Barisan Nasional (BN) lebih serius dan bertekad untuk buat perubahan yang membawa kebaikan kepada rakyat di masa hadapan. Oleh kerana itu, BN tampilkan orang muda bukan orang tua berusia 90 tahun lebih untuk bertanding lagi.
BN menampilkan 327 calon baru, 77 orang calon baru untuk kerusi Parlimen dan 250 orang calon baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). BN juga memperkasakan wanita dengan menampilkan 85 orang calon wanita untuk bertanding masing-masing 26 orang calon Parlimen dan 59 orang calon di peringkat DUN.
Antara yang menarik perhatian ialah calon muda yang masih di bawah umur 35 tahun yang diketengahkan BN untuk bertanding pada PRU14 kali ini. Ia merupakan antara cerminan manifesto, Jaminan Orang Muda yang dijanjikan oleh BN untuk rakyat terutamanya bagi generasi baru.
Paling menarik ialah Shahril Sufian Hamdan, 32, iaitu calon BN untuk kerusi Parlimen Kuala Langat. Rakyat di situ anggap pengenalan Shahril sebagai calon adalah satu pembaharuan dan demi masa depan yang lebih baik untuk pembangunan kawasan tersebut.
Shahril merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan beliau adalah seorang pendebat. Sebelum ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman habis kena lunyai dek Shahril kerana berdebat tajuk 'Pakatan Harapan Ada Agenda Ekonomi Yang Lebih Baik Dari Barisan Nasional'.
Kemudian, BN ada calon wanita yang muda, Chan Quin Er yang berumur 31 tahun bertanding berdepan calon "heavyweight" dari DAP, Teresa Kok di Parlimen Seputeh. Teresa merupakan penyandang kerusi berkenaan. Chan merupakan seorang calon yang ada Ijazah Sarjana Muda Perundangan.
Dengan latar belakang sebagai seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya, Chan sudah tentu tahu dan arif selok belok perundangan. Teresa kerap menggunakan pentas ceramah untuk memfitnah BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu fitnah seperti 1MDB, Chan sudah pasti tidak berdepan masalah menghadapi perkara berkenaan. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian MCA Seputeh.
Di Kelantan, calon muda, Fikran Hamshi Mohamad Fatmi bakal berdepan Naib Presiden PAN, Husam Musa di Parlimen Kota Bharu. Turut bertanding ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. Fikran mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda BN Kota Bharu.
Paling menjadi perhatian ialah calon berusia 29 tahun, Ho Kwok Xheng yang merupakan seorang peguam berdepan calon DAP, iaitu Tony Pua. Seorang lagi pemimpin DAP yang lantang menyelar Najib dalam isu 1MDB dan beliau juga adalah pemimpin DAP yang memberikan cadangan untuk mengecilkan jumlah penjawat awam.
Di kawasan P106 itu, Ho dan Tony akan turut berdepan calon dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) Datuk Wong Mun Kheong.
Apa yang Tony Pua hendak tipu penduduk di Parlimen itu lagi kerana Ho adalah anak jati Damansara yang betul-betul berasal dan membesar di kawasan itu. Calon muda akan didengari oleh pengundi kerana mereka ada wawasan dan misi yang jelas bagaimana mahu berbakti kepada rakyat bukan seperti DAP yang selalu lari kawasan dan ponteng untuk berkhidmat pada rakyat.
Calon muda seterusnya ialah Eric Choo Wei Sern, 31, yang turut mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Eric akan menentang calon dari DAP iaitu Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dan bekas Pengerusi DAP Melaka iaitu Gog Leong San yang bertanding sebagai calon bebas.
Seorang calon lagi orang muda yang masih di bawah usia 30 tahun ialah Caesar Mandela Malakun, 27, bertanding di kerusi Parlimen Penampang, Sabah. Caesar Mandela akan berdepan pertembungan empat penjuru menentang calon Warisan, Darell Leiking, calon Solidariti Cleftus Stephen Spine dan calon Anak Negeri, Dr Edwin Jack Bosi.
Hampir semua calon "heavyweight" pembangkang akan ditentang calon muka baru yang masih muda dari BN, ini bukti calon BN benar-benar mahu memenuhi aspirasi rakyat dan memenuhi visi masa depan negara ini #HebatkanNegaraku.
Pembangkang hanya main-main sahaja. Buktinya calon yang mereka pilih sendiri sambil lewa dalam melakukan urusan penamaan calon apabila terlupa bawa Mykad dan tidak memakai pas calon yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sudah salah sendiri, pemimpin mereka sibuk cari jalan memfitnah dan cari kesalahan SPR dan juga polis.
Calon Pakatan Harapan perlu ditolak oleh pengundi pada PRU14 kali ini kerana mereka hanya tahu cari jalan untuk memfitnah dan ambil kesempatan dan bukannya mahu berbakti kepada rakyat. Mereka gunakan #TsunamiPHitnah untuk hasut rakyat supaya benci dan tidak beri undi kepada BN.
Gabungan calon berpengalaman BN dan barisan calon orang muda ini yang bakal merencanakan masa depan negara ini. Jangan undurkan negara ini ke masa silam dengan membuat pilihan yang salah.
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
Tulisan :
Beruang Biru
BB898, Isnin
30 April 2018
0 komentar:
Catat Ulasan