Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Aug 30, 2012

WHO'S TH BOS?

"Mah... cepat sikit". 


A picture speaks a thousand words...

PICTURE dato seri haji najib razak datin paduka seri rosmah mansor lawatan kerja 2 hari afrika selatan pretoria PADA SUATU KETIKA DULU......

Sentimen kenegerian melampau di negara merdeka

Esok hari merdeka yang ke-55. Aku dah download lagu tema kemerdekaan Janji Ditepati dan mainkan berkali2 di office aku. Desktop wallpaper aku pun aku dah tukar dengan logo Janji Ditepati untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri aku. Dan sempena dengan Hari Kemerdekaan juga, aku tulis sedikit isu2 berkaitan kenegaraan.


Beberapa hari lepas ada request dari seorang reader nak minta kami siasat siapa admin fan page di Facebook "bunuh warga sarawak kat semenanjung" di entry lama gila dan yang takde kaitan pun dengan isu ni.


Malah ada juga yang mencari siapa admin fan page "semenanjung anti sarawak" seperti komentar di sini.


Pertama sekali, kepada komentar bangsabidayuhrakyatsarawak, kami minta maaf sebab tak dapat nak siasat siapa admin fanpage tu. Kami bukanlah hackers seperti Anonymous, RileksCrew, DragonForce, Ahli Syurga Crew atau kumpulan2 hackers yang lain walaupun pernah suatu ketika dalam kehidupan aku dulu pernah melalui saat2 menjadi hackerz, atau mungkin sekadar script kiddies masa tu. Penyiasatan yang kami buat2 sebelum ini pun lebih menggunakan teknik pencarian keyword di Google instead of hacking. Kalau bab nak hack2 akaun Facebook atau fanpage mungkin boleh try tanyakan dekat blog http://www.kenahack.com/ mereka tere bab2 hacking ni.


Apa2 pun aku try cari fanpage "bunuh warga sarawak kat semenanjung" tak jumpa, mungkin dah kena report dan dah kena delete. Tapi fanpage "semenanjung anti sarawak" aku sempat jumpa dan tengok kathttp://www.facebook.com/pages/Semenanjung-ANTI-Sarawak/301261549958917 dalam 2 hari lepas sebelum kena delete. Isu ini juga telah spark kemarahan warga2 Sarawak kepada admin fanpage2 tersebut dan juga dilaporkan dalam suratkhabar NST seperti di bawah.


Apa yang aku boleh simpulkan adalah kemungkinan admin kedua2 fanpage itu adalah orang yang sama, dan kemungkinan lepas2 ni dia akan buat lagi fanpage yang lain. Tapi ini bukan kali pertama orang menimbulkan sentimen kenegerian melampau. Ada negeri lain yang lebih popular di anti oleh orang dari negeri lain iaitu Kelantan, malah fanpage "anti kelantan" pun wujud. Negeri2 lain seperti Johor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, tu pun antara negeri2 yang popular yang di anti negeri lain. Malah sentimen kenegerian yang melampau kadang2 membawa kepada benda yang lebih serius sampai ada yang memperjuangkan negeri mereka keluar dari negara Malaysia seperti gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SKMM) di fanpage2,blog2 dan petition atas perkara 18/20 dalam perjanjian Malaysia, Sabah dan Sarawak sewaktu pembentukan Malaysia dahulu.


Kenapa perlu bersikap kenegerian yang keterlaluan? Antara faktor2 yang membangkitkan sentimen kenegerian:
  1. Pernah ada sejarah buruk dengan orang yang berasal dari negeri lain, contohnya seorang lelaki berasal dari Melaka pernah couple dengan seorang awek Pasir Mas, Kelantan, lepas tu mek Kelate tu kikis duit dan tinggalkan dia, terus dia membenci seluruh orang Kelantan dan menganggap mereka semua sama lantas menyebarkan sentimen kebenciannya dengan orang Kelantan kepada orang lain. So mungkin admin fanpage "semenanjung anti-sarawak" juga pernah ada pengalaman buruk dengan orang Sarawak secara peribadi.
  2. Iklim politik yang sangat tidak sihat di antara negeri2 BN dan PR, dasar2 antara negeri2 Borneo dan Semenanjung menjadi penyumbang terbesar sentimen kenegerian dan permusuhan antara negeri menjadi semakin kuat.
  3. Masih bercakap menggunakan bahasa loghat negeri sendiri walau sedang bercakap dengan orang yang bukan dari negerinya. Tak suka bercampur dengan orang dari negeri lain, tidak boleh ubah sikap suka berpuak2.
  4. Bola sepak. 
    Negara kita dah 55 tahun merdeka, tapi kenapa masih berlaku permusuhan antara negeri? Adakah keluar dari Malaysia tu jalan yang terbaik buat negeri Sabah dan Sarawak berbanding alternatif lain seperti menukar kerajaan sebagai penyelesaian kepada masalah2 yang dihadapi? Adakah berbaloi bergaduh, bertumbuk, membuat kekacauan, merosakkan harta awam hanya kerana perlawanan bola sepak? Adakah hanya kerana negeri2 ditadbir oleh pembangkang maka tidak layak mendapat bantuan kewangan oleh kerajaan pusat? Adakah bersatu di atas nama negeri lebih bermakna daripada bersatu di bawah nama negara? Apa ada benarnya kata2 pepatah "Semangat Kenegerian Menjahanam Bangsa"?

    Masih wujudkah 1Malaysia kalau ada masih ada lagi yang saling benci membenci atas nama negeri, bangsa dan parti politik? Masih benarkah Janji Ditepati kalau masih banyak janji yang belum ditunai. Masih relevankahSebangsa jika sentimen bangsa masih kuat, Senegara jika sentimen negeri masih tinggi dan Sejiwa jika sentimen politik masih lagi menebal? Wajarkah kemerdekaan negara dipolitikkan? Wajarkah kita menyambut kemerdekaan secara berasingan di kalangan parti politik? Entah, anda jawab sendiri persoalan2 itu...

    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-55









    Tiada masalah Nasha bergaul dengan Umno - Majlis Syura


    Ahli Majlis Syura PAS Datuk Mahfodz Mohamed berpendapat tiada salahnya bagi bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjalinkan hubungan baik dengan Umno.

    Beliau berkata keputusan untuk mengugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura atau parti harus diteliti sepenuhnya supaya tidak menjejaskan peluang PAS pada pilihan raya nanti.

    Mahfodz berkata sekiranya alasan untuk menyingkirkan Nasharudin hanya kerana beliau muncul dalam sebuah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Majlis Syura perlu membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan perkara remeh.

    Nasharudin telah menemani Najib dalam sebuah perjumpaan dengan kumpulan ulama Saudi Organisasi Kerjasama Islam di Mekah baru-baru ini.

    Mahfodz kemudian berkata, perbincangan Majlis Syura PAS yang bakal berlangsung pada 9 September ini akan turut membincangan mengenai isu Nasharudin.

    Beliau sekali lagi menjelaskan tiada masalah bagi mana-mana ahli parti untuk bergaul dengan anggota parti lain termasuk Umno.

    Namun Mahfodz menegaskan isu utama membabitkan Nasharudin ialah kurangnya penyertaan beliau dalam aktiviti PAS sejak 2009.

    "Masalah berkait Nasharudin adalah kita telah memberikan beliau (Nasharudin) masa setahun lebih untuk memberikan kerjasama, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri."

    (Vide) Lelaki berlakon 'buta' untuk raba wanita lalu lalang


    Seorang lelaki dari Chongqing China telah dirakamkan aksinya yang cuba meraba beberapa orang gadis dijalanan ketika beliau sedang berjalan.

    Apa yang menarik mengenai lelaki tersebut, beliau berlakon sebagai orang buta bagi mendapatkan peluang untuk meraba punggung wanita yang sedang berjalan ke arahnya.

    Lihat video dibawah.

    Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Lu, terserempak dengan lelaki berkenaan yang melakukan perkara tidak senonoh itu dan mula merakamkan aksi-aksinya.

    Sepanjang 17 minit rakaman video tersebut, Lu berjaya merakamkan lelaki 'buta' itu telah meraba berdozen wanita dari punggung hinngalah ke peha mereka.

    Lelaki yang didakwa Lu sebagai buta itu berjaya melepaskan diri di dalam lautan orang ramai sambil sempat menjeling mencari arah untuk berjalan.

    Aug 29, 2012

    SUAMI PELIK CERITA HUBUNGAN INTIM PELIK BERSAMA ISTERI SENDIRI


    Pelik!! Itulah yang boleh di katakan kepada sepasang suami isteri yang di cekup oleh sekumpulan anak muda di sebuah perumahan terbengkalai berdekatan Parit Panjang Baling..

    Apa yang pelik? Peliknya ialah kerana mereka di tangkap oleh anak muda yang sedang menunggu orang hendak merendek di kawasan rumah tersebut namun apabila suami isteri itu tahu yang mereka sedang di sekodeng maka mereka pun telah menagguhkan dulu rancangan Malaysia ke 3 mereka itu.

    Peliknya lagi ialah pasangan tersebut sudah menikah tapi masih nak merendek kat dalam semak lagi.

    Maka amat peliklah bila yang menangkap tu pun kaki maksiat dan yang depa tangkap pulak adalah laki bini yang nak mereton dalam hutan.

    Walaupun begitu masih ada lagi yang teramat pelik dari segala yang pelik, sesungguhnya yang pelik dari yang pelik itu teramatlah pelik sehingga pelik membacanya seperti berita pelik yang bertajuk pelik oleh oarng pelik di bawah ini :-
    Kah kah kah... baru dia nak tau ka yang Pas ni pelik.. sebelum ni dia tak tau ka parti yang dia pernah jadi pemimpin no 2 tu pelik kah kah kah.

    Awat dia tak kata Pas ni pelik bila letak dia bertanding kat Bachok? Bukankah pelik dok Kuala Lumpur tapi nak jadi wakil orang Bachok? Masa tu kata la kat Pas"Oi Pas awatnya hangpa pelik sangat suruh aku bertandng kat negeri orang lain".Katanya Pas demokrasi tapi apa pasai pulak tak boleh nak cakap. Kalau tak boleh cakap bikin la parti orang bisu. Kenapa pulak orang lain tak layak cakap. kalau orang lain tak layak cakap sapa yang layak bercakap?

    Atau mungkin yang layak cakap hanya depa kat bawah ni saja:-

    .
    Wahh..control hensem la pulak mamat ni...maklumlah ajen ketuanan melayu dalam Pas kenalah senyum simpul tanda sopan santun orang melayu kah kah kah

    Haa...ini dia abang besar ketuanan melayu dalam Pas. Kalau sapa2 nak sajak pi la mintak kat dia tapi abang besar ni bikin sajak ketuanan saja, sajak lain tak layan bro.
    Tu dia..ini baru orang yang paling layak bercakap dalam Pas, peduli apa kalau Tok Guru Musyidul Am Pas kata Pas kena kawan dengan DAP tapi kalau Musyidul Param ni kata tak boleh kawan dengan DAP maka orang Pas kena dengaq dan patuh kah kah kah.

    Apa pasai Nasaruddin ni tak kata 3 ekoq makluk dalam Pas ni pelik? Orang lain pakat dok kempen ABU tapi 3 ekoq makluk ni sanggup jadi pecacai join dengan NGO umno untuk maki hamun kristian kat stadium.

    Atau Nasa tak merasa pelik dengan tingkah jahat 3 orang kuat Pas ni kerana beliau adalah orang yang ke 4.

    Kalau Pas dah pelik dok tugggu apa lagi dalam parti pelik ni. Keluaq la Pas join parti yang tak pelik atau pun joinlah dengan Lebai Zul Nordin yang telah lama menurut Pahlawan Jihad Berahim Ali.

    Apa yang Nasa nak pelik lagi kalau dah tak boleh nak bertanding dalam PRU ini sebab Nasa sudah ada pencen sebagai ahli parlimen. Bukan ratus ratus pencennya tapi ribu ribu wa kasitau sama lu bro.

    Tapi Nasa jangan risau anta sudah ada penyokong yang bersarang dalam Pas. Lepas ni para penyokong Nasa dan Hassan Ali mesti cantas sama itu Tok guru dan Mat Sabu sebab suka kacau Pas sama Umno nak bersatu kah kah kah.

    Zahirnya tajuk iniTapi hakikat sebnarnya ialah

    EXCO 'SEKS BEBAS' SELANGOR DI PERKARANGAN MASJID.




    Gambar di atas adalah gambar Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan oleh EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong dan YB Sivarasa Rasiah. Majlis berkenaan diadakan di Taman Ehsan, Kepong. Hendak lebih tepat lokasinya adalah di perkarangan Masjid Al Faizin Desa Jaya.

    Tanda PRU 13 Makin Dekat



    Semalam, kebetulan menggunakan pengangkutan awam, LRT dari KL ke Kelana Jaya untuk bertemu sahabat-sahabat BJS di sana dan terserempak dengan sekumpulan tiga empat orang sedang mengedarkan risalah propaganda memburukkan Kerajaan Pusat termasuk menggunakan karikatur isteri PM yang dilambangkan sebagai mebazir duit rakyat.

    Dari gelagat, BJS perhatikan mereka adalah ahli parti cabang tempatan yang mula menjalankan 'kerja-kerja parti' kerana dari sumber yang MI dapat, Kelana Jaya bakal kembali ke pangkuan BN. Kerusi Parlimen dan Dun.


    Terdapat risalah berupa pelekat cermin kereta berkenaan kempen baru mereka, Kempen Turunkan Harga Kereta dan pelekat logo 'israel' merdeka yang dibanggakan oleh Pakatan Haram.




    Pakatan Haram cuba hangatkan kembali isu yang umumnya rakyat Malaysia sudah tahu bahawa itu adalah fitnah yang sudah terjawab. Malah cubaan Pakatan Haram ini jelas menunjukkan mereka agak tertekan untuk alihkan isu ketidakupayaan Kerajaan Selangor sekarang dalam menunaikan janji PRU12.

    Isu air percuma, isu harta milik rakyat yang dijual, isu lanun pasir, isu sampah yang tak mampu diurus, isu moral pemimpin mereka yang kronik dan pelbagai isu termasuk isu kritikal iaitu isu air bersih untuk rakyat. Kenapa mereka tidak keluarkan risalah menerangkan kepada rakyat tentang isu tersebut ?

    DAN CALON - CALONNYA IALAH...


    KREDIT BUAT BLOGGER SEMUT HITAM....


    Rentetan dari berita yang disiarkan semalam, banyak panggilan telefon dan sms yang diterima menanyakan siapa pemimpin Pembangkang yang 'Sumbang' tu.

    Tak kurang jugak email yang diterima. Semut pun belum dapat kepastian siapa dia. Tapi, semestinya dia dari kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Itu yang pasti.

    Kalau nak ikut logik, mana pulak ada pemimpin BN yang nak bertanding menentang Barisan Nasional sendiri melainkan dia jadi calon Bebas.

    Namun kemungkinan itu masih ada sebab di Jerantut, ada satu calon Bebas yang bertanding sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.

    Tetapi, disebabkan ramai yang bertanya, Semut pun gatal tangan dan mula meng'Google'kan diri mencari senarai calon yang bertanding dalam PRU tahun ni.

    Dibawah ni merupakan senarai dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 bagi kawasan P81. Agak - agak korang, siapa la diantara mereka ni yang dimaksudkan semalam ye? Korang fikir la sendiri!!!

    Aug 28, 2012

    ANWAR GUBAL UNDANG-UNDANG LOMPAT PARTI DIPERSETUJUI - makin ramailah lompat si katak lompat nanti


    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dituduh menaja usaha menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan, beliau tidak ada masalah jika undang-undang antilompat parti digubal.

    Sehubungan itu kata Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sudah memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepadanya semalam.

    "Saya tiada masalah (dengannya). Ketua Menteri (Guan Eng) sudah lapor kepada saya semalam,” kata beliau kepada media selepas Program Misi Keadilan dan Kemanusiaan Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia Peringkat PBT Selangor di sini, hari ini.

    Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, langkah memperkenalkan enakmen itu di Pulau Pinang dengan sendirinya menjelaskan pendirian mereka terhadap isu lompat parti.

    Menurutnya lagi, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru dari rakyat. Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

    Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada malam Khamis ini menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, Anwar berkata, beliau mungkin tidak akan turut serta.

    “Saya baru dimaklumkan bahawa pada hari itu, hanya program di Stadium Melawati Shah Alam yang perlu dihadiri.

    “Sebarang maklumat mengenai Bersih 3.0, sila rujuk kepada jawatankuasa tersebut,” katanya.

    Sebelum ini, penganjur Himpunan Janji Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi dengan cara yang berlainan.

    Beliau berkata, pihaknya bersetuju mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.

    Malah, penganjur turut menggunakan tema “Janji Demokrasi” bagi sambutan Ambang Merdeka nanti.

    Sementara itu, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

    Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini dianjurkan bagi membawa mesej bahawa orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil. Beliau juga mahu lapan tuntutan itu ditunaikan.

    [GAMBAR] Hot!!! Pengacara TV3 Seksi Berbikini, Menggugat Iman Lelaki!!!



    Kadang-kadang kami rasa cam tertipu plak ye. Betul jugak kata orang, ” Dont judge a book by it cover ” .. tapi bidalan ni selalunya menyeru kita supaya tidak memikirkan yang buruk-buruk mengenai seseorang. Tapi bidalan ni juga kadang-kala menyebabkan kita menyilap tafsir kepada seseorang yang dikaca tv pijak semut pon tak mati.. Punye la sopan santun.. kalau keluar kat MHI atau Medik TV tu, abis semua mak nenek kat Malaysia ni mengidam nak jadikan menantu.. tapi lepas nengok gambar-gambar yang kami akan dedahkan ni, pastinya mak nenek di Malaysia ni akan menganggap mimpi ngeri je la jadikan that girl menantu.. Hoh!! Hipokrit sungguh!! buat topic khas dalam rancangan Sensasi kat TV3 bagus ni. Kasi hentam personality satu bumbung!! Hehe..
    Susah nak percaya dia ni boleh berpakaian macam ni. Bukan agak memalukan, tapi sangat-sangat memalukan. Awak tu melayu, buat cara melayu.. yang Daphene Iking tu tak kisah la. Dia bukan melayu pon dan paling pentingnya bukan Islam. Dia nak berbogel, telanjang bulat or ape pon, dia punya pasal. Tapi yang melayu ni, alahai.. memalukan la.. ingat awak tu minah salleh dariAustralia ke ape? Har har har…



    ” GULP!! GULP!!.. dapatkan GULP di 7E berhampiran.. huhu ”


    Nak cakap bangang kurang bijak, kebanyakkan personaliti TV ni semuanya lulusan Universitydalam bidang masing-masing. Kot ye pon nak tangkap gambar berbikini bottom spongebobsekalipon (haha), pandai-pandai la simpan.. Ape pon semoga selebriti ni bertaubat dan berpikir dahulu sebelum buang!! Tak salah rasanya nak scuba diving ke, mandi laut ke atau apa sahaja, pakai la pakaian yang bersopan sikit. Bukan berbikini macam tu. Awak kan public figure.. heh!



    Klik Aje ! : Pssttt..Bile lagi Melodi mau terjah orang dalam? Kepada beliau tu, sorry, i malas nak blur kan muka you sebab i dapat gambar tu pun dah mmg macam tu. Camana i boleh dapat? pikir balik camana pic personal pon boleh masuk dalam internet… tepuk dada tanya iman ye..

    SAH : Memang Anwar Ada Dana Di Israel


    Laman I Files bab 4 menceritakan bagaimana Anwar mula membina empayar wangnya dari wang pendahuluan dari Wan Azizah dan keluarganya.

    Kemudian Anwar mendapat bantuan dari hartawan Saudi bernama Abdullah Kamel dan kumpulan Al Baraka yanga ada pertalian dengan IIIT dan teroris Al Qaeda. Anwar juga sedang lama mengidamkan duit Petronas.

    Laman blog itu sudah sampai ke bab 7 kini.

    Bab 5 membincangkan lagi menegnai Anwar dan mesin cetak wangnnya serta hubungan ia dengan teroris dunia. Ia jauh melangkaui isu Dato Murad dengan tuduhna dana RM3 billion. Rahim Ghouse dan Wan Hasni terlibat dengan pembiayaan dan hubungan dengan teroris.



    Anwar didedahkan menggunakan satu outfit bernama Israel Discount Bank bagi mengelak wangnya di kesan oleh Dr Mahathir.

    Dalam Nurul Izzah pernah nafikan ada simpan wang di Israel (baca The Mole sini), rupanya ada cerita-cerita di sebalik penafian.

    Ini mengingatkan juga kepada zaman reformasi di mana puak Anwar menuduh Dr Mahathir menyimpan wang dengan Bank of Israel. Ini tak masuk akal kerana central Bank tak ambil akaun individu tetapi akaun bank-bank yang ada operasi tempatan saja. Bca kisah di blog pembangkang sini
    Kemudian keluar pula tuduhan ianya Israel National Bank bercawangan di Singapura (baca detail pertuduhan sini). Mudah saja Tun jawab, katanya dia beri kebenaran bank tersebut dedahkan akaun beliau supaya beliau teringin nak ambil wang USD200 juta dan Sing dollar 42 juta.

    Rupanya Anwar yang sebenar ada guna Bank Israel ...

    .... maknanya setiap kali Anwar menuduh sesuatu, kemungkinan dia yang buat. Seperti dia tuduh Najib tolong kroni dalam projek AMpang LRT tap[i rupanya Anwar yang mahukan projek itu melalui Ingress-Balfour Beatty.

    Kenapa Anwar tuduh Najib bunuh ALtantunya dna ambil komisyen submarine? Diakan yang bunuh dan ambil komisyen????

    Fahamkah kenapa Anwar pertahan hak Israel mempertahankan negara mereka kalau bukan pertahankan duit dia dalam Bank Israel?

    Surat telah dihantar. Adakah si dia berani?


    SHAH ALAM - Surat rasmi untuk bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihantar oleh Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), tetapi belum mendapat respons rasmi daripada Mursyidul Am Pas itu.

    Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat tersebut dihantar berdasarkan permintaan bermuzakarah antara Pas dan Umno pada 6 Jun yang lalu.Menurutnya, Ilmu mahu berbincang dengan Nik Abdul Aziz mengenai isu hudud dengan lebih serius dan profesional, bukan untuk bertikam lidah.

    "Kita sudah hantar surat muzakarah kepada Pas dan surat tersebut diterima oleh Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz, Ahmad Fadhli Shaari."Oleh kerana surat telah dihantar untuk tujuan sama, rasanya tidak perlu surat untuk kali kedua," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan menulis surat jemputan secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan itu untuk berbincang isu hukum hudud.

    Pada 26 Ogos lalu,  Fathul Bari mempelawa Nik Abdul Aziz berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

    Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.