Bujang Senang

Bujang Senang

13 Jul 2015

6 fakta yang membuktikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selesa.


1. Pertumbuhan Malaysia semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia adalah sesuatu yang luar biasa.

Antara tahun 2009 dan 2014, pendapatan kasar Negara meningkat kepada 47.7 peratus. OECD menjangkakan bahawa ekonomi Malaysia akan meningkat kepada 5.6 peratus setiap tahun. Sebaliknya, pakar ekomoni melaporkan bahawa “Suruhanjaya Eropah meramalkan pertumbuhan pada 2015 iaitu 1.5 peratus dimana ianya menjadi kawasan pengeluaran terbaik Euro sejak 2011”. Ini bermakna Malaysia semakin berkembang pada kadar empat kali ganda dan ianya merupakan antara ekonomi terbaik di dunia.

2.Pertumbuhan ini didorong oleh Pertumbuhan Pelaburan Swasta yang kuat.

Pada 5 tahun yang lalu, pertumbuhan pelaburan tahunan telah menjangkau 2.5 kali lebih daripada tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, setiap tahun, jumlah pelaburan telah mencapai rekod baru untuk Malaysia. Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah daripada sektor swasta. Ini menunjukkan keyakinan sektor swasta dan asas yang kukuh dalam ekonomi Malaysia.

3.Pengurangan Kadar Defisit adalah seperti yang dirancang

Pembaharuan kewangan Malaysia telah  berjaya dilaksanakan, dengan defisit kewangan berkurang untuk 5 tahun yang lalu, sementara mengekalkan hutang awam pada hanya 53% daripada GDP. Kadar hutang awam ini adalah pada kadar yang jauh lebih rendah daripada beberapa negara seperi US, UK, Perancis, Jepun dan Singapura.

4.Kami telah menghapuskan kadar kemiskinan tegar.

Mengikut kepada laporan Global Prospek Ekonomi Bank Dunia pada tahun 2014, Malaysia telah hampir menghapuskan keseluruhan kadar kemiskinan tegar kepada kurang daripada 1 peratus. Sejak tahun 2009, pendapatan kumpulan 40 peratus isi rumah terbawah telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 12 peratus, malah lebih tinggi daripada kadar purata negara iaitu 8 peratus. Kadar inflasi berada dalam  keadaan yang terkawal iaitu hanya 2.4 peratus. Dan  melalui pelaksanaan undang-undang gaji minimum, kami telah mengeluarkan 2.9 juta orang secara serta merta daripada miskin tegar.
                                                                                                                                                                        

5.Polisi asas liberalisasi kaum

Mengikut Bloomberg, mereka telah melaporkan bahawa Malaysia telah memudahkan peraturan yang mengawal pelaburan negara, memulakan tawaran awam dan pembelian harta, telah mengupas kembali (decades of benefit) menfaat yang banyak kepada etnik Melayu. Syarikat-syarikat asing melabur di Malaysia dan perniagaan yang disenaraikan dalam negara tidak lagi diperlukan untuk mengetepikan 30 peratus daripada ekuiti mereka kepada pelabur Bumiputera. Bagi memulakan tawaran awam, syarikat-syarikat yang diniagakan secara umum tidak lagi perlu memenuhi apa-apa kehendak  ekuiti Bumiputera dibawah ukuran liberalisasi pada hari ini.

6.Model Ekonomi Malaysia dipuji secara meluas sebagai satu kejayaan pada peringkat antarabangsa

Kerana pencapaian ini, Datuk Sri Idris Jala telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau di Universiti  Havard dan Oxford. Beliau juga dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau bersama kabinet menteri Rusia di Moscow. Memandangkan ianya satu kejayaan, Negara-negara seperti Tanzania, Afrika Selatan dan India juga kini melaksanakan model yang sama dalam pembangunan agenda negara mereka menggunakan perkhidmatan perundingan daripada Pemandu.

Lagipun, pada tahun lepas, dua orang pengkaji daripada Bank Dunia, Professor Charles Sabel dan Luke Jordan, telah menerbitkan kertas penyelidikan yang bertajuk “membuat, mempelajari, menjadi: Kajian Transformasi Malaysia” yang mengandungi pengakuan mereka berkenaan keputusan sebenar transformasi di Malaysia.

Ekoran daripada itu, pada tahun 2014, Pemandu juga dipilih sebagai salah satu daripada 20 Kumpulan Inovasi Kerajaan yang bertaraf dunia oleh Nesta, yang merupakan badan inovasi di UK dan Bloomberg Philanthropies.

Anda sudah berasa muak? Lebih baik anda membiasakannya. Siapa tahu berita baik akan tiba tidak lama lagi semasa anda tidak mengharapkannya.

Related Posts:

  • SOKONG BN, JANGAN HANYA BERTERIAK MELONCAT- DR SIM Masyarakat Cina mencatatkan kejayaan di Sarawak pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu bila SUPP memenangi tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya, termasuk merampas kembali lima kerusi majoriti Cina di bandar yang dime… Read More
  • Up Status di Facebook, Idam Doggie Style Seorang gadis dipercayai berbangsa melayu upload gambar selfie buah dada dengan status ngidam doggie skill. Status ini seolah-olah gadis ini sudah menjadi kebiasaannya melakukan hubungan seks dengan gaya doggie skill. Persoal… Read More
  • JAWATANKUASA DUN DI LANTIK Perintah Tetap dan Jawatankuasa Pemilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) memilih Datuk Idris Buang (BN-Muara Tuang) sebagai pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC). Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang me… Read More
  • RUU Bekal Tambah (2015) 2016 dikemendar Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak ngemendar Rang Undang-Undang (RUU) Bekal Tambah (2015) 2016 ke mungkur penyampau belanja RM97,328,472 . Menteri Pekara Wang Kedua Dato Sri Wong Soon Koh mantaika Rang Undang-Undang nya lalu … Read More
  • Anang enda ngaga ripot enti raban penyukat tanah NCR minta bayar Bala tuai rumah dipinta ngaga ripot polis nyema bisi orang ari opis perintah minta bayar dikena ngatur pengawa nyukat kelinggi Tanah Adat Bumiputera (NCR). Pemesai Opis Tanah enggau Servei Kapit Peggy Ronin Edin madah, … Read More

0 komentar: