Bujang Senang

Bujang Senang

14 Feb 2017

Guan Eng Sebenarnya Barah Dalam DAP, Bukan 4 Wakil Rakyat Yang Keluar

Apabila pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menganggap empat wakil rakyat daripada parti itu yang bertindak keluar parti sebagai `barah' maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

Tan Kok Wai sebenarnya terlupa bukan empat wakil rakyat itu yang patut digelar sebagai barah. Sebaliknya,  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebenaenya patut dianggap sebagai barah.

Tidak dapat dinafikan krisis dalaman parti itu sebenarnya berpunca daripada isu rasuah banglo Guan Eng dan cara Guan Eng mentabdir Penang.

Jika kita perhatikan beberapa kes dalaman DAP yang menyaksikan ahli-ahlinya digantung oleh jawatankuasa disiplin, tindakan diambil disebabkan mereka terlalu lantang dan membuat kenyataan yang dikatakan merosakkan reputasi parti. Hakikatnya ia disebabkan mereka hanya menegur Guan Eng sahaja.

Itulah antara punca dua ahli DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San digantung keahlian selama setahun pada tahun lepas.

Mereka merupakan dua daripada empat wakil rakyat DAP di Melaka yang mengejutkan ramai dengan mengumumkan keluar parti. Dua lagi wakil rakyat tersebut adalah ADUN Bachang, Lim Jak Wong serta ADUN Kesidang, Chin Ghoong Seong turut ikut jejak langkah Sim.

Bagaimanapun tindakan yang sama tidak pula diambil ke atas Guan Eng walaupun beliau telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah dan kesnya akan dibicarakan mulai Mac ini.

Dan bagi mengalihkan kesalahan kepada orang lain, Guan Eng mendakwa empat wakil rakyat itu berbuat demikian berpunca akibat kekalahan mereka pada pemilihan DAP Melaka pada 2015. Jika dilihat alasan tersebut, tenyata ia langsung tidak logik.

Kenapa perlu dikaitkan dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Jika mereka tidak berpuas hati disebabkan kekalahan berkenaan, lebih baik mereka bertindak keluar parti pada masa itu juga, kenapa perlu menunggu hingga sekarang, iaitu ketika tempoh penggantungan itu hampir berakhir.

Ternyata keputusan empat wakil rakyat itu keluar DAP merupakan permulaan kepada krisis dalaman DAP dan ia akan menjadi semakin teruk sekiranya `barah' sebenar tidak disingkirkan.

Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli DAP sedar bahawa perjuangan parti itu semakin berubah.

Apa pun sesuatu yang menarik untuk dihayati ialah apabila Tong Him menggelar Guan Eng sebagai munafik. Jika beliau boleh menggelar Guan Eng munafik, alangkah memalukan sekiranya masih ada orang Melayu yang mengangkat Guan Eng sebagai `pejuang' mereka.

Fikir-fikirkanlah....

Tulisan :
Beruang Biru
BB281, Selasa
14 Februari 2017

Related Posts:

  • FT Mufti says okay to wish Christians ‘Merry Christmas’ Muslims are permitted by their faith to wish Christians “Merry Christmas”, Federal Territories Mufti Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri said. He cited the Muzakarah National Fatwa Committee Council in Islamic Affairs… Read More
  • ADENAN VISITS MELBOURNE SWINBURNE CAMPUS KUCHING, Thurs: The Chief Minister, Datuk PatingginTan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem who is on a weeklong working visit to Melbourne, Australia today visited the Swinburne University campus at Wakefield Street as part … Read More
  • Malaysia Airlines flight makes turn back to London after technical issue A Malaysia Airlines flight from London to Kuala Lumpur made a turn back to Heathrow last night after it experienced a technical defect on one of its doors. In a statement on its website, the airline said the MH1 flight … Read More
  • RUU355..GIVE AND TAKE SPIRIT GIVE AND TAKE SPIRIT......itu yang dapat dilihat bila MP Saratok Tan Sri William Mawan Ikom berkata akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (RUU35… Read More
  • 'SWAFOTO' ATAU 'SELFIE' ? Penggunaan beberapa istilah Bahasa melayu yang dicadangkan oleh pakar bahasa minggu lepas untuk menggantikan Bahasa Inggeris yang lazim digunakan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang yang teruja , ada juga yang tak selesa… Read More

0 komentar: