Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

8 Feb 2017

#PrkTjgdatu: Hospital Lundu Dikenal PAsti Salah Satu Hospital Bina Semula






Hospital Lundu telah dikenal pasti sebagai hospital yang di beri  keutamaan untuk dibina semula dan  memerlukan perhatian segera dari kerajaan tempatan di samping hospital Sri Aman, Bau dan Lawas, “ kata Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

"Kita masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia.Tapi kami akan terus berjuang untuk mengubahsuai beberapa hospital lama di negeri ini dan Hospital Lundu adalah pasti salah satu daripadanya, "kata Dr Sim memberitahu media semasa tinjauan mesra di Lundu semalam.

Beliau berkata perhatian segera diperlukan untuk Hospital Lundu yang dibina pada tahun 1965 kerana bangunan itu semakin uzur.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Sim berkata usaha menaik taraf Hospital Umum Sarawak (HUS) juga diperlukan kerana peningkatan jumlah pesakit.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf itu termasuk tempat letak kereta lama, lapan dewan bedah, empat lif dan tambahan 80 katil.

Semasa tinjauan mesra itu, Dr Sim yang juga Presiden Parti (SUPP) Rakyat Bersatu Sarawak, berkata rakyat pasti akan mendapat manfaat jika Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil itu, 'kerana hanya BN mampu membawa lebih banyak pembangunan ke daerah itu.

Azizul Adenan anak kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bekas ketua menteri dan penyandang Tanjong Datu dan ahli SUPP yang lain adalah diantara yang mengiringi Dr Sim semasa tinjauan mesra itu.

"Sebagai sebuah parti komponen BN, kita di SUPP akan pergi sekitar pasar Lundu untuk bertemu rakyat dan menggesa mereka untuk menyokong calon BN Datuk Amar Jamilah Anu, yang diwakili oleh Azizul hari ini supaya legasi Adenan di Lundu diteruskan, "kata Dr Sim.

Semasa tinjauan mesra itu, Dr Sim mengambil masa untuk bercakap dengan penduduk tempatan sebelum menjawab soalan daripada pihak media.

Pilihan raya kecil Tanjong Datu akan diadakan pada 18 Feb berikutan kematian Adenan pada 11 Januari dan Datuk Amar Jamilah telah dipilih sebagai calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Adenan telah berjaya mempertahankan kerusi itu sejak 2006.

Sementara itu, Azizul berkata, selain membantu jentera BN, keluarganya juga telah menggunakan media sosial untuk mendekati pengundi.

Ibunya Jamilah tidak dapat turut serta dalam kempen kerana dia masih dalam tempoh berkabung 130 hari selepas kematian suaminya.

7 Feb 2017

#PRKTjgDatu : Kak Milah Calon Kegemaran Penduduk Tanjung Datu



Sebaik sahaja nama Puan Sri Hajah Jamilah Anu diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg, ramai yang menganggap "Kak Milah" adalah yang paling layak menggantikan Allahyarham suaminya, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

Manakan tidak, Kak Milah adalah individu yang kerap berada di sisi Allahyarham dalam banyak majlis dan program yang dianjurkan di sana. Sikap lemah lembut Kak Milah serta amat mudah mesra dengan rakyat, antara perkara yang cukup dikenang oleh penduduk di Tanjung Datu.

Disamping menemani Allahyarham suaminya di sana, Kak Milah juga kerap turun padang dan menghadiri jemputan daripada warga setempat.

Ini menjadikan Kak Milah sebagai seorang yang cukup mudah didekati dan cukup mesra dengan penduduk setempat.

Dengan mengambil kira hubungan rapat Kak Milah dengan Allahyarham suaminya yang merupakan ADUN di Tanjung Datu untuk 2 penggal, pastinya ramai yang berharap agenda pembangunan yang telah dirangka oleh Tok Nan, dapat diterjemahkan oleh Kak Milah nanti.

Harus diakui, masih banyak ruang pembangunan yang boleh dilakukan di DUN ini. Sudah pasti, Allahyarham telah merangka pembangunan yang ingin dilakukan di DUN ini dan inilah peluang terbaik buat Kak Milah (panggilan manja penduduk setempat) untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tok Nan.

Bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat namun, dengan pengalaman yang diraih Kak Milah bersama-sama Tok Nan serta dengan bantuan peduduk sekitar, Puan Sri Hajah Jamilah Anu merupakan calon terbaik untuk mentadbir dan seterusnya menyambung legasi yang ditinggalkan oleh Tok Nan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB267, Selasa
7 Februari 2017

Kehilangan Wang Dalam Forex: Kabinet Perlu Tubuh Suruhanjaya Di Raja



Mesyuarat Kabinet esok perlu mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja menyiasat kerugian wang negara dalam “perjudian tukaran asing” 1993.Suruhanjaya ini penting bagi menentukan berapakah kerugian sebenar Bank Negara Malaysia (BNM) dan mengapa bank pusat ini melakukan urusniaga tukaran asing secara robust dan besar-besaran.


Media asing ketika itu mendakwa BNM merupakan bank pusat paling aktif dalam pasaran tukaran asing.

Bagaimanakah sebuah negara sekecil Malaysia menjadi negara paling aktif membuat permainan berisiko dalam Forex sangat misteri.

Tambah misteri apabila sebelum ini kita dimaklumkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah kerugian RM 9 bilion hanyalah kerugian atas kertas.

Sebenarnya tidak ada terma “kehilangan atas kertas” dalam permainan Forex seperti pasaran saham biasa. Dalam Bursa Saham kita ada kerugian atas kertas kerana nilai saham jatuh tapi jumlah saham tidak hilang. Namun dalam pasaran Matawang kerugian itu adalah kerugian sebenar tanpa kemungkinan mendapat semula pulangan.

Bank Negara telah menjalankan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank negara, dengan kata lain memperjudikan kestabilan ekonomi negara dengan menggunakan rizab wang bank negara sehingga kerugian berpuluh billion ringgit dan menyebabkan krisis ekonomi terburuk negara dan beratus ribu orang hilang kerja.

Dalam masa yang sama bekas Naib Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Murad Khalid mendakwa jumlah kerugian sebenar jauh lebih banyak dari yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim iaitu sekitar RM 30 – 40 bilion

Atas sebab itu, kita mahu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat dan mencari punca kerugian terbesar ini.

Adakah terdapat individu dalam kerajaan yang membuat keuntungan melalui tindakan agresif BNM ini?

Ini bukan soal mahu menghukum sesiapa, namun sebagai sebuah negara yang mahu maju ke depan soal kerugian seperti ini harus dicari punca dan ditentukan kerugian sebenar bagi menjadi pedoman masa depan.

Oleh Amin Yatim

#PrkTjgDatu: Bunga Rafflesia Mewarnai Kempen PRK Tanjong Datu






Pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu yang bermula 4 Febuari 2017 menjanjikan satu kelainan untuk mereka yang datang berkempen atau sengaja berkunjung untuk melihat kemeriahan kempen kawasan yang di wakili oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan sekarang sedang dalam hari ke empat berkempen Datuk Amar Jamilah Haji Anu yang akan bertanding atas tiket BN/PBB bagi menggantikan Allahyarham kerana berpeluang melihat bunga Rafflesia yang merupakan spesis endemik Sarawak dan merupakan bunga yang terbesar dunia mekar bermula semalam dan dijangka proses mekar itu akan berlangsung selama enam hari hingga jumaat.

Di percayai hari pertama bunga itu mekar memang menakjubkan tapi untuk hari kedua dan ke enam proses mekar itu berlangsung ,warna dan kelopaknya akan berubah setiap hari.

Untuk peminat alam semulajadi ini satu peluang yang jarang ditemui tapi dengan mengunjungi Taman Negara Gunung Gading impian itu akan terlaksana .Pengunjung hanya perlu berjalan selama kira-kira 400 meter atau 25 minit dari Pejabat Taman Negara sebelum tiba di patch Rafflesia dan menyaksikan sendiri proses itu.

Bunga rafflesia Taman Negara Gunung GAding ini dikatakan telah berbunga sebanyak enam kali, empat kali pada bulan Januari dan setakat ini dua kali dalam bulan ini di tapak TAman Negara Gunung Gading yang meliputi 4196 hektar yang telah diwartakan pada tahun 1983. 

Sementara itu dengan tempoh kempen tinggal 11 hari, pergerakan kempen setakat ini belum lagi terasa bahangnya .Di jangka kan kempen akan menjadi panas bermula minggu depan dengan jangkaan lebih ramai pemimpin negeri dan pemimpin pusat akan turun untuk membantu.


Calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu yang ditentang  calon PBDS baharu Rapelson Richard Hamit dan State Reform Party Sarawak (Star) Johnny Bob Aput dijangka tidak berdepan masalah besar untuk memenangi kerusi itu pada 18 Februari.

Pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri 7 Mei lalu diadakan susulan pemergian Adenan pada 11 Januari.






6 Feb 2017

#PrkTjgDatu: BN Mulakan Perang






Pekan Lundu akan dihiasi dengan beribu-ribu bendera dan poster BN-PBB sebagai kempen Pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu yang secara rasmi telah memasuki hari ketiga hari ini.

Dianggarkan 10,000 poster dan 12,000 bendera akan dipasang di jalan-jalan mulai hari ini sebagai alat berkempen untuk Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu, yang bertanding sehingga 18 Feb di bawah tiket BN-PBB dalam persaingan tiga penjuru.

Ketika ditemui di pusat operasi pilihan raya PBB semalam, Pemangku Ketua PBB Cawangan Tanjong Datu Abu Seman Karim berkata mereka akan mula mengedarkan bahan kempen kepada semua 37 cawangan  BN (PRS, SPDP, SUPP) mulai hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja untuk meletakkan poster dan bendera akan diterajui oleh sayap Pemuda PBB Tanjong Datu manakala kempen pintu ke pintu untuk bertemu rakyat di akar umbi  akan dijalankan oleh sayap Wanita PBB bersama-sama dengan ahli-ahli lain parti-parti komponen BN.

"Kempen pintu ke pintu kami adalah untuk memastikan bahawa jumlah yang keluar mengundi pada hari mengundi (18 Feb) akan meningkat," katanya.

Beliau juga berkata pelbagai aktiviti dan program kempen telah digariskan dan mereka sedang menunggu lampu hijau daripada pengarah kempen pilihan raya kecil mereka Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang juga Ahli Parlimen Santubong.

Berbeza dengan calon BN Datuk Amar Jamilah , calon dari Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Aput, bagaimanapun, akan mengambil pendirian yang berbeza pada kempennya kerana parti itu tidak akan menggunakan pendekatan perang poster dan lebih suka berkempen dari pintu ke pintu.

"Oleh kerana bajet yang terhad, kami hanya akan berkempen dari pintu ke pintu dan mungkin hanya menggunakan satu atau dua poster gergasi untuk kempen," kata Presiden STAR Lina Soo memetik kenyataannya di Borneo Post semalam.

Lawan lain, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), hanya akan gunakan perang poster pada 8 Februari kerana poster dan bendera masih dalam peringkat reka bentuk dan percetakan.

"Kami akan mengadakan mesyuarat malam ini (Ahad) dan membuat keputusan mengenai kaedah berkempen kami di Tanjong Datu. Parti itu akan berada di kawasan berkuat kuasa sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang, "katanya.

Semalam, jalan-jalan di Lundu kembali normal setelah kesesakan di jalan utama ke Kuching dan jalan-jalan kampung pada hari penamaan calon pilihan raya kecil itu pada Sabtu yang menyaksikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman di Dewan Suarah Lundu.

5 Feb 2017

#PrkTjgDatu :Video Pemuda PBB Tanjong Datu Beri Sokongan Padu Kepada Datuk Amar Jamilah





PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Jamilah, Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput dari Parti Reformasi Negeri (Star).

Untuk memastikan usaha memfokuskan meningkatkan peratusan pemilih keluar mengundi pada Pilihan raya kecil(PRK) pada 18 Feb ini , Pergerakan Pemuda Bumiputera Bersatu (PBB) akan berkampung di Lundu .

Manakala Ketua Pergerakan Pemuda Tanjong Datu , Haji Jamsari Ahmad ketika ditemui menyatakan akan memberi sokongan padu kepada Datuk Amar Jamilah Haji Anu sebagai calon Barisan Nasional .

“Kita akan memberi sokongan penuh kepada Yang Berbahagia Datuk Amar Jamilah Haji Anu dan yang pastinya banyak perancangan yang akan dilakukan dan di antara lainnya bergerak dari kampung ke kampung dan dari ranting ke ranting untuk mengajak pemuda sekurang-kurangnya memasang poster dan juga bendera di kampung-kampung untuk mengangkat semangat pengundi muda dan memberi sokongan padu kepada Datuk Amar Jamilah”, katanya.

Ketika di tanya, apa harapan pemuda di kawasan itu yang tak tertunai lagi oleh Allahyarham Tan Sri Adenan  yang perlu diteruskan?

Beliau menjawab, “Tok Nan telah pun menunaikan janjinya untuk memastikan agar pemuda di kawasan Tanjong Datu  untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemuda di kawasan lain,” katanya.

“Banyak peruntukan untuk membuat gelanggang telah di agihkan untuk ranting dan kampung-kampung.Sememangnya kita sedia maklum Allahyarham Tok Nan memang menitik berat pembangunan luar bandar .Untuk kawasan Tanjong Datu ini paling utama.Kerana itu banyak pembangunan belia telah dilakukan seperti membuat gelanggang badminton dan futsal ,” tambahnya lagi.

#PrkTjgDatu: Biodata Calon PRK Tanjong Datu



CALON BARISAN NASIONAL
Nama : Datuk Amar Jamilah Haji Anu
Umur: 62 tahun
Tarikh Lahir: 14 Ogos 1955
Asal: Bau, Sarawak
Kerjaya: Surirumah/Pengarah Yayasan Jaznan
Kelayakan Akademik: Diploma Sains Kesetiausahaan (Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah)
Aktiviti Kemasyarakatan:
Penaung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Penaung Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akak (PERKATA)
Penaung Persatuan Pengasuh & Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung Sarawak
Pengerusi Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Isteri Sarawak (SABATI)





CALON STAR
Nama : Johnny anak Aput
Tarikh Lahir : 22 Sep 1962
Tempat Lahir : Kuching, Sarawak
Umur : 55 Tahun
Pekerjaan : Bekerja Sendiri
Kelulusan : Tal
Pengalaman/Penglibatan : Pengerusi Parti STAR
Status : Berkahwin
Alamat : 94300 Serian Sarawak


CALON PARTI PBDS BARU
Nama : Rapelson Richard Hamit
Tarikh Lahir : 13 April 1986
Tempat Lahir : Kuching, Sarawak
Umur : 31 Tahun
Pekerjaan : Aktivitis Hak Asasi Manusia NCR/GIS And Remote Sensing Officer
Kelulusan : Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian ( Kajian Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan) Universiti Malaysia Sarawak
Pengalaman/Penglibatan :
(1) Aktivitis Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
(2) Mantan Ketua Penerangan STAR
Status : Berkahwin
Alamat : Jalan Kuching / Serian, 94200 Kuching, Sarawak.

1 Feb 2017

#PrkTjgDatu Video:Pengumuman Calon BN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu



Puan Sri Jamilah Haji Anu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.3 Tanjong Datu.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg membuat pengumuman itu pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dekat sini sebentar tadi.

Puan Sri Jamilah merupakan balu kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Beliau dilahirkan di Bau pada 14 Ogos 1955, berkelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)Sabah.

Selain aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, Jamilah merupakan Pengarah Yayasan Jaznan, Penaung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Penaung Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akak (PERKATA), Penaung Persatuan Pengasuh & Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung Sarawak.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari, manakala hari penamaan calon pada 4 Februari.