Bujang Senang

Bujang Senang

21 Feb 2017

Mahathir Terdesak, Terpaksa Guna Anwar Untuk Lambung Mukhriz


Anwar Ibrahim ketika disoal balas oleh peguam bagi pihak Khairy Jamaluddin dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Tinggi, Anwar telah menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.

Bekas ketua pembangkang itu mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid kemudiannya digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Tetapi jangan lupa semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau telah  menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 meskipun seramai 22 ADUN menyokong Osman.

Jika kita lihat kepada kenyataan Anwar itu, secara tidak langsung ia seolah-olah menunjukkan ia mahu mengangkat Mukhriz apatah lagi selepas dua kali pertemuan beliau dengan Mahathir di mahkamah sebelum ini.

Banyak persoalan yang timbul daripada kenyataan terbabit dengan salah satu daripadanya, adakah Mahathir sudah terdesak dan sedang merangka sesuatu dengan menggunakan Anwar untuk mengangkat dan melambung anaknya?

Ini kerana kenyataan berkenaan ternyata agak aneh, apatah lagi menyamakan Mukhriz dengan Khalid Ibrahim. Apakah ia menunjukkan bahawa Mahathir terpaksa mengambil langkah lain pula untuk melaksanakan agendanya selepas perjanjian sulit dengan DAP untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah dibongkarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim?

Walaupun dinafikan oleh Mukhriz tetapi isu berkenaan telah "meletup" dan menjadi bualan hangat dalam politik negara.

Selepas isu perjanjian sulit itu telah terbongkar, mungkin Mahathir terpaksa menggunakan cara lain pula dan dalam masa yang sama pula, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan nasib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang jelas, Muhyiddin seolah-olah telah diketepikan dan dipinggirkan oleh Mahathir. Dalam banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir selama ini tidak banyak nama Muhyiddin yang disentuh.

Apatah lagi dakwaan skandal seks membabitkan Muhyiddin kini hangat diperkatakan terutama selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Lama kelamaan, Muhyiddin akan terus terpinggir dan tidak mustahil suatu masa nanti kita akan melihat Mahathir mengumumkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan harapan menang.

Itulah politik dan dalam politik banyak perkara boleh terjadi walaupun suatu masa lalu ia dilihat sebagai mustahil. "Desperate" sungguh Mahathir, guna apa sahaja untuk capai cita cita jadikan Mukhriz jadi PM.

Tulisan :
Beruang Biru
BB294, Selasa
21 Februari 2017

Related Posts:

  • Prinsip ke udah disetuju ketuai BN patut dititih Pekara tu adil laban pengundi endang bisi kuasa ngaga pemutus ni bagi entiti politik pemadu engkeman ungkup sida (pengari rayat) ke nadai parti dalam parti Barisan Nasional (BN), pia ku Sapit Kepala Menteri Tan Sri Datuk… Read More
  • #DUNSARAWAK:Tiong akan kemuka sembilan soalan pada Persidangan DUN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King bakal mengemukakan sembilan soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di Kuching mulai hari ini. Antara soalannya berke-naan sektor pertani… Read More
  • PBB bantah Rang Undang-Undang hudud oleh PAS KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menegaskan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membantah usul Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan Rang Undang-Undang (R… Read More
  • KANTOI CURANG, PUTING PAYUDARA BERBAU ROKOK. Seorang isteri kantoiiiii mempunyai hubungan sulit bila suaminya yang curiga dan mendapati layanan yang diterima berubah sedikit demi sedikit nekad menarik isterinya hingga jatuh ke lantai bila isterinya balik ke rumah &nb… Read More
  • SHAFIE APDAL 'U-TURN'???? A picture tells a thousand story..... benar sekali macam macam cerita boleh di rumus dari gambar itu. Dikala gerakan Tun Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib terbantut dan menemui jalan buntu kerana terhalang dalam ban… Read More

0 komentar: