PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan satu sidang media khas berikutan pembubaran Parlimen, esok.
Sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah itu diadakan selepas raptai dan simulasi operasi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.
Raptai dan simulasi itu diadakan di Bilik Gerakan PRU-14 dan Pusat Media PRU-14, Menara SPR bermula jam 10 pagi.
0 komentar:
Catat Ulasan