Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

11 Mac 2018

Selangor Kini Juara Masalah Bekalan Air Di Malaysia

Selangor dulu terkenal kerana sering menjadi juara Piala Malaysia, namun kini Selangor sejak dibawah pemerintahan kerajaan PKR-DAP telah menjadi juara masalah bekalan air di Malaysia.

Sejak 2012 hingga 2018, Selangor menjadi juara, sudah 5 tahun berturut turut negeri Selangor jadi juara. Selain itu Selangor juga menjadi Juara Denggi, Juara Sampah, Juara Jalan Berlubang dan Juara Sungai Tercemar di Malaysia.

5 kejuaraan yang Selangor juarai ini, tropinya dijulang oleh Azmin Ali. Mungkin sebab itulah Azmin tidak benarkan pasukan Red Giants main lagi di Stadium Shah Alam kerana Azmin sudah berbangga dengan lima tropi kejuaraan ini.

Selangor dinobatkan "juara masalah air" berdasarkan laporan ‘Malaysia Water Industry Guide’ oleh Persatuan Air Malaysia (Malaysian Water Association), pada tahun 2015 hingga 2016.

Kejuaraan Selangor sebagai pemenang piala masalah air di Malaysia adalah berdasarkan kategori ini iaitu jumlah kes terbanyak aduan kes bocor, jumlah kes terbanyak aduan kualiti air, jumlah aduan terbanyak kes tekanan air rendah dan jumlah kes terbanyak aduan masalah gangguan air.

Bagi jumlah aduan paip bocor, Selangor mencatatkan kes sebanyak 123,673 pada tahun 2015 dan meningkat ke 123,930 pada tahun 2016 berbanding 13 negeri lain di Malaysia yang mencatat jumlah kes kurang dari 100,000.

Selain itu, bagi kes aduan kualiti air, Selangor mencatat kes sebanyak 2,962 pada tahun 2015 dan sebanyak 2,894 kes pada 2016. Manakala bagi aduan tekanan air, jumlah kes meningkat daripada tahun 2015 iaitu sebanyak 32,199 kes ke tahun 2016 iaitu sebanyak 33,126 kes.

Selangor juara masalah gangguan air iaitu sebanyak 235,650 kes aduan pada tahun 2015 meningkat naik sehingga 259,537 kes pada tahun 2016.

Lihat grafik di pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1796741933679609&id=697192853634528

Terbaru, krisis bekalan air berlaku lagi bermula hari Selasa lepas dan dijangka berlanjutan sehingga hari ini. Namun hingga kini belum ada tanda pemulihan. Rakyat Selangor terus sakit pinggang angkut air, Azmin tidak ambil peduli apa yang rakyat alami.

Mulanya kerajaan Selangor menjanjikan tempoh tiada air hanya sekitar 3 hari, tetapi kemudian dilanjutkan pula sehingga ke 6 hari, dan dijangka berlanjutan lagi ke 10 hari.

Yang menanggung seksanya adalah rakyat. Apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati, mereka jual pula cerita minta simpati, dengan melaporkan lima orang petugas yang terbabit dalam kerja pembaikan Loji Rawatan Air SSP3 di Bukit Badong, Ijok cedera parah.

Mereka minta orang ramai faham yang kerja pembaikan telahpun siap tetapi disebabkan kecelakaan yang tak disangka, mereka terpaksa memanjangkan lagi tempoh ketiadaan air.

Apakah tiada pekerja lain untuk baiki?Pandai buat cerita simpati. Jelas kerajaan pembangkang ini hanya mahu melepaskan diri sahaja.

Azmin pula tagih simpati dengan balut tengkuk. Masalah ini sudah dijangka, jadi mengapa tiada pelan kontingensi untuk situasi seperti ini? Bukankah ini tanggungjawab kerajaan Selangor?

Paling mengharukan ialah kes di mana seorang ibu yang sedang hamil keguguran saat mengangkat air yang dibekalkan oleh kerajaan . Holifah Siman keguguran kembar yang dikandungnya setelah mengangkat baldi berisi air ke tingkat 3 rumahnya.

Ada juga kes penghuni flat di Pandan Indah, Rahma Cahayawati, yang kecewa apabila menunggu sehingga jam tiga pagi menunggu air yang dijanjikan untuk penduduk di situ, namun hanya satu lori sahaja yang tiba mengakibatkan bekalan tak cukup untuk keseluruhan penduduk flat itu.

“Semalam saya telefon lagi saya nak tanya kawasan rumah saya tiada lori air ke? Dia (jurucakap SYABAS) boleh kata ‘tak pasti’, dan setahu saya hanya beberapa kawasan je yang ada lori air seperti di Pandan Jaya. Tak kan kami nak bawa baldi pergi ambil air kat sana? Buat aduan pun tiada maklum balas...,” katanya dengan nada kesal.

Kegagalan menguruskan krisis air ini juga menyebabkan peningkatan kos perbelanjaan rakyat Selangor kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli air bersih bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami sekeluarga juga tak boleh masak dan terpaksa makan di luar, dan ini menyebabkan kami banyak keluarkan duit termasuklah beli air mineral bagi bekalan air bersih untuk minum,” kata surirumah, Faridah Mat Rashid.

Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merumuskan bahawa ada 5 punca utama masalah air di Selangor iaitu :

1) Sumber air tidak mencukupi
2) Tiada rizab air
3) Kelewatan pembinaan loji Langat 2
4) Kes paip pecah yang banyak
5) Kelewatan kerajaan Azmin Ali ambil alih SPLASH

Rakyat harus bertindak, jangan biar kerajaan Azmin Ali yang ego dan bongkak ini terus memerintah Selangor. Mereka tidak peduli pun masalah air yang dihadapi rakyat ini.

Setiap rakyat Selangor harus ajar mereka atas kertas undi. Tumbangkan kerajaan PKR-DAP di Selangor. Hanya ini sahaja jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah krisis air ini.

Buat apa hendak bangga jadi juara masalah air. Buat apa hendak bangga bagi air percuma kalau air pun tidak ada. Jangan biar ada lagi anak dalam kandungan meninggal kerana masalah air di Selangor.

Tulisan :
Beruang Biru
BB814, Ahad
11 Mac 2018

8 Mac 2018

Kerajaan BN Yang Peduli Rakyat, Kerajaan DAP-PKR Hanya Membuli Rakyat Sahaja Di Selangor

Sejak minggu lepas lagi, Sejumlah kira-kira RM6.8 bilion peruntukan BR1M diagihkan kepada kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara. Semua rakyat boleh merasa duit BR1M termasuklah kira kira sejuta orang penerima BR1M di Selangor.

Melalui kerajaan BN pusat, bolehlah juga orang Selangor dapat merasa duit BR1M. Ini bukti jelas kerajaan BN mempedulikan nasib rakyat. Bukan seperti kerajaan pimpinan PKR dan DAP, di Selangor dan Pulau Pinang yang asyik membuli rakyat dengan pelbagai masalah dan isu.

Lebih baik orang Selangor beri balik kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah Selangor, banyak sangat isu isu yang tidak selesai di Selangor. Enam daerah di Selangor alami masalah air, sudah beberapa hari ianya berlaku namun Azmin Ali terus diam tanpa ada sebarang pelan kontigensi.

Rakyat tidak mandi ada Azmin peduli? Tidak. Anak kecil menangis sebab tiada air hendak buat susu ada Azmin peduli? Tidak. Azmin Ali hanya balut tengkuk sahaja, minta simpati. Mana dia peduli nasib rakyat Selangor yang bersusah payah sakit pinggang di bawah mengangkut air.

Dalam manifesto dan slogan di papan tanda bukan main lagi sebut mengenai “peduli rakyat”, namun secara realitinya kerajaan Selangor yang diperintah oleh PKR tidak mengamalkan pun konsep peduli rakyat itu. Apa yang dibuat adalah mereka membuli rakyat.

Harga rumah tinggi, projek rumah rakyat dibatalkan. Rumah tok siak dalam masjid pula dirobohkan. Cukai naik sampai 400% di Selangor, Azmin membuli rakyat dengan beban cukai pintu yang tinggi. Caj parking di kawasan kedai dan kediaman juga dikenakan.

Azmin Ali buli rakyat di Kajang, Bangi dan Cyberjaya, “parking” sekejap sahaja untuk beli susu anak di Speedmart pun kena saman dengan penguatkuasa. Ini tindakan yang amat tidak bertimbangrasa dan membebankan rakyat.

Sudah kena 20 sen duit plastik masa beli susu anak, kena lagi saman RM10 sebab “parking”. Terdesak sangat hendak rizab negeri banyak sampai kena kutip 20 sen duit plastik dan saman dari poket rakyat.

Jalan yang teruk dan berlubang tidak baiki, habis itu duit MARRIS yang masuk beratus juta itu digunakan untuk tujuan apa? Boleh lihat sendiri bagaimana teruknya kualiti jalan di Dengkil, Bangi, Shah Alam, Puchong, Seri Kembangan dan seluruh Selangor. Lubang di merata tempat, asyik terjun dalam lopak sahaja tayar motorsikal rakyat Selangor.

Sampah tidak dikutip, terbiar sampai longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk denggi. Sungai juga makin kotor sehingga membawa kepada peningkatan penyakit denggi.

Kes denggi di Selangor pada 2018 adalah yang tertinggi di Malaysia, dalam bulan Februari lepas sahaja sudah ada 1,353 kes demam denggi. Rakyat kena buli dengan Azmin Ali, yang hidup senang lenang menghisap darah rakyat adalah nyamuk denggi.

Paling utama adalah masalah krisis air di Selangor. Punca utamanya adalah kerana Azmin Ali melengah lengahkan pembinaan loji baru dan pengambilalihan SPLASH. Duit dari kerajaan BN pusat sudah ambil sampai RM22.3 billion, tetapi masalah air tidak selesai selesai juga. Mana pergi duit itu?

“Inilah masalahnya, kualiti semakin teruk, tekanan rendah, bil kelam-kabut, perkhidmatan tak baik, saya dah dapat laporan tentang kisah pentadbiran air di negeri Selangor ini. Apa cara untuk selesaikan (masalah ini), tukar dan tawan semula kerajaan Selangor, saya janji masalah air selesai” kata Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia semalam di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam, Selangor,
 
Memang benar, lebih baik rakyat Selangor beri balik kerajaan Selangor kepada Barisan Nasional yang lebih peduli nasib rakyat bukan seperti kerajaan PKR-DAP yang asyik membuli rakyat dengan pelbagai masalah dan isu.

Teruk sangat sudah rakyat Selangor kena buli, sampai kena mandi air hujan bila air tiada. Serik seriklah, jangan buat silap lagi bila mengundi nanti. Dulu berbaris untuk mengundi, kini berbaris untuk ambil air dari lori.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB809, Khamis
7 Mac 2018

Tujuh Hujah Ini Bukti Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB

1MDB sengaja dijadikan isu semata mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja. Tuduhan awal Mahathir dulu kata ada duit hilang sampai RM42 billion di 1MDB pun sudah Mahathir tidak ulang dan sebut lagi.

Ini bukti jelas, tuduhan hilang RM42 billion itu hanyalah cerita bohong semata mata. Samalah juga dengan cerita cerita berkaitan Jho Low ini. Banyak yang sudah dijawab, tetapi diulang ulang semula oleh pembangkang menjelang pilihanraya ini.

Berdasarkan tujuh hujah ini, Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB.

1. Laporan PAC sahkan tiada wang 1MDB yang hilang

Ini satu tuduhan yang digunakan berulang-ulang kali terutamanya dari Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad, bahawa ada RM42 bilion dana dari dari 1MDB hilang tanpa dikesan. Ianya tidak benar, kerana Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan laporan Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati tidak ada dana 1MDB yang hilang.

Laporan PAC yang dianggotai oleh wakil rakyat BN dan pembangkang memperlihatkan semua anggotanya berpuas hati bahawa tidak ada wang yang hilang dari 1MDB termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (DAP). Selepas selesai prosiding PAC, Tony Pua cuba mengeruhkan keadaan dengan membuat pelbagai tuduhan ke atas 1MDB secara terbuka bukan ketika dalam prosiding PAC.

Jadi bila tiada duit 1MDB yang hilang, bermakna tuduhan Jho Low guna duit 1MDB untuk beli kapal terbang, lukisan kapal layar adalah bohong semuanya.

2. Kapal terbang, kapal layar dan lukisan tidak dibeli dengan duit 1MDB

Kalau lupa, perlu diingatkan kapal dan aset lain seperti lukisan yang didakwa dibeli oleh Jho Low tidak dibeli dengan duit dari 1MDB. Kalau pembelian itu berlaku, ia adalah antara ahli perniagaan itu dengan Aabar dan IPIC bukan dengan 1MDB.

Aset itu dibeli selepas 1MDB membayar Aabar dengan sejumlah wang kepada Pengerusi Aabar Abu Dhabi, Khadeem Al-Qubasi dan CEO Aabar Mohd Husseiny. Tuduhan bahawa aset itu dibeli dengan duit 1MDB hanya dibuat oleh portal Sarawak Report dan agensi berita asing Wall Street Journal tanpa sebarang bukti yang kukuh.

3. Isu IPIC dan Aabar pun belum lagi dalam prosiding pendakwaan

Difahamkan wang yang dibayar kepada Aabar masuk terus ke akaun Pengerusinya Khadeem Al-Qubasi dan CEOnya itu, kedua-dua mereka merupakan Pengarah tunggal Aabar. Sehingga hari ini, tidak ada siapa pun telah memfailkan saman jenayah terhadap kedua-dua orang ini, sama ada di Abu Dhabi atau mana-mana sahaja.

Di UAE pun belum ada pendakwaan kepada mereka ini, jadi duit siapa yang kena curi? Ianya hanya cerita rekaan Sarawak Report semata mata berdasarkan dokumen Xavier Justo yang kemudian diubah suai menjadi cerita bohong.

4. Jawapan di Parlimen, Jho Low tidak pernah bekerja dengan 1MDB

Datuk Seri Najib dalam satu jawapan bertulis di Parlimen sudah menjawab dan menjelaskan bahawa Jho Low tidak pernah bekerja dengan syarikat pelaburan strategik negara itu dan tidak terlibat langsung dalam membuat keputusan syarikat.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Datuk Seri Najib di dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada 16 Mac 2015.

5. Arul Kanda maklumkan Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB

“Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah Kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada TIA,” katanya.

Selepas itu, CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata Jho Low telah meletakkan jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

"Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat,” kata Arul Kanda pada 26 Mac 2016.
 
6. Jawapan Husni Hanadzlah bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga sudah jawab berkaitan Jho Low dalam temubual di RTM TV1 pada Jun 2015. Beliau berkata ahli perniagaan itu tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB.
 
“Jadi tidak timbul soal dana hilang dan dibayar kepada Jho Low’ tegas Ahmad Husni. Kena jelas, nama Jho Low tidak terlibat dalam mana-mana aliran berita. Nama individu hanya jadi sebutan Sarawak Report, tanpa bukti dan fakta yang ada asas yang kukuh.

7. Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

Hujah ketujuh yang paling kukuh dan kuat ialah siasatan polis yang tidak berpihak kepada mana-mana mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Jho Low dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat 1MDB. Menurut Mohamad Fuzi, polis sudah siasat 1MDB berdasarkan dapatan dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.
 
"Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.

"Walau bagaimana pun, sekiranya polis memperoleh sebarang bukti baharu terhadap Taek Jho, tindakan yang sewajarnya menurut undang-undang akan diambil," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata tindakan DOJ AS merampas kapal Equanimity di Bali, Indonesia yang didakwa dimiliki oleh Jho Low adalah satu tindakan perlucutan hak sivil di Mahkamah AS terhadap Jho Low dan bukan terhadap 1MDB. Cerita duit RM1 billion kononnya ditemui dalam kapal di Bali pun terbukti adalah cerita fitnah sahaja.

Tujuh hujah ini jelas menyatakan bahawa Jho Low tiada kaitan langsung dengan 1MDB. Diulangi lagi, Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

Tulisan :
Beruang Biru
BB810, Khamis
7 Mac 2018

3 Mac 2018

'Dok seke, hari ni PM belanja saya!'


“Dok seke (tak sangka) hari ni PM (perdana menteri) belanja saya!”

Itu reaksi seorang pembeli yang terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghulurkan seekor ayam kepadanya ketika membeli di tapak Jualan Sentuhan Rakyat sempena Ekspo Negaraku 2018 di Kuala Nerus.

Mohd Yasin Abdullah, 57 dari Jabi, Besut bersama isteri dan dua anaknya berkata beliau yang mengunjungi ekspo itu untuk kali kedua mengambil kesempatan membeli barang basah yang ditawarkan dengan harga lebih murah.

"Saya tengok ada jualan rakyat, saya mari la nak beli sayur dan ikan, bila lalu tempat orang jual ayam, PM panggil dan hulur saya ayam.

"Saya sangat teruja dan gembira sebab sebelum ni saya hanya pernah tengok PM dari jauh je di program lain dan dalam televisyen. Tapi hari ni dapat jumpa dekat dan beliau siap belanja saya! Terima kasih PM, memang satu kenangan untuk saya," katanya ketika ditemui Bernama sewaktu tinjauan pemimpin nombor satu negara ke tapak jualan tersebut.

Mohd Yasin yang juga bekas pesara kerajaan berkata kehadiran pemimpin itu menunjukkan keprihatinan beliau terhadap keperluan rakyat di akar umbi.

"Memang baguslah program macam ni dan PM pun datang tengok rakyat. Kalau boleh biarlah kerajaan buat setiap minggu program jualan rakyat macam ni... kami sebagai rakyat memang suka," katanya.

Perdana menteri tiba yang di tapak ekspo di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak kira-kira 10.30 pagi ini diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau meluangkan masa sekitar 20 minit bersama pembeli dan turut meninjau harga barangan yang dijual.

Jualan selama dua hari bermula semalam merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sempena jualan itu, sebanyak tujuh ekor lembu disembelih dan dijual dengan harga RM25 sekilo berbanding harga pasaran biasa, RM30.

Selain daging segar, jualan yang menawarkan potongan harga bermula lima hingga 20 peratus itu turut menawarkan harga rendah bagi barangan termasuk gula, minyak masak, telur, beras, sayur, ikan dan milo.

Sumber : Bernama
Gambar : KESAN
#KamiGengNajibRazak

Abang Johari Umum Hak Sarawak Yang Akan Dikembalikan Selasa Ini

SIBU, 4 Mac - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan hak-hak Sarawak yang bakal diserahkan kembali oleh kerajaan persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA 1963) dan Perlembagaan Persekutuan pada Selasa ini di Kuching.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan persetujuan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis atau terambil di bawah MA 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya akan umumkan hak-hak yang akan kita dapat balik dan menjadi hak-hak Sarawak. Saya tidak mahu umumkan di sini sekarang. Kalau nak dengar boleh datang ke Kuching.

"Saya berani melakukan semua ini kerana hanya kita boleh menentukan masa depan kita sendiri dan banyak pembangunan strategik akan dilakukan," katanya semasa berucap pada Malam Perpaduan bersempena sambutan Chap Goh Meh, di sini malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata Sarawak perlu ada satu polisi baharu bagi melindungi kepentingan semua rakyat dan ini menuntut kerjasama erat parti-parti politiknya seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) termasuk Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi menyalurkan suara rakyat.

BERNAMA

2 Mac 2018

Lukisan, Kapal Terbang Dirampas Sebelum Ini Pun Belum Didakwa Di Mahkamah

Kalau aset aset yang dirampas sebelum ini pun belum dibicarakan di mahkamah, maka apa yang dibuat itu hanyalah berdasarkan tuduhan Jabatan Kehakiman (DOJ) semata mata, berdasarkan sumber portal palsu, Sarawak Report.

Sejak 20 Julai 2016, sampailah ke hari, Mac 2018, apa yang DOJ tuduh hanyalah tuduhan semata mata. Belum ada sesiapa yang dipanggil untuk disiasat dan belum lagi ada pendakwaan di mahkamah.

Malah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trumph sendiri tidak percaya dengan DOJ. Perkata itu disebut Trumph dalam pertemuan dengan Vladimir Putin, Presiden Russia pada 8 Julai 2017. Baca pautan ini.

 https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1786308604722942

Sebelum kapal pelayaran mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho dirampas dua hari lepas oleh pihak berkuasa Indonesia, ada dua aset Jho Low turut dirampas pihak berkuasa negara lain dengan dakwaan sama iaitu kononnya dibeli dengan wang haram dari 1MDB. Sehingga kini, masih tidak ada prosiding pendakwaan terhadap dua aset dirampas itu.

Kira-kira setahun lepas, pada Februari tahun lepas, sebuah jet peribadi yang berharga RM133 juta dirampas pihak berkuasa Singapura semata mata kerana mengesyaki jet itu dibeli dengan duit 1MDB.

Jet itu jenis Bombardier Global 500 ditahan di Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Menurut saman sivil oleh DOJ Amerika Syarikat (AS), pesawat itu kononnya dibeli dengan duit 1MDB. Tuduhan yang jelas sekali tidak benar.

Pada 22 Julai 2016, tiga lukisan pula dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland yang turut dikaitkan dengan dakwaan sama. Kesemua rampasan ini ada kaitan dengan saman sivil di AS tapi semuanya hanya sampai ke peringkat itu sahaja, tanpa sebarang tangkapan atau sebarang pendakwaan.

Lukisan iatu ialah lakaran oleh Vincent Van Gogh, La Maison de Vincent dan Arles dan Claude Monet Nympheas avec Reflets de Haute Herbe dan Sainte-Georges Majeur. Pada setiap rampasan ini, pihak DOJ diam membisu tanpa sebarang kenyataan memaklumkan apa tindakan mereka seterusnya.

DOJ memfailkan saman berkenaan kali pertama pada Julai 2016 untuk merampas aset yang bernilai RM4.4 bilion yang dikatakan dibeli dengan wang 1MDB tetapi sampai ke hari ini, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

Kedua dua aset itu, lukisan dan kapal terbang dibeli bukan dengan duit dari 1MDB. Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa tiada duit yang hilang dari 1MDB. Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara, PAC sudah mengesahkan bahawa tiada duit 1MDB yang hilang atau dicuri.

Permintaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada pihak AS untuk memaklumkan maklumat rasmi serta bukti yang ada untuk memulakan siasatan bersama juga tidak menerima sebarang maklumbalas daripada pihak DOJ.

Bila pihak DOJ gagal memaklumkan maklumat ini secara rasmi, ini bukti bahawa apa yang DOJ lakukan adalah berdasarkan fitnah dan cerita rekaan semata mata yang dibuat oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal.

Sepatutnya, jika dua aset berkenaan sudah dirampas kira-kira setahun lepas, Jho Low sudah pasti ditahan oleh pihak berkuasa AS iaitu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan prosiding perbicaraan mahkamah sudah pun berjalan dua tahun yang lepas lagi.

Lukisan, kapal terbang dan kapal layar Equanimity di Bali itu bukan milik Malaysia atau milik 1MDB. Bukan dibeli dengan duit 1MDB atau rakyat Malaysia. Bulan puasa tahun lepas, terdengar cerita kononnya DOJ hendak rampas berlian dari Malaysiakini.

Cerita palsu sahaja dari Malaysiakini di bulan puasa tahun lepas. Berlian tiada pun dalam senarai barang DOJ tersebut :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1786323174721485

Harus diingat rampasan kapal di Indonesia ini adalah ulangan cerita sama buat kali ketiga oleh DOJ. Pertama pada 20 Julai 2016, kali kedua dalam bulan puasa tahun lepas. Namun sehingga kini, mana dia pendakwaan di mahkamah terhadap semua tuduhan itu?

Tiada asas, tiada bukti dibawakan, tiada saksi dipanggil dan belum pun dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan yang adil dan telus. Apa yang dibuat hanyalah sebahagian mainan persepsi hasil cerita rekaan Sarawak Report dan Wall Street Journal.

Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan berita propagada pembangkang seperti ini. Selepas ini, mereka akan cakap cincin berlian pula hendak dirampas, padahal sudah dibuktikan cerita itu palsu sebelum ini.

Apa boleh buat, hendak pilihanraya, pembangkang sudah terdesak. Kena minta campur tangan asing untuk gugat pilihanraya di Malaysia. Mungkin inilah sebabnya Mahathir hendak ke Amerika pada 20 Februari lepas. Merancang sesuatu untuk gulingkan kerajaan berdasarkan tulisan cerita palsu Claire Brown di Sarawak Report.

Jangan biarkan agenda jahat pembangkang ini terjadi hanya dengan mainan persepsi dan cerita cerita “recycle” yang diputar berkali kali.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB802, Jumaat
2 Mac 2018

Warisan Akan Taat & Setia Kepada Mahathir

Parti yang baru ditubuhkan oleh Shafie Apdal di Sabah iaitu parti Parti Warisan Sabah, Warisan sebenarnya adalah sebahagian daripada proksi Mahathir di Sabah.

Parti berlogo kapal itu diluluskan penubuhannya pada Oktober tahun lepas. Shafie Apdal cuba bermuka muka dengan rakyat Sabah dengan menyatakan bahawa parti Warisan adalah untuk orang Sabah sahaja dan tidak ada hubungan dengan parti pembangkang di Semenanjung.

Bersungguh sungguh Shafie Apdal cuba menafikan hubungan partinya itu dengan parti pembangkang yang diketuai Mahathir di Semenanjung. Pada 16 November 2016, Shafie Apdal berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung.

17 Disember 2017, Shafie ulang lagi dalam New Straits Times bahawa partinya tidak akan bergabung dengan Mahathir dan pembangkang di Semenanjung. Namun tindak tanduk Shafie Apdal itu ternyata berlainan.

Shafie sendiri dilihat melayan kehadiran Wan Azizah yang hadir ke Sabah seumpama bos besarnya. Ya, memang benar pun Wan Azizah adalah ketua kepada parti Shafie. Ketua yang lebih besar adalah Mahathir.

8 Januari 2017, ketika Wan Azizah melancarkan Pakatan Harapan di Sabah, wakil parti Warisan hadir sama. Wan Azizah dari PKR, DAP dan Warisan berpakat sama di Sabah membentuk satu pakatan pembangkang.

Mahathir sendiri dalam satu sidang akhbar pada 29 Januari 2018 di Petaling Jaya, mengesahkan akan menubuhkan pakatan bersama parti Shafie. “If we were to take on Warisan, they would have losses and so would we. So, a form of cooperation might be formed between Warisan and Pakatan Harapan,” kata Mahathir.

Kenyataan Wan Azizah dan Mahathir ini membuktikan bahawa parti yang Shafie buat bukanlah untuk orang Sabah. Parti Warisan adalah sebahagian daripada parti yang dibuat untuk mencapai agenda peribadi Mahathir bagi merampas Putrajaya.

Baru baru ini dalam satu majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh PKR di Kota Kinabalu, Shafie hadir sama dan duduk di sebelah Wan Azizah lagi. Berbincang lagi bab politik dan agihan kerusi di Sabah.

Ini bukti besar, Shafie selama ini berbohong kepada rakyat Sabah. Shafie usahlah lagi menyalahkan orang Sabah kononnya miskin sebab selama ini di bawah pentadbiran BN dan UMNO dalam ceramah ceramahnya.

Shafie lupakah beliau bersama UMNO selama 22 tahun dan dalam tempoh tujuh tahun terakhir itu, dialah yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan berbilion ringgit untuk memajukan Sabah melalui KKLW.

Semua orang Sabah tahu, Shafie sebenarnya tunduk dan setia hanya pada Mahathir. Siapa salam dan cium tangan Mahathir lagi setiap kali berjumpa di Kuala Lumpur. Malah Shafie dilapor lebih kerap ke Kuala Lumpur menjelang PRU14 ini untuk berjumpa Mahathir.

Buat apa jumpa Mahathir? Minta dedak dan duit untuk pilihanraya? Boleh jadi juga kerana parti Warisan adalah sebahagian daripada parti komponen parti pembangkang di Semenanjung sekarang ini.

Kalau Mahathir sudah cakap semua parti pembangkang akan guna satu logo sahaja dalam PRU14 nanti, apakah Shafie akan ketepikan logo kapal dan guna logo roket di Sabah? Shafie akan ikut sahaja apa kemahuan Mahathir.

Mahathir adalah “king maker” untuk parti Warisan di Sabah. Shafie adalah sebahagian daripada bidak catur Mahathir di Sabah untuk mencapai agendanya yang lebih besar untuk kroni dan anaknya sendiri di Putrajaya.

Orang Sabah jangan percayalah dengan parti Warisan. Kapal parti Warisan itu nakhoda sebenarnya adalah Mahathir bukannya Shafie. Hanya Mahathir yang Shafie taat, setia dan cium tangan.
 

Tulisan :
Beruang Biru
BB803, Jumaat
2 Mac 2018

20 Feb 2018

Namewee Biadab Lagi, Seks Anjing Depan Masjid Putra

TIDAK SERIK… Selepas pernah menggemparkan negara dengan klip video biadab Oh My God pada 2016, penyanyi rap kontroversi, Namewee sekali lagi tampil menghina agama Islam secara terbuka!

Melalui klip terbaharu berjudul Like A Dog, dia dengan berani melakukan aksi tarian lucah bersama sekumpulan penari memakai topeng anjing depan Masjid Putra di Putrajaya baru-baru ini yang mirip pelakuan seks haiwan itu.

Mercu tanda pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu dijadikan sebagai penyeri latar terbaharu Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 35, dalam video berbahasa Mandarin dengan durasi 3 minit 15 saat tersebut.

Artis celupar yang pernah dikatakan hina seruan azan suatu ketika dulu, kelihatan terkinja-kinja menari di lokasi berdekatan rumah ibadat suci umat Islam itu dimulakan dengan aksi dua ‘anjing’ seolah-olah sedang bersetubuh.

Video itu diakhiri dengan sekumpulan ‘anjing’ melakukan aksi seks berkumpulan sebelum melarikan diri apabila mereka seolah-olah berasa ketakutan setelah terdengar bunyi siren, konon sedang dikejar oleh pihak pasukan polis.

Dalam lagu itu, Namewee berulang kali menyanyikan rangkap lirik yang terjemahannya berbunyi, “Semoga seluruh dunia sama seperti si anjing. Begitu comel dan sentiasa sihat. Dapat tuan yang betul dan boleh hidup senang!”

Ia dimuat naik oleh Namewee pada 11 Februari lalu dan sudah disaksikan lebih 40,000 kali bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang kali ini jatuh pada giliran anjing mengikut zodiak haiwan dalam kalendar Cina.

Ada netizen menyifatkan maksud anjing dalam lirik lagu itu merujuk tokoh veteran Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad yang mendakwa dirinya sebagai Top Dog blok pembangkang tersebut yang sebenarnya diketuai DAP.

Dua tahun lepas, Namewee pernah ditahan di KLIA sebelum dibebaskan kemudian dengan jaminan polis kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia apabila secara kurang ajar menghasilkan klip Oh My God.

Muzik video pendek itu juga disifatkan sebagai penghinaan terhadap pelbagai agama, termasuk aksi dia menari dengan berjubah ala lelaki Arab dalam dewan solat sebuah masjid di Pulau Pinang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Indoktrinasi DAP Berjaya, PAN Tidak Peduli Anjing Menari Depan Masjid Putrajaya

Banyak lagi tempat boleh menari. Kenapa hendak dipilih depan masjid Putrajaya? Sengaja atau sudah dirancang begitu?

Ini bukan sekali Namewee biadap, sebelum ini pun sama bila mempertikaikan azan Subuh pada tahun 2008. Kesilapan Namewee ini tidak usah dimaaf lagi.

Peliknya, ada juga orang Islam yang tidak kisah bila ada "anjing" beraksi lucah di depan Masjid Putrajaya.

Strategi jahat DAP melakukan indoktrinasi dalam pemikiran beberapa orang pemimpin Islam nampaknya berjaya apabila pemimpin-pemimpin dalam PAN yang merupakan serpihan parti PAS telah ditanam dengan satu ajaran iaitu memperlekehkan Islam.

Jika diperhatikan ketika ini pemimpin PAN tutup mata bila Islam diperlakukan sesuka hati pihak tertentu. Dulu mereka begitu lantang bersuara tetapi kini di mana suara mereka ini?

Malah ketika dalam PAS dulu, mereka inilah yang akan bangun bersuara apabila berlaku perkara-perkara yang melibatkan Islam tetapi kini ia begitu berbeza.

Ketika suara-suara lantang menyelar pengarah filem kontroversi Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee yang menerbitkan dan memuatnaik satu klip video lagu dengan maskot anjing menari di kawasan depan Masjid Putrajaya, berbeza pula dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi PAN, Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau membela dan mempertikaikan siasatan pihak polis ke atas Namewee menerusi video biadap berjudul 'Like A Dog' itu. Hanipa mempersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun yang memaklumkan bahawa penyanyi itu disiasat dan mendakwa Namewee tidak melakukan apa-apa jenayah pun.

"Jenayah apa pulak si Namewee ini telah lakukan?" kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ternyata Hanipa telah melukakan hati umat Islam kerana mempertahankan Namewee yang pada dasarnya seperti tidak insaf dengan mengeluarkan video-video seumpama ini.

Ini bukan kali pertama Namewee berbuat demikian. Pada 2010, Namewee telah dikecam ramai klip video  'Negarakuku' didakwa menyemarakkan isu perkauman seperti memperlekehkan isu azan di masjid.

Entah kenapa Hanipa meminta supaya Namewee itu tidak diganggu dan disekat bakatnya. Adakah ini dipanggil bakat?

Hanipa jika ikut sejarah, ketika beliau masih AJK PAS Pusat, beliau pernah mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara terbuka pada 2015 sehingga dikecam pemimpin lain dalam parti. Hanipa menyatakan ahli PAS yang menyokong Abdul Hadi untuk terus kekal sebagai Presiden adalah mereka yang merosakkan parti itu.

Disebabkan keadaan ini beliau telah ditegur oleh Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff kerana Hanipa membela fahaman ateisme.

Dengan menyatakan bahawa ia merupakan kebebasan bersuara maka ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal kerana perbuatan Namewee itu seolah-olah mencabar umat Islam.

Selama ini pun ramai yang melihat PAN sebagai anak didik DAP. Jadi apabila Hanipa membela Namewee, memanglah orang ramai marah kerana ia seolah-olah tidak sensitif apabila Islam dihina, iaitu ketika Namewee menari terkinja-kinja sampai membawa maskot anjing di depan masjid.

Ingatkan boleh harapkan Hanipa untuk menegur Namewee tetapi harapan itu meleset bila beliau pula boleh bela Namewee. Sebab itu bila orang kata PAN anak didik DAP, jangan marah. Kalau tak berani bersuara untuk menegur, lebih baik duduk diam sahaja.

Sementara itu, polis kini dengan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang siasat Namewee di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan dengan niat mencetuskan kemarahan perasaan agama orang lain) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas salah guna kemudahan atas talian.

PAN terbukti hanya jadi "screw DAP sahaja. Di Pulau Pinang, Dr Afif discrew oleh DAP untuk luluskan kandang babi. Hari ini sungai di Tasek Gelogur sudah jadi "sungai najis babi".

Di peringkat nasional, DAP pergunakan PAN. Mengenaj RUU355 ditentang habis habisan. Pasal kandang babi dan namewee, PAN sudah jadi tidak peduli.

Racun liberal dan pluralisme DAP sudah masuk dalam kepala PAN. Berjaya sudah indoktrinisasi DAP terhadap PAN..

Tulisan:
Beruang Biru
BB786, Selasa
20 Februari 2018

DAP Akan Laksana GST Ikut Singapura Jika Perintah Putrajaya

DAP adalah adik pada PAP di Singapura. Oleh kerana itu, bila DAP tawan sahaja Pulau Pinang pada 2008, Kuan Yew dijemput datang ke Komtar.

Tidak mustahil, DAP akan meniru sebiji sebiji dasar PAP di Singapura kalau mereka berjaya tawan Putrajaya. Mahathir hanya boneka sementara sahaja, DAP sebenarnya yang berkuasa.

Boleh percayakah janji pembangkang mansuhkan GST? Tol Sungai Nyiur yang lima kupang pun tidak mansuh. Belum ada dalam rekod mana mana negara mansuh GST lagi.

Pembangkang tidak akan mansuh, mereka akan tiru cara Singapura laksana GST. Bila mula diperkenalkan pada tahun 1994, kadarnya adalah 3%.

Kemudian selepas 9 tahun, pada tahun 2003, kadar GST Singapura naik lagi jadi 4%. Setahun selepas itu, naik lagi jadi 5%.

Tahun 2007, sekali lagi naik jadi 7%, dan selepas 11 tahun, kadar GST Singapura naik lagi semalam jadi 9%.

Singapura bercadang untuk menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 9 peratus menjelang 2021 ke 2025. Walaupun ia berlaku di negara jiran dan bukannya di Malaysia namun ada kaitannya.

Ini kerana selama ini pembangkang suka menjadikan Singapura sebagai negara contoh malah Bajet alternatif yang dirangka oleh Pakatan Harapan sebelum ini banyak menjadikan negara tersebut sebagai rujukan.

Malah mereka menjadikan Temasek Holdings sebagai `role model'. Bukan itu sahaja, mereka juga menjadikan isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong iaitu Ho Ching sebagai idola dengan membandingkan beliau dengan Datin Seri Rosmah Mansor sedangkan Rosmah merupakan penaung program Permata yang telah memberikan manfaat demi kepentingan dan kebajikan pendidikan kanak-kanak di negara ini.

Dan keluarga Hsein Loong sendiri berdepan dengan kontroversi pada tahun lepas, melibatkan pergaduhan adik-beradiknya hingga menjadi liputan media.

Kontroversi itu hingga ke tahap Ho Ching memuatnaik foto biadap menerusi laman Facebook miliknya sendiri iaitu gambar seekor monyet yang sedang mengacu jari ala samseng.

Namun disebalik masalah dan kontroversi yang dialami oleh Hsien Loong dan keluarganya itu, mereka tetap mendapat pujian daripada pembangkang.

Sebab itulah tidak mustahil jika dikatakan DAP bakal mengikut jejak Singapura melaksanakan GST sebanyak 9 peratus kelak.

Walaupun sekarang PH kononnya mahu menjadikan sifar GST tetapi, harus diingat mereka masih belum memberikan contoh cukai lain bagi menggantikan GST.

Kena ingat Tun Daim, Anwar dan Azmin juga pernah akui GST sebagai sistem percukaian yang efesien. Mereka tidak akan mansuh. Baca kenyataan mereka di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1775358892484580&id=697192853634528

Jadi jangan terkejut jika mereka merampas Putrajaya, banyak yang akan mereka tiru dan ikut Singapura. Almaklum lah selama ini negara itu menjadi paksi kepada DAP dan sering dibandingkan dengan pemerintahan di negara ini.

Bukan itu sahaja, portal Malaysia Today pernah melaporkan bahawa Tony Pua merupakan taikun perniagaan yang berjaya dan mempunyai bisnes berbilion dolar di Singapura.

Jika Singapura mahu menaikkan GST kepada 9 peratus dan kemungkinan rancangan itu dilaksanakan lebih awal, maka bersyukurlah bahawa Malaysia masih mengekalkan kadar GST sebanyak 6 peratus walaupun ada fitnah yang menyatakan kadar itu akan dinaikkan lagi.

Fitnah kenaikan GST itu sudah lama didengari justeru tidak terkejut pun ia akan diulangi semula, apatah lagi pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

Namun yang penting jangan pilih DAP dan gabungan parti dalam PH kerana nanti cukai GST akan dikenakan 9 peratus pula. Tolaklah mereka ini awal-awal.

Pakatan pembangkang ini tidak boleh dipercayai, mereka penuh dengan tipu daya dan pembohongan.

Tulisan:
Beruang Biru
BB787, Selasa
20 Februari 2018