Bujang Senang

Bujang Senang

24 Jan 2016

Masir khianati parti PRS.

Nak pasang ayam sabong agak-agaklah. Nak lawan biarlah bertempat. Jangan sabong belum bermula, ayam sudah cabut.

Wakil rakyat yang sah masih disokong rakyat. Rakyat memerlukan khidmat YB diteruskan lagi pada pilihanraya kali ini. Sokongan padu harus diberikan agar parti dan Barisan Nasional memperolehi kejayaan.

MP patut membantu Adun untuk menarik pengundi untuk memenangkan parti. Bukan mensabotaj Adun.

YB Snowdan telah bekerja keras membela rakyat kawasan. Yang peliknya MP seolah-olah hendak menggagalkan Snowdan untuk bertanding semula.

Setiap program kawasan MP Masir Kujat akan turun padang bersama seseorang yang boleh dikatakan sebagai ayam sabong. Ada yang menyatakan program yang dianjurkan oleh MP Masir mempunyai agenda untuk menyingkirkan Snowdan.

Tindakan Masir memang tidak sepatutnya berlaku kerana Ketua Menteri pernah menyatakan bahawa jangan ada unsur sabotaj dalam parti. Masir yang telah begitu lama dalam politik seharusnya menunjukkan sikap ahli politik yang profesional.

Keadaan sebegini akan menjejaskan reputasi parti. Masir perlu sedar kekuatan sesebuah parti adalah persepakatan antara pemimpin dan ahlinya.

Ternyata Masir tidak mentaati parti dalam hal sebegini. Hanya memikirkan kepentingan peribadi dan membelakangi keputusan parti. Pemimpin sebegini harus tidak ada dalam parti dan rakyat seharusnya menolak kehadiran program MP yang memperkenalkan calon yang beliau pilih.

Related Posts:

  • Bantuan khas RM450 kepada penjawat awam Pejabat Perdana Menenteri semalam telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM450 kepada penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah yang berjumlah hampir 1.5 juta orang. Pemberian itu adalah sempena persia… Read More
  • Anwar Lagi Berkuasa Dari Mahathir? Nampak macam itu sekarang, biar pun tiada dalam kabinet tetapi kuasa Anwar itu nampak. Anwar nampak bawa watak baik, runding dan jumpa orang berbanding Mahathir yang kini bawa watak dendam dan antagonis. Isu pelantikan Pegua… Read More
  • BN Sarawak Bentuk Pakatan Baru GPS BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit dan membentuk pakatan baru dikenali sebagai "Gabungan Parti Sarawak" (GPS). Semasa mengumumkan langkah itu Ke… Read More
  • Aidilfitri Tahun Ini Paling Suram Sekali Keadaan di Putrajaya bagaikan dilanggar garuda. Semua orang nampak monyok dan tiada berdaya. Buffet di hotel hotel tiada sambutan. Di Bazar sepi, di Alamanda sepi, di mana mana pun macam tidak berseri lagi. Apa sudah jadi? … Read More
  • Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir PADA malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah hilang dari pand… Read More

0 komentar: