Bujang Senang

Bujang Senang

10 Feb 2017

RCI BAKAL UBAH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP TUN MAHATHIR


Ketika topik ini di tulis kami telah terdengar desas desus bahawa kerja belakang tabir telah di usahakan oleh kem Tun  Mahathir supaya mengaggal kan sebarang cadangan menubuhkan Suruhanaya menyiasat kedua skandal mega yang berlaku di zaman nya.


Malah penulis terkenal Raja Petra Kamarudin di portal Malaysia Today nya telah dengan berani mendedahkan bahawa pihak Tun Mahathir telah pun menghubungi Tengku Adnan berkenaan urusan ini.

Ini jelas menampak kan betapa ada sesuatu yang rakyat tidak tahu selama berpuluh tahun hal ehwal wang mereka telah di pergunakan untuk tujuan  tidak baik.

Setelah skandal BMF muncul , kini desakan supaya dibuka semula kes kehilangan wang rakyat pada dagangan wang FOREX juga di bangkitkan oleh pelbagai pihak.

Selama ini isu FOREX , misal nya tidak berapa di ketahui oleh rakyat kerana media sehala yang ujud dizaman itu tidak mengizinkan rakyat berbual sama sendiri dalam media sosial lalu mereka tidak dapat menjadi , juri, hakim, saksi dan pendakwa raya seperti isu 1MDB.

Pada isu 1MDB penyapu jalan, mat rempit dan pemandu teksi juga dapat menjadikan diri mereka sebagai Hakim mahkamah tinggi, pendakwaraya . dan juga saksi, maka dengan pengetahuan sedikit dan maklumat serong mereka telah menjadikan isu 1MDB sebagai “trial by media” lalu mereka membuat keputusan  dari pengetahun terhad mereka.

Maka , layak sungguh jika skandal mega FOREX dibuka semula untuk siasatan kembali kerana terlalu banyak keraguan didapati pada skandal mega itu.

Jumlah kerugian juga berbeza dari orang berbeza yang sama sama terbabit dalam hal kehilangan wang rakyat itu.

Maka dalam satu kes pun jumlah rasmi nya berbeza , maka tentu ada yang tidak kenal

Jika rakyat prihatin kepada isu derma 2.6 billion , maka mereka yang di kategorikan sebagai gila sahaja tidak berminat untuk mengetahui apa terjadi pada skandal kehilangan wang rakyat melalui Bank Negara Malaysia.

Keperluan untuk membuka kes lama bukan dikira sama ada ia lama atau baru, ia ada lah berkaitan wang rakyat.

Sangat tidak adil jika kakitangan kerajaan di penjarakan kerana menipu tuntutan sejumlah RM2000.00 di penjarakan sedang kan yang melesapkan wang berpuluh billion lepas begitu sahaja.

Itu pun masih di ragui sama ada wang sebenar ada lah “kerugian” atau pun “kecurian”?

Atau kedua nya sekali, sambil ada kerugian , maka ada juga kecurian kerana jumlah nya tidak “tally”.

Jika di rujuk kepada bekas Gabenor ia itu Datuk Jafar Hussien ia berjumlah RM 5.7 billion, tetapi jika di rujuk pada bekas timbalan gabenor Datuk Murad , ia nya RM44 billion.

Maka kerana jumlah berbeza lah siasatan harus di buat untuk menentukan berapa sebenar nya kerugian dan berapa sebenar nya kecurian.

Khairy Jamaluddin pada kenyataan nya pada beberapa hari lalu ada menyata kan kerajaan akan berbicang lagi untuk menentukan sama ada kes akan dibuka atau pun tidak pada pembentangan akan datang di mesyuarat kabinet.

Apa yang menarik, individu paling menjadi perhatian ada lah Tun Mahathir.

Selama ini Tun Mahathir “enjoy” dengan watak suci nya dan sering terlepas dengan pelbagai skandal dan isu tetapi kali ini dipercayai berada di dalam bahaya , kerana catatan di dalam blog nya juga boleh di guna kan ketika siasatan dan jika di dapati jawapan ketika inkuari terdapat perbezaan tentu sekali beliau boleh di kira sebagai berbohong.

Jika RCI ini dapat berlansung ramai juga watak “mangsa” yang terpaksa menerima hukuman akan tampil untuk memberi tahu hal sebenar tanpa tekanan kerana siasatan ini bukan datang dari kerajaan yang mereka takuti ia itu kerajaan Tun Mahathir, tetapi oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Hal ini merujuk kepada kedua dua skandal , ia itu BMF dan juga FOREX.

Ramai juga mengetahui mereka yang di penjarakan pada kes BMF sebenar nya terpaksa mengaku dan menerima hukuman bagi pihak lain.

Dan pada pengakuan kes FOREX yang di buat oleh Datuk Jaafar Hussin sebagai Gabenor Bank Negara , di mana arwah mengaku kesilapan dan meletak jawatan, menantu nya Nur Jazlan telah membuat kenyataan bahawa bapa mentua nya ada lah “fall guy” yang terpaksa mengaku silap bagi pihak lain.

Maka ini tentu menjadikan kedua kes sama ada BMF atau pun FOREX bertambah menarik.

Apa yang pasti apabila proceeding dan inkuari bermula , tentu rakyat yang sentiasa perasan mereka bijak akan dapat menilai sendiri apa sebenar nya terjadi.

Dan pada masa yang sama dapat melihat betapa watak “Mahathir” dan Daim” memainkan peranan mereka di belakang tabir dengan menguna kan pihak lain.

Ia satu “trademark” kerajaan Mahathir bagi mereka yang arif perlaku Tun Mahathir.

Dan sekaligus , pandangan mereka terhadap Tun Mahathir akan berubah , jika mereka tetap sokong pun mereka akan sokong Tun Mahathir dalam keadaan serba salah.

0 komentar: