Bujang Senang

Bujang Senang

7 Apr 2018

Ribuan penyokong 'Biru' banjiri Axieta Arena


KUALA LUMPUR: Axieta Arena berubah warna biru apabila dibanjiri ribuan penyokong yang mengenakan pakaian warna pilihan Barisan Nasional, hadir pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.

Penyokong dari seluruh negara dengan penuh semangat, teruja dan berdebar menanti pelancaran yang bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tinjauan wartawan di sekitar tapak pelancaran mendapati semua penyokong pelbagai kaum hadir mengenakan pakaian warna biru dengan gaya masing-masing.

Penyokong turut berpeluang menyaksikan klip video kejayaan dan pencapaian manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu serta gimik pelancaran manifesto.

Seorang penyokong BN dari Terengganu, Yusof Yacob, 59, berkata perjalanan mengambil masa selama enam jam dengan penuh perasaan teruja.

"Saya tiba sejak semalam bagi mengelak daripada terbabit kesesakan jalan raya hari ini.

"Terkejut melihat begitu ramai penyokong berbilang bangsa berkumpul dengan satu hati demi keharmonian dan keutuhan negara, "kepada wartawan NSTP di sini hari ini.

BH

0 komentar: