Bujang Senang

Bujang Senang

21 Feb 2017

#PRU14: SPR sudah bersedia untuk PRU14 - Pengerusi




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mula melakukan kerja akar umbi termasuk menyediakan bajet untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang berkata kepada The Borneo Post semalam bahawa suruhanjaya itu kini sedang mengkaji butiran bajet PRU-14, yang akan diumumkan kepada orang ramai selepas pembubaran Parlimen. 

"Kami akan memastikan semua perbelanjaan adalah perlu bagi PRU-14 supaya semua akan berjalan dengan lancar dan ia akan menjadi bajet yang berhemah," katanya. Mengenai bila PRU14 akan diadakan, Mohd Hashim berkata, khabar angin itu telah wujud sejak tahun 2015.

 "SPR tidak tahu bila PRU-14 sebelum pembubaran parlimen. Hanya selepas Parlimen dibubarkan  SPR bermesyuarat untuk menentukan tarikh-tarikh penting yang berkaitan."Ia adalah amalan biasa kami untuk mula membuat persediaan awal dua tahun sebelum tamat tempoh parlimen. Ini termasuk latihan pegawai, mengemaskini prosedur pilihan raya, menggantikan peralatan yang rosak dan perolehan yang baru.

 "Kita perlu membuat persiapan awal kerana kita tidak tahu sama ada Parlimen akan dibubarkan pada tahun keempat atau kelima," jelas Mohd Hashim.

Untuk PRK Tanjong Datu yang baharu sahaja berakhir , beliau berkata ia adalah sama dengan pilihan raya kecil Balingian, yang beliau sifatkan sebagai 'terbaik' kerana ia adalah pilihan raya yang 'harmoni, mematuhi undang-undang dan aman.

 "Ia adalah harmoni kerana semasa tempoh berkempen, tidak ada aduan mengenai kejadian yang tidak diingini. Tidak ada acara atau ucapan ugutan atau serangan peribadi daripada mana-mana calon."Ini menunjukkan kematangan calon serta pengundi. Ini adalah pilihan raya kecil di mana kempen telah berjalan secara sihat, harmoni dan profesional.

 "Selain itu,untuk bahan-bahan kempen  SPR tidak menerima apa-apa aduan dan ini bermakna pegawai penguatkuasa kami telah menjalankan tugas dengan baik.Ia adalah pilihan raya kecil yang aman dan kita mengucapkan terima kasih juga kepada pihak polis, "kata Mohd Hashim. 

Beliau berharap ia akan menjadi contoh kepada yang lain untuk pilihan raya yang akan datang.Walaupun peratus kehadiran lebih rendah iaitu  69.2 berbanding 75 peratus yang disasarkan oleh SPR, beliau menjelaskan bahawa ia adalah disebabkan oleh cuaca yang buruk dan juga hakikat bahawa ramai pengundi yang tinggal di luar Lundu tidak pulang untuk mengundi.

"Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan kehadiran pengundi berbanding pilihan raya negeri (PRN)lepas di mana peratusan keluar mengundi adalah 70.1 peratus, perbezaan tidak ketara." 

Beliau berkata, sasaran yang tinggi sebanyak 75 peratus adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengundi untuk melaksanakan tugas mereka.

Related Posts:

  • #PRU14 :CALON BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA *P.134 MASJID TANAH* Calon : Mas Ermieyati Samsudin *N.01 Kuala Linggi* Calon : Ismail Othman *N.02 Tanjung Bidara* Calon : Md Rawi Mahmud *N.03 Ayer Limau* Calon : Amirudin Yusof *N.04 Lendu* Calon : Sulaiman Md Ali *N.05 T… Read More
  • PRU-14: Calon BN diumum mulai esok PUTRAJAYA: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan seawal esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.  Setiausaha Agung Barisan Nasional… Read More
  • 51% Calon Muka Baru Ditampilkan Barisan Nasional Untuk PRU14 Tujuh negeri sudah umumkan senarai calon Barisan Nasional. Terengganu, Selangor, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak sudah selesai nama calon. Sejumlah 368 orang calon sudah diumumkan Barisan Nasional untuk… Read More
  • Video :Cubaan Pembangkang Sabotaj Ekonomi Negara Tindakan pembangkang memanipulasikan isu tertentu dilihat sebagai langkah yang berbahaya kerana ia boleh mensabotaj ekonomi negara sedangkan isu berkenaan dimainkan hanya untuk memenuhi hasrat memenangi pilihan raya umu… Read More
  • #PRU14 : Senarai Penuh Calon Parlimen BN Sarawak KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menamatkan teka-teki berhubung senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bakal ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dengan mengumumkan senarai penuh cal… Read More

0 komentar: