Bujang Senang

Bujang Senang

15 Dis 2015

IS BERPANGKALAN DI LONDON?

LONDON, Selasa – Kumpulan penggodam yang terdiri daripada pakar IT mengesahkan beberapa akaun Twitter milik kumpulan militan IS telah dikendalikan oleh Jabatan Kerja dan Pencen (DWP) yang berpangkalan di London.

Kumpulan penggodam yang dianggotai empat anak muda yang menggelarkan diri sebagai Vandasec berkata mereka menemui bukti bahawa sekurang-kurangnya tiga akaun twitter milik IS dikesan menggunakan alamat protokol internet (IP) yang dimiliki DWP.

Hasil penggodaman menunjukkan butiran talian satu alamat IP yang digunakan oleh tiga anggota kumpulan IS untuk mengakses akaun Twitter.

Seorang penggodam berkata, mungkin ada orang dalam DWP yang menghidupkan akaun-akaun pro-IS itu, atau akaun itu dibangunkan oleh pasukan perisikan bagi memancing mereka yang ingin berjihad.

Alamat IP pada mulanya kelihatan berpangkalan di Arab Saudi, tetapi apabila pemeriksaan lanjut dilakukan menggunakan alatan khas, ia menunjukkan alamat itu menghubungkan ke DWP.

Bagaimanapun tindakan dan kenyataan kumpulan Vandasec ini dinafikan DWP.

Seorang pakar, Jamie Turner berkata beliau mendapati rekod penjualan alamat IP telah dipindahkan ke Arab Saudi pada bulan Oktober tahun ini.

Hal ini berkemungkinan katanya, alamat IP masih boleh dikesan kembali ke DWP kerana rekod alamat yang belum dikemaskini sepenuhnya.

Pejabat Kabinet juga mengakui telah menjual alamat IP ke Saudi Telecom dan Mobile Telecommunications Company yang berpangkalan di Arab Saudi pada awal tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menghapuskan sebilangan besar alamat IP di DWP. – Agensi

0 komentar: