Bujang Senang

Bujang Senang

7 Feb 2017

#PrkTjgDatu: Bunga Rafflesia Mewarnai Kempen PRK Tanjong Datu






Pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu yang bermula 4 Febuari 2017 menjanjikan satu kelainan untuk mereka yang datang berkempen atau sengaja berkunjung untuk melihat kemeriahan kempen kawasan yang di wakili oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan sekarang sedang dalam hari ke empat berkempen Datuk Amar Jamilah Haji Anu yang akan bertanding atas tiket BN/PBB bagi menggantikan Allahyarham kerana berpeluang melihat bunga Rafflesia yang merupakan spesis endemik Sarawak dan merupakan bunga yang terbesar dunia mekar bermula semalam dan dijangka proses mekar itu akan berlangsung selama enam hari hingga jumaat.

Di percayai hari pertama bunga itu mekar memang menakjubkan tapi untuk hari kedua dan ke enam proses mekar itu berlangsung ,warna dan kelopaknya akan berubah setiap hari.

Untuk peminat alam semulajadi ini satu peluang yang jarang ditemui tapi dengan mengunjungi Taman Negara Gunung Gading impian itu akan terlaksana .Pengunjung hanya perlu berjalan selama kira-kira 400 meter atau 25 minit dari Pejabat Taman Negara sebelum tiba di patch Rafflesia dan menyaksikan sendiri proses itu.

Bunga rafflesia Taman Negara Gunung GAding ini dikatakan telah berbunga sebanyak enam kali, empat kali pada bulan Januari dan setakat ini dua kali dalam bulan ini di tapak TAman Negara Gunung Gading yang meliputi 4196 hektar yang telah diwartakan pada tahun 1983. 

Sementara itu dengan tempoh kempen tinggal 11 hari, pergerakan kempen setakat ini belum lagi terasa bahangnya .Di jangka kan kempen akan menjadi panas bermula minggu depan dengan jangkaan lebih ramai pemimpin negeri dan pemimpin pusat akan turun untuk membantu.


Calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu yang ditentang  calon PBDS baharu Rapelson Richard Hamit dan State Reform Party Sarawak (Star) Johnny Bob Aput dijangka tidak berdepan masalah besar untuk memenangi kerusi itu pada 18 Februari.

Pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri 7 Mei lalu diadakan susulan pemergian Adenan pada 11 Januari.






0 komentar: