Bujang Senang

Bujang Senang

23 Feb 2017

PAS Tidak Perlu Sujud Di kaki Mahathir Untuk Berdiri


Pada satu ketika, PAS dikatakan berkemungkinan besar bakal menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kemungkinan itu adalah bersandarkan kepada kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah mengadakan pertemuan sekitar awal bulan lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka, PAS dan PPBM akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menilai beberapa perkara dan isu berbangkit bagi membolehkan kedua-dua parti berkenaan mengadakan kerjasama politik seperti yang diharapkan oleh PPBM dan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan pendirian untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang masih mempunyai hubungan dengan DAP.

Pada masa yang sama, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pula memberikan tempoh selama sebulan untuk PAS memuktamadkan kerjasama berkenaan. Persoalannya, perlukah PAS akur kepada kehendak Mahathir ini?

Melihat kepada respon terbaru oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ternyata beliau menyokong Hadi dan mengulangi ketegasan bahawa parti berkenaan tidak akan tunduk kepada desakan Mahathir walau apa jua alasan.

Nik Abduh juga menegaskan, PAS masih mampu untuk berdiri sendiri tanpa memerlukan penggabungan dengan mana-mana parti. Katanya, sejak dahulu lagi, PAS sentiasa bergerak sendiri dengan dokongan ahli-ahli PAS yang sentiasa menyokong penuh barisan kepimpinan PAS.

Tidak timbul isu tempoh yang diberikan oleh Mahathir kepada PAS kerana Mahathir sendiri maklum akan pendirian PAS menolak kerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubung kait dengan DAP.

Mungkin Mahathir merasakan PAS akan gentar dengan tempoh sebulan yang diberikan kepada parti itu untuk membuat keputusan, namun ternyata beliau silap. Ini kerana PAS langsung tidak mempedulikan tempoh yang diberikan oleh Mahathir.

Apa yang jelas, PAS menolak PPBM yang kini sudah menjadi proksi DAP.

Jika melihat kerjasama antara PAS dan UMNO hari ini, semuanya berlandaskan kepada kepentingan ummah semata-mata, tiada kena mengena dengan politik seperti yang didakwa Mahathir sebelum ini.

Justeru, Mahathir kini sudah boleh merencanakan kekuatan partinya sendiri di dalam Pakatan Harapan daripada sibuk mengatur urusan pihak lain.

Tulisan :
Beruang Biru
BB297, Rabu
23 Februari 2017

0 komentar: