Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Mar 26, 2013

Terkini !!! Suami kepada SEPUPU TAIB MAHMUD KAWAN BAIK PAK KETIAK didedahkan !!!



Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu, tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini. Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara. Nampak jelas, yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF.  

Tetapi, di masa yang sama, pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban. Malah, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara, mempertikai kedudukan syahid mereka, malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu.  

Sikap tidak sensitif, tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah, dan Malaysia khasnya, menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali.  

Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula.  

Justeru, terbitlah sebuah ‘filem pendek’ baru di Youtube, lakonan sepupu Taib Mahmud, Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.  

Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan ‘pelabur’ dan ‘peguam’ mengenai cadangan pelaburan melalui ‘jalan belakang’ iaitu secara tidak telus, tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud. Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia, betapa korupnya Taib Mahmud.  

Melihat dari gerak laku, skrip, tempat dan watak-watak terbabit, kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara ‘candid’ atau tidak disedari, amatlah meragukan. Malah, jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut.  

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi, sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud. Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981. Alasan Taib Mahmud, bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.  

Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985. Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil ‘Ming Court Affair 1987’ dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya. Namun, beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang. Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48, tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.  

Justeru, dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.  

Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu, Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya. Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini.  

Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas. Ditubuhkan pada 1961, SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak. Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS.

Sebagai Timbalan Presiden, Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS, bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006. Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun, keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal.  

Maka, tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya, Taib Mahmud.  

Walaubagaimanapun, nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.  

Mar 25, 2013

Anwar Cenderung Ikut Amerika Jika Menang PRU13



Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan cenderung untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Daim, kecenderungan Anwar itu berdasarkan beliau sendiri suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

“Jika beliau menjadi menteri kewangan sekali lagi atau menjadi perdana menteri, beliau lebih cenderung mengikut Amerika,” kata Daim dalam satu wawancara bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.

“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” tambah beliau lagi.

Daim juga berkata, Anwar telah memberitahu seluruh dunia bahawa beliau dan pakatan pembangkang akan menang kali ini, dan jika kalah, ia akan menyalahkan kerajaan dan gerombolan perusuh akan ke jalanan untuk menunjuk perasaan.

“Beliau janji nak bentuk kerajaan pada September 2008, semua orang gementar dan ramai yang percaya. Itu gaya beliau, hanya cakap dan berjanji. Sekarang beliau beritahu dunia beliau akan menang.

“Jika pakatan kalah, ia disebabkan amalan yang tidak adil dan gerombolan perusuh akan menunjuk perasaan,” katanya.

Bekas menteri kewangan itu berkata, cita-cita peribadi bekas timbalan perdana menteri itu mengatasi segalanya sehingga tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara.

“Bolehkah anda bayangkan jika Pakatan tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring ke sini, menghasut rakyat di bawah Barisan Nasional (BN), undi mereka dicuri dan terpaksa merusuh di jalanan untuk mendapatkan undi mereka.

“Ini akan menimbulkan huru-hara dan beliau tidak peduli kerana cita-citanya mengatasi segala pertimbangan, Pakatan pun tidak peduli kerana mereka di pihak yang sama,” kata Daim lagi.

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984 dan meletak jawatan pada tahun 1991, sebelum digantikan Anwar, kemudian selepas timbalan perdana menteri itu dipecat, Daim sekali lagi menjadi Menteri Kewangan dari 1998 hingga tahun 2001.

Daim juga pernah menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas pada tahun 1998 dalam usaha menangani krisis ekonomi Asia yang berlaku pada ketika itu.

“U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan”




Masihkah anda semua ingat detik 3 Mei 2012??? Apabila sekumpulan wartawan berpakaian hitam telah berhimpun sempena “Hari Kebebasan Media Sedunia” anjuran Malaysiakini di hadapan pejabat portal tersebut di Bangsar? Jika tidak ingat, biar penulis menyingkap kembali peristiwa tersebut, yang kononnya hendak menunjukkan solidariti menentang apa yang di dakwa mereka sebagai keganasan polis ketika demo Bersih 3.0.

Tapi yang datang hanya wartawan-wartawan yang pro-pembangkang dan selebihnya bukan wartawan pun malah langsung tidak ada kena-mengena dengan media baik cetak mahupun elektronik. Mereka hanya datang untuk meramaikan majlis bagi mengambarkan kononnya perhimpunan itu mendapat sokongan dan dokongan dari para petugas media.

Majoriti di kalangan wartawan pada ketika itu hanya tersenyum sinis, apabila melihat gelagat mereka yang buta menilai apa sebenar yang dimaksudkan dengan kebebasan media.

Persoalannya, adakah penganjur program, Malaysiakini turut mengamalkan kebebasan media? Pasti ramai yang mendengar soalan ini akan ketawa terbahak-bahak hahahaa. Kerana portal tersebut hanya berselindung disebalik nama ketelusan semata-mata, tapi pada hakikatnya adalah merupakan media propaganda pembangkang.

Tambahan pula, sebelum ini portal tersebut turut pernah terkait dengan dakwan menerima dana asing yang dibiayai oleh penyangak mata wang asing, keturunan Yahudi iaitu George Soros. Dengan menerima dana tersebut, portal tersebut secara tidak langsung telah hilang kredibiliti sebagai media yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Berbalik kepada isu tadi, tidak salah untuk meraikannya tapi kalau nak bercakap pasal kebebasan media tu cerminlah diri dulu. Antara jaguh yang menyekat kebebasan media ini adalah PKR yang diketuai oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim.

Terbaru, Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli telah dilaporkan mengugut untuk memanggil pengawal mengheret wartawan keluar, hanya kerana tidak mampu menjawab soalan yang ditanya.

“Tapi the issue here is, why Anwar berani saman blogger dalam isu ini, tapi kes dahulu yang melibatkan China Doll dia tidak berani saman Datuk Trio (Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib). Why?” antara soalan yang dikemukan oleh wartawan tersebut.

Apa yang tidak kena dengan soalan ini? Jika kita lihat soalan tersebut, ianya jelas wartawan tersebut hanya mahukan penjelasan. Kenapa Rafizi perlu mengamuk sehingga mahu memanggil pengawal untuk mengheret wartawan keluar?

Tak cool la brader…mana pergi kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Tindakan di bawah sedar Rafizi itu jelas menunjukkan mereka dalam keadaan hilang arah dan panik. Pelbagai mala petaka sedang menimpa pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan pakatan pembangkang berada dalam keadaan tertekan.

Belum pun selesai satu isu, keluar pula isu yang lain, sehingga menyebabkan Rafizi tidak menang tangan untuk membela dan menjaga kehormatan Anwar.

Sedarlah wahai Rafizi, golongan bloggers hanya watak kecil @ ikan bilis sekiranya ingin dibandingkan dengan Anwar. Macam mana nak menjadi perdana menteri, sekiranya baru dicuit ikan bilis, bagai nak gila Anwar dibuatnya.

Mana hak kebebasan bersuara yang ingin diperjuangkan? Hahahahaha



Mar 24, 2013

TERKINI!!!! 4 Pengganas Mati Ditembak, Seorang Anggota Keselamatan Cedera


Ini berita yang baru diterima...



Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.

Mar 23, 2013

Nur Misuari Musuh Negara






Krisis pencerobohan yang berlaku di Sabah kian menarik untuk diikuti apabila bekas pemimpin utama MNLF iaitu Nur Misuari semakin berani memperlihatkan sikap permusuhannya dengan negara ini.

Rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu tanpa berselindung telah menuduh Malaysia adalah penjajah di Sabah, satu tuduhan yang jelas bermotifkan niat jahat selain tersirat keinginan Misuari untuk merampas Sabah.

Baru-baru ini media perdana telah mendedahkan perancangan Nur Misuari sekitar tahun 2007 untuk menawan Sabah dalam tempoh beberapa jam. Dan pencerobohan yang berlaku kali ini juga menunjukkan wujudnya kaitan langsung dengan bekas pemimpin MNLF itu.

Itu cukup membuktikan Nur Misuari bukannya seorang rakan sejiran yang baik sebaliknya bekas pemimpin MNLF itu lebih layak digelar sebagai musuh negara yang wajar diperangi.

Menariknya selepas kenyataan Nur Misuari yang memperolokkan Malaysia, tiba-tiba sahaja Ketua Umum PKR mengeluarkan kenyataan seperti bersetuju dengan pandangan rakannya itu apabila menyatakan kesediaannya merundingkan kedudukan Sabah dengan Filipina.

Jika isi rundingan bertujuan untuk membincangkan pasukan pengganas Sulu pro Jamalul Kiram III menyerah diri, tentunya rakyat menyambut baik, tapi bila tujuannya bermaksud merundingkan kedudukan Sabah sesuai dengan tuntutan Filipina dan Jamalul Kiramm III, itu namanya pengkhianatan.

Siapa Anwar dan siapa Misuari? Adakah kedua-duanya rakyat Sabah? Tentu sahaja bukan. Jadi mereka tidak berhak untuk menentukan kedudukan Sabah. Apa lagi yang hendak dirundingkan, sedangkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 telah mengesahkan rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.

Bagi rakyat Sabah isu penjajahan langsung tidak timbul sejak 1963 secara automatik Sabah adalah milik sah Malaysia. Itu kehendak rakyat Sabah yang tidak perlu dipertikaikan oleh Anwar dan tidak layak di tukar ganti oleh Nur Misuari.

Malah tuduhan Misuari kononnya Malaysia memperalatkan MILF semata-mata untuk mengekalkan penguasaan ke atas Sabah juga tidak benar sama sekali memandangkan perjanjian damai di antara MILF dengan Kerajaan Filipina sama sekali tidak melibatkan isu mengenai Sabah.

Sekalipun Filipina pernah menuntut kedaulatannya ke atas Sabah konon dengan menggunakan alasan ia milik Kesultanan Sulu, namun perkara ini sudah pun selesai selepas Filipina menggugurkan tuntutannya pada 1989, manakala Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2001 pula berpihak kepada Malaysia.

Berdasarkan rentetan sejarah ini jelas sekali Sabah kekal milik Malaysia dan isu penjajahan langsung tidak timbul. Sebaliknya yang terang-terangan cuba mengganggu ketenteraman di Sabah ialah geng pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang mendapat dukungan Nur Misuari.

Isu yang sepatutnya ditekankan sekarang ialah Misuari dan Jamalul Kiram III telah menceroboh kedaulatan Malaysia, dan mereka adalah musuh negara. Soalnya sekarang kenapa Anwar beria-ia mahu merundingkan kedudukan Sabah dengan musuh negara?

Mar 22, 2013

WASIAT TUN DR. MAHATHIR SEBELUM PRU 13



1.Melayu perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.

Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.

Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.

Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.

Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.

Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.

Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.

Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.

Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Krisis Lahad Datu - Pengganas Wanita Yang Berjaya DItahan!


Eiii....Meremang bulu ROMA satu badan nak buat posting ni. Eksklusif buat pembaca, inilah wajah pengganas wanita yang ditahan oleh pasukan keselamatan kita. 
Dan semasa ditahan, wanita ini memiliki Senjata "sniper" bersamanya. 
Info yang diterima mengatakan sebelum diserbu, rumah tempat persembunyiannya (sebetulnya macam pondok jer)  ini telah dihujani peluru.

Tetapi lihatlah sendiri keadaannya dalam gambar  ini walaupun rumah itu dah hampir roboh. Tak tahu nak cakap apa lagi. Yang paling tak dapat diterima, wanita ini masih dapat tersenyum (Sinis).
Wallahu 'alam

Mar 21, 2013

Kisah Seorang Bapak Yang Tiba Tiba Tak Percaya Sumpah Laknat Anaknya Sendiri...

Selepas mahkamah memutuskan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful kerana masalah teknikal pada Januari 2011, Azlan Lazim (ayah Saiful) datang berjumpa seorang pemimpin UMNO dan menyatakan kekesalan beliau terhadap keputusan Mahkamah.

Pada pertemuan itu beliau menyatakan tentang masa depan dia dan anaknya berikutan keputusan itu. Beliau mengadu tidak ada kerja dan tidak ada wang. Beliau meminta seorang pemimpin Umno itu dapatkan RM5 juta untuknya.

Dalam tempoh itu sehinggalah ke penghujung tahun 2012 Azlan berjumpa ramai pemimpin UMNO untuk mendapatkan RM5 juta. Namun beliau gagal sehinggalah beliau ada mengeluarkan ungkapan akan pergi kepada Anwar jika tuntutannya tidak dipenuhi....! Ugutan itu tidak dipedulikan oleh orang-orang Umno....

Perkara berkenaan sampai ke pengetahuan Johari Abdul wakil rakyat PKR. Bermula saat itu dia mula mencari jalan bagaimana boleh berjumpa ayah Saiful. Akhirnya dia berjaya....

Perkara berkenaan dibawa ke pengetahuan Azmin Ali. Peringkat awal mereka membiarkan dulu dengan niat untuk menguji sejauh mana kebenaran atau keikhlasan Azlan.

Dalam tempoh ujian tersebut mereka meminta Azlan menghubungi mana-mana orang UMNO yang beliau pernah minta RM5 juta agar meminta RM1 juta. Tuntutan dikurang sebanyak RM4 juta dengan harapan ada orang-orang UMNO akan memberinya kerana jumlah telah banyak dikurangkan.

Namun orang-orang UMNO yang dihubungi Azlan masih gagal memberinya RM1 juta. Di sini Allah telah menyelamat dan melindungi UMNO. Jika ditakdirkan ada orang-orang UMNO yang memberi Azlan RM1 juta ketika itu maka akan gegak gempitalah satu negara bahawa UMNO merasuah ayah Saiful untuk menutup mulutnya daripada menceritakan kebenaran kes liwat yang dihadapi anaknya.

Permintaan RM1 juta itu adalah perangkap yang dipasang oleh ayah Saiful seperti yang dirancang oleh Azmin dan Johari Abdul. Azlan juga diminta untuk memujuk Saiful agar membuat pusingan U bersama dengannya. Namun Azlan gagal dan bergaduh dengan Saiful sehingga keluar dari rumah yang didiaminya bersama Saiful.

Namun begitu Azlan diminta oleh Azmin dan Johari agar tidak putus asa dan terus memujuk Saiful. Hubungan Azlan dengan Saiful kembali pulih. Tetapi usahanya masih lagi terbantut.
Artikel dari blog Chegu Bard PKR...
Sehinggalah muncul cerita penglibatan Anwar dalam insiden di Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh pihak perisikan Filipina membuatkan Anwar mula gelabah dan kelam kabut kerana pekungnya telah pecah.

Lalu untuk menutup isu berkenaan Azlan diminta muncul dalam keadaan tergesa-gesa dan masih lagi tidak bersiap sedia serta tanpa Saiful bersamanya.

Atas sebab itulah sidang media Azlan diadakan secara tertutup di sebuah kondominium yang ada kaitan dengan Azmin Ali di Ampang, dan hanya wartawan terpilih pro Pembangkang sahaja yang dijemput.

Azlan dijanjikan RM5 juta dan turut diberi keyakinan bahawa Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 nanti. Bayaran RM5 juta itu dibahagikan kepada 3 fasa.  Setiap fasa pula terbahagi kepada beberapa bahagian.

PKR tidak mahu melangsaikannya sekali gus kerana bimbang Azlan akan pusing kembali. Mereka mengambil iktibar diatas apa yang terjadi terhadap Adun Bota pada tahun 2008.

Fasa pertama RM1 juta sebelum parlimen dibubarkan dan dibahagi kepada beberapa bahagian. Azlan dijanjikan RM300 ribu sebelum sidang media dan selepas sidang medianya dia akan diberikan lagi RM400 ribu, serta RM300 ribu lagi selepas satu lagi sidang media.

Fasa kedua RM1 juta selepas parlimen dibubarkan dan ketika kempen pilihanraya berlangsung , dan turut dibahagikan kepada beberapa bahagian. Azlan akan dibawa berceramah di pentas PKR, PAS dan DAP seluruh negara dan mengikut skrip yang disediakan oleh PKR.

Fasa ketiga RM3 juta selepas PRU dan selepas Anwar dilantik sebagai PM. 

Untuk pengetahuan para pembaca juga, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak gembira dengan tindakan yang dilakukan Azmin dan Johari Abdul dalam hal ini kerana mereka tidak mahu lagi kegiatan tidak bermoral Anwar terus menjadi perbincangan rakyat. Itulah sebabnya sehingga ke hari ini belum ada sebarang komen yang dikeluarkan mereka dua beranak.

Kami yakin segala info yang diberikan diatas oleh orang dalam PKR sepertimana info-info yang disampaikan kepada kami sebelum ini. Contohnya kes pembelian kereta-kereta oleh ahli parlimen Ampang dan juga penipuan pembelian bas mewah PKR oleh Khalid Ibrahim.

Update Lahad Datu : Benarkah Gambar Ini Menjadi Bukti Pengganas Sulu Dilatih Oleh Pihak Ketiga?

Gambar yang diterbitkan di portal http://borneoinsider.com mengenai latihan pengganas Kiram sebelum menyerang Sabah.



Bujang Senang harap pihak yang berwajib dapat menyiasat dakwaan Borneo Insider di sini :http://borneoinsider.com/2013/02/16/elite-us-forces-backing-the-ras-militants/

Jika dakwaan ini benar, maka besar kemungkinan pendedahan mengenai kapal ini juga benar.
http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-apa-kaitan-kapa-perang-ini-dengan.html

Tidak hairanlah jika ada maklumat perisikan yang mendedahkan rancangan sebenar pengganas Kiram ini adalah untuk menyerang seluruh Sabah secara serentak ketika Pilihan Raya Umum berlangsung. Ianya berlaku sebagaimana di Syria yang mana pemberontak dibekalkan senjata oleh pihak ketiga untuk menggulingkan Kerajaan sedia ada. Dan masa pilihan raya adalah masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang.

Alhamdulillah, pasukan perisikan Tentera dan Polis kita yang bertaraf dunia berjaya mengesan pencerobohan ini lebih awal. Namun begitu, terdapat suara sumbang dari bekas-bekas jeneral yang sudah menyokong pembangkang yang menuduh unit perisikan Tentera dan Polis kita gagal. Hakikatnya, bekas-bekas jeneral ini tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan mereka menyelar unit perisikan pasukan keselamatan hanya untuk mengalihkan isu dan fakta sebenar mengenai apa yang berlaku di Sabah dan demi membodek dan 'cover' bos mereka dalam parti politik yang dipilih. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini. 


Akhir kata dari Bujang Senang...

KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI LAHAD DATU.

BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI

PENGGANAS AZUMUIDE: LAPORAN DIBUNUH PENGAWAL NYA SENDIRI
Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. 

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN
Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. 

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. 

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. 

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.

Bersambung...

Skandal RM50 ribu Abby Abadi di London didedahkan

Ustazah kening halus ini kita buka topeng munafiknya!

ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.


Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.
Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.
Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby  ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg  dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.
Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan  keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.
Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin  tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.
Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!
Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.
Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.
Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.
Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.

Mar 20, 2013

FITNAH TERBARU TERHADAP KETUA MENTERI SARAWAK!

-TAIB TELAH MEMBUAT PENISYTIHARAN AWAM BAHAWA DIA TIDAK MENGAMBIL SESIAPA SEBAGAI PENGANTARA KERANA BELIAU TIDAK PERCAYA DENGAN TAWARAN & SEGALANYA PERLU DILAKUKAN MENGIKUT PROSEDUR KERAJAAN!-

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka adalah pengantara untuk kontrak pembalakan di negeri ini.

Menurut laporan mStar, Taib, yang mengulas mengenai video yang dihasilkan oleh kumpulan pencinta alam sekitar, Global Witness, atas tuduhan rasuah dalam urus niaga tanah di Sarawak, berkata:

"Saya telah melihat apa yang dikatakan bukti. Bolehkah ia menjadi seseorang yang cuba untuk mempromosikan diri mereka untuk menjadi agen bagi mendapatkan kepentingan daripada saya?

"Saya fikir mereka agak nakal menggunakan kuasa besar mereka bagi memburukkan nama saya." kata Taib ketika ditemubual oleh wartawan bebas Liza Bong yang menyiarkan rakaman video wawancara di YouTube.

Taib menafikan beliau terlibat dalam penjualan hak tanah adat seperti yang didakwa dalam video tersebut dan menegaskan bahawa ketika beliau menjadi menteri dan bertanggungjawab dalam soal perhutanan pada tahun 1980-an, beliau telah membuat pengisytiharan awam berhubung perkara itu.

"Saya telah membuat pengisytiharan awam bahawa saya tidak mengambil sesiapa sebagai perantara kerana saya tidak percaya dengan tawaran dan segala-galanya perlu dilakukan mengikut prosedur kerajaan."

Video 16 minit, yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi, memaparkan seorang lelaki (penyiasat) yang telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Ditanya mengenai tuntutan sepupunya dalam video bahawa beliau mudah didekati berhubung tawaran tanah, Taib berkata:

"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?"

"Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.

Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah.

Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Tun Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.