Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang
Memaparkan catatan dengan label PRU14. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU14. Papar semua catatan

30 Apr 2018

Barisan Nasional Diramal Dapat 150 Kerusi Parlimen Dalam PRU14


Penamaan calon sudah selesai di seluruh negara pada hari Sabtu lepas. 590 kertas penamaan calon diterima untuk kerusi parlimen, 1,394 kertas pencalonan bagi kerusi DUN. 11 kertas pencalonan ditolak.

Di parlimen, 29 kerusi ada pertandingan satu lawan satu. 143 tempat berlakunya tiga penjuru, 22 tempat ada empat penjuru dan tiga parlimen ada 5 penjuru.

Manakala di DUN, 38 kerusi satu lawan satu. 331 ada tiga penjuru, 54 tempat empat penjuru, 18 tempat 5 penjuru dan ada tiga tempat enam penjuru. Meriahnya demokrasi di Malaysia.

530 calon lelaki dan 60 calon wanita di kerusi parlimen manakala di kerusi DUN ada 1,244 calon lelaki dan 150 calon wanita. BN tampilkan 85 orang calon wanita, 26 di kerusi parlimen dan 59 orang di kerusi DUN.

Calon tertua adalah Mahathir, dengan usia 92 tahun dan bertanding di parlimen Langkawi. Manakala BN pula menampilkan 6 orang calon muda berusia di bawah usia 35 tahun di kerusi parlimen.

Atas kertas sudah boleh mencongak siapa yang bakal menang dan bakal kecundang. Mukhriz dan Mahathir dijangka tumpas di Jerlun dan Langkawi. Undi kepada calon PAS lagi banyak berbanding dua orang calon PKR itu.

PAS pula diramal menang di 7 kerusi tradisi mereka iaitu di Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Marang dan Kuala Kedah.

PAN yang teruk diserang oleh PAS dijangka kalah di semua kerusi kecuali dua tempat sahaja iaitu di Shah Alam dan Parit Buntar. PPBM yang memakai logo mata lebam dijangka menang tipis sahaja di Pagoh. Itu pun kalau PPBM silap langkah, Muhyiddin pun akan melingkup di Pagoh.

Shafie Apdal dijangka menjadi arang atau abu di Semporna. Manakala DAP diramal tawan Teluk Intan dan Bakri. PKR hilang tiga kerusi di Batu, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Ramalan ini dianalisa berdasarkan kajian Invoke, Merdeka Center yang lepas dan menerusi sumber dalaman dari Pakatan Rakyat.

Keseluruhannya, Barisan Nasional dijangka mendapat 153 kerusi parlimen, DAP dapat 40, PKR menang 23 kerusi, PAS peroleh 7, PPBM menang 1 kerusi dan Warisan boleh 1 kerusi sahaja. DAP akan tambah lagi kerusi daripada kerusi yang sedia ada.

Pakatan Harapan akan dapat 65 kerusi parlimen sahaja dan ketua pembangkang di parlimen masih lagi DAP. Mahathir dan anaknya "terkorban" terus bila DAP tidak mahu kerusi selamat kepada mereka berdua dalam PRU14.

Menurut satu kajian Tindak Malaysia, bilangan kerusi parlimen majoriti Cina sudah menurun kepada 24 kerusi sahaja. Boleh jadi bilangan kemenangan DAP, yang diramal 40 kerusi ini akan berkurangan lagi.

Malah di kawasan luar bandar, rakyat masih marah bila Mahathir dan PH mahu hapuskan BR1M. Bagi orang kampung mereka mahukan BR1M. Kalau mansuh GST belum tentu harga barang turun. Kalau mansuh GST, entah entah orang kampung tidak dapat BR1M lagi selepas ini.

Harus diingat ada 155 kerusi luar bandar termasuklah 54 kerusi di kawasan Felda. Orang di luar bandar mahukan kemajuan dan nikmat yang mereka dapat selama ini diteruskan. Mereka tidak mahu Mahathir lagi sebagai PM.

Apa yang mereka nikmati sekarang adalah di zaman Najib bukannya Mahathir. Kalau sudah mahu mansuh ECRL dan HSR sudah tentu rakyat di kawasan itu tidak akan beri undi pada PH. Berpuluh ribu peluang kerja akan hilang.

Mahathir kini sudah tekan "panic button" bila melihat sokongan Melayu terhadap PH masih lagi tiada. Mulalah reka cerita bukan bukan, cakap jet peribadi kena sabotaj, ada orang hendak langgar kereta dia dan macam macam lagi.

Mahathir tahu PH akan kalah. DAP pun tahu PH akan kalah, sebab itu satu kerusi selamat kawasan DAP pun tidak diberi pada Mahathir dan Mukhriz. Pembangkang akan jadi lagi huru hara lepas pilihanraya ini.

Huru hara sebab tidak dapat kuasa. Jangan bagilah kuasa pada orang yang gila kuasa. Baik kekalkan kerajaan yang sedia ada.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB897, Isnin
30 April 2018

Kenali Enam Orang Calon Muda Barisan Nasional Di Bawah Usia 35 Tahun


Barisan Nasional (BN) lebih serius dan bertekad untuk buat perubahan yang membawa kebaikan kepada rakyat di masa hadapan. Oleh kerana itu, BN tampilkan orang muda bukan orang tua berusia 90 tahun lebih untuk bertanding lagi.

BN menampilkan 327 calon baru, 77 orang calon baru untuk kerusi Parlimen dan 250 orang calon baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). BN juga memperkasakan wanita dengan menampilkan 85 orang calon wanita untuk bertanding masing-masing 26 orang calon Parlimen dan 59 orang calon di peringkat DUN.

Antara yang menarik perhatian ialah calon muda yang masih di bawah umur 35 tahun yang diketengahkan BN untuk bertanding pada PRU14 kali ini. Ia merupakan antara cerminan manifesto, Jaminan Orang Muda yang dijanjikan oleh BN untuk rakyat terutamanya bagi generasi baru.

Paling menarik ialah Shahril Sufian Hamdan, 32, iaitu calon BN untuk kerusi Parlimen Kuala Langat. Rakyat di situ anggap pengenalan Shahril sebagai calon adalah satu pembaharuan dan demi masa depan yang lebih baik untuk pembangunan kawasan tersebut.

Shahril merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan beliau adalah seorang pendebat. Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman habis kena lunyai dek Shahril kerana berdebat tajuk 'Pakatan Harapan Ada Agenda Ekonomi Yang Lebih Baik Dari Barisan Nasional'.

Kemudian, BN ada calon wanita yang muda, Chan Quin Er yang berumur 31 tahun bertanding berdepan calon "heavyweight" dari DAP, Teresa Kok di Parlimen Seputeh. Teresa merupakan penyandang kerusi berkenaan. Chan merupakan seorang calon yang ada Ijazah Sarjana Muda Perundangan.

Dengan latar belakang sebagai seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya, Chan sudah tentu tahu dan arif selok belok perundangan. Teresa kerap menggunakan pentas ceramah untuk memfitnah BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu fitnah seperti 1MDB, Chan sudah pasti tidak berdepan masalah menghadapi perkara berkenaan. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian MCA Seputeh.

Di Kelantan, calon muda, Fikran Hamshi Mohamad Fatmi bakal berdepan Naib Presiden PAN, Husam Musa di Parlimen Kota Bharu. Turut bertanding ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. Fikran mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda BN Kota Bharu.

Paling menjadi perhatian ialah calon berusia 29 tahun, Ho Kwok Xheng yang merupakan seorang peguam berdepan calon DAP, iaitu Tony Pua. Seorang lagi pemimpin DAP yang lantang menyelar Najib dalam isu 1MDB dan beliau juga adalah pemimpin DAP yang memberikan cadangan untuk mengecilkan jumlah penjawat awam.

Di kawasan P106 itu, Ho dan Tony akan turut berdepan calon dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) Datuk Wong Mun Kheong.

Apa yang Tony Pua hendak tipu penduduk di Parlimen itu lagi kerana Ho adalah anak jati Damansara yang betul-betul berasal dan membesar di kawasan itu. Calon muda akan didengari oleh pengundi kerana mereka ada wawasan dan misi yang jelas bagaimana mahu berbakti kepada rakyat bukan seperti DAP yang selalu lari kawasan dan ponteng untuk berkhidmat pada rakyat.

Calon muda seterusnya ialah Eric Choo Wei Sern, 31, yang turut mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Eric akan menentang calon dari DAP iaitu Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dan bekas Pengerusi DAP Melaka iaitu Gog Leong San yang bertanding sebagai calon bebas.

Seorang calon lagi orang muda yang masih di bawah usia 30 tahun ialah Caesar Mandela Malakun, 27, bertanding di kerusi Parlimen Penampang, Sabah. Caesar Mandela akan berdepan pertembungan empat penjuru menentang calon Warisan, Darell Leiking, calon Solidariti Cleftus Stephen Spine dan calon Anak Negeri, Dr Edwin Jack Bosi.

Hampir semua calon "heavyweight" pembangkang akan ditentang calon muka baru yang masih muda dari BN, ini bukti calon BN benar-benar mahu memenuhi aspirasi rakyat dan memenuhi visi masa depan negara ini #HebatkanNegaraku.

Pembangkang hanya main-main sahaja. Buktinya calon yang mereka pilih sendiri sambil lewa dalam melakukan urusan penamaan calon apabila terlupa bawa Mykad dan tidak memakai pas calon yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sudah salah sendiri, pemimpin mereka sibuk cari jalan memfitnah dan cari kesalahan SPR dan juga polis.

Calon Pakatan Harapan perlu ditolak oleh pengundi pada PRU14 kali ini kerana mereka hanya tahu cari jalan untuk memfitnah dan ambil kesempatan dan bukannya mahu berbakti kepada rakyat. Mereka gunakan #TsunamiPHitnah untuk hasut rakyat supaya benci dan tidak beri undi kepada BN.

Gabungan calon berpengalaman BN dan barisan calon orang muda ini yang bakal merencanakan masa depan negara ini. Jangan undurkan negara ini ke masa silam dengan membuat pilihan yang salah.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB898, Isnin
30 April 2018

27 Apr 2018

Barisan Nasional Akan Dapat Keputusan Yang  Baik Dalam PRU14


Dalam satu temubual bersama Bloomberg yang disiarkan di blog NajibRazak.com pada 26 April 2018, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menjangkakan "keputusan yang lebih baik" dalam PRU14 ini.

Sepanjang tempoh satu jam di sebuah bilik yang berkibaran bendera Malaysia di ibu pejabat partinya di Kuala Lumpur, Najib bercakap mengenai pilihan raya pada 9 Mei ini. Najib berdepan dengan mentornya yang kini sudah bertukar menjadi “Dark Vader”.

"Kami yakin dengan keputusan yang baik," kata Najib. Tidak ada pergerakan untuk mengubah kerajaan, saya tidak melihatnya. Itu tidak menandakan kita akan menang dengan majoriti besar, tidak, saya tidak dapat meramalkannya, tetapi saya akan yakin bahawa kita boleh jangkakan hasil yang positif. " kata Datuk Seri Najib.

Keyakinan Najib itu disebut berdasarkan gabungan pembangkang ketika ini yang disebutnya sebagai "gabungan parti pelbagai pendapat". Mahathir telah lama memperjuangkan hak-hak Melayu, manakala pembangkang yang paling berkuasanya - Democratic Action Party (DAP) - lebih memihak kepada etnik Cina.

"Saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bekerjasama," kata Najib. Dalam temu bual itu juga, Najib meramalkan blok pembangkang akan menghadapi kesukaran selepas kehilangan sokongan parti Islam utama yang membantu perjuangan mereka pada tahun 2013.  Beliau juga berkata pengundi bandar dan pengundi Cina yang turun mengundi pada pilihan raya lepas dengan harapan membawa perubahan sudah kurang motivasinya.

"Hari ini, mereka sedar tidak mungkin (untuk pakatan mengambil alih kerajaan). Jadi saya fikir keghairahan (motivasi) itu sudah banyak berkurangan." kata Najib

Najib juga ditanya sama ada undang-undang #FakeNews yang baru digubal  boleh digunakan untuk menyekat pembangkang, Najib berkata media sosial Malaysia "lebih bebas daripada banyak negara lain."

"Anda boleh mengkritik kerajaan, anda boleh mengatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan, anda boleh mengatakan anda tidak akan mengundi kerajaan, dan itu tidak mengapa. Maksud saya, saya boleh menerimanya." kata Datuk Seri Najib.

Najib bercakap tentang pertempurannya dengan Mahathir, yang telah menuduhnya dengan bermacam macam tuduhan. Najib berkata Mahathir sendiri telah melakukan beberapa persempadan semula dan persempadanan semula baru-baru ini adalah kerana "mengambil kira beberapa perubahan demografi."

"Saya fikir dia terlalu obses untuk mengawal segalanya, untuk menjadi orang yang utama, sebenarnya, ketika kami masih sahabat baik, dia ada mencadangkan penubuhan majlis penatua (council of elders)," kata Najib.

 "Sudah tentulah, anda boleh membayangkan siapa yang akan mempengerusikan majlis penatua itu dan menjadi pemangku perdana menteri selepas setiap kabinet, saya fikir saya akan perlu ‘berarak’ ke pejabatnya untuk mendapatkan persetujuannya. Dia mahu saya tunaikan permintaannya," kata Najib.

Ini bahagian pertama wawancara Bloomberg bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukan suatu yang mengejutkan jika BN diramal mendapat keputusan yang lebih baik pada PRU14 berbanding PRU13. Ini kerana badan penarafan antarabangsa sudah iktiraf manifesto BN, baca sini :

http://www.mykmu.net/2018/04/badan-penarafan-antarabangsa-iktiraf-manifesto-barisan-nasional/

Bukan itu sahaja, institusi kewangan pun mahu Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional kekal di Putrajaya. Baca sini :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1842816119072190

#BersamaBN #HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB892, Khamis
26 April 2018.

24 Apr 2018

51% Calon Muka Baru Ditampilkan Barisan Nasional Untuk PRU14


Tujuh negeri sudah umumkan senarai calon Barisan Nasional. Terengganu, Selangor, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak sudah selesai nama calon.

Sejumlah 368 orang calon sudah diumumkan Barisan Nasional untuk 124 kerusi parlimen dan 253 kerusi DUN di tujuh negeri tersebut.

Daripada 368 orang calon ini, sejumlah 188 orang adalah calon muka baru yang ditampilkan Barisan Nasional. 51% calon yang sudah diumumkan BN adalah calon muka baru.

Di Selangor 57 muka baru ditampilkan di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN. Di Johor, 36 muka baru ditampilkan. Di Kelantan, 30 calon muka baru ditampilkan.

Di Sarawak, sejumlah 15 calon muka baru ditampilkan dari 31 kerusi parlimen yang ditandingi BN. Di Terengganu, 18 orang calon baru ditampilkan termasuklah Tengku Asmadi, pakar motivasi keluarga di kerusi parlimen Kuala Nerus.

Di Negeri Sembilan, BN tampilkan 22 calon muka baru. Salah seorangnya adalah Ustaz Syamsul Debat yang sering keluar dalam TV Al Hijrah. Manakala di Selangor, 13 orang calon dari golongan profesional, 6 orang ahli akademik, 6 orang penjawat awam dan 2 orang bekas pegawai tentera ditampilkan BN.

Daripada tujuh negeri, 124 parlimen dan 253 kerusi DUN, Barisan Nasional tampilkan 51% calon muka baru untuk PRU14. Amat berbeza sekali dengan pembangkang yang dipimpin oleh calon 93 tahun, calon lompat kawasan dan calon yang hilang dari kawasan dalam PRU14.

Rakyat perlu memilih BN pada 9 Mei 2018 nanti. #BersamBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB884, Selasa
24 April 2018

#PRU14 : Senarai Penuh Calon Parlimen BN Sarawak


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menamatkan teka-teki berhubung senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bakal ditampilkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dengan mengumumkan senarai penuh calon BN bagi negeri Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pagi ini.

Pengumuman tersebut menyaksikan seramai 15 muka baru, manakala 16 penyandang dikekalkan. 

Seramai 25 calon lelaki dan 6 calon wanita, terdiri dari 14 kerusi diperuntukkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 7 kerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), 6 dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan 4 Parti Progresif Demokratik (PDP).

Berikut senarai penuh calon bagi kerusi parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Calon Parlimen Mas Gading (P192)

Anthony Nogeh Gumek

Calon Parlimen Santubong (P193)

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Calon Parlimen Petra Jaya (P.194)

Datuk Fadillah Yusof

Calon Parlimen Kuching (P.195)

Kho Teck Wan

Calon Parlimen Stampin (P.196)

Datuk Dr Sim Kui Hian

Calon Parlimen Kota Samarahan (P197)

Rubiah Wang

Calon Parlimen Puncak Borneo (P.198)

Genot Anak Sinel @Jeannoth Sinel

Calon Parlimen Serian (P199)

Datuk Richard Riot Jaem

Calon Parlimen Batang Sadong (P200)

Nancy Shukri

Calon Parlimen Batang Lupar (P201)
Rohani Binti Abdul karim 

Calon Parlimen Sri Aman (P.202)

Masir Kujat

Calon Parlimen Lubok Antu (P203)

Robert Pasang Alam

Calon Parlimen Betong (P.204)

Robet Lawson Chuat

Calon Parlimen Saratok (P205)

Jagah @Subeng Anak Mula

Calon Tanjung Manis (P206)

Yusuf Abdul Wahab

Calon Parlimen Igan (P.207)

Ahmad Johnie Bin Zawawi

Calon Parlimen Sarikei (P.208)

Huang Tiong Sii

Calon Parlimen Julau (P.209)

Datuk Joseph Salang Gandum

Calon Parlimen Kanowit (P210)

Aaron Ago Dagang

Calon Parlimen Lanang (P.211)

Kong Sieng Chiu @Kelvin Kong

Calon Parlimen Sibu (P.212)

Wong Kee Yew @Andrew Wong

Calon Parlimen Mukah (P.213)

Hanifah Hajar Taib

Calon Parlimen Selangau (P214)

Rita Sarimah Anak Patrick

Calon Parlimen Kapit (P.215)

Datuk Alexander Nanta Linggi

Calon Parlimen Hulu Rajang (P.216)

Wilson Ugak Kumbong

Calon Parlimen Bintulu (P.217)

Datuk Seri Tiong King Sing

Calon Parlimen Sibuti (P.218)

Lukanisman Bin Awang

Calon Parlimen Miri (P.219)

Dato Sebastian Ting

Calon Parlimen Baram (P.220)

Anyie Ngau

Calon Parlimen Limbang (P.221)

Hasbi Habibollah

Calon Parlimen Lawas (P.222)

Datuk Henry Sum Agong

- Sarawakiana

23 Apr 2018

#PRU14 :CALON BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA


*P.134 MASJID TANAH*
Calon : Mas Ermieyati Samsudin
*N.01 Kuala Linggi*
Calon : Ismail Othman
*N.02 Tanjung Bidara*
Calon : Md Rawi Mahmud
*N.03 Ayer Limau*
Calon : Amirudin Yusof
*N.04 Lendu*
Calon : Sulaiman Md Ali
*N.05 Taboh Naning*
Calon : Latipah Omar

*P.135 ALOR GAJAH*
Calon : Wo Nai Chee
*N.06 Rembia*
Calon : Norpipah Abdol
*N.07 Gadek*
Calon : P Panirchelvam
*N.08 Machap Jaya*
Calon : Koh Nai Kwang
*N.09 Durian Tunggal*
Calon : Wahab Latip
*N.10 Asahan*
Calon : Abd Ghafar Atan

*P.136 TANGGA BATU*
Calon : Zali Mat Yasin
*N.11 Sungai Udang*
Calon : Idris Haron
*N.12 Pantai Kundor*
Calon : Nor Azman Hassan
*N.13 Paya Rumput*
Calon : Abu Bakar Mohd Diah
*N.14 Kelebang*
Calon : Lim Ban Hong

*P.137 HANG TUAH JAYA*
Calon : Mohd Ali Rustam
*N.15 Pengkalan Batu*
Calon : Chua Lian Chye
*N.16 Ayer Keroh*
Calon : Chua Ken Hua
*N.17 Bukit Katil*
Calon : Yunus Hitam
*N.18 Ayer Molek*
Calon : Rahmad Mariman

*P.138 KOTA MELAKA*
Calon : Chua Wei Sen
*N.19 Kesidang*
Calon : Ng Choon Koon
*N.20 Kota Laksamana*
Calon : Melvia Chua Kew Mei
*N.21 Duyong*
Calon : Kim Kian Lek
*N.22 Bandar Hilir*
Calon : Lee Chong Len
*N.23 Telok Mas*
Calon : Abd Razak Rahman

*P.139 JASIN*
Calon : Ahmad Hamzah
*N.24 Bemban*
Calon : Koh Chin Han
*N.25 Rim*
Calon : Ghazale Mohamad
*N.26 Serkam*
Calon : Zaidi Atan
*N.27 Merlimau*
Calon : Roslan Ahmad
*N.28 Sungai Rambai*
Calon : Hasan Rahman

21 Apr 2018

PRU-14: Calon BN diumum mulai esok


PUTRAJAYA: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan seawal esok hingga Selasa ini oleh Pengerusi BN negeri masing-masing. 

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada semua Pengerusi BN negeri dan terpulang kepada mereka untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu. 

"Bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula, pengumuman calon serta manifesto akan dibuat esok jam 9 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

"Kita sudah mengeluarkan arahan agar pengumuman calon BN perlu dibuat bermula esok hingga Selasa ini, terpulang kepada Pengerusi BN negeri untuk membuat pengumuman dalam tempoh itu," katanya.

27 Feb 2017

Video :Cubaan Pembangkang Sabotaj Ekonomi Negara




Tindakan pembangkang memanipulasikan isu tertentu dilihat sebagai langkah yang berbahaya kerana ia boleh mensabotaj ekonomi negara sedangkan isu berkenaan dimainkan hanya untuk memenuhi hasrat memenangi pilihan raya umum.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, usaha memburuk-burukkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi isyarat kepada pelabur bahawa negara kini berada dalam ke­adaan yang tidak stabil.

"Yang saya khuatirkan lebih  iaitu cubaan untuk sebotaj ekonomi negara kita.Yang ini berbahaya dan saya minta pihak berkuasa menyiasat dan melihat apakah wujud unsur-unsur untuk mensebotaj ekonomi kita. Kerana ini berbahaya bila pelabur cuba mengatakan pada kita tunggu dulu...banyak masaalah di Malaysia. Negara mereka akan bankrap. Bank mereka tidak stabil. KWSP akan bankrap. Ini akan menakutkan pelabur dan bila pelabur takut yang terkesan ialah ekonomi dan rakyat," kata beliau ketika berucap dalam Program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

“ Saya masih ingat lagi tahun 1978, Lim Kit Siang ada satu artikal 'Time Bomb In Malaysia'...dah 40 tahun berlalu belum meletup lagi bom Lim Kit Siang. Apakah ini satu tuduhan politik? Pada saya tidak. Kalau tuduhan politik Tan Sri Nor boleh jawab .Devamani boleh jawab tapi kita becakap tentang fundamental isu yang bila orang konsistan bercakap bohong..pelabur akan pergi. Bila pelabur pergi yang menjadi mangsa ialah rakyat negara. Pembangkang boleh cari kita sebab kita takkan lari tapi jangan tabur fitnah terhadap ekonomi," tambah nya lagi.

"Pakatan Harapan kata EPF akan bangkrap. Bila mereka kata EPF akan bangkrap kita boleh jawab.Tapi bila ianya menyebabkan EPF jadi lemah dan menyebabkan pencarum nak mengeluarkan caruman mereka, ini adalah sebotaj ekonomi dan ianya harus disiasat oleh pihak berkuasa. Ini bukan lagi tuduhan dan ini bukan lagi permainan politik. Ini adalah perkara yang serius," ujar beliau.

"Bila mereka kata Tabung Haji bangkrap dan orang akan mengeluarkan caruman dan simpanan dalam tabung Haji ini juga serius. ini juga sebotaj ekonomi. dan jangan main- main dalam perkara ini kerana undang-undang negara kita, bukan saja sebotaj politik, sebotaj terhadap yang Di Pertuan Agong, sebotaj terhadap keselamatan negara tapi sebotaj terhadap ekonomi negara juga amat penting," tambahnya lagi.

Jelasnya, manipulasi tetap diteruskan meskipun beberapa pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetahui perkara sebenar dan beberapa kali telah dimaklumkan mengenai kedudukan syarikat pelaburan tersebut.

Abdul Rahman juga berkata, Dr. Mahathir licik menyusun strategi dengan memburuk-burukkan dasar kerajaan serta 1MDB sehingga menyebabkan syarikat pelaburan itu sukar meraih modal perniagaan.

“Dr. Mahathir berkomplot dengan pemimpin dalam dan luar kerajaan, ini diikuti dengan tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik kepimpinan Najib. Mereka buntu mencari isu dan menjadikan 1MDB sebagai modal politik kerana dapat memanipulasi angka-angka yang besar, sedangkan 1MDB hanya guna RM1 juta modal daripada kerajaan dan tidak pernah gagal membayar hutang.

“Niat buruk mereka telah menyebabkan 1MDB berdepan masalah. Syarikat ini sepatutnya membangunkan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang bernilai RM170 bilion. Tetapi disebabkan dendam kesumat, mereka sanggup sabotaj 1MDB sehingga memaksa syarikat ini menjual aset-aset bagi mencari dana,” katanya.

Menurutnya, Muhyiddin seorang yang hipokrit kerana beliau turut berada di dalam Kabinet yang bersetuju untuk memulihkan 1MDB, sebaliknya apabila berada di luar, mengeluarkan kenyataan yang berbeza.

23 Feb 2017

#PRU14:Masyarakat Bario Belajar Tentang Hak-Hak Sebagai Pengguna




Masyarakat di Bario telah belajar lebih lanjut mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna dan peniaga semasa dialog dengan pemimpin masyarakat yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sana baru-baru ini.

Acara yang dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Pengguna Miri adalah sempena lawatan kerja ke Bario oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong.


Program dimulakan dengan ceramah yang merangkumi topik seperti hak-hak pengguna, fungsi-fungsi dan peranan Metrology Corporation Malaysia (MCM) serta peranan dan fungsi Maktab Kerjasama Malaysia (Maktab Koperasi Malaysia).

 
Pada majlis itu, MCM juga menaja 12 alat timbang digital untuk peniaga-peniaga yang dipilih untuk menggantikan yang lama mereka, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat MCM (CSR) inisiatif.


Selepas dialog itu, pihak penganjur turut melawat peniaga dan beberapa cawangan KPDNKK point-of-jualan (POS) di Bario.


Turut hadir dalam program itu ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Mulu Datuk Gerawat Gala, KPDNKK Setiausaha Agung Datuk Seri Jamil Salleh, Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan, ketua Miri KPDNKK Jo Azmi, Ketua Pegawai Operasi MCM Ahmad Sholihan serta MCM penasihat Mohd Khalis Kasim.


Program yang bertepatan dengan hari jadi Henry, penganjur telah mengejutkan timbalan menteri itu dengan kek hari jadi di atas pentas.


Lawatan Henry untuk Bario merupakan saat yang  tidak boleh dilupakan maka masyarakat Kelabit telah mengadakan satu majlis untuk memberinya satu  nama Kelabit.


Beliau dinamakan 'Bela'an Tauh', yang diterjemahkan sebagai 'yang terkenal' atau 'pemimpin yang bercakap'.

21 Feb 2017

#PRU14: SPR sudah bersedia untuk PRU14 - Pengerusi




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mula melakukan kerja akar umbi termasuk menyediakan bajet untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang berkata kepada The Borneo Post semalam bahawa suruhanjaya itu kini sedang mengkaji butiran bajet PRU-14, yang akan diumumkan kepada orang ramai selepas pembubaran Parlimen. 

"Kami akan memastikan semua perbelanjaan adalah perlu bagi PRU-14 supaya semua akan berjalan dengan lancar dan ia akan menjadi bajet yang berhemah," katanya. Mengenai bila PRU14 akan diadakan, Mohd Hashim berkata, khabar angin itu telah wujud sejak tahun 2015.

 "SPR tidak tahu bila PRU-14 sebelum pembubaran parlimen. Hanya selepas Parlimen dibubarkan  SPR bermesyuarat untuk menentukan tarikh-tarikh penting yang berkaitan."Ia adalah amalan biasa kami untuk mula membuat persediaan awal dua tahun sebelum tamat tempoh parlimen. Ini termasuk latihan pegawai, mengemaskini prosedur pilihan raya, menggantikan peralatan yang rosak dan perolehan yang baru.

 "Kita perlu membuat persiapan awal kerana kita tidak tahu sama ada Parlimen akan dibubarkan pada tahun keempat atau kelima," jelas Mohd Hashim.

Untuk PRK Tanjong Datu yang baharu sahaja berakhir , beliau berkata ia adalah sama dengan pilihan raya kecil Balingian, yang beliau sifatkan sebagai 'terbaik' kerana ia adalah pilihan raya yang 'harmoni, mematuhi undang-undang dan aman.

 "Ia adalah harmoni kerana semasa tempoh berkempen, tidak ada aduan mengenai kejadian yang tidak diingini. Tidak ada acara atau ucapan ugutan atau serangan peribadi daripada mana-mana calon."Ini menunjukkan kematangan calon serta pengundi. Ini adalah pilihan raya kecil di mana kempen telah berjalan secara sihat, harmoni dan profesional.

 "Selain itu,untuk bahan-bahan kempen  SPR tidak menerima apa-apa aduan dan ini bermakna pegawai penguatkuasa kami telah menjalankan tugas dengan baik.Ia adalah pilihan raya kecil yang aman dan kita mengucapkan terima kasih juga kepada pihak polis, "kata Mohd Hashim. 

Beliau berharap ia akan menjadi contoh kepada yang lain untuk pilihan raya yang akan datang.Walaupun peratus kehadiran lebih rendah iaitu  69.2 berbanding 75 peratus yang disasarkan oleh SPR, beliau menjelaskan bahawa ia adalah disebabkan oleh cuaca yang buruk dan juga hakikat bahawa ramai pengundi yang tinggal di luar Lundu tidak pulang untuk mengundi.

"Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan kehadiran pengundi berbanding pilihan raya negeri (PRN)lepas di mana peratusan keluar mengundi adalah 70.1 peratus, perbezaan tidak ketara." 

Beliau berkata, sasaran yang tinggi sebanyak 75 peratus adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengundi untuk melaksanakan tugas mereka.