Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

20 Feb 2018

Sampai Ke Amerika Syarikat, Mahathir Mahu Kutip Derma

Esok Mahathir dan Muhyiddin dijadual ke Amerika. Satu delegasi yang diketuai oleh Mahathir dijangka akan ke sana untuk meminta campur tangan asing dalam pilihan raya umum ke-14 di Malaysia.

Menurut pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz, Bekas Naib Presiden DAP dalam New Straits Times pada 10 Februari lepas, Mahathir  dijadualkan berlepas ke AS pada esok hari untuk meminta bantuan asing bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain meminta sokongan sekiranya pembangkang membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.
 
Sampai ke Amerika rupanya Mahathir hendak kutip derma. Dulu bukan main lagi Mahathir kata “tok arab gila” sebab bagi derma, sekarang ini Mahathir hendak minta dari “yahudi gila” mana di Amerika? Yahudi di sana masih ada akal, mereka tidak bagi derma pada orang yang sudah kaya raya.

Mahathir sanggup buat video berdurasi 49 saat dengan lagu yang sedih untuk kutip derma dari rakyat. Berlakon minta simpati kononnya pemimpin PPBM tidak ada duit dan miskin miskin belaka. Mahathir sudah tiru cara Rafizi kutip derma dan buat video sedih.

Rafizi pun pernah dedah suatu ketika dulu dalam satu ceramah bahawa anak anak Mahathir semuanya kaya raya. “Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya.

Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dalam video ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1675198615908421&id=1122306847864270

Anak anak Mahathir pun sudah didedahkan punyai jutaan aset dan puluhan syarikat.Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta, Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion dan Mukhriz ada 128 syarikat, aset RM540 juta. Campur semua sekali, kekayaan ini sudah jadi RM4.4 billion.
 
Anaknya sahaja sudah terkumpul kekayaan RM4.4 billion, belum lagi kroni dan rakan bisnes Mahathir lagi di dalam dan luar negara. Itu pun masih lagi hendak berlakon susah dan miskin. Itu belum kira harta dan rumah Mahathir dan anak anaknya lagi.

Ainina sudah dedahkan bahawa rumah Mukhriz adalah sebesar istana, dapurnya sahaja sebesar sebuah banglo. Ainina juga dedahkan bahawa Mukhriz punyai lebih dari 160 syarikat. Patutlah selama ini Mahathir dan Muhyiddin takut hendak bentang dana parti.

Bendahari PPBM tidak bentang pun berapa dana parti PPBM semasa Mesyuarat Agung PPBM diadakan di Shah Alam pada 30 Disember lepas. Dari mana dana parti diperoleh oleh Mahathir dan Muhyiddin untuk buat program, ceramah, aktiviti PPBM? Disembunyikan dari pengetahuan semua ahli.
 
6 Oktober 2017, Malaysia Today mendedahkan  Mahathir sudah beri derma sampai RM1 billion kepada DAP untuk memastikan dia mendapat tempat sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Kemudian membolehkan Mahathir jadi PM sementara dan menggantikannya dengan Mukhriz bila sampai masa. Derma diberi untuk mendapat sokongan dari DAP bagi mencapai agenda tersebut.

Sampai ke hari ini, Mahathir tidak nafi derma RM1 billion pada DAP itu. Sama juga dengan DAP, tidak pernah nafikan hal derma RM1.2 billion yang diterima dari Israel. Kemudian hari ini, Mahathir pula tadah ‘tin milo” minta derma pada rakyat.

Apakah “tin milo’ derma yang ditadah ini sekadar gimik sahaja untuk membolehkan Mahathir isytiharkan wang dari sumber yang gelap?  Boleh jadi juga. Kalau Mahathir umum cakap sudah ada RM3 billion wang derma yang telah disumbang pun tiada siapa yang tahu duit itu datang dari mana.

Entah entah dari kroni dan sumber gelapnya bagi membolehkan wang itu menjadi halal dan mengalir kembali dalam pasaran. Kalau ada “yahudi gila” mana derma nanti kat Amerika pun tiada siapa yang tahu. Ianya akan diisytiharkan atas nama derma. Taktik yang selama ini DAP buat untuk kutip derma dengan buat jamuan makan malam setiap kali menjelang pilihan raya.

Ahli ahli DAP di bawah yang kena tipu. Mereka ingat duit buat poster DAP, buat bendera DAP, duit ceramah adalah hasil duit derma mereka. Padahal ada dana dari sumber sumber gelap dan haram yang masuk bersama untuk membolehkan mereka mengawal mana mana ahli DAP yang naik menjadi wakil rakyat.

Taktik yang sama mahu dibuat Mahathir. Menipu ahli ahli PPBM di bawah dan juga rakyat kata duit buat poster PPBM, poster calon PPBM dan bendera PPBM adalah hasil duit derma. Padahal entah ‘yahudi gila” manalah yang derma dari Amerika masuk ke dalam tabung tersebut.

Duit “yahudi gila” dan duit dari Israel digunakan secara bersama untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional di Putrajaya. Rakyat kena tolak sama sekali pembangkang yang segini. Jangan benarkan duit dari pihak asing kuasai negara ini.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB784, Isnin
19 Februari 2018

19 Feb 2018

Barisan Nasional Bantu Rakyat Bukannya Susahkan Rakyat Seperti Pembangkang

Rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan propaganda BN adalah "Barang Naik". Ini adalah slogan propaganda pembangkang masa PRU13 yang lepas. Menjelang PRU14 ini, slogan ini akan diulang semula.

Slogan itu dimain kononnya, jika pembangkang menang maka segala harga barang dan kos sara hidup rakyat akan jadi lebih murah. Dalam PRU13 yang lepas, pembangkang buat teori kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun juga.

Minggu lepas, harga minyak turun 10 sen, terbanyak sejak April tahun lepas. Ada nampak harga barang turun? Tiada. Ternyata teori yang dibuat pembangkang itu silap dan hanya andaian sahaja.

Pernah dengar negeri yang diperintah pembangkang beri subsidi pada rakyat? Tiada. Kerajaan yang masih memberikan subsidi kepada rakyat adalah kerajaan BN. Ini cara kerajaan BN bantu rakyat.

Rakyat Malaysia seharusnya tidak terpengaruh dengan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Banyak subsidi diberikan kerajaan BN kepada rakyat. Subsidi ini secara tidak langsung telah membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Baca pautan ini :

https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-perdana-menteri-mengenai-subsidi-tidak-langsung-yang-diperuntukkan-kerajaan/

Dalam Bajet 2018, tahun ini kerajaan beri RM3.9 bilion subdisi barang dan pengangkutan seperti gas masak, tepung dan minyak masak. Selain itu, kerajaan juga sediakan subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

Kadar tarif elektrik di Malaysia adalah yang ke 4 termurah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan. Kalau perjanjian berat sebelah dalam IPP tidak distruktur semula oleh 1MDB, kadar elektrik Malaysia tidak akan jadi seperti hari ini.

Kerajaan BN juga beri subsidi sebanyak RM26.5 bilion untuk sektor kesihatan. Pergi klinik kesihatan kerajaan masih bayar RM1. Semua rakyat dapat.

Sejak 2012, yuran persekolahan diberi subsidi oleh kerajaan. Anak masuk sekolah dapat RM100. Yuran pengajian universiti pula sudah disubsidi 90 peratus.

Pesawah dapat RM200 elaun bulanan sementara menunggu musim menuai. Nelayan pun dapat subsidi. OKU dan warga emas pun dapat manfaat dari kerajaan BN. Inilah cara kerajaan BN membantu rakyat

Bukan seperti kerajaan PKR-DAP di Selangor yang menaikkan cukai sampai 400%. Tanah rakyat di Ijok diserah kepada syarikat RM2 biarpun kesnya masih belum selesai di mahkamah. Rakyat Selangor kena caj plastik 20 sen.

Di Selangor, 90 jenis lesen perniagaan di Selangor, di bawah pentadbiran MBSA dinaikkan 72 peratus dan di bawah MBPJ sebanyak 120 peratus.

Selangor juara dalam segala hal. Juara denggi, juara jalan berlubang, juara masalah air dan juara sampah. Selangor bukan lagi juara dalam bolasepak kerana pasukan bola negeri itu dihalau dari stadium sendiri dan terpaksa bermain di atas padang pasir.

Di Kampung Sungai Yu, Azmin agih tanah secara tidak telus kepada kroni dan orang luar yang tidak penuhi kelayakan. Skandal MBI-Unisel-Jana Niaga Sdn Bhd, RM16 juta. Skandal SPLASH RM2.975 billion. Skandal YAWAS, RM500 juta.

Malah duit warga emas menerusi Skim Mesra Usia Emas, SMUE pun diseleweng dan dibalun oleh kerajaan Azmin. Selangor yang penuh dengan skandal, termasuklah skandal "aiskrim" Azmin Ali.

Janji yang dibuat oleh PKR-DAP semasa PRU13 tidak pun ditunai pada rakyat. Mereka sibuk gaduh rebut kuasa sama sendiri. Gelar orang itu bohong, digelar balik sebagai badut. Apakah ini untungkan rakyat?

Rakyat tidak dapat apa apa bila naiknya kerajaan pembangkang di Selangor. Segala benda dinaikkan kadarnya dan kemudian mereka asyik gaduh sahaja sama sendiri.

Di Selangor rumah rakyat dibatal. Sama jugalah di Pulau Pinang, tiada rumah rakyat. Rumah mampu tengok banyak didirikan. Yang murah hanya rumah Guan Eng sahaja yang dibeli di bawah harga pasaran.

Duit RM305 kajian terowong lesap.
Sejak dari 2011 hingga ke hari ini, dianggarkan sebanyak RM16 bilion nilai tanah telah ‘digadai’ oleh Guan Eng. Duit jual tanah entah lesap ke mana.

25 kampung Melayu sudah hilang dari peta Pulau Pinang. Tanah runtuh hingga mati berbelas orang. Hingga banjir lebih seratus kali di Pulau Pinang. Kilang haram sampai mati 7 orang.

Guan Eng tambah gaji bila ada berbelas jawatan. Peruntukan bajet untuk pejabat Ketua Menteri naik berkali ganda setiap tahun. Bajet terus defisit. Bila ada ADUN DAP dan PKR bantah Guan Eng, terus kena pecat.

Ini cara kuku besi Guan Eng. Sama juga seperti Azmin, sekat peruntukkan pada orang PAS. Janji hendak mansuh tol di Sungai Nyiur masih lagi tidak ditunai selepas 10 tahun naik jadi kerajaan di Pulau Pinang. Tarif air naik empat kali.

Semua skandal dan permasalahan yang berlaku ini menyusahkan rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Apa nikmat rakyat dapat dari pergaduhan pembangkang di dua negeri itu? Tidak dapat apa.

Rakyat hanya tengok sekumpulan orang yang gila kuasa merebut jawatan. Lupa pada janji masa musim mengundi. Menyusahkan rakyat. Ada rakyat Selangor dan Pulau Pinang dapat nikmat harga barang murah atau rumah murah bila DAP dan PKR jadi kerajaan? Tiada.

Kali ini bila dekat musim mengundi sekali lagi, maka datanglah lagi propaganda lapuk pembangkang sekali lagi iaitu "BN = Barang Naik". Jangan terpedaya lagi.

BN sudah bantu rakyat banyak sekali menerusi pelbagai subsidi dan BR1M. Petang tadi, Singapura juga telah tiru BR1M yang dibuat di Malaysia.

Dalam pembentangan bajet 2018, kerajaan Singapura perkenalkan "SG Bonus" dengan peruntukan sejumlah $700 juta untuk individu berusia 21 tahun. SG Bonus akan diberi berdasarkan jumlah pendapatan iaitu sejumlah $300, $200 dan $100.

Sebelum ini, Thailand, Indonesia, Arab Saudi sudah meniru cara BR1M, kini Singapura pula. Ini bukti bahawa dasar kerajaan BN dalam membantu rakyat sudah mula diikuti negara lain.

Bukti apa yang kerajaan BN buat untuk bantu rakyat adalah dasar yang betul bukannya menyusahkan rakyat seperti kerajaan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB785, Isnin
19 Februari 2018

13 Feb 2018

Rumah Rakyat Dibatal, Pasukan Bola Disuruh Main Atas Padang Pasir

Patutlah PAN gelar Azmin sebagai badut. Bagi kenyataan pasal bola untuk tidak cerdik dan melalut. Entah apa lah yang disorok di Stadium Shah Alam itu sampai takut sangat hendak bagi pasukan bola guna.

Projek rumah murah untuk rakyat dibatal. Cukai naik sampai 400%. Pasukan bolasepak "Red Giants" disuruh main atas padang pasir.

Kenapa rakyat bawahan dan pasukan bola ini perlu dimusuhi dan dihina sebegitu rupa oleh Azmin? Apa salah mereka?

Azmin sindir pasukan bola sepak Selangor yang kini tidak ada gelanggang rasmi. Kena menumpang main bola di Stadium Kuala Lumpur di Cheras. Azmin tidak bagi main di Stadium Shah Alam.

Kata Azmin, Selangor sepatutnya boleh bermain di mana-mana stadium tanpa masalah kerana di Iraq tidak ada stadium dan mereka hanya bermain bola sepak di atas padang pasir.

"Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir" sindir Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin cakap benda mengarut. Pasukan bola Iraq tidak main bola atas padang pasir. Mereka main dalam stadium yang moden dengan padang berkualiti serta canggih. Iraq punyai lebih 30 stadium.

Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987.

Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016.

Iraq di kedudukan ke-69 ranking dunia FIFA. Pasukan bolasepak Selangor menang Piala Malaysia paling banyak. Takkanlah sebegitu teruk sekali layanan Azmin pada bolasepak Selangor?

Azmin sudah lama letak jawatan sebagai Presiden Bolasepak Selangor. Bila ada orang lain majukan balik bolasepak Selangor, Azmin dengki dan tidak beri guna stadium.

Mana ada padang pasir lagi di Selangor. Pasir semua habis dikorek dan dicuri untuk diberi kepada syarikat anak saudara Azmin Ali.

Itu hal bola yang kena menumpang stadium. Hal rumah juga, rakyat Selangor hanya dapat menumpang tengok sahajalah. Rumah yang sepatutnya dibuat untuk rakyat, dibatalkan.

Pada 6 Februari lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku buat keputusan membatalkan pembinaan sembilan projek Rumah Selangorku. Mesyuarat dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar A Samad.

Alasannya, kerana syarikat pemaju telah gagal mendapatkan kebenaran merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Di kawasan Majlis Perbandaran Kajang ada tiga projek, Majlis Perbandaran Subang Jaya satu projek, Majlis Bandaraya Shah Alam ada satu projek, Majlis Perbandaran Selayang ada dua projek, Majlis Perbandaran Ampang Jaya ada satu projek dan Majlis Perbandaran Klang ada satu projek.

Dua tahun gagal merancang satu pun projek rumah untuk rakyat. Malah diroboh pula rumah bilal dalam kawasan masjid pada tahun lepas. Pesta arak boleh pula diluluskan serta merta.

Azmin bukan peduli rakyat, tetapi zalimi rakyat dan ribuan penyokong Red Giants. Bolasepak pun jadi mangsa politik kebencian Azmin Ali.

Rakyat di bawah juga jadi mangsa sikap ego Azmin. Terus batal rumah rakyat. Bermakna kalau PKR dan DAP perintah lagi di Selangor, mereka tidak akan buat langsung rumah ini.

Sekarang pasir mereka jual untuk kaut untung. Cukai naik sampai 400% untuk kaut untung. Tanah rumah rakyat dijual untuk projek mewah. Silap silap Stadium Shah Alam kena lelong kalau mereka perintah lagi.

Jangan biar keadaan ini terjadi. Kembalikan semula Red Giants ke Shah Alam. Kembalikan semula Barisan Nasional di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB778, Selasa
13 Februari 2018

12 Feb 2018

Kerajaan BN Untuk Orang Muda, Kerajaan Pembangkang Untuk Orang Tua

Tidak dapat dinafikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan orang muda dan memastikan impian mereka diambil kira dalam pembangunan negara.

Menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50), lebih 80,000 aspirasi orang muda telah dikumpulkan dan ia akan ditapis untuk pelan tindakan. Dalam erti kata lain, kerajaan menggunakan dasar lebih terbuka untuk anak muda dan masa depan negara.

Ia berbeza dengan pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) kini mahu memerintah semula Malaysia.

Jika ketika menjadi Perdana Menteri dulu beliau digelar sebagai diktator oleh pembangkang, jadi tidak mustahil pendekatan itu akan dipraktikkan semula jika beliau menjadi Perdana Menteri pembangkang.

Apa jaminan Mahathir akan berbeza dari dulu? Dengan usianya 93 tahun, mampukah beliau menjadi Perdana Menteri lagi sedangkan pemimpin dunia yang lain sudah pencen apabila mencecah usia berkenaan?

Cuba imbau kembali sejarah pemerintahan beliau. Banyak langkah yang dilaksanakannya telah menyebabkan beliau mendapat gelaran diktator, mahafiraun dan maha zalim daripada pemimpin pembangkang dan anehnya kini mereka boleh duduk semeja pula bergabung dalam satu pasukan.

Betapa hipokritnya Mahathir dan pemimpin pembangkang PH yang cakap tak serupa bikin ini. Dulu pembangkang mengecam tindakan Mahathir kerana melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang menyaksikan ramai anak muda ditahan dalam Operasi Lalang. Tapi kini mereka sepentas pula.

Dalam Operasi Lalang itu, lebih 100 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh dan penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong.

Mahathir bagaimanapun mendakwa Operasi Lalang adalah keputusan polis dan beliau membantah operasi tersebut sewaktu memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri pada masa itu.

Namun Kua yang lantang bersuara membantah ISA, tetap menuntut Mahathir memohon maaf kerana menjadi dalang di sebalik Operasi Lalang, terutama selepas beliau kini bersama pembangkang.

Pada 15 September 2011, Najib kemudiannya telah memansuhkan akta tersebut untuk memberi lebih banyak ruang kepada golongan muda bersuara dan supaya mereka tidak dikongkong.

Mahathir sendiri pun bila forum bersama orang muda, teruk dia kena "troll". Orang muda menolak orang yang terlalu tua jadi PM semula. Berbeza dengan sambutan terhadap Datuk Seri Najib semalam di Selangor bersama dengan orang muda.

Dalam erti kata mudah, kerajaan Barisan Nasional untuk orang muda manakala kerajaan pembangkang untuk orang tua, yang mempunyai agenda tersendiri.

Agenda orang tua bernama Mahathir dan Kit Siang. Agenda untuk anak sendiri dan kroni sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB776, Isnin
12 Februari 2018

Pakatan Harapan Mahu Jadikan PRU14 Paling Kotor

Pakatan pembangkang sekarang sedang mendakwa PRU14 nanti adalah yang paling kotor dalam sejarah. Setiap kali pilihan raya umum, cakap ianya kotor tetapi DAP tetap juga menang banyak.

Kotor apanya kalau begitu? Semasa PRU12 pada tahun 2008, Malaysiakini dan pembangkang tuduh pilihanraya tidak bersih dan adil kira kira empat hari lagi sebelum hari mengundi.

Tidak bersih dan adil apanya? Bila menang di Pulau Pinang dan Selangor, pembangkang iktiraf pula keputusan tersebut. Kalau menang ianya bersih, kalau kalah ianya tidak bersih. Itulah pemahaman adil dan bersih bagi mereka.

18 Mac 2012, dalam Sinar Harian, Guan Eng kata PRU13 adalah yang paling kotor. Namun dalam duduk jaja kotor itu, Guan Eng dan DAP menang banyak kerusi lagi Pulau Pinang.

Kini menjelang PRU14, propaganda yang sama diulang buat kali ketiganya. Tuduh lagi PRU14 kotor dan tidak bersih.

Dakwaan kali ini dibuat oleh Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menyatakan ia bakal jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah kata PRU13 adalah yang paling kotor. Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pun kata benda sama. Kedua dua mereka menang di parlimen. Kotor apa kalau begitu?

Ini hanya strategi jahat pembangkang untuk raih simpati sahaja. Untuk ajak rakyat turun undi mereka kononnya merekalah yang bersih dan adil.

Sebenarnya yang bermain taktik kotor ini adalah pembangkang sendiri. Guna cerita palsu kononnya Bangla boleh mengundi. Kononnya ada pesawat besar tiba di KLIA untuk bawa Bangla mengundi.

Ternyata hari ini, tuduhan itu hanyalah cerita karut sahaja. Tuduhan itu tidak dibuktikan secara sah. Kemudian buat cerita "Blackout" pula, tipu gambar kononnya pegawai SPR kira undi dalam gelap.

Bila disemak ternyata gambar tipu. Sampai ke hari ini cerita "Bangla dan Blackout" ini jadi cerita palsu terbesar pembangkang dalam PRU yang lepas.

Pilihan raya pada tahun 1990 pun DAP kata pilihan raya paling tidak bersih dalam sejarah termasuk menulis buku kononnya PRU masa itu kotor.

Buku berkenan bertajuk "Pilihan Raya Paling Kotor Dalam Sejarah Malaysia" diterbitkan pada 1991 ditulis oleh diktator DAP, Kit Siang. DAP akan tetap dakwa plilihan raya kotor walaupun mereka menang sudah dua kali di Pulau Pinang dan anak Kit Siang, Lim Guan Eng sudah dilantik jadi Ketua Menteri.

DAP suka tuduh dan buat cerita bahawa proses pilihan raya di Malaysia kotor dan penuh penipuan. Bagi mereka proses undi yang sempurna hanyalah ketika pemilihan CEC DAP yang didakwa oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai tidak sah kerana ada penyelewengan dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel yang mengendalikan pemilihan.

Kit Siang pada 2001 ketika Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau kritik Mahathir cuba mempermain-mainkan rakyat dalam keputusan untuk membuat pilihan raya mengejut pada masa itu.

"Jika Mahathir serius untuk mengadakan satu pilihan raya umum mengejut, beliau perlu berhenti berdolak-dalih dengan perkataan pilihan raya mengejut tetapi perlu lakukan dua perkara.

"Pertama, beliau takkan membubarkan Parlimen sehingga mandat hingga sampai tahun kelima mandat pilihan raya lepas iaitu November 2003, dan yang kedua, pilihan raya umum mestilah bebas, adil dan bersih.

"Nampaknya, ada kemungkinan pilihan raya umum ke-11 nanti akan menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara," kata Kit Siang dalam laman webnya pada 2001.

DAP akan kata pilihan raya umum di negara ini bersih kalau mereka menang sahaja. Kalau kalah, akan dikatanya pemilihan itu kotor. Ini sebenarnya taktik kotor DAP yang rakyat perlu ketahui.

Sudah lebih 40 tahun, setiap kali pilihan raya DAP guna modal yang sama iaitu negara akan bankrap dan pilihan raya umum akan jadi yang terkotor.

Pakatan pembangkang yang didalangi DAP sebenarnya yang sentiasa jadikan pilihan raya umum di negara ini kotor untuk kepentingan mereka.

Kerajaan BN bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak buang masa layan buat cerita palsu sebegitu.

BN jalankan kerja untuk rakyat dan masa depan negara kemudian biar pengundi tentukan mengikut proses demokrasi. Berbeza dengan pembangkang yang suka buat cerita palsu, hasut orang dan fitnah orang, kemudian harapkan rakyat undi mereka.

Ada pihak menyatakan, jika selepas 50 tahun, adakah DAP akan punya modal lain untuk propaganda mereka atau masih lagi sama selagi Guan Eng dan Kit Siang masih bernyawa. Mereka buat cerita bukan-bukan, tapi di belakang salah guna kuasa dan rasuah cuba ambil duit rakyat untuk poket mereka sendiri.

Pakatan Harapan ini sebenarnya yang kotor. Malulah sama dengan Fathia Latiff, semalam ketika ditemubual Melodi, Fathia mengakui dirinya kotor dan memohon maaf pada semua.

Pakatan Harapan bila hendak mohon maaf? Banyak kekotoran yang disuntik dalam kepala rakyat. Ada yang jadi keliru dan fanatik macam Fathia. Sudah sudahlah buat kerja kotor wahai pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB777, Isnin
12 Februari 2018

9 Feb 2018

Mula Janji Enam Bulan Saja, Sekarang Hendak Dua Tahun Pula

Belum pun lagi PRU14, Mahathir sudah mungkir janji. Pada Disember tahun lepas, Pengerusi PPBM itu berjanji akan menjadi PM selama enam hingga 12 bulan. Syarat ini dipersetujui sendiri oleh PKR.

Bersungguh berjanji dengan Wan Azizah hendak jadi PM "sat sahaja", tetapi kemudian "tak dan" lama mana, sudah buat kenyataan "konar baring" hendak jadi PM dua tahun pula.

Pada 7 Februari 2018, Mahathir berkata bahawa dia mahu menjadi PM sementara untuk tempoh masa 2 tahun pula.

Menurut keputusan awal, Pakatan Harapan termasuklah "big brother" iaitu DAP telah bersetuju agar Mahathir menjadi PM sementara sebelum kuasa itu diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Walaupun kumpulan Reformis enggan bersetuju dan beranggapan ia suatu tindakan yang tidak tepat telah diambil oleh Pakatan Harapan, namun kepimpinan pembangkang telah bersetuju untuk lelaki berusia 93 tahun itu kembali menjadi PM jika mereka menang.

Mulalah geng Reformis membuat kempen undi rosak untuk memprotes Mahathir dalam diam. Malah di kalangan ahli DAP juga, ramai yang protes marah bila Mahathir gila hendak berkuasa semula.

Ternyata kegusaran kumpulan Reformis yang sudah 10 tahun berjuang menentang diktator Mahathir itu tepat. Belum pun PRU14 berlaku, Mahathir sudah mahu tempoh 2 tahun untuk dirinya menjadi PM. Ini secara terang-terangan telah melanggar perjanjian asal dengan PKR, DAP dan PAN pada akhir tahun 2017 lalu.

Chegubard pernah kata, tindakan Mahathir yang bersetuju mahu menjadi PM semula memperlihatkan tujuan sebenar dia yang berbaik semula dengan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu adalah musuhnya.

“Saya dan teman-teman sudah menjangkakan dan itulah yang kami beritahu bahawa Mahathir mahu mengambil alih kuasa bagi memastikan Mukhriz anaknya menjadi perdana menteri bagi memelihara harta kekayaan kroni dan proksinya.

“Cuma peliknya kelihatan rakan-rakan pembangkang seperti dibutakan fakta ini kerana keghairahan kononnya untuk merampas Putrajaya,” kata Chegubard dalam satu kenyataan pada bulan Jun 2017.

Hasrat menjadi PM sementara selama 2 tahun ini juga mungkin ada kena mengena dengan pendedahan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa wujud satu pakatan sulit antara Mahathir dan Lim Kit Siang untuk jawatan PM dan Timbalan Perdana Menteri.

Hakikatnya, Mahathir tidak akan membiarkan PKR khususnya Anwar serta kumpulan Reformis kembali bermaharajalela di negara ini jika dia berkuasa walaupun dalam masa 1 hari. Dalam fikirannya, hanya pewaris darah dagingnya sendiri yang paling layak dan perlu dinaikkan untuk bergelar PM suatu hari nanti.

Walau apapun caranya sekali pun, Mahathir tidak akan begitu mudah membiarkan perjuangan PKR kembali subur di Malaysia selagi cita-cita peribadinya itu belum ditunaikan.

Mahathir mahu berkuasa semula bagi selesaikan "urusan peribadi" yang belum selesai dengan kroninya. Wan Azizah sudah pasti akan dipecat sama seperti Anwar. Anaknya, Mukhriz akan naik jadi TPM.

Dalam masa dua tahun inilah, Mahathir akan lunaskan perjuangannya yang belum selesai. Menjadikan anak sendiri jadi perdana menteri, mengkayakan kroni sendiri.

Inilah niat sebenar Mahathir, bukannya untuk bangsa dan ibu pertiwi. Negara akan jadi kucar kacir kalau kerajaan yang ada di Putrajaya berebut kuasa. DAP lah yang akan untung, kerana mereka banyak kerusi.

Silap silap dalam masa dua tahun itu, DAP akan singkirkan Mahathir dan mulakan "game" baru seperti yang disebut oleh Hew Kuan Yau, Superman DAP. Kalau DAP dapat perintah sekali, jangan mimpilah hendak dapat balik.

Siapa yang harus dipersalahkan kalau ini berlaku? Mahathir dan Melayu Melayu yang ada dalam pembangkanglah yang harus disalahkan. Mereka ini tidak ubah seperti "Buang" dalam cerita Sarjan Hassan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB773, Jumaat
9 Februari 2018

7 Feb 2018

Pembangkang Hidup Dengan Cerita Palsu Bukan Dengan Cerita Kebaikan

Politik cara pembangkang di Malaysia adalah politik yang tidak sihat. Pembangkang di Malaysia berpolitik sebar kebencian, cerita persepsi dan berita palsu untuk membangkit perasaan marah rakyat pada kerajaan.

Ini cara politik yang merosakkan. Tidak pernah akui langsung apa yang dibuat kerajaan sebagai sesuatu yang baik. Biarpun kedudukan ringgit makin kukuh dan ekonomi makin baik tetapi pembangkang tetap dengan hujah mereka bahawa Malaysia ini hendak bankrap.

Biarpun pembangkang menguasai kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka tidak ada cerita kebaikan yang hendak dikongsi secara positif kepada rakyat.

Bila tiada cerita baik, maka ruang dalam media sosial penuh dilambakkan dengan cerita tidak betul dan fitnah. Apa motif lambakan cerita tidak baik ini dibuat? Supaya rakyat benci kerajaan dan sokong pembangkang.

Dengan membuatkan rakyat marah, keliru dan sangsi maka dapatlah pembangkang hidup.

Contohnya apa yang dibuat oleh Clare Rewcastle Brown, Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ) yang mereka cerita tentang tipu pasal negara. Serangan dibuat dari luar negara untuk membuatkan rakyat marah dan keliru.

Mahathir sendiri beberapa kali berjumpa Claire Brown ini untuk merangka serangan serangan persepsi dari luar negara.

Oleh kerana itulah bila
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan akta baru untuk tanggani berita palsu dibentangkan dalam parlimen pada Mac ini, ramai pemimpin pembangkang kepanasan.

"Akta sedia ada (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984) tidak mencukupi untuk menangani penyebaran berita palsu, justeru peruntukan baru harus digubal secepat mungkin" kata Datuk Seri Salleh.

Mahathir bantah, Kit Siang pun bantah. Mereka tidak setuju dengan akta yang untuk halang cerita palsu. Kenapa takut? Sebab selama ini, berita palsu inilah jadi senjata pembangkang.

Pada 28 Januari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan kaji untuk gubal undang-undang menghalang penularan berita palsu kerana kesannya adalah buruk kepada proses demokrasi di negara ini.

Rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

"Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

"Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

"Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali," kata Najib.

Tidak lama lagi "senjata berita palsu" pembangkang ini akan dimatikan menerusi undang undang. Minggu ini akan diadakan mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas merangka akta baru itu.

Anwar Ibrahim dulu pernah reka cerita bahawa ada agensi kerajaan bawa masuk 40,000 pengundi yang meragukan dan didakwa dari Bangladesh. Cerita palsu tentang Lynas, Blackout dan lain lain lagi.

Yang buat cerita jahat ini cuci tangan di belakang. Yang bodohnya adalah rakyat yang bulat bulat percaya dan marah kerajaan tidak tentu hala.

Pembangkang tidak ada cerita kebaikan untuk rakyat mahupun pembangunan sebab itu mereka buat cerita bohong untuk isi kekosongan jadual politik mereka. Hari-hari buat cerita fitnah untuk jatuhkan kerajaan.

Macam mana hendak cerita yang baik, mereka menang pun dulu pun sebab berita palsu. Jadi bila jadi wakil rakyat mereka tidak tahu bagaimana caranya hendak buat kebaikan. Maka sebab itulah mereka buat cerita tidak baik tiap tiap hari.

Tolak berita palsu, tolak harapan palsu pembangkang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB770, Rabu
7 Februari 2018

5 Feb 2018

Malaysia Negara No 1 Dengan Ekonomi Paling Inklusif


"Kemajuan yang lambat dalam taraf hidup dan ketidaksamaan yang meluas telah menyumbang kepada polarisasi politik dan hakisan perpaduan sosial dalam banyak ekonomi yang maju dan sedang pesat membangun.

Ini telah membawa kepada kemunculan konsensus di seluruh dunia mengenai keperluan untuk model pertumbuhan dan pembangunan yang lebih inklusif dan mampan yang menggalakkan taraf hidup yang tinggi untuk semua."

Itulah matlamatnya - memastikan bahawa dasar-dasar kita bukan sahaja membangunkan negara tetapi pembangunan itu dikongsi dengan sebanyak mungkin orang.

Oleh kerana dasar transformasi seperti GST, BR1M, bantuan yang disasarkan dan bukannya subsidi menyeluruh, pembangunan keusahawanan, langkah yang disengajakan untuk berganjak dari pekerjaan taraf rendah atau tidak mahir, Malaysia telah menunjukkan prestasi yang baik sejak 2008.

Seberapa baik? Sangat baik.

Untuk tahun 2018, Forum Ekonomi Dunia (WEF) kini meletakkan Malaysia sebagai negara nombor 1 dengan ekonomi yang paling inklusif bagi negara-negara Asia yang baru muncul dan membangun, dan ke-13 secara keseluruhan.

Malah, skor kita mengatasi Portugal dan setanding dengan Itali.

Inilah yang kita mahukan. Pertumbuhan yang boleh dikongsi dengan semua - tidak seperti di masa lalu di mana pertumbuhan hanya dirasakan oleh kapitalis kroni yang dipupuk oleh Perdana Menteri kita yang berkhidmat selama 22 tahun itu.

http://malaysiandigest.com/features/719439-world-economic-forum-2018-ranking-of-asia-s-most-inclusive-developing-economies-guess-where-malaysia-ranks.html

Laporan WEF penuh di sini:
http://www3.weforum.org/docs/WEF_Forum_IncGrwth_2018.pdf

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo

2 Feb 2018

Pembangkang Ulang Semula Cerita “Recycle” Menjelang Pilihan Raya

Minggu lepas, bila ringgit kukuh pembangkang guna BBC untuk main semula cerita lama. Dalam Whatsapp minggu ini, berbagai bagai cerita lama masuk balik. Cerita cerita ‘recycle’ yang dimainkan semula pembangkang bila mereka kering idea dan tandus isu.

Cerita cerita persepsi yang ditabur semula semata mata untuk buat rakyat sangsi. Bagi mereka yang jarang membaca, mereka ini akan percaya bulat bulat dengan segala berita yang diterima. Inilah golongan yang paling diidamkan oleh pembangkang untuk “dibangangkan”. Sumbat apa sahaja terus percaya dan mudah terpedaya.

Samalah seperti dua tiga orang netizen yang bodoh mempertikaikan kenapa kereta berhuruf  “Z” tidak membayar tol dan negara sudah tergadai kerana ada kereta polis China di jalanraya Malaysia. Padahal kereta tersebut digunakan untuk pengambaran filem. Golongan seperti inilah sasaran pembangkang untuk “dibangangkan”.
 
Dua tiga hari lepas, di media sosial, pembangkang “recycle” semula cerita tentang projek Bandar Malaysia di tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang sudah dipindahkan ke Pangkalan Udara TUDM yang lebih baik di Sendayan. 

Penyokong PH kata, tanah di tapak projek berkenaan sudah digadaikan kepada negara China. Faktanya, dalam Konsortium ICBS, pegangan saham antara pihak Konsortium adalah sebanyak 40 peratus oleh syarikat China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) manakala 60 peratus oleh Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH).

Pegangan saham IWH pula terdiri daripada sebanyak 40% oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ – Kerajaan Negeri Johor) dan 60% dimiliki oleh ‘Credence Resources’ yang diuruskan oleh Tan Sri Lim Kang Hoo. Kalau dilihat dari pegangan pemilikan tanah Bandar Malaysia pula ia dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau Menteri Kewangan Diperbadankan sebanyak 40 peratus dan baki 60 peratus lagi oleh Konsortium IWH-CREC.

Pemilikan utama projek adalah 76 peratus dimiliki oleh Malaysia dan sebanyak 24 peratus oleh China. Pada 20 Mei tahun lepas, Tun Razak Exchange City telah batalkan perjanjian dengan konsortium ICBS yang terdiri daripada IWH dan CREC.

Susulan langkah pembatalan ini, Kementerian Kewangan yang memiliki 100 peratus projek TRX City kini memiliki 100 peratus Bandar Malaysia. Tidak masuk akal, jika dituduh 100 peratus tanah dan projek berkenaan sudah digadaikan kepada China kerana semuanya masih dimiliki oleh kerajaan Malaysia. 

Datuk Seri Najib pun sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali menggadaikan kedaulatan negara dalam apa-apa juga projek yang melibatkan syarikat dari luar negara.

19 Januari 2018, Battersea Power Station di London telah dibeli oleh syarikat dari Malaysia dengan harga £1.6 billion. Tidak ada pun pembangkang atau penduduk di London kata negara mereka terjual kepada Malaysia. Ada dengar?

Oktober 2015, di Melbourne, Australia, syarikat dari Malaysia akan membina bangunan setinggi 92 tingkat di sana. Bangunan itu yang bernilai AS$770 juta suatu hari nanti akan jadi bangunan tertinggi di Melbourne. Tidak pula orang di Melbourne kata Australia sudah tergadai pada Malaysia. Ada dengar?

Syarikat dari Malaysia juga banyak terlibat dalam projek pembangunan di Mekah, Arab Saudi. Tidak pula orang Arab kata Arab Saudi sudah tergadai pada Malaysia? Hanya pembangkang di Malaysia suka ‘membangangkan’ rakyat dengan teori “negara sudah kena gadai” mereka.

Pembangkang juga “recycle” balik cerita berkaitan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun mahkamah sudah pun membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang bersalah dan terlibat. 

Pada saat begini undang-undang kekang berita palsu yang dicadangkan oleh Perdana Menteri adalah amat penting sekali. Ini kerana penyebaran maklumat dan berita seumpama itu boleh merosakkan kestabilan demokrasi negara ini.

Pembangkang yang sudah terdesak, tidak sabar menunggu pilihanraya untuk berpolitik secara matang dan bijaksana. Pembangkang lebih suka mengelirukan rakyat dengan cerita cerita bohong ini agar otak rakyat penuh dengan toksik dan kebencian.

Allah SWT Maha Berkuasa, akhirnya hari ini lihatlah parti mana yang penuh toksik dan kebencian? Sesama parti pembangkang sekarang penuh dengan kesangsian dan huru hara. Di situ lompat, di sana keluar parti, di satu tempat lagi berebut kerusi. Pembangkang sebenarnya tidak berpakat lagi. Elemen negatif yang mereka cuba semai menerusi cerita cerita tidak baik ini akhirnya balik ke mereka sendiri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB762, Khamis
1 Februari 2018

Jika Barisan Nasional Tumbang, DAP Yang Akan Kuasai Pembangkang

Atas kertas, ada nama Melayu duduk di atas sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Nama ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi “King Maker” dari belakang.

Di atas nampak nama Melayu tetapi isinya penuh dengan nama nama DAP. Itulah pakatan pembangkang, pakatan yang diketuai dan dipimpin oleh DAP sepenuhnya. Barisan kabinet bayangan penuh dengan nama nama DAP.

Belum pun pilihanraya diadakan, Melayu yang ada dalam pembangkang sudah pun dipermainkan oleh DAP. Sedar atau tidak, kejadian yang berlaku di Negeri Sembilan minggu lepas adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.

Di Negeri Sembilan pembangkang jadi kecoh. Laungan “boikot”, “mana hak kami” dan “tak adil” diluahkan oleh mereka terhadap Wan Azizah dan Mukhriz. Mereka dakwa parti bunga ada 6,000 ahil di Negeri Sembilan tetapi hanya dapat 6 kerusi sahaja.

Berbanding PAN yang ada 500 orang ahli dapat 7 kerusi dan PKR yang dikatakan ada 10,000 orang ahli dapat 12 kerusi DUN. Itulah dakwaan yang dibuat oleh Mohd Sharul Anuar, Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan.

Ini bukan kali pertama parti bunga di Negeri Sembilan bergolak. Sebelum ini pun, banyak sudah berlaku pergaduhan dalam PPBM di negeri tersebut. 6 April 2017, 500 ahli PPBM Rembau telah keluar parti. 19 April 2017, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Cikgu Kamarul pun keluar parti bersama 821 orang ahli parti bunga yang lain.

Keretakan dalam PPBM di Negeri Sembilan hanya menanti belah sahaja. Agihan kerusi ini adalah bukti jelas pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah dikuasai oleh DAP. Lihatlah bagaimana Wan Azizah yang dilantik sebagai Presiden Pakatan Harapan terus lari keluar dewan dan tidak boleh berbuat apa apa.

DAP yang dapat kerusi yang banyak iaitu 11 kerusi DUN, 11 kerusi itu jugalah yang DAP menang sekarang dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan. Maknanya, kerusi DAP tetap milik DAP. DAP tidak beri pun kepada mana mana rakan mereka dalam pembangkang.

Di Perak pun begitu juga, 25 Januari 2018, dalam Sinar Harian, Ketua Pemuda DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Canning, Wong Kah Woh berkata DAP mahu menguasai negeri Perak. Dalam Dewan Undangan Negeri Perak sekarang, DAP ada 18 kerusi daripada 24 kerusi pembangkang. Bermakna 75% pembangkang di Perak adalah DAP.

Mengikut analisa yang dibuat oleh Dr Kamarul Yusuf dari UUM, DAP Perak sasar mahu rampas 32 kerusi. Jika itu pembangkang berjaya kuasai Perak, maka komposisi kerajaan yang naik di Perak jika Barisan Nasional tumbang adalah seperti berikut :

22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari AMANAH.
(2) 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

Kerajaan yang naik ini adalah kerajaan negeri DAP. Orang Perak sudah pernah merasa sekali detik hitam bila Barisan Nasional tumbang. Melayu dipergunakan sebagai boneka DAP untuk menjadi Menteri Besar. Di kiri dan kanan Nizar, diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dari DAP.

Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali. Duit kajian terowong yang berjuta juta lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung.

Mahukah rakyat Negeri Sembilan, Perak dan Johor melihat apa terjadi di Pulau Pinang ini berlaku di negeri mereka? Janji yang ditabur masa mengundi tidak dibuat. Rakan rakan pembangkang seperti PAS diterajang keluar begitu sahaja sesudah DAP mendapat kuasa.

Sama juga agihan kerusi di peringkat pusat, DAP tanding 37 kerusi, semuanya di tempat DAP. Tidak satu pun kerusi selamat DAP diberikan kepada PAN, PKR atau PPBM. Semasa umum di Konvensyen Pakatan, DAP hanya umum kerusi kerusi untuk Semenanjung Malaysia sahaja, belum termasuk Sabah dan Sarawak.

Jika dikira balik satu persatu, baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak akan dikuasai DAP. Oleh itu secara keseluruhannya, agihan kerusi pembangkang adalah seperti berikut :

1) DAP (gabungan DAP & PAN) - 71 kerusi
2) PKR - 70 kerusi
3) PPBM - 52 kerusi
4) PAN - 27 kerusi
4) Warisan - 2 kerusi

Jumlahnya adalah  222 kerusi. Siapa akan menang banyak kalau rakyat Malaysia mengundi pembangkang? Sudah tentu DAP akan menang banyak. Kalau pembangkang rampas Putrajaya, DAP yang akan jadi paling berkuasa.

Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, Superman DAP cakap. "Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi” kata Hew. DAP hanya mahu “screw” Melayu sahaja. Jika tumbang Barisan Nasional, DAP yang akan kuasai pembangkang.

Sebagai orang Melayu yang sedar dan tahu apa agenda DAP ini, jangan sekali kali kita benarkan impian “Malaysian Malaysia’ ini tercapai. Jangan benarkan Barisan Nasional tumbang, ayuh bersama sama jadikan BN parti yang menang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB761, Khamis
1 Februari 2018