Trend memburuk-burukkan Malaysia di luar negara sudah terjadi sejak sekian lama. Ketaksuban ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia punca trend tersebut berlaku. Kelemahan pembangkang apabila tidak dapat majoriti undi pada pilihanraya yang berjalan secara demokrasi menyebabkan mereka mengambil jalan kotor.
Kesan trend tersebut ekonomi Malaysia mula merudum disebabkan ketidak percayaan pelabur terhadap Malaysia. Pelabur mula mengambil sikap berhati-hati. Kejatuhan harga komoditi berlaku. Begitulah hebatnya kesan memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia.
Pihak luar pula mengambil kesempatan membuat spekulasi negatif terhadap Malaysia. Ditambah dengan maklumat tidak sahih dari dalam negara yang menguatkan serangan dari pihak luar. Justeru tekanan terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi.
Lihat bagaimana peranan ahli-ahli politik pembangkang seperti DAP menjaja keburukan Malaysia di luar negara. Dah jelas dan secara terangan rakyat Malaysia mengetahui tindakan tersebut, namun masih ramai yang menyalahkan kerajaan dalam perkara tersebut.
Hakikatnya kerajaan Malaysia terus merancang perjalanan ekonomi secara tersusun. Disebalik cubaan mensabotaj ekonomi Malaysia oleh pihak pembangkang, pertumbuhan ekonomi Malaysia tahap 4%-5% setiap tahun membuktikan Kerajaan mampu menangani dugaan yang mendatang.
Andai tiada pensabotaj ekonomi berlaku kemungkinan Malaysia sudah mencapai negara berpendatan tinggi dan maju lebih awal. Gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang, kerajaan Malaysia terpaksa menongkah arus secara perlahan-lahan. Memang jelas pembangkang di Malaysia tidak sama dengan pembangkang di luar negara. Pembangkang di Malaysia lebih gemar bermain persepsi kotor demi kerakusan hendak menguasai Malaysia.
0 komentar:
Catat Ulasan