Bujang Senang

Bujang Senang

21 Feb 2017

DAP Selangor Mulai Tak Yakin Pada Pimpinan Kit Siang


"Apa yang Dr. Mahathir kata itu betul dan DAP sebenarnya tidak pernah pun nak berebut jawatan Perdana Menteri," begitulah kenyataan yang keluar dari Ng Suee Lim semalam.

Bercakap atas kapasiti sebagai Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu, Suee Lim mengulas mengenai desas desus yang ingin mengangkat Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang dikuasai mereka berjaya takluk Putrajaya.

Mungkin tak ramai yang tahu, DAP Selangor juga sebenarnya sudah lama 'memendam rasa' terhadap isu keretakan dalaman parti yang dipimpin oleh 'Legasi Lim' tersebut.

Difahamkan dari bekas pemimpin DAP sendiri, di Selangor mereka terbahagi kepada tiga 'otai' berbeza iaitu yang dikuasai bekas Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok dan seorang lagi 'proksi' Lim iaitu Tony Pua dari Singapura.

Timbul rasa tidak puas hati katanya apabila Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor walaupun menang amat tipis dan cukup lemah.

Ini juga sebenarnya antara 79 senarai mereka yang menjadi 'mangsa' konflik dalaman DAP seperti didedahkan Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini. Cumanya, mereka di Selangor masih belum berhasrat untuk bertindak keluar parti.

Geng Gobind dan geng Otai DAP yang diketuai Ronnie Liu sudah menyerang geng Kit Siang di Selangor. Paling mereka tidak suka bila Kit Siang ambil Mahathir sebagai kawan politik.

DAP ada 15 kerusi di Selangor, semasa zaman Khalid, DAP dilihat abang besar di Selangor. Bila anak angkat Mahathir (Azmin) naik sebagai MB, DAP Selangor sudah merasai mereka sudah jadi proksi yang kecil sahaja di Selangor di belakang PKR dan PAS.

15 kerusi yang DAP ada di Selangor pun khabarnya ada 5 atau 6 kerusi mahu diserah pada PPBM pada PRU14 nanti. Atas alasan mahu runding kerusi kerusi parlimen di negeri lain.

Rundingan itu khabarnya hanya dibuat sesama keluarga Lim dengan keluarga Mahathir sahaja dan Azmin Ali. DAP Selangor dipaksa terima apa sahaja keputusan rundingan itu. Ini yang menyebabkan berlakunya barah dalam DAP Selangor.

DAP Selangor merasakan banyak keputusan yang sepatutnya dibincang dengan semua ahli parti hanya diselesaikan menerusi  rundingan dua tiga orang sahaja (Kit Siang, Tony Pua, Mahathir dan Azmin Ali).

Oleh sebab itu, tak mustahil kenyataan Suee Lim ini merupakan manifestasi sebenar 'rasa barah' yang ditanggung oleh DAP Selangor dalam diam.

Bukan baru semalam ia telah membusuk dalam diri setiap ahli DAP Selangor, malahan sudah memakan masa lama dan kini tunggu untuk meletup sahaja.

Walaupun jika dibaca melalui media pro DAP, kenyataan Suee Lim nampak pro kepada mereka, namun sebenarnya kenyataan itu tersirat 'udang disebalik mee' yang menjelaskan bahawa akar umbi DAP Selangor sudah mula muak dan tak yakin dengan kepimpinan Lim.

Di Melaka sudah ada yang lompat parti, di Selangor ributnya makin kuat. Roket DAP kini nampaknya sedang dilanda puting beliung yang kuat.

Hendak ke bulan tidak sampai, hanya sekadar terbang rendah ke kuntum  bunga raya. Itulah kekuatan roket DAP hari ini. Menanti saat terbenam menyembah bumi.

Tulisan :
Beruang Biru
BB293, Selasa
21 Februari 2017

Related Posts:

  • Kabinet dirombak, tiada menteri baharu dari Sarawak Bekas menteri dan seorang timbalan menteri dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Ketika membuat pengumuman itu dal… Read More
  • Reshuffle letdown Sarawak leaders unhappy state loses full minister’s post in new cabinet lineup, accept PM’s prerogative in federal ministerial appointment The federal cabinet reshuffle announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Ra… Read More
  • Senarai Nama Rombakan Kabinet 27 Jun 2016 Tan Sri Noh Omar - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Abdul Rahman Dahlan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, EPU Dato' Johari Abdul Ghani - Menteri Kewangan Kedua Dato' Mah Siew Keong… Read More
  • PEMBUNUHAN BILL KAYONG DI FOKUS DARI TIGA SUDUT TAPI BUKAN POLITIK Polis menolak motif politik dan perkauman dalam pembunuhan Bill Kayong, sebaliknya menfokuskan tiga sudut yang mungkin menjurus kepada insiden tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar berkata… Read More
  • Pemuda UMNO Kedah sokong pemecatan Mukhriz dan Muhyiddin : Pemuda UMNO Kedah menyokong pemecatan DS Mukhriz dan TS Muhyiddin dan ianya disifatkan amat wajar selaras dengan hasrat parti mendisiplinkan ahli parti. Malah Pemuda UMNO Kedah menyifatkan pemecatan ini sepatutnya dilakuka… Read More

0 komentar: