Bujang Senang

Bujang Senang

7 Feb 2017

#PRKTjgDatu : Kak Milah Calon Kegemaran Penduduk Tanjung Datu



Sebaik sahaja nama Puan Sri Hajah Jamilah Anu diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg, ramai yang menganggap "Kak Milah" adalah yang paling layak menggantikan Allahyarham suaminya, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

Manakan tidak, Kak Milah adalah individu yang kerap berada di sisi Allahyarham dalam banyak majlis dan program yang dianjurkan di sana. Sikap lemah lembut Kak Milah serta amat mudah mesra dengan rakyat, antara perkara yang cukup dikenang oleh penduduk di Tanjung Datu.

Disamping menemani Allahyarham suaminya di sana, Kak Milah juga kerap turun padang dan menghadiri jemputan daripada warga setempat.

Ini menjadikan Kak Milah sebagai seorang yang cukup mudah didekati dan cukup mesra dengan penduduk setempat.

Dengan mengambil kira hubungan rapat Kak Milah dengan Allahyarham suaminya yang merupakan ADUN di Tanjung Datu untuk 2 penggal, pastinya ramai yang berharap agenda pembangunan yang telah dirangka oleh Tok Nan, dapat diterjemahkan oleh Kak Milah nanti.

Harus diakui, masih banyak ruang pembangunan yang boleh dilakukan di DUN ini. Sudah pasti, Allahyarham telah merangka pembangunan yang ingin dilakukan di DUN ini dan inilah peluang terbaik buat Kak Milah (panggilan manja penduduk setempat) untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tok Nan.

Bukan mudah untuk menjadi wakil rakyat namun, dengan pengalaman yang diraih Kak Milah bersama-sama Tok Nan serta dengan bantuan peduduk sekitar, Puan Sri Hajah Jamilah Anu merupakan calon terbaik untuk mentadbir dan seterusnya menyambung legasi yang ditinggalkan oleh Tok Nan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB267, Selasa
7 Februari 2017

0 komentar: