Puan Sri Jamilah Haji Anu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.3 Tanjong Datu.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
membuat pengumuman itu pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) dekat sini sebentar tadi.
Puan Sri Jamilah merupakan balu kepada Allahyarham
Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem. Beliau dilahirkan di Bau pada 14
Ogos 1955, berkelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan dari Universiti
Teknologi Mara (UiTM)Sabah.
Selain aktif dalam pelbagai aktiviti
kemasyarakatan, Jamilah merupakan Pengarah Yayasan Jaznan, Penaung
Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Penaung Persatuan Kanak-Kanak
Terencat Akak (PERKATA), Penaung Persatuan Pengasuh & Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Sarawak dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung
Sarawak.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong
Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua
Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu,
Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa,
majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya
meraih 468 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh
hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari, manakala hari
penamaan calon pada 4 Februari.
0 komentar:
Catat Ulasan