Bujang Senang

Bujang Senang

7 Apr 2018

PRU14: SUPP sedia rampas kembali enam kerusi Parlimen


Dr Sim berkata berdasarkan sokongan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk Cina di negeri itu, beliau yakin BN mampu merampas semula enam kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU13. - Gambar fail

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini berada di tahap terbaik untuk merampas kembali enam kerusi Parlimen yang pernah tewas sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya, Prof Datuk Dr Sim Kui Hian berkata amat penting bagi Barisan Nasional (BN) Sarawak mencapai kemenangan besar pada PRU14 bagi memperkukuhkan perjuangan negeri itu menuntut hak-haknya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sebelum ini, pada PRU13, BN Sarawak telah kalah enam daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di mana kesemua kerusi yang kalah itu adalah dimiliki SUPP.

Parlimen Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Sibu dan Lanang tewas kepada DAP manakala, Parlimen Miri tewas kepada PKR.

Bagaimanapun, hanya satu kerusi SUPP sahaja yang menang iaitu Parlimen Serian yang dimenangi Datuk Seri Richard Riot Jaem, yang juga Menteri Sumber Manusia.

Dr Sim berkata, berdasarkan sokongan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk Cina di negeri itu, beliau yakin BN mampu merampas semula enam kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU13.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran seminar awam 'Inisiatif Satu Jajaran Satu Laluan (OBOR): Cabaran dan Peluang Sarawak' oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg, di Dewan Sa'ati, Ibu Pejabat SUPP di sini, pada Jumaat.

Justeru, beliau meminta pengundi kaum Cina supaya mengubah mentaliti kononnya mereka patut mengundi BN untuk berkuasa di peringkat negeri dan pembangkang di peringkat persekutuan.

Susulan kekalahan teruk pada PRU13 pada 2013, SUPP berdepan krisis dalaman sehingga beberapa pemimpinnya keluar parti lalu menubuhkan parti serpihan, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Bagaimanapun, bulan lepas, kedua-dua parti itu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam menghadapi PRU14.

Di samping itu, kedua-dua parti itu bersetuju untuk menerokai dan mengambil langkah ke arah penyatuan untuk menjadi satu entiti politik yang lebih besar demi kepentingan masyarakat Cina dan komuniti lain di bawah semangat BN.

-- BERNAMA

Related Posts:

  • Aksi Buka Seluar - Siapa? Andai Sin Yee Buka Seluar….  PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari. Apa agaknya akan terja… Read More
  • Bila Anwar Sudah Meroyan Akhirnya Anwar Gila Juga…  Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi j… Read More
  • Blogger Pakatan Gelar Perdana Menteri "Firaun" Pakatan Rakyat Panggil Najib Firaun  Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak ma… Read More
  • Sikap Melampau Puak Pakatan Dikala Sambutan Kemerdekaan Dan Idul Fitri Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.  Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tia… Read More
  • Sibu Kerusi Kuat BN - Najib SIBU -  Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tah… Read More

0 komentar: