Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

14 Ogo 2021

Muhyiddin dijangka letak jawatan Isnin?

KUALA LUMPUR: Kedudukan Perdana Menteri terus menjadi perhatian ramai apabila media melaporkan beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Isnin ini. 

Ia susulan khabar angin yang menjelaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghampiri garisan penamat dan bakal melepaskan jawatan. 

Menerusi perkembangan yang sama, sumber pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu Utusan Malaysia bahawa Muhyiddin dijangka akan melepaskan jawatan selewat-lewatnya esok.

“Saya menjangkakan perkara ini akan menjadi lebih awal, selewat-lewatnya esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan UMNO semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini.

Malah pegawai pimpinan kanan kerajaan turut memaklumkan, tiada mana-mana parti yang tampil memberi sokongan terhadap apa yang ditawarkan Perdana Menteri. 

“Tidak ada pun yang datang pada kita setakat ini. Memang tidak ada,” ujarnya. 

Menjelaskan kedudukan DAP yang dilihat memberi majoriti tipis kepada Muhyiddin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan seorang daripadanya yang dilihat cenderung kepada Perdana Menteri telah kembali kepada Pakatan Harapan (PH). 

“Ong Kian Ming dah patah balik, malam tadi dia dah jelaskan pada kita. Tinggal Tony Pua sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi. 

Terdahulu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara telah menimbulkan persoalan mengenai usaha sia-sia menjatuhkan Muhyiddin yang berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO. – UTUSAN

13 Ogo 2021

Game over... ALL opposition parties have rejected Midin's offer.

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
13 Ogos 2021

PAKATAN HARAPAN TOLAK TAWARAN MAHIADDIN, BELIAU MESTI LETAK JAWATAN

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa perutusan khas Tan Sri Mahiaddin Md Yassin hari ini adalah pengakuan terbuka bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, di mana beliau hendaklah meletakkan jawatan.

Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.

Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Lebih dari itu, apabila Tan Sri Mahiaddin berkata “tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat,” beliau dengan jelas telah membelakangi fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.
  
Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19. Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian.

Anwar Ibrahim 
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu 
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng 
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Apakah Mahiaddin Ada Kuasa Untuk Mewujudkan ‘Unity Government’ Bagi Menyelamatkan Kedudukan Beliau?

Mahiaddin masih lagi cuba mempertahankan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri, walau pun sudah menyedari, malah mengakui secara ‘live’ ke seluruh dunia bahawa beliau sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri kerana telah kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

Dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung, Mahiaddin secara berterus terang menyatakan hasrat beliau untuk membentuk satu kerajaan campuran atau ‘uniti government’ dan sudah pasti beliau sendiri akan menerajuinya.

Persolannya:

Apakah dari sudut perlembagaan, beliau mempunyai kuasa untuk menubuhkan ‘unity government’?
Sila baca ulasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pengerang, merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga merupakan seorang peguam:

1. Khabar angin bertiup kencang bahawa PM8 menunda Undi Kepercayaan di Parlimen mungkin untuk memperoleh sokongan dari blok Pembangkang (PH) melalui Confidence and Supply Agreement (CSA) dengan niat untuk membentuk Kerajaan Minoriti, bagi menggantikan Kerajaan Campuran PN + BN. Saya percaya bahawa ini adalah khabar angin yang tidak berasas yang bertujuan untuk menimbulkan perselisihan di antara parti- parti politik.

2. Bolehkah PM8 meminta kebenaran Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membentuk Kerajaan Minoriti? Jawapan ringkasnya adalah TIDAK. Tidak untuk sekarang, bukan sebelum PM8 mengundurkan diri, dan bukan sebelum kemungkinan blok lain atau blok baru yang mempunyai majoriti, iaitu cubaan mewujudkan Kerajaan Campuran 2.0 . JIKA ada blok majoriti yang baru, ianya harus diizinkan untuk seorang Anggota Parlimen (MP) yang mempunyai majoriti di bawah Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, memetik “seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”. Dengan kata lain, representasi seperti itu mesti datang dari bawah, iaitu dari Ahli Parlimen kepada YDPA, dan bukan sebaliknya.

3. Dengan andaian TIADA representasi seperti itu dapat dibuat, hanya dengan itu YDPA dapat menggunakan budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengundang bekas PM tersebut untuk menawarkan dirinya sebagai Kerajaan Minoriti dengan Confidence and Supply Agreement (CSA). Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut mengenai pilihan kerajaan minoriti, janganlah melebih-lebih!

4. Dalam sistem Westminster, peranan Raja Berperlembagaan bukanlah untuk membentuk pemerintah atau untuk memudahkan rundingan membentuk pemerintahan. Tanggungjawab YDPA adalah untuk menerima siapa sahaja yang dapat majoriti untuk menyakinkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen, Malaysia adalah pemerintahan yang dibentuk oleh rakyat untuk rakyat melalui Ahli Parlimen yang dipilih (Untuk makluman, Senator dari Dewan Negara secara sah tidak boleh memenuhi syarat sebagai calon PM tetapi mereka boleh dilantik sebagai Menteri).

5. Lazimnya, Kerajaan Minoriti (bergantung pada penandatanganan Confidence and Supply Agreement (CSA)) dibentuk setelah Pilihan Raya Umum. Ini adalah pilihan yang tersedia untuk pembentukan pemerintahan ketika tidak ada parti politik yang dapat memerintah sebagai parti majoriti. Pada Januari 2021, Tun Mahathir menjelaskan dengan jelas banyak kekurangan Kerajaan Minoriti yang sering dianggap lemah, tidak stabil, dan tidak bertahan lama. Seorang pemimpin Kerajaan Minoriti tidak akan memiliki kemampuan untuk memerintah seperti pemerintahan majoriti, kerana pemimpin tersebut tidak akan memiliki kemampuan untuk meluluskan undang-undang dan membawa perubahan dasar yang sesuai dengan “kehendak dan keinginannya” tanpa mendapat suara majoriti. Hakikatnya, Parlimen akan menjadi Taman Permainan yang Tidak Berfungsi.

6. Confidence and Supply Agreement (CSA) adalah fleksibel dan hanya menjamin sokongan untuk usul penting yang jelas, seperti Belanjawan Tahunan atau undang- undang khusus berdasarkan kesedaran dan kepentingan yang dibawa oleh Parti atau anggota Parlimen secara individu. Perjanjian dua hala dan tindakan menyeberang di antara dua blok Dewan Rakyat akan terus berlaku kerana Ahli Parlimen dapat memilih untuk menjadi sekutu sementara (dengan menerima CSA) atau lawan (dengan menolak CSA), dan kemudian menukar undian. Ini boleh berterusan dan berterusan dan berterusan. Siapakah yang akan menanggung kekusutan ini atau akan memeningkan siapa? Penjawat awam! Siapa yang akan menderita kerana ketidakpastian yang berterusan? Masyarakat awam dan RAKYAT!

7. Kerajaan minoriti sangat berbeza dengan Kerajaan Campuran, di mana parti-parti politik bersetuju untuk membentuk Kerajaan sejak awal berdasarkan dasar dan agenda bersama. Dengan Kerajaan Campuran, ada permintaan yang lebih besar untuk penafsiran ketat terhadap harapan rakan Campuran, yang ditetapkan dalam perjanjian tertulis yang merangkumi syarat untuk masuk, keluar, dan prosedur untuk menyelesaikan konflik. Anggota Kerajaan Campuran tidak boleh “menarik balik sokongan” sesuka hati, namun mereka dapat melakukannya berdasarkan syarat dalam Perjanjian Bertulis. Malangnya, kerajaan PM8 tidak pernah membuat perjanjian bertulis dengan rakan-rakan parti politik. Jika tidak, kekalutan politik yang kita alami pada hari ini dapat dielakkan (mungkin!).

8. Perlembagaan Persekutuan menyatakan mengenai perkara Perdana Menteri Interim sebagai PM Interim/Sementara atau dikenali sebagai “PM Pemangku”, membenarkan YDPA melantik Perdana Menteri Interim untuk tempoh waktu terhad sahaja, dengan kuasa yang terhad, sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. Peranan Interim hanya dimainkan apabila Parlimen dibubarkan.

9. Kita berada dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Kini lebih dari sebelumnya, Rakyat memerlukan pemerintahan yang stabil, dan Ahli Parlimen memerlukan Parlimen yang berfungsi. Ini akan menjadi pertembungan yang sukar untuk membangunkan semula kepercayaan dan memenangi ‘hati dan fikiran’ sistem yang rosak. Kita boleh mulakan dengan memastikan bahawa kita tidak berkompromi pada sistem Semak-dan- Imbang dengan Pemisahan Kuasa yang dijamin.

10. Kita berada di situasi yang belum pernah diterokai dan oleh itu, bagaimana perkara ini ditangani adalah sangat penting bagi kita sebagai sebuah negara. Contoh akan ditetapkan yang akan meninggalkan kesan kepada sejarah kita dalam menegakkan Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen kita. Apalah sebuah Kerajaan tanpa Rakyatnya dan siapalah seorang pemimpin tanpa kehormatannya?

AZALINA OTHMAN SAID
Ahli Parlimen Pengerang

Tempoh 24 jam atau 48 jam mendatang ini kritikal, kata Najib


Tempoh beberapa hari akan datang akan menjadi detik kritikal dalam menentukan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Malah katanya detik itu mungkin berlaku dalam tempoh 24 atau 48 jam akan datang.

Hal itu kerana, kata Najib, sebarang keputusan yang bakal dibuat - termasuk oleh Yang di-Pertuan Agong - akan menentukan masa depan negara.

“Apa caranya, kaedahnya, tuanku Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sama ada dibuat di dalam dewan atau di luar dewan,” katanya dalam program sembang santai secara maya bersama Umno Pekan.

Najib turut memetik krisis politik di Perak pada 2009 yang menyaksikan Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah menentukan di luar dewan undangan negeri (DUN) bahawa Mohamad Nizar Jamaluddin sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat.

Untuk rekod apa yang berlaku itu kemudian menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat dijatuhkan dan diganti dengan BN. Banyak pihak menanggap Najib memainkan peranan penting dalam gerakan tersebut.

Gambaran kedudukan majoriti

Kaedah itu, kata Najib, diterima pula di Mahkamah Persekutuan sebagai satu penterjemahan kepada budi bicara Sultan Perak.

“Jadi bersandarkan pada kaedah dan prinsip itu, maka apabila sampai pada pertikaian di peringkat parlimen, ia juga boleh dilakukan di luar persidangan parlimen, atau pun di dalam parlimen, dalam bentuk undian kepercayaan, yang kita dengar mungkin akan dibentangkan pada tarikh yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Program sembang santai itu pada asalnya dirancang sebagai majlis perasmian cawangan Umno Pekan secara berkelompok. Bagaimanapun ia diubah menjadi sembang santai ekoran pertikaian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dengan Umno berhubung penangguhan mesyuarat persidangan parti berkenaan.

Kenyataan Najib hadir di tengah pertikaian terhadap majoriti yang dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Istana Negara didakwa menghantar surat untuk meminta pengesahan daripada speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berhubung jumlah sokongan anggota parlimen terhadap Muhyiddin.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan kesahihan warkah berkenaan kepada Malaysiakini, meskipun Azhar dilaporkan enggan mengesahkan surat berkenaan kerana melibatkan pihak Istana Negara.

Menurut Najib perkembangan terbaru menyaksikan surat daripada Azhar yang ditularkan dan didakwa menggambarkan memang Muhyiddin sudah kehilangan majoriti.

Kerajaan sudah pun ketiadaan keabsahan. Perkara ni mungkin melibatkan soal tafsiran perlembagaan, dan juga kaedah-kaedah bagaimana penentuan keabsahan itu perlu dilakukan,” katanya. 

PERDANA MENTERI MEROGOL PERLEMBAGAAN?

Dalam Ucapan Khas Perdana Menteri sebentar tadi dengan jelas Perdana Menteri telah "merogol" Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri dengan bangganya menyatakan :

"Namun, sehingga ke saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu"

Kenyataan Perdana Menteri ini jelas bercanggah dengan peruntukkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 43 (4) di atas dengan jelas menyatakan, "jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri...."

Perlembagaan tidak mensyaratkan perlu ada mana-mana Ahli Dewan Rakyat lain mendapat sokongan majoriti terlebih dahulu untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Perdana Menteri sendiri secara tidak langsung mengesahkan beliau sekarang sudah tiada kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat tetapi terus "merogol" Perlembagaan dengan dalih ciptaan beliau, penasihat beliau dan rakan-rakan politik beliau yang lain.

Di mana Peguam Negara ketika ini? Adakah perkara ini wajar dibiarkan tanpa sebarang tindakan?

Seorang Perdana Menteri yang sudah jelas hilang sokonan majoriti HENDAKLAH meletakkan jawatan mengikut Perlembagaan. Persoalan siapa yang mempunyai majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baru bukan hak Perdana Menteri ,untuk menentukan tetapi hak Yang di-Pertuan Agong kerana Perkara 43 (2) (a) memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong memilih sesiapa sahaja dari kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Perkara 43 (2)(a) menyatakan :

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Perdana Menteri Mahiaddin Mohd Yassin hendaklah meletakkan jawatan segera. Berhenti "merogol" Perlembagaan.

KeBawah Duli Tuanku wajar menghentikan perlakuan tidak senonoh Perdana Menteri dengan segera memecat beliau dan melantik seorang Perdana Menteri baru mengikut Perkara 43 (2) (a).

Sekian.

Zulhazmi Shariff 
Pengamal Undang-Undang
13 Ogos 2021

2 Ogo 2021

#TERKINI Parti-parti dari Sabah dan Sarawak U-Turn ?

27 Jul 2021

DUN Sarawak sudah terbubar

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang tertangguh akibat Proklamasi Darurat, mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Ordinan Darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Ini bermakna PRN Sarawak Ke-12 perlu diadakan sebelum 18 September depan.

Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata PRN itu antara kesan utama kepada pembatalan enam Ordinan Darurat yang dibuat oleh Kabinet.

"Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu diisytiharkan terbubar kerana tamat tempoh lima tahun.

"PRN Sarawak Ke-12 perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ordinan tidak lagi berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu, namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg awal bulan ini berkata, kerajaan negeri belum membincangkan tarikh sesuai mengadakan PRN Sarawak Ke-12, walaupun separuh iaitu 1.3 juta rakyatnya sudah mendapat vaksin COVID-19.

Abang Johari berkata, pihaknya mahu memberi tumpuan terhadap usaha melengkapkan vaksinasi kepada 2.08 juta rakyat yang layak.

Sementara itu, Muhammad Fathi berkata, semua kerusi Parlimen dan DUN yang kosong dalam tempoh Proklamasi Darurat seperti DUN Melor di Kelantan perlu diisi melalui Pilihan Raya Kecil (PRK), juga dalam tempoh 60 hari Ordinan Darurat tidak lagi berkuat kuasa.

"Jika darurat khusus untuk Parlimen Batu Sapi, Parlimen Gerik dan DUN Bugaya juga ditamatkan, PRK untuk kerusi-kerusi berkenaan perlu dilaksanakan," kataanya 

Beliau berkata, pembatalan Ordinan Darurat juga boleh membuka laluan kepada

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat sokongan untuk kelulusan Belanjawan 2022 atau kalah dalam apa-apa pengundian di Dewan Rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai hilang kepercayaan ahli dewan.

Katanya, berdasarkan Perkara 40(3), jika tiada calon lain yang layak dilantik Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen atas kehendak Perdana Menteri.

"Dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, PRU-15 perlu dilaksanakan di seluruh negara," katanya.

Dalam aspek penguatkuasaan, beliau berkata, kadar denda yang tinggi bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dipinda melalui Ordinan Darurat dengan sendirinya terbatal dan kadar denda asal yang lebih rendah perlu berkuat kuasa.

"Kita doakan agar perkembangan yang berlaku ini tidak menjejaskan usaha yang sedang dilaksanakan bagi menghadapi wabak COVID-19.

"Semoga Allah kurniakan jalan keluar yang terbaik kepada kita semua dalam menghadapi dugaan yang besar ini," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini, mengumumkan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat turut dibatalkan dan kerajaan menarik balik ordinan berkenaan pada 21 Julai lalu.

5 Jul 2021

Ahli MT UMNO berkumpul di PWTC, putuskan keluar kerajaan malam ini?


Beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) kini berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) malam ini, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini.

Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat sudah memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terkini, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat baharu tiba dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.

Polis pengiring membawa masuk kenderaan VIP tiba di PWTC.

Laporan terkini wartawan juga mendapati terdapat pengiring bermotosikal Polis Tentera yang berada di parkir PWTC, ia dipercayai dinaiki oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengiring Polis Tentera yang dipercayai membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut berada di PWTC, Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh.

Agenda Daily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan hari ini, namun dalam kenyataan Biro Politik sebelum ini Zahid sudah memberikan amaran tegas kerajaan PN akan berdepan tindak balas sekiranya tidak membuka sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

MENYUSUL LAGI

Agenda Daily 

18 Jun 2021

'PRK, PRN perlu diadakan 60 hari lepas tamat darurat'

Peguam Syahredzan Johan berkata Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 tidak menyatakan secara khusus tempoh pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil perlu diadakan selepas ia ditamatkan.

“Bagi kekosongan DUN pula, dan juga PRN Negeri, Ordinan Darurat tidak dinyatakan secara khusus bila ia patut diadakan selepas darurat tamat.

“Oleh itu, dalam kes PRN Sarawak, satu interpretasi adalah selepas darurat tamat maka Dewan Undangan Negeri juga terbubar, dan PRN harus diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh berakhirnya darurat,” katanya. 

Jelasnya, dalam ordinan tersebut di bawah Seksyen 12, sekiranya terdapat kekosongan di kalangan Ahli Parlimen, ia harus diisi 60 hari selepasnya tamat darurat, melainkan berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan kekosongan itu tidak perlu diisi, iaitu sekiranya ia berlaku dalam masa dua tahun dari tarikh parlimen terbubar dengan sendiri.

Mengulas lanjut mengenai proses tersebut, Syahredzan yang juga setiausaha politik kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata apabila tamatnya darurat, mana-mana pilihan raya mesti diadakan seperti peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Maknanya, kita kembali semula kepada apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan dan juga undang-undang,” katanya.

Untuk rekod, DUN Sarawak tamat penggal pada 6 Jun lalu, namun kekal berfungsi selepas itu di bawah Ordinan Darurat hingga 1 Ogos depan.

Manakala, PRK Gerik di Perak, Bugaya dan Batu Sapi di Sabah ditangguhkan susulan pengisytiharan darurat di seluruh negara.

Darurat perlu di kawasan tertentu

Sementara itu, pakar perlembagaan Prof Shamrahayu Abd Aziz dan penganalisis politik Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat bahawa pengisytiharan darurat yang baru boleh dilakukan di kawasan-kawasan tertentu apabila tamat tempoh darurat, bagi mengelakkan PRN dan PRK diadakan.

Jelas Shamrahayu, ini memandangkan keadaan pandemik yang dihadapi negara masih tidak terkawal.

Katanya, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 150 (2), Yang di-Pertuan Agong boleh membuat demikian.

Perkara 150 (2) menyatakan Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

“Kalau nak buat macam ni, kita buat proklamasi darurat tu untuk menangani pandemik Covid-19 dan juga pada masa yang sama dalam Ordinan Darurat itu dia ada sebut tentang tidak boleh mengadakan pilihan raya.

“Tapi kalau nak tarik buat satu yang baru bagi lokaliti tertentu - macam bagi Sarawak sahaja pun boleh dan dibenarkan oleh undang-undang.

“Tujuannya adalah untuk menangguhkan pilihan raya kerana ketenteraman awam ataupun pandemik,” katanya.

Azmi yang senada dengan Shamrahayu berkata sebarang pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika ini dan PRN Sarawak misalnya, perlu dielakkan dengan menangguhkannya.

“Kita dah belajar daripada kesengsaraan dan kesilapan dilakukan apabila benarkan PRN Sabah pada bulan September lepas kerana apa yang kita alami sekarang sedikit sebanyak daripada PRN Sabah kerana jangkitan itu menular dengan tidak dapat dikawal,” katanya.

Perlu diadakan secepat mungkin

Manakala Naib Ketua DAP Perak Aziz Bari berkata pada asasnya tujuan darurat bukanlah untuk menggantung parlimen atau pilihan raya, terutamanya apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakannya demi menangani pandemik.

“(Tujuan) Itu persepsi umum dan dakwaan Perikatan Nasional,” katanya.

Katanya apabila darurat tamat, keadaan perlu kembali seperti normal iaitu perkara yang perlu dilaksanakan harus dijalankan seperti biasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apabila diminta mengulas sama ada ia seharusnya diadakan 60 hari selepas tarikh bubar DUN atau 60 hari selepas tamat darurat, katanya jika diikutkan peruntukan sedia ada, PRN atau PRK di suatu kawasan itu perlu diadakan secepat mungkin dan buat masa ini terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan dengan cara yang paling hampir dengan kehendak peruntukan yang berkaitan.

“(Kalau) ikut peruntukan yang ada (PRN dan PRK perlu diadakan) secepat mungkin,” kata pakar perlembagaan yang juga Adun Tebing Tinggi itu.

Pengerusi Bersih Thomas Fann pula berpendapat bahawa bagi PRN Sarawak ia harus dilaksanakan secepat mungkin iaitu 60 hari selepas darurat ditamatkan tetapi PRK tidak perlu dilaksanakan buat masa ini.

“Darurat mengikut kawasan untuk tangguhkan pilihan raya memang satu kemungkinan tetapi ia mungkin merupakan pilihan terakhir apabila keadaan pandemik sedang amat teruk.

“Jika tidak kita perlu berdepan dengan ahli politik yang menggunakan isu kesihatan atau sebarang krisis untuk melengahkan atau menggantung demokrasi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya langkah terbaik adalah SPR mengemukakan kaedah selamat untuk orang ramai mengundi seperti melalui undi pos melanjutkan tempoh mengundi atau e-voting.

“Perlunya ada perubahan dalam cara ahli politik menjalankan kempen mereka ketika pandemik berlaku,” katanya.

Darurat berkuat kuasa dari 11 Jan ke 1 Ogos dan tertakluk pada perubahan dan kemungkinan untuk dilanjutkan. Bagaimanapun, Raja-raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

21 Mei 2021

𝗡𝗔𝗗𝗔𝗜 𝗟𝗜𝗦𝗜𝗡 𝗡𝗬𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗬𝗔 𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗨𝗡 𝗧𝗨

𝗕𝗜𝗡𝗧𝗨𝗟𝗨 | Perintah Sarawak netapka pemutus enda ngemendarka meri lisin nyabung manuk maya Gawai Dayak taun tu.

Kepala Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, iya udah minta Sekretari Perintah Sarawak enggau Opis Residen enda meri lisin nyabung manuk, nyema bisi peminta.

“Minta ampun, aku udah minta Sekretari Perintah Nengeri enggau Opis Residen enda ngemansutka lisin nyabung manuk.

“Semua rayat di nengeri tu meseti besaup, enda ngerami Gawai Dayak taun tu baka taun ke udah-udah,” pia ku iya maya aum media udah ke mending penerang bekaul enggau gaya pandemik COVID-19 di Sitak Bintulu ba sebuah hotel ditu, kena Hari Tiga.

Ba aum media nya mega, Kepala Menteri minta bala tuai raban bansa enggau tuai rumah bejalaika atur operasyen standard (SOP) ke terit dikena nyeliah pengelekai COVID-19 maya Gawai Dayak tu ila.

Kelimpah ari nya, iya mega muji pengeransing ke udah dikereja Komiti Penyangga Penusah Sitak (JPBB) Bintulu ngatur macham bengkah chara dikena nagang pengelekai COVID-19 ba sitak nya.

Sumber | EDISI UKAS