Dalam satu temubual bersama Bloomberg yang disiarkan di blog NajibRazak.com pada 26 April 2018, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menjangkakan "keputusan yang lebih baik" dalam PRU14 ini.
Sepanjang tempoh satu jam di sebuah bilik yang berkibaran bendera Malaysia di ibu pejabat partinya di Kuala Lumpur, Najib bercakap mengenai pilihan raya pada 9 Mei ini. Najib berdepan dengan mentornya yang kini sudah bertukar menjadi “Dark Vader”.
"Kami yakin dengan keputusan yang baik," kata Najib. Tidak ada pergerakan untuk mengubah kerajaan, saya tidak melihatnya. Itu tidak menandakan kita akan menang dengan majoriti besar, tidak, saya tidak dapat meramalkannya, tetapi saya akan yakin bahawa kita boleh jangkakan hasil yang positif. " kata Datuk Seri Najib.
Keyakinan Najib itu disebut berdasarkan gabungan pembangkang ketika ini yang disebutnya sebagai "gabungan parti pelbagai pendapat". Mahathir telah lama memperjuangkan hak-hak Melayu, manakala pembangkang yang paling berkuasanya - Democratic Action Party (DAP) - lebih memihak kepada etnik Cina.
"Saya tidak nampak bagaimana mereka boleh bekerjasama," kata Najib. Dalam temu bual itu juga, Najib meramalkan blok pembangkang akan menghadapi kesukaran selepas kehilangan sokongan parti Islam utama yang membantu perjuangan mereka pada tahun 2013. Beliau juga berkata pengundi bandar dan pengundi Cina yang turun mengundi pada pilihan raya lepas dengan harapan membawa perubahan sudah kurang motivasinya.
"Hari ini, mereka sedar tidak mungkin (untuk pakatan mengambil alih kerajaan). Jadi saya fikir keghairahan (motivasi) itu sudah banyak berkurangan." kata Najib
Najib juga ditanya sama ada undang-undang #FakeNews yang baru digubal boleh digunakan untuk menyekat pembangkang, Najib berkata media sosial Malaysia "lebih bebas daripada banyak negara lain."
"Anda boleh mengkritik kerajaan, anda boleh mengatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan kerajaan, anda boleh mengatakan anda tidak akan mengundi kerajaan, dan itu tidak mengapa. Maksud saya, saya boleh menerimanya." kata Datuk Seri Najib.
Najib bercakap tentang pertempurannya dengan Mahathir, yang telah menuduhnya dengan bermacam macam tuduhan. Najib berkata Mahathir sendiri telah melakukan beberapa persempadan semula dan persempadanan semula baru-baru ini adalah kerana "mengambil kira beberapa perubahan demografi."
"Saya fikir dia terlalu obses untuk mengawal segalanya, untuk menjadi orang yang utama, sebenarnya, ketika kami masih sahabat baik, dia ada mencadangkan penubuhan majlis penatua (council of elders)," kata Najib.
"Sudah tentulah, anda boleh membayangkan siapa yang akan mempengerusikan majlis penatua itu dan menjadi pemangku perdana menteri selepas setiap kabinet, saya fikir saya akan perlu ‘berarak’ ke pejabatnya untuk mendapatkan persetujuannya. Dia mahu saya tunaikan permintaannya," kata Najib.
Ini bahagian pertama wawancara Bloomberg bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukan suatu yang mengejutkan jika BN diramal mendapat keputusan yang lebih baik pada PRU14 berbanding PRU13. Ini kerana badan penarafan antarabangsa sudah iktiraf manifesto BN, baca sini :
http://www.mykmu.net/2018/04/badan-penarafan-antarabangsa-iktiraf-manifesto-barisan-nasional/
Bukan itu sahaja, institusi kewangan pun mahu Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional kekal di Putrajaya. Baca sini :
https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1842816119072190
#BersamaBN #HebatkanNegaraku
Tulisan :
Beruang Biru
BB892, Khamis
26 April 2018.
0 komentar:
Catat Ulasan