Bujang Senang

Bujang Senang

26 Feb 2016

Kamek Anak Sarawak Sayang CM Adenan



Rakyat Sarawak amat memahami apa yang menjadi aspirasi dan iltizam Ketua Menteri Sarawak. Daya usaha beliau sebagai pemimpin terserlah apabila setiap yang dikatakan pasti akan dikota. Menepati janji dan tidak meminggir hak kaum yang berbilang bangsa dan agama di Sarawak. 

Apa yang diperkatakan oleh Adenan cukup jelas dan realitinya tetap menjadi kenyataan. Berikut apa yang dikatakan oleh Adenan yang akan menjadi titik tolak kepimpinan beliau. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melahirkan keyakinan bahawa kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kualiti kepimpinan dan sokongan padu rakyatnya. Katanya sokongan padu rakyat pula perlu berteraskan faktor keupayaan pemimpin untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan sistem negara dan masyarakat. 

“Semua ini jelas sekali memperlihatkan kebergantungan kepada ketokohan pemimpin dan corak kepimpinannya yang sentiasa memperbaiki diri serta mudah menerima pandangan bawahan daripada aspek ilmu pengetahuan serta amalan beragama. 

“Pada masa sama, seorang pemimpin yang berjaya haruslah mempunyai sifat jujur, adil, berakhlak selain kebijaksanaan dalam mengatur strategi dan penggunaan segala sumber dan kekuatan negara sedia ada,” katanya. 

Tambah beliau, dalam memastikan kejayaan negara dan negeri yang ditadbir, sifat jati diri tidak hanya tertumpu kepada kualiti kepimpinan semata-mata, bahkan hendaklah dijadikan budaya yang berakar umbi dalam masyarakat yang dipupuk dari awal lagi. 

Adenan berkata, ia termasuk pembudayaan kualiti asas meliputi sikap amanah, integriti, berilmu, berkemahiran dan sikap positif yang memacu ke arah pembangunan dan kejayaan negeri.

Oleh sebab itu Ketua Menteri Sarawak semakin disayangi oleh rakyat Sarawak. Ketegasan dan komitmen beliau untuk membangunkan keseluruhan negeri Sarawak lebih-lebih lagi kawasab luar bandar agar penduduk luar bandar dapat menikmati pembangunan seperti masyarakat bandar nikmati.

0 komentar: