Bujang Senang

Bujang Senang

27 Okt 2015

MUHYIDDIN BERBOHONG DI PROGRAM BICARA SEMASA ANJURAN SINAR HARIAN DI JOHOR BAHARU 25.10.15.



1. Dakwaan Muhyiddin, kononnya Arul Kanda hanya bercakap kepada Jemaah Menteri 10 hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan memang bohong. Sebenarnya, Arul telah diminta membentangkan mengenai penilaian strategik, termasuk penjualan aset dan pembayaran semula hutang. Selepas pembentangan, ada sesi soal jawab yang mengambil masa selama 45 minit.

2. TSMY sengaja menyembunyikan fakta bahawa sebelum pembentangan Arul,  juruaudit Deloitte telah diminta membentangkan laporannya mengenai 1MDB. Kenapa Muhyiddin tidak menjelaskan iaitu dalam mesyuarat yang sama, kabinet memutuskan agar pihak ketiga yang berkecuali dilantik untuk melakukan penilaian semula terhadap 1MDB. Keputusan ini disusuli dengan pelantikan Ketua Audit Negara yang perlu melaporkan hasil siasatannya kepada PAC.

3. Satu lagi pembohongan Muhyiddin ialah apabila dia mengatakan bahawa 1MDB telah meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan. Itu BOHONG kerana sebenarnya berdasarkan perjanjian pembelian Powertek Investment Holdings (PIH), dinyatakan bahawa Tanjong PLC perlu melanggan semula ekuiti di dalam PIH bernilai RM2 bilion dan hasilnya digunakan bagi membayar semula pinjaman yang diuruskan oleh Maybank dan RHB. Mungkin Muhyiddin tidak faham fakta ini kerana minat beliau hanyalah mencari salah dan menggunakan hujah Tony Pua dan Sarawak Report.

4. Muhyiddin juga menyelewengkan fakta apabila mengatakan kabinet bersetuju menyuntik RM950 juta kepada 1MDB. Sedangkan yang dipersetujui oleh Jamaah Menteri adalah untuk menyediakan 'standby credit', iaitu pinjaman jangka pendek yang sama sekali berbeza dengan suntikan modal.

5. Muhyiddin juga mendedahkan 1MDB ada memohon pinjaman sebanyak RM 3 bilion dalam mesyuarat Kabinet. Ini bermakna TSMY mengaku isu 1MDB ada dibincang dalam Kabinet dan dibuat secara telus. Apatah lagi dia mengakui permohonan 1MDB itu telah ditolak sehingga menyebabkan 1MDB telah membuat permohonan kali kedua dan itu pun hanya diluluskan sebanyak RM 950 juta sahaja. Secara tidak sengaja TSMY MENGAKUI bahawa perkara berkaitan 1MDB memang ada dibincangkan di peringkat kabinet dan diputuskan secara TELUS dan BERSAMA. Kenapakah sebelum ini Muhyiddin sering mengatakan dia tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB dan memberi gambaran seolah-olah 1MDB tidak dibincangkan di mesyuarat Kabinet??

6. TSMY secara sinis berkata apahal 1MDB ni, sudahlah berhutang dengan Ananda Khrisna RM2 bilion kemudian nak meminjam lagi sebanyak RM 3 bilion. "Pinjam atas pinjam, ini nak berniaga apa? Apakah kita mahu kerajaan, generasi akan datang dan anak cucu kita terpaksa menanggung hutang"? Sebenarnya Muhyiddin lupa, bila dia memperkenalkan Amanah Saham Johor dan Dana Johor, ramai rakyat Johor yang meminjam di Bank kerana terpengaruh dengan janji beliau. Dana Johor sudah lingkup tetapi rakyat terutamanya orang kampung terpaksa menanggung hutang hingga ke anak cucu.

7. Rupanya TSMY juga Melayu Mudah Lupa.

0 komentar: