Bujang Senang

Bujang Senang

12 Apr 2018

Rakyat Perlu Undi Berdasarkan Prestasi, Bukan Emosi & Persepsi


Tinggal 27 hari sahaja lagi sebelum hari pengundian. Lagi 648 jam sebelum rakyat memilih di atas kertas undi. Ramai tidak sabar untuk habis tempoh ini.

Kenapa? Kerana mahu ajar DAP dan PKR yang banyak membohongi rakyat di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat juga tidak sabar lagi hendak melihat kestabilan politik kembali di Dewan Rakyat.

Melihat suasana yang lebih harmoni dan teratur bila Barisan Nasional kembali kuasai dua pertiga parlimen. Tiada lagi "hantu" dan suara suara pengacau yang menggangu perjalanan dasar yang baik untuk rakyat dilaksanakan.

Penggal lepas, 99.4% manifesto BN kepada rakyat dilaksanakan. Rakyat, agensi penyelidikan dan institusi penarafan kewangan antarabangsa melihat kepada prestasi BN ini. Selangor dan Pulau Pinang tidak bentang pun berapa prestasi manifesto mereka setelah dua penggal memerintah.

Inilah indikasi penilaian yang dibuat oleh pemerhati politik dalam dan luar negara. Akhbar luar negara sudah ramal BN menang, malah badan penyelidikan dari Oxford juga membuat jangkaan yang sama berdasarkan kemampuan dan manifesto BN yang realistik dan praktikal.

Pemerhati luar negara pun tahu manifesto pembangkang hanya tahan 17 hari sahaja. Mereka tahu Mahathir tidak buat mesyuarat cawangan, masuk IJN sebanyak 47 kali dalam masa 3 tahun dan selalu buat pusingan "u turn".

Profesor Ulung pun sudah mengkaji perbezaan manifesto BN dengan pembangkang. Ternyata manifesto BN lebih realistik. Lihat video ulasan Profesor Ulung ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1859148744129023&id=206671872710060

Dua tiga hari lepas, Bloomberg menilai prestasi ekonomi negara. Pelabur luar menilai implikasi yang berlaku jika ECRL dan HSR dibatalkan mengikut emosi Mahathir dan pembangkang.

ECRL adalah projek berkelas dunia yang dibuat untuk rakyat. Kalau batal ECRL, 80,000 orang akan hilang peluang kerja. Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1584248474928957&id=697192853634528

Mereka pilih prestasi BN berbanding emosi dan persepsi Mahathir, DAP dan pakatan pembangkang. Bard Wilkinson dari CNN menyatakan pembangkang sedang berada dalam sengketa dalaman.

Tulisan Shuli Ren di Bloomberg dan Bard Wilkinson di CNN yang meramalkan kemenangan berpihak pada BN dinilai berdasarkan prestasi BN dan emosi kucar kacir yang sedang berlaku dalam pembangkang.

Semalam, Oxford Economis juga meramalkan BN akan menang selasa. "Jangkaan kami, parti pemerintah akan memperoleh kemenangan selesa pada PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.

"Peningkatan majoriti BN juga membantu mengukuhkan kedudukan perdana menteri sebagai pemimpin gabungan BN," kata Sian Fenner, Pakar Ekonomi Oxford Economics.

Fenner turut memuji manifesto BN yang memfokuskan usaha menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat. Pemotongan cukai, gaji kakitangan awam, BR1M dan gaji minimum antara insiatif manifesto BN yang dipuji Fenner.

Ferner berkata, janji lain yang diumumkan BN seperti pelupusan hutang kepada peneroka kelapa sawit dan membangunkan infrastruktur lebih baik turut membantu kepada pertumbuhan KDNK tahun ini.

"Kami menjangkakan kenaikan unjuran bagi perbelanjaan isi rumah, yang disokong oleh perbelanjaan peribadi.

"Menerusi Model Ekonomi Global Oxford Economics, kami menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam gaji minimum tahun ini selaras dengan peningkatan 50 peratus yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Peningkatan pendapatan dalam kalangan kakitangan awam juga dapat meningkatkan pertumbuhan KDNK sekitar 0.25 peratus tahun ini, berdasarkan unjuran dasar kami sebanyak 5.2 peratus," kata Fenner.

Jadi kalau batal ECRL dan HSR, maka ianya akan jejaskan KDNK negara. Malah kalau DAP hendak buang kakitangan awam di Putrajaya, ianya juga turut jejaskan KDNK. Cara emosi pembangkang ini akan undurkan Malaysia ke zaman belakang.

Cara pembangkang ini salah. Oleh itu, semua ramalan yang dibuat oleh akhbar dan badan penyelidikan asing ini dinilai berdasarkan prestasi BN bukan emosi dan persepsi semata mata.

Sebagaimana yang disebut oleh Tan Seng Giaw, bekas Ahli Parlimen DAP Kepong bahawa kalau tidak ada bukti, tidak boleh tuduh. Kita bukan hakim dan mahkamah. Kerana ayat ini, Seng Giaw digugurkan oleh DAP.

Cukup emosi DAP dengan kata kata Seng Giaw. Namun itulah realtiti yang sebenar. Kebenaran yang sukar bagi DAP telan.

Rakyat masih ada lagi 38,880 minit sebelum hari Rabu, 9 Mei 2018. Gunakanlah akal yang sihat dan hati yang bersih untuk mengundi berdasarkan prestasi bukan emosi dan persepsi semata mata.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB864, Khamis
12 April 2018

0 komentar: