macam itu saja – kata mereka.

Semua ini tidak ada bukti, tidak ada saksi, jauh lagi video dan audio, tapi melopong juga orang-orang PAS mendengarnya. Diulang-ulanglah benda itu berulang kali sampai melekat dalam kepala orang.  Penulis masih ingat pada waktu itu, jangan nama Najib keluar, nama artis wanita tadi mesti ada.  

Ketahap macam itu permainan mereka, walaupun tidak ada bukti apa pun, hanya cerita mulut ke mulut. Terlupalah dia tu selagi fitnah itu dipanjang-panjangkan, selama itulah orang yang kena tuduh dapat pahala.

Dan banyak lagi kes seumpama itu, tapi hairan, mereka tak sibuk pulak minta bukti.

Yang ini, video, audio, gambar jelas tahap ‘crystal clear’, terang, masih nak nafikan?  Senang betul hidup, dan semua ini berlaku semasa puak-puak ini belum lagi menjadi kerajaan.  Kalau dah jadi kerajaan gamaknya, digunakan polis, mahkamah dan segala bagai untuk tutup kes.

Ini cara PAS dan kelompoknya melindungi ‘kawanan’ mereka.  Anjing dah sama anjing tapi dalam kes ini, seekor anjing sudah kena, anjing lain buat sibuk melaung tengah malam untuk kalihkan perhatian, ibarat kata macam itu.

Dan ini hanya berlaku kepada pemimpin yang mereka suka saja, kalau yang tak suka, tak menyempat-nyempat nak pecat, dalam banyak kes, tidak langsung diberi peluang untuk membela diri pun,
Ulang sekali lagi, semua ini sebelum puak ini jadi kerajaan!!


12 Apr 2013

TERKINI BEB!!!! STOPA ALI LETAK JAWATAN SERTA MERTA.......



Mustapa Ali letak jawatan serta merta.... Setiausaha Agung PAS Dato'Mustafa Ali hari ini menyatakan bahawa perletakkan jawatannya serta merta.

Ini adalah berikutan dengan penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur yang berasal dari timur tengah yang dilakukan di salah sebuah hotel di ibu kota...

Menjawab kepada pertanyaan oleh wartawan,adakah kejadiaan ini didalangi oleh pihak tertentu dalam menjatuhkan beliau dan beliau telah menegaskan bahawasanya  beliau tidak suka menuding jari keatas sesiapa pun dan sekiranya terbukti sememangnya ada dalang disebalik kejadian ini, beliau menegaskan akan menyerahkan kepada pihak yang berkuasa.

Beliau juga mengakui,bahawasanya video tersebut adalah kejadian yang berlaku 2tahun lepas dan juga menegaskan bahawa perlakuannya  tidak menggambarkan perjuangan PAS tetapi merupakan kesilapan peribadi beliau sendiri.SUMBER

Apa yang gua heran kan disini korang dah dengar tak perbualan dalam video aksi tuh????Rasanya bukan org timur tengah tuh.... Gua dengar Loghat Kelantan n Terengganu pon ada gak....Takkan orang timur tengah leh fasih bahasa klate n ganu beb.....

215 Kerusi Milik Pakatan-Khalid


Aduhaiii apa nak jadi ek ngan si Khalid nieh.... Tak habis-habis lagi ngan khayalan mimpinya...
menurut ceramahnya di Bandar Tun Razak semalam, Dimana Khalid Ibrahim telah menyatakan "berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa universiti Pakatan akan menang 215 kerusi".

Kalo yerr pon ngko nak kencing ,,,Ngko  fikirla takkan la BN nak menang 7 kerusi jew?? Agak-agak la weyy....

Kalo benar la apa yang si Khalid nieh kata, kita perlu suruh die memberikan semua perincian penyelidikan kepada para pengamal media dan umum. menurut sumber yang gua terima, majlis pengumuman calon di Bandar Tun Razak hanya dihadiri oleh sekitar 100-200 orang pun leh menang 215 kerusi kerr....

Apa kata gua cabar si Khalid ni menyenaraikan nama universiti yang menjalankan penyelidikan tersebut. Kalo ngko tak boleh nak bagi senarai tuh, maknanya memang sah lerr ngko ni pembohong besar....Adoyaiii... Cukup letew Khalid oiii.....



11 Apr 2013

Adakah Korang Sebagai Penjawat Awam Akan Menerima Pakatan Rakyat Setelah Diherdik Tanpa Henti??

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, penjawat-penjawat awam sering jadi mangsa cemuhan, kritikan dan sindiran ahli-ahli politik pembangkang seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah & Latheefa Koya.

 Apakah anda ingin sentiasa menjadi bahan cemuhan,kritikan serta sindiran mereka seandainya mereka yang memimpin negara????

 DAP telah menyatakan bahawa penjawat awam nih lembab, manakala si Nurul Izzah pulak nak mengurangkan anggota keselamatan (polis).

 Lain pulak cerita si Latheefa Koya meroyan memaki hamun para penjawat awam. Tak habis-habis asyik kena pijak,maki, cerca serta dilemparkan tuduhan yang macam-macam, penjawat awam bukanlah haiwan sehinggakan diperlakukan seperti itu.. mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan.

 Mungkin ini la caranya Pakatan Rakyat nak ambik hati kakitangan awammm??? Puiiihhh...

 Gua  taknak lerrr dicaci dan dimaki... Berbeza sekali dengan apa yang telah dibentangkan dalam manifesto BN baru-baru nieh. 

Yang penting sudah jelas ManifestoBN memberi lebih banyak faedah kepada penjawat awam daripada Manifesto Pakatan. 

Dan kini penjawat awam lebih menyakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak menepati janji-janji mereka, bahkan Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati serta kebajikan mereka....Renungkanlah......

Cer KLIK SINI 


TUDIAA!!! Nuar Jadi James Bond(Jay Bond) Melayu.....


Huhuhu lintang pukang aljub berlari beb bila dikejar international agent......... nak tengok meh klik video nih...... ada sedikit unsur tuuuttttttt.........

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KBfQ3TPLO18

9 Apr 2013

PRU13: BN Sarawak Bersiap Sedia Berperang Melalui Media Sosial Dengan Pembangkang



KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan kerenah pembangkang, yang dijangka menggunakan media elektronik dan media sosial dalam kempen mereka untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Seri Douglas Uggah Embas hari ini berkata BN Sarawak sedar tentang rancangan pembangkang untuk menggunakan media itu dan kini membuat segala persiapan yang diperlukan untuk menghadapinya.

“Kami sedar kita berada pada abad ke-21 dan gaya berkempen juga sudah berubah melalui penggunaan teknologi baharu. Kami sudah bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk pendekatan yang akan digunakan pembangkang.

“Kami juga sudah bersedia untuk berperang melalui media sosial dengan carakami sendiri untuk meyakinkan rakyat bahawa kami perlu dipilih untuk mentadbirnegara ini untuk lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepasmenyampaikan bantuan kerajaan persekutuan kepada Gereja All Saints Tabuan Dayakdi sini.
Uggah berkata walaupun pembangkang menggunakan kemudahan itu, merekasebenarnya tidak mempunyai isu untuk digunakan, terutama di Betong, kawasanparlimen yang beliau wakili sebelum pembubaran Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau bercaya pembangkang akan terus memainkan isu tanahpribumi, di samping isu kaum dan agama, dalam cubaan mereka untuk menawan hatipengundi.

“Manifesto mereka pun tidak mengandungi perkara baharu. Jadi, apakah yangboleh diharapkan daripada mereka?” katanya.

Mengenai bantuan kepada gereja di Sarawak, beliau berkata sebanyak RM5 juta telah disumbangkan kepada 12 gereja di seluruh negeri ini dalam tempoh tiga tahun lepas.

Katanya bantuan itu sejajar dengan dasar inklusif yang diamalkan BN untuk memastikan semua golongan di negara ini yang memerlukan bantuan, akan memperolehnya daripada kerajaan.- BERNAMA

8 Apr 2013

Konflik PAS-PKR Perlis: Politik Golongan Ulama Lebih Kotor


PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukan lagi satu rahsia, sama seperti PAS menolak DAP juga bukan rahsia.   Namun, yang menolak Anwar dan DAP ini bukanlah semua, tetapi hanya terhad kepada golongan Ulama saja.   Manakala, di kalangan pencacai atau penyokong bawahan PAS yang buta tuli, kabur dan kosong itu pula, langsung tidak tahu apa-apa dan hanya menyokong dan mempercayai apa saja yang disogok oleh kitab ‘suci’ Harakah.

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa golongan Ulama yang menolak Anwar memilih Haron Din sebagai wakil untuk memberitahu Anwar secara terus terang bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri.   Sehubungan dengan itu, satu gerakan besar-besaran dilakukan untuk mengsabotaj Anwar termasuk di dalam ceramah-ceramah PR.

Antaranya, di salah satu ceramah di negeri Perlis, pihak pengerusi Majlis telah ‘mengenakan’ penceramah PKR dengan memberikan teks untuk pengumuman yang mana terkandung di dalamnya nama 3 calon PAS bagi Parlimen negeri itu sekali gus menafikan permintaan PR untuk parlimen Kangar.  

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dikatakan antara yang kecewa dengan pengumuman itu kerana Anwar telah menjanjikan kerusi parlimen untuknya.  Kekecewaan tersebut bertukar marah apabila Anwar langsung tidak berbuat apa-apa untuk membelanya ataupun parti PKR.  Malah, Anwar langsung tidak berani mengumumkan nama-nama calon PR.

Setakat ini, 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis, semuanya dibolot oleh PAS.

Begitulah sekali licik PAS mempermainkan rakan-rakan sekutunya sehingga sanggup mengsabotaj teks ceramah.   Nampaknya, PAS benar-benar berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara dalam mencari jalan untuk berkuasa.

Oleh itu, tidak salahlah jika UMNO sering mempertikaikan kedudukan PAS sebagai parti Islam.  Ini kerana di dalam Islam, ketulusan dan keikhlasan adalah tonggak keimanan.  Tanpanya, apa saja yang dibuat tidak akan membawa makna.  Tidak ada ungkapan ‘matlamat menghalalkan cara’ di dalam Islam kerana Islam menuntut umatnya agar sentiasa menggunakan cara yang benar walau apapun yang terjadi.  

Kita difahamkan bahawa sebelum ini, Haron Din ada didatangi Anwar yang telah menghidu akan penolakan terhadapnya dari golongan Ulama PAS.  Tetapi, Haron Din telah bertindak berdolak dalih dan berbohong bagi menenangkan Anwar walaupun sebelum itu telah pun bersepakat untuk menolak Anwar.  Bukankah berbohong merupakan satu dosa?  Kenapakah seorang Ulama perlu berbohong dalam soal yang beliau boleh berterus terang?

Jelas, Haron Din bermain politik yang paling kotor di mana beliau dan seluruh golongan Ulama PAS sanggup selama ini berpura-pura menyanjung Anwar sehingga sanggup menidakkan bukti jelas mengenai skandal Anwar.  Tidak cukup dengan itu, golongan Ulama ini juga dengan sengaja memfitnah sebagai UMNO memfitnah Anwar, semata-mata untuk membela Anwar.

Mereka juga sanggup mempermainkan ayat Al-Quran, soal sumpah, soal 4 saksi dan sebagainya, semata-mata untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang mana memberi kelebihan kepada Anwar.  Walhal, di dalam hati mereka cukup maklum tentang kebenaran mengenai salahlaku Anwar.

Sehinggakan ke hari ini, di ketika Haron Din sedang mengatur gerakan besar-besaran untuk menyingkirkan Anwar, masih ada lagi pencacai PAS yang buta tuli, kabur dan kosong yang berterusan membela Anwar kerana berpegang teguh kepada apa yang diperkatakan oleh golongan Ulama itu mereka sebelum ini.  

Kita ingin bertanya Haron Din, kenapa tidak menolak Anwar secara terbuka sahaja?  Iaitu tampil mengakui bahawa PAS percaya bahawa Anwar sememangnya tidak bersih agar pencacai-pencacai tadi kembali ke pangkal jalan?  Kenapa Haron Din sanggup membiarkan penyokong mereka sendiri terus tersesat menyanjung dan memuja Anwar?

Bercakap tentang hal ini, kita sebagai saudara seagama turut merasa malu.  Tidak tahu apakah yang lebih busuk antara ‘DAP memperkudakan PAS kerana PAS bodoh dan gila kuasa’, atau ‘PAS menikam belakang DAP dan PKR kerana gila kuasa’.  

Dalam kata lain, kita tidak tahu mana lebih buruk antara ‘PAS yang bodoh’ atau ‘PAS yang jahat’.

Jika caranya saja sudah salah dan bertentangan dengan Islam, apakah jaminan yang PAS akan dan mampu mempertahan dan melaksanakan agenda Islam sekiranya mereka memerintah?  

PAS sudah terlalu kotor nampaknya.  Jubah yang dipakai juga sudah tidak mampu lagi menutup najis yang bersememeh, bertakung dan busuk.  Segala sifat amarah, fitnah, putar-belit, dengki, iri hati, cemburu, dendam, benci, gila kuasa telah menjadi cara hidup ‘umat PAS’ yang dipromosi oleh Ulama mereka.

PAS wajib membersihkan diri jika ingin terus memakai nama Parti ‘Islam’ SeMalaysia.  Sesungguhnya, tiada apa lagi yang Islam di dalam PAS kecuali nama, slogan dan sebutannya saja.  Jubah dan serban yang dipakai Ulamanya itu juga bukan lambang Islam, tetapi lambang budaya Arab.

Bak kata seorang Ulama dari Indonesia yang menyampaikan kertaskerja di dalam program Islam di Nusantara baru-baru ini, “Islam itu tidak ada imej atau bentuk tertentu kerana ia adalah untuk semua bangsa di dunia.  Malah, kubah pun bukanlah lambang atau bentuk binaan Islam tetapi hanyalah berdasarkan budaya sahaja.”

Mungkin inilah antara sebab musabab Kaabah itu bentuknya segi empat, tanpa ukiran atau tanda apa-apa supaya manusia tidak meletakkan imej atau bentuk tertentu bagi menggambarkan Islam, lalu taksub dan keliru pula mengenainya.

5 Apr 2013

Pelancaran Manifesto BN Di Bukit Jalil – Himpunan Janji 1Malaysia




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.

Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

“Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, 
Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

“Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional,” katanya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.

“Ini berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor sebelum ini.

Manakala Februari lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto pilihan raya mereka.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.

Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum di jemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan.

Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.

“Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita sudah tunjukkan komitmen kita.

“Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah lambang janji baru kita kepada rakyat,” katanya.

Samseng PR Makin Menggila


Johor Bahru: Seorang petugas Barisan Nasional (BN) cedera dirempuh kereta dinaiki sekumpulan lelaki dipercayai penyokong pembangkang, ketika mangsa memasang sepanduk di tepi Jalan Teratai dekat Johor Jaya di sini, malam kelmarin. 


Ketika kejadian jam 1 pagi itu, Ahmad Nazim Mohamed, 27, berkata dia bersama seorang rakan sedang memasang sepanduk dan bendera parti sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat hon sebuah kereta jenis Proton Wira yang menuju ke arah mereka. “Sebaik mendengar bunyi hon, saya lihat seorang lelaki sedang berlari di sisi kereta sambil memegang kayu menuju ke arah kami.

Bimbang kejadian tidak diingini, rakan saya Mohd Sukhri Soyod, 19, menghidupkan motosikal sebelum saya memboncengnya. Rakan saya kemudian memecut hingga tiba satu simpang dan cuba membuat pusingan U. 


“Bagaimanapun, ketika kami hendak membuat pusingan, secara tiba-tiba kereta terbabit merempuh motosikal menyebabkan kami berdua terjatuh ke jalan. 



“Dalam keadaan kesakitan akibat terjatuh, kami bangun dan lari meninggalkan motosikal di situ sebelum diselamatkan seorang rakan yang kebetulan melalui kawasan itu,” katanya ditemui ketika diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang, petang semalam. 

BACA SELANJUTNYA:-  SINI