Bujang Senang

Bujang Senang

3 Apr 2018

Video : PANASSSS..Mahathir Hanya Tunggangan DAP Dedah Superman Hew






KENAPA PENGAKUAN TERBUKA LIM KIT SIANG GUNA TUN DR MAHATHIR TIDAK DAPAT PERHATIAN?

Hew Kuan Yau, walau dipandang kurang serius oleh banyak pihak kerana imej kelakar beliau sebagai seorang Superman, sebenarnya bukanlah sebarang orang di dalam DAP.

Laman web rasmi DAP memuatkan pelbagai kenyataan Hew Kuan Yau di atas jawatan Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock, antara April ke Jun 2002.

Beliau kemudiannya diumumkan oleh Ibu Pejabat DAP meletakkan jawatan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD dengan biaya penuh the Chinese University of Hong Kong (CUHK) dari Ogos 2002 ke Ogos 2005.

Semakan dengan CUHK menunjukkan memang benar Hew Kuan Yau menamatkan pelajaran peringkat PhD beliau di CUHK dengan menghasilkan kajian ke atas DAP bertajuk “"The Third Way" in Malaysia: Study of the Democratic Action Party” pada Julai 2005.

Setelah tular video Hew Kuan Yau menyeru Cina Sarawak mengundi calon Melayu DAP, khususnya Abdul Aziz Isa Marindo yang bertanding di DUN Batu Kitang, di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei 2016, beliau meletak jawatan dari DAP pada Julai 2016.

Bagaimanapun, bila Hew Kuan Yau ditahan dan direman empat hari oleh pihak polis atas kesalahan menghina Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pada Mac 2017, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membela beliau.

Sebab itulah saya agak terkejut bila menonton video Hew Kuan Yau yang secara terbuka mendedahkan kepada orang-orang Cina mengenai betapa Tun Dr Mahathir sebenarnya hanyalah sekadar alat yang digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mendapatkan kuasa. 

Kata-kata Hew Kuan Yau yang diterjemahkan di dalam video itu ialah: “Mahathir ialah orang jahat. Saya tak pernah cakap Mahathir ialah orang baik. Mahathir macam Shek Kin. Kalau Shek Kin sudah mahu mati, takkan kita tak bagi kalau dia mahu pakat dengan kita? Mahathir memang jahat dari berdekad-dekad dulu. Ini pok kai memang banyak rasuah. Mahathir sudah 92 tahun, Lim Kit Siang hanya umur 75 tahun. Sila fikir sendiri siapa guna siapa. Kit Siang hanya umur 75 tahun, Mahathir umur 92. Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak lagi game. Siapa guna siapa? Sendiri tahulah.”

Terbaru, Hew Kuan Yau diumumkan di laman Facebook Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, akan berceramah bersama-sama beliau, Teo Nie Ching, Chew Peck Choo dan Wong Shu Qi di Kangkar Bahru, Kluang, pada 31 Mac ini sekali gus menggambarkan Hew Kuan Yau masih bersama DAP dan kata-kata Hew Kuan Yau adalah pendirian DAP.

Peliknya ialah kenapa video sepenting ini tidak menjadi tular, sehinggakan saya sendiri baru sahaja menyedarinya walaupun ia telah dikeluarkan pada April 2017 lagi, dan hanya mendapat 1,012 tontonan sahaja berbanding video melawakkan saya yang dikeluarkan oleh Kelab Che Det yang mendapat hampir 3 juta tontonan sebelum ia dibuang dari laman Facebook itu.

Nampaknya masyarakat kita jauh lebih sukakan perkara lawak berbanding perkara serius.

Nampaknya masyarakat melayu juga sanggup melihat seorang negarawan yg disanjung diperalat dan dikeldaikan oleh parti chauvinis yg anti melayu dan islam.  Sungguh dayus bangsa melayu.


0 komentar: