Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

27 Sep 2017

DAP Yang Tentukan Semuanya Dalam Pembangkang, Termasuklah Pesta Arak



DAP yang berkuasa penuh dalam pembangkang. DAP adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. Ini kerana DAP yang punyai kerusi paling banyak dalam Pakatan Harapan iaitu sejumlah 37 kerusi parlimen.  Lihat statistik di pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/03/parti-satu-kerusi-tidak-layak-jadi.html

Parti Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja. Tidak layak bercakap apa pun. Paling jelas adalah dalam isu pesta arak. Tiada siapa yang berani mencabar keputusan DAP untuk membenarkan pesta arak itu diadakan.

Ahli ahli parlimen dari DAP seperti Tan Kok Wai (Ahli Parlimen DAP Cheras), Fong Kui Lun (Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang), Teresa Kok (Ahli Parlimen DAP Seputeh), Tan Kee Keong (ADUN DAP Kuala Kubu Bharu) dan  Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) membantah keputusan DBKL mengharamkan pesta arak yang mahu diadakan di Publika.

Pesta arak yang mahu menghidangkan 250 jenis arak dari 43 negara itu mahu dibenarkan oleh DAP. Dua exco kanan DAP di Selangor juga meminta agar pesta arak ini diteruskan.

Naib Pengerusi DAP Selangor , Teng Chang Khim memberi amaran kepada PAS mengenai pesta arak. Teng berkata "jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan majoriti lebih pada orang bukan PAS,"

Dengan selamba sahaja PAS kena kutuk dengan DAP mengenai pesta arak. Azmin Ali tengok sahaja PAS kena balun dengan DAP mengenai pesta arak. Nampak sangatlah Azmin Ali  lebih sayangkan DAP berbanding PAS.

Hayat PAS tidak lama jika begini. PRU14 ini sudah pasti PAS akan dikuburkan. Sikap Azmin dalam isu pesta arak ini jelas sekali memihak kepada apa yang dikehendaki DAP. Manakala parti PAN pula tutup mulut, seronok melihat PAS kena balun dengan DAP.

Sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh kerajaan campuran PKR dan DAP, sudah enam tahun berturut turut Better Beer Festival dianjurkan. Acara yang diadakan untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini dianjurkan oleh MyBeer (M) Sdn Bhd.

Mana PKR dan PAS berani dengan DAP di Selangor. Menteri Besar pun tidak berani. Apa yang DAP hendak, mereka ikutkan sahaja tanpa banyak soal dan tanya. 

PAN pula jadi tukang nasi tambah untuk hentam PAS. Dengan kuasa yang ada, DAP telah 'mengarahkan' pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali untuk menghentam mereka yang anti pesta arak melalui portal Roketkini.com.

Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang juga bantah keputusan DBKL untuk mengharamkan pesta arak di Publika. Guan Eng kata tidak wajar haramkan pesta arak demikian kerana alasan sensitiviti.

Guan Eng kata di festival Hungry Ghost Taoist ada cara hidangkan babi, apakah acara hidang babi ini juga hendak diharamkan selepas ini kerana sensitiviti? Guan Eng ada niat hendak anjur pesta hidang babi kah selepas ini?

Kenapa Guan Eng tidak ambil contoh di Scotland. Menurut laporan Media Independent, 21 September 2017, Scotland pun menolak lesen pesta arak Oktoberfest Glasgow kerana orang ramai terlalu mabuk tahun lepas. Hak asasi apa jika ianya memudaratkan orang lain.

Malah Guan Eng dan DAP kena faham, pesta arak tidak dibenarkan dianjurkan bukan kerana sensitiviti tetapi kerana soal keselamatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata  larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

Bukan sekadar pesta arak, pesta gay pun mahu dianjurkan oleh kumpulan kumpulan LGBT di Malaysia ini.Pesta Gay White Party Bangkok yang mahu dianjurkan di Kuala Lumpur pada 30 September 2017 juga telah diharamkan oleh kerajaan.

Kita semua tahu, siapa sebenarnya yang menyokong kumpulan LGBT dan gerakan songsang ini. Berdemo tuntut desakan yang bukan bukan di Sogo pada 10 September lepas. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/kerana-kejar-kuasa-soal-agama-ditolak.html

Kenapa waktu sekarang mahu anjurkan semua pesta ini? Mahu tarik sokongan dan undi? Semuanya kerana kuasa, soal agama ditolak ke tepi habis oleh semua pemimpin pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan.

Dalam Pakatan Harapan, DAP tidak boleh dibantah dan ditegur langsung. Ada dengar mana mana pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan kritik kenapa banjir di Pulau Pinang teruk, isu kilang haram di Sungai Lembu dan isu isu rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang.

Tidak berbunyi langsung. Guan Eng yang kena kes rasuah di mahkamah pun, Mahatir tidak berani jentik langsung sekarang. Apatah lagi hendak buat segala pesta ini sekarang ini. Bila DAP bantah, menikus habis semua pemimpin lain dalam Pakatan Harapan.

Banyak nama nama Melayu di bahagian atas organisasi Pakatan Harapan. Dalam isu pesta arak ini mereka tidak berani bersuara. Tutup mulut kerana takut dengan DAP. Apa boleh buat, DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan.


Tulisan:
Beruang Biru
BB592, Rabu
11 September 2017

AMBIK KAW... Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Persoal Keikhlasan Tun M membantu Sarawak..

KUCHING: Lima (5) dalil kenapa 5 teras tawaran Pakatan Harapan (PH) untuk Sarawak bukan satu "harapan yang tulen", malah satu "Kegelapan yang Nyata".

Dalil Pertama, satu hakikat yang perlu diterima dan diakui oleh semua warga negeri Sarawak ialah semua parti politik yang membentuk Pakatan Harapan ialah parti politik yang akar umbi penubuhan mereka adalah berasal dan berpusat di Semenanjung Malaysia.

Dalil Kedua, dalam kumpulan tersebut, DAP yang dikuasai secara dominan oleh pemimpin-pemimpin kaum Cina, sebagai sebuah parti politik yang paling tua atau "senior" dan paling banyak memenangi kerusi Parlimen sudah tentu inginkan suara dan pendapat mereka mendominasi halatuju serta falsafah politik dalam PH.

DAP sudah hampir 15 tahun mentadbir Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng, dan cuba rujuk dan baca balik semua janji-janji pilihanraya serta manisfesto yang mereka laung-laungkan dulu.

Bila DAP menang, semua terbalik tunggang-langgang. Malah Ketua Menteri mereka sekarang sedang mengadap tuduhan dan tindakan mahkamah kerena kes rasuah.

Dalil Ketiga, tiga parti politik lain dalamm PH iaitu Keadilan, Amanah dan PPBM pula ditubuh oleh pemimpin-pemimpin Melayu Semenanjung Malaysia yang terdiri dari samada mereka ini sudah banyak kali kalah piliharaya, kecewa, berdendam atau sememangnya gila kuasa.

Apakah rakyat Sarawak ingin nasib, masa depan dan perjuangan kita ditentukan oleh pemimpin-pemimpin terdesak seperti ini?

Dalil Keempat, cuba lihat suasana politik di Semenanjung Malaysia sekarang ini di mana semua parti dalam PH ini bertapak?

Apakah anak-anak jati negeri Sarawak tidak melihat dan menyedari betapa huru-hara dan mengelirunya suasana politik di seberang sana sekarang ini?

Fitnah politik yang jijik, buruk-sangka yang melampau, perkauman dan penghinaan agama sedang rancak berlaku dan bermula di sana.

Apakah kita di negeri Sarawak mahu keadaan yang sama berlaku di laman rumah kita sendiri?

Dalil Kelima, pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang di Sarawak sebenarnya bertuankan pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia.

Mereka (DAP, PKR, Amanah dan PPBM Sarawakk) memuja dan menerima arahan dari jauh pemimpin-pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang, Annuar Ibrahim, Tun Mahathir Mohamad dan Mat Sabu.

Apakah pemimpin-pemimpin utama PH ini benar-benar ikhlas dan jujur serta perihatin akan mengubah nasib kita di Sarawak terutama di kawasan luar bandar?

Kesimpulannya, peringatan saya kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sedar diri dari Semenanjung Malaysia ini ialah, "Sebelum tuan-tuan sibuk dengan keadaan lalang di rumah kami, elok tuan-tuan tebas dulu lalang di laman rumah sendiri yang saya rasa sudah semakin semak dan berbelukar dan mungkin sudah banyak membiak binatang-binatang liar seperti ular dan lipan. Binatang-binatang ini membahayakan kekeselamatan jiran dan orang ramai".

Jangan main-main dan pandang remeh dengan istilah 'Masa Depan'. Kita mahu nasib kita di pimpin oleh pemimpin-pemimpin yang ada 'Masa Depan' dalam agenda mereka dan parti-parti politik yang ada 'Masa Depan' dalam perjuangan mereka.

Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang kering serta rapuh dan tidak ada asas kukuh untuk menjanjikan sebarang bentuk "harapan" kepada rakyat malah banyak kearah "kegelapan".

Lima Teras Baru yang diumum dan ditawarkan oleh PH berkaitan tentang "Hak Negeri" untuk rakyat Sarawak bolehlah saya rumuskan sebagai "Ibu Pembohongan" serta tanda "Kemuncak Teragung Politik Hipokrit serta Putar Belit" dari PH."

Kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang dari negeri Sarawk tidak bertanya kepada 'tetamu kehormat' mereka baru-baru ini, Tun M tentang hak-hak negeri yang sebenarnya terhakis dan terpinggir semasa Tun M menjadi Perdana Menteri?

Kenapa Tun M buat macam-macam projek mega di semenanjung tapi tidak di Sarawak?

Malah banyak projek mega Tun M yang gagal serta membazir beratus juta ringgit dan akhirnya menjadi skandal.

Kalau Tun M benar-benar ikhlas dan jujur tentang kebajikan kita di Sarawak, sudah pasti dari dulu lagi sepatutnya banyak kawasan kita terutama di pedalaman telah mendapat jalan-jalan elok, serta kemudahan bekalan air dan elektrik.

Tun M berpeluang untuk membaiki keadaan banyak sekolah kita yang usang dan tidak senonoh tapi dia tidak memperdulikan itu semua.

Pendek kata semasa menjadi PM, Tun M gagal memberi negeri Sarawak pembangunan infrastruktur yang sepatutnya tetapi disebaliknya menyalurkan wang hasil dari minyak negeri Sarawak ke arah kepentingan kroni beliau yang semuanya sedang menentang kerajaan sekarang ini disebabkan kepentingan peribadi mereka mula terhakis oleh polisi kerajaan BN yang banyak berkiblat ke arah mensejahterakan rakyat.

Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulunya Menteri Kewangan, dia juga banyak bertindak meminggirkan kepentingan kita di Sarawak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang negeri Sarawak pula menyanjung tinggi pemimpin-pemimpin seperti Tun M dan Anuar Ibrahim sebagai bakal penyelamat nasib masa depan kita di Sarawak.

Pengikut dan penyokong-penyokong pembangkang di negeri Sarawak yang sememangnya jenis "muka tak malu" menyalak sana sini bercakap tentang hak-hak negeri tapi yang peliknya mereka memuja dan mendukung kepimpinan mereka yang terlibat secara langsung dalam menghakis hak dan kepentingan kita dulu.

Saya yakin dan percaya majoriti orang Sarawak yang berfikiran matang serta cintakan keamanan adalah jauh lebih cerdik dan bijak untuk menentukan halatuju serta masa depan kita sendiri, dan tidak akan keliru dengan dakyah serta pembohongan pemimpin-pemimpin PH yang jelas kemaruk main politik dan sanggup menjatuhkan sebuah kerajaan dengan apa cara sekali pun tanpa memikir  kesan kepada tahap keselamatan serta keamanan negara.

Yang Ikhlas,

YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak.

26 Sep 2017

Siapa yang mendalangi dan meluluskan Bank Negara selamatkan KWSP

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 25 September 2017

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan oleh peguam Tajudin Ramli, Lim Kian Leong & Co, pada 29 Jun 2012, Tajudin mendedahkan keadaan yang menyebabkan pengambilalihan 32% kepentingan dalam MAS yang bernilai RM1.8 bilion pada tahun 1994 olehnya. Dalam afidavitnya, Tajudin mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengarahkan beliau membeli saham MAS itu untuk membantu Bank Negara pulih daripada kerugian pertukaran asing pada tahun 1994.

Tajudin berkata bahawa Mahathir dan Daim telah berulang-kali meyakinkannya bahawa beliau tidak akan mengalami sebarang kerugian atau dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang timbul ekoran pembelian saham MAS kerana beliau hanyalah penama/ejen kerajaan. Tajudin diberitahu bahawa urus niaga itu adalah satu bentuk 'khidmat negara' dan segala-galanya disamarkan sebagai perjanjian komersil ‘arm’s length’ kerana kerajaan mahu mencipta'paper profits' untuk menyembunyikan kerugian besar sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung Bank Negara kerana perjudian di pasaran forex.

Sejak Jun 2012 hingga sekarang, Mahathir dan Daim tidak pernah mempersoalkan atau mencabar keterangan Tajudin di mahkamah, yang dibuat dalam bentuk afidavit. Dan seperti yang Mahathir sendiri memberitahu Perdana Menteri Najib Tun Razak, jika anda tidak mempertikaikan tuduhan itu atau membuktikan bahawa tuduhan itu palsu, maka seseorang itu harus menganggap tuduhan itu benar dan anda bersalah seperti yang didakwa.

Jadi, penjualan MAS kepada Tajudin adalah penjualan palsu. Dan ia hanyalah urus niaga kertas untuk memberi penampilan bahawa kerajaan membuat keuntungan terhadap jualan MAS, yang kemudiannya diimbangi dengan kerugian sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung Bank Negara kerana perjudian di pasaran forex. Dan ini telah disahkan di mahkamah dan tidak pernah dipertikaikan atau dicabar oleh Mahathir dan/atau Daim.

Pada tahun 1994, apabila semua ini berlaku, Anwar Ibrahim sudah menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri. Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Jadi Anwar bukan sahaja tahu bahkan beliau juga terlibat dalam keseluruhan penipuan ini.

Dan bukan sahaja Anwar terlibat dalam penipuan untuk 'menjual' MAS kepada Tajudin supaya mereka dapat menghasilkan 'paper profits' untuk 'mengurangkan' kerugian yang dibuat oleh Bank Negara, Anwar juga terlibat dalam penyenaraian Tenaga Nasional Berhad (TNB ) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Dan tindakan ini juga merupakan satu tindakan dalam penjualan aset negara untuk membuat keuntungan untuk menampung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara.

Pada asasnya, penjualan MAS dan penyenaraian TNB dan TM adalah untuk mencipta keuntungan sebanyak berbilion-bilion, yang akan digunakan untuk 'mengurangkan' kerugian Bank Negara daripada RM31.5 bilion kepada hanya RM5.7 bilion. Dan untuk melakukan ini mereka perlu membuat keuntungan sebanyak RM25.8 bilion. Dan keuntungan ini akan datang daripada penjualan saham MAS dan penyenaraian TNB dan TM.

Tetapi itu akan dapat diterima sekiranya jualan MAS adalah benar dan penyenaraian TNB dan TM sememangnya memberikan keuntungan kepada KWSP. Apa yang terjadi sebaliknya adalah kerajaan melakukan sesuatu untuk menutupi sesuatu dan keseluruhannya hanyalah untuk menyelamatkan Bank Negara dan mengelakkannya daripada muflis. Pada dasarnya, KWSP digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dan untuk itu berlaku, keuntungan KWSP perlu dipindahkan ke Bank Negara.

RCI baru-baru ini diberitahu bahawa Bank Negara secara teknikal sudah bankrap. Dan itu adalah kerana kerugiannya ialah RM31.5 bilion. Jika ianya hanyalah RM5.7 bilion, sebagaimana yang diberitahu kepada Kabinet, Bank Negara akan dapat bertahan dan tidak akan bankrup. Tetapi kerugiannya ialah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion, yang mana adalah terlalu besar dan Bank Negara tidak mempunyai rizab yang mencukupi untuk jumlah itu.

Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir menghadiri perbicaraan RCI pada hari Anwar dipanggil untuk memberi keterangan. Mahathir bimbang Anwar mungkin akan mendedahkan kebenaran di sebalik ‘bailout’ Bank Negara dan akan memberitahu RCI bahawa Bank Negara kerugian RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion. Lebih teruk lagi, Mahathir bimbang Anwar akan mendedahkan bahawa jualan MAS dan penyenaraian TNB dan TM itu adalah untuk membuat ‘paper profits’ untuk mengurangkan kerugian Bank Negara.

Apa yang berlaku ialah Anwar memperuntukkan sebahagian besar saham TNB dan TM kepada KWSP, yang mana, KWSP semestinya perlu membayar pada harga penyenaraian iaitu RM5.00 dan RM4.50 sesaham. Ini bererti KWSP kehilangan banyak wang kerana pelaburan 'besar' ini. Berbilion-bilion keuntungan yang dibuat oleh Bank Negara kemudiannya diimbangi dengan kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion supaya kerugian itu dapat dikurangkan kepada hanya RM5.7 bilion.

Oleh itu, pendeposit KWSP kehilangan puluhan bilion dalam keuntungan supaya kerajaan boleh berbohong kepada rakyat dan memberitahu mereka bahawa Bank Negara hanya kerugian RM5.7 bilion dan bukannya RM31.5 bilion. Tetapi hari ini RCI berjaya mengungkap kebenarannya.

Apa yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia sekarang adalah siapa yang mendalanginya dan siapa yang meluluskannya? Dalam kes MAS kita tahu. Menurut Tajudin, Mahathir dan Daim yang mendalangi perjanjian itu. Tetapi siapa yang mendalangi dan meluluskan penjualan saham TNB dan TM kepada KWSP dan kemudian menjualnya semula pada kerugian besar dan menyembunyikan hakikat bahawa KWSP hanya digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dengan mengurangkan kerugian sebenar sebanyak RM31.5 bilion kepada hanya RM5.7 bilion secara rasminya.

Anwar pastinya terlibat kerana peruntukan saham TNB dan TM, yang lazimnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan, telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan. Dan Anwar sendiri yang memutuskan peruntukan saham TNB dan TM. Semua orang di dalam kerajaan pada masa itu tahu mengenainya dan ada barisan yang panjang di luar pejabat Anwar yang ingin berjumpa dengannya kerana mahu cuba memasuki senarai mereka yang akan diperuntukkan saham TNB dan TM.

Ramai kroni ABIM Anwar pada masa itu sangat kecewa. Ada yang memohon satu juta saham tetapi sama ada diberikan hanya 10,000 atau tidak menerima apa-apa. Anwar memberitahu mereka bahawa sebahagian besar akan diberikan kepada KWSP. Tidak syak lagi saham itu diberikan kepada KWSP tetapi KWSP tidak membuat apa-apa keuntungan kerana mereka 'menjual' saham itu pada kos supaya Bank Negara sebaliknya boleh membuat keuntungan.

Tetapi ini bukan rancangan Anwar seorang. Beliau tidak dapat membuat keputusan untuk mengambil alih kuasa peruntukan saham daripada Kementerian Perdagangan, yang mempunyai jawatankuasa untuk ini, dan melakukan semuanya dengan sendirinya. Dan beliau juga tidak boleh memutuskan sendirian untuk memperuntukkan berbilion saham TNB dan TM kepada KWSP. Dan beliau tidak boleh mengarahkan KWSP untuk membeli dan menjual saham-saham ini supaya Bank Negara boleh membuat keuntungan dengan mengorbankan KWSP melainkan jika beliau mendapat kelulusan dari pihak atasan. Terdapat terlalu banyak perkara yang berlaku di luar bidang kuasa Anwar.

Dalam kes MAS, Mahathir dan Daim yang mendalanginya. Melainkan Anwar yang secara rasminya mengumumkan bahawa beliau sendirian yang merompak berbilion-bilion dalam keuntungan saham TNB dan TM dari KWSP, kita perlu mengandaikan bahawa Mahathir dan Daim juga berada di belakang penipuan saham TNB dan TM ini.

Tetapi kita perlu tahu apa yang dikatakan Anwar Ibrahim. Anwar adalah seorang yang boleh mengatakan satu perkara kepada seseorang tetapi mengatakan sesuatu yang bertentangan kepada orang lain. Jadi Anwar tidak mampu untuk mengatakan kebenaran dan tidak boleh dipercayai. Pada 30 Julai 2009, The Economist menerbitkan artikel bertajuk "Malaysia’s chameleon: The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia’s most extraordinary politician” (http://www.economist.com/node/14140818).

Jadi, itu lebih kurang menggambarkan Anwar dan bagaimana boleh menyesuaikan dirinya dalam apa sahaja keadaan dan akan menjadi rakan jenayah Mahathir dan Daim apabila ia sesuai dengannya dan menjual mereka jika itu yang terbaaik untuknya. Jadi marilah kita melihat sama ada Anwar akan menjual Mahathir dan Daim dan mendedahkan bahawa kedua-dua orang itu yang mendalangi rancangan untuk menggunakan KWSP untuk menyelamatkan Bank Negara menerusi 'pembelian dan penjualan' saham TMB dan TM.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/who-masterminded-and-approved-the-epf-bailout-of-bank-negara/

Mahathir fikir rakyat Sarawak bodoh

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 25 September 2017

(Malaysiakini, 24 September 2017) – Bercakap pada orang ramai semasa ucapannya yang berdurasi hampir sejam itu, Mahathir memfokuskan pada Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang dilihat sebagai Malaysia Timur menyerahkan hak petroleumnya kepada kerajaan persekutuan sebagai pertukaran untuk pembayaran sedikit royalti iaitu sebanyak lima peratus.

"Pada tahun 1974, apabila Akta Pembangunan Petroleum diluluskan, saya bukan Perdana Menteri. Kononnya dikatakan bahawa saya yang bertanggungjawab tetapi itu tidak betul. Rekodnya ada dalam hansard. Siapa perdana menteri pada masa itu? Abdul Razak Hussein, bukan saya," katanya kepada orang ramai.

"Saya adalah perdana menteri selama 22 tahun, saya tidak mengubah perjanjian dengan Sabah dan Sarawak. Saya berpendapat perjanjian ini perlu dirundingkan semula antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menjadikannya lebih adil. Bukannya kerajaan persekutuan yang merampas hak anda tetapi kerajaan Sarawak yang menyerahkan hak anda itu."

Itulah yang Tun Dr Mahathir Mohamad beritahu pengundi Sarawak semalam. Mahathir mungkin berfikir bahawa rakyat Sarawak seperti Dayak, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau, Kelabit, dan lain-lain, semuanya bodoh.

Akta Pembangunan Petroleum itu mungkin telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1974, tetapi orang di sebalik Akta itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah sementara Tun Salleh Abas yang merangka Akta itu, yang merupakan yang pertama seumpamanya di dunia (dan yang mana telah diikuti oleh banyak negara lain selepas itu). Itu menjadikan Ku Li dan Salleh Abas ‘genius’.

Dan ia bukanlah keputusan Perdana Menteri Tun Razak Hussein seorang diri. Ia adalah keputusan Kabinet, dan Mahathir adalah ahli Kabinet ini. Jadi Mahathir bukanlah tidak terlibat langsung seperti yang cuba diberitahunya kepada rakyat Sarawak semalam. Dan dua tahun kemudian, Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sekiranya Mahathir merasakan bahawa ianya tidak adil untuk Sarawak, beliau boleh bersuara dalam mesyuarat Kabinet pada tahun 1974. Beliau juga boleh bersuara di Parlimen sebelum Akta Pembangunan Petroleum 1974 itu diluluskan. Tetapi Akta Pembangunan Petroleum 1974 bukanlah satu-satunya perkara yang mengikat Sarawak kepada klausa royalti 5%. Sarawak (termasuk semua 12 negeri di Malaysia, termasuk Terengganu) telah menandatangani perjanjian dengan Petronas yang secara khusus menyatakan bahawa setiap negeri akan menerima royalti 5%.

Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 dan pada tahun 1982 mereka mengadakan pilihan raya umum di mana Barisan Nasional memenangi 85.71% daripada kerusi, memberikan mereka lebih daripada dua pertiga majoriti di Parlimen. Pada tahun 1982 Mahathir boleh sahaja meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk memberikan Sarawak, katakanlah, 20% royalti. Tetapi beliau tidak melakukannya. Dan beliau juga tidak melakukannya selama 21 tahun seterusnya beliau menjadi Perdana Menteri walaupun untuk beberapa pilihan raya seterusnya sehingga 1999 Barisan Nasional terus menguasai lebih daripada dua pertiga Parlimen.

Walaupun mereka tidak meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974, Mahathir, sebagai Pengerusi Petronas, masih boleh bertindak kerana di bawah Akta Petroleum 1974, Petronas tidak perlu melaporkan kepada Parlimen tetapi hanya kepada Perdana Menteri. Dalam erti kata lain, Mahathir mempunyai kuasa mutlak terhadap Petronas dan juga Parlimen tidak boleh campur tangan dalam apa yang beliau lakukan.

Ini terbukti pada tahun 2000 apabila Mahathir menamatkan royalti minyak 5% untuk Terengganu walaupun Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Petronas dan Terengganu wujud. Terengganu membaawa kes ini ke mahkamah tetapi tiada apa yang berlaku. Mahkamah juga nampaknya tidak boleh menolak keputusan Mahathir.

Oleh itu, pada 2000, Mahathir menamatkan royalti minyak 5% daripada Terengganu. Itu bermakna jika Mahathir boleh menamatkan royalti minyak 5%, beliau juga boleh menggandakan atau menaikkannya kepada 20%. Maka beliau sememangnya mempunyai kuasa untuk meningkatkan royalti Sarawak kepada 20% atau lebih jika beliau mahu, bertentangan dengan apa yang dikatakannya semalam di Sarawak.

Hari ini, Mahathir menyalahkan Tun Razak kerana Sarawak mendapatkan hanya 5% royalti minyak. Hari ini, Mahathir berkata Sarawak dilayan dengan tidak adil. Kenapa Mahathir tidak meminta satu-satunya Ahli Parlimen PPBM beliau, Muhyiddin Yassin, untuk membuat Rang Undang-undang Ahli Persendirian di Parlimen (seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Awang) dan meminta Parlimen untuk meningkatkan royalti minyak Sarawak kepada 50% atau apa sahaja yang dimahukannya? Lakukan ini sebelum pilihan raya umum akan datang dan kita akan dapat melihat sama ada Mahathir hanya tok kok atau sama ada beliau benar-benar maksudnya.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mahathir-thinks-sarawakians-are-stupid/

GST India Lebih Baik Dari Malaysia?


"Ahli strategi" PPBM Rais Hussin berkata GST India adalah jauh lebih baik dan lebih berperikemanusiaan daripada Malaysia.

Beliau menulis di Mkini:

"Barangan yang dikenakan cukai sebanyak 28 peratus adalah barangan seperti mesin ATM, yang dibeli dan digunakan oleh bank. Dalam erti kata lain, mereka yang membayar 28 peratus GST kebanyakannya adalah mereka yang mampu. GST India diperkenalkan untuk melindungi golongan miskin daripada kesan terburuk daripada cukai."
https://www.malaysiakini.com/news/396289

Wah...mesin ATM...lol...

99% perkara yang ditulis Rais Hussin adalah tidak masuk akal.

Malah, orang-orang Cap Bunga tidak keberatan untuk memfitnah dengan memberikan maklumat yang mengelirukan.

Mari kita lihat apa yang dikenakan cukai dan pada kadar GST berapakah di India.

-------------------------
India -12% GST
Barangan
Produk daging beku, mentega, keju, minyak sapi, buah-buahan kering dalam bentuk bungkusan, lemak haiwan, sosej, jus buah-buahan, namkeen, sos tomato dan sos akan dikenakan 12 peratus cukai.

Telefon bimbit juga termasuk dalam kategori ini. Barang-barang kutleri seperti sudu, garpu, senduk, sudip berlubang, tempat hidang kek, pisau ikan, penyepit juga termasuk dalam kumpulan ini.

Ubat-ubatan Ayurveda dan semua kit dan reagen diagnostik dikenakan cukai sebanyak 12 peratus.

Barang-barang utiliti seperti serbuk gigi, payung, mesin jahit dan cermin mata dan barang-barang permainan dalaman seperti bermain kad, papan catur, papan carom dan permainan papan lain seperti ludo berada dalam kumpulan ini.
Pakaian berharga melebihi Rs1000 (RM66) akan dikenakan 12 peratus cukai.

Perkhidmatan
Hotel tanpa penghawa dingin, tiket kelas perniagaan, loteri yang dikendalikan negeri, kontrak kerja akan dikenakan 12 peratus cukai GST
-------------------
18% GST di India
Barangan
Biskut, gula halus berperisa, pasta, empingan jagung, pastri dan kek, sayur-sayuran jeruk, jem, sos, sup, aiskrim, campuran makanan segera, pes kari, mayonis dan kuah salad, rempah campuran dan perasa campuran dan air mineral.

Kasut yang berharga lebih daripada Rs500 (RM33) berada dalam kategori ini.

Item seperti litar bercetak, kamera, pembesar suara dan monitor, mesin pencetak (selain daripada mesin pencetak fungsi pelbagai), transformer elektrik, CCTV, gentian optik termasuk dalam kategori 18 peratus cukai GST.

Barang-barang lain dalam kategori ini termasuklah daun bidi, tisu, sampul surat, tuala wanita, buku nota, produk keluli, batang pensil kajal, pelindung kepala dan alat gantiannya, kerajang aluminium, mesin penimbang (selain mesin penimbang elektrik atau elektronik), perabot buluh, kolam renang dan kolam ‘padding’.

Perkhidmatan
Hotel berpenghawa dingin yang menyediakan minuman keras, perkhidmatan telekom, perkhidmatan IT, pakaian berjenama dan perkhidmatan kewangan akan dikenakan cukai GST sebanyak 18 peratus.
-------------------------
28% GST di India
Barangan
Set barang ‘residuary’ yang boleh dimakan yang termasuklah gula-gula getah, molases, coklat yang tidak mengandungi koko, wafel dan wafer yang disalut dengan coklat, pan masala dan air berudara termasuk dalam kategori ini.

Bidi (tembakau) juga dikenakan 28 peratus cukai.

Rangkaian barangan penjagaan diri seperti deodoran, krim pencukur, krim selepas bercukur, syampu rambut, pewarna rambut dan krim pelindung matahari berada dalam kategori ini juga.
Cat, kertas dinding dan jubin seramik juga dikenakan 28 peratus cukai GST.

Pemanas air, mesin basuh pinggan mangkuk, mesin penimbang, mesin basuh, mesin ATM, mesin layan diri, pembersih hampagas, mesin pencukur dan mesin gunting rambut juga jatuh dalam kategori ini.
Kereta, motosikal dan pesawat untuk kegunaan peribadi juga dikenakan 28% cukai GST - yang merupakan cukai tertinggi di bawah sistem GST.

Perkhidmatan
Hotel bertaraf 5 bintang, pertaruhan kelab perlumbaan, loteri peribadi dan tiket filem melebihi harga Rs100 juga dalam kategori ini.

GST ke atas restoran dalam hotel lima bintang dan hotel mewah telah dikurangkan kepada 18 peratus daripada 28 peratus, menjadikannya setanding dengan restoran luar hotel yang berpenyaman udara.

http://timesofindia.indiatimes.com/business/india-business/gst-rates-heres-your-complete-guide/articleshow/59393318.cms

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2049728995245884&set=pcb.2049723868579730&type=3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2049721955246588&set=pcb.2049723868579730&type=3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2049723505246433&set=pcb.2049723868579730&type=3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2049723561913094&set=pcb.2049723868579730&type=3

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2049723868579730

Ahli Parlimen serantau memuji pendirian teguh Malaysia terhadap krisis Rohingya, menyeru tindakan lanjut ASEAN

Tulisan asal oleh:
Asean Parliamentarians For Human Rights, 26 September 2017

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari seluruh Asia Tenggara hari ini memuji keputusan Menteri Luar Malaysia Anifah Aman untuk "memisahkan" dirinya dari Kenyataan Pengerusi ASEAN baru-baru ini mengenai keadaan di Negeri Rakhine, dengan mengatakan langkah itu sebagai satu langkah yang penting dan perlu untuk menggesa tindakan yang lebih ketara oleh blok serantau itu untuk menangani krisis yang semakin meningkat di Myanmar.

"Pendirian tegas Menteri itu patut dipuji, dan beliau layak dipuji mengambil risiko untuk mengatakan apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Rakhine dan apa yang perlu dilakukan mengenainya," kata Charles Santiago, Ahli Parlimen Malaysia dan Pengerusi Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR). "Penekanan yang tidak wajar ASEAN terhadap konsensus menjejaskan keupayaan blok serantau itu untuk bertindak tegas dan menghadapi realiti yang berlaku di Myanmar. Ia juga menunjukkan kekurangan kepimpinan rasmi ASEAN mengenai isu ini. "

Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman, mengambil langkah luar biasa pada hari Ahad untuk mengeluarkan kenyataannya yang tersendiri selepas pertemuan menteri luar ASEAN di luar Perhimpunan Agung PBB di New York. Kenyataannya mengkritik Kenyataan Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan oleh Setiausaha Luar Filipina Alan Peter Cayetano susulan mesyuarat itu, memanggilnya sebagai "kegagalan mencerminkan realiti keadaan." Anifah berkata kebimbangannya tidak diambil kira dalam proses merangka Kenyataan Pengerusi, dan menekankan, khususnya, kegagalannya untuk secara khusus menyebut Rohingya, lebih dari 430,000 orang yang telah melarikan diri ke Bangladesh sejak permulaan "operasi pembersihan" tentera Myanmar pada akhir bulan Ogos.

Kenyataan dari Malaysia menyeru kerajaan Myanmar "untuk menamatkan keganasan, menghentikan kemusnahan hidup dan harta benda, membenarkan akses segera tanpa halangan untuk penyampaian bantuan kemanusiaan kepada Rohingya dan semua komuniti yang terjejas, dan untuk menyelesaikan masalah pelarian Rohingya." Ia juga menggambarkan operasi ketenteraan di Negeri Rakhine sebagai "tidak adil."

APHR berkata kenyataan itu menekankan maklumat kritikal yang tidak dimasukkan dalam Kenyataan rasmi Pengerusi dan merupakan suara penting dari dalam ASEAN yang menggesa untuk tindakan selanjutnya. Gabungan ahli parlimen itu menggesa kerajaan-kerajaan ASEAN yang lain untuk mengambil tindakan yang sama untuk menangani krisis di Rakhine.

"Ini bukan lagi masalah Myanmar sahaja dan mempunyai kemungkinan besar menjejaskan seluruh rantau. ASEAN tidak boleh terus mengambil ringan mengenai isu keganasan yang disasarkan terhadap etnik Rohingya di Myanmar," kata Santiago. "Dasar tidak campur tangan – yang sentiasa dipetik oleh kerajaan Myanmar secara konsisten apabila tragedi ini terbongkar - sekali lagi telah terbukti menjadi alat untuk regim gunakan untuk menyelamatkan diri mereka apabila mereka menganiaya rakyat mereka sendiri dan melakukan kekejaman."

Perselisihan antara kerajaan anggota mengenai tindak balas ASEAN terhadap krisis itu juga menunjukkan keperluan mendesak untuk membenarkan penyiasat bebas menilai keadaan dan menyiasat fakta-fakta, kata APHR.

"Jika pihak berkuasa Myanmar ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku, mereka harus membenarkan kemasukan penyiasat yang tidak berat sebelah dari misi pencari fakta yang diperintahkan PBB, serta pemerhati lain dari badan-badan serantau yang relevan," kata Ahli Lembaga APHR Eva Kusuma Sundari, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

"Kerajaan Myanmar tidak boleh terus menentang pencirian masyarakat antarabangsa mengenai krisis itu sambil menolak semua laporan antarabangsa yang boleh dipercayai dan mengatakan ianya adalah 'berita palsu'. Ia mesti mempromosikan keterbukaan kepada penyiasatan antarabangsa," tambah Sundari.

Ahli Parlimen juga menggesa kerajaan Malaysia supaya melakukan tindakan konkrit susulan kata-kata yang tegas itu yang akan menyokong bantuan kepada beribu-ribu etnik Rohingya yang berisiko, termasuk yang sudah ada di Malaysia, dengan menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan memastikan semua etnik Rohingya dan pelarian lain di Malaysia mendapat perlindungan dan akses kepada perkhidmatan yang secukupnya.

"Kementerian Luar Malaysia telah menetapkan satu standard yang tinggi dengan kenyataan yang tegas mengenai krisis Rohingya. Sekarang kementerian lain mesti ikut serta mempamerkan konsistensi dan kepaduan dasar dalam keseluruhan kerajaan Malaysia," kata Ahli Lembaga APHR, Teddy Baguilat, ahli Dewan Perwakilan Rakyat Filipina.

"Kata-kata adalah penting, tetapi terdapat juga tindakan dasar konkrit yang boleh diambil oleh pihak berkuasa Malaysia di negaranya untuk memastikan Rohingya dan pelarian lain yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar dilindungi."

Link asal artikel:
http://aseanmp.org/2017/09/26/regional-mps-praise-malaysias-strong-stance-on-rohingya-crisis/

PPBM, Bila Tong Sampah Tendang Keluar Sampah



Orang yang sudah keluar PPBM gelar mereka yang masih berada dalam parti itu sebagai keldai, anjing, lembu dan lanun. Itulah gelaran yang diberikan oleh Ainina, bekas Ketua Srikandi PPBM.

Manakala, Mahathir pula gelar orang yang sudah keluar itu sebagai sampah sahaja bagi dirinya dan partinya.

“Kita (PPBM) sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih (bagus),” kata Mahathir ketika berceramah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada 22 September 2017.

Ini bukan kali pertama Mahathir menggelar orang dengan gelaran sampah. Mahathir mungkin sudah lupa, pada 1 November 2000, Mahathir pernah gelar Ezam Mohd Noor sebagai sampah.

“Apabila mereka berada di sana, golongan itu mungkin mendapati mereka dianggap sebagai sampah masyarakat dan dipandang hina kerana warna kulit yang berbeza” kata Mahathir kepada Ezam Mohd Noor. Mahathir marah kerana Ezam Mohd Noor ke Amerika Syarikat dan Eropah pada masa itu untuk desak campurtangan dari luar.

Hari ini, Ezam turut sama dalam senarai nama yang sudah keluar daripada PPBM. Mereka yang telah menarik diri daripada menyertai PPBM selain Ezam adalah Hamidah Osman, Anina Saadudin, Kamarul Habibur Rahman dan Hasnita Hishamudin.

Dah tahu dulu Ezam itu sampah, yang tong sampah pergi kutip masuk PPBM buat apa? Sekarang ini gelar semula mereka yang keluar itu sampah semula. Mudah sangat strategi Mahathir mengendalikan parti barunya ini.

Kalau tidak suka, tendang keluar dan anggap sampah. Kalau ada duit hilang cakap sahaja “tidak tahu”. Sampai ke hari, ramai masih belum mengetahui berapa sebenarnya jumlah ahli PPBM ?

Kalau benar, yang masih berada dalam PPBM adalah bukan sampah, mungkin sudah lama Mahathir dan Syed Saddiq akan umumkan jumlah keahlian mereka.
“Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam BERSATU itu sendiri. Benarkah yang keluar itu sampah, atau yang tinggal itu sampah?”: kata Cikgu Kamarul bila Mahathir gelar mereka yang keluar PPBM sebagai sampah.

Mereka yang keluar dikatakan sampah kerana sayangkan anak emas. Siapa agaknya anak emas Mahathir dalam PPBM. Tidak lain tidak bukan, semua sudah boleh meneka orang itu sudah pastilah Mukhriz dan Syed Saddiq.

Orang yang bertanya soalan mengenai kekayaan Mukhriz itulah yang menjadi sasaran baling kerusi semasa program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam. Anak emasnya tidak boleh disentuh langsung.

Mereka yang cuba pertikai dan tegur, terus akan kena pecat dari PPBM. Bukan sedikit yang sudah keluar. Ramai yang sudah keluar. Beruang Biru ada menulis tentang keadaan parti PPBM yang hendak karam ini. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/ppbm-kini-umpama-kapal-yang-sedang-karam.html

Mahathir sudah tidak peduli lagi parti yang dibuatnya itu. Bila tidak ada sambutan dan gagal menarik ramai ahli, Mahathir sudah sedia “Plan B” untuk menjadikan anak emasnya iaitu Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Mukhriz mungkin bertanding atas tiket parti lain untuk membolehkan cita cita Mahathir tercapai. Muhyiddin yang menjadi Presiden PPBM pun, Mahathir anggap macam tidak wujud sahaja. Hanya jadi lebai malang sahaja.

Muhyiddin sudah lama pun ditanam sebagai sampah oleh Mahathir dalam PPBM. Sekadar melukut di tepi tong sampah sahajalah dalam PPBM. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/01/mahathir-membunuh-karier-politik.html#.Wcm_P8Zx3IU

Parti yang dibuat secara tidak ikhlas dan agenda peribadi tidak akan pergi jauh dan ke mana mana. Walaupun baru berusia setahun sejak diluluskan penubuhan oleh ROS, PPBM nampaknya sudah kucar kacir dan berkemacuk.

PPBM yang hanya ada kerusi dan belum pun diuji dalam mana mana pilihan raya kecil atu pilihan raya umum nampaknya sudah pun hampir tenggelam.  Kapal yang belum belayar tetapi sudah hendak tenggelam.

Mereka yang ada di dalam diumpamakan seperti binatang dan lanun oleh Ainina. Mereka yang keluar parti dikatakan sebagai sampah oleh Mahathir.

PPBM kini berstatus tenat. Tidak ada nampak pun di mana mana ada lagi sampah baru yang mahu menjadi ahli kepada PPBM. Tidak ada. Ramai yang sudah sedar tidak ada gunanya masuk ke dalam tong sampah.

PPBM hanyalah parti untuk memecah belahkan orang Melayu sahaja. PPBM bolehlah disingkatkan dengan nama baru iaitu “Parti Pemecah Belah Melayu”, PPBM. Ini nama yang sesuai untuk parti baru Mahathir ini.

Sampah sampah yang PPBM ini eloklah dikutip oleh Azmin. Boleh telefon Azmin Ali untuk kutip tong sampah ini.  Azmin pernah kata “kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda ‘text’ saya”.


Tulisan:
Beruang Biru
BB591, Selasa
26 September 2017

Duit Hilang RM32 Billion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi


Mahathir ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?

Tiada, tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata "tidak tahu". Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.

Bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.

"Adakah ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?"
tuduh Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.

Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.

Tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Mahathir pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak bagi rakyat marah.

“Semalam saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri Najib.

Mengapa perlu beli yang baru? Ini kerana,
banyak kapal terbang MAS yang sedia ada bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara "aircraft leasing".

Cuba tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata "tidak tahu".

MAS alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil "Wide Asset Unbundling" (WAU) dijalankan pada tahun 2002.

Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.

PMB yang memiliki kapalterbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep "leasing".

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat "aircraft leasing".

Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai "aset-light" dengan menggunakan konsep "aircraft leasing".

Tetapi kini, Mahathir dan orang orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.

Masa zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba "tidak tahu"?

Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah "aircraft leasing" ini.

Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat "aircraft leasing" bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.

Mahathir dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang.

"Jarak luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur" kata Peter Bellew.

Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja.

"Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

Hanya dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh pula buat tidak tahu.

6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB590, Selasa
26 September 2017

Dana KWSP Meningkat Selepas Zaman Mahathir

Selepas krisis Ekonomi pada tahun 1998 dan Mahathir menambat mata wang, dividen KWSP sebahagian besarnya berada dalam trend menurun.

Ia pulih sedikit selepas Najib menjadi PM meskipun mengalami kemelesetan global yang dasyat.

Ia turun sedikit pada tahun lepas pada 5.7% tetapi mengatasi banyak syarikat unit amanah dan kumpulan wang simpanan - dan masih jauh lebih tinggi daripada 3 tahun terakhir Mahathir sebagai PM.

Tahun ini, pendapatan KWSP telah naik semula dengan pemulihan pasaran dan dividen sepatutnya lebih tinggi.

Malah, peraturan umum pelaburan adalah semakin besar saiz dana, semakin sukar untuk membuat pulangan purata.

Semakin besar saiz dana anda, semakin sukar untuk mencari peluang pelaburan yang memberikan pulangan melebihi purata - itu adalah logik dan asas statistik.

Saiz dana KWSP telah meningkat dengan pesat sejak masa Mahathir. Pada akhir tahun 2003, ia adalah RM219 bilion. Hari ini, ia adalah RM760 bilion.

Saya tidak faham mengapa ada orang yang mengatakan bahawa 5.7% KWSP tahun lepas dianggap rendah apabila ianya adalah satu pulangan yang sangat baik untuk dana saiz ini yang dijamin dengan modal dan adalah jauh lebih baik daripada kebanyakan kumpulan wang simpanan di dunia.

---
Sejarah kadar dividen:
http://www.kwsp.gov.my/portal/en/about-epf/investment-highlights/dividend-rates

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2049404031945047&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

25 Sep 2017

Mahathir Alasan Apa Lagi Nak Diberikan Pada Sarawak?


Oh wow ... Mahathir sedang berucap secara langsung di Kuching sekarang dan beliau berkata bahawa beliau terikat kerana Akta Pembangunan Petroleum telah dirangka dan diluluskan sebelum masanya maka beliau tidak boleh berbuat apa-apa mengenai royalti atau dana yang diberikan kepada Sarawak.

Ini mungkin adalah alasan yang paling tidak munasabah yang pernah saya dengar - lebih baik anda katakan "Aku Tak Tahu" sebagai alasan anda sebaliknya.

Anda mempunyai 2/3 majoriti sepanjang masa anda berkuasa dan boleh dengan mudah memansuhkan undang-undang itu jika anda fikir ia tidak adil.

Malah, PDA TIDAK membatasi berapa banyak wang yang dapat disalurkan kembali ke Sarawak dalam bajet setiap tahun atau meluluskan projek pembangunan untuk Sarawak.

Anda juga tidak perlu mahu melawat Sarawak. Malah, hanya beberapa orang sahaja yang boleh ingat kali terakhir anda melawat Sarawak sebelum hari ini.

Najib juga terikat oleh akta PDA yang sama tetapi itu tidak menghalangnya daripada kerap melawat Sarawak, bekerja lebih dekat dengan Kerajaan Sarawak, memberikan lebih banyak autonomi kepada Sarawak, menjual Bakun kembali kepada mereka, meluluskan dan membiayai Lebuhraya Pan Borneo dan memperuntukkan lebih banyak dana ke Sarawak.

AKU TAK TAHU LAH, Mahathir jika ini adalah alasan-alasan tidak munasabah yang anda mahu berikan kepada rakyat Sarawak.

Anda harus berhenti membiarkan DAP menulis ucapan anda kerana alasan "Bukan salah saya tetapi salah Kerajaan BN yang sebelumnya" yang banyak digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tidak lagi laku.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/