Bujang Senang

Bujang Senang

2 Apr 2018

Ketinggalan Arus Kemajuan, Tun Mahathir Tiada Hak Cakap Tentang Sarawak

Menyalahkan kepimpinan negeri "tamak" sebagai penyebab kepada Sarawak dan Sabah ketinggalan dalam arus kemajuan berbanding negeri-negeri di Semenanjung adalah bertujuan untuk menutup kemaluan dan keaiban Tun Mahathir sendiri selepas 22 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyalahkan kepimpinan kedua-dua negeri itu sebagai tamak hingga menyebabkan Sarawak dan Sabah gagal membangun pada kadar yang pantas.

"Sabah (dan Sarawak) menghadapi banyak isu pentadbiran.

"Kami mendapati terlalu banyak orang dari pentadbiran tamak ... ingin membuat wang dengan cepat," katanya dalam satu forum di sini mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi oleh belia di negara ini.

Malah, kata bekas Perdana Menteri itu lagi, beliau yakin jika kerajaan persekutuan dan kerajaan prihatin terhadap pembangunan negara, mereka akan meningkatkan infrastruktur kedua-dua negara.

Bagaimanapun, bagi anak jati Sarawak yang juga Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kenyataan Tun Mahathir itu disifatkan sebagai "tidak tepat dan tidak adil".

"Kalau Tun Mahathir benar-benar prihatin tentang  merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu, dia patut memperuntukkan lebih banyak sumber kepada kedua-dua negeri itu.

“Tetapi, mana pergi duit minyak Sabah dan Sarawak? Dr Mahathir lebih mementingkan pembinaan Menara Berkembar Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang daripada membina jalan raya dan membangunkan prasarana di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong turut mengaitkan bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan jejambat Satok di Kuching pada 1995, berikrar untuk membina semula 31 sekolah pada harga RM500 juta tetapi janji itu tidak dikotakan.

“Jangan salahkan rakyat Sabah dan Sarawak. Dia pemimpin negara, dia boleh buat lebih banyak lagi tetapi tidak. Dia selalu tuding jari pada orang lain,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg pernah menjelaskan bagaimana permohonan Sarawak untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo semasa pemerintahan Tun Mahathir telah ditolak.

“Jalan di Semenjung kacak dan selesa. Tetapi, di Sarawak dari Kuching pergi ke Lawas patah pinggang apabila melaluinya.

“Jadi, kita mahu jalan seperti mana yang ada di Semenanjung iaitu Lebuh Raya Utara Selatan. 

“Sehinggalah kepada Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem jumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan akhirnya diluluskan dengan kosnya sebanyak RM20 bilion,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Abang Zohari juga memberitahu bagaimana Tun Mahathir mahu mengambilalih aset SESCO.

KLxpress

Related Posts:

  • #PRU13:- Senarai Penuh BN Negeri Sembilan Senarai penuh calon BN Negeri Sembilan: JELEBU - Zainuddin Ismail Chennah - Siow Foo Wen Pertang - Datuk Jalaludin Alias Sungai Lui - Mohd. Radzi Mohd Ali Klawang - Datuk Yunus Rahmat JEMPOL - Tan Sri Mohd. Isa Abdul… Read More
  • Nak Berzina & Terlepas Masuklah PAS MUDAH betul jadi orang PAS, macam mana kukuh bukti pun, pemimpin lain parti Islam itu akan silih berganti mempertahankan  pemimpin yang kena.  Konon ini fitnahlah, nak dekat pilihanrayalah, bukan dialah dan seba… Read More
  • #PRU13: Senarai Calon BN PerakBERIKUT senarai calon BN Perak yang diumumkan hari ini.P.054 : GERIKDATUK HASBULLAH OSMAN (Berpindah dari Dun Temengor ke Parlimen)N.01 : PENGKALAN HULUAZNEL IBRAHIM (Muka Baru)N.02 : TEMENGORSALBIAH MOHAMED (Muka Baru)P.055 … Read More
  • #PRU13:- Senarai Penuh Nama Calon BN Wilayah Persekutuan.Oleh SAIFULIZAM MOHAMADKUALA LUMPUR 16 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.Mereka ialah;1. Datuk R… Read More
  • #PRU13:- Senarai Penuh Calon BN Perlis BERIKUT senarai calon BN PRU13 Perlis yang diumumkan Pengerusi BN Negeri pagi ini.P001 Padang Besar - Zahidi Zainol AbidinN01 Titi Tinggi - Khor Hock KongN02 Beseri - Mat Rawi KassimN03 Chuping -  Asmaiza AhmadN04  … Read More

0 komentar: