Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

28 Mac 2018

Demo Jalanan Bersih Di Parlimen Gagal

Perhimpunan pembangkang melalui gerakan BERSIH kali ke-6 atau Bersih 6 di hadapan Parlimen hari ini gagal lagi. Hari ini, tidak sampai 200 orang berhimpun di kawasan Tugu Negara dan di laluan masuk Parlimen ingin membantah pembentangan Laporan Kajian Semula Persempadanan kawasan pilihan raya yang dibentang jam 11.30 pagi tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sejak pukul 8 pagi waktu mereka mula berkumpul, hanya kira-kira 150 orang...

27 Mac 2018

Apa Guna Ahli Parlimen Jika Guna Demo Jalanan

Esok, Bersih mengajak orang ramai ke Parlimen untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula pilihan raya yang dijadual dibentangkan pada Rabu. Kumpulan pendesak itu mahu menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Dengan mengadakan demo jalanan ini, apa gunanya Ahli Parlimen pembangkang yang ada di Dewan Rakyat? Sepatutnya biarkan mereka bersidang dan sudah pasti mereka akan membantah,...

Mahathir Sudah Pelingkup Banyak Selama 22 Tahun, Hendak Lagi 2 Tahun?

Dakwaan Mahathir Mohamad bahawa negara akan hancur jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus jadi Perdana Menteri dalam portal Malaysikini tidak mencerminkan keadaan sebenarnya. Itu satu lagi tuduhan rambang Mahathir sahaja tanpa asas yang kukuh. Sama seperti Mahathir kata negara ini hendak bankrap dan muflis sejak tiga tahun lepas, tetapi kini Malaysia tidak bankrup seperti ramalan Mahathir. Mahathir silap. Najib sebenarnya sekarang begitu berjaya...

26 Mac 2018

Kes Rasuah : Guan Dapat Banglo Murah, Phang Li Koon Dapat Tukar Status Tanah

Hari ini Guan Eng akan dibicarakan di mahkamah kerana dua kes rasuah. Baru hari ini Guan Eng hendak tagih simpati tentang nasib keluarganya, masa buat rasuah tidak pula ingat keluarga. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Kes rasuah ini boleh dipercepatkan pada 27 Mac 2017 lagi, namun Guan Eng putar belit dan tangguh tangguhkan kesnya. 20 Mac tahun lepas, Guan Eng cabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Raih Populariti Semata Mata

Sekali lagi Mahathir buat “u turn” tentang manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan. Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times, Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol. "Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan...

24 Mac 2018

Beruang Biru BN cabar Mahathir terjah siri jelajah 1MDB

Satu artikel yang diterbitkan dalam portal BN hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat kejutan dengan hadir di siri jelajah 1MDB yang sedang diadakan bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan berkaitan firma pelaburan negara itu. “Alangkah menariknya jika ketika program itu diadakan, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN),  Mahathir boleh membuat kejutan dengan hadir ke program tersebut. “Mahathir boleh datang tanpa...

PRU14: Lebih ramai 'panglima' Najib akan turun berentap

Bukan pelik apabila pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut berentap dalam pilihan raya umum (PRU). Lima tahun lalu, beberapa pegawai Najib turut masuk gelanggang seperti Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Kota Bharu), Datuk Shahlan Ismail (Pokok Sena) dan Datuk Seri Dr Shafei Abdullah (Wangsa Maju). Bagaimanapun, nasib mereka tidak begitu baik masing-masing hanyut dilanda “tsunami Cina”. Kali ini, muncul lagi spekulasi berkaitan penyertaan...

23 Mac 2018

SAYA TERKUCIL DI DEPAN TUN DR MAHATHIR?

Sejak awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir. Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya "kita nampak jelas kekuatan Tun M". Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness,...

22 Mac 2018

Mahathir Mengaku Guna Media Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan Malaysia

20 Mac 2018, dalam satu sidang media di parlimen akhirnya Mahathir mengakui bahawa pihak pembangkang di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu isu persepsi tentang 1MDB. Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan tentang 1MDB di luar negara. Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan...

21 Mac 2018

Lari Kawasan : Strategi DAP Setelah Tidak Buat Kerja Pada Rakyat

Wakil rakyat DAP hanya wakil rakyat hinggap sahaja. Datang dan ada masa kempen pilihanraya sahaja, kemudian selama sepenggal hilang entah ke mana. Bila dekat hendak waktu mengundi pula, dengar cerita lari ke kawasan lain pula. Wakil rakyat DAP lari kawasan kerana tidak buat kerja. Mereka tahu kalau mereka bertanding lagi di kawasan itu, maka pengundi yang kenal mereka tidak akan lagi memilih mereka lagi. Oleh itu, baik lari sahaja ke kawasan baru. Di...

Skandal Rasuah Dengan Azmin Ali Berpisah Tiada

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu kerana skandal tanah di Ijok. Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu menimbulkan kontroversi dan dipersoalkan pelbagai pihak, termasuk peneroka. Lima syarikat menerima transaksi wang kira kira RM200 juta iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta. "SPRM juga...

20 Mac 2018

Lepas Gagalkan Memalukan PM Di Australia, Mahathir Bawa Porsche Dalam Hujan

Satu persatu serangan yang dilakukan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar negara telah gagal. Dari Amerika Syarikat, ke Bali, di mahkamah Switzerland dan kemudiannya Australia. Semua serangan itu gagal. Bermula dengan membawa kes berkenaan ke Amerika Syarikat dengan menggunakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat dan menipu rakyat kononnya FBI akan menahan Najib sebaik...

Sumbangan 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Sebenarnya syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memberikan banyak sumbangan kepada rakyat Malaysia. Ia adalah hakikat yang perlu diakui oleh rakyat hatta pembangkang sekali pun. Namun disebabkan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kebenaran berkenaan telah disembunyikan malah mereka sanggup menjadikan ia sebagai satu publisiti murahan. Nama 1MDB telah dibusukkan dan dijaja ke seluruh dunia,...

19 Mac 2018

Mukhriz Ikut Telunjuk DAP Mahu Buang Penjawat Awam Jika Berkuasa

Anak calon Perdana Menteri sementara pembangkang sudah menunjukkan belang sebenar Pakatan Harapan (PH) bila secara terbuka menyatakan PH akan memecat semua pegawai kerajaan yang ada di Putrajaya. Apa yang Mukhriz cakap ini, senada dengan apa yang Mahathir sebut semasa demonstrasi tahun lepas. Senada dengan apa yang DAP mahukan iaitu buang penjawat awam. “Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan...

Video : Kanak Kanak Pun Dijadikan Mangsa, Kempen Politik Kebencian Guan Eng.

Rakyat Pulau Pinang sudah muak. Mereka sudah tidak sabar lagi hendak melakukan angin perubahan di Pulau Pinang. Merubah kerajaan DAP yang berada di Komtar kepada kerajaan yang baru.Kerajaan DAP yang sedia ada sudah terbukti korup. Rasuah berleluasa hingga tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, kilang haram membunuh penduduk, rasuah buat terowong berjuta juta, rasuah banglo dan rasuah jual tanah rakyat.Apa yang rakyat dapat? Tidak ada apa...

18 Mac 2018

#PRU14 :Formula Calon Langsung Tidak Akan Digunakan PRU14 - Abg Jo

KUCHING: Formula calon langsung Barisan Nasional (BN) tidak akan digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Pengerusi BN Sarawak itu berkata, kesemua calon yang diletakkan pada setiap kerusi parlimen pada PRU-14 ini dipilih dari parti komponen BN sahaja. "Tidak ada calon langsung kerana ini adalah pilihan raya umum dan semua calon hendaklah dari parti komponen BN. "Semenanjung dan...

17 Mac 2018

Parlimen Switzerland Sahkan Duit CHF104 Juta Bukan Duit 1MDB

Parlimen negara Switzerland semalam mengesahkan dana CHF104 juta Swiss Franc atau RM430 juta yang dikaitkan dengan Malaysia bukan milik 1MDB. Usul itu ditolak semalam di parlimen Switzerland. Usul untuk mengembalikan dana itu ke Malaysia itu dimulakan oleh Ahli Parlimen dari Parti Sosial Demokrat (SDP), Carlo Sommaruga. Usul tersebut ditolak dengan 138 wakil mengundi menentang manakala hanya 53 menyokong. Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland,...

Goldman Sachs: Turnbull tidak terlibat dalam perjanjian 1MDB

Anak lelaki Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull tidak terlibat dalam transaksi 1MDB dengan Goldman Sachs, kata syarikat itu, menurut The Australian Financial Review. "(Alex) tidak terlibat dalam transaksi 1MDB. Tidak menghairankan, kami tidak menemui sebarang komunikasi elektronik di mana (Alex) mengenal pasti sebarang kelakuan tidak wajar berkenaan dengan transaksi ini atau sebarang tindakan yang diambil terhadapnya sebagai akibat," syarikat...

15 Mac 2018

Guan Eng Salahkan Pengamal Media, Gagal Jelaskan Gambar Skandal Projek

Wong Chun Wai boleh menamakan tempat, acara, masa dan tarikh gambar beliau itu. Bolehkah Guan Eng yang terdesak itu melakukan perkara yang sama? Pada sidang akhbar di Komtar hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempamerkan kepada media gambar Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Wong Chun Wai berjabat tangan dengan suspek dan seorang lagi yang tidak dikenali. Hari ini mendedahkan gambar editor atasan akhbar milik MCA yang...

Duit Di Switzerland Tiada Ada Kena Mengena Dengan 1MDB

Tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang (DAP) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) yang menghantar surat kepada Ahli Parlimen Switzerland berkaitan dana yang mereka kaitkan dengan 1MDB adalah tidak benar. Wang berkenaan sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pelaburan strategik negara itu. Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MOF) semalam, pihak MOF menafikan tuduhan...